View: 56277|Reply: 192
|
All about Zoo Negara (Zoo Serangga kini dibuka!)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 29-6-2009 10:31
Pertahankan Zoo Negara, buat juga Zoo Dengkil
Pendapat
SAYA bukan saja peminat zoo tetapi juga peminat saluran Animal Planet melalui televisyen satelit. Antara perkara yang saya masih menghargai tentang masa kecil-kecil ialah apabila ayah saya buat pertama kali membawa kami sekeluarga mengunjungi Zoo Negara pada tahun awal 70-an dahulu.
Memang sukar untuk ke Zoo Negara pada masa itu. Untuk ke zoo itu perlu naik bas Jalan Ampang untuk ke Hulu Klang. Agak lama perjalanan dari Kuala Lumpur ke situ melalui kawasan yang saya anggap sebagai hutan. Dahulu di sebelah zoo, ada Akuarium Negara. berjalan-jalan dengan ayah dan ibu saya di Zoo Negara adalah satu kenangan yang berulang kali saya ceritakan kepada anak-anak.
Kini kawasan sekitar sudah berubah kerana Zoo Negara dikelilingi kawasan perumahan. Tidak lama dahulu, saya membawa anak kecil saya ke Zoo Negara. Dia amat menghargainya dan menyemai minatnya mengenai sains, biologi dan alam sekitar. Tetapi apa yang paling saya hargai ialah kegembiraannya sepanjang berada di zoo itu.
Malah anak perempuan saya mengucapkan terima kasih kepada saya kerana membawanya melihat haiwan sebenar yang dirasakan amat bermakna berbanding hanya melihat di kaca televisyen.
Bagi saya zoo, seperti juga muzium, perpustakaan, panggung teater, taman bunga, balai seni lukis, balai pameran angkasa, dewan filharmonik dan pusat sains merupakan mercu-mercu tanda penting bagi sesebuah bandar raya, dan menjadi petanda peradaban bagi sesebuah negara.
Kita tidak harus membiarkan sesebuah bandar raya hanya didominasikan dengan tempat-tempat komersiol seperti pusat-pusat membeli-belah, restoran dan pawagam semata-mata. Jiwa warga kota mesti dilunakkan dan diberi makna oleh tempat-tempat seperti muzium, perpustakaan, balai seni lukis dan zoo.
Tahun lalu, ketika saya ke Singapura, saya sempat melawat zoo malam. Kesimpulannya, mereka memiliki zoo yang lebih baik. Sementara tidak lama dahulu, dalam kebetulan saya berpeluang ke New York, maka saya meluangkan masa mengunjungi zoo mereka yang berada di Central Park. Di tengah-tengah bandar dan mereka amat berbangga dengan keadaan itu. Zoo itu sudah berada di situ lama sebelum ada Zoo Negara dan tidak ada siapa pun yang berani menyarankan supaya ia dipindahkan jauh dari kawasan Manhattan.
Justeru, Zoo Negara yang berada berhampiran dengan Kuala Lumpur ini dan kini sudah dianggap berada di tengah metropolitan Lembah Klang perlu dipertahankan.
Saya bimbang desakan dan tekanan komersiol serta kuasa korporat berserta politik akan memusnahkan Zoo Negara ini. Tetapi saya lega dan mengalu-alukan keputusan Kabinet mengekalkan kedudukan Zoo Negara ini.
Lebih-lebih lagi apabila Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah berkata bahawa 80 peratus haiwan Zoo Negara akan mati jika zoo itu dipindahkan.
Setiap kali pada waktu pagi atau petang, terutama selepas hujan saya melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) melintas Taman Melawati, akan dapat melihat burung flamingo terbang dan banyak yang hinggap di lampu-lampu jalan itu.
Pemandangan amat indah. Andai kata Zoo Negara itu dipindahkan, pasti burung itu akan mati kerana kehilangan rumahnya.
