CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Raja berpelembagaan, #85 Krisis Perlembagaan 1993: Hilangnya imuniti raja-raja M

[Copy link]
Post time 10-11-2014 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
JoyahJay posted on 10-11-2014 07:15 PM
Ada mahkamah khas untuk raja raja.dulu raja ada imuniti dari dakwaan civil atau jenayah.selepas pi ...

la ni banyak kes berkaitan raja2 dan kerabat namun ianya didiamkan oleh pihak polis. Ape yang boleh dibuat sekiranya pihak polis mendiamkan kes2 berkaitan raja dan kerabat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2014 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sahamboi posted on 10-11-2014 09:49 PM
la ni banyak kes berkaitan raja2 dan kerabat namun ianya didiamkan oleh pihak polis. Ape yang bole ...

Polis tiada kuasa utk diamkan kes.yg bg final decision utk proceed atau tak kes keatas raja-raja ialah Peguam negara.mahkamah khas utk raja-raja melayu sahaja.isteri raja masih di boleh dibawa ke mahkamah seperti rakyat marhean.begitu juga kerabat atau anak anak raja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2019 01:13 PM | Show all posts
Tiga sebab mengapa seseorang Raja tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong
Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 07, 2019 11:14 MYT


MAJLIS Raja-Raja perlu memilih seorang daripada sembilan kalangan Raja-Raja untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi mengantikan kekosongan yang ditinggalkan Sultan Muhammad V.

MAJLIS Raja-Raja perlu memilih seorang daripada sembilan kalangan Raja-Raja untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi mengantikan kekosongan yang ditinggalkan Sultan Muhammad V.

Bagaimanapun, Perlembagaan Persekutan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali tiga sebab berikut;
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2019 01:16 PM | Show all posts
Sultan Muhammad V catat sejarah Yang di-Pertuan Agong pertama letak jawatan
Bernama |  Diterbitkan pada Januari 07, 2019 05:16 MYT



Sultan Muhammad V ditabalkan pada 24 April 2017.


PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia, negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Peletakan jawatan itu diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan pada Ahad, sekali gus menjawab persoalan dan khabar angin dalam kalangan rakyat berhubung kedudukan Sultan Muhammad V, yang baru saja kembali dari bercuti selama dua bulan.

Baginda memaklumkan peletakan jawatan itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada Majlis Raja-Raja mengenai hal berkenaan.

Dalam sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen Malaysia, pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan secara bergilir pada setiap lima tahun.

Sultan Muhammad V, yang diputerakan pada 6 Okt 1969 di Kota Bharu, Kelantan, adalah antara ketua negara yang tidak cukup lima tahun penggal perkhidmatan selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Dis 2016 dan ditabalkan pada 24 April 2017.

Tiga yang lain ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad yang merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu dan ditabalkan dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Almarhum Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah yang dilantik pada 14 April 1960 mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua pada 1 Sept 1960.

Yang di-Pertuan Agong ke-11, Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah yang memegang jawatan pada 26 April 1999, mangkat pada 21 Nov 2001.

Spekulasi mengenai kedudukan Sultan Muhammad V mulai tular apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Majlis Raja-raja bermesyuarat selepas Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah, yang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, menamatkan tugas baginda pada 31 Dis lepas.

Sultan Nazrin menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong apabila Sultan Muhammad V bercuti selama dua bulan mulai 2 Nov untuk menjalani rawatan.

Pada 24 Nov, media luar negara melapor dan menyiarkan gambar perkahwinan Sultan Muhammad V di luar negara. Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi daripada istana mengenai perkara itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditanya mengenai perkara itu pada 30 Nov, menjelaskan beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung dakwaan perkahwinan itu.

Pada Jumaat, Dr Mahathir yang ditanya mengenai dakwaan kononnya Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas baru-baru ini, berkata beliau tidak menerima sebarang makluman atau surat rasmi mengenai dakwaan kononnya Sultan Muhammad V akan melepaskan jawatannya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2019 01:17 PM | Show all posts
Undi rahsia Raja-Raja penentu Agong, Timbalan yang baharu

Oleh Ismail Mat
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Susulan peletakan jawatan oleh Sultan Muhammad V petang ini, Majlis Raja-Raja dijangka bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong yang ke-16.

Laman web rasmi Majlis Raja-Raja yang dikemas kini pada Jumaat lalu, menyenaraikan beberapa prosedur dalam menentukan pemilihan Yang di-Pertuan Agong baharu. Baginda mesti dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

Jika berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2019 01:18 PM | Show all posts
Lapan fakta mengenai pengundian Yang di-Pertuan Agong
Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 07, 2019 10:58 MYT


Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong membuka ruang kepada lapan lagi Raja untuk dipilih sebagai Ketua Negara.

Bagaimanapun, proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong bukanlah sesuatu yang mudah malah ia dibuat secara teliti dan penuh ketertiban.

Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan dipilih menjawat jawatan berkenaan, bagaimanapun, peraturan ini tidak lagi diguna pakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong iaitu selepas Sultan Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong IX, jelas kenyataan yang dimuat naik di laman web Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.  

Selepas itu, senarai baharu yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula kini diguna pakai dan ia berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.


Berikut adalah lapan tatacara yang ditetapkan dalam proses pengundian Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

1. Hanya sembilan Raja-Raja sahaja yang layak memilih dan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, hanya Raja yang paling kanan dicalonkan dalam pengundian berkenaan.

2. Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membekalkan satu kertas undi setiap Raja.

3. Setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan tersebut sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

4. Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Baginda.

5. Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.

6. Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.

7. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

8. Pemilihan dibuat secara undi sulit dan kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama. Sebaik sahaja keputusan undian diumumkan semua kertas undi akan dimusnahkan di hadapan Raja-Raja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2019 01:19 PM | Show all posts

Ini adalah contoh kertas undi untuk memilih Yang di-Pertuan Agong. Sumber laman web Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2019 01:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2019 01:29 PM | Show all posts
BERITA»Nasional
Isnin, 7 Januari 2019 | 11:56am


Sultan berkumpul di Istana Negara, hadiri mesyuarat khas Majlis Raja-raja

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bh.com.my



KUALA LUMPUR: Sultan dan Raja-raja mulai berkumpul di Istana Negara hari ini dipercayai menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-raja bagi membincangkan soal pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Ia susulan Sultan Muhammad V mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa serta merta, semalam.

