CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3150|Reply: 9

Kritikan

[Copy link]
Post time 9-10-2006 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Tips Menghadapi Kritikan

Tidak ada seorangpun yang senang menerima kritikan. Bagaimanapun hebatnya seseorang, dia pasti tidak terlepas dari berasa hati apabila dikritik.

Pertama, kerana tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru itu, kita semua tidak terlepas daripada membuat kesilapan.

Kedua, banyak orang yang senang mengkritik meskipun mereka tahu bahawa menerima kritikan bukanlah mudah. Memang tidak semua kritikan itu benar. Namun, cara bagaimana anda mendepani kritikan sebenarnya yang dapat mendorong ke arah peningkatan peribadi anda. Semak perkara berikut:


TIPS HADAPI KRITIKAN

1. Tahan Diri daripada Amarah - Marah adalah tanda semulajadi yang mengatakan bahawa anda sedang dikritik. Yakinlah setiap orang memang berhak mengutarakan pendapatnya. Biarpun wajah anda merah padam, usahakan agar tidak marah. Apabila anda tidak lulus di langkah ini, maka langkah-langkah berikutnya hampir mustahil berguna bagi anda.

2. Terimalah Kritikan dengan Sikap Terbuka - Mungkin kritikan itu salah, namun pengkritik menganggapnya berbeza. Bersikap terbuka, apabila perlu ubahlah pandangan si pengkritik. Fahami maksud kritikannya sehingga anda dapat menanganinya secara tepat.

3. Jangan Masukkan Kritikan ke dalam Hati - Meski anda bersikap terbuka, bukan bererti anda perlu mengambil hati atas kritikan itu. Mungkin kritikan itu hanya ditujukan pada usaha, produk, kakitangan anda bukan peribadi anda. Ingatlah anda perlu menjaga hubungan jangka panjang. Apabila kritikan ditujukan secara tidak profesional, amati saja ketidakmampuan pengkritik menyampaikan kritikannya.

4. Mintalah Keterangan Lebih Spesifik - Fahami bahawa mungkin kritikan itu benar. Jadi cubalah untuk memahami dan meminta keterangan yang lebih spesifik mengenai apa yang dikritik. Ini bermanfaat bagi anda dan pengkritik agar dapat melihat situasi yang sebenarnya.

5. Jangan Balas Kritikan dengan Kritikan - Tugas anda adalah mendepani kritikan agar anda dapat meraih lebih banyak kebaikan dan keuntungan dari kritikan itu. Membalas kritikan dengan kritikan sama dengan menyuakan perdebatan yang tidak perlu. Anda takkan boleh memadamkan api dengan api kerana akhirnya mungkin anda yang terbakar.

6. Tanya Diri Sendiri Apa yang Boleh Anda Lakukan - Dengan demikian anda mampu melihat kritikan sebagai kebaikan bagi diri sendiri, sekaligus mendapatkan keuntungan darinya. Sebagai contoh, sebuah produk yang baik tentunya lebih banyak menerima kritikan daripada pujian.

7. Mintalah Pendapat Orang Lain - Apabila anda tidak yakin dengan sesuatu kritikan, mintalah pendapat orang lain yang benar-benar tulus. Pendapat mereka dapat membantu anda menemukan bahagian mana dari kritikan itu yang benar atau keliru.

8. Biasakan Diri Anda dengan Kritikan - Membiasakan diri bererti mendepani kritikan dengan tenang dan positif. Jangan ragu untuk mengucapkan terima kasih atas kritikannya, meski tidak selalunya benar. Bagaimanapun, perhatiannya untuk mengkritik anda patut dihargai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 11:19 PM | Show all posts
Orang mengkritik bermakna mereka menyayngi kita - Fokus dgn apa yg dikata bukan sangat siapa yg berkata kerana selagi kita memikir siapa yg berkata dikhuatiri perasaan negatif akan menguasai diri.

Dlm memberi kritiktan penting sekali;
Jujur
Fokus kepada yg dikirtik bukan personaliti
Cara mengkritik sangat penting - malah lebih penting daripada apa yg dikritik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 11:35 AM | Show all posts
so, mcm mana anda menerima kritikan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 12:30 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

tgk jenis kritikan jugak
kalu membina leh ler dengor
kalu jenis yg sesaja nak menyakitkan hati atau menmprovok
bakul sampahkan ajer kritikan itu

apa2 hal, dlm menangani kritikan EQ kita mmg kena stabil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 12:43 PM | Show all posts
betul tu
kalau tak stabil
dari kritik, terus jadik provoke

pastu dah tersasar dari benda yang dikritik bila jadik meleret2

pastu kita pun punye cara balas kritikan tuh pun, dah serupa sampah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 02:27 PM | Show all posts
kenkadang org yg mengkritik tuh pun jgn ler emo sesangat
nak mengkritik tu pun bajet ler sikit
jgn sesuka hati hentam jer org

ps: mmg mudah kita nak cari salah dan silap org, tapi pastikan hal2 yg nak dikritik itu dpt membina bukannya meruntuhkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2006 02:54 AM | Show all posts
lebih suka kalo pengkritik beri constructive criticism, so that kritikan tu lebih berobjektif dan kita yg dikritik tau ape yg nak di improvekan....

contoh : i would prefer someone say  "its better if you would explore your ideas in another perspective, not in the current process u r doin now...bla bla bla"
              rather than  "i dont see u working your **s off for this project, to me, this is just another rubbish/#/crap"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 10:57 AM | Show all posts
Pengkritik MESTI bertanggungjawap atas apa yang dikritiknya dan mesti lebih arif tentang  isu yang dikritik bukan ikiu-ikut atau suka-suka untuk mengkritik. Bukan juga kerana alasan peribadi atau mengikut suara perdana.

Kritikan yang konstruktif boleh menyubur budaya berfikir dan bersuara. Mengkritik perlu berfikir dan pemikiran yang berlainan bukan bermaksud menentang tapi untuk kebaikan kalau kena cara dan maksudnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2006 02:41 AM | Show all posts
Tapi kata orang

"Kritikan itu satu bentuk pembangunan yang nantinya digunakan sebagai penawar dan motivasi utuk melakukan perubahan pada masa yang akan datang"

Tapi ada pulak yang mengatakan " Kritikan itu adalah satu pembunuh yang akan membongkar segala kelemahan yang sengaja tidak mahu diperbetulkan..."

So pada hakikatnya orang yang takut menerima kritikan secara terbuka sebenarnya adalah orang yang banyak mebuat kesalahan yang tak mampu diperbetulkan kerana kritikan yang iklas itu mempunya garisan pemisah yang jelas jika ianya dilakukan dengan tujuan menfitnah...............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by mysara at 11-10-2006 12:30
tgk jenis kritikan jugak
kalu membina leh ler dengor
kalu jenis yg sesaja nak menyakitkan hati atau menmprovok
bakul sampahkan ajer kritikan itu

apa2 hal, dlm menangani kritikan EQ kita mmg k ...



btul2!:setuju:

tgk kritikan gak laa...kalo kritikan tu memang btul dan membina kite patut terimenye dgn hati terbuka sbb ia merupaka salah satu cara untuk memperbaiki diri kita yg serba kekurangan ni..

akan tetapi kalau kritikan tu langsung tidak berasas ape yg kite perlu buat adalah dengan dengar je tanpa mempedulikan kritikan tersebut...kata orang masuk telinga kanan keluar telinga kiri...hehe!

last skali ape yg kite patut buat apabila berhadapan dengan kritikan adalah dengan banyakkan bersabar dan cuba terimanya dgn hati yg terbuka....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069371 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list