CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11543|Reply: 81

tggjwb isteri ...

[Copy link]
Post time 29-10-2006 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualikum suma,
nak tahu dari sudut pandangan islam, betul ke tugas isteri tu hanya layan suami dan anak saje?
keje2 umah cam ne pulak. Betol ke suami yg kene sediakan, kalau mampu pakai la org gaji, kalau
tak mampu sepatutnye dia kene buat sendiri dan tak bole paksa isteri buat.

dan isteri kalau reda nak buat keje umah tu dapat pahala sekiranya ikhlas. Tolong beri penjelasan.
terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2006 04:12 PM | Show all posts

hm...

Originally posted by ummy43 at 29-10-2006 11:07 PM
Assalammualikum suma,
nak tahu dari sudut pandangan islam, betul ke tugas isteri tu hanya layan suami dan anak saje?
keje2 umah cam ne pulak. Betol ke suami yg kene sediakan, kalau mampu pakai l ...


baiklah bab ni saya pandai-pandai sikit
(disebabkan buku saya tak ada sekarang-buku undang2 keluarga maka secara kasar jelah)

Pensyarah saya pernah menegaskan bahawa tugas atau tanggungjawap isteri terhadap suami cuma ada dua sahaja yang amat penting iaitu:-

pertama : Apabila si suami memerlukan isteri dikatil maka isteri tidak boleh menolaknya, jika menolak para malaikat akan mendoakan perkara tidak elok keatas si isteri.

Kedua : Si isteri haruslah menjaga kehormatan diri dan keturunan, oleh itu wujudnya kenapa si isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin si suami.(manalah tahu jalan-jalan kena rogol @ timbul fitnah).manakala dengan izin suami apabila si suami yakin si isteri selamat.(biasanya si suami tengok dengan siapa dia nak keluar yakin okeh baru lepas.)

kedua-dua perkara ini ada hadis dan penerangan dalam surah, ini perkara paling penting. bila saya menilai semula, ada satu lagi yang perlu dituruti secara umum iaitu patuh kepada arahan suami.

namun patuh arahan kepada suami bukanlah sesuatu kepatuhan yang mutlak..cuba fikir antara kepatuhan kepada Allah swt atau kepada suami yang perlu diutamakan...sudah tentu kepada Allah swt. maka jika arahan suami bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh Allah swt maka si isteri boleh menolaknya tanpa dianggap isteri derhaka.Isteri tidak berdosa jika si suami memaksa maka si suami pula berdosa.

saya rasa ini mudah difahami... dan seterusnya ada lagi lagi hebat

saya pernah bertanya hal ini kepada pensyarah saya

"adakah wajib si isteri melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, memcuci pakaian atau sebagainya berkaitan kerja rumah?"

jawapnya hehehehe... " tidak!!!" malahan dia tambah " tidak wajid bagi si isteri melakukan perkara tersebut malahan tak wajid juga si isteri menyusukan dan menjaga anak2nya."

selepas berbincang con ceng cong ceng dengan pensyarah saya barulah saya mengerti kenapa... si isteri mempunyai keistimewaan yang sebegitu.(salah satu sebab adalah satu cara islam mengangkat martabat atau taraf perempuan berbanding dengan kaum lain yang bukan beragama islam... tu pensyarah saya kata dan saya pun okeylah)

tapi yang paling penting

jika si isteri dibebani dengan kerja2 rumah semata-mata, kamu bukan tak tahu kerja rumah ni berlambak... cuma yang buat kerja ni saja yang tahu betapa berat dan penatnya. maka apabila si suami pulang dari kerja...si isteri sudah kurang bermaya(letih) so macamana nak sambut suami dengan wangi-wangian dengan  muka ceria sedangkan pening kepala isteri nak siapkan itu dan ini.

tambahan lagi jika terlalu penat...macamana nak layan suami di waktu suami amat memerlukan si isteri di katil.. fikirkanlah. jadi untuk tidak menghampakan si suami si isteri tidak di wajibkan melakukan kerja rumah. walaupun kadang kala itu adalah arahan si suami tapi bagi mengelakkan berlakunya si isteri melanggar arahan utama dalam tanggungjawapnya sebagai isteri(rujuk 2 perkara tadi) maka si isteri bolehlah tidak patuh pada arahan si suami.


pernah juga pensyarah saya beri satu cerita..... ?

satu cerita rekaan pensyarah saya : suatu hari si suami menerangkan kepada si isteri bahawa jika nak keluar kena minta izin dia. so si isteri ni ikut sahaja. tapi tengahari tu bahan masak dah habis so si isteri call suami minta izin kuar tapi tak dapat....hm..so si isteri buat bodoh jelah dalam rumah.bila si suami balik lapar...marahlah tengok tak ada makanan...

