CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: waksir

Kertas rancangan perniagaan (RP) / Proposal Perniagaan [MERGE]

[Copy link]
Post time 17-5-2008 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by nidzrain at 15-5-2008 10:00 PM
salam...

cik wira... sye nak tanyer sket, sye berminat nk beli produk ni,

tapi sye nak tau la sket, sbb sye nk bukak business yg memberi perkhidmatan videography...

so, dlm produk u ni a ...


contoh yang ada macam dalam WEBSITE sahaja
tapi format dan kandungan kertas kerjakan sama. yang penting kena tahu apa barang yang nak di beli dan kertas kerja kita disediakan untuk apa.
lagipun dalam koleksi kami dah asingkan SME,PUNB, MARA
yang bahagian projection akaun pun dah di formulakan. leh terus masuk fiqure. tak tahu leh tanya saya.thanx.:victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2008 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by myecome at 16-5-2008 03:21 PM
Bagus material nie. Memang kena buat working paper untuk dapat loan. Boleh putus asa dibuatnya.


mudah di fahami ker modul nih?

[ Last edited by  kpli2009 at 18-5-2008 09:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 07:34 PM | Show all posts

Reply #104 wira2149's post

owh ok... thanks...

neway sye memang berminat nk beli produk u tu....

insyaallah dlm ujung bulan ni....


owh ya, kalo kiter da submit proposal tu kan, biasanye makan maser baper lamer erk

utk bank approve loan...???
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 07:08 PM | Show all posts
erk... bestnyer kalo ader org nk bg contoh rp.....

sye bebetul nk buat rp ni skrg... nk amek loan ngn SME Bank...

nak bukak business videography....

ok tak business tu...???
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:36 PM | Show all posts
Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan. Kita tidak nampak bagaimana seseorang usahawan akan berjaya tanpa ciri-ciri seperti berikut:

    * Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat.
    * Jujur dan ikhlas.
    * Berdaya kreatif.
    * Mahir berkomunikasi.
    * Berani menanggung risiko.
    * Bijak membuat penilaian dan keputusan.

Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama. Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:

    * Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi.
    * Keinginan yang kuat untuk berjaya.
    * Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan.
    * Memberi tumpuan dalam perniagaan.
    * Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap.
    * Membentuk jaringan perniagaan yang luas.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenalpasti adalah:

    * Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi.
    * Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan.
    * Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan.
    * Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah.
    * Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 01:36 PM | Show all posts
mahal ler ebook nie ....lgpun ebook bknya buku biasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2008 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by sweet_cheery at 23-5-2008 01:36 PM
mahal ler ebook nie ....lgpun ebook bknya buku biasa


kalau saya caj pelanggan bagi menyiapkan satu kertas kerja rm1000-2000 satu kertas kerja.
sebab tu saya leh kasi rm50 sebab e-book sahaja. lagipun kita juga datangkan dalam bentuk cd juga bukan e-book sahaja. harga cd sama cuma tambah pos laju rm5.00.
sesiapa yang pernah buat kertas kerja semua kata dah cukup murah. lebih 10 kertas kerja dengan  pelbagi e-book lain yang percuma rasanya dah cukup berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 05:25 PM | Show all posts
projek baru...

..hartanah.....jual beli tanah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2008 10:59 PM | Show all posts
OBTAINING A BUSINESS LOAN

You need a loan. Perhaps you are starting up in business for the first time. Or perhaps you are buying an existing business. Or perhaps you are already in business and need a loan to finance expansion or to buy a major piece of capital equipment. The following set out the procedure for a larger loan. For a smaller loan, the amount of information required by the lending institution will be less.

If you are already in business, you should ask yourself 'Do I really need the loan?' Could some finance be squeezed out of the existing business? Look at your Balance Sheet and consider the following.

Land and Buildings. If these appear on the Balance Sheet, consider selling them and then either leasing the same premises back or leasing other premises.

Vehicles. Could you get by with fewer vehicles?

Stock. Could you get by with less stock by introducing "just- in-time" stock control methods?

Debtors. Could you shorten the time taken to collect debts? For example, could you invoice more promptly? Could you be more active in chasing debtors for payment?

Balance at bank. Do you normally have a balance of several thousand dollars in the bank? If so, this could be utilised for other purposes.

Directors Loan Accounts. Could the existing Directors be persuaded to leave more of their wages in the business as a loan to the business?

Trade creditors. Could you obtain additional funds by delaying payment of your creditors? Would the creditors be happy with this?

If, after carrying out the above exercise, you conclude that you still need funds, you should consider leasing as an alternative to borrowing. However, there is really little difference between leasing equipment and obtaining a loan to buy the equipment.