Antara kenderaan rasmi Raja yang dilihat memasuki Istana Negara adalah kenderaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama kenderaan pengiring serta polis.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan semalam berkata, peletakan jawatan baginda itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.


Kelihatan kenderaan yang membawa Sultan Terengganu tiba di Istana Negara berikutan Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Perletakan Jawatan Agong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din



Kelihatan kenderaan yang membawa Sultan Johor tiba di Istana Negara berikutan Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Peletakan Jawatan Agong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara baharu perlu dipilih untuk negara.

Mengikut amalan, Yang di-Pertuan Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun mengikut negeri.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Namun, takhta baginda kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Jika Majlis Raja-raja tidak boleh memilih Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Iskandar.

Bagaimanapun, Seksyen 1 Bahagian I Jadual Ketiga Perlembagaan menyebut syarat seseorang Raja akan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah dewasa, tidak menolak untuk dipilih selain tidak ditolak Majlis Raja-raja.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 12:39 PM | Show all posts
Implikasi peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15

Tan Sri Dr Rais Yatim Ph.D (Jurusan Undang-undang Pentadbiran dan Perlembagaan - Universiti London)

Diterbitkan pada Januari 08, 2019 10:27 MYT



Tuanku Muhamad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuang Agong Ke-15 berkuat kuasa 6 Januari lalu. Peristiwa ini belum pernah berlaku dalam sejarah Diraja di negara ini. - Gambar BERNAMA


YANG di-Pertuan Agong (YDA) Ke-15, Tuanku Muhamad V baru sahaja meletakkan jawatan seperti mana disahkan oleh Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara tanggal 6 Januari 2019.

Peristiwa ini tidak pernah berlaku sebelum ini justeru ia boleh dianggap sebagai suatu letusan dalam sejarah Diraja negara ini.

Baginda meletakkan jawatan selaras dengan Per. 32(3) Perlembagaan Persekutuan (PP) yang memperuntukkan bahawa YDA boleh berhenti sebagai YDA dengan syarat Baginda mengutus surat sedemikian tujuannya kepada Majlis Raja-Raja.

Artikel 32 juga memperuntukkan Majlis Raja-Raja yang dibentuk dibawah Per 38 PP boleh memberhentikan seseorang YDA atau atas alasan YDA itu tidak lagi menjadi raja.

Cuma PP tidak memperuntukkan apakah kriteria atau syarat-syarat yang dikenakan sebelum seseorang YDA itu dilucutkan jawatannya.

Sekali gus peristiwa ‘letak jawatan’ diRaja ini merupakan suatu gegaran yang bukan sahaja menguji institusi Raja di Negara ini tetapi juga sistem Raja Berperlembagaan yang dianut selama ini di Malaysia.

Mujurlah, dengan peletakkan jawatan itu institusi Yang di-Pertuan Agong itu sendiri terselamat daripada berbagai-bagai spekulasi negatif yang tidak berhemah.

Ada di antara spekulasi menular media sosial yang memutarbelit aneka rumusan dan pendapat yang pada keseluruhannya menipiskan lagi kewibawaan institusi raja di negara kita.

YDA adalah ciptaan kuasa politik raja-raja Melayu dengan bimbingan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman setelah menerima syor no. 58(5) Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Reid 1957.
Peruntukan Utama dan pokok darihal YDA bermula dari Per 32 hingga ke Per 42 PP.

Antara fungsi dan kuasa Baginda ialah:

* Pemerintah Utama bagi Malaysia  (Per.32) tetapi urusan pentadbiran negara dilakukan oleh Kabinet.

* Berkuasa melantik Perdana Menteri  yang mengikut pendapatnya beroleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat (Per.43)(2)(a).

* Mesti bertindak dalam kebanyakan perkara pentadbiran negara mengikut nasihat Perdana Menteri atau Kabinet (Per. 40)

* Berkuasa mengampunkan apa-apa kesalahan jenayah yang dipohon sebagai rayuan melalui saluran tertentu ( Per.42).

* Menjadi Ketua Turus Angkatan Pertahanan Bersenjata Negara.

* Membuat arahan tentang hak-hak keistimewaan Melayu-Bumiputera dan hak-hak asas sah lain-lain komuniti (Per.153)

* Sebagai salah satu komponen utama dalam persidangan Majlis Raja-Raja (MRR Per. 38) tetapi sentiasa tertakluk kepada keputusan MRR.

* YDA dan juga mana-mana raja bertakhta boleh disabitkan kesalahan apa-apa jenayah yang disabitkan ke atas dirinya di Mahkamah Khas jika Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya bersetuju berbuat sedemikian.

Ini hasil pindaan Perlembagaan 1993/94.

Perkataan YDA disebut lebih 450 kali dalam PP – lebih daripada apa-apa istilah atau institusi yang lain. Ini menandakan betapa pentingnya YDA dalam pentadbiran dan keutuhan Negara Malaysia.

Di sinilah letaknya imbasan “Ketuanan”. Dengan peletakan jawatan oleh Tuanku Muhamad V itu bermakna MRR telah mempertimbangkan asas-asas peletakan jawatan berkenaan yang semestinya menyentuh hal-hal peribadi dan rekod kerja YDA yang berada dalam pengetahuan awam dan media.

Keberadaan baginda yang kerap di luar negara, perkahwinan di luar negara, hal-hal pentadbiran negara yang kurang atau tidak dapat disempurnakan merupakan kebarangkalian yang sudah tidak dapat diletakkan lagi di bawah tajuk ‘sulit dan persendirian’.

Memang boleh dianggap bahawa isu yang dipertimbangkan oleh MRR itu tergolong kepada hal-hal yang rumit dan berat belaka.

Melalui mesyuarat MRR yang kandungan prosidingnya bersifat Rahsia Besar kelmarin dan pada hari-hari berikutnya, barangkali negara telah terselamat dari satu babak yang amat menyulitkan.

Dengan selesainya bab peletakan jawatan YDA ke-15 itu, isu yang timbul ialah siapa akan jadi YDA selepas ini? Jika mengikut aturan giliran di bawah Jadual 3 PP, Sultan Pahang masuk dalam giliran selepas Kelantan.

Jika Sultan Pahang tiada kemampuan atas alasan kesihatan, giliran jatuh kepada Johor. Jika Johor menolak maka giliran sampai kepada Perak yang rajanya, Tuanku Nazrin kini bersemayam sebagai Timbalan YDA.

Jelas bahawa Jadual 3 amat mengikat MRR dalam hal-ehwal memilih YDA baru. Tidaklah jelas dari bahasa Per. 38 dan Jadual 3 PP samada MRR berkuasa penuh memilih Raja yang secara utama diperkenan tanpa mengikut giliran.