penerangan pensyarah saya : si isteri telah melakukan tugasnya dengan baik, dan bukan tanggung jawap si isteri untuk pergi beli makanan...itu tugas suami...ikut konsepnya semua kerja rumah adalah tanggung jawap si suami(termasuk pergi beli bahan masak) jika dia marah maka dia berdosa kerana dia yang sebenarnya tidak melakukan tugabya..cuba rujuk balik buku tentang tanggungjawap suami..menyediakan nafkah zahir dan batin (apakah zahir tu?).

zaman dulu, orang islam ada memiliki hamba.. dan hamba -hamba ini biasanya dibeli oleh suami adalah untuk menjalankan kerja2 rumah. kini tiada lagi hamba bukan bererti si suami boleh lari tanggungjawapnya..pembantu rumah mesti sisuami sediakan untuk di isteri. hehehehe...

Sebenarnya rumahtangga didirikan diatas konsep bertoleransi..tiada toleransi maka rumah tangga itu dalam masalah. isteri kena faham keupayaan si suami. seperti Rasulullah saw dia buka kaya nak sedia hamba kalau ada pun cepat2 dia merdekakan, dalam riwayat Aisyah ra atau mana isteri2 Rasulullah saw mereka pernah menceritakan bahawa rasulullah saw sentiasa membantu mereka memasak, mengasuh(menjaga anak2) dan memberi upah susu kepada anak2nya(nabi pun pernah-sebab tu wujud hukum ibu susuan dalam bab perkahwinan kerana zaman tersebut ibu biasanya menyerahkan anaknya kepada ibu susu..bapa kena bagi upah.

Oleh itu, ingat tanggungjawap masing-masing jika tidak mampu penuhi diharap si isteri bertoleransi dan si suami harus menolong si isteri selagi boleh sebenarnya apa si isteri buat kini bukanlah tanggungjawapnya, dan hanya semata-mata mengharap keredhaan Allah swt.

tambahan: pensyarah saya cakap sebab tu perempuan yang menjadi isteri solehan mudah membuat pahala kerana tugasnya tidak diwajibkan tetapi dilakukan dengan penuh kerelaan..maka Allah swt memberi ganjaran pahala yang sangat tinggi kepada seseorang isteri yang buat perkara luar dari tanggungjawapnya....lama gak saya bimbang nak kahwin..berat sungguh tanggungjawap suami sebanarnya.


Jadi secara ringkas : ya tugas isteri cuma dua sahaja seperti yang saya bagi tahu. selebih tu bergantung pada si isteri nak buat atau tidak..kalau tak buat tak dosa tapi kalau buat pahalanya sangat besar..sebesar-besarnya. si suami pula tidak boleh membebankan isteri kalau si isteri itu tak dapat layan kamu masa di katil kelak..kamu pula dikutuk malaikat.

maaf jika penerangan kacau bilau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 12:38 AM | Show all posts
Originally posted by ummy43 at 29-10-2006 11:07 PM
Assalammualikum suma,
nak tahu dari sudut pandangan islam, betul ke tugas isteri tu hanya layan suami dan anak saje?
keje2 umah cam ne pulak. Betol ke suami yg kene sediakan, kalau mampu pakai l ...


Semua keja2 tu tanggungjawab suami...isteri hanyalah menolong kalau dia mahu. Dan isteri kenalah jadi Bidadari terjadap suami...beri layanan yg first class! Tapi kena pakai commonsense jugak...buatlah keja2 yg masing2 expert dan kena tolong menolong. Kalau suami tak pandai masak tu, suruh dia masak jugak...emmmm maknanya seksa diri. Tapi secara dasarnya...itu semua tugas suami!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 10:15 AM | Show all posts
rasanya pasal tgjwb keja rumah  nie seeloknya kedua-dua saling tolong menolong...terutama jika si isteri tu pun bekerja...kenalah saling memahami dan bertolak ansur..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2006 01:41 PM | Show all posts
kepada gasTrik, loona dan burning ash tima kasih bebanyak atas maklumbalas tersebut. Pada pendapat saya juga, tolak ansur dan saling faham memahami adalah penting diantara suami dan isteri terutama pasangan yang bekerja.  Tak sangka tugas suami tu lebih berat dari tugas isteri ye . .  tapi ari ni ramai suami yg menganggap suma kerja2  rumah tu tugas isteri tau . . salahkan isteri lagi kalau tak siapkan keje2 tu.

