CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cloud_hardcore

SILAT GAYONG

[Copy link]
Post time 12-4-2009 11:27 PM | Show all posts

Balas #360 tdpp2006\ catat

13 mei 1969 satu peristiwa hitam dalam sejarah negara...

kalo bleh xnak jd camtu lg...

harap2 camtu lah...

:victory:  peace..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 04:19 PM | Show all posts

Balas #359 selendangmerah\ catat

yupp..sampai rahsia buah pon orang xnak amik tau..susah tol
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 08:45 AM | Show all posts
As Salamu Alai Kum
tdpp ni x boleh aktif macam masa bujang dulu jadi alhamdulillah ada gurulatih muda yang boleh mengajar di gelanggang. Bila dia sibuk ada seorang lagi yang sudi tolong tapi dia ni garang x macam tdpp dan yang sebelum ini. Jadi budak x nak turun kalau yang garang ni mengajar. Jawabnya tdpp pun nak merajuk la tengok saper pujuk.. x ada orang pujuk tutup persatuan hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 07:11 PM | Show all posts
Dulu lain, sekarang lain.

Dulu bila diajar 1 buah pukul, guru suruh kita pecahkan buah pukul itu jadi bermacam jenis. Lagi banyak lagi bagus. Takda apa yang boleh dipanggil salah. 1 buah boleh guna untuk macam2 jenis serangan. Contohnya buah pukul 1 boleh diguna untuk mematahkan sepak terajang lawan. Jika lawan jenis pakai kaki seperti karate atau taekwondo, kita elak sikit aja dan terus pijak pelipat lutut lawan dari sisi atau belakang. Kemudian terus sepak leher lawan biar patah terus mati. Keting keras macam mana pun, leher dia tetap lembut. Yang penting semua gerak itu sebati dengan jiwa kita. Tengok Wing Chun. Betapa pantas dan sensitifnya tangan dia boleh respon terhadap pergerakan musuh.

Zaman sekarang, guru suruh kita ikut apa yang dia buat. Itu salah, ini salah sebab kita bikin tak sama macam dia ajar. Macam masuk exam kat sekolah pulak. Itu pasal budak sekarang ni cuma menghafal buah, bertarung tak boleh.

Tapi untuk mahir, kena banyak berlatih secara sparring guna buah Gayong.

Kenapa sampai habis buah pukul dan kunci, semua training pakai penumbuk tangann kanan? Musuh ada macam2 gaya. Tomoi ada 6-8 anggota badan yang dijadikan senjata. Budak Gayong hanya berlatih sambut serangan tangan kanan sahaja. Tidak kah lumat & lunyai jadi gulai bila bertarung dengan Tomoi? Jika belajar sambut tumbukan tangan kanan sahaja, budak2 tak  akan pandai membaca gerak lawan, tak akan ada ketajaman mata untuk memintas gerak lawan, ketajaman hati untuk elak darah gemuruh semasa bertarung, ketahanan nafas untuk terus bertenaga bertarung selama 10-15 minit kerana Gayong ni ganas, banyak akrobatik, silat yang banyak terbang dan melibas macam gasing, semua itu asalnya Gayong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2009 07:28 PM | Show all posts
aku berminat dgn tulisan wonbin..
diharap dapat kite bertemu utk diri ini menimba ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 11:02 PM | Show all posts
budak skang manja..!!!

sakit ckit xnak..

yang dia taw nak senang je...

macam mana nak pandai...

belajar silat x leh manja... kena tahan sakit..

nak bebaik ngan budak bleh.. tp, jangan sampai terlalu memanjakan budak..

:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2009 11:32 AM | Show all posts

Reply #353 tdpp2006's post

hehe... dah reply kat sane...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:36 AM | Show all posts
dorang nih seme bukan manje camne..
ice rase...
diorg takut injured nnt kene mc lak, kalau tgh skolah kang mc jugak... maklumla tulang lembut lagi...
satu lagi dorg nih takut insurans tak cover je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2009 11:34 AM | Show all posts

Balas #368 ice98\ catat

hurm.. ye ke..???

haha..

alasan je 2..

haha..

selendangmerah kena parang... berdarah gak r.. rilex g..

tp.. dalam hati.. tuhan je r yg taw..

