CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: back_hand

KES MURTAD DI MALAYSIA. Apa kaedah dan cara menanganinya. [merged topics]

[Copy link]
Post time 4-10-2006 11:04 AM | Show all posts
Ceramah Lawyer Zulkifli Noordin mengenai kes Lina Joy

di tulis oleh hamba Allah yg mengikuti ceramah ni.

Bismilah hirrahmannirrahim,

Sekarang ni orang kita dok kecoh sangat pasai cerita siti nor haliza nak
kawin dengan dato k. cerita berapa hantaran, cerita sapa nak reka kasut
kawin ct, cerita naik kereta kuda pusing klcc la, dsb. Dalam pada tu
terselit juga cerita ex-wife dato' k saman harta sepencarian rm7 juta.
Internet pun heboh dok tunjuk gambar-gambar lama dato' k, dan yang best
sekali
gambar2 anak2 dato' k yang berhingus tu dok peluk awek. Orang kata -
bukan aku kata - 'like father like son'. Aku no komen, sebab aku don't
give a damn.
Mungkin kita boleh tunggu komen ct nanti.

tapi bab ni, 180 darjah punya turning dari cerita dato k vs ct ni, kita
semua patut 'give a damn', patut ambik tau, patut pikiaq masak2, dan
patut buat apa yang patut. Ni kisah melayu jawa, yang menggadaikan agama
Islam demi cintanya kepada seorang lelaki India kristian. Kesian sungguh
tuan haji jelani dan puan hajjah kalsom yang terpaksa bersengkang mata
menjaga kerenah anak mereka ketika baru lahir 42 tahun dulu.
La ni, anak yang dibesarkan dengan penuh suasana keislaman itu sudah
terang2 menolak agama yang diajar kepadanya dan terus mengenepikan
ibubapa yang membesarkannya hanya kerana cintanya pada seorang lelaki
dan mahu pula menukar nama dalam i/c dari azlina binti jelani kepada
'lina joy' sahaja. Agama islam ynag tercatat pada i/c nya pula mahu
diganti dengan perkataan 'kristian'. Astaghfirullahul azim.

Lepas solat maghrib tadi, aku dan orang rumah cepat ke surau al-islah di
taman kajang mewah, kajang, sebab nak dengar ceramah lawyer terkenal sdr
zulkifli nordin (dulu lawyer kepada kes fitnah liwat anwar ibrahim).
Bila kami sampai, ceramah baru start dalam lima minit ada la kot. Jadi
apa yang aku nak tulih ni cerita yang sikit sebanyak dapat aku catatkan
dari cermamah beliau, sebaik yang boleh. Kalau ada fakta yang tak betul
tu, harap dapat betulkan dan aku terlebih dahulu minta maaf. Ceramah
malam tadi berkisar kepada kes lina joy ni lah.

Bila aku sampai, penceramah dok tengah buka cerita lama (sebab orang
melayu mudah lupa kot) iaitu cerita pasal kes natrah yang berlaku tahun
1950. masa tu malaya masih lagi bawah orang putih dan hakim semua dok
pakai wig lagi. Kes natrah ni aku mis hujung pangkal dia tapi kalau tak
silap kes penjagaan natrah ni la, antara islam dan kristian. Masa kes ni
berjalan orang melayu zaman tu di singapura - melayu umno - punya la
sensitif dengan masa depan natrah, takut dia dimurtadkan berkumpul dan
berdemontrasi la kot, tapi khabarnya dalam mempertahankan akidah natrah,
"mahkamah di singapura dibanjiri darah".

Melayu sekarang ada berani ka? Kalau nak tau baca lagi.... panjang lagi
ceramah zulkifli nordin ni (2
jam) dan aku pun aku tulis panjang macam novel jugak la kot.

Lepas natrah, zulkifli nordin bangkitkan pula cerita kes suzy teoh yang
peluk islam semasa 16 tahun. Ni dia tak sebut pulak tahu bila, tapi aku
rasa 80an kot, sebab aku rasa tun salleh abbas pernah handle kes ni.
Walaupun mufti kelantan masa tu mengatakan islam suzy adalah sah sebab
beliau sudah akil baligh, tapi
undang2 sivil tetap refer pada kes natrah dan menyatakan suzy teoh tak
boleh tukar agama sebab kurang dari 18 tahun, dan tak ada agreement dari
parents dia. Kata zulkifli nordin, itu adalah undang penjajah yang kita
warisi, tetapi kalau undang2 islam, ianya dibuat berdasarkan ijtihad
hakim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 11:05 AM | Show all posts
Sambung.........

Lepas tu masuk kes halimatun saadiah pulak, kes ni tahun 1983. dalam kes
ni hakim kata tak boleh pakai purdah. Haramkan pakai purdah. Pun tak
detail sangat, tapi aku rasa ni kes student u yang kena buang sebab
pakai purdah kot. Manalah aku tau kes ni kes apa sebab aku kecik lagi
masa tu dan tak baca paper tiap2 hari macam la ni.

Lepas tu dia sambung pulak dengan kes serban baru2 ni... hampa semua
mesti tau kalau baca surathabaq. Kes ni kata zulkifli nordin akan terus
menetapkan bahawa haram orang islam pakai serban di sekolah dan tempat2
tertentu, yang boleh mungkin pakai pi surau atau pi melawat orang mati
jer kot. Hah, macam tu punya teruk ka?

Pas tu dia masuk kes jamaluddin osman pulak (1986) yang mana beliau
masuk kristian dan jadi paderi di PJ dengan nama joshua. Beliau
ditangkap bawah ISA dan kumpulan pendesak kristian cabar kes ni di
mahkamah dan guna artikel 11 (dalam perlembagaan persekutuan) mengenai
kebebasan beragama. Keputusannya mahkamah menangkan puak kristian dan
kata akta keselamatan tak boleh halang hak jamaludin untuk beragama.
Akibatnya, kata zulkifli nordin, lepas kes ni polis dah tak buat apa-apa
lagi kalau ada kes macam ni. Polis kena ikut undang2.

Dia tambah lagi, yang terkini pagi tadi (22 july 2006) katanya lebih 100
kafirun berkumpul di JB bincang pasal agama islam. Lawyer ni kata polis
tak boleh buat apa sebab 1986 punya kes dah kata tak boleh kacau.
Kalau kacau, nanti kata polis nak guna akta keselamatan nak sekat
kebebasan beragama pulak.

