View: 6108|Reply: 63
|
Siti jadi Duta Rasmi Koleksi Tiara Elegance - Persis Puteri
[Copy link]
|
|
Persis puteri
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
Siti jadi Duta Rasmi Koleksi Tiara Elegance
LENSA kamera puluhan jurugambar yang hadir tidak berhenti difokus kepada wajah jelita penyanyi tersohor ini. Sejak dia memasuki dewan sehinggalah mengucapkan selamat tinggal untuk ke bilik persalinan, sebaik selesai acara, kelibat Datuk Siti Nurhaliza tidak putus-putus dirakam.
Lalu, tidak hairan jika ada yang membisikkan ke telinga, wanita cantik inilah yang sememangnya harus ditabalkan sebagai insan yang paling banyak dirakam gambarnya di Malaysia. Setiap kali membuat kemunculan, tidak kira majlis pelancaran, acara anugerah, pertandingan lagu, apatah lagi perkahwinan, wajah manis inilah yang paling dinantikan jurugambar.
Dan, ketika dia tampil melancarkan Koleksi Tiara De |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya Siti...:love: :love: |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya ct :love:
sopannyer ct :love:
kurusnya ct :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Gelaran Ratu 'Tiara' kini milik Siti
06-12-2006 03:09:57 PM
Radin Sri Ghazali
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi mencipta namanya sebagai duta kepada Elegance Tiara Collection
(Foto The Star Oleh Ibrahim Mohtar)
KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi melakar sejarah apabila dia dilantik sebagai duta kepada koleksi terhad, 'Elegance Tiara Collection' bertempat di Palace of the Golden Horses baru-baru ini .
Koleksi tersebut adalah hasil rekaan Tracy Ong iaitu pengasas kepada Elegance Club Sdn Bhd dan merupakan tiara eksklusif yang pertama di Malaysia.
Siti tetap anggun dan berseri walaupun sudah bergelar isteri (Foto The Star oleh Ibrahim Mohtar)
Ketika memberi ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, Siti tidak putus-putus menyuarakan kekaguman dan memuji kecantikan serta keanggunan koleksi tiara dari Elegance Club tersebut.
Penglibatan Siti sebagai duta dikatakan tidak membebankannya daripada segi kerja
(Foto The Star)
"Siti amat bersetuju dengan moto Tracy Ong iaitu 'A Thing of Beauty is a Joy Forever' (Sesuatu kecantikan itu merupakan sebuah kegembiraan yang kekal untuk selamanya) dan kagum dengan rekaan koleksi terbaru serta terhad Elegance Club.
"Oleh itu, Siti berbesar hati untuk menjadi duta kepada koleksi ini," ujarnya lagi.
Pereka yang berbakat besar itu juga pernah menaja kesemua tiara yang dipakai oleh Siti bagi majlis akad nikah serta persandingannya di KLCC dan Kuala Lipis.
Keserasian di antara Tracy dan Siti membuat penyanyi terkenal itu tidak teragak-agak untuk memberi kerjasama apabila diminta menjadi duta.
Bagi Tracy dia telah membuat satu pilihan yang tepat dengan memilih penyanyi berusia 28 tahun itu sebagai duta untuk koleksi tiara ekslusif yang akan berada di pasaran pada bulan Disember ini.
"Kami mempunyai kerjasama yang baik sejak dari dulu lagi. Malah, Siti begitu kagum dengan Tracy terutamanya daripada segi perniagaan kerana dia merupakan seorang wanita yang gigih berusaha," ujar Siti ketika sidang akhbar yang berlangsung kira-kira sepuluh minit.
Siti mengenakan tiara disaluti emas putih yang dihiasi dengan koleksi mutiara khas iaitu South Sea Pearls yang disulami ratusan butir belian
(Foto The Star)
Siti telah menandatangani perjanjian dengan Elegance Club Sdn Bhd selama setahun dan akan menggunakan koleksi tiara tersebut untuk beberapa majlis yang melibatkan Elegance Club Sdn Bhd..
