CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cloud_hardcore

SILAT GAYONG

[Copy link]
Post time 25-2-2009 09:07 AM | Show all posts
Bukan Marah tapi nasehat... haha

Jangan lupa daftar di anakgayong.net
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2009 08:07 PM | Show all posts
tak gerak pun thread gayung ni??

cerita baru tak da ker??

ada kursus2 terbaru tak??

tempat tak kesah la kat mana...kalau boleh kat lembah kelang...any cerita baru dari kg baru atau taman nirwana??
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 12:41 AM | Show all posts
Salam kepada anak2 Gayong,

Kalau kat sini ada anak Gayong dari Kedah, sampaikan salam kepada Cikgu Majid & Cikgu Awang Daud. Tanya dia ingat lagi kah kat anak murid yang seri setiap kali sparring dengan Cikgu Awang Daud dan pernah sparring 1 lawan 2 (lawan Cikgu Majid + Cikgu Awang serentak) di padang dekat kawasan Stadium/quaters kerajaan di Kota Bharu zaman 70an dulu semasa Cikgu Awang Daud & Cikgu Majid mengajar Gayong di Kota Bharu Kelantan.

Gayong zaman dulu banyak main dekat, tidak banyak menangkap lawan, dan boleh hancur muka lawan kerana hampir serentak siku lutut menyerang tanpa henti,dan tak boleh elak sebab tapak tiada luar atau dalam. Seranggan terlalu cepat sehingga biji mata tak sempat nak berkelip. Belum lagi lagi tengok macam mana gerak hulubalang, kepala otak jadi tergamam tak tahu nak elak kiri atau kanan, musuh tak boleh agak nak elak siku atau lutut, tak tahu atas atau bawah.

Gayong zaman sekarang banyak bentuk buah pukul dan kunci, budak2 tak reti nak guna dalam pertempuran sebenar. Budak Gayong zaman sekarang ni belajar 21 buah pukul & kunci tetapi masih tak reti nak gaduh. Balik2 melompat-lompat macam Taekwondo juga. Ilmu diajar semua tak masuk. Jika belajar habis 21 buah tapi satu haram pun tak boleh guna dalam pergaduhan, baik tak payah buang masa belajar. Silat olehraga membunuh silat Melayu. Itu bukan cara orang bertarung. Sumbang.

Zaman sekarang aku tak tak pernah nampak ada orang main jurus ular dalam Gayong. Dengan jurus ular, habis terlucut segala buah kunci, habis tawar segala 7 tapak.

[ Last edited by  WonBin at 23-3-2009 01:38 ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 12:57 PM | Show all posts

Reply #303 WonBin's post

Err nama apa yek? Macamnila dulu ada guru komplen dia buat demo ganas - ganas kat sebuah U dengan harapan ramai orang mendaftar sebaliknya hanya sedikit sebab bebudak sekarang takut tengok ganas - ganas ni. Diorang tak hidup zaman komunis ada mereka hidup dalam zaman penjenayah buat serangan mengejut dan tiba - tiba..
Silat olahraga tu la yang boleh pun untuk dipertandingkan dengan ramai penyertaan. Itupun yang tengok pun orang silat juga. Cuba buat pertandingan Tomoi macam kat Thailand mesti kurang penyertaan penduduk tempatan walaupun ramai menonton. Cuba lihat pertandingan Ultimate Warrior masuk tahun ke 2 dah tak boleh guna siku dan lutut.. Silat olahraga ni selamat bukan sebab benar - benar selamat tetapi ibu bapa peserta ramai tak pergi tonton, kalau pergi tonton agaknya ramai yang suruh anak diorang x usah bertanding
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 01:16 AM | Show all posts
Budak zaman sekarang silat pon tak kenal, apatah lagi nak kenal apa itu Gayong. Silat olehraga ialah titik kemusnahan silat. Budak dah tak bertarung macam silat. Sebelum serang, buat ala-ala silat, bila serang, macam karate, macam taekwondo pun ada. Bila tanya golongan muda apa itu silat,mereka kata tarian.

Kembalikan Gayong kepada pelajaran 7 tapak , 7 pukul dan 7 kunci. Biarkan budak2 pecahkan sendiri buah-buah itu dalam sparring sebenar. Jangan diajar dengan serangan tumbukan tangan kanan lawan sahaja. Sampai ker tua pon tak pandai. Satu buah paling kurang boleh pecah jadi 7 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 01:23 AM | Show all posts

Reply #304 tdpp2006's post

Zaman dulu takda pun buah pukul sampai 21, takda buah kunci sampai 21. Guru ajar 1 buah, dan lepas itu suruh partner serang sekuat hati secara bebas dengan macam2 gaya termasuk gaya tomoi,gaya taekwondo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2009 07:13 AM | Show all posts
fuh WonBin ni otai gayong rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 09:32 AM | Show all posts
Rasanya budak terpilih jer boleh memenuhi kriteria itu sekarang..Padahal ilmu yang Wonbin cakap tu yang orang luar negeri cari... Cikgu Awang dan Cikgu Majid bukan tak pernah komen tapi begitulah adat zaman aman daripada tak ada biar ada tapi ala kadar jer.. Tunggu juga K1 dan UFC sampai Malaysia..