1997, mesti ramai ingat, kes aisyah bukhari. Sedap namanya, aisyah.
Dalam kes aisyah ni puak kristian minta pertolongan mahkamah lagi, sebab
depa tau depa boleh guna undang2. zainur zakaria kata, masa kes aisyah
tu kalau islam kalah, puak2 kafirun mesti naik kepala punya, tapi
menteri agama masa tu hamid othman kata "biaq pi lah, sorang saja
melayu".

Tu dia, 1997, "sorang saja melayu" cuba hampa pikiaq, kalau mufti perak
ni cakap la ni ada 100,000 orang melayu murtad dan tunggu nak declare
depa murtad macam mana? Apa, tak pecaya kata2 mufti perak? Dia tak tau
hukum haram halal ka kalau dia cakap bohong. Kata ustaz zulkifli nordin
lagi ni semua berlaku sebab kita sendiri yang biarkan berlaku. Biaq pi
lah....

Tahun 1988, siapa tak ingat kes hartina kamarudin? La ni dia dah pakai
nama hindu dah, Devashini.
Astaghfirullahul azim! Ni pun pasai kawin dengan lelaki hindu. Dalam kes
ni, yang tragisnya ayah hartina yang ditangkap kerana mencederakan
lelaki hindu yang memurtadkan anak kesayangan yang ditatang dari kecil
itu. Bayangkanlah!

Baru2 ni pulak kata penceramah ni, ada lagi satu kes di flet pekeliling
di mana pemuda2 hindu memecahkan rumah dan melarikan anak gadis yang
disembunyi oleh ibunya demi menyelamatkan akidah anaknya. "orang melayu
tak buat apa2 pun, dan orang bukan islam bermaharajalela," kata zulkifli
lagi. "melayu tak kisah, asalkan tak kena kepala dia".

Katanya lagi, orang melayu pada tahap yang paling kritikal sekarang
sampai orang bukan islam boleh pecah rumah rampas anak pun orang melayu
masih seronok dengan kemewahan dunia.

Berbalik kepada kes azlina joy, memanglah katanya ni hanya sekadar kes
kad pengenalan. Azlina ni minta 3
perkara:
tukar nama
buang tulisan islam dan ganti dengan kristian benarkan perkahwinan dia
dan daftarkan di jabatan pendaftaran tapi alhmadulillah, pegawai islam
jabatan pendaftaran reject permohonan dia.

Bila reject dan dia bawa mahkamah, tup2 13 NGOs sokong dia.NGO-NGO ni
bising sungguh sebab depa ni la yang kuasai media.NGO tu yang aku ingat
ialah aliran, suaram, hakam, NWCO, WAO, WO, bar council, majlis
perundingan agama, majlis hindu sanggam, majlis catholic, dan yang sama
kuat bising ialah melayu2 SISTERS IN ISLAM (anak murid amina wadud ni).

Katanya pagi tadi puak2 NGO ni berkumpul di johor dok hentam islam lah
agenda depa. NGO ni walaupun sikit, tapi 'kabel besar'. Depa ni yang NGO
kafirun ni dok sibuk memperkudakan SIS. Sisters in Islam ni katanya
walaupun dikenali sebagai NGO tetapi mereka sebenarnya adalah syarikat
dengan 18 ahli lembaga pengarah. Boss SIS ni zainah anwar siapa yang tak
kenal, dan kakak dia pulak zarinah anwar pun orang besar securities
commission ka apa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 11:06 AM | Show all posts
Sambung lagi.....

Antara orang kuat SIS ni tak lain tak bukan anak2 perdana menteri
hadhari kita. Marina anak mahathir, nori anak pak lah, dan anak tun
Hussein onn. Anak siapa? Ha, tu dia punya nala punya cable kalau TNB
tengok pun menangis. So, balik pada meeting puak2 ni di johor pagi tadi,
tengku mahkota johor kata 'JANGAN BAGI'. Polis cakap kat putera sultan
ni, "Tuanku, Dato' Nazri bagi tuanku..."
Tengku mahkota tanya kenapa? Polis jawab sebab anak PM duduk dalam tu.
Malahan nazri orang kuat ameno ni mintak pulak polis jaga keselamatan
kalau ada orang demonstrasi nak halang mesyuarat tu macam kat penang
bulan lepas. Alhamdulillah, walaupun ada orang mai protest meeting tu,
ketua polis johor dato' hussin ismail kata kalau boleh jangan tangkap
geng penentang kumpulan article 11 ni.

Mai tang bab ni zulkifli nordin main hentam terus ameno. Ni la terus
terang aku dengaq orang maki ameno dalam surau secara terang-terangan.
Baguih la, zulkifli nordin kata satu hari nanti dia akan mati juga dan
dia kena jawab dengan allah, buat apa dia nak takut.

Dia kata: "Barua-barua Umno macam nazri biadap. Ramai orang umno tak
tau. Kesian orang umno (yang lurus
bendul) sebab depa tak tau menteri depa macam tu".

Dia kata, semalam nazri ada kata dalam bar council
meeting: "saya menteri, saya jaga awak". 'Awak' ni
puak2 bar council yang pro article 11 yang diperjuangkan kafirun ni la.
Nazri dengan angkuhnya tambah lagi: "awak jangan bimbang, pak lah dalam
poket saya".

Marah sungguh saudara zulkifli nordin kita. "Tuan2 mesti ingat, ini
menteri umno pengkhianat bangsa, termasuklah zaid (ibrahim). Kalau tuan2
dalam umno, buang orang2 ni, ataupun esok (bila mati la) jawab dengan
Allah"

"jangan kerana tembolok dan kain batik takut kepada pemimpin. Dulu umno
1950 berani lawan kes natrah, tapi la ni tunggu kontrek. Jangan biar
anak2 cucu kita ludah kita (suatu hari nanti).

"DULU DEPA PERTAHANKAN NATRAH, BERAPA RAMAI YANG DADA BERSARANG DENGAN
PELURU, 13 ORANG DIGANTUNG SAMPAI MATI.."

"DARAH MENGALIR DI MAHKAMAH SINGAPURA SEBAB PERTAHANKAN KES NATRAH.
BUKAN PERTAHANKAN KONTREK, TAPI PERTAHANKAN AKIDAH."

