CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cloud_hardcore

SILAT GAYONG

[Copy link]
Post time 5-5-2009 02:14 AM | Show all posts
SYARAT MENJADI AHLI
1. Terdiri dari pelajar sekolah / kolej yang berkenaan sahaja.
2. Rakyat Malaysia atau permastautin tetap.
3. Sihat tubuh badan.
4. Mengisi borang permohonan menjadi ahli dan membayar yuran yang telah ditetapkan.

Bayaran-Bayaran
Yuran Pendaftaran - RM 2.00
Yuran Tahunan - RM 2.00
Yuran Pentadbiran Negeri - RM 2.00
Kad Ahli - RM 4.00
( Bayaran ini hendaklah dijelaskan pada bulan pertama )
Semester - RM 25.00
Yuran Bulanan - RM 5.00 seorang
( Setiap awal bulan - 1 kali latihan seminggu ) oleh pihak Kolej
Majlis Penerimaan Murid - RM 15.00 seorang *
( sekali seumur hidup )
Ujian Peningkatan Pertama RM 15.00 seorang *
( * tertakluk kepada perubahan )

Pakaian
Bagi ahli PSSGM Negeri Melaka adalah diwajibkan mempunyai pakaian silat sendiri yang mempunyai kolar Perahu Bugis dan seluar kikik Cina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2009 02:14 AM | Show all posts
Falsafah Silat Seni Gayong

Falsafah Silat Seni Gayong adalah falsafah etika yang membicarakan proses dan tujuan bertingkahlaku terpuji. Ia meliputi tingkahlaku yang sentiasa meningkat, dilaksanakan terarah dan terkawal berdasarkan kepada pedoman-pedoman yang diberikan. Oleh itu falsafah etika selalu berkait rapat dengan adat istiadat, tradisi, moral, adab dan ajaran agama. Agama Islam adalah menjadi sumber inspirasi, motivasi dan pengawasan untuk bertingkahlaku yang bernilai luhur dari segi agama serta kepentingan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:15 AM | Show all posts
UJIAN DAN PENILAIAN KO-KURIKULUM
Bermula dari tahun 2001 pelajar-pelajar yang mengikuti Ko-Kurikulum PSSGM Negeri Melaka akan dinilai mengikut tiga kategori seperti berikut:

1.  Penglibatan, Kedatangan & Disiplin ( 10% )
i. Kehadiran dan ketepatan masa.
ii. Disiplin dalam gelanggang.
iii. Minat dan kesungguhan.

2. Ujian Teori dan Kefahaman ( 30% )
i. Sejarah dan pengetahuan am tentang PSSGM
ii. Pengetahuan am mengenai PESAKA
iii. Perkembangan Seni Silat semasa.
iv.  Kepimpinan & kefahaman tentang konsep silat.

3.Ujian Amali / Praktikal ( 60% )
i.  Kepantasan & kecergasan jasmani.
ii. Kebolehan bertindak ketika terdesak.
iii. Daya ingatan terhadap pelajaran.
iv. Kebolehan menggayakan gerak silat.

4.Kehadiran
Kehadiran para pelajar mestilah melebihi 80% daripada masa pertemuan yang telah ditetapkan dalam jadual latihan.

5.Sijil
Setiap pelajar yang berjaya akan diberikan satu sijil penyertaan ko-kurikulum beserta dengan gred yang mereka perolehi. Setiap pesilat berhak untuk menerima sijil penyertaan Ko-Kurikulum PSSGM sekiranya layak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:16 AM | Show all posts
PELAJARAN SILAT SENI GAYONG

Mulus - Awan Putih
Asas pergerakan Silat & Mengelak.
-  Bunga Tanjung / Jungkir Balik
-  Jurus Wajib hingga jurus 5.
-  Gulungan 10.
-  Pentas 1 / Selayang Pandang.
-  Asas Olahraga.
-  Kunci Tapak 1 - 7 buah.


Awan Putih - Hijau
- Jungkir balik ( pecah empat ).
-  Menghambur Rendah 3 / 5 orang.
- Menghambur Halangan Sederhana.
- Gulungan 21.
-  Pentas Permainan.
-  Pentas 2 / Sepukal
-  Kunci Tapak 8 - 14 buah.
-  Serangan bebas 1x1
-  Pemusnahan
-  Jurus Wajib hingga jurus 12.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:17 AM | Show all posts
Hijau - Merah
- Mahir tangan kosong.
-  Golongan 31.
-  Serangan Maut 1 hingga 7.
-  Kunci Tapak 21
-  Teknik Kaki & serangan bebas 1x3
-  Teknik Pemusnahan.

