CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LailaTempawan

Legenda Mahsuri

     Close [Copy link]
Post time 30-12-2008 03:53 PM | Show all posts
Wei...apasal bukak thread baru? Sambung aje la kat thread Mahsuri sedia ada....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 03:54 PM | Show all posts
Di Kampung Pengkalan kapal sanak saudara menunggu mereka kerana ada yang cedera dan lemah dan perlu diberi rawatan. Tidak kurang juga berita yang didengar dan diceritakan diantara mereka.

Wan Derus senang dengan tugas yang telah diselesaikan  ketika di Satun . Tetapi lain pula setelah beliau pulang ke Pulau Langkasuka. Hadiah di Pulau Langkasuka pula amat menyedihkan beliau dan boeh membawa kepada pergaduhan di antara keluarga sendiri.

Beliau dan dibantu dengan sahabat-sahabatnya dapat mengawal keadaan yang kalau tersilap hitung boleh membawa kepada pembunuhan. Beliau menerima saja takdir yang telah menimpanya dengan penuh sabar dan berserah kepada Allah.

Dalam seminggu setelah arwah Mahsuri meninggal, Pandak Mayah tidak dapat melihat lagi barang-barang peninggalan arwah. Dikumpul olehnya barang-barang itu dan diberi kepada seseorang untuk menjaganya.

Ibu dan kakak-kakak arwah tidak lagi dapat menahan kesedihan yang menimpa mereka. Mereka sentiasa mendoakan agar mereka dipendekan umur. Maka selepas setahun pemergian arwah, ibunya pula dijemput Allah. Ibunya juga disemadikan tidak jauh dari tempat arwah disemadikan.Tidak lama selepas itu pula turut diikuti oleh dua orang kakaknya. Kakaknya juga disemadikan ditempat yang sama.

Setelah beberapa lama Wan Derus tinggal bersama dua orang anaknya, beliau pun meminta izin dari Pandak Mayah untuk meninggal Pulau Langkasuka. Setelah keizinan
diberikan oleh Pandak Mayah barulah beliau berpindah dan tidak pulang lagi.

Bekalan untuk beliau dan anak-anaknya pun disediakan oleh keluarga dan rakan-rakannya. Tiba hari berpindah, beliau pun dihantar oleh orang–orang  terdekat hingga ke pantai. Maka belayarlah mereka ke destinasi yang dirahsiakan. Bersama beliau turut serta ialah  kawan rapatnya. Setelah sampai ke tempat yang di tujunya maka bermudiklah mereka menyusuri sungai dan sampai ke suatu daerah bernama Trang .Beliau dan anak-anaknya pun menetap di Trang. Beliau tidak lagi berkahwin. Beliau sendiri membesarkan anak-anaknya. Beliau juga mengajar ilmu agama kepada orang-orang sekitarnya. Beliau memilih Trang untuk menetap kerana di sini beliau mempunyai ramai kenalan.

Setelah beberapa lama beliau menetap disitu, sahabatnya berangkat pulang ke Pulau Langkasuka dengan tujuan untuk menyampaikan berita kepada Pandak Mayah. Sahabatnya itu berulang alik setahun sekali di antaraTrang dan Pulau Langkasuka.

Pandak Mayah, setelah kematian isteri dan anak-anaknya beliau pun berpindah ke tempat Wan Derus. Sebelum berpindah beliau memberi barang-barang kepada sahabatnya untuk dijaga dan diserah kepada anak-anak cucunya di kemudian hari. Rumah  asalnya pun hendak diroboh tetapi dicadang oleh sahabatnya supaya tinggalkan untuk tatapan anak-anak cucunya. Cadangan itu diterimanya. Maka kekalah ukuran rumah itu hingga kehari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 03:54 PM | Show all posts
Setelah tiba masanya berpindah ,beliau pun berpindahlah ke tempat cucunya tinggal dengan ditemani oleh sahabat Wan Derus tadi dalam usianya tujuh puluhan. Semasa perpindahan itu beliau membawa bersamanya persalinan ketua kampung termasuk kasut capar, Keris Wali,tengkolok, lebai dan lain-lain barang.Tiba di Trang menetaplah beliau bersama menantu dan cucu-cucunya.Mereka membuat kerja seperti biasa  untuk menyara kehidupan harian.