Bila dia cerita tang bab ni, aku rasa nak menitis ayaq mata. Memang jauh
sungguh iman kita dengan orang melayu dulu, depa sanggup mati
mempertahankan agama.
Kita, pengecut semuanya. Pikiaq anak, pikiaq bini, pikiaq instalment
rumah, duit kereta, duit tu, duit ni.... Duit, duit, duit.... Cinta
dunia dan takutkan mati.
Tu la kita hari ni.

Dia sambung lagi... tangan aku pun lenguh menulis dah, tapi aku belum
nak surrender. Kalau pen habis ink baru ler aku surrender. ni baru
angkat pen, bukan angkat pedang brader...

Katanya bila mufti perak cuba pertahankan islam, dia dimaki oleh rais
yatim, nazri dan Abdullah mat zin (menteri umno ler tu, kalau korang tak
kenal).

"kenapa orang umno duduk diam dan kata padan muka (pada ustaz
harussani). Malahan ada pulak mufti (negeri lain) yang marah kat dia,
sound dia kenapa jolok sarang tebuan".

DATO' SERI HARUSSANI MENANGIS tuan2 dan puan2...
menangis sebab dia dedahkan 100,000 orang melayu murtad, dia kena
tempelak dengan menteri dan mufti2 lain. Kata zulkifli nordin kata mufti
marah2 kat harussani sebab takut periuk nasi depa masuk pasir la kot.
Ustaz harussani ni sepatutnya dipertahankan oleh menteri dan mufti2
lain, bukannya ditempelak sebegitu rupa.

Berbalik kepada isu azlina joy, walaupun ni kes IC kat mahkamah
persekutuan nampak macam kes kecik, tapi impaknya amat besar. Dulu
mahkamah tinggi dah tolak permintaan azlina joy ni atas alasan kes ni
mesti dibicarakan di mahkamah syariah. Kata zulkifli, NGO kafir boleh
berhujah. Depa guna Artikel 11 perlembagaan persekutuan. Artikel tu kata
"every person has the right to profess & practice the religion". Semua
orang ada hak untuk memilih dan mengamalkan agama.

Tapi hujah defend kata kalau agama hampa kata boleh murtad, murtadlah.
Tapi bagi yang beragama islam, mana boleh murtad sebab undang2 agama
islam kata tak boleh murtad. Orang islam tertakluk kepada undang2 islam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 11:08 AM | Show all posts
Dan Lagii.......

Tang ni, cyrus das, lawyer kapiaq yang mewakili lina joy dengan
bangganya menghina islam. Katanya "sudah sampai masanya orang islam di
Malaysia disedarkan bahawa Malaysia bukanlah negara islam tetapi adalah
negara secular. Dan undang2 islam adalah berada dibawah tapak kaki
undang2 negara (perlembagaan persekutuan)".

Puak kafirun dok pertahankan yang hak beragama adalah hak individu, so
terpulanglah agama apa pun nak dianuti.

Zulkifli nordin kata mahkamah boleh menangkan lina joy atas beberapa
sebab:
merujuk kes dulu2
cara hakim tanya soalan pun dah tau
jangan percaya hakim melayu

kata zulkifli nordin, dalam kes meor habiburrahman, hakimnya adalah
hakim melayu. Dalam kes serban, hakim melayu. Dalam kes purdah, hakim
melayu. Kes islam (agama rasmi) sekadar sebagai agama istiadat, pun
hakim melayu. Kes jamaludin paderi besar pun hakim melayu.

Tambah lawyer bekas exco umno ni, kalau agama dianggap hak individu dan
lina joy menang, lepas ni setiap invidu boleh buat apa saja. "sesiapa
saja boleh tentukan dia nak anut agama apa, dan dia boleh tentukan bila
dia nak murtad".

Lagi kesan kepada kemenangan lina joy ialah:
Artikel 160 perlembagaan persekutuan yang mengatakan melayu itu islam
dah tak relevan. So melayu dah tak wujud semua hak istimewa melayu (AP,
permit, biasiswa) terhapus dengan sendirinya sebab melayu dah tak wujud
yang no 3 tak sempat pulak aku nak catit (lenguh tangan wei...), ooo
begini, kalau boleh senang2 murtad, orang melayu yang didakwa kes fardu
ain (tak posa ke) atau kes melacur ke, boleh kata dia murtad dan bila
lepas keluar mahkamah mengaku le islam balik.

Tambah zulkifli nordin lagi, kalau ada masa pergi la mahkamah syariah KL
pagi isnin dan tengok la ramainya anak gadis melayu berbaris kat
mahkamah. Katanya depa ni nampak elok jer pi mahkamah syariah pakai
tudung, tapi sebenarnya PELACUR @ PROSTITUTE @ HOOKER @ SLUT (hat @ ni
aku tambah).

Dia kata dengan undang2 sekarang pun apa susah, bila hakim baca
pertuduhan, tanya salah ke tak, depa dengan senang hati jawab salah la
yang arif. Hakim kata betul ke kamu faham ni sebab mengaku salah melacur
boleh kena penjara 6 bulan atau denda rm3,000, depa jawab faham tapi
minta ringankan hukuman.

Bila hakim kata ok lah, aku denda hang rm1,500 saja, depa sorak yeeee
(aku tambah le ni)... depa keluar pi jumpa bapak ayam tokey cina kat
luar mahkamah ambik duit bayaq. Sedih sungguh sebab maruah anak2 melayu
islam kita boleh diperdagangkan sebegitu mudah. Umno buat apa? Zulkifli
nordin kata diam saja, sesekali boleh gak 'pakai'.

Tapi itu cerita di mahkamah syariah. Dosa memang dosa, tapi akidah tak
terjejas lagi. Tapi kalau kes yang sama di mahkamah persekutuan, minah
yang sama bila dituduh dengan senang boleh elak hukuman kalu dia cakap,
"saya dah murtad" atau "saya bukannya lagi Islam". Ha, ni la kesan dari
kes lina joy kalau kita tak perhati dari la ni. Orang boleh keluar masuk
islam sesuka hati depa saja.

Tambahnya dalam kes kamariah ali pengikut ayah pin, sebab dia dah
mengaku murtad di mahkamah syariah, tak boleh nak buat apa apa la.
Sekarang status tak clear, so kena tengok apa kata keputusan kes lina
joy. Kalau lina joy menang, lepas le kamariah ali sebab dia dah murtad,
mahkamah tak boleh hukum dia.

