CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ummy43

tggjwb isteri ...

[Copy link]
Post time 14-11-2006 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 14-11-2006 11:03 AM
alangkah baiknya kalo semua suami sedar akan tanggungjawabnya...macammana nak bagitau suami yg tak tau tentang tanggungjawab dia sebenarnya? ada suami yg jenis tak mau tolong isteri langsung... bel ...


sunquick! tak yah beli , masak apa yang ada...tgu dia belikan....
heh! heh mende menjadik ngan juita...skang ni kalo kepasar kene senarai apa dan banyak mana nak kene beli....

bab kemas umah dia dah tau cam mana sbb penah kene tinggal satu hari ngan anak-anak...makan pun x sempat....baru tau kita tungganglanggang satu hari kat umah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 06:29 PM | Show all posts
alangkah baiknya kalo isteri sedar bukan tanggungjawap isteri untuk halang suami kawin lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 10:03 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 14-11-2006 06:29 PM
alangkah baiknya kalo isteri sedar bukan tanggungjawap isteri untuk halang suami kawin lagi



inilah statement yg buat sy terseyum lebar bila membacanyer...ringkas tapi ada maksud yg mendalam...yg lain2 sy tak mahu komen, sebb bab (tgjawab isteri) ni sensitif woiii....silap2 sy disuruh tukar jantina nanti....

[ Last edited by  serihartatie at 14-11-2006 10:05 PM ]
Reply

Use magic Report

IbuYasin This user has been deleted
Post time 15-11-2006 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by kelat at 14-11-2006 06:29 PM
alangkah baiknya kalo isteri sedar bukan tanggungjawap isteri untuk halang suami kawin lagi


sudahkah si suami menjalankan tanggungjawab sebenar-benarnya yang dikehendaki islam. maka tidak ada masalah kawin lain. ramai lelaki yang ibu pernah berbual tentang kahwin lain ni berkata, bukan senang nak dirikan rumahtangga, kesian kat isteri kat rumah melayan anak-anak, membersih rumah, dan sebagainya. seboleh-bolehnya mereka tak nak isteri kecil hati atas tindakan mereka, pengorbanan isteri tak dapat dibalas lagi, duit bukan segala-galanya.

Ini adalah ayat suami yang benar-benar memahami tanggungjawab isteri dan amat memahami amatlah berat tanggungjawab seorang suami. bukan mudah untuk berkahwin lebih dari satu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 09:15 PM | Show all posts
Alangkah baiknya jika seseorang lelaki yang telah berkahwin sedar dan faham akan tanggungjawabnya yang telah diletakkan di atas bahunya oleh Allah SWT terhadap DIRINYA SENDIRI, ANAK dan ISTERINYA, KELUARGANYA YANG TERDEKAT, JIRANNYA, RAKANNYA, SAUDARA SEAGAMANYA DAN UMAT AKHIR ZAMAN SECARA AMNYA terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara lain seperti kawin lagi, KECUALI atas sebab-sebab khusus yang  tertentu yang memerlukannya berbuat demikian.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by rzlh01 at 15-11-2006 09:15 PM
Alangkah baiknya jika seseorang lelaki yang telah berkahwin sedar dan faham akan tanggungjawabnya yang telah diletakkan di atas bahunya oleh Allah SWT terhadap DIRINYA SENDIRI, ANAK dan ISTERINYA,  ...


Soal baik atau tidak, pada akhir zaman ini mana ada lelaki yang baik. Kecuali Nabi yang maksum dan wali-wali Allah yang ditunjukkan hati mereka pada Jalan Islam.

Jika wanita berkehendak lelaki yang baik agar memahami amanah dan tanggungjawab mereka, maka tak salah jugak jika lelaki pun mahu wanita yang baik. Yang rela suaminyi mengamalkan poligami dan memahami kedudukan dan tanggung jawab suami.

Serta tidak meminta sesuatu diluar batasan kemampuan suami. Bahkan membantu jika ia mampu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2006 05:04 PM | Show all posts

hehehe..