Tetapi bagi saya Zoo Negara yang ada wajar dipertahankan bukan kerana semata-mata bimbang haiwan itu akan mati. Lebih daripada itu ia merupakan taman warisan dan mercu tanda Kuala Lumpur yang mesti dipertahankan dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Cubalah semai perasaan menyayangi Kuala Lumpur dan ikon-ikonnya sekali termasuklah Zoo Negara. Malah sepatutnya ia dibaiki dan dinaikkan lagi mutunya. Wajar ia patut dikenali sebagai Zoo Kuala Lumpur seperti mana orang mengenali Zoo New York, Zoo Los Angeles dan Zoo London.
Jika ada cadangan untuk mewujudkan sebuah zoo yang lebih luas, untuk dianggap sebagai Zoo Nasional di Paya Indah Wetland, Dengkil, usaha ini patut diteruskan juga.
Apa salahnya kalau kita ada lebih daripada sebuah zoo? Tetapi Zoo Negara perlu dikekalkan malah dibaiki. Sementara Zoo Dengkil boleh menjadi mercu tanda baru bagi negeri Selangor.
Malah ia patut menjadi terkenal dan tumpuan pelancong seperti mana Taman Pertanian Bukit Cahaya pada satu masa dahulu. Malangnya Taman Bukit Cahaya sudah begitu terabai dan hilang kemasyhuran. Mengapakah kita sukar untuk mempertahankan sesuatu yang baik dan indah?
Seperkara lagi Zoo Negara dinamakan sedemikian kerana ia juga mempunyai makna politik dengan dikaitkan pada kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia.
Zoo Negara seperti juga Muzium Negara, Masjid Negara, Istana Negara, Tugu Negara, Taman Negara dan lain-lain mercu tanda negara yang dibina selepas Malaysia ditubuhkan merupakan sebahagian daripada usaha Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun 60-an untuk mewujudkan perasaan patriotisme dan kebangsaan di kalangan warganegara. Maka begitu jugalah sumbangan Zoo Negara kepada kita semua sebagai warga negara Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
X penah gi Zoo Negara..:cry:
nnt nak pegilah... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang tak salah ada zoo...lebih lebih lagi kat ibukota...senang nak pegi
Tapi sekarang ni saya tengok zoo yang ade sekarang tak terjaga....kalau tengok haiwan haiwan yang ade sekarang semuanya kurus kurus macam tak makan....
Tak salah kalau ade zoo tapi masalahnya sekarang haiwan yang ade kat zoo sekarang ni tak terjaga dengan sempurna...
Saya pernah pegi zoo negara malah saya pernah jadi voolunter kat zoo negara ...haiwan terlampau banyak dan tempat yang ade terlampau sempit....ade sesetengah tempat yang diletakkan haiwan ni tak sama dengan tempat asal diorang
Bagi saya Zoo negara lebih baik dari zoo lain seperti zoo melaka....keadaan zoo melaka lebih teruk...kalau pegi kita tak akan rasa nak pegi lagi...
Bagi saya zoo kat Malaysia ni tak patut ada banyak sebab keadaan zoo itu sendiri amat menyedihkan berbanding zoo yg berada diluar negara...Zoo diluar negara lebih 'menyayangi' haiwan lebih menghargai binatang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ati1402 at 20-11-2006 11:44 AM
X penah gi Zoo Negara..:cry:
nnt nak pegilah...
ati..jom..:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by FiRe_Fly at 20-11-2006 19:23
Bagi saya Zoo negara lebih baik dari zoo lain seperti zoo melaka....keadaan zoo melaka lebih teruk...kalau pegi kita tak akan rasa nak pegi lagi...
Pada pendapat saya, zoo melaka jauh lebih baik dari zoo negara. Zoo melaka adalah zoo bagi pemulihan haiwan.
Saya pernah melawatnya, ianya jauh lebih baik dari segi faciliti dan penjagaan.
