CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24070|Reply: 203

MUFTI WAHHABI ( MW ) (merged with topik mufti asri by abusyafiq)

[Copy link]
abu_syafiq This user has been deleted
Post time 17-12-2006 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Assalamu?laikum sahabatku semua.


Di akhir zaman kini semakin ramai manusia yang merasakan dirinya alim tentang ilmu agama malangnya dia sebenarnya merupakan perosak islam sedikit demi sedikit dengan menghina tindakan islam.

Benarlah hadith Nabawi riwayat Muslim dalam Sohih Muslim yang bermaksud:
" Diangkat orang yang jahil itu sehingga dianggap alim, kemudian ditanya padanya soalan, lantas dia memberi fatwa sesat tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan yang lain ".

Kepada Allah jua kita panjatkan kesyukuran kerana tidak terpengaruh dengan ajaran Wahhabi ini walaupun di antara mereka yang jahil kini diangkat sebagai Mufti atau
lebih layak digelar sebagai Mufti Wahhabi
( MW : Mufti Wahhabi ).

MW ini banyak mengunakan ajaran songsangnya untuk diserapkan ke dalam kerajaan malaysia dan rakyatnya.
Berkebetulan satu negeri yang berkobar semangat agamanya telah terpengaruh dengan pembawakan ajaran yang mengelirukan ini sehingga seorang yang jahil bahkan tidakpun berasal dari negeri tersebut telah diangkat sebagai Mufti negeri tersebut.
Disamping sokongan oleh mereka yang berpangkat besar bagi meneruskan penyebaran ajaran baru Wahhabiyah ditanah air kita ini.

Pelbagai cara dan taktik kotor  digunakan oleh pendokong ajaran sesat Wahhabiyah ini, antaranya tidak mengaku diri mereka sebagai Wahhabi, bertopengkan dengan nama ?alafi? dan ?unnah?.
Inilah cara yang pernah dimainkan oleh golongan Syi?h sehingga sekarang.
Benarlah islam mengatakan bahawa golongan sesat ini mempunyai persamaan antara satu sama lain walaupun bergaduh di antara mereka.

Saudara seislamku.
Ajaran Wahhabiyah cukup menjijikkan.
Selain berpegang dengan aqidah sesat yahudi dan kristian yang menyatakan bahawa ?llah Duduk Di atas Kursi ?,
Wahhabi juga tidak serik mengkafirkan seluruh umat islam dan menghalalkan darah umat islam.
MW pernah menyatakan dalam satu sessi ceramahnya bahawa :
"sebutan memanggil ' ya Muhammad '  adalah syirik dan kafir" .

Ganjil sungguh kenyataan MW tersebut.
Adakah dengan menyebut 'ya Muhammad' atau 'ya Rasulullah' dikira sebagai musyrik?!
Fatwa apakah ini wahai MW?! Bukankah MW sendiri dan Wahhabi-wahhabi yang lain turut memanggil orang sedemikian?!

Saudara sekalian, ketahuilah bahawa kenyataan tersebut adalah fatwa sesat datang dari Mufti Wahhabi! Saya cukup pelik kenapa orang yang sejahil MW ini diangkat sebagai mufti.

Kita sebagai umat islam yang mempunyai asas Al-Quran dan Hadith sepatutnya tidak terpengaruh dengan sorokan bertopeng kelulusan PHD atau Dr. atau apa apa sahaja yang diserapka oleh barat.

Bukankah Dr.Amina Wadud si wanita pening juga bergelar Doktor Falsafah dan merupakan pensyarah di Universiti terkemuka yang berkelulusan PHD dalam bidang agama islam?!
Nah!..tanpa disedari ramai, Mufti Wahhabi  ini walaupun sering di war-warkan sebagai Dr. ( Doktor Falsafah ) tidak ubah seperti sekufu Dr. Amina Wadud dalam menghidupkan bid'h.
Kita sebagai umat islam sepatutnya menimbang mengikut syariat islam berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah, bukannya berdasarkan sijil semata-mata.