Siti kelihatan anggun dengan gaun tajaan Datuk Berrnard Chandran
(Foto The Star)
"Bagi Siti, endorsement ini tidaklah seberat mana kerana ianya hanya tertakluk kepada penggunaan tiara sahaja dan bukannya jenis barang perhiasan yang lain," ujarnya yang kelihatan anggun dengan koleksi tiara 'Throne of Pearls' yang bernilai kira-kira RM 2 juta ringgit.
Tiara yang disaluti emas putih itu dihiasi dengan koleksi mutiara khas iaitu 'South Sea Pearls'dan disertakan dengan ratusan butir berlian.
Pada malam yang sama juga, Siti Nurhaliza turut mengadakan persembahan tertutup di Palace of the Golden Horses sempena Malam Penghargaan untuk pelanggan-pelanggan setia Elegance Club.
Kesemua set barangan kemas untuk persembahan pada malam itu ditaja oleh Elegance Club.
Manakala busana Siti Nurhaliza ditaja oleh pereka tersohor negara, Datuk Bernard Chandran. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
colby nak pinatzz:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
boleh bagi masa utk aku pengsan kejap . ..
cantik ya ampun ya amat ya tuhan .. . .
<agak agak apa anti kata, mesti ada yg kata , alaaaa , orang lain lg lawa.. . prrrfftthh :kant: > |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 JAY-Z's post
hmm..dah toksah jelesla...tgkla puas2...
saket ina arini..pas kena tmbk ngan jay z smlm..:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 adik_nazgul's post
ina dah pengsan smlm..tak tahu nak kater cantek cm mana..sememangnya KEBESARAN ALLAH..:lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
fuyoooooo cantik banget tul ct nih :love:
bagaik nak juling mataku melihatnya :gila: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 mekjena's post
ahahaxszx..mm ina nak tukar buat avatar ct ghak..takley..ngah jeles ngan lela..:devil: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by evita_ina at 7-12-2006 11:59 AM
ina dah pengsan smlm..tak tahu nak kater cantek cm mana..sememangnya KEBESARAN ALLAH..:lebai:
dah pengsan ek ... hari ni bg diknaz pengsan .. .:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adik_nazgul at 7-12-2006 12:06 PM
dah pengsan ek ... hari ni bg diknaz pengsan .. .:bgrin:
diknaz nih dari tadi duk ckp nk pngsan.....tapi tak pulak pngsan2 :jeler: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 adik_nazgul's post
|
|
|
|
|
|
|
makin menyeramkan gambar2 dia nih...
ni puteri jembalang nih
fasa 2 nak jadi full blown mek lampir......
[ Last edited by peacefrog at 7-12-2006 03:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peacefrog at 7-12-2006 03:58 PM
makin menyeramkan gambar2 dia nih...
ni puteri jembalang nih
fasa ...
biar betul frog ;)
cantik pe gmbo tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mekjena at 7-12-2006 04:02 PM
biar betul frog ;)
cantik pe gmbo tuh
mata pontianak ni sedang menjegil ke bawah melihat sesuatu yang bisa menaikkan nafsu sergahannya sambil mulut menyingai ingin melepaskan ngilai.
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...................................! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peacefrog at 7-12-2006 04:05 PM
mata pontianak ni sedang menjegil ke bawah melihat sesuatu yang bisa menaikkan nafsu sergahannya sambil mulut menyingai ingin melepaskan ngilai.
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ...
adussss begini la jadinya kalo dah tksub pada citer2 hantu.....
orang cantik pun di sangkakan hantu.......sabor je lah :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mekjena at 7-12-2006 04:11 PM
adussss begini la jadinya kalo dah tksub pada citer2 hantu.....
orang cantik pun di sangkakan hantu.......sabor je lah :nerd:
haku boley reverse katakatamu
aduh! ni ler bila ketiak berkaratz yang cam kuntilanak pon dikatakan cantik.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|