CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LailaTempawan

Legenda Mahsuri

     Close [Copy link]
Post time 26-12-2008 03:34 PM | Show all posts
nih citer ko dulu kan... ok sekarang sambung balik....

Ketiga-tiga anak mereka perempuan. Pekerjaan harian mereka adalah menanam padi huma ,ubi kayu  dan sayuran-sayuran kegunaan harian. Mereka juga ke laut sebagai nelayan.Pandak Mayah juga gemar memelihara burung jinak seperti burung murai cacing, burung serindik, burung merbuk dan  lain-lain burung.Kepandaian beliau yang lain seperti memanggil Pelanduk dengan cara memukul daun palas ke tanah. Mereka juga memelihara kerbau ,lembu serta kambing.Kalau di laut Pandak Mayah juga pandai mencari mutiara dan dijual kepada saudagar dari Cina dan Siam.

Sebagai ketua kampung, segala permasalahan  orang-orang kampungnya dirujuk kepada beliau. Beliau dikenali hingga ke Siam. Beliau juga mangadakan urusan niaga hingga ke Siam. Contohnya beliau membeli kopi ,kain dan lain-lain barang dari Siam dan menjual di pulau ini.Pandak Mayah juga pernah berkunjung hingga ke Siam dan menerima hadiah dari  pembesar Siam.

Ketika Cik Alang megandung anak yang ketiga ( lebih kurang lima bulan ), beliau diberikan oleh seorang hamba Allah sebilah pisau wali di masjid tua Ulu Melaka. Pisau wali itu digunakan sebagai senjata peribadi sepanjang hayatnya. Di saat-saat akhir beliau mengandung ini juga , beliau mengidam hendak makan ikan bawal putih.. Bawal putih dapat dicari olih Pandak Mayah berhampiran Pulau Dayang Bunting. Terus dibawa pulang ikan itu untuk isterinya. Dimasak dan dimakan oleh Mandak Alang. Selepas dua hari beliau memakan ikan itu, beliau terus melahirkan anaknya yang ketiga pada jam lebih kurang sebelas malam dihujung bulan Ramadan. Air perigi digunakan untuk mencuci  Mandak Alang dan anaknya. Perigi itu terletak agak jauh dari rumah mereka iaitu berhampiran surau Kampong Cenerai.

Dalam usia lima tahun lagi anak bongsu Pandak Mayah  sudah belajar ilmu agama. Beliau belajar dengan seorang ustazah  dari Pattani. Tempat mereka belajar ialah di surau Kampung Cenerai.

Dalam tahun 1810 Siam telah menyerang Pulau Langkasuka secara besar-besaran untuk menaklukinya. Malangnya mereka gagal dan ditentang hebat oleh panglima-panglima Pulau Langkasuka. Ketika perang ini jugalah beras dikumpul dan dibakar oleh Penghulu di Kampong Jerat. Tujuannya untuk tidak terlepas ke tangan orang-orang Siam.

Dalam ketika perang dengan Siam ini jugalah Mahsuri anak bongsu Pandak Mayah bertunang dengan Wan Derus Bin Wan Embong. Setelah Siam kalah dan Pulau Langkasuka kembali aman , mereka pun berkahwin dalam usia dua puluhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2008 03:55 PM | Show all posts
ok tuan keturunan mahsuri./. sambung laa citer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 04:45 PM | Show all posts
apa citer nie
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 10:43 AM | Show all posts
sambungla cepat pliz..aku baru balik lgkawi 2 mggu lepas..best sgt..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 11:47 AM | Show all posts

ini replika makan mahsuri di langkawi

ini makam mahsuri yang orang melawat tu, aku amik gambar ni masa aku gi langkawi december 2007.
Aku pun ingat makam betul hahaa







nak letak watermark tapi paint kat pc aku pon dah musnah pasal kena virus...