Originally posted by Maisarah at 14-11-2006 11:30 AM

hmm..tp bagi isteri2 yg dah menopaus atau suami yg dah x berminat nak lakukan hubungan suami isteri ni sbb dah tua..apa pulak tugas isteri ni terhadap suami tu?


Lihatlah Isteri-isteri Rasulullah swt, bukankah kebanyakkan mereka terdiri daripada lanjut usia. Rasulullah swt berkahwin dengan mereka adakah kerana nafsu? sudah tentu bukan tetapi berkahwin kerana untuk kepentingan ummah. Memang sudah tiada lagi kewajipan yang wajip untuk isteri2 yang Maisarah nyatakan... itu yang wajip.

Tetapi si suami boleh menjadikan isteri-isterinya yang sudah monopaus tu, sebagai jentera islam bagi tujuan islamik. mungkin boleh mengajar budak2 mengaji, mengasuh budak2 kawasan kejiranan atau sebagainya. atau aktif dalam dakwah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 01:03 AM | Show all posts
rasanya tak ramai isteri yang bertanya, adakah telah selesai tanggungjawap saya kepada suami.

yang selalu nya suami isteri masing2 menuntut hak supaya tanggungjawap itu ditunaikan. kalau tak, yg itulah selalu diungkit2.

alasan isteri penatlah jaga anak, buat kerja rumah jadi tak dapat layan suami. sedangkan yg lebih utama adalah melayan suami. tak tau meletak keutamaan. yg lebih utama di utamakan. walaupun begitu kerja2 tersebut tetap tuhan pandang jika ikhlas. bukannya merungut. bukan kah semasa suami tiada kerana bersama dgn isteri yg lain boleh digunakan utk berehat sikit. tuhan bagi jln penyelesaian tetapi telah dibutakan dengan perasaan tamak dan cemburu. alangkah indah jika dapat berkasih sayang sesama isteri2.

bagi suami yg kata kasihan kat isteri, jadi dia tak sanggup kawin lagi. cuba tanya betul2 kat dia. betul ke kasihan atau kerana takut isteri. takut isteri merajuk. takut isteri marah. takut isteri serang bini lagi sorang. takut isteri minta cerai dan mcm takut isteri lagi....

sebenarnya byk lagi kerja2 yg perlu dibuat oleh si suami selain dari berada di rumah membantu isteri. bukan setiap masa setiap hari melakukan kerja2 di rumah sehingga melupakan kerja2 yg lebih besar dalam masyarakat. org kata nabi pun tolong isteri kat rumah. ya betul. tapi bukan setiap hari. adake tiap2 hari nabi jahit baju?  ini dah siap jadual. suami tiap hari basuh dan jemur pakaian misalnya. kalau tak buat isteri marah. kalau lah lelaki paham akan tanggungjawap mereka kepada masyarakat di situlah timbul keperluan berpoligami ni.

maap le membebel pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2006 07:35 AM | Show all posts
Originally posted by kelat at 18-11-2006 01:03 AM


bagi suami yg kata kasihan kat isteri, jadi dia tak sanggup kawin lagi. cuba tanya betul2 kat dia. betul ke kasihan atau kerana takut isteri. takut isteri merajuk. takut isteri marah. takut isteri serang bini lagi sorang. takut isteri minta cerai dan mcm takut isteri lagi....

...



:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 07:30 PM | Show all posts

Hm..

Jika benar jadikanlah tauladan
jika salah jadikanlah sempadan

tentang suami isteri

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu (lelaki) isteri-isteri dari jenis(manusia) mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara mu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. Surah Ar Ruum 30: 21

dan

Dan bergaullah dengan mereka(para isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. Surah An Nisaa 4 : 19

serta

Seseorang mukmin (suami) tidak boleh membenci seorang mukminah(isteri), Jika dia tidak menyukai yang lain lantaran sesuatu perangainya maka dia akan senang pada perangainya yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 07:47 PM | Show all posts
sebenor nyer t/jawab somi nie.....berat....ttp la nie...somi isteri keje....tak taw ler releven lagik ker tak.....kalo isteri dok rumah itu memang haku 100% setuju.....sumer somi kener sediakan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 14-11-2006 11:03 AM
alangkah baiknya kalo semua suami sedar akan tanggungjawabnya...macammana nak bagitau suami yg tak tau tentang tanggungjawab dia sebenarnya? ada suami yg jenis tak mau tolong isteri langsung... bel ...