Ini adalah kerana sistem undi yang disebut dalam Jadual 3(1) ceraian (2) mewajibkan sekurang-kurangnya 5 orang Raja untuk menjadikan pemilihan YDA itu sah melalui undi sulit. Tetapi tiada pula peruntukan yang mengatakan bahawa seksyen 4 Jadual 3 tidak semestinya dipatuhi 100 peratus.

Ikut manapun, YDA Malaysia mendatang mesti terdiri dari seorang Raja yang komited dengan tuntutan Perlembagaan Persekutuan, berjiwa suai-manfaat dan meneruskan tradisi Raja Berperlembagaan terus-menerus.



* Tan Sri Dr. Rais Yatim ialah lulusan Ph.D (Jurusan Undang-undang Pentadbiran dan Perlembagaan - Universiti London)

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 12:43 PM | Show all posts
Peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong dilakukan dengan penuh adab sopan
Bernama |  Diterbitkan pada Januari 08, 2019 04:51 MYT



KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara pada Ahad dilakukan dengan penuh adab sopan, kata Anggota Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Beliau berkata walaupun meninggalkan takhta, baginda tetap meletakkan harapan supaya kestabilan dan keamanan negara terus berkekalan.

"Sultan Muhammad mengucapkan terima kasih kepada Raja-raja yang memberi kepercayaan kepada baginda, kedua, baginda mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan serta selaku pemerintah tertinggi angkatan tentera, baginda turut menzahirkan penghargaan," katanya dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, malam tadi.

Beliau yang membincangkan topik 'Institusi Raja Tiang Seri Negara' berkata pertemuan enam Raja-raja Melayu di Istana Negara pada Isnin yang menetapkan tarikh bagi memilih dan acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang baharu dan timbalannya membuktikan elemen tanggungjawab yang besar.

"Apabila diumumkan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan semalam (Ahad), enam daripada lapan Raja-raja terus mengadakan perjumpaan untuk menetapkan tarikh dan tidak tangguh lagi, dan kalau dilihat 1 Feb adalah Hari Wilayah Persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong akan menyampaikan anugerah-anugerah Persekutuan dan perlu ada Agong pada hari tersebut.

"Jadi, kelajuan untuk mencapai keputusan itu menunjukkan mereka tidak mahu ada vakum dan perlu diisi secepat mungkin," katanya.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan timbalannya akan diadakan pada 24 Jan ini.

Perkara itu diputuskan oleh Raja-raja dalam pertemuan pada 10.30 pagi Isnin di Istana Negara yang turut menetapkan Mesyuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong yang baharu dan timbalannya akan diadakan pada 31 Jan ini.

Sementara itu, Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata sistem pendidikan kenegaraan merupakan isu utama dan perlu diberikan penekanan untuk membina kekuatan jati diri setiap rakyat, khususnya dalam era globalisasi dan cabaran yang dihadapi masa kini.

"Sistem pendidikan kenegaraan bukan semata-mata materialistik tetapi untuk meningkatkan perasaan romantis pelajar, dan bagaimana kecintaan kita kepada Raja dan negara serta apa juga elemen yang boleh menjadi penyeimbang kepada kemakmuran negara," katanya.

Shamrahayu berkata institusi beraja memainkan peranan penting dalam negara kerana ia merupakan kompas yang menentukan kedudukan agama, budaya, syariat serta elemen-elemen tradisi yang menjadi identiti Malaysia.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 12:51 PM | Show all posts
Menjunjung Kasih.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 12:57 PM | Show all posts
Kolumnis
Selasa, 8 Januari 2019 | 11:00am

Cari Kata Kunci




GAMBAR fail, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menandatangani Surat Perisytiharan di hadapan Perdana Menteri pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 13 Disember, 2016. - Foto ihsan Jabatan Penerangan


Yang di-Pertuan Agong lambang permuafakatan

Oleh Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz
bhrencana@bh.com.my

Yang di-Pertuan Agong, Institusi Beraja peringkat Persekutuan yang disempurnakan sempena penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, menjadi kebanggaan dan maruah negara serta simbol agung kedaulatan kita.

Ia hasil muafakat yang membawa berkat kepada negara. Muafakat di sini merujuk kepada muafakat semua negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 dan seterusnya dipersetujui oleh negeri ketika pembentukan Malaysia pada 1963.

Institusi Yang di-Pertuan Agong juga muafakat di antara sembilan Institusi Beraja di negeri Melayu yang menerima sistem giliran dalam menjawat jawatan berkenaan dan berkongsi kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan.

Muafakat juga dapat dilihat daripada komitmen negeri yang tidak mempunyai Raja untuk berkongsi manfaat daripada Institusi Beraja peringkat Persekutuan, terutama dalam hal berkaitan agama dan perpaduan.

Undi rahsia

Perlembagaan Persekutuan menyatakan di bawah peruntukan Jadual Kelima, bahawa pemilihan seorang Sultan dari negeri Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah di bawah kuasa budi bicara baginda Sultan sendiri.

Ia dibuat melalui keputusan daripada undi rahsia baginda Sultan melalui Majlis Raja-Raja. Keputusan undi rahsia itu hendaklah diterima dan dipersetujui oleh Sultan yang dicalonkan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum lantikan dimuktamadkan Majlis Raja-Raja.

Dengan erti kata lain, sebarang keputusan undian hendaklah diperkenan oleh Sultan yang namanya diundi sebagai Yang di-Pertuan Agong. Sekiranya tiada perkenan baginda, maka baginda tidak boleh diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sistem penggiliran ini menjadikan institusi Yang di-Pertuan Agong unik dan berbeza daripada negara lain di dunia. Dengan tercipta dan dimasyhurkan institusi itu, ia menjadikan Malaysia negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, bukan sahaja pada peringkat negeri, tetapi juga Persekutuan.

Ketua Utama Persekutuan

Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan bahawa Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Utama Persekutuan yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang dalam Persekutuan.

Perlembagaan juga mengisytiharkan kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pentadbiran negara. Baginda mempunyai peranan dalam ketiga-tiga institusi kerajaan, iaitu badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Kuasa eksekutif, seperti disebut dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong, walaupun secara umumnya kuasa eksekutif itu dilaksana oleh penjawat awam dengan frasa ‘Urusan Seri Paduka Baginda’ pada setiap urusan rasmi.