btw, kat situ ada rumah mahsuri dan rumah-rumah kampung jiran dia skali... [replika gak kot]
kecik je rumahnya, jarak antara rumah pun sangat dekat so aku tak pasti jarak tu betul ke tak.
aku nak paste kat sini tapi sebab sume gambar tu ada muka aku, so aku segan heheh
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 05:18 PM | Show all posts
aku baru abis baca cite tanggo tuh...


cepat laa sambung...nak gak tau. n nak gak tengok bukti2 besar kecik tu sume... boleh wat perbandingan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2008 02:30 PM | Show all posts

Mahsuri D.Langkawi

Pagi ini  saya lintas kat makam Mahsuri.Ramai org melawat kat situ. Tau tak anda siapa Aishah itu. Bapanya siapa. Tau kah anda kubur org islam dikutip hasil dimana. Tau kah anda pisang termahal d langkawi.dan lain2 lagi?????????????????? sorry pi makan kejap...................akan panas lagiiiiiiiiiiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 02:50 PM | Show all posts

Balas #67 tanggo\ catat

lamanya pi makan...makan malam skali ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 02:56 PM | Show all posts

Mahsuri D.Langkawi

OK Aishah tu anak kerana RM . Ini bukan fitnah tapi depa nak tutup muka dgn RM.Sebab tu kerajaan Kedah dulu nak suruh depa duduk d Langkawi depa tak mau.Sebab depa tahu siapa depa dan org tahu siapa depa.Tak caya buat DNA . Pakar sejarah Kedah adalah bekas cikgu saya.Saya kenal benar dia. La ni dia sakit kepala fasal ni.Pisang termahal ada dimakam Mahsuri sebab sesikat dijual berkali2 hingga masak.Lepas tu staff amik bawa balik makan. TUUUUUUUUUUUU DIAAAAAAAA.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 03:09 PM | Show all posts
Pasal lain macam aje aku tengok posting hang ni......mula2 tu OK la...tapi lepas tu? Awat, hang terlebih makan pisang ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 03:21 PM | Show all posts

Balas #67 tanggo\ catat

maksudnya aishah iteww bukan keturunan mahsuri ke camner
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 03:24 PM | Show all posts
pasai pa ni chek ... kan dah ada thread mahsuri tu .. hang sambung je lah kat situ ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 08:39 PM | Show all posts
xpaham.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 08:57 PM | Show all posts

Reply #69 tanggo's post

apadia neh
pening haku
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by tanggo at 25-12-2008 05:19 PM
Maaf sekian lama saya berdiam diri.Saya baru saja baik dari disihirkan kerana mengeluarkan cerita Arwah moyang saya(Mahsuri).Cerita akan diteruskan juga termasuk bagaimana saya disihir,olih siapa ...


lerrr dah nak masuk 29.12.2008....
lagi 4 hari dah masuk tahun 2009....cepat lerrr sambung
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 02:03 AM | Show all posts
keris mahsuri camne?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2008 05:06 PM | Show all posts

Mahsuri Di Langkawi (samb)

Semasa Pandak Mayah mengadakan kenduri kahwin anak bongsu inilah , beliau mengunakan periuk besar bergaris pusat tiga kaki dan boleh memasak nasi untuk  beratus-ratus orang. Periuk ini ditempah  di Trang dan dibuat dari tembaga.

Setelah Mahsuri berkahwin, bapanya menghadiahkan kepadanya rumah . Tapak rumah asal itu sekarang ini berada tidak jauh dari pintu masuk makam. Rumah asal itu ialah sebuah rumah ketua kampong. Ukiran rumah itu diukir oleh Hj Sulaiman dari Pakistan. Beliau megambil masa hampir satu tahun untuk menyiapkan ukiran itu. Sehingga kini masih terdapat ukiran itu.

Setelah usia Mahsuri lebih kurang tiga puluhan, mereka mendapat seorang anak dan diberi nama Wan  Hakim. Selepas dua tahun mereka pula mendapat seorang lagi anak dan diberi nama Wan Hamzah.