Banyak projek pemulihan dan perlindungan haiwan dijalankan di zoo melaka. Kawasannya pun luas. Puas kalu jalan2 kat sana.
Zoo negara patut di pulihkan dan dikembalikan imejnya Zoo negara mempunyai nilai2 nostalgik dan lokasinya
haruslah dipertahankan. Jangan kerana pembangunan ia harus dikorbankan. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke dah pulih....kalau betul bagus lah ...fire pegi pon 3thn lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bbpie at 21-11-2006 04:18 PM
ati..jom..:bgrin:
pegi jangan tak pegi.....kalau dapat pegi nanti jgn lupe jumpe ngan manja org utan jinak ....manja takut ngan ulaq...
best dapat pegang die...manja sangat |
|
|
|
|
|
|
|
zoo negara hidup segan mati tak mahu |
|
|
|
|
|
|
|
selalu gak gi zoo....nengok gelagat binatang..
enjoy giler...
ada banyak zoo lagik best...
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Zoo Taiping lebih baik daripada Zoo Negara?
SAYA ingin merujuk kepada pandangan Borhanuddin Ishak (ruangan Pendapat, Utusan Malaysia 20 November 2006) mengenai Zoo Negara.
Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau mengenai hak untuk mempertahankan kedudukan Zoo Negara di Hulu Klang yang berhampiran dengan bandar raya Kuala Lumpur kerana ia merupakan salah satu destinasi popular pelancong.
Bekerja di bidang perhotelan di Kuala Lumpur, saya juga sering mengesyorkan kepada para pelancong tempatan dan asing berkunjung ke Zoo Negara.
Malangnya, Zoo Negara sekarang sudah banyak berubah dibandingkan keadaannya dahulu.
Melawat ke Zoo Negara 10 tahun yang lalu, saya masih ingat betapa kita seolah-olah berada di kawasan habitat sebenar haiwan.
Ketika berkunjung lagi pada Februari 2005, saya cukup terkejut dan kecewa kerana habitat haiwan yang terdapat di dalam Zoo Negara dibiarkan usang dan tidak diselenggara dengan baik.
Malahan banyak sangkar dan juga akuarium yang kosong tanpa haiwan. Suasana semula jadi di sekitar Zoo Negara juga sudah hilang kerana pembangunan.
Bagi pandangan saya, apa yang ada sekarang tidak layak lagi berstatus Zoo Negara.
Pada Disember 2005, saya dan keluarga telah melawat Zoo Taiping di negeri Perak. Saya berasa cukup kagum dengan keadaan Zoo Taiping. Suasananya mesra alam dan nyaman.
Jika dibandingkan dengan Zoo Negara, secara jujur saya boleh katakan bahawa Zoo Taiping adalah lebih baik.
Sebagai rakyat Malaysia yang menetap di ibu negara, saya cukup kecewa dengan keadaan ini.
Tidak dinafikan bahawa kedudukan Zoo Negara di kawasan pembangunan yang pesat merupakan salah satu faktor berlakunya perubahan suhu dan kedudukan geografinya yang kurang sesuai.
Namun saya tidak boleh mengelak daripada bertanggapan bahawa faktor pengurusan dan masalah dalaman turut menyumbang kepada kemerosotan.
Kesimpulannya, saya berharap agar pihak yang berkenaan, sama ada pengurusan Zoo Negara sendiri mahu pun pihak kerajaan, membuat dan mengambil langkah drastik bagi memulihkan imej zoo yang terletak di Hulu Klang ke taraf sebenar Zoo Negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu volunteer ramai...tp skrang dah kurang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 FiRe_Fly's post
aku stuju ngan ko ... zoo x perlu ada banyak ... ade banyak pun kalau x mampu nak maintain ... pun masalah gak .. selain daripada menjadi space occupying lesion kat bumi malaysia ni ...
