CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gemukkkkkkk

Tahap Melayu?

[Copy link]
Post time 6-12-2006 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by tutankhamun! at 2-11-2006 02:12 PM
dalam pengamatan aku , skrg nyer citer Melayu maen tangkap muat jer.
Sebagai contoh dalam citer Man Laksa , plot ceghiter nyer memang ade dan babak disusun dengan baek pade awalnyer lah.
Tapi bi ...


Haaa statement tutankhamun memang :setuju:

Memula aku tgk cite ni, aku rasa teruja laa jugak sbb byk elemen2 kg yg aku pk kan mengimbau nostalgia.... tp bila masa berlalu mmg semakin aku rasa diperngokngek kan.

Scene nya dahler setempat.... kat stage, blakang stage, depan stage....tak ubah2, pastu lama kelamaan menengoknya...... aku rasa otak aku takleh terima dah.

Bila mak aku tanya best ke cite Man Laksa tu? Aku ckp...

"Ma,takyahler nengok, kita pi makan lakse lagi baik......tp kalau ma nak tgk, kita forward sampai scene arwah Hani Mohsin...sbb Man Laksa ni filem terakhir arwah....Dah abis part tu tutup je laa terus dvd player tu."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2006 08:36 AM | Show all posts

Reply #1 Gemukkkkkkk's post

amboi muk... bila sekali buat topik... bedebush....heheheh

akoo ni jarang tengok wayang.. tak kira la pilem melayu ke pilem omputih ke, bollywood lagi lah kan...

tapi nya pernah dengar tak orang kata "Filem Kita Wajah Kita"

akoo rasa dari siti kita dah dapat baca mentaliti sesetengah orang kita ni..

nak meniaga nasik lemak ka laksa ka kat tepi jalan tu tak salah tapi kita kena ada wawasan la.. macam ada forumner cakap kerajaan boleh bantu orang-orang yang nak meniaga tapi tak dak modal ni.. memang ada..dia panggil SPED (Skim Pembiayaan Ekonomi Desa) kalau tak salah la..

ni memang untuk peniaga-peniaga kecil golongan bumiputera..

tapi.... orang kita ni selalunya bila dah dapat loan, depa bukan pikir part business dulu..depa selalunya pikir part nak pakai kereta besar.. mata belalang ka...mata kala jengking ka...bagai..

lagi satu akoo setuju ngan sorang forumner cakap part fardhu kifayah ni, kalau ada 3 kedai yang lain-lain bangsa yang bukak kedai mana satu korang pergi...

akoo lebih setuju kalau kita tak cakap pasal bangsa jer.. lebih baik ruang lingkup tu dikembangkan kepada ugama.. tu yang penting...sbb la ni berapa ramai anak bangsa kita yang dah lingkup... sbb????....  kita jarang nak jengok balik tujuan kita hidup dan dihidupkan dimuka bumi ni...

ishh...panjang lebar lak kali ni.... hehehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 08:50 AM | Show all posts

kepada yang hendak berbisnes

aku nak share sikit apa yang aku tahu kalau korang mau info pasal modal..

untuk memohon skim kerajaan, syarat utama adalah bisnes itu mesti diperbadankan sebagai Sdn Bhd (untuk memenuhi syarat definisi IKS).  Seperti biasa, definisi IKS juga merangkumi:
1) 60% ekuiti dipegang oleh warganegara malaysia
2) turnover/revenue (bukan income) tidak >RM25 juta million turnover ATAU tidak >150 pekerja sepenuh masa.

kalau bisnes itu jenis perkongsian/persendirian, boleh try approach MARA atau Yayasan Tekun Nasional.

kalau mau elakkan karenah birokrasi, SME Bank menyediakan skim pembiayaan (grant/soft loans).  untuk info, SMIDEC juga ada khidmat sebegini.

apa-apa pun, SMIDEC sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat dan panduan kalau korang berminat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2006 10:26 AM | Show all posts

usaha bernas kerajaan Perak!

Perak sedia khidmat Internet percuma

MANJUNG: Penduduk Perak akan berpeluang menikmati kemudahan internet secara percuma apabila kerja penyelenggaraan menggunakan sistem Aitil A A8 yang akan dilengkapkan sepenuhnya April depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Multimedia negeri, Datuk Dr Zambry Abd Kader, berkata sistem berkenaan akan dipasang di kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi.

Beliau berkata, pada peringkat permulaan kerajaan tumpu kawasan penduduk padat seperti Manjung, Kinta dan Taiping.

Katanya, teknologi itu yang digunakan di China, Timur Tengah dan Amerika Latin munasabah murah dan mudah untuk diselenggarakan dengan kelebihan menyalurkan perkhidmatan dengan kapasiti 1.85 hingga-3 mega bite sesaat kepada orang ramai pada jarak 1.5 kilometer radius.