Wan Derus merupakan seorang panglima. Antara sahabat-sahabat rapatnya ialah Syed Salim, Syed Bakhori, Syed Ali dan yang lain-lain lagi. Dalam tahun 1820an  Aceh telah menyerang Negeri Satun. Ketika itu negeri ini diperintah oleh Raja Bokhori iaitu anak kepada Tengku Alang Perkasa. Maka raja Satun pun meminta pertolongan  dari angkatan perang dari Pulau Langkasuka. Ketika itu Pulau ini dibawah perintahan Raja Satun.

Bertolaklah satu angkatan perang dari Pulau Langkasuka dan diketuai oleh beberapa orang panglima perang . Salah seorang dari panglima itu Wan Derus.
        Setelah beberapa hari dalam pelayaran, sampailah mereka ke Satun .Tidak berapa lama di Satun berlakulan peperangan antara angkatan Raja Bokhori dengan angkatan tentera Aceh. Dalam peperangan ini Aceh tidak menyerang  Satun dengan angkatan tentera  mereka sepenuhnya. Tetapi Aceh mengupah orang-orang Siam untuk menyerang Satun.
Peperangan ini berlaku disebuah tempat berhampiran pantai iaitu di Ban Khuan atau Ban Chuan. Peperangan ini berpihak kepada Satun. Dalam peperangan ini juga lah Raja Satun diselamat oleh Raja Siam dan membawanya ke Saiburi. Bila Satun aman sepenuhnya baru lah beliau pulang keSatun.

Ketika peperangan berlaku di Satun, Di Pulau Langkasuka pula sedang berlaku  peristiwa  di antara anak menantu Wan Embong sendiri. Orang-orang Wan Yahaya pula tidak ke Satun untuk membantu Raja Satun dalam peperangan menentang Aceh,

Wan Mahora, isteri kepada Wan Yahya dan kakak ipar kepada Mahsuri. Beliau merasa amat cemburu dengan Mahsuri terutamanya  Mahsuri  lebih mendapat perhatian dari orang-orang tempatan atau dari luar. Mahsuri juga pernah mendapat hadiah dari Raja Siam.Justeru itu juga keluarga Pandak Mayah juga tidak kurang  disebut atau disanjung orang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 03:50 PM | Show all posts

sambungan .........

Berputik daripada perasaan cemburu inilah, Wan Mahora memasang perisiknya yang kebetulan tinggal berhampiran dengan rumah Mahsuri.Beliau bernama Mak Udoh. Tapak rumahnya sekarang ini telah terbina tandas awam  berhampiran Makam Mahsuri.Mak Udoh hanya empat tahun lebih tua dari Mahsuri. Mereka juga berkawan baik lebih-lebih lagi mereka tinggal sekampung.

Deramang ialah seorang penjual kain dari seberang atau dari Sumatera. Beliau juga bersahabat dengan Wan Derus atau dengan keluarga Pandak Mayah sendiri.Tanda persahabatan mereka masih ada hingga ke hari ini dalam bentuk siling lama. Kerana beliau berniaga, sudah tentulah beliau akan rumah ke rumah untuk menjual barang-barangnya tidak kira waktu dan masa.

Kesempatan inilah diambil oleh Mak Udoh untuk menjalankan tugasnya untuk Wan Mahora. Inilah kesempatan yang amat baik bagi beliau untuk membantu Wan Mahora. Daripada perasaan cemburu berubah kepada hasad dengki dan seterusnya berlakulah fitnah.

Memang berlaku penjual kain bertandang ke rumah Mahsuri dengan tujuan menjual kain. Akan tetapi kesempatan ini diintai oleh Mak Udoh  dengan  mengatakan mereka berdua-duaan.Perkara ini telah dibawa oleh Mak Udoh ke pengetahuan Wan Yahya dan disokong kuat oleh Wan Mahora.

Maka Wan Yahya memerintahkan panglimanya ke Kampung Cenerai untuk membawa Mahsuri  meghadap Wan Yahya. Dengan tidak tahu tujuan apa-apa Mahsuri pun pergilah meghadap Wan Yahya atau abang iparnya. Amat terkejutlah Mahsuri ketika beliau dituduh berkelakuan tidak senonoh dengan penjual kain. Dalam kekalutan ini, penjual kain pula megambil kesempatan lari keluar dari Pulau Langkasuka . Beliau sempat manaiki kapal yang menuju ke Sumatra.

