CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ReuK

Sepak takraw

[Copy link]
Post time 6-8-2006 10:17 PM | Show all posts
kikiki ape salahnye kalo kosmetik???ade pon lu mlm ni.jarang nmpk lu ol ni

malas wa nk citer lebey2.dah melalut sakan dr takraw ni :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2006 02:33 PM | Show all posts

Reply #81 pokya's post

dont worry cik mod takdernyer nak potong kredit org kat bod yg tak berapa meriah camni... kalau kat current issue tu laen lerrr ...... kan cik mod? :cak:

aku baca sokkaba ari semalam..

Thailand menang lagi pertandingan takraw peringkat sekolah2 ASEAN... menang ngn Malaysia 2-0
Yang aku respek team pertama punya result 22-20, 18-22 pastu rubber set 18-15

huuu huhu coach thai tu ckp apa tau... "Kami diasak dari segenap penjuru hingga diheret ke set penentuan"
power nih bebudak nih... suruh diorg kejer timbang bola ari2 pastu gaji seriban lebih mesti Malaysia leh conquer balik Takraw :hatdown:

Perillys punya league dah takder kan skrg? dulu masa duk kat uitm penah teringin nak maen tapi kaki lak takder...klw tak dh ada xperien maen kat Perillyss...hitam itu emassss :lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 03:18 PM | Show all posts
aku baca malaysia kalah sbb thai pakai servis kuda.huk aloh team kita x pakai servis kuda ke?tapi kalo leh fight camtu skali x de besar sgt gap antara thai ngan malaysia.elok la tu tunggu masa je.jgn dak2 tu pi bantai ubat batuk dah kekekeke

weh perillys tu bukan ke lawan antara negeri ke?tah aku pon x tahu.biase gak nengok kat tv1 dulu2.sbb tu la aku obses sgt jadi killer ni terpengaruh nye pasal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 11:14 PM | Show all posts

Reply #83 pokya's post

hoh ko baca sokkaba mana lak nih? aku baca thailand menang sbb diorg guna lipat dummy

servis kuda dah basi daaa...org Malaysia tak takut ngn kuda2 nih....bola mmg laju tapi arah tuju dia terhad dan boleh baca kalau dah kena 3-4 kali
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 09:17 AM | Show all posts
ye ke dah basi??hehehe x tau lak aku.bagos aa camtu.open la sket competition skang.takde la kalo lawan myanmar pon leh kalah kekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 12:35 PM | Show all posts
myanmar ngn vietnam dah power skrg nih...

diorg dah jadikan takraw sukan teras kut?

ikut pengalaman aku laaa team yg power nih klw maen strategy yg paling penting... libas kuat2 tapi kena block pon tak guna gak...

killer kalao nak maen mesti reti terbang hehehe, tekong lak mesti ada 3 kaki... feeder jer takper cam manusia biasa mwahahaha :lol :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2006 07:29 PM | Show all posts

Reply #86 ReuK's post

sape kata feeder cam manusia biase.feeder kena ade mulut bertaraf speaker dan kesabaran tahap unta :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 10:55 PM | Show all posts

Reply #87 pokya's post

kuang asam ko! aku tambah lagi killer selain kena berkepak mesti tau berenang...kut sangkut kat jaring senang terlepas :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 07:29 PM | Show all posts
weh apo nk terasa lak.aku ckp tu merefer kpd feeder2 yg biasa main ngan aku.ke tu mmg sifat2 universal feeder ke kehkehekeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 10:07 PM | Show all posts
hohoho dah pandai ko yer?

kat kolej ko ada kelab takraw? kalo ada mesti ko yang jd YDP nyer kan? hehehhe :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 04:26 PM | Show all posts
kakakaka x de nye kelab2 kat kolej aku.manusia baper kerat je main takraw.nk join turun ptg2 je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 05:02 PM | Show all posts
yer ker? siaannyer

aku nak tanya ko... secara personalnya laa kan... ko rasa pompuan kalo maen takraw lawa tak? aku maksudkan org nya dan permainannyer :cak: :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 08:43 PM | Show all posts
aku x penah jumpa @ tgk depan mata pompuan main takraw.biase tgk kat tv je.gile brutal beb macam jantan.tringin gk aku nk kenalan atau main sama2 kekeke (tapi nk tekel pk 2-3 kali kalo makan penyepaknye mau koma)

personally 2 sukan aku rasa sgt la kureng kalo pompuan main iaitu ragbi ngan takraw.seriously heran tol aku x de sukan lain ke nk main.kalo rase nk menyepak main la bola sesuai amat aku rase ngan pompuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 04:29 PM | Show all posts

Reply #93 pokya's post

ya betollll.... aku rasa org pompwan yg maen takraw ni huduh, tak baguih gitu..
serious jgn laaa wujud liga takraw pompwan peringkat kebangsaan nih oiiii

hish selisih

gi laaa maen batu sembat ker, congkak ker....ping pong ker, gimrama ker aku tak kesah punyerrrrr mwahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 07:34 PM | Show all posts
sukan jantan mesti ade pompuan nk try.tapi x nah lak aku dgr org laki main gimrama ke renang berirama ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2006 02:19 PM | Show all posts

Reply #95 pokya's post

skrg netball dah ada utk lelaki kan? dulu aku penah try maen ngn di tunjuk ajar oleh ex aku cheewaahhh

keras giler beb badan..tak biasa tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2006 10:45 AM | Show all posts

Cut and paste dari Berita Harian

Skuad takraw aib lagi


SELEPAS Myanmar mengecewakan skuad bola sepak negara di Pestabola Merdeka, kali ini regu takraw negara sama turut menjadi penghalang apabila menyekat kemaraan Malaysia A ke separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Sedunia di Dewan Tunku Geodesic Dome, Komtar, Pulau Pinang semalam.