Lebih kurang sepuluh tahun Pandak Mayah berada di Trang ,beliau pun uzur. Oleh itu beliau pun meminta agar beliau dihantar pulang ke Pulau Langkasuka.Pulanglah beliau ke Pulau Langkasuka dan ditemani oleh orang harapan . Setiba di Pulau Langkasuka beliau tinggal bersama saudaranya. Hari berganti hari. Pandak Mayah semakin uzur. Beliau meninggal di Pulau Langkasuka dan disemadikan di Pulau Langkasuka. Berita kematian Pandak Mayah disampaikan kepada Wan Derus oleh penyampainya.

Setelah sekian lama di Trang , Wan Hakim pun dewasa. Beliau dikahwinkan dengan Umi Kalsom dari Pathalong. Setelah berkahwin beliau tinggal berasingan dari bapanya. Lebih kurang 86 tahun usia Wan  Derus maka meninggallah beliau. Beliau disemadikan oleh orang-orang kampung. Makamnya sekarang ini terletak di belakang Masjid Trang yang imamnya sekarang ini bernama Hj. Ramli.

Wan Hakim dan isteri. setelah beberapa tahun mereka kahwin, maka dikurniakan dua orang anak laki-laki. Anak pertama bernama Wan Mohd Salleh dan yang kedua bernama  Wan Mohd Zaidi. Wan Mohd Zaidi dua tahun lebih muda dari abangnya.

Setelah usia Wan Mohd Salleh 10 tahun, Wan Hakim sekeluarga berpindah pula ke Pathong  (atau Pathongmoi). Mereka tinggal di satu kampung  yang tidak jauh dari pantai .Kerja harian mereka adalah bertani dan ke laut.

Wan Mohd Salleh ketika usianya 18 tahun dengan keizinan ibu dan bapanya , merantau pula beliau untuk belajar ilmu agama. Beliau merantau hingga sampai ke Naratiwat. Di Naratiwat beliau belajar disebuah  sekolah pondok di Daerah Weng. Beliau berguru dengan seorang sheikh selama tiga tahun.  Selepas pengajian beliau terus berniaga kain dan batu pemata. Beliau berurus niaga hingga ke Saiburi.

Setelah umur Wan Mohd Salleh 25 tahun, beliau berkahwin dengan orang  dari Saiburi bernama Wan Siti Hajar Bt Wan Alias. Mereka menetap  di Ban Yala. Disini mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Cik Aa.

Sementara itu di Phatong, Wan Mohd Zaidi meninggal dunia dalam usia 17 tahun kerana demam panas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 03:55 PM | Show all posts
Wan Mohd Salleh dan isteri setelah mendapat anak pertama , mereka berpindah lagi. Kali ini mereka berpindah hingga ke negeri Kedah. Setelah mendapat tempat yang sesuai mereka membina rumah dan menetap di situ. Pekerjaan mereka bersawah , menangkap ikan dan kerja-kerja kampung yang lain. Selepas menetap di Kedah, mereka mendapat lima orang lagi anak. Anak kedua bernama Cik, ketiga Embong, keempat Fatimah,kelima Aishah dan keenam laki-laki bernama Nan.Hari ini yang masih ada hanyalah Fatimah saja dan usianya hampir 80 tahun  Kakak-kakak dan adiknya sudah pun meninggal dunia. Fatimah ialah ibu kepada Abdul Ghoni. Beliau mempunyai 12 orang anak.