MW banyak bertopengkan dengan nama ?enentang bid?h? malangnya dia sendiri yang membuat bid?h.
Lihat saja bid?h dan pendustaan yang dihasilkan olehnya dalam aqidah antaranya MW telah menyatakan dalam satu majalah bahawa :
" Akidah Imam Syafie adalah Allah Duduk".
Sungguh berani si MW ini berdusta terhadap Imam Syafie dan tidak gentar melakukan bid'h dalam akidah.
Dalam Al-Quran dan Al-Hadith tidak pernah menyatakan ? Allah Duduk?, maka mengapa MW menyandarkannya kepada Allah?!  ( bersemayam bererti duduk ). Bahkan dalam kitab Imam Syafie Al-wasiyah tidak wujud perkataan tersebut.

Terbaru, MW telah mengeluarkan gesaan baru dan fatwa yang cukup menjijikkan selain akidah Wahhabi yang songsang iaitu menghina tindakan Jabatan Agama Islam dalam membenteras gejala khalwat atau permulaan zina di hotel-hotel. MW telah berfatwa bahawa :  ?indakan Jabatan Agama Islam merisik bagi membenteras  gejala khalwat di hotel-hotel adalah bertentangan dengan islam?. Subhanallah. Siapakah orang atau dalang yang dipertahankan oleh MW ini?!
Kalaulah tindakan  Jabatan Agama Islam membenteras gejala khalwat di hotel-hotel tidak dianggap sebagai ?ahi mungkar?
apakah yang dianggap sebagai nahi mungkar oleh MW tersebut?!.
Adakah MW tersebut menunggu sehingga zina berlaku di tepi-tepi jalan depan mata baru nak ambil tindakan?!

Kenyataan MW tersebut amat disokong oleh golongan Liberal atau yang MW sendiri namakan sebagai Islam Liberal. Mereka ini gemar mengamalkan perkara terkutuk di dalam hotel-hotel berdasar penangkapan jabatan agama islam.

Kenyataan WM tersebuat amat bertentangan dengan konsep islam dan Hadith Nabawi.
Sekiranya islam mengesyorkan amalan merisik dari rumah ke rumah untuk mengamalkan amal ma'ruf seperti pergi ke rumah-rumah yang dirasakan ahli rumah tersebut memerlukan bantuan bagi menghulurkan bantuan yang sememangnya amalan ini dianggap amal ma'ruf dan amalan yang baik,
begitu jugalah tidak salah sekiranya pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam merisik tempat-tempat seperti hotel untuk mencegah kemungkaran.

Seperti mana pihak bertanggungjawab tidak menunggu ribuan fakir miskin keluar terpampang depan mata meminta bantuan bahkan pihak bertanggung jawab pergi merisik tempat-tempat yang dirasakan kewujudan mereka untuk menghulurkan bantuan (amal ma'ruf),
begitu jugalah Jabatan Agama Islam tidak perlu menunggu maksiat terpampang depan mata baru nak ambil tindakan.
Dan hadith Nabawi riwayat Muslim yang terkenal bermaksud : "Barangsiapa diantara kamu yang mengetahui wujudnya kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya".
"Roa" dalam hadith tersebut bererti 'alima iaitu mengetahui. Macama mana nak tahu kalau tidak mencari.

Sekiranya Jabatan Agama Islam tidak merisik untuk menangkap pengkhalwat di hotel-hotel, maka kenyanglah orang yang berduit untuk buat maksiat di hotel-hotel bersama mana-mana pelacur yang diidamkan. Adakah mereka ini yang dipertahankan oleh MW tersebut!?
Setelah pembentangan ilmiah bahawa bercanggahnya MW dengan konsep islam dan Hadith Nabi, maka jelaslah tugas dan fatwa Mufti Wahhabi tersebut tidak ubah
ibarat
? Menjilat danur demi memuaskan nafsu  binatang  peliharaannya ?.

Inilah tugas Wahhabi. Apa sahaja pangkat yang dipegang pasti akan merosakkan dan memalukan serta menghina islam itu sendiri.

Semoga kita diselamatkan oleh Allah daripada fitnah golongan Wahhabiyyah. Amin ya Robbal ?lamin
.



[ Last edited by  ibnur at 19-1-2007 05:16 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2006 01:37 PM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 17-12-2006 01:32 PM
Assalamu?laikum sahabatku semua.


Di akhir zaman kini semakin ramai manusia yang merasakan dirinya alim tentang ilmu agama malangnya dia sebenarnya merupakan perosak islam sedikit demi sedikit  ...