Kuasa eksekutif ini ialah kuasa berkaitan pentadbiran dan peruntukan ini menunjukkan peranan Yang di-Pertuan Agong amat besar dalam pentadbiran negara.

Segala urusan negara hendaklah diperakui di bawah kuasa yang terletak hak mengikut Perkara 39 itu.

Perkara 44 Perlembagaan pula menetapkan, Yang di-Pertuan Agong adalah satu komponen utama dalam badan perundangan.

Baginda mempunyai tanggungjawab mengenai urusan perundangan dan paling penting dalam urusan demokrasi ialah baginda mempunyai kuasa budi bicara dalam pembubaran Dewan Rakyat.

Berkaitan hal ehwal kehakiman, baginda mempunyai kuasa untuk pelantikan hakim di Mahkamah Tinggi. Amat penting juga untuk dirakamkan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai kuasa tertinggi berkaitan memberi pengampunan.

Perkara ini disebut mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Walaupun kuasa pengampunan ini tidak sepenuhnya berkaitan kuasa kehakiman, ia menampilkan kekuasaan yang dimiliki institusi Yang di-Pertuan Agong.

Dalam konteks agama Islam, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak mempunyai Raja dan juga bagi Wilayah Persekutuan.

Oleh itu, institusi Yang di-Pertuan Agong amat bermakna bagi agama Islam. Perkara ini dapat dilihat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Bagi tujuan pelaksanaan apa-apa perbuatan, amalan atau upacara berkaitan agama Islam, Yang di-Pertuan Agong mewakili Majlis Raja-Raja mengenai perkara yang sudah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja atas sifat baginda Raja sebagai Ketua Agama Islam.

Lambang perpaduan

Dalam konteks perpaduan, Yang di-Pertuan Agong ialah lambang perpaduan. Baginda ialah sumber kekuatan kepada kepelbagaian dan menjadi kemuncak kepada keadilan dan keseimbangan di antara warga Malaysia.

Perkara ini dapat dilihat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang dinyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga kuota untuk orang Melayu dan Anak Negeri dan pada masa sama hendaklah menjaga kepentingan sah komuniti bukan Melayu dan bukan Anak Negeri.

Dalam aspek keselamatan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Fungsi ini amat penting bagi keselamatan negara. Perkara ini dinyatakan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Berkaitan keselamatan Persekutuan, Perkara 150 menjamin kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat pengisytiharan darurat sekiranya baginda yakin bahawa darurat besar berkemungkinan akan berlaku pada negara.

Apa yang dinyatakan di atas sekadar sedikit sahaja peranan Yang di-Pertuan Agong yang jelas dan nyata dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat banyak lagi yang perlu dihuraikan, namun cukup dalam ruang ini untuk kita sekadar mengambil iktibar bahawa takhta Yang di-Pertuan Agong ialah sinar daripada rasa muafakat.

Lazimnya dalam sejarah sistem beraja, tidak mudah untuk seseorang Raja berkongsi kedaulatan bersama-sama Raja lain. Namun, atas sifat muafakat, Institusi Beraja peringkat Persekutuan kekal sehingga kini.

Permuafakatan itu jelas terpancar dan kita mengharapkan ia akan terus menjadi amalan, memberi sinar yang berpanjangan kepada agama dan negara.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hanya boleh ditabalkan sebagai Sultan Pahang sekiranya ayahandanya, Sultan Ahmad Shah turun takhta dengan reda hati sendiri.

Berdasarkan kepada Perkara 9 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Raja Pemerintah iaitu Sultan Ahmad Shah boleh turun takhta dan melepaskan hak serta kuasa diraja jika baginda ingin berbuat demikian dengan reda hati sendiri dan perlu menandatangani Surat Perintah.

“Jika pada masa turun dari takhta, Raja Pemerintah itu bersemayam dalam negeri ini (Pahang), maka perintah mengesahkan turun dari takhta hendaklah dijalankan dengan suatu Surat Perintah ditandatangani baginda dan diletak cop Mohor Negeri.


“Surat Perintah berkenaan hendaklah disaksikan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan yang kedua-duanya hendaklah hadir bersama-sama pada masa Raja Pemerintah menurunkan tandatangan pada Surat Perintah itu,” mengikut kandungan tertulis dalam dokumen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Ia turut menerangkan sekiranya Raja Pemerintah atau Sultan Ahmad Shah tidak bersemayam dalam negeri ketika turun takhta, perintah mengesahkan turun takhta itu hendaklah dibuat dengan Surat Perintah dengan diletak cop Mohor Negeri ditandatangani Menteri Besar Pahang dan Setiausaha Kerajaan Pahang.

“Selepas selesai disempurnakan Surat Perintah turun takhta, maka Raja Pemerintah hendaklah disifatkan bukan lagi Raja Pemerintah dan menarik diri daripada hak-hak dan tuntutannya ke atas negeri.

“Surat Perintah turun takhta itu hendaklah diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dan dihebahkan kepada penduduk-penduduk negeri dengan seberapa segera,” mengikut dokumen berkenaan.

Portal, twentytwo13.my hari ini dipetik sebagai berkata, kemungkinan Tengku Abdullah bakal ditabalkan sebagai Sultan Pahang bagi membolehkannya menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Memetik sumber dekat Istana Pahang, portal itu melaporkan ada perbincangan bagi tujuan itu dan sekiranya berjalan lancar Tengku Abdullah akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang yang baharu menggantikan ayahandanya dalam masa terdekat.

“Ia berkaitan masalah kesihatan... untuk menjadikannya, baginda perlu ditabal sebagai Sultan (Pahang) oleh ayahandanya (Sultan Ahmad Shah) untuk mengambil alih dan pertabalan harus diadakan secepat mungkin,” kata sumber itu kepada portal berkenaan.

Tengku Abdullah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang selepas mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah yang diisytiharkan dalam surat rasmi kerajaan negeri bertarikh 28 Disember 2016.

Sementara itu, sumber rapat dengan Tengku Abdullah dan Pejabat Sultan Pahang di Pekan ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

Difahamkan, Tengku Abdullah dijangka kembali ke tanah air Jumaat ini dan kini berada di London untuk menghantar anakandanya, Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera Diraja Sandhurst.

Mengikut tradisi giliran, jawatan Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan adalah Pahang diikuti Johor dan Perak, namun keputusan pemilihannya akan dibuat oleh Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun Sultan Ahmad Shah dikatakan sedang gering dan Tengku Abdullah boleh ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI sekiranya baginda dilantik sebagai Sultan Pahang.