Where you should you look for funds? Generally, you are restricted to a) a bank or b) a finance company. Get the loan from the bank if at all possible. Finance companies generally charge a considerably higher rate of interest compared to a bank. If the amount required is not large, would a Personal Loan from a bank suffice? There is much less hassle in obtaining a Personal Loan. The bank does not usually require security. The maximum term is usually around seven years.

If you come to the conclusion that you need substantial funds and a personal loan is not appropriate, how do you go about obtaining a loan? You should decide to approach your bank first rather than a finance company. The first step is to make an appointment to see your accountant. Tell him why you require the loan. Discuss how long you will require the loan for. For example, a truck drive is going into business on his own account and intends to buy a truck costing $100,000. He will always need a truck and, at first sight, he would appear to need a lifetime loan of $100,000. This indeed will be true if he does not retain any profits in the business. However, if the truck owner decides that he can leave $10,000 of his wages each year in the business, then he will only need the loan of $100,000 for 10 years. Many truck owners in the situation of needing a life-time loan make the mistake of going to a finance company and borrowing for five years. They fall into an endless cycle of borrowing for five years, repaying over five years and then borrowing for a further five years etc.

Once you and your accountant have decided on the period for which you need the loan, then you and your accountant must prepare some financial forecasts. The crucial figure in all financial forecasts is the Sales income. All other figures depend on this figure to a large extent. Do not be too optimistic when forecasting Sales.

The first financial forecast you have to prepare is a Profit & Loss Account for the business covering the first year after the granting of the loan. It would be wise to assume that it will be three months before the loan is actually received. The Profit & Loss Account should commence after this date and assume that the loan has been granted. The Profit & Loss Account will show expected income for the year, expected expenses including the loan interest and the resulting Net Profit for the year.

The next step is for you and your accountant to prepare a Cash Projection Statement. This is prepared for 12 monthly periods corresponding to the Profit & Loss Account time-span. It starts off with the bank balance at beginning of Month 1 and then shows the expected income, including the loan, for each of the 12 months. Likewise, cash outgoings for each of the 12 months are forecast. The result of these forecasts, of course, is that you can forecast the balance at bank at the end of each of the 12 monthly periods. These are the figures that the bank will want to see. They show that you can repay the loan. Your accountant will have a computer software package to assist in preparing the Cash Flow Projection
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 10:01 AM | Show all posts
TEKUN NIAGA

Pembiayaan sebagai modal tambahan kepada usahawan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada.


Aktiviti

Gerai tetap, Gerai bergerak, Kedai tetap, Perniagaan perkhidmatan, Pengangkutan, Pembuatan.


Kelayakan Asas

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 04:57 PM | Show all posts
Ada contoh RP untuk butik pengantin tak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 10:43 PM | Show all posts
Bagaimana Maklumat Rancangan Perniagaan Dikumpulkan

   1. Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
   2. Statistik kerajaan
   3. Data ekonomi
   4. Data perdagangan
   5. Penyelidikan pemasaran

Kaedah Penyediaan Rancangan Perniagaan

Rancangan Perniagaan disediakan berdasarkan daripada maklumat yang dikumpulkan dan dianalisis secara terperinci.Maka disini ketepatan ramalan-ramalan yang dibuat dalam rancangan perniagaan bergantung penuh kepada maklumat dan data-data yang dikumpulkan dan bagaimana maklumat serta data-data terdebut dianalisis. Oleh yang demikian segala kenyataan yang dibuat mesti berasaskan kepada fakta-fakta dan maklumat yang benar.Sebarang kenyataan atau analisis janganlah dibuat hanya berpandukan andaian-andaian atau buah fikiran secara angka atau mengikut citarasa sendiri.
Perlu disedari bahawa rancangan perniagaan boleh berubah dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat mutakhir maka pengubahsuaian perlu dilakukan. Oleh yang demikian rancangan perniagaan yang telah disediakan perlu dikaji semula dari semasa ke semasa supaya dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.Rancangan perniagaan yang tidak sesuai dengan keadaan semasa adalah tidak efektif lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 06:47 PM | Show all posts
Pendahuluan           

1.1
       
Tabung Ekonomi Belia telah bermula pada 1987
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 02:10 PM | Show all posts
cik wira..sy dah beli full package tapi pasal macam x lengkap jer ngan yang u promosi tu...RP bisnes mesin sulam x der pon? sy SMS x jawap pon?