Kamariah ali ni bukan calang orang. Mengaji kat nilam puri, sambung kat
universiti al azhar (ada siapa yang tak pernah dengar nama universiti
ni???) tahun 60an dulu dan pernah jadi ketua biro dakwah. Dia kawin
dengan ustaz mohamad ya, azhar jugak kot (tak sure).
Bila balik Malaysia pi kerja di Sarawak (untuk berdakwah la tu) tapi
balik semenanjung, dua2 jadi pengikut ayah pin.

KALAU USTAZ / USTAZAH AL AZHAR BOLEH MURTAD, MACAM MANA KITA???

Berbalik kepada isu Lina Joy, lawyer zulkifli nordin ini mengingatkan
beberapa bala yang bakal menimpa umat islam malaysia sekirannya mahkamah
memihak kepada si murtad ni. Pertamanya, melayu akan pupus. Sebabnya,
bila melayu dah declare bukan islam, dan islam tak ada kena mengena
dengan melayu, lama2 pupus lah melayu.

Keduanya, orang islam senang2 boleh mengaku murtad bila kena dakwa di
mahkamah, dan bila dilepaskan (camana nak bicara, dah kapiaq dah) boleh
masuk islam balik. Janji tak kena denda atau penjara. Maknanya, senang
sungguh depa nak mempermainkan islam.
Seterusnya, yang lebih bahaya kata ustaz zulkifli nordin, bila keputusan
kes ini akan membenarkan orang2 kafir membuat tafsiran terhadap undang2
islam. Since perbicaraan bukan dalam mahkamah syariah, dalam kes lina
joy, orang kafir senang2 kata undang2 murtad tu salah, yang betul ialah
perlembagaan persekutuan dan hak asasi manusia.

Tambahnya, bukan kerjaorang kafir nak kata orang islam tak boleh pakai
serban, tak boleh pakai purdah atau apa, sebab bicara kes ni bukan dalam
mahkamah syariah.
Tapi, lebih menyedihkan, katanya keputusan pengharaman serban dan purdah
keluar dari mulut hakim melayu.

Katanya, dalam kes meor habiburrahman, si bapak hakim buat tafsiran
"ikut kepala bapaknya". Ada ka hakim kata dia buat keputusan merujuk
kepada "pemerhatian"
dia, dan bukannya merujuk kepada quran atau hadis. Ada ka logik dalam
membuat keputusan mengenai serban, dia kata, "saya rasa, saya pi mekah
tengok budak2 arab tak pakai serban pun."

"saya perhati mufti tak pakai serban pun..." kata hakim kes serban ni.
Tak logik dia tak tau yang tak bagi mufti pakai serban ialah kerajaan
sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 11:11 AM | Show all posts
Sambungan.....

"saya perhati mufti tak pakai serban pun..." kata hakim kes serban ni.
Tak logik dia tak tau yang tak bagi mufti pakai serban ialah kerajaan
sendiri.

Peguam ni tambah lagi, la ni ramai ustaz2 sanggup pakai songkok saja
atau pakai kot saja untuk syarat layak keluar tv.
Sebab depa ni sekadar pakai songkok atau ada yang tak pakai lansung,
malah pakai kot, maka si hakim yang handle kes serban baru2 ni kata:
"tengok... so and so mana ada pakai serban pun". Katanya, inilah yang
berlaku kalau ustaz2 pun terlalu cintakan dunia (duit ler brader, RM)
sehingga sanggup menjadikan diri mereka sasaran fitnah.

"hakim tu hina rasulallah, sampai dia kata tak semua yang nabi buat tu
kita kena ikut. Contohnya kalau rasulallah duduk dalam rumah tanah liat,
naik unta, gosok gigi guna kayu, tak kan kita nak ikut..."
Tak cukup penghinaan tu, hakim tu terang2 tambah, "adakah mulia mereka
yang ikut muhammad duduk dalam rumah tanah liat berbanding dengan rumah
batu? Adakah mulia mereka yang naik unta," cerita bekas lawyer pak
sheikh ni, marah sungguh dia dengan mulut celupar hakim ntah apa ke nama
yang handle kes serban baru-baru ni.

Tambah zulkifli nordin, kalau ikut kitab mustika hadis, orang yang hina
rasulallah macam tu dah kira murtad.

Pasal cerita serban ni, ustaz zulkifli bagitau dia ada dalam satu majlis
yang turut dihadiri oleh dr mashitah ibrahim (ustazah glamer rumput
carpet) kata kes serban ni "tak ada apa2". tapi dia tak tau saya pun ada
dalam majlis tu dan akan bagi ceramah seterusnya, jadi bila dia (ustazah
mashitah) tau saya ada di situ, cepat2 dia nak cabut balik. Saya kata
jangan balik dulu.
"saya marah sungguh sebab mashitah ibrahim ni nak tipu bangsa sendiri,"
kata zulkifli nordin.

Katanya dia pun heran kenapa orang2 bijak pandai agama boleh
bersekongkol dengan hakim yang buat keputusan yang menghina islam dan
rasulallah macam tu.

Kalau islam dah senang2 boleh ditafsir sendiri, hilanglah hak penjagaan
anak kita, katanya dalam ceramah yang dihadiri oleh kira2 300 orang tu.
Contohnya, kalau kita suruh anak kita sembahyang dan anak kita tak mau
sembahyang dgn alasan tertentu, kalau kita paksa jugak dia boleh pi
bagitau NGO dan mahkamah ada kuasa bagitau tuan/puan yang tuan/puan tak
boleh paksa anak tuan bersembahyang sebab undang2 kata macam tu.

"sebab itulah orang kafir tunggu sangat kes lina joy ni," katanya.
Tambah penceramah ni, sampai 13 peguam wakil kes ni, yang terdiri dari
11 NGOs semuanya datang dengan lawyer. Tak cukup dengan NGO-NGO tu, ada
lagi wakil dari kedutaan Perancis, Australia, Kanada.
Wakil hak asasi manusia Amnesty International pun ada.
Katanya kalau nak tau who's who yang defend / sekongkol dengan lina joy
laknatullah ni, rujuklah laman web www.bracketfund.com.

"KITA MESTI MENANG KES INI UNTUK CENGKAM BANGSA MELAYU. KALAU MENANG KES
NI, ANAK-ANAK MELAYU TERBUKA UNTUK DIKRISTIANKAN," cerita zulkifli
nordin, orang yang lama dan masak dengan selok-belok undang ni.