Cik Aa pula berkhawin dengan Awang. Mereka menetap di Kampung Kubang Jelai dalam Daerah Pendang. Mereka mendapat beberapa orang anak. Anak sulungnya bernama Abdul Rahman.Awal tahun 60an Cik Aa meninggal dunia melewati suaminya. Beliau dimakamkan di perkuburan Islam Kampung Rambai.

Abdul Rahman pula berkahwin dengan Saodah. Mereka mendapat beberapa orang anak.Mereka menetap di Kampung Gelam jalan Tanah Merah. Beliau meninggal di awal tahun 2000 kerana  lumpuh.

Anak pertama Abdul Rahman bernama Abdul Ghani. Setelah berkahwin. Beliau mendapat beberapa orang anak. Anak yang pertama bernama ********. Mereka sekeluarga tinggal di pekan Pokok Sena, Kedah. Sekarang usia anak sulongnya  lebih kurang 17 tahun.

Apa yang dikatakan tujuh keturunan aku oleh arwah Mahsuri dalam ucapan sumpahnya ialah dikira dari dirinya, anaknya yang sulung dan seterusnya kepada cucu cicitnya yang sulung tidak kira samada laki-laki atau perempuan. Cartanya seperti berikut,


1        MAHSURI
2        WAN HAKIM
3        WAN MOHD SALLEH
4        CIK AA
5        ABDUL RAHMAN
6        ABDUL GHANI
7         ***********


    Demikian  secara ringkas cacatan keturunan moyang saya yang dapat dicari, dicatat  dan disimpan oleh saya sejak diberitahu olih nenek saya lagi. Pencarian ini memakan masa sejak saya masih kecil dan berpindah ke Pulau Langkawi pada tahun 1983 hingga ke hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:25 AM | Show all posts
Originally posted by tanggo at 30-12-2008 03:55 PM
Wan Mohd Salleh dan isteri setelah mendapat anak pertama , mereka berpindah lagi. Kali ini mereka berpindah hingga ke negeri Kedah. Setelah mendapat tempat yang sesuai mereka membina rumah dan me ...



terima kasih....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 07:39 PM | Show all posts
Sambung lagi Tanggo.Menarik citer tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2009 03:33 PM | Show all posts

Legenda Mahsuri

TQ. Selamat Tahun Baru 2009
Itu saja ringkasan ceritanya. Yg lain I cerita ikut soalan.I sedang failkan ke mahkamah kerana penipuan wang rakyat dan keturunan.
Garbar barang terlalu banyak. Kalau nak tengok mailah sini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 04:00 PM | Show all posts
dlm banyak2 keturunan mahsuri, apsal si aisyah tu dpt perhatian spesel.. siap dapt masuk UIA lagik, bahasa inggeris pun x pas, siap ada support lagi tanggung dia belajar.. tp aku rase, bila dah masuk UIA ari tuh, bukan rajin study sangat pun, sebok melawa je, ( baru nak berjinak2 dengan alat mekap bagai aku rase ). jumpa kat masjid pun, sebok dgn mekup dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 04:19 PM | Show all posts

Legenda Mahsuri

Ini boleh dikatakan satu drama.DNA pun tak buat tapi berani pakar sejarah Kedah istihar Aishah tu penamat sumpahan, Bagi I beliau tu hanya ikut telunjut saja.Saya telah dipanggil olih  Prop USM, Dato Wan Shamsudin (pakar sejarah Kedah) Org muzium dan Tun Dr Mahathir utk ditemuramah. Bagi saya ini adalah satu skandal org atasan.Sebab tu saya kata kena buat DNA.Saya tahu cerita Aishah di UIA lebih dahyat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 04:51 PM | Show all posts
pendedahan yg berani dan menarik.... teruskan usaha anda... moga2 sejarah tidak diseleweng dengan sewenang-wenangnya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by tanggo at 4-1-2009 03:33 PM
TQ. Selamat Tahun Baru 2009
Itu saja ringkasan ceritanya. Yg lain I cerita ikut soalan.I sedang failkan ke mahkamah kerana penipuan wang rakyat dan keturunan.
Garbar barang terlalu banyak. Kala ...