GasTrick belum kawen ek?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 30-10-2006 04:12 PM


.pertama : Apabila si suami memerlukan isteri dikatil maka isteri tidak boleh menolaknya, jika menolak para malaikat akan mendoakan perkara tidak elok keatas si isteri...   




:setuju::setuju:

Tambahan - Bukan tidak elok. Tapi melaknat keatas isteri sehinggalah siisteri bersetuju dengan permintaan suami...



:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2006 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 30-10-2006 04:12 PM


Oleh itu, ingat tanggungjawap masing-masing jika tidak mampu penuhi diharap si isteri bertoleransi dan si suami harus menolong si isteri selagi boleh sebenarnya apa si isteri buat kini bukanlah tanggungjawapnya, dan hanya semata-mata mengharap keredhaan Allah swt.


...


Teringat saya akan keluhan dari Saiditina Fatimah anak Rasululah merangkap isteri saidina Ali mengadu pada Rasululah ketika mengangkat air dari perigi untuk dimasak kerumah agar dikhadiahkan padanya seorang hamba sahaya yang dapat mengurangkan bebanan kerjanya.

Apa jawap Rasululah? Dinasihatkan Saiditina Fatimah mengucap wirid Subhanallah 33 x, Alhamdulilah 33 x serta Allahuakbar 33 kali. Serta mungkin dengan wirid2 lain yang dapat meningkatkan tahap kehambaan dia pada Illahi. Wirid tersebut dianggap lebih baik dari dihadiahkan hamba abdi.

Nota - Saidina Ali adalah pemuda yang antara termiskin dikalangan penduduk arab ketika itu. Tetapi Saiditina Fatimah sanggup untuk menerimanya sebagai suami. Hanya berkahwin lagik dan beramal poligami setelah kematian Saiditina Fatimah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2006 11:53 AM | Show all posts
saya cuma kadangkala merasa terkilan dan kesal kerana rata2 ramai suami menganggap keje2 rumah adalah tggjwb isteri 100% dan menyalahkan isteri kalau keje rumah tidak beres . Bagaimana untuk menyedarkan suami dalam hal ini, dalam kursus perkahwinan ade ke silibus ni?

bukan maksud saya untuk meminta isteri tidak membantu dlm kerja rumah, tetapi sekadar ingin menyedarkan para suami tentang tjjjwb mereka atas keperluan rumahtangga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2006 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by ummy43 at 11-11-2006 11:53 AM
saya cuma kadangkala merasa terkilan dan kesal kerana rata2 ramai suami menganggap keje2 rumah adalah tggjwb isteri 100% dan menyalahkan isteri kalau keje rumah tidak beres . Bagaimana untuk menyed ...


Dak aihh...aku tak macam itu pun! Tapi kan...kalau isteri kerja hauswaif dan suami pulak gigih dan susah payah mencari rezeki tapi masa suami balik, rumah bersepah-sepai dan makan pulak tak siap masak lagi. Siapa nak salahkan ni eh??
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 02:42 PM | Show all posts

Hehehehe...

Originally posted by ummy43 at 10-11-2006 01:41 PM
kepada gasTrik, loona dan burning ash tima kasih bebanyak atas maklumbalas tersebut. Pada pendapat saya juga, tolak ansur dan saling faham memahami adalah penting diantara suami dan isteri terutama ...


Same-same..kalau ada peluang nanti saya akan sediakan hadis2 dan surah sekali sebab balik raye ari tu sempat saya ambil buku undang2 saya tu.k

kahwen.. saya...errr...soalan cepu emas..... Belum lagi. entahlah... tak pandai nak bergerek kot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-11-2006 01:05 PM


Dak aihh...aku tak macam itu pun! Tapi kan...kalau isteri kerja hauswaif dan suami pulak gigih dan susah payah mencari rezeki tapi masa suami balik, rumah bersepah-sepai dan makan pulak tak siap masak lagi. Siapa nak salahkan ni eh??


Hmm... kalau macam tu..jangan salahkan sapa-sapa, sebab kalau suami tuduh isteri isteri tuduh suami nanti gaduh pastu bermasam muka pastu....bercerai (mintak di jauhkan). dalam keadaan macam ni si suami perlu memainkan peranannya lebih efektif. ajak berbincang..pilih waktu sesuai bincang dari hati kehati(masa makan ke atau masa tengah lepak bersama depan TV), luahkan kegusaran hati kamu tentang ketidak kemasan rumah bukannya nak tunjuk power dengan mengarah itu ini atau buat teguran..nanti kecik ati, kamu bukan tak tahu pompuan ni mudah terasa.