Katanya, buat masa ni, masih susah lagi orang nak murtadkan anak2 melayu
sebab mereka masih lagi dalam jagaan mak bapak.Beliau turut
mempersoalkan berapa banyak RM orang melayu islam sumbangkan untuk lawan
kes azlina jelani ni sebab orang bukan islam dah berjaya dapatkan lebih
USD 4 million untuk kes ni. Nak bayar lawyer dll. Katanya lagi, pada
peringkat antarabangsa orang2 kafir sangat ambil berat kes ni .
kalau tak percaya jugak, katanya tengok website www.sydneyamerican.net,
ada dalam tu kata "kita tunggu peluang nak serang melayu" (nak murtadkan
melayu yang islam lah). Katanya, nama azhar mansur pun ada dalam website
tu.

Alhamdulillah, sekarang ni peguam2 melayu dah tampil kehadapan, tubuhkan
Badan Peguam Pembela Islam (PPI).
"lawyer kita cuba nak lawan".

Beliau turut menasihatkan orang2 melayu hari ini yang berada diperingkat
akar umbi - kita ni lah - supaya bangkit sebab mahkamah akan buat
keputusan tak sampai
6 minggu saja lagi. Pejam celik, keputusan dah keluar, dan kalau kita
tak berbuat sesuatu, tandatangani petisyen ka, solat hajat ka, pas tu
kalah tok sah dok salahkan orang lain lah.

"kita dah tak ada masa nak minta tolong umno ka, siapa ka, sebab tu lah
lawyer-lawyer melayu mula bersatu."
Zulkifli nordin kata setakat ni ada 68 NGO melayu dah menyatakan
sokongan kepada perjuangan PPI, termasuklah abim, JIM, perkim, persatuan
ulama. Pekida pun join sama, alhamdulillah.

Katanya, lawyer2 islam malaysia ni mahukan Artikel 3 iaitu islam sebagai
agama persekutuan dijadikan sebagai islam syariat. Bukan takat baca doa
masa opening ceremony atau tahlil orang mati saja. Artikel
11 pulak, kata lawyer ni, mesti ditambah 11(a) ka apa, supaya kebebasan
beragama itu (keluar masuk agama) tidak terpakai kepada orang Melayu /
Islam. Artikel 4 pulak, katanya, lawyer2 ni dah kaji dan mahukan ia
ditambah. Kalau sekarang kata orang bukan islam tak boleh dakwah dengan
orang islam, in future nak tambah sikit lagi, kalau dakwah jugak, ada
hukumannya.

Beliau juga memetik kata2 imam besar imam ghazali:
"kalau kita nak tengok nasib bangsa akan dating, tengoklah diri kita
hari ini." Katanya 50 tahun dulu orang islam masih ada sensitivity dalam
kes natrah pun, la ni dah jadi lagu ni. Lagi 40 tahun tak tau la macam
mana.

Beliau turut berpesan, tolonglah masuk myislamnetwork website dan print
maklumat dalam tu, kemudian sebarkan di kawasan2 kejiranan, bagi kat
kawan2 ke. Lagi satu, dia minta kita pakat2 turun tandatangan, sebab
dulu
geng2 kafir pendokong lina joy ni berjaya mendapat 50,000 tandatangan
meminta supaya Artikel 11 perlembagaan persekutuan tidak lagi memihak
kepada orang melayu islam.

Katanya, bila sign petition tu, jangan takat bubuh nama 'Hamba Allah'
tapi tulih nama sendiri dan bagi henfon sekali. Nak takut apa, kalau
yang ni pun tak boleh, macam mana nak berjihad? So, kalau orang cek nama
ali bin abu, dia memang betul2 wujud, baru ada credibility."biar Allah
tengok nama kita ada dalam ni," katanya sambil mengedar borang petition
kat surau al islah malam tu. Katanya jangan la dok takut SB baca ka,
pasai masa depan islam kat malaysia dah kritikal sangat dah, dan kita
kenalah berbuat sesuatu.

Kemudian, zulkifli nordin bagitau yang beberapa orang sultan - johor,
selangor, terengganu, perak - dah mula memberi reaksi positif kepada
perjuangan lawyer2 islam hari ni. Katanya, sultan selangor cakap secara
terbuka mengenai isu ni dalam majlis penutup tilawah al quran baru baru
ni. Alhamdulillah, sultan selangor ambil berat. So, sembahyang jumaat
nanti, kalau tok khatib doakan sultan selangor ni, aku cadangkan korang
amin la kuat2 sikit. Mudah2an allah memberi hidayah kepada
sultan2 melayu ni. Kalau depa sokong, insya'allah, mereka pasti tetap
relevant pada mata rakyat.

Beliau turut mengingatkan orang melayu supaya bangkit dari zon selesa.
"saya minta orang2 umno bangkit, sebab dah lama dah mereka (orang
bawahan) ditipu.
Sekarang bangkitlah pertahankan melayu." Zulkifli nordin minta la siapa2
yang ada masa boleh tolong jadi sukarelawan dalam tempoh singkat ni.
Lawyer2 dan NGO2 melayu islam dok sibuk dok bagi ceramah sana sini,
bantu lah jadi drebar ka, tukang taip ka, jaga ofis ka. Keselamatan
penceramah pun nak kena jaga. La ni katanya, budak UPM yang dok ramai
jadi sukarelawan ni, walaupun depa sibuk dengan kelas, tapi depa
sanggup.
Alhamdullilah. Katanya bukalah website sebab dalam website PPI tu ada
minta macam2 pekerja sukarela, so bagitaulah macam mana boleh tolong.

Habis ceramah, masa sessi soal jawab, ada sorang
tanya: "apa pendirian pak lah?" aku tak berapa ingat jawapan dia sebab
pen aku dah berjalan bersama kertas petisyen, tapi jawapan zulkifli
nordin lebih kurang kata pak lah tak ambik berat sangat dan anak dia
nori pun dalam sisters in islam (badan yang kuat menyokong geng artikel
11). So macam, mana?

Itulah saja yang aku dapat, lenguh tangan aku tulih nota ceramah tu,
taip balik 4 jam baru siap. Korang baca dan edarkanlah supaya orang kita
mendapat kesedaran dari ceramah saudara zulkifli nordin ni. Dia dah
banyak berkorban, tuan2 pun mesti boleh kalau percaya usaha kita ini
akan dapat membantu menyelamatkan akidah anak2 kita, anak2 jiran kita,
anak2 kawan kita, dan semua anak orang islam di negara ini. Amin.