mai sini tu...kat mana..??

aderr blog lain kerr...?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 11:25 AM | Show all posts
emm... kisah yg benar...tp kalo nk ikutkan muka aisyah tu mirip ngan mahsurii yg aslii
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 6-1-2009 11:25 AM
emm... kisah yg benar...tp kalo nk ikutkan muka aisyah tu mirip ngan mahsurii yg aslii


Mirip wajah Mahsuri? Ada gambar asal Mahsuri ke atau encik buat scanning review astral untuk tengok wajah sebenar Mahsuri? Kalau yang lukisan tu hanyalah imaginasi pelukis.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 06:18 PM | Show all posts

Reply #1 LailaTempawan's post

Sama tpt belajar ngan kturunan k-7 mahsuri nei, wan aisyah nama nya... my junior...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 06:24 PM | Show all posts

Reply #28 sayapghaib's post

itu susu la, bukan nyer darah putih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 11:06 PM | Show all posts
so saper keturunan ke 7 mahsuri yang sebenar???????????? boleh tanggo cerita kan takkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 02:50 PM | Show all posts

Legenda Mahsuri

Jawapan
nice-72.    TQ, tapi banyak risiko
Tok-WanKat LKW. Nanti anda tahu, tahun ini juga.
Liman.      Rahsia,tapi x macam Aishah keturunan RM (ringgit Malaysia)
Sayapghaib. Kena belajarlah dulu caranya. Susah tu....
Yaminz........Itu keturunan ringgit Malaysia(RM) .Susu bukan darah.
Risma..........Beliau lahir pada 1986. Perempuan dan.......................
iroirona arigato goma#a. Dewamata.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 06:24 PM | Show all posts

Reply #89 tanggo's post

Nei bkaitan ngan org atasan d kedah sendiri k?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by tanggo at 7-1-2009 02:50 PM
Jawapan
nice-72.    TQ, tapi banyak risiko
Tok-WanKat LKW. Nanti anda tahu, tahun ini juga.
Liman.      Rahsia,tapi x macam Aishah keturunan RM (ringgit Malaysia)
Sayapghaib. Kena belajarlah  ...


tu lah pasalnya.Mungkin saudara Limau bandingkan wajah Aisyah dengan lukisan Potret Mahsuri tu.Atau mungkin juga saudara limau pakar psykik review.Semua tu ilmu orang melayu dulu-dulu tapi semakin dilupakan dan barat pula yg menjenamakannya semula dan mendakwa sebagai ilmu dari mereka.Ada sorang Haji kat Selangor yg mendakwa boleh review semula untuk melihat perkara yg telah lepas dan mendakwa lagi pernah berjaya melihat peristiwa pertempuran diantara Tentera Melaka dan Portugis.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by yaminz at 6-1-2009 06:24 PM
itu susu la, bukan nyer darah putih...


mungkin juga susu.Tapi tak mustahil juga darah sebagai membuktikan beliau tidak bersalah.Biasalah perkara mencarik adat bukanlah pelik sangat kalau nak berlaku.Selalunya benda yg pelik-pelik ni boleh berlaku jika yg teraniaya tu orang yg jujur.Pernah seorang kawan yg kena marah tanpa sebab oleh pegawai atasan saya berkata lepas kena marah."Hang tak akan kerja lama kat sini".Dengan kuasa Allah pegawai tu betul-betul kena pecat hanya dalam masa sebulan oleh majikannya.Dua orang teman sekerjanya yg selalu membulinya juga menerima nasib yg sama.Bagaimanapun tentang darah putih tu,itu hanyalah pendapat saya.Mungkin sebenarnya adalah susu.Yang penting sejarah sebenar Mahsuri dapat di ketahui.

[ Last edited by  sayapghaib at 8-1-2009 10:08 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.069844 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list