|
'Tentang Bulan' menyentuh perasaan
07-12-2006 11:19:52 AM
Radin Sri Ghazali
Watak Ketot, Mawi, Budi dan Gemuk merupakan refleksi zaman kanak-kanak pada era 80an(Metrowhealth)
Jika lazimnya industri kita dibanjiri filem-filem berunsurkan cinta, aksi dan komedi yang dibintangi golongan dewasa, tidak salah kalau sekali sekala kita bertukar selera kepada sesuatu yang baru seperti filem tentang kanak-kanak.
'Tentang Bulan' merupakan projek terbaru terbitan Metrowhealth Movie Productions yang menjanjikan satu kelainan.
Filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham ini memaparkan kisah persahabatan lima orang kanak-kanak iaitu Mawi ( Mohd Addy Ashraf), Gemuk (Nik Adruce), Ketot (Muhammad Nasiruddin) , Budi (Nor Zam Zam ) dan Ila (Fatin NurAfifah).
Setiap sahabat mempunya sikap serta sifat fizikal yang berbeza dan membesar pada suasana yang berlatarbelakangkan era 80an.
Mawi merupakan hero yang berjiwa romantis, Gemuk pula seorang yang suka makan, Budi adalah kanak-kanak yang dilahirkan dengan gigi jongang dan lemah daripada segi fizikal, Ketot yang paling kecil bentuk badannya tapi bersifat berang dan Ila yang merupakan gadis tunggal di dalam kumpulan ini tetapi mempunyai perangai 'tomboy.'
Kelima-lima mereka berikrar akan menjalin persahabatan untuk selama-lamanya dan perikatan ini disaksikan oleh bulan.
Semestinya ini menjadi satu idea yang begitu sinonim di kalangan kanak-kanak yang amat dikenali dengan sikap suka berimaginasi.
Senario dan aktiviti riadah yang dilakukan oleh kelima-lima sahabat ini mampu menggamit memori silam para penonton yang pasti akan terkenang zaman persekolahan mereka.
Keakraban mereka turut melihat kesangggupan mempertahankan dan membantu mana-mana rakan mereka yang berada dalam kesusahan.
Ila, gadis yang berketerampilan seperti budak lelaki terpaksa mengharungi sikap prejudis di kalangan kawan-kawannya sendiri dengan kehadiran Zurina
(Metrowhealth)
Namun, lingkaran persahabatan yang terjalin dengan erat tergugat dengan kehadiran seorang pelajar baru iaitu Zurina ( Nur Arina Abd Malek) yang menjadi gadis idaman keempat-empat budak lelaki tersebut.
Ketot, Mawi , Gemuk dan Budi mencuba sedaya-upaya untuk memenangi hati Zurina.
Dalam mengejar cinta gadis baru itu, Ila pula menjadi mangsa akan kealpaan kesemua rakan lelakinya tentang erti sebuah persahabatan.
Keempat-empat kawannya itu enggan bermain bersama Ila lagi dan sering memboikotnya ketika berselisih di kawasan kampung mereka.
Sudah pasti penonton akan terharu dengan adegan ketika Ila memakai gaun dan bersolek mendapat gelakan serta sindiran kawan-kawannya sehinggakan dirinya menitiskan airmata.
Masing-masing ada gaya dan cara tersendiri untuk memikat Zurina
(Metrowhealth)
Mungkin jua ada di antara penonton dewasa pernah melalui pengalaman yang sama sewaktu seusia dengan kanak-kanak ini.
Insiden yang paling menyayat hati ialah babak Ila mengejar rakan-rakannya dengan basikal untuk memberitahu bahawa dirinya akan ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajarannya.
Kerana sikap prejudis keempat-empat rakannya tersebut, gadis yang berkulit sawo matang itu tersungkur daripada basikalnya.
Dengan keadaan berluka serta berdarah, Ila diketawakan oleh sahabat-sahabatnya yang lain.
Akhirnya Mawi menyedari bahawa tindakan mereka keterlaluan dan salah. Namun, penyesalan tersebut sudahpun terlambat apabila Ila melangkah pergi serta membawa hati yang luka ke Kuala Lumpur.
Zurina...Gadis yang menjadi kegilaan di kalangan empat sahabat tersebut
(Metrowhealth)
Di manakah kekuatan Tentang Bulan jika dibandingkan dengan filem komersial lain seperti Cicak-man dan Cinta ?