Merah, Merah I, II & III
- Pentas Permainan Tangan Kosong.
-  Pentas Permainan Bersenjata ( 3 jenis ).
-  Gulungan Tambahan hingga 51.
- Asas Gerakan , Serangan Maut 8 - 21.
- Mempelajari permainan senjata :
Pisau , Keris, Simbat , Tembong dan Parang.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:17 AM | Show all posts
Kuning , Kuning I - V
Mempelajari Teknik Bersenjata :
Serangan Maut & Kilas Kilat -
Simbat - 21 teknik.
Parang - 21 teknik.
Tembong - 21 teknik.
Tombak - 21 teknik.
Rantai / Gada-gada.
Anak Tombak.
Tekpi.
( Atas budibicara PSSGM )

Senjata Tambahan
- Kerambit
-  Rencong
-  Cipan / Kapak
-  Mayang Gesit
- Tumbuk Lada
- Sundang Lipas
-  Cindai

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2009 02:18 AM | Show all posts
BENGKUNG HITAM ( MULUS )
( Harimau Pelangi Cula Sakti )
- Teknik Seni Tapak Yoi
-  Teknik Seni Tangkapan Belian.
UJIANNYA :
Mengupas kelapa tua dengan tangan.
Memecah kelapa dengan tapak tangan.
Menombak dengan jari.

BENGKUNG HITAM I - VI
Pelajarannya masih dirahsiakan kepada umum.
Sekian.



*lebih kepada kebatinan gayong*
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 07:37 PM | Show all posts
skang neh gelanggang kat melaka di lendu lah yer.??

x jauh dari umah mertua aku,,

hehehe..

insyaALLAH dah sampai leh r melawat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2009 07:44 PM | Show all posts
Lawat la cepat Tok Mail pun baru kua hospital..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 08:07 PM | Show all posts

Balas #389 tdpp2006\ catat

tok mail tu sapa..???
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 09:37 PM | Show all posts
Yang Dipertua/Gurulatih Tertinggi PSSGM-Melaka
Dato' Ismail bin Hj Jantan, DMHL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 10:28 PM | Show all posts
lendu je ke..aisey..mase aku duk melake dlu de akun rakan2 aku de bukak gelangang kt londang..kt msjid tanah tu de la aku nampak dewan ng signboard gayong tp cm sunyi je..

n mase pengadugerahan bengkong plak..jemput cikgu2 merlimau n pak andak majid(guru utama PSSGPM) dari kedah..

mase tu tahun 2005..skrg ni aku tak thu gelanggan tu de lagi ke tak...sbb thn 2006 aku g tempat laen..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 01:04 AM | Show all posts
Originally posted by selendangmerah at 5-5-2009 19:37
skang neh gelanggang kat melaka di lendu lah yer.??

x jauh dari umah mertua aku,,

hehehe..

insyaALLAH dah sampai leh r melawat..


sekarang X pasti gelanggang pusat kat mane..
tapi dulu dekat pangkalan balak @ tanjung bidara...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 04:23 PM | Show all posts

Balas #393 airfilterbersih\ catat

ye ke..

xpe...

nanti leh saling berhubung..

"Kata Bersahut Gayong Bersambut"
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 11:46 AM | Show all posts
aku tengok gayong sekarang makin merudum...bagamana hendak kita memperkasakan dan meningkatkan level gayung dikacamata anak muda kita..
  banyak gelanggang gayung dah ditutup dan di ganti dengan taekwondo..kita perlu ada strategi utk menarik balik minat anak muda utk dekati gayung..
   aku dah 10 tahun dah tinggalkan gayung sebab ... tiada lagi gelanggang..tidak aktif seperti dulu


hidup gayung
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 01:00 PM | Show all posts

Balas #395 speedo\ catat

ok..

speedo..

mana mali..???

ehehehe...

speedo org mana ..??/ dok mana skang..??

gayong malaysia @ gayong pusaka...??

mana taw.. sy leh tolong..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 12:36 AM | Show all posts
............

[ Last edited by  speedo at 11-6-2009 06:08 ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 11:21 AM | Show all posts
Mari berkenalan dengan Murid Lama SSG. Sila tambah kalau tahu lagi ni yang biasa dengar je

Perlis C Nordin
Kedah C Majid Md Isa C Awang Daud C Adiwijaya (tggl kt KL) C Mat Nayan
Kelantan C Mansor
Penang C Yaakob
Perak gelaran C Ahmad Ismail C Amin Hamzah C Izhar C Sazali C Badeuzzaman
Melaka C Ismail Jantan
Johor C Md Nor
Selangor /KL C Mustafa Kamal C Khahar Redza C Sapiah C Jaafar

[ Last edited by  tdpp2006 at 24-5-2009 11:23 ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 03:40 AM | Show all posts
cikgu nordin cikgu silat aku tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 10:15 AM | Show all posts
woo er sikomeng balik kejap dari Mexico tak beritahupun huhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.517338 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list