[ Last edited by  ellenzex at 2-6-2008 02:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by ellenzex at 2-6-2008 02:10 PM
cik wira..sy dah beli full package tapi pasal macam x lengkap jer ngan yang u promosi tu...RP bisnes mesin sulam x der pon? sy SMS x jawap pon?


bisnes mesin sulaman ada dalam folder RP PANGGILAN PULAU. under SME bank folder. kalau tak lengkap kasi tau yang mana tak dapat. kalau download tak abis memang tak dapat semua.kena download semua. rasanya semua sms dah saya balas. betul ker no yang u sms. leh YM saya kalau ada masalah. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 09:39 PM | Show all posts
Pengenalan         

Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM) adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 2,000 seorang.


         
         
Kelayakan dan Syarat-Syarat        

i)         Warganegara Malaysia.
           
ii)         Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
           
iii)         Menjadi ahli persatuan belia.
           
iv)         Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan secara sepenuh masa sahaja. Menjalankan perniagaan atau usaha tani secara sambilan tidak layak mendapat bantuan di bawah program ini.
           
v)         Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi.
           

           
         
Proses Permohonan        
           
i)         Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008
           
ii)         PBSD membuat melawat/ulasan
           
iii)         Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri
           
iv)         Pegawai ekonomi membuat ulasan
           
v)         Mesyuarat Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda
           
vi)         Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda adalah terdiri daripada :-          
         
-         Pengarah Negeri / wakil
-         Pengarah (PE) / Wakil
-         Penolong Pengarah Negeri Bahagian Belia
-         Setiausaha (Pegawai Ekonomi Negeri)
-         Ketua Kerani / Wakil
           
         
           
         
Soalan-Soalan Lazim        

i)        
Soalan 1
         

Apa itu Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)
         

Jawapan 1
         

Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan.
           
ii)         Soalan 2
         

Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?
          Jawapan 2
         
Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.
           
iii)         Soalan 3
         

Berapa had bantuan?
          Jawapan 3
         

Bantuan sebanyak RM2,000.00
           
iv)         Soalan 4
         

Bentuk bantuan yang macam mana?
          Jawapan 4
         
Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008 yang boleh dicetak melalui portal ini.
           
v)         Soalan 5
         

Bagaimana nak dapatkan bantuan?
          Jawapan 5
         
Isi borang permohonan dan kemukakan bersama sebutharga bagi pembelian barangan kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah yang berhampiran dimana projek beroperasi.
           
vi)         Soalan 6          
         

Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?
          Jawapan 6
          Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam.
           
vii)         Soalan 7          
         
Skim ini untuk bumiputra sahajakah?
          Jawapan 7
          Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2008 09:30 PM | Show all posts
SWOT Analysis digunakan untuk mengenalpasti masalah yang wujud ini dengan lebih teliti dan jelas lalu mencari penyelesaian dan mengenalpasti faktor-faktor strategi yang berkaitan dalam membuat keputusan. Analisis SWOT merupakan kaedah lembut dalam proses membuat keputusan.

Tujuan utama ialah analisis SWOT adalah mengenalpasti sifat-sifat seperti Kekuatan (strength), Kelemahan (weakness), Peluang (opportunities), dan Ancaman (threats). Tujuan utama ini bukan sahaja membina analisis SWOT tetapi adalah untuk menterjemahkan keputusan analisis itu kepada langkah-langkah yang khusus untuk membantu mengembangkan sesebuah firma dengan jayanya. Walaupun analisis SWOT merupakan satu pandangan ringkas terhadap situasi analisis, hal ini adalah berdasarkan 4 asas yang penting iaitu:
a) Mengenalpasti trend dalam industri
b) Mengenalpasti pesaing-pesaing industri
c) Menilai firma sendiri
d) Menyelidik pelanggan yang sedia ada dan perspektifnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:15 AM | Show all posts
saya ada contoh kertas kerja / business plan dapat masa kursus usahawab sizwazah, dapat dari PNB & MARA siap dalam bentuk excel and word serta contoh2 kertas kerja, saya ingat nak bagi free kat sesapa..tetapi nant mcm menjejaskan perniagaan org lain , so takpe la ..kesian terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by azliza at 6-6-2008 11:15 AM
saya ada contoh kertas kerja / business plan dapat masa kursus usahawab sizwazah, dapat dari PNB & MARA siap dalam bentuk excel and word serta contoh2 kertas kerja, saya ingat nak bagi free kat s ...


laaa..nak bagi free pun tak aper..tak salah berkongsi..lansung tak menjejaskan perniagaan saya. sebab saya bukan jual kertas kerja jer..saya buat management bisnes..saya sendiri ada opis kat Raub pahang..takkan bagi free dah jejas bisnes saya ..
saya pun tak menang tangan dok buat kertas kerja orang sekarang..jual koleksi kertas kerja hanya sampingan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 03:44 PM | Show all posts
ok la camtu, sama2 la kita berkongsi ye ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.075647 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list