CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: D'Salvia

Bermazhab tanpa fanatik rahmat kepada umat Islam

[Copy link]
Post time 9-1-2007 12:42 AM | Show all posts

Reply #20 St.Yeepi's post

Maksudnya, dengan bermazhab begini mestilah mengikut asas yang begini. Kalau bermazhab begitu mesti mengikut asas mazhab begitu..:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 12:51 AM | Show all posts

Reply #21 vato's post

selalunya macam tu lah, tapi hehe susah nak terangkanlah, kena fahami apa sebenarnya mazhab dan apa sebenarnya maksud bermazhab
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 12:58 AM | Show all posts

Reply #22 St.Yeepi's post

Tak per terang kan ajer kenapa dan keperluan bermazhab. Bila ada berbagai aliran pemikiran dan mazhab, bukan kah maksudnya Islam masih tidak perfect. Dalam bahasa sekarang berlaku "ketirisan" dalam agama...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:01 AM | Show all posts
Ok lah mcm nie, contoh ASWJ, ianya diasaskan oleh Imam Abu Hasan Al-Ashaari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Apa yang kita pegang dari kedua Imam ini adalah pegangan Tauhid dan Usuluddin. Tapi dari segi fiqh, kat Mesia nie majoriti mengikut Imam Syafiee.

Tak mustahil ada diantara kita melihat dan meyakini bab tauhid selain ASWJ, contoh Syiah, Mutazillah secara sedar atau tidak sedar, tetapi atas faktor limitation ilmu dia, mungkin dia beramal amalan fiqh mengikut amalan majoriti setempat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:10 AM | Show all posts
Itu telah sedia dimengertikan sebabnya bermazhab. Persolannya, bukan kah dengan bermazhab ini menunjukkan ketidak sempurnaan Islam itu sendiri..boleh jelaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:20 AM | Show all posts

Reply #25 vato's post

Sebab Islam itu guideline atau standard, ia merangkumi keseluruhan aspek dari sekecil kecil zarah sehingga sebesar arasy. Masalahnya tak ramai antara kita boleh meluangkan masa untuk menganalisa Islam. So jalan termudah ialah kita membaca simplified version yang dibawa oleh Imam imam mazhab.

Contoh mcm undang undang sendiri. Kita semua tahu merompak adalah salah dari segi undang undang Malaysia, tapi berapa ramai yang boleh tahu, kat bab berapa, section berapa kesalahan merompak, bila merompak itu dikatakan merompak. Kat sini kita perlukan lawyer atau simplified version yang menerangkan tentang merompak.....

Then itu pun ada analisa perbezaan diantara peguam bela dengan pendakwaraya. Tapi kita tak dapat kata kan salah sorang daripada mereka betul atau salah, hanya hakim sahaja yang boleh menentukan keputusan. Tapi dalam isu Islam, kita takdak sorang pun yang boleh jadi hakim, kena tunggu hari kiamat baru kita tahu sama ada kita betul atau tidak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2007 01:40 AM | Show all posts

Reply #26 St.Yeepi's post

Maaf contoh jawapan anda kurang relevan bagi pandangan saya..
Dengan cara pemikiran sebegitu menambahkan prasangka dan syak dalam mazhab sehingga manusia was-was dengan panutan masing-masing.
Bukankah Allah mengatakan bahawa Islam telah sempurna? Kenapa masih berpecah?:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:52 AM | Show all posts
Yang tu kena balik pada asas, attitude manusia sendiri, sifat fanatik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 02:07 AM | Show all posts

Reply #28 St.Yeepi's post

Masih tidak terjawab persoalannya di sini..
Anda mengatakan bahawa.."Tapi dalam isu Islam, kita takdak sorang pun yang boleh jadi hakim, kena tunggu hari kiamat baru kita tahu sama ada kita betul atau tidak " Ini menunjukkan bahawa ketidak sempurnaan....:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by St.Yeepi at 9-1-2007 01:20 AM
Tapi dalam isu Islam, kita takdak sorang pun yang boleh jadi hakim, kena tunggu hari kiamat baru kita tahu sama ada kita betul atau tidak





Ini sudah jadi kes fahaman Murjiah ni.

Zaman khalifah Usman, golongan ini cuma mendiamkan diri tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
Zaman ketika Imam Ali memerangi Muawiyah, golongan ini pun tidak mahu campurtangan.
Ketika Imam Hussein mengajak umat memerangi Yazid Laknatullah, golongan ini jugalah yang menolak Imam sambil mengatakan....biar Allah sajalah yang membalas segala perbuatannya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 10:49 AM | Show all posts

Reply #30 Gravedigger's post

jadi, adakah golongan Murjiah itu tadi, ada sebahagiannya yang beralih angin?
boleh kongsi tokoh2nya?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 9-1-2007 10:49 AM
jadi, adakah golongan Murjiah itu tadi, ada sebahagiannya yang beralih angin?
boleh kongsi tokoh2nya?


Nak tau Tokoh2nya? Sempena Maal Hijrah ni diumumkan Tuan Haji Gravedigger Dari Darul Fitnah Wal Umpat dan Lobai Snipersnake dari  Al-Zoo Ulaq Dalam Semak.:pompom: :bodek:

Pada mereka yang berjaya diucapkan TAHNIAH. Dan pada yang kurang bernasib baik jangan putus asa. Teruskan amal jariah anda. Sagu hati bernilai RM dan Pingat bakal menanti... Ikhlaskan perjuangan kerana wang bakal menanti anda..

Mana tahu boleh menang pulak pada tahun hadapan.:ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 07:06 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 9-1-2007 10:49 AM
jadi, adakah golongan Murjiah itu tadi, ada sebahagiannya yang beralih angin?
boleh kongsi tokoh2nya?