Dua hari Mahsuri ditahan di Kampung Jerat. Juga tidak mengaku olehnya walaupun diugut untuk dibunuh. Maklumlah perkara tidak dilakukan oleh beliau bagaimana hendak mengaku mengikut kehendak penuduh.

Hari kedua gemparlah orang-orang Kampong Cenerai dengan berita Mahsuri dituduh berkelakuan tidak baik dengan penjual kain.Bergegaslah mereka ke Kampung Jerat untuk mendengar berita itu. Ibu bapa Mahsuri juga bergegas kerumah Wan Yahya. Berbagai-bagai penjelasan diberikan oleh ibu bapanya tapi tidak diendahkan oleh Wan Yahya.

Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Pandak Mayah. Kerana kesemua orang-orang kuatnya pergi berperang.Tetapi orang-orang Wan Yahya ramai.Apa yang dapat dilakukan oleh Pandak Mayah, keluarganyadan sahabatnya hanya berdoa saja agar kebenaran berpihak kepadanya.

Masa berjalan , rayuan tidak di layan oleh Wan Yahya. Hukum bunuh hendak  dilaksanakan juga . Yang tidak bersalah tetap mengaku tidak bersalah walaupun diugut hendak di bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 03:52 PM | Show all posts
Hari hampir senja. Mahsuri pun dibawa oleh orang-orang Wan Yahya ke tepi pantai.
Beliau pun diikat ke sebatang pokok cenerai yang sederhana besar.Pokok cenerai itu pula dikuatkan dengan sebatang buluh pancung. Tali untuk mengikat tangan Mahsuri dibuat oleh seseorang yang pandai. Tali itu dibuat dari empat jenis bahan yang berlainan iaitu dari kulit pisang benggala, rambut yang panjang, kulit pisang udang dan akar minyak.

Setelah tangannya diikat kuat oleh orang yang pandai,beliau tetap juga tidak mengaku dengan tuduhan itu.Orang yang menjalankan hukuman bagi pihak Wan Yahya ialah panglimanya bernama Alang Budiman. Mahsuri pula berpakaian kemas dan bertudung kepala hadiah dari suaminya yang terakhir. Disanggulnya tercucuk penyucuk sanggul merupai keris. Dilehernya tergantung seutas rantai emas berlokek. Didalam lokek itu tersimpan Quran kecil.

Kesemua orang kampungnya yang hadzir berada tidak jauh dari tempat hukuman itu termasuk ibu dan bapanya. Keris pertama diserahkan kepada Alang Budiman dan terus menikam ke dada Mahsuri tapi tidak berhasil. Ibunya jatuh pengsan. Diberi pula keris yang berlambang naga kepada Alang Budiman.Tiga kali Alang Budiman menggelilingi Mahsuri. Ditikamnya ke dada Mahsuri sebelah kiri dari arah belakang. Mahsuri masih tidak menyedari bahawa dadanya sudah ditikam.Beberapa lama barulah beliau merasa sakit. Ibunya sedar dari pengsan.

Selepas itu barulah ikatan ditangannya dibuka. Alang Budiman tidak lagi berada disitu . Keadaan ketika itu gempar dan sedih sekali. Mahsuri dipapah oleh ibu bapa dan rakannya keluar dari tempat hukuman. Setelah berjalan keluar ,dia berasa lemah dan jatuh di atas pasir.Beliau juga sempat meninggal beberapa pesanan kepada bapanya.
Kedaannya semakin uzur. Menyedari  masanya hendak dijemput Allah hampir dekat sekali. Dengan tenaga akhir beliau mencabut cucuk sanggulnya dan menikam ketanah dan terus bersumpah “ ……………………….hingga tujuh keturunan aku “ .Tempat hukuman itu dijalankan sekarang ini menjadi tempat letak kereta antara gerai makan dengan Sek.Keb. Padang Matsirat.