Sumber Dari : Email

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 11:25 AM | Show all posts
bunuh org murtad boleh settle masalah ke.

nanti lebih ramai org jadi duri dalam daging.nanti ada yg masih islam sbb takut kene bunuh je bukan kerana ALLAH.

masa zaman sahabat org tak bayar zakat diperangi bukan sbb mereka memberontak ke, bukan semata2 kerana tak bayar zakat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2006 01:30 PM | Show all posts
Detail-detail  hukuman  murtad  dan  dalil2nya

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.


Penulisan ini akan menyentuh beberapa aspek :
1. Beberapa Hadtih sandaran hukuman Murtad.
2. Pandangan para Ulama' terhadap hukuman Murtad secara umum.
3. Beberapa perbezaan pandangan dalam hukuman murtad.
4. Praktikal bentuk hukuman murtad di Zaman Sahabat.
5. Beberapa hukuman berkaitan.

Semua aspek akan disentuh secara ringkas, dan hanya akan mengambil isi perbincangan sahaja. Dalil2 setiap mazhab sukar untuk disertakan akibat panjang, lalu bolehlah bagi mereka yang berminat merujuk nama2 kitab rujukan yang disenaraikan bagi penulisan ringkas ini.

HADITH-HADITH UTAMA DALAM PENDALILAN HUKUMAN MURTAD
Hadith yang berkenaan hukuman Murtad datang dalam pelbagai lafaz. Hadith2 ini didatangkan dari beberapa orang sahabat utama seperti Saidina Uthman Affan ra, Saidina Ali kw, 'Aisyah, Ibn Abbas, Ibn Mas'ud, Abu Musa as-Sya'ary, Muadz bin Jabal, Anas Bin Malik, Abu Hurairah radhiyallahuanhum ajma'in.
Lafadz hadith dari para sahabat di atas berbeza serba sedikit dari sudut lafaznya tetapi sama dari sudut maknanya. Antara yang paling jelas Iaitu dan terkuat sanadnya:-

1. Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya" ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282)

2. Mafhumnya : 匢nilah wahai Rasul seorang lelaki yang dahulunya Yahudi kemudian telah Islam dan kemudian telah kembali kafir (murtad) kepada agamanya yang buruk, Bersabda Nabi : Aku tidak akan duduk sehingga dibunuh, menurut hukuman Allah dan Rasulnya, Maka Muadz (mempersilakan Nabi untuk duduk) berkata : Silakan duduk..Sabda Nabi : Aku tidak akan duduk sehinggalah ia dibunuh, hukuman Allah dan Rasulnya sebanyak 3 kali, maka diarahkannya untuk membunuh lelaki murtad tadi, lalu dibunuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 01:30 PM | Show all posts
BENTUK PRAKTIKAL HUKUMAN MURTAD DI ZAMAN SAHABAT

1. Bunuh Setelah Murtad

Saidina Ali Kw pernah melaksanakan hukuman bunuh dengan membakar mereka dengan api, iaitu selepas disuruh bertaubat tetapi enggan (Sila lihat Nailul awtar, Imam Syawkani 7/209; lihat juga a'lam al-muwaqqi'ien, Ibnu Qayyim 5/42)

Bagaimanapun Ibnu Abbas ra, tidak bersetuju dengan cara saidina Ali (bunuh dengan bakaran api) serta beliau berhujah atas hadith mafhumnya : "Jgn kamu mengazab dgn azab Allah" (Riwayat al-Bukhari dalam Bab Jihad) Bagaimanapun perlu diingat perselisihan Ibnu Abbas dengan Ali kw hanyalah pada kaedah pelaksanaan bukannya prinsip asas.

Muadz Bin Jabal dan Abu Musa As-Sya'ari juga pernah melaksanakan hukuman bunuh di Yaman, terhadap seorang Yahudi yang Islam kemudian kafir kembali. Berkata Muadz setelah itu (Hukuman Allah Dan Rasulnya) - (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dan Ahmad; Sila lihat al-Majmu', 21/47).

2. Hukuman Bunuh Si Murtad ditangguh.

Terdapat pandangan yang agak berbeza iaitu:-
1. Tidak dibunuh si murtad kecuali jika memerangi Islam atau mengajak manusia lain kepada kekufuran. Seperti Salman Rushdie.

Mereka yang berpandangan sedemikian membahagikan murtad ini kepada al-Khafifah (ringan) dan al-Ghalizah (berat)

Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyah (Lihat As-Sorim al-Maslul hlm 368, Ibn Taimiyah) : " Sesungguhnya Nabi SAW telah menerima taubat sekumpulan murtad manakala telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada sekumpulan murtad yang lain. Ini kerana, selain murtad mereka juga membuat jenayah2 lain yang membawa mudharat kepada Islam dan Muslimin, seperti:

a. Arahan Nabi membunuh Maqyas Bin Hibayah pd hari Fathul Makkah, kerana selain murtad ia telah memerangi muslim dan mencuri harta serta tidak bertaubat selepas berkemampuan berbuat demikian,
b. Nabi juga memerintah membunuh sekumpulan 'uraniyyin juga dengan sebab yang sama,
c. begitu juga Nabi mengarahkan membunuh Ibn Khattal akibat murtad disertai dengan penghinaan, cacian dan memerangi muslim,
d. dan Nabi mengarahkan membunuh Ibn Abi Sirh akibat murtad disertai celaan dan pembohongan terhdp muslim."

Lalu Ibn Taimiyah membahagikan murtad kepada 2 jenis :

  i) Murtad semata2 maka boleh diterima taubatnya.
ii) Murtad yang bersamanya muharabah (memerangi) Allah dan RasulNya serta menyeru kefasadan atas muka bumi, taubatnya tidak diterima.

Justeru jelas sekali Nabi pernah melaksanakan hukuman bunuh ini, dan ini menolak dakwaan Nabi tidak pernah menjatuhkan hukuman bunuh terhdp si murtad. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi, kiranya benar sekalipun, ia adalah kerana murtad tidak terzohir di zaman baginda.

