CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 24-1-2007 12:56 PM | Show all posts
UNTUNGNYA BANJIR KAT KAWASAN PILIHANRAYA KECIL BATU TALAM...DATUK CT DAN SUAMI DATANG BAGI BANTUAN.BANJIR CUMA SEHARI AJE.MACAM-MACAM BANTUAN DAPAT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2007 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by semerbak at 24-1-2007 12:56 PM
UNTUNGNYA BANJIR KAT KAWASAN PILIHANRAYA KECIL BATU TALAM...DATUK CT DAN SUAMI DATANG BAGI BANTUAN.BANJIR CUMA SEHARI AJE.MACAM-MACAM BANTUAN DAPAT.



takdek gambo ke semerbak...beh gerk nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 10:50 AM | Show all posts
JTK anjur karnival pekerjaan

KUANTAN: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang menganjurkan Program Karnival Pekerjaan peringkat negeri di ruang legar, tingkat bawah dan dataran bangunan Gunasama Persekutuan Raub, hari ini.


Karnival yang disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta itu bertujuan menyalurkan maklumat mengenai peluang pekerjaan dan latihan disediakan jabatan berkenaan.

Pengarah JTK Pahang, Che Rokman Che Awang, berkata karnival terbabit turut memberi mendedahkan kepada penduduk di negeri ini berhubung sektor kerjaya yang diperlukan dalam pasaran masa kini.

Beliau berkata, sasaran utama program berkenaan ialah orang awam yang masih mencari pekerjaan atau pekerja yang diberhentikan kerja untuk diserapkan ke dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

Katanya, karnival ini turut memberi peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) membuat permohonan bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

"Orang awam yang berminat dengan tawaran pekerjaan yang diberikan, boleh menghadiri temu duga secara terus di karnival berkenaan dan dikehendaki membawa dokumen berkaitan yang disahkan bersama latar belakang yang lengkap.

"Sesi temu duga dijalankan di karnival itu bermula jam 11 pagi selepas upacara perasmiannya dilakukan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn," katanya di sini semalam.

Che Rokman berkata, selain temu duga secara terus, jabatan terbabit turut mengadakan pendaftaran terbuka secara manual dan online menerusi laman web rasmi di alamat http:www.elx.gov.my.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 03:04 PM | Show all posts
Bahana tolak pinangan
Oleh Nor Hairulnizam Wahid

KUANTAN: Akibat pinangannya ditolak, seorang duda tujuh anak dipercayai melarikan seorang gadis yang masih menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Dia membawa lari Suzana Mohd Jaafar, 17, ketika ibu bapa gadis itu sedang tidur pada 14 Januari lalu.

Bapa mangsa, Mohd Jaafar Awang Kechik, 45, berkata dia tidak menerima pinangan lelaki terbabit kerana baru seminggu berkenalan dengan anaknya.

Katanya, lelaki berusia lingkungan 30-an itu sering datang ke gerai Suzana membantu ibunya menjual pisang goreng di Balok Makmur, dekat sini, sejak 7 Januari lalu.

Katanya, lelaki itu pernah menghadiahkan telefon bimbit bernilai RM1,000 kepada anaknya.

揝aya menasihatkan Suzana memulangkan telefon itu dan tak wajar menerima hadiah daripada lelaki yang baru dikenali,
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 08:57 AM | Show all posts
Lelaki mati lemas di pantai Teluk Chempedak
KUANTAN 19 Feb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 01:14 PM | Show all posts
Zull Hanif kini seronok belajarOleh AIZAWATI AHMAD
[table=285][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]MUHD. Zull Hanif Abd. Halim diperhatikan Dr. Mohammad Said Mat Lela (kiri) dan rakan-rakan sekelas, mencuba sendiri kerusi bermotor 慫UMP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2007 11:15 PM | Show all posts
aku tumpang gembira dia dpt kerusi dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2007 01:57 PM | Show all posts
Nahas bas rombongan: Renungan akhir suami
Oleh Shahrul Nizam Mohamad dan Omar Osman

Renung isteri dari jauh: Fauziah sangka berita suami maut dalam kemalangan hanya mimpi

MARAN: Walaupun suaminya baru kembali ke rahmatullah, Datin Farizah Halib, 44, sudah mula merinduinya, apatah lagi tidak sempat bersalam dan mencium arwah sebagai tanda kasih.


揝aya begitu terkilan kerana sebelum arwah menaiki bas untuk ke Langkawi, saya tidak sempat salam tangan dan menciumnya. Cuma arwah sempat memandang saya beberapa minit.

揝aya langsung tak syak apa-apa apabila suami merenung wajah saya dari jauh,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2007 11:11 PM | Show all posts
AlFatihah buat Datuk.............Takziah buat keluarga.......bac Metro ari ni......tengok lori bawak besi tu takleh bayangkan terus menusuk ke dada beliau......sure family dia sedih yg amat........moga redha dgn takdir Allah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2007 11:49 AM | Show all posts
Pahang peruntuk bantuan bencana RM3.95jKUANTAN 5 April
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 09:23 AM | Show all posts
Kebakaran hutan gambut di Pahang hampir padam

KUANTAN 8 April
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 01:12 PM | Show all posts
Bayi 14 bulan maut terjerut kain buaian
Oleh Mohd Rafi Mamat


Budak menggelongsor menerusi koyakan tepi sarung pelikat

PEKAN: Seorang bayi lelaki berusia setahun dua bulan mati selepas terjerut kain pelikat buaian yang koyak ketika tidur di rumahnya di Perumahan Taman Pelangkah, di sini, kelmarin.