http://hulubalang-lagenda.tripod.com/awangdaud.html
PERTANDINGAN JUARA PENDEKAR KEDAH

Juara Pendekar di Kedah dia buka kepada semua (seni bela diri). Peraturan dia jangan bagi mati aja. Jangan pukul mata, jangan pukul buah penyawa. Atas badan semua boleh pukul. Superstar hak kuat, hak terror, lawan dengan budak yang latih di sini(Gurun), tercabut tangan. Terkulai. Kena dengan budak-budak sinilah. Budak sini sebelum saya buat pertandingan tu saya latih 3 bulan dululah. Bagi latihan ala tentera habis. Selama 3 bulan. Lepas tu baru keluar borang untuk pertandingan. Dah buat persiapan dulu. Tapi biasanya tuan rumah memang begitulah. Kalau Sukan SEA kita jadi tuan rumah, lagi dua tahun dia bagitahu siapa tuan rumah. Jadi kita preparelah. Juara silat semua orang Gayonglah. Taekwondo depa tak masuk. Bila dia tengok kali pertama dia tak masuk. Dia (tuan rumah) kata hari pertama dia bagi silat aja. Silat Gayong sahaja. Untuk pemilihan ke peringkat antarabangsa ni. Kalau karate dan taekwondo nak masuk, tunggu hari kedua. Tengok-tengok yang habis pecah muka, yang selak, yang terkopak. Mereka tarik diri. Mana nak masuk. Tak boleh nak masuk. Tak nak masuk sebab ganas. Jurulatih taekwondo hak Kedah dia kawan baik saya. Dia kata, "Cikgu buat gitu mati ooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 10:17 AM | Show all posts
pertandingan ganas2 ni la best, baru la mencabar, dan melatih seseorg fighter tu utk berhadapan dgn musuh dalam pertarungan sebenar.

heh sebut psl K1 ni aku penah jgk berminat nak masuk sebelum ni (after aku dah terrer ler ), tapi aku tertanya2 camana nak masuk? dah la takde kat malaysia, nak pi oversea pakai bnyk duit lak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:13 PM | Show all posts

Balas #305 WonBin\ catat

aku setuju ckp wonbin...terutamanya yang diajar dgn tumbukan tangan kanan tu...kalau diajar melawan serangan tangan kanan saja...budak2 skrg xkan reti untuk gunakan buah2 tu dlm serangan lain..lgpon kita dlm training diajar musuh buat tumbukan bertapak..kalau pergaduhan sebenar kurang tumbukan bertapak..contoh tinju atau tomoi..tiada tumbukan bertapak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 10:29 PM | Show all posts
Takda guna kau belajar sampai habis 21 buah tapi bila nak berlawan, kau hafal serangan berangkai silat olahraga yang ala-ala karate/teakwondo.


Kalau kau pecahkan buah pukul 1 silat gayong kepada 7 pecahan, sudah cukup untuk kau tewaskan segala sepak terajang Cina, jepun atau India.


Gayong zaman dulu takda bukak tapak macam sekarang. Gayong kat Kelantan banyak main siku dan lutut. Gayong sampai ke Kelantan sepelas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Ramai yang masuk Gayong pada masa itu memang belajar Tomoi. Mereka suka pakai siku lutut. Bila budak2 ni belajar Gayong, mereka bawak sekali budaya main siku lutut ke dalam Gayong tetapi badan mereka boleh terbang dan melantun macam buluh. Namun permainan itu sedah lama pupus dan setelah lebih 30 tahun, aku jumpa semula pergerakan sebegitu di dalam filem ONG BAK
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:58 AM | Show all posts
Salam
Lepas 13 Mei... erm baik masa saudara belajar tu berapa pelatih wanita yang ada. Berapa ramai budak sekolah rendah dan berapa ramai orang bekerja pejabat yang belajar.

Saya berharap saudara Wonbin buka gelanggang dan aplikasikan balik kaedah itu tengok mana tahu jumpa kumpulan bebudak yang masih boleh tahan dan minat mainan sebegitu. Ada pertubuhan silat yang kumpul budak tak minat sekolah untuk jadi pelatih diorang tapi disiplin plak tak terjaga....

Budak silat sekarang ada yang bukan nak belajar beladiri pun ada yang nak aktiviti sampingan sebab tak minat jadi mat rempit. Jadi buah - buah tu macam keseronokan. Ada yang datang bila dengar ada lawatan dan demo akan diadakan kalau tidak jangan harap nampak muka. Ada juga medal hunter yang memang masuk persatuan silat hanya untuk bertanding dan memang belajar asas silat sahaja.  Tapi membuang orang sebegini juga bermaksud membuang orang yang ada minat dengan bersilat dan mungkin akan berubah kalau diizinkan tuhan.