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 11:52 AM | Show all posts
Nak tanya skit;

Aku tak tahu silat/Martial art tapi terbaca pasal seni cindai. Siapa kat sini boleh terangkan kat aku tentang seni cindai ni. Orang yang berpengalaman dengan cindai amatlah dialu2kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 06:11 PM | Show all posts

Balas #370 karim_pin\ catat

seni cindai...

satu permainan mempertahankan diri menggunakan kain..contoh kain2 ialah kain tudung..kain pelikat...mcm2 pon bleh la...baju pon bleh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:07 AM | Show all posts
Seni Silat adalah satu seni yang terhasil daripada budi dan budaya bangsa yang bertujuan untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan bersama. Ia adalah budaya dan peradaban bangsa Melayu.
Pada zaman ini dasar aktivis silat adalahmemerangi semua anasir buruk. Islam sebagai inspirasi. Membangkitkankesedaran bahawa silat adalah warisan dari leluhur bangsa Melayu yangkurang diminati oleh anak bangsanya sendiri. Ini mungkin disebabkantiada kesedaran dan kurang galakan daripada pelbagai pihak.
Silat tidak lagi menjadi unsur utamamempertahan negara. Kita berada dalam dunia berteknologi canggih yangmenuntut pelaksanaan tugas dalam bentuk yang berbeza. Namun itu tidakbermakna segala warisan bangsa terus pupus tanpa dipelihara. Ertinyadalam senario peradaban hari ini, hanya orang Melayu yang memartabatkanbangsa dan budayanya sendiri sebagai pewaris yang sah.
Telah pun menjadi hasrat kerajaan dalammenyediakan program untuk belia dan generasi muda supaya mempunyainilai moral yang tinggi dan dalam mengisi masa yang terluang. Antaranyamelalui Program Rakan Muda - Wajadiri yang telah dilancarkan oleh Y.A.BPerdana Menteri Malaysia pada 29 Oktober 1994 yang akan berperananterus sebagai pemangkin Gerakan Pembangunan Belia Cergas dan Bermakna.
Dari itu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, sebuah badan silat terbesar dan tertua di negara ini, memperkemaskan langkahnya dalam memainkan peranan yang lebih aktif.

DATO' ISMAIL BIN JANTAN, DMHL
Yang Dipertua/Gurulatih Tertinggi,
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia,
Bahagian Negeri Melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:08 AM | Show all posts
Datuk Daeng Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mat Hashimadalah Mahaguru (Pengasas) Silat Seni Gayong. Berdasarkan daripadalatar belakang keturunan beliau adalah cicit kepada hulubalang Bugisyang terkenal iaitu Daeng Kuning atau terkenal dengan gelaran PanglimaHitam. Daeng Kuning adalah titisan zuriat daripada Daeng Marewa. Silatyang dipusakai dari keturunannya dituntut dari datuk sebelah ibunyayang bernama Sheikh Syed Zainal bin Sheikh Syed Idris Al-Attas juga dikenali sebagai Tok Janai, seorang hulubalang Pahang dan dalang dalam menentang penjajahan British bersama-sama dengan Tok Gajah dan Mat Kilau.
ANAK RAJA BUGIS
      