Kekalahan Malaysia A kepada Myanmar 3-0 semalam memusnahkan hasrat tuan rumah untuk melihat sekurang-kurangnya satu wakil dapat menjejak kaki ke separuh akhir selepas Malaysia B awal-awal lagi ditunjuk jalan keluar apabila ditundukkan Indonesia 3-0 dan Korea Selatan 2-1.

Regu pertama Malaysia A yang dibarisi Azam Shah Rabu, Noor Ariffin Pawanteh dan Rukman Mustapha tumpas 15-21, 21-18, 15-21 kepada regu Myanmar yang diwakili Yazar Tun, Zaw Latt dan Oaka Soe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 01:36 AM | Show all posts


Jamaluddin arah belasah India

TEGURAN Jamaluddin Hassan kepada anak buahnya apabila menentang India dalam perlawanan pembukaan sepak takraw berpasukan adalah belasah lawan jika mampu dan menang 3-0 untuk mendapatkan kelebihan psikologi bagi saingan dalam Kumpulan B.


"Permulaan dengan kemenangan 3-0 amat penting untuk kami dan saya memberi arahan keras kepada setiap pemain tidak memandang remeh lawan dan bermain ala kadar sahaja.

"Di sini kami tidak harus ada sifat belas kasihan jika India adalah pasukan lemah. Kita harus memikirkan survival kita di sini. Kalau boleh belasah lawan dan menang awal kenapa harus kita tunggu," kata ketua jurulatih itu menjelang perlawanan pertama, esok.

Apapun, dia tidak mahu menyebut senarai nama tiga rangkaian regu yang dipilih bagi perlawanan itu ketika beranggapan setiap pemain menunjukkan kesungguhan tinggi dalam latihan untuk disenaraikan.

Skuad sepak takraw negara dibantu dengan kehadiran empat pemain yang memenangi pingat perak berpasukan di Sukan Asia 2002 di Busan. Mereka adalah Azman Nasruddin, Mohd Zulkarnian Arif, Rukman Mustapha dan Noor Ariffin Pawanteh.

Selepas bertemu India halangan berikut adalah menentang Jepun yang seperti disebut Jamaluddin barisan yang menunjukkan kemajuan dan harus dipandang serius. Pasukan negara melengkapkan jadual perlawanan kumpulan menentang Myanmar pada 4 Disember ini.

Andai menjuarai kumpulan ini, Malaysia sudah pasti akan mengelak pertemuan dengan juara bertahan, Thailand yang dijangka mudah mengungguli Kumpulan A.

Jamaluddin menyuarakan satu keyakinan baru bahawa sekurang-kurangnya satu pingat emas mampu dituai di Doha kali ini dan ia lebih terarah kepada acara regu dan berpasukan.

"Kami tahu Thailand kuat tapi itu bukan alasan kita harus menyerah sebelum ke gelanggang. Seperti kami, mereka juga bimbang keupayaan Malaysia. Pemain kini mahu menamatkan tanggapan seperti itu kepada kegagahan lawan sebelum menyemat sifat yakin untuk menamatkan kejuaraan milik lawan," katanya.


[ Last edited by  HangPC2 at 3-12-2006 03:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 03:19 AM | Show all posts


Menang tapi tidak puas


DOHA - Skuad sepak takraw negara menang mudah 3-0 ke atas India semalam tetapi jurulatih Jamaluddin Hassan tidak berpuas hati kerana mereka melepaskan banyak mata kepada lawan dalam aksi di Dewan al-Saad di sini semalam.

Regu pertama yang dibarisi oleh Mohd. Normanizam Ahmad, Mohd. Futra Abdul Ghani dan Roslan Zulhafizazudin menang 21-7, 21-10 manakala Sulaiman Salleh, Mohd. Azlan Abdul Mubin dan Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif menang 21-12, 21-7.

Regu ketiga negara pula tidak perlu mengerah keringat setelah India menarik diri.

Walaupun gembira dengan kemenangan itu yang secara keseluruhannya dilengkapkan dalam masa satu jam 10 minit, jurulatih negara Jamaluddin Hassan agak kesal kerana anak-anak buahnya banyak melakukan kesilapan.

憫Saya gembira dengan kemenangan ini tetapi pemain-pemain kelihatan gementar sedikit, mungkin disebabkan perlawanan pertama.

憫Bagaimanapun, perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Pemain-pemain terutamanya tekong tidak boleh melepaskan banyak mata kepada lawan. Mendapatkan mata daripada servis paling penting kerana lawan kita selepas ini lebih kuat,
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 09:21 AM | Show all posts
majulah takraw utk negara

go for gold:pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.072074 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list