Hujah beberapa kumpulan di Malaysia yang menyatakan mengecualikan bunuh bagi murtad tanpa berserta 'muharabah' (memerangi Islam) ADALAH KURANG TEPAT JIKA BERDALILKAN PERISTIWA DI ATAS dan tertolak dgn hujah berikut:

a) Peristiwa tersebut berkisar tentang masalah penerimaan taubat, bukannya gugur hukuman krn tidak muharabah. Jelas dari kalam Ibnu Taimiyah, kumpulan Murtad yang tidak dibunuh adalah kerana mereka bertaubat dan tidak memerangi Islam ( iaitu sekali dua) !, lalu Taubat bagi si Murtad yang tidak memerangi Islam adalah diterima Nabi SAW.
b) Manakala kumpulan kedua, mrk cuba bertaubat tetapi tidak diterima akibat jenayah muharabah selain murtad, ini jelas krn muharabah mempunyai hukuman yang lain dalam peruntukan hukuman Islam sebagaimana dalam ayat : Al-Maidah ayat 33. :

Mafhumnya : "Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar."

c) Justeru pendalilan yang tepat dr peristiwa Nabi tidak membunuh sekumpulan Murtad adalah kerana mereka hanya semata2 murtad dan kemudian bertaubat. Ia tidak boleh dijadikan hujah bg membenarkan murtad tanpa muharabah dilepaskan begitu sahaja. Sebagaimana pandangan beberapa kumpulan masa kini.

Ulama' ittifaq (sepakat) bahawa jenayah riddah akan gugur (hukumannya) sekiranya si Murtad bertaubat (bagi mereka yang tidak muharabah). Ini adalah kerana maksud istitab adalah mengembalikannya kepada Islam. (al-Mabsut As-Sarakahsi; Fathul Qadir Ibn Humam ;Bidayatul Mujtahid Ibn Rusd ; Al-Mughni al-muhtaj Khatib Syarbini; al-Mughni Ibn Quddamah)


2. Tidak dibunuh si Murtad di dalam keadaan2 tertentu demi menjaga maslahat semasa.

Jumhur tetap berpandangan si murtad perlu dibunuh dalam semua keadaan, kecuali diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab ra pernah berbeza dalam hal ini, ianya seperti berikut :

Diriwayatkan oleh Abd Razak as-San'ani (guru hadith Imam Ahmad) dan Imam al-Baihaqi as-Syafie dan Ibn Hazm Al-Zohiri :

Mafhumnya : Sesungguhnya seorang telah kembali dari Tustar lalu berjumpa Umar ra, lalu Umar bertanya kepadanya: "Apa yang mereka berenam daripada Bakr bin Wail telah lakukan, adakah merka murtad dan menyertai kumpulan Musyrikin? Berkata si pengadu : Wahai Amirulmukminin, kaum yang murtad dari Islam lalu masuk ke dalam kumpulan Musyrikin, dibunuh dalam peperangan. Lalu Umar berkata ( inna lillahi inna ilaihi raji'un) Berkata lelaki itu : adakah jalan lain bg si murtad itu selain bunuh? Berkata Umar : ya, Aku mengajak mereka kembali kepada Islam, kiranya mrk enggan aku akan memenjarakan mereka" (Musannaf Abd Razak 10/165; Al-Baihaqi dalam As-Sunan 8/207; Ibn Hazm dalam al-Muhalla 11/221)

Berdasarkan kepada athar tadi, sesungguhnya Umar ra tidak melihat hukuman bunuh adalah satu hukuman yang mesti dalam setiap keadaan. Ini bermakna ianya boleh ditangguh atau digugurkan dalam keadaan DHARURAT.

Menurut Dr. Yusof Al-Qaradhawi : (Dharurat di sini bermaksud : DALAM KEADAAN PERANG, lalu sekiranya dilaksanakan hukuman tersebut maka dibimbangi fitnah dan si murtad akan masuk bersama dalam kumpulan musuh hingga menguatkan mereka pula. Kemungkin Saidina Umar meng'qias'kan hukuman ini dengan sabda Nabi SAW : Mafhum : "Tidak dipotong tangan (pencuri) ketika perang")

Kesimpulan

Pendapat jumhur bahawa hukuman bunuh mesti dilaksanakan bagi menutup pintu fitnah terhdp Islam, serta menumpaskan kebejatan Aqidah. Maka sekiranya sebaliknya yang akan berlaku (dalam masa perang) hingga yakin atau (ghalbah az-zann) akan membawa keburukan kepada kekuatan Islam, maka ketika itu bolehlah berpegang kepada pandangan Saidina Umar ra, Imam Sufyan at-thauri atau Kibar at-Tabien Imam Ibrahim An-Nakhaie.

Ibrahim an-Nakhaie dan Imam Sufian At-Thauri berpendapat bahawa (berdasarkan athar Umar ra di atas). Hukuman Murtad boleh ditangguh apabila ada harapan kembali kepada Islam, pada masa yg sama bolehlah dilaksanakan hukuman penjara.

Dr. Yusof Al-Qaradhawi berkata : "Adalah mesti untuk kita mengasingkan di antara riddah ghalizah dan riddah khafifah, juga perlu dibeza di antara murtad dengan menyeru orang lain (agar membenci Islam dll) dan murtad yang tanpa seruan" (Yusof al-Qaradhawi, Jarimatur Riddah,hlm 35)

Beliau memberikan contoh riddah ghalizah seperti Salman Al-Rushdie iaitu si murtad yang membawa pemikiran bid'ah dan sesatnya dengan lisan dan tulisannya.

Apapun, perlu difahami, tidaklah bermakna menangguhkan hukuman itu membawa maksud bahawa hukuman itu dihapuskan atau tidak diwartakan, bahkan ia ada dan diwartakan penguatkuasaannya, Cuma dalam kes2 tertentu sahaja ianya ditangguh dengan sebab2 yang kuat. Hal ini berlainan sama sekali dengan suasana Malaysia yang langsung tidak mewartakan hukuman Islam ini !!.

HUKUMAN BERKAITAN

1. Bayi atau kanak2 Murtad sebelum baligh.
Abu Hanifah : Hukuman bunuh ke atasnya setelah ia baligh dan tidak bertaubat.
Al-Syafie : Kanak2 sebelum baligh tidak sah Islamnya, lalu ia tidak dikira sbg murtad.

