CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55001|Reply: 444

ROSELLE

[Copy link]
Post time 28-11-2006 03:05 PM | Show all posts |Read mode
semlm Teh ke MAHA
kat booth negeri Terengganu kalo tak silap..ada le sepokok  roselle, rimbun beno...penuh dgn buah..
adik yg jaga booth tu offer, kalo nak buah roselle ambik le..
Teh pun kaut le bawak balik..hingga terlupa nak tanya camne cara nak tanam..

kengkawan yg tahu, bleh share dak?. :love:

[ Last edited by  noor_hannah at 20-1-2007 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2006 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by tehbunga at 28-11-2006 03:05 PM
semlm Teh ke MAHA
kat booth negeri Terengganu kalo tak silap..ada le sepokok  roselle, rimbun beno...penuh dgn buah..
adik yg jaga booth tu offer, kalo nak buah roselle ambik le..
Teh pun kaut l ...


Senang jer nak tanam Pokok Roselle nie, tehbunga.
Miker potong batang dier n cucuk.

Lagi bagus kalau tanah pasir. :

Tapi kena selalu ler potong dahan nya n cucuk.
Sebab ia ada tempoh hayat nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2006 10:48 PM | Show all posts
Thanks NIce...
masalah jugak sbb Teh tak ambik batang dia..
Teh ambik buah nya aje..
mlm ni dah rebus pun..kuhnun buat juz roselle..
bile Teh kopak kelopak dia, nampak ada biji hitam..
mungkin bleh semai tu je kut...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by tehbunga at 28-11-2006 10:48 PM
Thanks NIce...
masalah jugak sbb Teh tak ambik batang dia..
Teh ambik buah nya aje..
mlm ni dah rebus pun..kuhnun buat juz roselle..
bile Teh kopak kelopak dia, nampak ada biji hitam..
mungkin ...


Yup.....bijik dier bley di semai, Tehbunga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 09:03 AM | Show all posts


Hibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai bunga kebangsaan negara. Tahukah anda ada satu lagi spesies bunga raya yang boleh kita ketengahkan kerana kegunaannya sebagai makanan. Spesies bunga raya yang dimaksudkan ialah Hibiscus sabdariffa L. atau lebih dikenali dengan nama roselle. Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Beberapa jenis roselle yang tumbuh secara liar di beberapa negeri dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti asam paya, asam kumbang dan asam susur. Di West Indies ia dinamakan Jamaican Sorrel. Pokok roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3?5 m serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun.
    Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. Tahukah anda daun dan batang muda roselle boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.

Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle

Potensi Roselle

Kajian awal MARDI pada tahun tujuh puluhan lebih menekankan pada penghasilan pewarna asli daripada roselle. Potensi roselle dalam menghasilkan pewarna merah begitu terserlah kerana dengan hanya memegang bunga ini, warna merah akan melekat di tangan. Kemudian pada tahun lapan puluhan penyelidikan berkembang kepada kajian penggunaan roselle dalam pengeluaran sirap minuman. Berdasarkan minat serta perhatian yang diberikan kepada industri makanan sejak awal tahun sembilan puluhan, roselle dijangka mempunyai potensi untuk dimajukan dalam mempelbagaikan penghasilan makanan di negara ini.

Tahukah anda daun dan batang muda roselle boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa di dalam kuah kari?


HASILAN ROSELLE
Ekstrak roselle dan khasiatnya

      Ekstrak roselle diperoleh dengan melakukan proses pengekstrakan terhadap salut bunga segar atau salut bunga kering yang direndam di dalam air panas pada suhu >60? selama 30 minit hingga semalaman. Seterusnya ekstrak bewarna merah gelap yang amat masam diperoleh melalui proses penurasan. Daripada ekstrak ini berbagai-bagai hasilan roselle dapat dikeluarkan. Ekstrak roselle juga boleh dijadikan serbuk melalui proses pengeringan sembur. Ekstrak roselle didapati kaya dengan pigmen anthosianin, asid askorbik dan asid buah yang lain. Hasil analisis mendapati kandungan pewarna anthosianin sebanyak 1.48 g/100 g salut bunga kering. Sementara itu sirap roselle mempunyai kandungan vitamin yang agak tinggi iaitu 200 mg/100 ml.
  
Minuman roselle

    Minuman jus atau kordial roselle boleh disediakan dengan mencampurkan ekstrak roselle dengan gula dan bahan tambah yang lain seperti bahan awet. Campuran ini dibancuh menggunakan mesin pembancuh.
   
Halwa roselle

     Selama ini yang kita tahu hanyalah halwa kundur, halwa betik dan pelbagai jenis halwa daripada buah-buahan tempatan. Siapa sangka bunga roselle boleh diproses menjadi halwa. Salut bunga roselle hasil penurasan ekstraknya, dimasak dalam larutan gula sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Seterusnya salut bunga dikeringkan, maka terhasillah halwa roselle.
   