Sebab itu didikan agama yg selaras dgn ilmu, kefahaman dan amal itu penting. Kalau belajar utk lulus periksa je mmg dpt yg tersurat je la. Mak ayah kena follow up sama dgn menunjukkan contoh yg baik pada anak2 dgn amalan yg betul.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by kelat at 18-11-2006 01:03 AM
alasan isteri penatlah jaga anak, buat kerja rumah jadi tak dapat layan suami. sedangkan yg lebih utama adalah melayan suami.

Errr...itu mudah kalau suami ada menggajikan orang utk menolong isteri. Mmg isteri boleh fokus betul2 pada layan suami seperti berdandan, pergi salon cantikkan diri semua.

Tapi macam mana dia nak melayan suami kalau time tu anak2 takde siapa yg tlg jaga? Pinggan mangkuk tak siap lagi cuci? Baju belum iron etc? Tambahan pula, dia bekerja utk membantu suami dari segi perbelanjaan rumah dan anak2.

Apakah logik kalau nak suruh isteri layan suami 100% kalau dalam masa yg sama dia kena juggle semua2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 11:52 AM | Show all posts
Banyak kali tentang tugas seorang isteri ini diperbincangkan.

Menurut islam memanglah tugas isteri hanya melayan dan menghiborkan suami.  Apabila seorang lelaki tu berkahwin dia hendaklah menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anaknya.  Dia kenalah menyediakan orang gaji untuk membuat kerja-kerja rumah.

Walaupun segala kerja rumah bukanlah tanggungjawab seorang isteri, namun kepada sesiapa yang melakukannya dengan ikhlas untuk anak dan suami, Allah telah menjanjikan pahala yang besar.  Itulah ganjaran hasil penat lelah isteri.  Ini bermakna seorang isteri itu  tidak berdosa andainya suami minta dia  buat segelas kopi tapi dia  enggan.  

Masyarakat kita semenjak dahulu sudah menerima budaya membuat kerja rumah ni sebagai tanggungjawab isteri.  Jadi walaupun itu bukan satu hukum dalam islam tapi dia seolah-olah sesuatu tanggungjawabi dalam masyarakat kita.  Sungguhpun begitu suami hendaklah membantu isteri dalam mengendalikan rumahtangga.  Apa lagi kalau si suami tidak mampu menyediakan orang gaji.

Saya mendengar cerita di negara Arab, tugas isteri memang hanya melayani nafkah batin sahaja.  Di rumah mereka mempunyai beberapa orang pembantu.  Mereka tidak membuat sebarang kerja rumah, jadi pada isteri2 macam nilah yang wajib melayani kehendak batin suami bila sahaja diperlukan waima di belakang unta.

Isteri di Malaysia ni (terkecuali pada isteri2 yang memang senang lenang tak payah buat sebarang kerja rumah) sama-sama bertungkus lumus mencari rezeki, jadi rasaya tidak patutlah suami nak ambik kesempatan ke atas  hadis yang mengatakan bahawa isteri hendaklah melayani suami bila dikehendaki walaupun di belakang unta.  Suami kenalah bertimbang rasa dalam segala hal waima hal seks.