Saya belum lagi terbaca tentang tokoh-tokoh Murjiah ini. Kalau pipi ada info...kongsilah bersama. Seronok juga mengetahui tentang mazhab ini yang ramai juga terdiri daripada sahabat nabi sendiri.

Ini ada sedikit C&P dari satu aliran dalam mazhab Murjiah...

al-Ghassaniah
Mereka adalah pengikut Ghassan al-Kufi. Mereka beranggapan bahwa iman adalah mengenal Allah dan Rasul-Nya. Mengakui keberadaan al-Qur'an dan Hadits secara global tidak secara terperinci. Iman tidak akan berkurang dan tidak pula bertambah.

Yang lebih menarik di sini, Ghassan menilai bahwa Imam Abu Hanifah juga termasuk dari kelompok Murjiah. Hal ini didasarkan pada pendapat Abu Hanifah sendiri yang mengatakan bahwa iman adalah pengakuan dan pembenaran di dalam hati serta tidak bertambah ataupun berkurang dan juga menjadikan amal sebagai orientasi akhir dalam keimanan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 07:09 PM | Show all posts
Originally posted by Hari2mau at 9-1-2007 12:27 PM


Nak tau Tokoh2nya? Sempena Maal Hijrah ni diumumkan Tuan Haji Gravedigger Dari Darul Fitnah Wal Umpat dan Lobai Snipersnake dari  Al-Zoo Ulaq Dalam Semak.:pompom: :bodek:

Pada mereka ya ...


Hehehe...terima kasih. Bila agaknya abuiya nak menyampaikan hadiahnya?  Kalau boleh buatlah sekali persembahan semasa majlis penyampaian hadiah nanti disertakan dengan gadis2 genit menggoda dari kumpulan Mawaddah yer.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 07:49 PM | Show all posts

Reply #33 Gravedigger's post

insya'allah jika ada dlm istana buku pipi nih. maklumlah, dah lama tak punggah. agak berabuk sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 01:38 AM | Show all posts

Reply #30 Gravedigger's post

Itu yang menjadi dalam bab Aqidah Islam. Apabila kita ada different view, maka kita akan dikatakan dari golongan tertentu hehehe........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2007 08:28 AM | Show all posts

Reply #36 St.Yeepi's post

Perselisihan dan perbezaan pendapat itu satu perkara yang seharusnya diakui. Kita seharusnya mengambil sikap yang terbuka dan bukannya jumud seperti golongan Wahabi. Kita masih lagi dibawah satu deen,syariat,dan millat....cuma yang berbeza ialah mazhab yang saling melengkapi antara satu sma lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 11:21 PM | Show all posts
Originally posted by St.Yeepi at 14-1-2007 12:38 AM
Itu yang menjadi dalam bab Aqidah Islam. Apabila kita ada different view, maka kita akan dikatakan dari golongan tertentu hehehe........


Dah memang macam tu ler. Kalau Islam tapi berfikiran macam hindu...nak golong dalam Islam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 02:20 AM | Show all posts

Reply #38 vato's post

Bukan kah ini kita telah memberatkan Islam dan menidakkan keuniversalan Islam itu sendiri?

Saya suka membawa contoh, ini kisah benar semasa saya masih bersekolah agama. Waktu itu Ustaz saya menerangkan bahawa wudhu' akan batal jika kita terkentut. Dia juga memberitahu bahawa ada sesetengah mazhab mengatakan tidak batal. Saya bertanya mengapa ada perbezaan diantara mazhab? Jawapan diberikan amat mudah; ianya penyesuaian Islam itu sendiri, tetapi berdasarkan Quran dan Hadith, atau jika tiada tertulis didalamnya, maka kita mengambil keputusan berdasarkan kemudahan dan kesesuaian hukum. Dalam contoh kentut, mungkin disebabkan faktor permakanan setempat, membuatkan penduduk disana selalu berkentut dan menyukarkan melakukan ibadah sembahyang.

Begitu juga bila dia menerangkan bahawa ada perbezaan diantara Jabariah dan ASWJ, walaupun didalam buku teks tertulis aliran selain ASWJ itu salah, dia choose to explain to us, bahawa perbezaan adalah disebab reasoning skill.

Walaupun satu dunia mengatakan 1 + 1 = 2, tetapi jika anda bertanya kepada orang kurang waras, anda akan dapat jawapan yang berbeza, but kalau kita tanya mengapa, kadang kadang jawapan yang diberikan ada kelogikkannya tersendiri.

Begitu juga bab Akidah, kita semua sebenarnya bermula dari apa yang diturunkan, sebab itu amat sukar bagi kita menerima sesuatu yang diluar kebiasaan, namun andai kata kita hidup disatu zaman, ketika Imam Imam Tauhid kita berdiscuss tentang Akidah, saya yakin kita semua amat sukar untuk memilih yang mana satu terbaik, kerana masing masing ada reason tersendiri.

Jatuh bangun aliran Akidah bukanlah disebabkan salah atau benarnya satu satu Akidah. Faktor masa juga memainkan peranan penting. Andai kata kesemua Imam Tauhid mempunyai unlimited ages, dan kemudahan untuk berbahas yang mudah seperti forum, kita tetap tidak akan menemukan titik persamaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 02:31 AM | Show all posts
Sedikit tambahan,

Kadangkala yang menentukan Syurga atau Neraka bukanlah amalan, perbuatan, aliran kita semasa hidup, tetapi disaat saat Izrail ingin mencabut nyawa kita, sama ada kita masih mengESAkan Allah atau tidak.

Jika kita tergelincir disana, tiada satu Imam aliran mana pun yang mampu menyelamatkan kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.277962 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list