Bapa mangsa, Teh Saari, 50, berkata dia tidak menyangka kesan koyak kecil pada bahagian tepi kain buaian yang digunakan sejak beberapa bulan lalu menjadi besar menyebabkan anaknya menggelongsor sehingga menyebabkan lehernya terjerut.

Katanya, sebelum kejadian, anaknya Putera Hairil Faris Azran, demam sejak beberapa hari lalu dan dibiarkan tidur dalam buaian yang terletak bahagian bawah tangga dalam rumah sementara isterinya, Syarifah Rosnizamiyah Syed Roslan dan tiga anaknya menonton televisyen di tingkat atas.

"Sebaik tiba di rumah pada kira-kira jam 8 malam selepas keluar membeli buah limau di pasar malam Peramu, Pekan, saya melihat isteri saya menangis sambil memangku arwah yang sudah terlalu lemah dan sukar bernafas.

"Isteri saya cuba memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut tetapi tidak berjaya, sebaliknya arwah muntah sebelum dikejarkan ke Hospital Pekan kira-kira 8.30 malam.

"Ketika dalam perjalanan ke hospital, keadaan anak saya terlalu lemah dan pernafasannya tersekat-sekat.

"Pihak hospital berusaha untuk memulihkan pernafasan anak saya tetapi gagal sehinggalah dia disahkan meninggal pada kira-kira jam 8.45 malam," katanya.

Teh berkata, koyakan kecil pada bahagian tepi kain pelikat yang digunakan untuk buaian anaknya sudah lama tetapi tidak menyangka arwah boleh melonjak dengan kaki ketika hendak turun dan terjatuh sehingga menyebabkan bahagian lehernya terjerut," katanya.

Beliau berkata, Putera Hairil seorang kanak-kanak periang dan aktif, selain mudah memahami pertuturannya.

Katanya, beliau reda dengan apa yang berlaku walaupun sukar menerima punca kematian yang begitu menyayat hati.

"Allah tentukan apa yang akan berlaku dan kita sebagai umat Islam perlu menerima dengan hati yang terbuka," katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Marhum, dekat sini, tengah hari semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Abd Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat terjerut.

Katanyanya, doktor mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

Beliau menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak kecil supaya tidak meninggalkan anak mereka tidur bersendirian terutama ketika dalam buaian.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 01:14 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 01:17 PM | Show all posts
sian nye budak ni.....
al-fatihah untuk dia....:pray:
ade ke org2 pekan yang kenal ngan famili ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 09:18 AM | Show all posts
alfatihah...:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 11:01 PM | Show all posts
next news..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2007 09:49 AM | Show all posts
sian bdak kat pekan tue
ibu bapa perlu lebih prihatin ngn anak2
papepun al fatihah untuk arwah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 10:33 PM | Show all posts
tu la
kesian kan
sedih aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 07:49 PM | Show all posts

BERITA PAHANG

Warga emas jadi usahawan


PEKAN: Keperitan hidup dan kekurangan pendapatan mendorong lima wanita warga emas yang tinggal di Kampung Chenderawasih, dekat sini, mengusahakan atap nipah sebagai sumber pendapatan utama keluarga.

Kewujudan paya gambut yang menghijau ditumbuhi pokok nipah secara meluas di sepanjang Jalan Pekan-Rompin, banyak memberi manfaat dan pulangan agak lumayan kepada warga emas terbabit.

Lima warga emas itu Paimah Shamsuddin, 61; Saimah Abdul Razak, 60; Mariam Salam, 58, Halimah Hashim, 55, dan Mariam Mat Taib, 53, gigih mengusahakan atap nipah untuk dijual pada harga RM1 setiap keping.

Bagi Paimah, kemahiran menganyam daun nipah yang diwarisi dari keluarganya ternyata tidak sia-sia, selagi daun nipah mempunyai nilai komersial dan mendapat sambutan orang ramai.

"Boleh dikatakan setiap hari kami menganyam daun nipah di tepi Jalan Pekan-Rompin ini untuk dijual kepada peraih yang datang membeli daun nipah dalam jumlah yang besar," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, dia dan empat lagi sepupunya adalah insan yang kurang berpelajaran bergantung hidup sepenuhnya kepada hasil pendapatan daripada jualan atap nipah yang diusahakan.

"Atap nipah inilah yang menjadi punca pendapatan kami sejak berpuluh tahun lalu sehingga sekarang dan dengan kerja ini juga kami dapat membantu meringankan beban suami yang hanya bekerja sebagai buruh," katanya.

Saimah berkata, kemahiran menganyam nipah yang dimilikinya ini menjadi sumber pendapatan utamanya.

Bagaimanapun, beliau bimbang harga atap nipah menjunam.

"Harganya kini begitu murah kerana permintaan semakin berkurangan. Namun jika ada mana-mana pihak yang berminat membeli atap nipah, kami sedia menerima tempahan," katanya.

Katanya, sekeping atap nipah dijual antara 90 sen dan RM1 dan beliau mampu menyiapkan antara 40 hingga 50 keping atap dalam sehari.

"Lazimnya atap nipah dibeli untuk dijadikan atap rumah kongsi, chalet atau bangsal selain ramai yang berminat menggunakan atap nipah kerana suasana dalam rumah agak sejuk dan segar.

PATUT KAH PAHANG BERBANGGA DENGAN USAHAWAN SEBEGINI? ATAU LAYAK KAH USAHA MENCARI NAFKAH SEBEGINI DIKATAKAN SEBAGAI USAHAWAN???

[ Last edited by  I-chi-ban at 4-6-2007 07:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 11:24 AM | Show all posts

Reply #1 I-chi-ban's post

paper ni perli warga emas tu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.076843 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list