Abu Hanifah, Ahmad Hanbal, Ishak Rahawaih, Ibn Abi Syaibah : Sah Islam kanak2 sekiranya telah 10 tahun dan faham akan Islam. Malah sah Islam ketika 3 tahun. Semua nama di atas menyatakan bunuh sesudah baligh. (al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, Imam An-Nawawi, Jld 21/43)

2. Hukuman membunuh murtad didahulukan (dari sudut keutamaan diambil tindakan) dari memerangi kafir harbi. Demikian pandangan para sahabat, yang diketuai oleh Saidina Abu Bakar ra. Dalilnya Abu Bakar mendahulukan memerangi kumpulan murtad sekitar madinah walaupun Nabi telah menyiapkan pasukan tentera Usamah sebelum kewafatan Baginda SAW untuk memerangi musuh kafir Harbi, tetapi Abu Bakar as-siddiq menangguhkannya demi menyelesaikan kumpulan ingkar zakat(murtad).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2006 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by elbecks at 4-10-2006 11:25 AM
bunuh org murtad boleh settle masalah ke.

nanti lebih ramai org jadi duri dalam daging.nanti ada yg masih islam sbb takut kene bunuh je bukan kerana ALLAH.

masa zaman sahabat org tak bayar za ...



HUKUMAN bunuh utk org murtad ke, bunuh kpd pengedar dadah ke, hukuman bunuh kpd pembunuh ke..memang semua tak menyelesaikan masalah.Memang ada kes lagi menda ni semua.Tapi sekurang2nya dpt mencegah dan mengawal benda ni sewenang2nya berleluasa. orait.

-Rabbi-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 04:47 PM | Show all posts
Kita bincang isu ni Kat MALAYSIA.Makin lama, makin hari makin menjadi jadi-jadi orgi2 kristian ni..pujuk budak2 melayu murtad.Dan makin lama, sikit pun budak2 islam melayu yg dah terkeliru akibat dakwah secara psikologi yg orgi2 kapir ni.Tak sikitpun diaorg ni takut2 nak pujuk.Bukan tak kesian dgn org islam yg dah keliru bangang lalu murtad.
Macam tu jugak dgn paderi2 ni.Memula bagi je warning..jgn nak memandai pujuk MELAYU Islam ni murtad.Korang pun tahu kan selalunya yg jadi paderi ni..machai2 ni keturunan cina dan india yg diaorg sendiri murtad dgn agama asal nenek moyang mereka.  .. Lambat laun diaorg akan paham..bukan mudah nak memain dgn org MELAYU ISLAM di Tnah Melayu ni.

Kalau takat nak berdakwah secara lisan je..sampai mampus pun silap2 pendakwah tu kena pusing balik.Dah sampai masanya mesti ada satu pertubuhan bawah tanah yang mendapat restu dari pemerintah secara senyap utk [berdakwah].
Kalau tak...Kalau tak jgn terkejut anak2 korang yg kecik2 skrg ni..cukup je 18 tahun, rilek je dia bagitau kat mak bapak yg dia nak convert dari agama islam ke agama lain.

-Rabbi-

[ Last edited by  ibnur at 5-10-2006 07:34 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 03:45 PM | Show all posts
Bagi jer back hand dekat org2 yg murtad tegar nih, biar kasi lebam!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 06:57 PM | Show all posts

Assalamualaikum..

Apa pendapat korang tentang masalah murtad di Malaysia..?!Apa yang korang akan buat kalau salah sorang daripada kawan baik korang yang TERJEBAK?Sekadar nasihat.........?!:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 07:26 PM | Show all posts
Originally posted by katakpuruz at 30-10-2006 06:57 PM
Apa pendapat korang tentang masalah murtad di Malaysia..?!Apa yang korang akan buat kalau salah sorang daripada kawan baik korang yang TERJEBAK?Sekadar nasihat.........?!:lebai:


kalo murtad, menjadi tanggungjawab kita untuk menasihati mereka (nasihat tu usaha juga, buat sekadar yg termampu)...bab pelaksanaan hukum tu, elok kalau ada ustaz/zah yg ada kafa'ah dalam bidang syari'ah utk menjawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 07:38 PM | Show all posts
Macam tu ke?!Ntahlah..dah makin menjadi-jadi laa plak..Semoga ALLAH akan sentiasa tetapkan IMAN di antara kita semua..Korang semua ada tak pengalaman tak?Manala tahu boleh ambil pengalaman dan ikhtibar..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 08:09 PM | Show all posts
Aku ada pengalaman masa kat negara `orang` masa Ramadhan lepas..Cara diaorang approach memang mengagumkan..lembut dan peramah..katanya diaorang nak buat study.Diaorang siap puji aku lagi sebab nampak aku bertenaga walaupun berpuasa.Lepas tu diorang serahkan aku sebuah buku..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 08:17 PM | Show all posts
Originally posted by katakpuruz at 30-10-2006 08:09 PM
Aku ada pengalaman masa kat negara `orang` masa Ramadhan lepas..Cara diaorang approach memang mengagumkan..lembut dan peramah..katanya diaorang nak buat study.Diaorang siap puji aku lagi sebab namp ...


kalau kat oberc tu mmg benda biasa la kalo 'didakwahi' oleh pendakwah2 ni. saya xpenah kena lagi. tp ada la membe2 yg penah di'dakwah'. basically, iman sdri kena power la..akidah kena mantap kalo duk oberc. saya secara personally kagum tgk cara mereka bekerja. very professional n mmg menghormati org. cuma bezanya mereka non-muslims
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2006 09:19 PM | Show all posts
macam tu lah gaya diaorang..lemah lembut dan peramah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 09:24 PM | Show all posts
Kalau diorang tanya soalan yang menguji kita?Dulu pakcik kawan aku ada bagitahu macamaner nak jawab..ada kaitan dengan minuman..Tapi aku dah lupa laa...Tak tahu la betul ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 07:30 PM | Show all posts
SALAM untuk semua...........

Bagaimana kalau kita tangani dari peringkat umbut atau rebung lagi lihat topik saya sekadar untuk pertimbangan..............
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=244864
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 31-10-2006 07:30 PM
SALAM untuk semua...........

Bagaimana kalau kita tangani dari peringkat umbut atau rebung lagi lihat topik saya sekadar untuk pertimbangan..............
http://forum.cari.com.my/viewthread.php ...



Any komen?
Tidak sesuai?
Tidak Afdal?
Ada cara lebih baik dari ini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.083474 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list