Majlis Raja-Raja akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pada 24 Januari ini untuk memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Raja-Raja juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari ini.

Ahad lalu, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV yang dibuat selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2019 07:02 PM | Show all posts
Tiga kesultanan yang masih belum dilantik Agong untuk pusingan kedua

Luqman Hariz, Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 08, 2019 19:37 MYT

Pada 1994, sistem penggiliran Yang Di-pertuan Agong mula masuk pusingan kedua. - Facebook


Tiada sistem umpama sistem pentadbiran Malaysia.

Ia amat unik.

Sistem pentadbiran Malaysia, sistem demokrasi berperlembagaan, mengimbangi doktrin moden Barat iaitu demokrasi dengan resam turun-temurun Nusantara iaitu monarki.

Pokok kepada keunikan ini adalah sistem penggiliran raja, yang menyaksikan Yang di-Pertuan Agong baharu dilantik setiap lima tahun.

Sejak kemerdekaan pada 1957, 15 sultan daripada sembilan keluarga diraja telah masing-masing mengambil giliran untuk memegang jawatan ketua negara itu.

Pada 1994, penggiliran ini mula masuk pusingan kedua apabila bekas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10.

Ini sekali gus menandakan kali kedua keluarga diraja Negeri Sembilan menyandang jawatan tersebut.

Kini, peletakan jawatan Sultan Muhammad V pada 6 Januari lalu bermakna proses melantik dan menabal Yang Di-Pertuan Agong ke-16 bakal berjalan.

Dan setakat 2019, berbaki tiga kesultanan negeri yang masih belum dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong untuk pusingan kedua.



Kesultanan Johor





Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar diputerakan pada 22 November, 1958.

Baginda dilantik sebagai waris apabila bapanya, Almarhum Sultan Iskandar menaiki takhta kerajaan Johor dan dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai, 1981.

Sultan Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan Sultan Iskandar, dan dimahkotakan sebagai Sultan Johor pada 23 Mac, 2015.

Kali terakhir Istana Johor memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah pada 1984 apabila Almarhum Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim sebelum ini menolak pelawaan untuk menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke-15 pada 2016.



Kesultanan Pahang




Sultan Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang pada 24 Oktober, 1930.

Sultan Ahmad Shah juga terkenal dengan minatnya terhadap sukan – baginda menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari 1984 hingga 2014, Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hingga 2002 serta Persatuan Bola Speak Asean pada 2011.

Kali terakhir Istana Pahang memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong adalah apabila Sultan Ahmad Shah sendiri diangkat sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-7 pada 1979.



Kesultanan Perak




Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kini memegang jawatan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong dan memangku jawatan Yang Di-Pertuan Agong berkuat kuasa 7 Januari, 2019.

Baginda diputerakan pada 27 November, 1956 di Georgetown, Pulau Pinang.

Kelulusan akademik baginda diperoleh dari universiti-universiti terkemuka dunia, termasuk Kolej Worcester di Oxford dan Universiti Harvard di Amerika Syarikat.

Kali terakhir Istana Perak memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong adalah apabila Sultan Azlan Shah diangkat sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-9 pada 1989.

Tak semestinya tiga ini, kata pakar

“Dari perspektif undang-undangnya mudah saja – Majlis Raja-Raja Melayu boleh memilih sesiapa saja,” kata Pakar Undang-Undang, Professor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi.

Beliau berkata, ada tiga sebab yang mungkin boleh menyebabkan Majlis Raja-Raja Melayu memilih yang lain daripada yang dijangka.

“Satu; jika Sultan itu masih di bawah umur.

“Kedua; jika Sultan itu menolak pelawaan menjadi Yang Di-Pertuan Agong. Ini pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.

“Sebagai contoh pada 1957, apabila Sultan Johor menolak (walaupun sepatutnya baginda yang diangkat menjadi Agong),” katanya.

Beliau merujuk kepada keputusan Sultan Johor ke-22, Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang menolak pelawaan menjadi Yang Di-Pertuan Agong pertama pada 1957 walaupun dianggap paling layak pada ketika itu.

“Ketiga; jika ada faktor kelemahan dari segi fizikal, mental atau lain-lain yang menyebabkan Majlis Raja-Raja berpendapat seseorang Sultan itu tidak sesuai diangkat menjadi Agong.

“Hak dan timbang rasa Majlis Raja-Raja sangat luas.

“Tiada jaminan Yang Di-Pertuan Agong seterusnya akan datang daripada tiga Istana ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2019 01:15 PM | Show all posts
Wujud akta baharu lindungi institusi diraja

Oleh Suhaila Shahrul Annuar
cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menggubal satu akta baharu bagi memelihara dan melindungi kemuliaan institusi diraja daripada dihina serta dipersenda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata undang-undang berkenaan dijangka digubal tahun ini.

Vui Keong berkata sememangnya kemuliaan institusi diraja perlu sentiasa dilindungi kerana Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Beliau menjelaskan pihaknya sudah mengadakan sesi perbincangan beberapa kali dengan Jabatan Peguam Negara bermula Oktober lalu berhubung penggubalan akta baharu itu selain penambahbaikan terhadap undang-undang lain.

"Kita mungkin akan merujuk kepada undang-undang yang diamalkan di negara Komanwel termasuk United Kingdom dalam penggubalan undang-undang baharu yang melindungi kemuliaan institusi diraja itu.

"Setakat ini kita masih terikat dengan undang-undang lama, tetapi pihak Jabatan Peguam Negara telah melihat ada beberapa perundangan perlu digubal dan dipinda, justeru mesyuarat akan diadakan sekali lagi pada hujung bulan ini.

"Sekiranya terdapat persetujuan daripada pihak kementerian yang berkaitan dan juga jemaah menteri, kita akan gubal satu undang-undang baharu selain membuat pindaan kepada undang-undang lain yang perlu," katanya pada sidang media ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baru Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri 2019 di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan digesa lebih tegas selain dicadang menggubal akta baharu bagi melindungi dan memelihara institusi diraja daripada terus dihina.

Ia susulan tindakan beberapa individu yang memuat naik di media sosial komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

Dalam pada itu, Vui Keong berkata kajian semula bagi penambahbaikan kepada akta lain termasuk Akta Hasutan 1948 dijangka akan turut dibuat termasuk bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah.

Dalam perkembangan lain, ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata cadangan pemansuhan akta hukuman mati mandatori dilaksanakan melalui penelitian menyeluruh dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.