[ Last edited by  haniman at 22-11-2006 11:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 08:23 PM | Show all posts
mungkin kita kurang paham dalam teknik perhubungan terutama hubungan suami isteri.

kita perlu membezakan antara permintaan dan suruhan. sekiranya suami meminta tolong buatkan kopi, lalu isteri enggan, mmg tak berdosa kerana itu permintaan. tetapi jika ianya berbentuk arahan seperti "Yang, buatkan kopi satu" ini adalah arahan. maka ianya jatuh kepada wajib taat isteri akan arahan tersebut. jika engkar jatuh berdosa. ini adalah wajib yg mendatang disebabkan arahan tersebut kerana isteri wajib taat kepada suami melainkan jika suami menyuruh kepada maksiat atau perkara derhaka kepada tuhan dan rasul.

dalam bab permintaan pula, sekiranya permintaan suami tidak dipenuhi dan menyebabkan suami terguris hati atas keengganan si isteri. maka saya nak bertanya, apa pula hukum pada ketika ini?

dlm hal melayan suami, bukan seks shj. tapi apa saja layanan hatta teman suami masa makan. walaupun menyediakan makan itu bukan tugas isteri tetapi isteri wajib melayan suami makan. tapi bukankah kita ingin mengembirakan org yg kita sayang? apa salahnya masak utk suami walhal kita sendiri pun nak makan jugak. yg lain2 tu kias2 kan.

kenyataan "suami kenalah bertimbang rasa dalam segala hal waima hal seks" selalu digunakan oleh isteri untuk melepaskan tanggungjawap. walaupun suami bertimbangrasa, kewajipan isteri mesti ditunaikan juga. itulah nama tanggungjawap. walaupun susah, cubalah tunaikan. dlm segi suami kena bertimbangrasa, itu hak suami. kenapa nak meminta suami melepaskan hak beliau sedangkan kita membuat pekerjaan yang bukan tanggungjawap isteri. mencari rezeki itu hak suami. isteri menolong sahaja. tak wajib pun. melayan suami itu wajib, bekerja itu harus. mana nak dahulukan? tapi disebabkan kita nak hidup senang, rumah besar, balik kg tiap bulan, maka kita utamakan kerja lebih dari suami. bukan kata salah bekerja cari duit dan hidup senang tapi yg utama diutamakan lah.

kenapa isteri tidak bertimbangrasa terhadap keinginan suami?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by kelat at 23-11-2006 08:23 PM
mungkin kita kurang paham dalam teknik perhubungan terutama hubungan suami isteri.

kita perlu membezakan antara permintaan dan suruhan. sekiranya suami meminta tolong buatkan kopi, lalu isteri e ...


Saya setuju dengan apa yang kelat katakan tu.  Malah Allah juga menggalakkan isteri2 membuat kerja-kerja rumah demi kebahagiaan rumahtangga dengan memberikan ganjaran jika si isteri melakukannya dengan seikhlas hati tak payah tunggu arahan suami.  Cuma di sini apa yang kita bincangkan ialah apa yang dikatakan tanggungjawab isteri.  Tanggungjawab yang boleh dijadikan berdosa bila si isteri tidak melakukannya.

Mengenai isteri keluar mencari nafkah, memang tidak dinafikan ianya bukan sesuatu yang  wajib.  Tetapi itulah fenomenanya sekarang ini.  Jadi kerana itulah kita meminta suami bertimbangrasa dalam apa juga tanggungjawab wajib seorang isteri termasuk soal seks.  Betul isteri akan dikutuk malaikat sepanjang malam andainya menolak kemahuan suami.  Sebab itulah saya kata  suami pun tengok keadaanlah, janganlah kerana ada hadis mengatakan begitu sehingga isteri dah tercelepok kepenatan pun, masih nak menuntut nafkah juga.  Kesianlah kepada isteri kita yang juga ibu kepada anak-anak kita dikutuk sepanjang malam oleh malaikat. Itulah maksud saya, biarlah kita lakukannya bersama-sama  atas dasar kasih sayang dan timbang rasa. Hak suami tidak dinafikan.  Dan isteri bekerja pun sudah tentu atas keredhaan suami.  Apa lagi rezeki yang dapat tu pun digunakan untuk rumahtangga.

Ini tidak dimaksudkan kepada isteri yang sengaja menolak kemahuan suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2006 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 23-11-2006 08:23 PM
mungkin kita kurang paham dalam teknik perhubungan terutama hubungan suami isteri.

kita perlu membezakan antara permintaan dan suruhan. sekiranya suami meminta tolong buatkan kopi, lalu isteri e ...