  • Daeng Celak
  • Daeng Marewa
  • Daeng Kemboja
  • Daeng Pelangi
  • Daeng Menambun
Daeng Kuning (Panglima Hitam) salah seorangdaripada tujuh adik-beradik anak Raja Bugis yang mencari penempatanbaru. Mereka bertujuh telah mendarat di Tanah Melayu setelah merantaudi serata gugusan kepulauan Melayu bagi mencari tempat yang dirasakansesuai. Tempat pendaratan mereka tersebut dikenal sebagai Pengkalan Aurketika itu yang kini diberi nama Air Kuning, Taiping, Perak Darul Ridhuan. Daeng Kuning terus menetap manakala yang lain meneruskan pelayarannya. Daeng Kuning telah mangkat di Taiping pada 17 Ogos 1875. Daeng Uda Mat Hashim cucunya telah memperolehi 2 orang anak lelaki iaitu Meor Abdul Aziz dan Meor Abdul Rahman.
MEOR ABDUL RAHMAN dilahirkan di Taiping pada 17 Ogos 1915. Ilmu persilatannya telah dituntut ketika beliauberumur 12 tahun dari datuknya Sheikh Syed Zainal Al-Attas. Setelahdikhatamkan Meor Abdul Rahman mula dikenali ramai. Ketika berumur 19tahun beliau telah menunjukkan kebolehannya di hadapan DYMM BagindaSultan Alang Iskandar - Perak, baginda telah berkenan memberi gelaran "Panglima Sendo Perak"(The Invincible Warrior of Perak). Beliau telah menetap di istana atas kehendak baginda sehingga baginda mangkat pada tahun 1938.
2. Pada penghujung tahun 1938 Allahyarham MeorAbdul Rahman telah berhijrah ke Singapura dan beliau adalah anak Melayuyang pertama menjadi jurulatih seni mempertahan diri (CombatInstructor) di Kem Signal Corp, Guillman Barrack, Ayer Rajah Rd (UnitSemboyan) di bawah pentadbiran Lt. Colonel Pope. Semasa pendudukanJepun pada tahun 1942 beliau telah berpindah ke Pulau Sudong sebagai intelligent contact dan berjaya menyelamatkan penduduk di pulau itu dengan kemampuan yang ada. Seterusnya beliau menetap di sana sehingga Jepun kalah perang pada tahun 1945.
Pada tahun 1947 atas jasa beliau dalam usaha menentang pendudukan Jepun, beliau telah dianugerahkan pingat 慘ing George VI
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:08 AM | Show all posts
PERKEMBANGAN DI TANAH MELAYUAtas usaha Dato' Meor dan kegigihan parakhalifahnya, ilmu ini telah mula merebak ke Negeri Johor denganpenubuhan gelanggang silat. Identitinya bertambah teguh dan dikenaliramai setelah mendapat undangan persembahan secara besar-besaran diKelab Sukan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah oleh YM Tengku Kasim(kekanda Tunku Abdul Rahman Putra) pada tahun 1958. Atas undangan En.Yaaman satu persembahan besar-besaran telah diadakan di BukitLintang,Melaka pada tahun 1959. Seterusnya rombongan itu telah singgahdi Pulau Besar. Di sinilah bermulanya susunan Lembaga Adat kali pertamadengan pelantikan Orang 4, Orang 8, Orang 16 dan Orang 32.
Penglibatan Dato' Onn bin Jaafar Pengasas UMNO telah menyemarakkan lagi perkembangan Silat Seni Gayong di seluruh tanah air. Beliau telah berjasa dalam menyusun buku perlembagaan. Pada 22 Oktober 1963aktiviti Silat Seni Gayong telah didaftarkan secara rasmi sebagaiPertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Inilah persatuan silat yangpertama didaftarkan di Malaysia dengan nombor pendaftaran 361 di Johor.Dengan Dato' Onn sendiri sebagai Setiausaha Agung pertama. Berikutandari itu tanpa apa-apa halangan perkembangan Silat Seni Gayong tersebardengan meluas dan diterima kehadirannya pada Jabatan Polis dan Tentera.Tanpa mengira lapisan masyarakat dari Sultan, Menteri, orang-orangkenamaan dan rakyat biasa.
Pada tahun 1966 Dato' Meor Abdul Rahman telah pulang menetap di kampung asalnya iaitu No. 71, Kg. Air Kuning, 34000 Taiping, Perak dan menjadikan tempat itu sebagai PUSAT LATIHAN TERTINGGI, SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DAN SERANTAU.
Pada tahun 1971 Mahaguru telah diperkenankan dandianugerahkan darjah kebesaran Dato' Paduka Cura Simanjakini ( D.P.C.M)yang membawa gelaran Dato'. Beliau telah meninggal dunia pada 23 Jun1991 dan dikebumikan di perkarangan Masjid Lama Taiping.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:08 AM | Show all posts
PERKEMBANGAN DIMELAKA
Pada tahun 1958 Gelanggang Padang Temu ditubuhkan.Pada tahun 1959 atas undangan En. Yaaman, Dato' Meor dan rombongannyadari Lorong Fatimah, Singapura telah mengadakan demonstrasi secarabesar-besaran di Bukit Lintang, Melaka. Rombongan ini telah singgah diPulau Besar. Pada tahun inilah sejarah Lembaga Adat ditubuhkan.
Pada tahun 1964 gelanggang Kg. Padang Temudidaftarkan. Inilah cawangan Silat Seni Gayong yang pertama didaftarkandi dalam Negeri Melaka. Beralamat Bt. 2
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:09 AM | Show all posts
MAJLIS GURU-GURULATIH
PSSGM - MELAKA
Gurulatih Tertinggi : Dato' Ismail bin Hj Jantan (HPCS - 6) (Pengerusi MGG)
Gurulatih Kanan :
  • Mohamad bin Husin (HPCS - 4)
  • Mohamad bin Md Nor (HPCS - 4)
Gurulatih :
  • Mohamad bin Bujal (HPCS - 3)
  • Hashim bin Md Shah (HPCS - 2)
  • Abd Ghafar bin Rafil Ahmad (HPCS - 1)
  • Hairolnizam bin Johar (Kuning II)
  • Nordin bin Dengker (Kuning II)