Kekuatan filem arahan Ahamd Idham ini sebenarnya terletak pada barisan pelakon utamanya, iaitu wajah-wajah baru pelakon kanak-kanak yang akan menjadi pelapis satu hari nanti.
Walaupun mentah dan tiada pengalaman, pelakon-pelakon muda ini mampu menunjukkan kebolehan yang amat mengagumkan.
Malah mereka berjaya menghidupkan watak mereka dengan realistik dan semulajadi. Tiada seorang pun yang overacting.
Lakonan mereka berjaya memberi impak yang mendalam kepada penonton terutama apabila mengaitkan pengalaman peribadi sewaktu kecil dengan watak-watak yang ada menerusi filem ini.
Tidak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa bakat mereka jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon dewasa yang baru.
Lokasi penggambaran yang berlatarbelakangkan sebuah kampung pada era 80an turut berjaya menghidupkan filem 'Tentang Bulan'.
Walaupun tiada kesan khas mahupun penggunaan CGI, lokasi yang ebrlatar belakangkan sawah padi serta perkampungan lama amat memadai dan berjaya membangkitkan isu yang hendak disampaikan oleh penulis skrip, Meor Shariman.
Lokasi yang cantik serta bertemakan 'kampung' berjaya membantu membangkitkan jalan cerita 'Tentang Bulan'
(Metrowhealth)
Syabas diucapkan kepada Ahmad Idham serta David Teo kerana berani memperjuangkan filem yang pertama berkonsepkan kanak-kanak di Malaysia.
Walaupun berjaya menambat hati dengan rencah baru tetapi mampukah 'Tentang Bulan' memecah monopoli filem stereotaip lain seperti cinta, komedi dan seram di Malaysia?
TENTANG BULAN AKAN MULA DITAYANGKAN DI PAWADAM MULAI 21 DISEMBER. |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama aku tunggu citer nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
memandangkan film ni berlatarkan 80 an aku harap baju n all stuffs around jgnlah di spoil ngan benda2 cam tahun 2000's....make sure semua nmpak logik ngan era 80an... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.... cambeshh.... layannn bebudak lakk... |
|
|
|
|
|
|
|
Budak pakai spek tu yang berlakon dalam Diari Ramadhan Rafique tu kan.. ;) |
|
|
|
|
|
|
|
tengok budak2 best sikit..berlakon real jer....mesti klakar....boring dah tgk crita melayu yg ntah apa2... |
|
|
|
|
|
|
|
cam xde tarikan jer nak tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
mana yg depa kata muka cam dian sastodoyo |
|
|
|
|
|
|
|
lawa gak bdk pompuan tu...
bdk yg jadi mawi tu, kalo blakon drama real.. lakonan bestla... aku suka tgk hehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 tavarat's post
Tavarat ...
gerak hati aku mengatakan ..cerita ni acuan ngan sama ngan Fan Chan ...
mungkin 70% ader persamaan ... huuhuh...
aku pernah komen pasal Pesona Non Grata copycat February (also thai movie)..skali pengarah dia
join forum CARI ...ader la skit sikit adengan berbalas pantun ngan dia ...he denied.
Tentang Bulan ni....tak sabar jugak nak tengok...but at the same time..harap2 ader originality la
tak der ciplak mana2 ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by drizly at 9-12-2006 11:03 PM
mana yg depa kata muka cam dian sastodoyo
yang bawak watak zurina tu kot.....tapi versi gelap skit la.... |
|
|
|
|
|
|
|
emm.citer ni seswai dotonton utk 18thn ke bawah je |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk tgk...tp sbb ade name budak tu mawi mls ah...
letak la name dier sawi ke mawas ke, nie mawi?...:geram:
nota kaki: citer nie citer budak2, pesal mcm aku nmpk ketet jer dlm pic korg tepek tuh?...:jeling: |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tengok masa special preview kelmarin. Org tua pun seswai, terkenang je zaman bebudak dulu. makcik sebelah aku tu menangis-nangis aku tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 pisangmasak's post
|
|
|
|
|
|
|
best arrr citer nih??? kalau best........nak tempah tiket tgk.......... |
|
|
|
|
|
|
| |
|