"Ini kerana isunya adalah kompleks dan sensitif. (Ia perlu melalui peringkat itu) sebelum Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman mati itu disyorkan untuk dibawa dan dibentangkan di sesi Dewan Rakyat, tahun ini," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2019 05:23 PM | Show all posts
Bekas ketua hakim senaraikan kesilapan Sultan Muhammad V
News  |  Diterbitkan Hari ini 12:36 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 12:36 tengahari


Bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melakukan beberapa kesilapan semasa menduduki takhta, termasuk berhubung pengampunan ke atas Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menulis dalam satu rencana yang disiarkan di laman Umno Online dan juga laman web peribadinya, Abdul Hamid berkata, adalah satu kesilapan bagi Seri Paduka untuk memberitahu Perdana Menteri Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar.

"Bahawa adalah satu kesilapan bagi Yang di-Pertuan Agong memberitahu Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan dan menerima kunjungan Anwar.

“Lebih buruk lagi apabila Seri Paduka memberitahu Anwar bahawa beliau diampunkan kerana ketidakadilan yang dilakukan kepadanya.


“Itu demoralise mahkamah, pendakwa raya dan polis kerana ia seolah-oleh menyatakan bahawa mereka kelihatan seperti alat kerajaan sebelumnya,” katanya.

Luar waktu pejabat

Selain peristiwa itu, bekas ketua hakim negara itu juga menyentuh tentang semasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, baginda sering mengadakan majlis-majlis angkat sumpah di luar waktu pejabat.

Ini, katanya, termasuk majlis mengangkat sumpah pelantikan kontroversi Md Rauf Sharif sebagai ketua hakim Negara dan Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai presiden mahkamah rayuan untuk tempoh lanjutan yang dilakukan pada waktu malam.

“Begitu juga majlis angkat sumpah Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara. Ini adalah fungsi rasmi Yang di-Perttuan Agung yang serius. Ia patut dilakukan di waktu pejabat,” katanya.

Abdul Hamid juga berkata, majlis mengangkat sumpah Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh negara juga wajar diberi perhatian khusus.


Katanya, apa yang berlaku pada malam 9 Mei sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya ke-14 menunjukkan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah mendapat majoriti, Dr Mahathir telah ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Tanpa diundang

Ini, kerana, beliau takut kiranya akan berlaku lompatan parti oleh ahli-ahli parlimen yang baru dipilih itu yang akan menyebabkan PH kehilangan majoriti.

“Bagi saya, adalah memalukan bagi seorang bakal perdana menteri untuk pergi tanpa diundang, pada waktu malam, mungkin untuk mengejutkan Yang di-Pertuan Agong jika baginda sedang beradu, untuk mengangkat sumpah beliau sebagai perdana menteri.

“Kedua, Agong tidak sepatutnya nampak seperti menjalankan tugasnya di bawah tekanan. Seri Paduka berhak memuaskan dirinya siapa, menurut pendapatnya, mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu,” katanya.


Menurut Abdul Hamid, jika ahli-ahli Parlimen yang baru dipilih hendak menyeberang dan menyeberang balik malam itu, mereka seharusnya dibenarkan berbuat demikian.


“Sekurang-kurangnya, Seri Paduka sepatutnya berpeluang untuk memuaskan diri baginda siapa yang mempunyai sokongan majoriti, pada siang hari keesokan harinya,” katanya.

Sambil menyifatkan upacara mengangkat sumpah perdana menteri adalah upacara paling penting yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata bekas ketua hakim negara itu, ia perlu dilakukan di majlis yang sesuai.

“(Ia) dihadiri oleh para VIP termasuk, saya cadangkan, mantan perdana menteri terakhir, dan disiar secara langsung oleh televisyen.

“Ia akan membuktikan bahawa demokrasi berjalan dengan baik di Malaysia. Ia juga menunjukkan kematangan ahli-ahli politik di Malaysia..

“Saya harap di masa hadapan Yang diPertuan Agong tidak akan tunduk kepada tekanan. Biarkan calon perdana menteri piket di luar Istana Negara sepanjang malam jika beliau mahu,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:26 PM | Show all posts
zahirbatin replied at 4-6-2008 03:22 PM
ni tandanya kau ni jenihs tak baca buku!Kalo tak dak raja sapo lg nk lindungi org melayu

Yg aku pelik..awat nak fikir..Melayu dilindungi..?
Apa melayu takle nak lindungi diri sendiri ka?
Nak kena ada pendinding?Royal Shield kekdahnya...aru boleh?
Kalau Hendak Seribu Daya ...
Walk On Ur Own kekdahnya...
Takyalaa nak hidop dibawah bayangan Sultan/Raja lagi..
Biarlah mereka hidop bawak diri mereka dan kita bawak diri kita nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 01:31 PM | Show all posts


Kesultanan Pahang antara kerajaan terawal


Oleh Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain


MUNGKIN ada menyangka Pahang yang ditubuhkan kurang 150 tahun dahulu adalah sebuah kerajaan baharu. Penilaian ini boleh berlaku jika sekadar melandaskan perisytiharan pada 11 Januari lalu bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dipilih sebagai Sultan Pahang Keenam. Dari sudut sejarah, Pahang sebenarnya antara kerajaan awal di Tanah Melayu.

Pengarang Arab bernama Mas’udi menulis pada 943, dalam bukunya berjudul Muruj al-Dhahab mengisahkan: “Di laut Kanderang ramai orang-nya, termasok-lah orang2 yang disebut Fanjab yang berambut ikal dan berbentok badan yang ganjil rupa-nya.

“Mereka menggunakan perahu2 kecil dan datang mengelilingi sa-barang kapal2 yang tiba ka-tempat mereka dan mereka melepaskan (memanahkan) sa-jenis anak panah yang ganjil dan berachun.

“Di-antara tempat orang2 ini dengan negeri Kalah ada-lah lombong2 timah dan gunong2 yang mengandungi perak. Ada juga lombong2 emas dan timah hitam yang jarang2 di-bongkar mengeluarkan-nya.”

Ahli sejarah merumuskan ‘Fanjab’ dalam tulisan Arab itu dimaksudkan ‘Panghang’ atau ‘Panhang’, menyerupai sebutan ‘P’eng-h’eng’ oleh sumber China, iaitu Pahang mengikut ejaan hari ini (Buyong Adil, 1972).