Senarai Jurulatih Negeri Melaka - 2000      
  • Mohd Rizalman bin Syed - Kuning I
  • Ali Saifullizan bin Ismail - Kuning
  • Muhammad Redzuan bin Ismail - Kuning
  • Zubir bin Said - Merah III
  • Nan bin Osnee - Merah III
  • Khalid bin Abu Bakar - Merah III
  • Rizal bin Hussin - Kuning
  • Zuraini bte Hussin - Merah III
  • Mohd Fadly bin Ismail - Kuning
  • Zulkeffly bin Md Yasin - Merah III
  • Dodi bin Alimar - Merah III
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2009 02:09 AM | Show all posts
BIODATA

Yang Dipertua/Gurulatih Tertinggi PSSGM-Melaka
Dato' Ismail bin Hj Jantan, DMHL.

NAMA PENUH : Ismail bin Jantan

GELARAN : Dato' Maulana Hakim Luak (DMHL.)

Wilayah Undang Naning, Melaka

NO. KAD PENGENALAN : 520603-04-5291

KELULUSAN AKADEMIK : Mechanical Engineering - Singapura

PEKERJAAN SEKARANG : Usahawan Kecil

PEKERJAAN TERAKHIR : Pengurus Pengeluaran

KELUARGA : Beristeri dan 10 orang anak

( 8 anak sendiri dan 2 anak jagaan)
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:11 AM | Show all posts
Beliau dilahirkanpada 3 Jun 1952 di Kampung Solok Limau Nipis, 78200 Lubok China,Melaka. Kemudiannya beliau dibesarkan di Singapura kerana mengikutibapanya yang merupakan seorang anggota tentera (British R.A.S.C) diPulau Berani. Kemudian berpindah pula ke Ayer Rajah pada tahun 1958apabila bapanya bekerja dengan Syarikat Caltex (S) Pte Ltd.



Menerimapendidikan awal di Sekolah Umum Ramuan China Kechil, Lubok China,Melaka. Kemudiannya berpindah ke Singapura ketika beliau mendudukidarjah 2 belajar di Sekolah Melayu Pasir Panjang, Singapura. Mendudukipeperiksaan MCE pada tahun 1968. Kemudian menuntut di SingaporeTechnical Institute (Annex to Singapore Polytechnic) dalam jurusanMechanical Engineering dan mula bekerja di Texas Instruments (S) Ltd.hingga tahun 1974 kerana pulang ke Melaka bekerja di Siemens AdvanceTechnology pada tahun 1975.