揟eknologi ini akan memberikan kemudahan kepada orang ramai dan pelajar untuk melayari internet dari mana-mana tanpa menggunakan alat tambahan.

揃agaimanapun teknologi ini hanya boleh digunakan di kawasan lapang saja manakala pengguna yang berada dalam bangunan perlu menggunakan alat tambahan kerana akan menghadapi halangan gelombang penerimaan,
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 11:00 AM | Show all posts
Ermmm.... satu kebanggaan kepada bangsa Cina apabila sebuah filem yang dihasilkan oleh diorang akan ditayangkan ke seluruh negara by Columbia Picture..... Ermmm... kalo sapa2 baca paper semalam...Musti ada baca ini celita.. :nerd:    Filem genre seram...

Agak-agaknya.... bilalah gamaknya... Filem terbitan anak Melayu nak masuk ke pasaran dunia? Bab Filem Puteri Gunung Ledang tue...letak tepi jap..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 11:22 AM | Show all posts

Reply #45 BabeYSHa's post

PGL yg muzikal punya dgr kata... world class, sapa dh tengok?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2007 09:17 PM | Show all posts

melayu mampu!

Great to use, but you can't buy it
08 Jan 2007
--------------------------------------------------------------------------------
Mardi has come up with numerous nifty innovations. However, only a handful actually reach the end-users. MAZLINDA MAHMOOD and RANJEETHA PAKIAM find out why.

IT has won prestigious international awards and the demand for it is said to number in the thousands.

Which is not surprising as unlike many other scientific innovations, the rapid detection kit for pesticide residues is simple enough to be used by housewives.

And yet, more than two years after it was first highlighted, the product is still nowhere near a supermarket shelf.

Like many other innovations by the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (Mardi), the invention by Dr Zamri Ishak and Salmah Abd Aziz has yet to be commercialised despite its worldwide appeal.

The detection kit had won a Gold Medal and Special Jurors
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 7-11-2006 09:47 AM
assalamu'alaikum..

aku nak jadikan thread ni sebagai pemotivasi untuk kita semua.. kalaukorang ada berita-berita menarik tentang kejayaan melayu,rajiin-rajinlah paste di sini..

lagi be ...






boleh paste artikel tentang kejayaan orang-orang melayu di luar negara?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2007 09:28 PM | Show all posts

Reply #48 oobi's post

boleh sangat-sangat oobi!  tujuan thread pun nak menaikkan semangat!

hai, lama tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:08 PM | Show all posts
melayu semakin teruk.. lihat saje golongan mat rempit.. kesemuenye melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 10:30 AM | Show all posts
Kalau nak cebur bidang perniagaan ni secara serius dan nak tahan lama.... Jagan amalkan "Belum duduk dah berlunjur" Hancuss.... Itu sikap yang biasa ada pada orang Melayu. Belum apa-apa lagi dah congak... kalau sorang RM5, 10 orang dah..... Terus beli kete baru.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 01:46 PM | Show all posts
Wawancara bersama M. Bakri Musa
oleh Nizam Zakaria


Bakri Musa adalah seorang anak Melayu yang kini telah menetap di AS dan kini bertugas sebagai seorang pakar bedah di California. Beliau telah berhijrah ke AS, walaupun bukan menjadi satu kebiasaan bagi anak-anak Melayu untuk berhijrah ke luar negara. Mungkin beliau telah berhijrah ke sana untuk memberitahu kepada dunia bahawa anak Melayu sepertinya mampu hidup tanpa perlu dipapah dengan segala bantuan yang diberikan kepada golongan Bumiputera. Menurut Amir Muhammad: "The Malaysian surgeon Bakri Musa has settled in California but continues to write extensively on Malaysian policy and politics. Bakri's case is a unique one because he uses the fact that he's made it in another country as a badge of honour, to prove that he can survive without institutional crutches."

Banyak dari tulisan-tulisan saudara Bakri mempunyai tema yang hampir sama. Beliau banyak memberi nasihat serta saranan-saranan bagaimana rakyat Malaysia, khususnya anak Melayu dapat berdaya saing terutamanya dalam era globalisasi ini. Selain dari itu, beliau juga aktif menulis dengan memberi pendapatnya tentang polisi serta politik di Malaysia.

Tulisan-tulisan saudara Bakri pernah diterbitkan di New Straits Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review, Businessweek, Education Quarterly dan di Malaysiakini.com (Seing it My Way). Di antara buku-bukunya yang pernah diterbitkan adalah: The Malay Dilemma Revisted: Race Dynamics in Modern Malaysia dan Malaysia in the Era of Globalization.