Tetapi aku personally x stuju kalau zoo dipindahkan .. sbb untuk mencapai status ekoenvironment yg stabil cam skang ni kat zoo negara ... mengambil masa .. ..
soal welfare .. rasanya pihak zoo dah buat yg termampu dan terbaik ... dan jangan letak kesalahan terhadap management zoo itu sendiri .... ape yg diorang x buat untuk fund raising ... harga tiket dinaikkan .. ni pun orang komplen bising ... padehal susah nak tengok animal tu dari dekat dan selamat serta tidak perlu bersusah payah ... syarikat korporat dijemput untuk menjadikan mana2 haiwan menjadi anak angkat syarikat .. ni pun satu ... x ramai yg menyertai .. sbb x ramai yg rasa ia mempunyai komersial value ... buat night safari ... pun sambutan kurang memberangsangkan ... dan kita .. more to complaint than try to find a solution ...
cam yg kita buat skarang dalam forum ...
kita x leh banding ngan negara luar... diorang ade berapa banyak group support ... esp animal lover .. yg consistently .. donate sebahagian daripada gaji untuk pergi kepada zoo ... tu tak termasuk ngan foundation here and there .... national treasure and so on ... ngos cam national geographic ...
kita x de consciousness ngan awareness ngan kepentingan wujudnya zoo ... di mata masyarakat kita ... zoo adalah tempat persinggahan .. tempat melepaskan penat seharian .. tempat cuti2 malaysia .. tapi the best part ...x nak invest lebih2 ....
zoo negara dahulu bukan berada di kawasan perumahan ngan bandar ... zoo tu datang bertandang kat tempat tu .. lepas tu developer kita la pulak yg pandai2 buat sana sini kat situ dengan restu pbt .... and claimed la pulak zoo bawak kepada pencemaran dan perlu dipindahkan .. x ke pathetic tu?
sama cam ladang2 ayam komersial di negara kita ni ... mula ladang ayam tu datang dulu .. pastu perumahan pandai la pulak developed kat situ ... in the end .. masyarakat komplain kata ladang ayam bawak pencemaran ... so? kalau nak pindah ... sampai bila nak pindah ... entiti2 malang seperti ini terpaksa mengikut suara yg kononnya begitu demokratik ....
Sekarang bukan masanya untuk mengalah dan berpindah ... sekarang adalah masanya kita mempertahankan apa yang ada .. embrace it ... and hold it high ... dan bukan sekarang mendabik dada mengatakan diri animal lover ... kalau hanya stakat ade kucing yg leh letak kat atas skuter! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Syd's post
hehhehe personally .. rasanya zoo negara lagi better daripada zoo taiping ... terasa puas bila kunjung zoo negara ... zoo taiping cam kecik beno laa |
|
|
|
|
|
|
|
Zoo Negara pakar biak spesies haiwan terancam
DOREEN Khoo Say Khin, kini boleh tersenyum apabila melihat burung botak upeh berterbangan di Zoo Negara.
Beban yang dipikul penolong kurator itu bukan kepalang berat kerana pada 1987, dia dipertanggungjawabkan untuk membiak burung botak upeh yang hanya tinggal beberapa ekor di negara ini.
Pada 1935, sekumpulan burung ini dikesan di Pulau Ketam, tetapi pelbagai faktor gangguan menyebabkan spesies ini hilang begitu saja. Kini burung upen hanya boleh dilihat di Hutan Simpanan Matang, Perak.
Kali terakhir dikira, hanya ada tujuh ekor burung ini dan pegawai Perhilitan tidak mengesan sarang di hutan bakau itu.
Oleh kerana tidak ada pengalaman dan pengetahuan membiak burung ini, Doreen berkata, usaha membiak burung ini lebih banyak bersandarkan pendekatan mencuba dan sebarang kelemahan diperbaiki secara berperingkat.
Katanya, program bermula dengan tujuh ekor burung dibeli dari Zoo Singapura serta beberapa ekor lagi diperoleh dari Zoo Johor dan Zoo San Diego, Amerika Syarikat.