Padapenghujung tahun 1962, beliau mula berjinak-jinak dengan gelanggangSilat Seni Gayong. Jurulatih beliau yang pertama ialah Cikgu Alias binMohd Ali yang berasal dari Kg Ayer Kuning, Taiping, Perak (kemanakanallahyarham Dato' Mahaguru). Diikuti oleh Cikgu Nordin bin Abd. Rahman(berasal dari Perlis Indera Kayangan). Mereka semua adalah staf tenteraBritish.
PerlimauTapak dan Seni di Silat Gayong School, Lorong Fatimah, Woodlands,Singapura. Beliau berulang-alik dari Ayer Rajah ke Lorong Fatimah,Silat Gayong School (juga dikenali sebagai Pusat Latihan Silat SeniGayong pada masa itu) bersama-sama abang-abang silat dari unit tenterasehinggalah Dato' Mahaguru pulang ke Taiping, Perak pada 1966 dantentera British berundur pada awal tahun 1971.



Padaawal tahun 1971, beliau diiktiraf dengan Bengkung Pelangi Merah danSandang Imam Gelanggang (Khalifah Muda). Pada awal tahun 1972 beliauditerima berlatih di Gelanggang Tanjung Rhu, Singapura (sebagai PusatLatihan Silat Seni Gayong Singapura) di bawah pengelolaan dan tunjukajar daripada Tuan Haji Husain bin Kaslan (Gurulatih Tertinggi dan ImamKhalifah Silat Seni Gayong Singapura). Pada tahun 1972 beliau telahmula memegang Bengkung Kuning sehinggalah tahun 1975 beliau menjalaniujian Bengkung Hitam. Pada tahun 1976, beliau disahkan sebagai pemegangbengkung Hitam Harimau Pelangi Cula Sakti di Taiping, Perak (pemegangBengkung Hitam ke-9 di Malaysia), dan menyandang Sandang KhalifahKanan. Ini semasa beliau aktif di Gelanggang Solok Wan Moh, Batu Pahat,Johor.



Padatahun ini juga (1976) beliau pulang ke kampung halaman beliau di NegeriMelaka dan mengambil alih tugas mengajar di gelanggang sebagaijurulatih (bukan pentadbir) di mana perkembangan gelanggang kurangberkesan. Semua gelanggang (Melaka) yang ditaja ditutup setelah beliaumeletak jawatan. Kemudiannya beliau sentiasa berulang-alik ke rumahallahyarham Dato' Mahaguru di Taiping untuk menuntut ilmu danpentadbiran sehinggalah Dato' Mahaguru pulang ke rahmatullah pada 23Jun 1991.



Semasabeliau berada di Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Singapura,beliau sentiasa diuji kemampuan dan kredibiliti beliau terhadappertubuhan. Pada tahun 1973 ketika beliau berusia 21 tahun, beliautelah diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Majlis Gurulatih Silat SeniGayong, Singapura sehinggalah beliau pulang ke Melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:12 AM | Show all posts
URUTAN PERISTIWA

Pada tahun 1984atas usaha beliau, gelanggang Kg. Lendu telah ditubuhkan sebagai usahauntuk membaiki imej PSSGM di Melaka. Beliau dipilih sebagai AJKKebangsaan pada tahun 1986. Beliau bertindak sebagai Gurulatih (HarimauPelangi Cula Sakti II), Khalifah Besar dan Pengerusi PSSGM Kg. Lendu(tahun 1987). Pada tahun 1989 beliau diberi mandat sebagai TimbalanImam Khalifah Negeri Melaka. Beliau dipilih sebagai YDP PSSGM NegeriMelaka pada tahun 1990. Semenjak dari itu, beliau telah membentukbarisan jurulatih dan pentadbir dan telah mengadakan berbagai-bagaikursus kejurulatihan dan pentadbiran. Pihak pertubuhan telahmengiktiraf beliau dengan Bengkung Hitam IV pada tahun 1993 danseterusnya Bengkung Hitam VI pada tahun 1998.