Saya tak berapa pasti sangat tentang mengenai suruhan sebegitu

namun bagi saya satu keluarga islam yang ideal bukan berlaku bila suami memerintahkan isteri melakukan kerja contohnya membuat kopi dan isteri wajib mematuhinya. konsep asas perkahwinan mestilah tenteram dan penuh kasih sayang

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu (lelaki) isteri-isteri dari jenis(manusia) mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara mu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. Surah Ar Ruum 30: 21

jadi ucapan suami ketika meminta sesuatu pekerjaan untuk dilaksanakan oleh isteri mestilah penuh kasih sayang dan tidak keras, ada sekali saya pernah melihat isteri bapa saudara saya yang minta ambil kan kunci motosikalnya daripada isteri... mak sedara ipar saya tu tak nak bagi, buat bodoh je. Bapa saudara saya taklah marahkan dia tapi tergaru kepala juga tengok isterinya yang buat bodo kat dia... nasib baik saya ni cam anak sendiri kalau tak segan gak dia ngan saya(mase sekolah dulu). dia minta lagi ..pastu membebellah isteri dia "Tu nak pergi kedai nak beli rokok lah tu"...mak sedara tu anti rokok sebenarnya tapi bapa saudara saya kuat gak hisap...apa lagi tersegih jelah bapa sedara.(tapi heran jugak macamana diorang boleh kahwin)

.bapa sedara cakap kat saya mase tu, ""tuh tengok sayang tu..."

seperti mana yang saypernah katakan . memang Isteri hendaklah mematuhi perintah suami.... andai kata si isteri tidak mematuhinya... apa perlu suami buat? pukul? marah?

Dan bergaullah dengan mereka(para isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. Surah An Nisaa 4 : 19

serta

Seseorang mukmin (suami) tidak boleh membenci seorang mukminah(isteri), Jika dia tidak menyukai yang lain lantaran sesuatu perangainya maka dia akan senang pada perangainya yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 23-11-2006 08:23 PM
kenyataan "suami kenalah bertimbang rasa dalam segala hal waima hal seks" selalu digunakan oleh isteri untuk melepaskan tanggungjawap. walaupun suami bertimbangrasa, kewajipan isteri mesti ditunaikan juga. itulah nama tanggungjawap. walaupun susah, cubalah tunaikan. dlm segi suami kena bertimbangrasa, itu hak suami. kenapa nak meminta suami melepaskan hak beliau sedangkan kita membuat pekerjaan yang bukan tanggungjawap isteri. mencari rezeki itu hak suami. isteri menolong sahaja. tak wajib pun. melayan suami itu wajib, bekerja itu harus. mana nak dahulukan? tapi disebabkan kita nak hidup senang, rumah besar, balik kg tiap bulan, maka kita utamakan kerja lebih dari suami. bukan kata salah bekerja cari duit dan hidup senang tapi yg utama diutamakan lah.


Jadi apa salahnya suami mesti bertimbang rase,? kelat sendiri setujukan.

bagi saya si suami wajip tunaikan tanggungjawapnya begitu juga dengan si isteri

tanggungjawap isteri tak banyak cuma ada dua sahaja yang paling utama..seperti yang dinyatakan. kata-kata haniman mengenai suami mesti bertimbang rase itu lebih menjurus kepada keadaan keluarga dimana si isteri mempunyai beban yang berat

contohnya
1) isteri yang bekerja
2) Isteri yang mempunyai kerja terlalu berat dirumah (silap anak sedozen.. tak susah?)

dalam keadaan begitu si suami haruslah bertimbang rase, kerana akibat dalam keadaan begitu si isteri kadang kala tak dapat menguruskan diri sendiri dan melayan suami dengan sempurna. jadi layanan yang tidak sempurna ini janganlah suami mendabik dada bahawa si isteri mesti juga menunaikan tanggungjawapnya keatas si suami. memang benar si isteri wajip melakukan seks dengan suami apabila si ister perlu.. hak itu juga datang dengan tanggungjawap.. maka tunaikan tanggungjawap tersebut dahulu barulah minta.

mugkin anda tidak mengerti..

baiklah secara ringkas begini

si suami telah diterangkan dalam Al quran bahawa dia mempunyai kelebihan keatas kaum wanita(isteri) sebagai pemimpin namun untuk seimbangkan kedudukkan antara lelaki dan perempuan(sebab dalam islam kedudukan lelaki dan perempuan adalah sama) maka lelaki mesti memberi nafkah keatas perempuan di bawah tanggungjawapnya.