Pada musim pertama, katanya banyak telur yang jatuh dari sarang kerana burung ini tidak pandai membuat sarang menyebabkan proses pembiakan tidak begitu berjaya.
揃erdasarkan kelemahan yang dikesan itu, setiap kali burung itu bertelur, petugas akan mengambil telur untuk dieram. Apabila telur itu diambil, burung ini akan bertelur lagi menggantikan telur yang hilang, |
|
|
|
|
|
|
|
cuti sek ni zoo mesti penuh dgn budak2 sek... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alpine84 at 5-12-2006 05:25 PM
cuti sek ni zoo mesti penuh dgn budak2 sek...
cuti sek ni zoo mesti penuh dgn budak2 sek... - dan penuh dengan minah minah dan pak we pak we berdating :love: |
|
|
|
|
|
|
|
last weekend p zoo negara.
hmm...dalam excited2 tu, at the end kesedihan (+keletihan...hahahahah) yang aku dapat.
nanti aku story mori jap lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
zoo negara sekarang dah tak macam dulu2...tapi budak2 kecik mesti suka pegi punya dpt tengok binatang dr dekat... |
|
|
|
|
|
|
bududanbelacan This user has been deleted
|
Zoo kat Malaysia ni memang menyedihkan. Kotor, haiwan tak terjaga dengan elok! Kebanyakan binatang kat sana nampak murung dan tak sihat.
Kerajaan atau memana pihak yang patut patut berbelanja lebih untuk memantapkan lagi zoo. Kalaulah the late Steve Irwin tengok keadaan Zoo kat Malaysia ni or Taman Buaya kat Melaka tu, mesti dia menangis sedih!!
Kat Zoo Negara tu, kalau sesapa dah pergi, ada satu bahagian tu, dekat ngan akuarium, ada penguin, ya Allah. Anna memang sedih, merenang air mata tengok keadaan mereka. Dengan tempat yang keciknya! Ais yang ada pon, macam cair tak cair. Then penguin semua bulu dah botak2. ISHK. Sedih dan marah pon ada! :@
Tapi cakap memang mudah, ntahlah. Nak bantu pon tak sure camna. Teringin gak pi volunteer kat Zoo Negara tu, tapi tak pernah ada kesempatan. Member penah volunteer kat sana, dia kata best, tapi dalam masa yang sama memang depressing sebab keadaan haiwan yang tak begitu terjaga.
Tapi, lately ni, tempat haiwan lain macam Aquaria, Taman Rama2 bagus. Especially Taman Burung!! Sangat2 terjaga, dan membanggakan! Saya mengsyorkan korang pergi Taman Burung kalau yang belum lagi tu!!
Anyways, ni ada gambar sket Anna amik masa pergi ke Zoo Negara. Kalau nak tengok versi yang besar sket sila ke flickr set Anna "Animal Kingdom". Huhu sempat lagi promote.
By the way, ada jugak Anna penah terpikir, tapi ni untuk SPCA ( satu lagi tempat yang agak menyedihkan), since Anna ni suka mengambil gambar, Anna ingin nak buat macam postcard or calender of the animals, then jual, then dari kutipan wang tu, gunakan untuk membangunkan the facilities. Pernah Anna email
kat SPCA tentang idea ni, tapi tak berbalas. Untuk SPCA niatnya, untuk promote animals kat sana untuk menarik orang supaya adopt. Tapi taktaulah sebanyak mana benda tu dapek menolong pon, cause cost nak print etc pon dah menimbun. Hmmm. Waduh, waduh.
Yang Benar,
Sue Anna Joe
sueannajoe.com
[ Last edited by bududanbelacan at 1-2-2007 02:06 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bbpie at 21-11-2006 04:18 PM
ati..jom..:bgrin:
wehhh jom jom!!:bgrin:
lama x jumpa bb!!:love: |
|
|
|
|
|
|
| |
|