1952 - Lahir di Melaka.

1958 - Mastautin di Ayer Rajah, Singapura.

1959 - Memasuki Sek. Umum Ramuan China Kechil, Melaka.

1960 - Pindah ke Ayer Rajah, Singapura.

1961 - Mula meminati silat (gelanggang Ayer Rajah-di bawah Jurulatih Cikgu Nordin Abd. Rahman)

1963 - PSSGM didaftarkan di Johor Bahru.

1964 - Bergelanggang di berek Clementi, Ayer Rajah. (di bawah Jurulatih Allahyarham Alias Mohd. Ali)

1968 - MCE.
     - Penolong Jurulatih.

1969 - Sistem Bengkung dikuatkuasakan.

1970 - Bengkung Hijau,

1971 - Bengkung Merah & Khalifah Muda.

     - (Bergelanggang di Tg. Rhu, Singapura, dilatih khas oleh Tuan Hj. Husain bin Kaslan).
1972 - Bengkung Kuning.

- Bergelanggang di Thrywitt Rd, Singapura.

1975 - Lulus Bengkung Hitam di Singapura.

1976 - Istiadat menerima Bengkung Hitam & Sandang Khalifah Kanan di Taiping, Perak. Penerima Bengkung HPCS ke-9 di Malaysia mewakili Gelanggang Solok Wan Moh, Batu Pahat, Johor.
     - Pulang Ke Melaka.
     - Ambil alih Gelanggang Taboh Naning.

1978 - Letak jawatan Jurulatih.

1984 - Gelanggang Lendu ditubuhkan.

1985 - Pengerusi Penaja PSSGM Kg. Lendu.

1986 - Dilantik menjadi AJK Kebangsaan.

1987 - Harimau Pelangi Cula Sakti II / Khalifah Besar.

1988 - Timbalan Imam Khalifah.

1989 - YDP PSSGM - Negeri Melaka.

1990 - HPCS IV

1998 - HPCS VI

1999 - 36 gelanggang di Negeri Melaka.


Dengankepimpinan bersama beliau dan barisan pentadbir yang lain, PSSGM-Melakadisegani dan dihormati oleh semua pihak. Berkat kesungguhan usahabeliau maka pihak Pejabat Tanah Daerah Alor Gajah bagi pihak KerajaanNegeri Melaka pada Jun 1997 telah memberi pakai ruang kawasan seluas 4ekar dengan rumah pejabat / asrama 2 tingkat dan dewan bertutup untukkegunaan PSSGM Melaka. Maka PSSGM Melaka telah menjadikan tempat inisebagai pejabat dan juga Pusat Latihan Tinggi Silat Seni Gayong, untukNegeri Melaka.


Pesanan dari Allahyarham Dato' Mahaguru kepada beliau. LOKASI: Kelas 1, Wad Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur, 17 Jun 1991.


Sambil Allahyarham menggenggam tangan saya dan sinaran mata menaruh harapan, "... Ma'ei jaga Gayong". "Insya-Allah Dato'", jawab saya sambil menggoncang dan mencium erat-erat tangannya.
(Inilah kali terakhir bertemu Guru yang juga merupakan Bapa Angkat saya)


[ Last edited by  airfilterbersih at 5-5-2009 02:13 ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:12 AM | Show all posts
MAJLIS PERLIMAU (NEGERI MELAKA)

Majlis istiadat Perlimau Tapak merupakan majlis penerimaan murid-murid baru. Bayaran adat adalah sebanyak RM 11.50 dengan tambahan sebanyak RM 2.50 sebagai bayaran untuk barang-barang kelengkapan majlis. Kesemuanya berjumlah RM14.
Untuk Majlis Perlimau Seni, ia dijalankan ke atas pesilat yang hendak belajar dan berlatih menggunakan senjata sebenar. Bayaran adalah RM 21 ditambah RM 2.50 untuk barang-barang kelengkapan majlis.      
Wakil Perlimau Tapak dan Seni di Melaka :      
Cikgu Ismail Jantan
Cikgu Mohamad Husin
Cikgu Mohamad Md Nor
Wang Perlimau tadi disalurkan ke akaun Negeri. Sedikit nilai diambil untuk kegunaan serta keperluan. Pengagihan terperinci disebut di dalam Kursus Pentadbiran dan Gurulatih.
Peringatan:      
Setiap bayaran dalam apa bentuk jua sekalipun hendaklah disertakan dengan resit rasmi Pertubuhan.