Ajak dia kemas rumah untuk itu, join sekali kemaskan rumah alaa.. semayang berjemaah dengan dia boleh mestila boleh ajak gotong royong same2. ada anak lagi best ajak diorang skali(daripada pergi melepak kat shoping komplek))..jadikan aktiviti membersihkan rumah sebagai aktiviti bermesra bersama keluarga.

Ingat Housewife adalah bererti surirumah...perkataan suri khas untuk pompuan berasal dari perkataan permaisuri, rumah tu...rumahlah ...dalam erti kata sebenar Rumah adalah dibawah penguasaan si suri(permaisuri), jadi bukan nak kata queen kontrol tapi hakikatnya..ya. bukan bererti suri tu hamba atau tukang cuci rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 03:58 PM | Show all posts
tanggungjawab utama isteri mentaati Allah dan Rasul Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by JooJambul1 at 12-11-2006 03:58 PM
tanggungjawab utama isteri mentaati Allah dan Rasul Allah.

Terlalu general beb...dan bukankah itu tanggungjawab semua?
So kalau mentaati Allah dan Rasul....apa yg patut isteri buat terhadap suami?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 05:52 PM | Show all posts

Reply #1 ummy43's post

hmm... aku penah gak dengar uztazah aku masa sekolah rendah dulu cakap pasal benda ni. tapi aku tak amik pusing sangat pasal tak pasti kebenarannya. Nak mudah contohilah isteri Nabi, Aishah a.s.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by zonan at 12-11-2006 05:52 PM
hmm... aku penah gak dengar uztazah aku masa sekolah rendah dulu cakap pasal benda ni. tapi aku tak amik pusing sangat pasal tak pasti kebenarannya. Nak mudah contohilah isteri Nabi, Aishah a.s.


Bukan setakat Aisyah sahaja. Lebih baik jika ambik kesemua contoh isteri nabi bermula dari Khatijah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:03 AM | Show all posts
alangkah baiknya kalo semua suami sedar akan tanggungjawabnya...macammana nak bagitau suami yg tak tau tentang tanggungjawab dia sebenarnya? ada suami yg jenis tak mau tolong isteri langsung... beli barang2 dapur pun isteri yg belikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 14-11-2006 11:03 AM
alangkah baiknya kalo semua suami sedar akan tanggungjawabnya...macammana nak bagitau suami yg tak tau tentang tanggungjawab dia sebenarnya? ada suami yg jenis tak mau tolong isteri langsung... bel ...


:setuju: Lelaki egonya besar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 30-10-2006 04:12 PM


baiklah bab ni saya pandai-pandai sikit
(disebabkan buku saya tak ada sekarang-buku undang2 keluarga maka secara kasar jelah)

Pensyarah saya pernah menegaskan bahawa tugas atau tanggungjawa ...

hmm..tp bagi isteri2 yg dah menopaus atau suami yg dah x berminat nak lakukan hubungan suami isteri ni sbb dah tua..apa pulak tugas isteri ni terhadap suami tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 14-11-2006 11:16 AM


:setuju: Lelaki egonya besar.


nak buat camana...dah adat masyarakat kita ni melihat kepada isteri sebagai seorang yg kena buat segala kerja di rumah

cam saya ni, kadang2 tu saya merungut jugak terutama bila pergi pasar, suami cuma hantar aje..saya sendiri angkat bakul berat2, dia rileks saja kat dlm kereta, tak pernah nak tawarkan diri nak tolong bawak bakul ke
memang saya pegi pasar 2 atau 3 minggu sekali sebab suami tak berapa suka pegi pasar, jadi bila jarang pergi tu tentula barangnya byk kena beli, mengambil masa yg lama dan berat pulak tu...

satu hari nanti kalau saya jatuh sakit, agaknya hari2 dia dan anak2 makan KFC. tapi merungut dlm hati aje...dlm hal2 lain, suami ok..takde la suruh saya buat kerja rumah ke apa ke...

kadang2 tu saya bgi gak hint2 tentang tanggung jawab dia bukan setakat yg dia bg tu...alhamdulillah, ada perubahan sikit...kena bincang elok2, takleh melenting2 atau ngadu2 kat orang lain...kadang2 orang ni suka tengok kita suami isteri gaduh2...

part pegi pasar tu saya tak dapat nak ubah..bersabar ajelah..

[ Last edited by  sejuknya at 14-11-2006 12:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by sejuknya at 14-11-2006 11:51 AM


nak buat camana...dah adat masyarakat kita ni melihat kepada isteri sebagai seorang yg kena buat segala kerja di rumah

cam saya ni, kadang2 tu saya merungut jugak terutama bila pergi pasar,  ...



same lah kita cik sejuknya. susah sgt nak ke pasar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.261888 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list