Berikut adalah wawancara e-mel saya bersama saudara Bakri. Saya harap, wawancara berikut akan dapat membuat kita mengenalinya dengan lebih rapat lagi dan mungkin, mahu membuatkan kita mahu menelaah tulisan-tulisan yang pernah dihasilkannya:

NZ: Boleh saudara ceritakan sedikit kepada pembaca kita tentang latar belakang diri saudara, persekolahan dan tempat asal saudara sebagai contoh.

MBM: Saya adalah, dalam bahasa kampung, "orang nogori". Bermakna berasal dari Sri Menanti, Negri Sembilan, dan pernah menuntut di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, dan kemudian di Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk Tingkatan Enam. Selepas itu ke Canada untuk melanjuti pelajaran di universiti. Mendapati ijazah BSc dan kemudian MD, dan terus mengambil latihan untuk menjadi pakar bedah. Dalam masa itu juga sempat mengambil ijazah lanjutan dalam "Experimental Surgery" dalam tajuk "Transplant Immmunology."


NZ: Sudah berapa lama saudara bertugas sebagai seorang pakar bedah di Amerika Syarikat?

MBM: Sebagai pakar bedah sejak tahun 1974. Datang ke Amerika Syarikat pada tahun 1979. Sebelum itu saya pernah berkerja sebagi pakar bedah di Canada dan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan Johor Baru.


NZ: Mengapa saudara berpindah ke sana? Adakah saudara berfikir bahawa bangsa Malaysia, khususnya orang-orang Melayu perlu bersedia untuk menjadi 'global workers'.

MBM: Dalam pendek kata, peluang untuk saya di AS lebih cerah daripada di Malaysia. Sungguhpun saya anak Malaysia, terlebih lagi seorang Bumiputra, dan di Amerika saya seorang pendatang, tetapi kelulusan dan kebolehan saya lebih di hargai di Amerika
daripada di Malaysia. Sebenarnya, Malaysia lebih memuliakan pakar bedah dari Bangladesh daripada pakar anak negeri sendiri! Ini pelik pada pandangan saya. Tetapi itulah realitinya. Penghijrahan saya ka Amerika tidak ada kena mengena dengan globalisasi! Sebabnya lebih biasa lagi!

Masalahnya bukan sama ada patut atau tidak orang Melayu menjadi "global workers". Apa yang kita mesti utamakan ialah supaya pekerja-pekerja Malaysia terutamanya Melayu mestilah bertaraf antarabangsa atau global. Maknanya, pakar bedah Malaysia patut layak membedah pesakit di Malaysia dan juga di Amerika. Sekarang kita tidak boleh berpuas hati dengan taraf tempatan sahaja. "Good enough for Malaysia isn't." Maknanya, bagus untuk Malaysia sahaja tidak bagus dan tidak mencukupi. Wira dan jaguh kampung sahaja sudah tidak memuaskan lagi. Kalau kita tidak memberi rakyat kita layanan taraf antarabangsa, rakyat kita akan keluar negeri untuk mencari layanan yang lebih memuaskan. Hari-hari, beribu budak sekolah Malaysia pergi ke Singapura sebab mereka anggap taraf sekolah di Malaysia tidak memuaskan.
link to original article

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2007 08:56 AM | Show all posts
dah 2 kali..  budak johor jugak hehehehe..  sungguh membanggakan kaum melayu..  sapa kata melayu tak boleh?  melayu kampung duduk kat rengit aje pulak tu..  takde sapa boleh kutuk dia, pasal subjects yang dia ambik semuanya susah-susah..  lihat dalam artikel tu..  antaranya Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Tasaur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains Teras dan Geografi..

eh, lelaki melayu bila lagi?


SPM : Student Perolehi 19 A1
Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006
Oleh SUNARTI KIBAT



BATU PAHAT 4 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 09:55 AM | Show all posts
Demi cita-citanya untuk memadamkan rekod Nur Amalina


uihh..ini cita2 dia?...

tahniah sbb dah berjaya...dasat budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 11:31 AM | Show all posts
budak lelaki melayu sibuk pegi overhaul motor utk merempit n dapat peluang sleep with minah rempits.....

and mekap keta kancil supaya boleh terbang.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 11:37 AM | Show all posts

Reply #55 yaneng's post

derang pegi terjun kutub utara laaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2007 11:41 AM | Show all posts

Reply #56 Pikir's post

itu 20 org ajer....

yg mat motor n mat mekap keta berpuluh ribu on the road.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 11:42 AM | Show all posts

Reply #56 Pikir's post

itu 20 org ajer....

yg mat motor n mat mekap keta berpuluh ribu on the road.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2007 11:43 AM | Show all posts
amboi sampai 3 posting
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 11:46 AM | Show all posts

Reply #59 Gemukkkkkkk's post

marah nie.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.075855 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list