Kelat boleh merujuk tentang nafkah yang saya ada beritahu sebelum ini... termasuk suami menyediakan makan minum ...bukan isteri. tentu dengan ego lelaki akan bekata itu adalah kerja perempuan(ini pemikiran kolot)............ saya cakap itu kerja lelaki berdasar surah alquran(nak bantah al quran?). dalil dalam hidup kita sekarang... lelaki lebih banyak menjadi chef masakkan yang terkenal berbanding perempuan. ada juga chef perempuan tetapi kebanyakkan yang termasyhur ialah chef masakkan lelaki.. tengok chennal 11 : living and travel kat Astro.

well, tentu sahaja suami2 akan berkata. kita bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan beri duit pada keluarga apa salahnya perempuan pula memasak untuk kita, bertimbang rasalah pada suami....... tanya lagi yang ini saya nak suruh mereka tengok isteri mereka tengak masak, tengah jaga anak, tengak basuh baju,tengak iron baju....itulah bukti perempuan telah bertimbang rase pada suami... bukan tanggungjawap mereka tetapi mereka lakukan dengan penuh keikhlasan kerana sedar si suami tiadak mampu memberi nafkah untuk keselesaan . jika lelaki mendesak untuk seks, bertimbang raselah jika mereka keletihan.

kadang kala kerja seharian dirumah sememangnya meletihkan....dulu mase jadi penganggur sepenuh mase selama 2 bulan, kerja rumahlah buat..herannya tak pernah habis..member serumah lak asyik cakap kamu kat rumah ni buat apa hah? tension tul.tak ke tengok dulu rumah cam sarang tikus skang okey skit dari rumah setinggan.

sebab tu, antara nafkah yang saya pelajari dalam nafkah zahir... termasuk juga hamba abdi/pembantu rumah.... ala.. orang yang kerja 2000 lebih rase dah dapat ambil sorang pembantu rumah, tak pun RM 200 sebulan pun okeh.. keluarga saya walaupun tak semua tapi bebarapa(3 je dari 9) yang saya kenal pasti menyediakan orang gaji dan upah saudara mara yang lain (tingal sama tapi kena bantu dalam kerja rumah sekali..ajak adik ke sepupu ke yang rezeki keluraga tak semewah kita).lebih2 lagi suami isteri bekerja...walau bagaimana pun dalam kes ni ada beberapa perkara perlu faham tapi tak dapatlah sekarang.

jadi tunaikan dahulu nafkah tu..........sediakan pembantu rumah jika nak isteri 24 jam bersedia dan online untuk kita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 10:18 PM | Show all posts
Apa susah sangat nak jadi isteri?

Suami nak apa pun  bagik ler. janji tak menyalahi syariat. Bukan hidup lama pun bersamanya. Tinggi pun sampai umuq 100 tahun jer.

Bab pembantu ni aku kurang setuju ler. Nanti kalau dia sangkut kat pembantu rumah , jangan salah sesiapa pulak.

Janji aku mampu buat kerja rumah. Tambah senang, sekarang nie bukan macam dulu, perkakasan letrik semua ada,nak basuh ada mesin basuh, nak jahit ada mesin jahit, nak sapu sampah ada vacumm, nak masak ada perkakasanya, janji semua yang ada.  

Nak urut suami pun ada mesin nyer. Janji layanan kita best. Tak best , guna cakar harimau.


Sayang haku pada suami..:love:
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 11:59 PM | Show all posts
ni la dikatakan cerdik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.085649 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list