Serbuk roselle

     Serbuk roselle atau teh berperisa roselle boleh dihasilkan daripada salut bunga segar yang dikeringkan pada suhu 65?80? selama 6?8 jam atau sehingga kandungan lembapan 2%. Seterusnya salut bunga yang telah kering dikisar, ditambah bahan anti ketul dan dibungkus. Untuk teh berperisa roselle, salut bunga kering yang telah dikisar dan ditambah bahan anti ketul dicampur bersama daun teh sebelum dibungkus.
  
Jem dan jeli roselle

   Salut bunga segar atau salut bunga terpakai selepas proses pengekstrakan, dikisar dan hasilnya disebut pulpa (pulp). Untuk membuat jem roselle, pulpa ini dimasak bersama gula, pektin dan air sehingga mencapai kepekatan 65 ?rix. Jeli roselle juga diproses dengan kaedah yang sama tetapi menggunakan ekstraknya.
  
Industri roselle di Malaysia

     Sehingga kini terdapat beberapa kilang memproses roselle di Malaysia. Antara syarikat yang mendapat khidmat nasihat dan perundingan MARDI ialah Gulf and Pacific Industries Sdn. Bhd. di Kuching, Sarawak. Syarikat ini mengeluarkan hasilan kordial, minuman berkarbonat, jem, halwa dan pati roselle. Bagi memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk industri yang kian berkembang ini, penanaman roselle telah diusahakan oleh Gulf and Pacific Estates Sdn. Bhd. di tanah seluas hampir 2 499 ekar.  
    Di Terengganu perbincangan dan perundingan dari aspek pembangunan hasilan roselle telah diadakan dengan Malaysia Roselle Industries Sdn. Bhd., Kuala Terengganu. Sementara itu memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh MARDI dengan Aquasis (M) Sdn. Bhd. Kuantan, Pahang dalam usaha penubuhan kilang serta pembangunan hasilan roselle.


Potensi di masa hadapan

    Hasilan roselle masih baru di kalangan rakyat Malaysia apatah lagi bagi negara lain. Penerimaannya setakat ini masih di peringkat percubaan dan pengguna membelinya dengan tujuan ingin mencuba hasilan yang baru. Sama ada mereka akan terus membeli dan menjadikannya sebagai satu makanan atau minuman sehari-hari bergantung pada banyak perkara. Pertama, adakah rupa, rasa dan bau hasilan tersebut memenuhi citarasa pengguna? Kedua, apakah keunikan atau kelebihan hasilan ini jika dibandingkan dengan hasilan yang sedia ada? Pengguna hari ini terdedah kepada pelbagai maklumat dan mereka amat peka pada sesuatu bahan makanan atau minuman yang dapat meningkatkan atau menjejaskan kesihatan mereka. Mereka juga mahukan nilai terhadap setiap sen yang dibelanjakan. Oleh itu, pengusaha harus bijak dalam memenuhi kehendak pengguna dengan menonjolkan kelebihan sesuatu hasilan baru dan pada masa yang sama dapat menjamin kualiti hasilan dan keselamatan terhadap pengguna. Faktor ketiga ialah bagaimana promosi hasilan itu dibuat. Promosi secara aktif dan berterusan perlu dibuat bagi memperkenalkan roselle kepada orang ramai kerana setelah beberapa lama pengguna mungkin lupa tentang kewujudan sesuatu hasilan baru apabila iklan hasilan berkenaan tidak lagi kelihatan di media massa.
    Tumbuhan roselle mudah tumbuh di negara kita yang beriklim tropika. Seperti pokok bunga raya lain, sehingga kini didapati pokok roselle sukar dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. Teknologi memproses pelbagai hasilan roselle juga telah disediakan oleh MARDI untuk dipindahkan kepada usahawan yang berminat. Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, maka adalah tepat pada masanya para pengusaha mengambil peluang ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 09:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2006 09:10 AM | Show all posts
Rozel atau asam kumbang ialah tumbuhan semusim yang boleh mencapai ketinggian hingga 3.5 meter. ia mudah membiak dari biji benih dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik.Daunnya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang berwarna kemerahan.Walaupun kebiasaannya rozel membiak dari biji benih namun ia juga boleh membiak melalui keratan batang. Untuk membiakkan rozel,bijinya perlu ditanam kira-kira 20cm dari permukaan tanah.Untuk penanaman rozel berskala besar pastikan tiada rumpai yang menganggu pertumbuhan pada bulan pertama kerana tahap pertahanan rozel agak lemah ketika ini.Baja kandang ialah baja yang paling sesuai untuk penanaman rozel.Bunga rozel mula boleh dituai kira-kira tiga minggu dari pertumbuhan bunganya.
Antara kulat yang sering menyerang pokok rozel ialah Aecidium garckeanum, A. hibiscisurattense, Alternaria macrospora, Cercospora abelmoschi, C. malaysensis, Corynespora cassiicola, Cylindrocladium scoparium, Diplodia hibiscina, Fusarium decemcellulare, F. sarcochroum, F. solani, F. vasinfectum, Guignardia hibisci-sabdariffae, Irenopsis molleriana, Leveillula taurica, Microsphaera euphorbiae, Phoma sabdariffae, Phymatotrichum omnivorum, Phytophthora parasitica, Ph. terretris, Pythium perniciosum, Rhizocotonia solani, Sclerotinia *****eliana, S. sclerotiorum, Sclerotium rolfsii.Pokok ini juga terdedah kepada penyakit seperti penyakit daun bertompok. Ia juga mudah diserang oleh parasit seperti kutu daun(aphid).