[ Last edited by  tdpp2006 at 25-3-2009 10:01 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2009 01:16 PM | Show all posts

Reply #303 WonBin's post

saya setuju dgn wonbin..
mayb wonbin kenal dgn cikgu saya yg dulu pun same2 belaja dgn cikgu awang daud..

silat olahraga xmembunuh silat melayu..tetapi org melayu sekarang yg membunuh silat melayu..
mereka menjadikan buah n kuncian 21 setiap satu sbgai satu ingat spt menghafal..tidak menjadikan gerak 'hak'..
saya ju ga ada penah ambik ng cikgu saya tu buah pukul gayong dlu2..buah kunci dlu2..mmg itu yg lebih mantap dari buah 21 sekarang...
tp dlm buah 21 klu di jadi kan hak n dpt pikirkan teras yg terdapat dlm setiap buah tu boleh dijadikan buah yg bagus..

wonbin ni umo brape..n sekerang ade dimana..
mungkin saya boleh menimba ilmu dari saudara..

cikgu saya tu nama cikgu suhaili saya paggil ayh li(machang) n sorg lagi tu ayg sir(p.puteh)..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 12:45 AM | Show all posts
besilat, jangan tak besilat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 11:39 AM | Show all posts
woo cloud_hardcore dan sikomeng pun dah ada.. wahaha jangan lupa daftar ke anakgayong.net . Cuba pergi http://sejarahnagarakedah.blogspot.com untuk penilaian sejarah Melayu... Saya hormat orang Kelantan kerana menjaga nilai "Kelantan" pada diri sendiri seperti seronok berjumpa warga Kelantan lain dan kekok ubah loghat. Mungkin sebab kita dah tak ada Jati diri sekarang ni dan tak tahu apa nak kejar sebenarnya

[ Last edited by  tdpp2006 at 27-3-2009 11:46 ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 12:18 AM | Show all posts

Balas #315 tdpp2006\ catat

tdpp2006! lama tak sembang dengan kengkawan, so aku datang lah sinie
seram sejuk aku bila tok guru WonBin menulis...salute tok Guru
aku nak menumbuk pun tak berapa nak betul lagik nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2009 11:52 AM | Show all posts
sapa ada no fon jurulatih gayong area kota kinabalu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 24-3-2009 22:29
semula pergerakan sebegitu di dalam filem ONG BAK.


kalau perhatikan betul dlm filem ong bak tu banyak betul buah2 gayung dan pecahanya di Tony Jaa tu pakai....

tapi bila org melayu terutama masa demo buat mantap mcm tu....mesti ada yang bising punya....

pengalaman aku ade sekali tolong cikgu aku,tolong salah satu gelangang tg dia ajar kat satu sekolah ni buat demo masa sukan sekolah tu...main punya mantap (sebenarnya bg aku tak de la sgt tp yg tgk nye la ckp ngeri...mcm kita training ari2...buat asas elakan, asa itu asas ini,pentas tgn kosong..cuma pentas pisau ngan tongkat jer kitorang dari gelangang luar buat) sampai kena sound dgn pengetua sekolah..nah suruh tutup kelab silat sebab katanya ngajar budak jadi ganas...

yg sedih pengetua ni melayu plak tu..cikgu perempuan....yg best ayat dia sampai sekarang aku tak bleh lupa....tak elok kalau yg perempuan tu telompat sana sini..terkangkang2....rasa mcm nak sepuk jer cikgu tu!!!

yg pelik taekwando dia tak bising plak.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 23-3-2009 00:41
Gayong zaman dulu banyak main dekat, tidak banyak menangkap lawan, danboleh hancur muka lawan kerana hampir serentak siku lutut menyerangtanpa henti,dan tak boleh elak sebab tapak tiada luar atau dalam.Seranggan terlalu cepat sehingga biji mata tak sempat nak berkelip.Belum lagi lagi tengok macam mana gerak hulubalang, kepala otak jaditergamam tak tahu nak elak kiri atau kanan, musuh tak boleh agak nakelak siku atau lutut, tak tahu atas atau bawah.


tu la sekarang jarang dpt tgk dan belajar seni lama2 ni...rajawali, tapak yoi.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 09:15 PM | Show all posts

Balas #318 Periuk_api1209\ catat

sebelum ni ada org melayu kata tony jaa guna buah silat layang mas, skrg ni ada org melayu kata tony jaa guna buah gayong lak, mcm2.   yg sebetulnya tony jaa tak penah belajar pun layang mas maupun gayong, kalau setakat nak kata mirip tu bolehla, tapi kalau nak kata tony jaa pakai silat layang mas ataupun gayong, itu tak betul sama skali, nanti org kata melayu ni kuat perasan lak. tony jaa memang penah belajar silat tapi silat indon (pencak silat), bukan gayong.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.286511 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list