Kenyataan di atas menunjukkan, Pahang sudah masyhur dengan pengeluaran emas, perak dan timah seawal abad ke-10. Sebelum Empayar Kesultanan Melayu Melaka didirikan pada awal kurun ke-15, Pahang di bawah Empayar Melayu Srivijaya.

Menurut Godinho de Eradia (1613), Pahang adalah Kerajaan Melayu kedua menggantikan Pattani di Tanah Melayu. Raja Pahang ialah Raja Melayu dan kerajaannya menghasilkan mutu emas terbaik dan pengeluar terbesar di Tanah Melayu, sebelum Empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Pada 1456, ketika Pura (Pekan pada hari ini) ditewaskan Empayar Kesultanan Melayu Melaka, Raja Pahang bergelar Maharaja Dewa Sura. Anakanda Maharaja Dewa Sura bernama Puteri Wanang, kemudian memeluk Islam dan diperisterikan oleh Sultan Mansor Shah Melaka, lalu digelar Puteri Lela Wangsa.

Kedudukan Pahang dalam Empayar Kesultanan Melayu Melaka amat istimewa kerana sungguhpun berada di bawah empayar itu, pemerintahnya bergelar Sultan.

Hukum Kanun Melaka

Hal ini berlaku pada 1470 apabila Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah dengan Puteri Lela Wangsa, diangkat menjadi Sultan Pahang bergelar Sultan Muhammad Shah, menggantikan wakil baginda, Dato’ Seri Bija Diraja.

Sebagai wilayah dalam Empayar Kesultanan Melayu Melaka, Hukum Kanun Melaka adalah perlembagaan bertulis bagi Kerajaan Pahang di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah.

Selepas kota Melaka ditawan Portugis, perhubungan Kesultanan Pahang dengan pewaris Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang berkerajaan di Johor terus erat, malah saling bekerjasama untuk mengambil balik kota Melaka.

Pemerintahan Empayar Kesultanan Melayu Melaka di Johor dikenali Kesultanan Johor-Riau Lingga. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah selaku Sultan Pahang Ke-12 (1592-1614), baginda memasyhurkan Hukum Kanun Pahang.

Kelangsungan Hukum Kanun Melaka dapat dilihat dalam Hukum Kanun Pahang, yang mengekalkan sumber perundangan Islam dan adat Melayu dalam sistem politik.

Kedudukan Islam dalam sistem undang-undangnya diperuntukkan Fasal 66 Hukum Kanun Pahang (versi Winstedt & Kempe) yang mempunyai persamaan dengan penutup Risalah Hoekoem Kanoen Oendang-Oendang Melaka (Van Ronkel 1919).

Peruntukan sama termaktub dalam titah Sultan Abdul Ghaffur Mohayu al-Din Shah, dalam pembukaan Kanun Pahang (versi Manuskrip Muzium Pahang) seperti berikut:

“Adapun kemudian dari itu telah mengucap syukur aku akan kurnia-Nya yang telah lalu dan yang lagi akan datang. Bahawa dijadikan-Nya kiranya aku daripada umat kekasih-Nya dan umat penghulu segala rasul-Nya yang dititahnya ia membawa segala firman-Nya dan menghukumkannya segala syariat nabi yang terdahulu itu dengan berbuat adil serta melakukan amar bil-ma’ruf wa nahiya al-munkar, maka jadi terang segala alam ini dengan cahaya agamanya.

Sejahtera atasnya dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya dan segala umatnya. Syahadan maka dijadikan-Nya pula antara segala makhluk-Nya raja-raja; seperti firman-Nya Yang Maha Tinggi: Inni jaa’ilun fi al-ardzi khalifah. Haza fi ar-risalati yahkumu al-qanun fil- burhani – fa al-malki al-kabir wa al-wazir. Amma ba’du.”

Krisis dasar luar

Selepas 1613, Kesultanan Johor Riau Lingga berada di bawah pe-ngaruh Aceh akibat krisis dasar luar kedua-dua kerajaan negeri Melayu itu terhadap Portugis di Kota Melaka dan Belanda.

Krisis juga membabitkan Pahang dan reda buat sementara pada 1637 apabila Raja Mughal, putera kepada Sultan Ahmad (1590-1592), iaitu Sultan Pahang Ke-11, dilantik sebagai Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Thani.

Pada 1637, Sultan Abdul Jalil Shah III mengisytiharkan Pahang di bawah kekuasaan Kesultanan Johor-Riau Lingga.

Apabila Sultan Mahmud II (Marhum Kota Lama) mangkat pada 1699 tanpa zuriat, Orang-Orang Besar Kesultanan Johor-Riau Lingga-Pahang mengangkat Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor (Dinasti Bendahara) bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

Salasilah Kesultanan Pahang Moden pada hari ini bersusur galur daripada dinasti Bendahara Johor seperti diperihalkan di atas. Pahang diletakkan di bawah pemerintahan Bendahara bermula 1770 apabila Temenggong Tun Abdul Majid, iaitu anak Bendahara Tun Abbas diangkat sebagai Bendahara bagi Pahang.

Pemerintahan selepas Bendahara Tun Abdul Majid

Pemerintahan Pahang selepas Bendahara Tun Abdul Majid diwarisi Bendahara Tun Muhammad, Bendahara Tun Koris, Bendahara Wan Ali bergelar Bendahara Seri Wak Raja, Bendahara Wan Mutahir dan Bendahara Wan Ahmad.

Anakanda Bendahara Seri Wak Raja, Wan Ahmad diangkat Bendahara Raja Pemerintah Pahang oleh Orang-Orang Besar Pahang pada Jun 1863.

Pada 6 Ogos 1882, Bendahara Wan Ahmad diusulkan pembesar baginda untuk memakai gelaran Sultan Pahang, sekali gus menjadi Sultan Pahang pertama dalam Kesultanan Pahang Moden. Gelaran baginda adalah Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah.

Pada 1909, Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah turun takhta dan melantik anakanda baginda, Tengku Long Mahmud sebagai Sultan Pahang Kedua bergelar Sultan Mahmud Shah.

Pemerintah Kerajaan Pahang selepas itu adalah Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Shah, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah, Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta’in Billah dan Tengku Mahkota Abdullah yang bakal dimasyhurkan gelaran baginda pada 15 Januari ini.


Penulis adalah pemegang PhD Undang-Undang Perlembagaan (Konsep Kedaulatan Raja-Raja Melayu) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) & Penasihat Gabungan Melayu Islam Beraja (MI'RAJ)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 01:17 PM | Show all posts
Sultan Abdullah memperkukuh amalan Raja Berperlembagaan





KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dalam satu istiadat di Istana Negara esok.

Sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, Perlembagaan negara menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong secara undang-undangnya menganggotai tiga institusi kerajaan iaitu badan eksekutif, perundangan dan memainkan peranan berkaitan badan kehakiman.

Menurut Perkara 39 Perlembagaan, kuasa eksekutif terletak hak atau dikuasai sepenuhnya oleh Yang di-Pertuan Agong dengan kuasa ini boleh dilaksana oleh Seri Paduka sendiri, atau jemaah menteri atau mana-mana menteri atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh Parlimen.

Budayawan dan pengamal undang-undang. Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Sultan Abdullah akan memperkukuh institusi Yang di-Pertuan Agong serta institusi beraja di negara ini melalui peranan Seri Paduka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata istilah Yang di-Pertuan Agong, yang dinyatakan lebih 450 kali di dalam Perlembagaan, secara langsung menggambarkan peri pentingnya peranan institusi itu dalam pentadbiran negara di samping menjaga kebajikan rakyat melalui perkara-perkara yang melibatkan bidang tugas Seri Paduka.

Pemilihan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong telah mencatat sejarah dalam amalan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Ini kerana pemilihan Sultan Abdullah diputuskan hanya dalam tempoh kurang seminggu selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari lepas.

Rais berkata, Sultan Abdullah berpengalaman luas dengan mempunyai latar belakang pendidikan yang bersifat universal, moden dan praktikal di samping asuhan agama serta persekitaran budaya Melayu.

“Saya yakin Seri Paduka boleh membawa kemajuan dan kegemilangan kepada negara. Seri Paduka juga membuktikan kesetiaan kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan di Pahang dan diyakini dapat meneruskan kecemerlangan itu di peringkat Persekutuan,” katanya.

Sultan Abdullah, yang diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dekat sini, merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung kepada Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Sultan Abdullah pernah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun selepas Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-VII, dan sekali lagi dilantik memangku jawatan itu pada 28 Disember 2016.

Rais berharap sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah akan mengambil berat beberapa perkara utama dalam Perlembagaan termasuk Perkara 152 dengan memastikan Bahasa Melayu terus dijamin sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu.

“Bagi hal-hal yang melibatkan orang Melayu, Bumiputera, bahasa Kebangsaan termasuk kebudayaan, saya berharap Seri Paduka dapat menekankan kepentingannya...ini kerana, ramai yang tidak ambil berat peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan.

“Perkara 160 (2), orang Melayu itu didefinisi sebagai memeluk agama Islam, bertutur secara lazim dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Oleh kerana definisi Melayu itu terbit daripada tiga komponen berkenaan, saya harap ia akan kembali dijadikan sebagai keutamaan melalui peranan Seri Paduka,” katanya.

Beliau turut membangkitkan tentang Perkara 153 yang memberi tanggungjawab kepada Seri Paduka untuk melindungi kedudukan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta hak kaum lain mengikut peruntukan sedia ada.

“Tindakan perlu diambil ke atas isu berkaitan perkara ini agar memberi kesan dan faedah khususnya demi kepentingan orang Melayu, Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sahih bagi komuniti lain,” katanya kepada Bernama.

Rais menjelaskan peranan jelas dan tegas Yang di-Pertuan Agong terhadap tiga perkara itu akan mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat berikutan setiap individu, walaupun berbeza kaum, mengetahui peranan, tanggungjawab serta hak dan had mereka terhadap sesuatu perkara.

“Ia dapat memperkukuh institusi beraja di negara ini melalui peranan yang lebih jelas dan besar yang dipikul oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata seluruh rakyat perlu menyatakan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara seperti yang dinyatakan dalam Rukun Negara.

Menepati pepatah ‘raja bertakhta, raja disembah’, beliau berkata adalah menjadi tugas serta tanggungjawab rakyat untuk terus melindungi institusi beraja daripada diperlekeh oleh mana-mana pihak.

“Kedaulatan institusi raja bukan hanya atas dasar ia sebuah institusi yang tinggi dan istimewa kepada Malaysia tetapi dengan kefahaman bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah pelindung kepada agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak selain Seri Paduka juga bertanggungjawab melindungi hak kaum-kaum lain di Malaysia.

“Dalam usaha melindunginya, sebarang bentuk penghinaan dan kritikan tidak munasabah dianggap sebagai cubaan untuk merosakkan institusi itu. Tindakan undang-undang adalah yang paling wajar dikenakan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Ditanya bagaimana slogan ‘raja dan rakyat berpisah tiada’ dapat disemarakkan dalam senario semasa, Nik Ahmad Kamal berkata ia semestinya memerlukan kerjasama semua pihak.

“Slogan yang menggambarkan hubungan akrab antara raja dan rakyat ini telah wujud sejak zaman berzaman. Cuma dalam konteks sekarang, amalan tradisi hubungan antara kedua-duanya telah memasuki fasa yang lebih mencabar kerana generasi hari ini kurang peka mengenai institusi raja dan kepentingannya kepada negara.

“Oleh itu, seluruh masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan serta tidak terkecuali institusi beraja sendiri perlu bekerjasama dalam memberi dan memupuk kefahaman mengenai kepentingan institusi ini agar terus dihormati,” jelasnya.

Menurutnya selaras peredaran zaman, institusi beraja perlu peka dengan perubahan persepsi yang wujud bagi menjamin hubungan baik antara raja dan rakyat.

“Situasi ini hendaklah berpaksi kepada penanda aras yang lebih realistik iaitu Perlembagaan Persekutuan kerana ia menyediakan panduan jelas bagaimana hubungan raja dan rakyat itu perlu dibawa,” katanya.

Pada 24 Januari lepas, Majlis Raja-Raja sepakat memilih Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.

Pemilihan itu dibuat susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada 6 Januari lepas.

Sistem penggiliran pelantikan Yang di-Pertuan Agong adalah berdasar kekananan takhta pemerintahan bermula dengan Nege-ri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak yang berakhir pada 1994.

Konvensyen itu terus dijadikan panduan dalam penggiliran kedua yang menyaksikan enam daripada sembilan Raja-Raja Melayu telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, dan meletakkan nama Sultan Abdullah sebagai calon yang dijangka menaiki takhta tertinggi negara dalam penggiliran kali ini.

Sultan Abdullah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada 6 Mac 1986.

Seri Paduka berdua dikurniakan empat putera dan lima puteri. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.071095 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list