Bahagian rozel yang boleh dimakan ialah kelopak bunga atau buahnya yang dipanggil kaliks. Kaliks berwarna merah terang dan bersifat mudah patah atau rangup. Antara kegunaan kaliks rozel ialah dijadikan jus, kordial, bahan campuran dalam biskut dan kek. Daun rozel yang mempunyai rasa agak masam boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tomyam dan sup.Cara mudah untuk mendapatkan air rozel ialah dengan merebus kaliksnya dan dicampur sedikit gula. Air ini enak diminum setelah disejukkan dan dicampur dengan sedikit gula. Untuk menghilangkan bau rebusan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis atau titiskan sedikit esen vanila.

kegunaan:
Rozel mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. ia boleh digunakan untuk merawat batuk, cirit birit dan berak berdarah. Rozel juga mempunyai kandungan asik askorbik(vitamin C) yang tinggi yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan melawan penyakit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 12:01 PM | Show all posts
TQ razifah berkongsi info..
mlm tadik dah pun rebus buah tu..
dapat le ssit jus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 12:49 PM | Show all posts
WC tehbunga......ifa pun enjoy dptkan info tue utk tatapan semua...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 02:44 PM | Show all posts


bila masa sesuai nak petik bunga ni ek..
nak tunggu sampai biji benih dlm tu hitam ke?

[ Last edited by  rileks at 27-6-2007 02:47 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 11:24 AM | Show all posts
Sorry, nk up skit benang ni.

Kat mana nk dptkan anak pokok / benih roselle ni? Dah lama cari ... tapi tak penah lak try gi tanya kat nursery ... .

penah tanam / tuai / rebus buat jus 20 years ago ...
org kampung me panggil pokok ribena
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 11:32 AM | Show all posts

Reply #11 adeknana's post

kt umah mak teh aku ada pokok ni.....nanti la aku p skodeng pokok ni..kot2 ble tanam melalui keratan cam mulberry..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 11:53 AM | Show all posts

Reply #12 Mas916's post

huhuhu... ada eh ...kalu bulih over to me ok gak tuh!! byk pahala ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by adeknana at 5-5-2008 11:24
Sorry, nk up skit benang ni.

Kat mana nk dptkan anak pokok / benih roselle ni? Dah lama cari ... tapi tak penah lak try gi tanya kat nursery ... .

penah tanam / tuai / rebus buat jus 20 yea ...


Pokok Roselle nih di antara pokok yg mudah tumbuh.
Ada mereka yg menanam nya dgn bijik benih yg sudah kering.(deme beli roselle nie kat Mesir)
Sebelum di rebus............mereka semai benih nya.
Alhamdullilah.....tumbuh.

Satu lagi cara ialah dgn menanam keratan nya.

Teman tanam pokok roselle nie kat tepi padang bola.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 8/5/2008 11:45 AM


Pokok Roselle nih di antara pokok yg mudah tumbuh.
Ada mereka yg menanam nya dgn bijik benih yg sudah kering.(deme beli roselle nie kat Mesir)
Sebelum di rebus............mereka semai benih ...


itu ler tgh intai kat mana nk dpt benih nih ... pulak tu skang nih musim tgh rajin bercucuk tanam. kang besok dah malas, tak de nk mencari lagi dah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 06:46 PM | Show all posts
Originally posted by adeknana at 9-5-2008 09:56 AM


itu ler tgh intai kat mana nk dpt benih nih ... pulak tu skang nih musim tgh rajin bercucuk tanam. kang besok dah malas, tak de nk mencari lagi dah...

dah juper lom?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 09:00 AM | Show all posts
teringin jg nak tanam, tp kena cari tempat yg sesuai dulu. lagipun anak2 suka minum jusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 5-5-2008 11:32 AM
kt umah mak teh aku ada pokok ni.....nanti la aku p skodeng pokok ni..kot2 ble tanam melalui keratan cam mulberry..


mas kat rumah ada pokok mulberry ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 12:51 PM | Show all posts
nanti aku carik ..
haritu ada sepelastik benih rosellle
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 05:26 PM | Show all posts

Reply #19 naninana's post

naninana.....
jumpa ke plastik benih roselle tu? nak ngendeng ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.090372 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list