  • Permulaan Keris/TombakSebelum pelajaran keris/tombak dimulakan satu adat istiadat/majlisdoa selamat perlu diadakan terlebih dahulu sebagai memohon perlindungandan kesejahteraan dalam menuntut ilmu. Kelengkapan seperti pulutkunyit, kari, telur,pisang, kemenyan,lilin dan sebilah keris kayu(untuk mula keris) atau tombak sebenar untuk latihan hendaklahdisediakan. Jikalau keris/tombak ini hilang ataupun patah, pesilathendaklah menjalani istiadat ini semula (Urusan perbelanjaan dalamlingkungan RM10.00 seorang).
  • Khatam Keris/TombakSetelah selesai penerimaan dan pengujian pelajaran ini, upacarakhatam/penutup perlu diadakan sebagai doa kesyukuran ke atas segalaurusan. Seekor ayam berbulu hitam keseluruhannya setiap seorang, pulutkunyit, telur ayam merah, sesisir pisang, kain putih (3 warna untuktombak), benang tujuh warna, rokok daun dan tembakau, kemenyan, bunga 7jenis, sehelai daun kelapa serta wang fidyah RM 20.00 seorang.
  • Mandi Minyak.
Ia merupakan majlis tahunan, kadangkala disebut sebagai Majlis Silaturahim. Ia perlu diadakan kerana :
  • Untuk membaik pulih anggota badan yang telah menjalani latihan secara berhempas pulas. Usaha untuk mengembalikan keupayaan dan kelancaran gerakan jika bermasalah. Minyak yang digunakan sangat baik untuk urut(physiotheraphy) dan mempercepatkan proses membaik pulih daripada patah tulang.
  • Merupakan majlis silaturahim dan berkumpul serta berkenalan dengan guru-gurulatih dan pemimpin daripada  gelanggang yang berlainan.
Cara Membuat Minyak
Proses membuatnya hampir serupa dengan membuat minyak kelapa tradisional yang digunakan untuk memasak. Hanya bezanya ia dipimpin oleh seorang ketua disebut DALANG.Dalang akan mentadbir, mengarah dan membahagikan kerja kepada semua pembantu. Setiap pembantu hendaklah ahli-ahli yang telah di Perlimau Seni. Dalang akan memastikan keselamatan dan aspek peserta supaya selamat dan teratur semasa majlis ini berlangsung.

Keperluan:      
  • Wang Fidyah RM7.75 (setiap kali ulangan mandi dikurangkan RM1.00 sehingga jumlahnya tinggal RM3.75).
  • Kelapa 3 biji seorang(boleh 5 atau 7).
  • Membaca Surah Al Ikhlas sepanjang proses serta menjaga adab dan pantang larang semasa membuat minyak (sebagaimana yang diaturkan oleh Dalang).

Pembahagian:
Wang fidyah hendaklah dibahagikan kepada 3 bahagian sama-rata.      
  • Dalang
  • Majlis Gurulatih/Pewaris
  • Pentadbiran
Kebiasaan majlis ini akan disambut dengan cara yang dipelbagaikan supaya ia lebih ceria:      
  • Demonstrasi pesilat dan jurulatih
  • Majlis perkhataman
  • Penyampaian sijil dan bengkung
  • Penyampaian sandang kebesaran
  • Majlis kesyukuran dan doa selamat
  • Sebelum menghadapi pertandingan
  • Kem Motivasi
      Beberapa kawasan disambut secara besar-besaran dengan dirasmikan oleh pembesar atau pemimpin masyarakat serta dihadiri oleh penduduk setempat dan dhif-dhif jemputan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.334771 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list