Hari sudah hampir malam. Berita  Arwah Mahsuri mati dibunuh tersebar ke merata kampung. Pada malam itu juga mayat arwah  diusung oleh orang-orang kampung Pandak Mayah balik ke Kampung Cenerai. Bermulalah  zaman Pulau Langkasuka disumpah oleh Arwah Mahsuri. Hujan turun selama tujuh hari tanpa henti.

Setelah mayat arwah Mahsuri tiba dikampungnya , kerja-kerja berkaitan pun dilakukan oleh orang-orang kampong seperti membaca  “  Yassin “ dan lain-lain lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 03:53 PM | Show all posts
Hari berikutnya barulah arwah dikebumikan dihadapan rumahnya sendiri. Arwah meninggal dalam usia lebih kurang 34 tahun dengan meninggal dua orang anak Wan Hakim  2 tahun, dan Wan Hamzah 8 bulan.Hari-hari berikutnya keadaan  masyarakat kampung Cenerai merasa sedih dengan apa yang telah berlaku. Lebih-lebih lagi pada keluarga Pandak Mayah.

Genap tujuh hari arwah Mahsuri dijemput Allah, pada suatu malam telah berlaku satu keajaiban di rumah Wan Yahya. Tiba-tiba rasuk rumahnya patah. Amat terkejut mereka semua. Keesokannya mereka semua terus megambil keputusan untuk berpindah . Wan Mahora tidak mahu ikut serta tapi dipaksa oleh Wan Yahya untuk berpindah. Dalam keadaan yang tidak sempurna, mereka berpindah menuju Satun. Turut serta dalam rombongan itu ialah seorang panglimanya bernama Alang Budiman..

Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya pun tiba di Satun. Tidak berapa hari di Satun  beliau pun jatuh sakit hingga mulutnya herot ke kiri. Beliau pun berubat dengan beberapa orang bomoh. Salah seorang bomoh itu mengatakan sakitnya itu berlaku disebabkan oleh beliau sendiri iaitu membuat keputusan tanpa selidik terlebih dahulu.

Tidak berapa lama selepas itu, beliau menceraikan isterinya. Beliau berpindah lagi dan tinggal di suatu tempat bernama Pakbara.Beliau mempunyai dua orang anak laki-laki. Pertama bernama Wan Ayob dan kedua bernama Wan Ishak. Kedua –dua anak mereka pula menetap bersama ibunya di Satun.

Setelah enam bulan Wan Yahya di Pakbara, beliau pun berkahwin pula dengan orang Pakbara bernama Salini. Salini bekerja sebagai tukang jahit dan Wan Yahya sebagai nelayan.Tidak berapa lama selepas mereka berkahwin, berpindah pula mereka ke Phatalong. Disinilah Wan Yahya meninggal dunia. Selepas enam bulan, isterinya pula meninggal dunia akibat diracun orang. Perkahwinan mereka tidak mendapat seorang anak pun.

Wan Mahora. Setelah berapa lama menetap di Satun, beliau serta dua orang anaknya pula berpindah ke Songkla. Beliau menetap di Songkla sehingga akhir hayatnya.

Mak Udoh. setelah sebulan pemergian arwah Mahsuri. Beliau pula meninggal dunia dipanah petir ketika sedang memancing di laut bersama rakannya.Beliau mati tidak berkubur.

Deramang penjual kain yang sempat meloloskan dirinya dan menaiki kapal menuju ke Sumatra pula menerima kemalangan di atas kapal. Beliau meninggal dunia di atas kapal disebabkan oleh ditimpa tiang kapal yang patah.

Peperangan di Satun sudah pun tamat. Kemenangan berpihak kepada raja Satun. Beberapa barang hadiah  dikurniakan oleh baginda raja Satun kepada Wan Derus dan orang-orangnya. Maka berangkatlah mereka kembali ke Pulau Langkasuka. Setelah beberapa hari dalam pelayaran maka sampailah mereka ke Pulau Langkasuka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.066543 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list