Ni kira buat artikel sendiri atau C n P dari sumber lain?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 08:11 AM | Show all posts
Originally posted by pang5Islam at 17-12-2006 01:37 PM



Ni kira buat artikel sendiri atau C n P dari sumber lain?


Tak kisah ler sumber dari mana? Itu tak penting. Yang penting dia berjaya menyampaikan maklumat untuk forumners MM
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 02:41 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: State religious authorities must stop spying, snooping and the practice of looking for couples to be charged with khalwat (close proximity).


Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin said such practices were against the Islamic principles of privacy and denoted the act of trespassing.

"It? an embarrassment to Islam to see religious officers going to hotels and demanding the guest list.

"Islam does not encourage people to look for acts of sins.

"The principle of amar makruf nahi mungkar (performing good deeds and abhorring evil) must be implemented only when sins and crimes are committed in the open.

"To invade an individual? privacy is against Islam."

Dr Mohd Asri explained that prevention against sins or evil deeds must only be confined to those that would affect society and the environment, or when it would encourage others to commit them publicly.

He said the recent case of a khalwat raid mistakenly carried out against an elderly American couple in Langkawi was an example of an operation that did not follow Islamic principles.

"There were many other similar cases where local husbands and wives were raided in their homes.

"Such activities give the impression that Islam encourages invasion of privacy."

He also questioned the practice of bringing along unauthorised people for khalwat raids such as the Press.

"What is the purpose of bringing along the media, and sometimes members of the public?

"Are we trying to shame a private individual publicly or are we really abhorring sins?"

On whether he is condoning vice activities, Dr Mohd Asri said: "There? a hadith (sayings of the Prophet) that says ?f you conceal the shame of others, Allah will conceal your shame in the hereafter?, The Prophet is not asking us to commit sins but he has made it clear for us not to find the faults of others."

He hoped religious enforcement authorities would prioritise their job, such as addressing the menace of Mat Rempit, which is giving a bad name to Islam as most of them are Muslims, instead of snooping around for couples in private residences.

Some moderate Muslim groups have also alleged that religious authorities have their priorities wrong as some divorced Muslim women find it difficult to get mut?h (monetary gift), maintenance and guardianship of their children, with the authorities usually claiming a lack of manpower to enforce the law.

To prove his seriousness, Dr Mohd Asri said Perlis Menteri Besar Datuk Shahidan Kassim had agreed to hold a course on khalwat prevention based on Islamic principles soon.

In Malaysia, religion is the prerogative of the state government. Federal authorities only have advisory powers in such matters.

-----------------------------------------------





Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan cadangan beliau supaya serbuan khalwat di hotel dihentikan oleh pihak berkuasa agama bertujuan menjaga imej agama suci itu terutama di kalangan bukan Islam.

Beliau berkata, kesilapan dalam kes tangkapan khalwat termasuk menangkap pasangan suami isteri yang tidur di hotel dan terhadap pasangan bukan Islam boleh memalukan dan menjejaskan Islam.

"Saya tidak mahu Islam menjadi bahan ketawa kerana kesilapan kita lakukan sedangkan agama tidak menuntut melakukan perkara seperti itu," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Asri berkata, Islam tidak menyuruh umatnya melakukan serbuan khalwat berdasarkan maklumat tidak jelas dan kemudian bertindak seperti mengaibkan pasangan terbabit.

Beliau berkata, pihak berkuasa agama sepatutnya lebih mengutamakan perbuatan mungkar yang dilakukan secara terang berbanding melakukan serbuan di hotel yang belum pasti kebenarannya.

"Jika kita teruskan operasi mencegah maksiat di hotel, kita juga kena intip rumah dikatakan berlaku kemungkaran termasuk suami isteri yang mungkin melakukan perkara mungkar seperti tidak bersembahyang," katanya.

Beliau berkata, umat Islam boleh menyekat kemungkaran jika perbuatan itu membabitkan pihak lain seperti rasuah, dadah atau minum arak yang mendatangkan masalah kepada orang lain.

Katanya, dosa khalwat hanya membabitkan antara mereka yang berkenaan dengan Tuhan dan mereka juga mungkin bertaubat selepas dihadapkan ke mahkamah.

Mengenai kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman yang mahu mengadakan muzakarah bagi membincangkan cadangan itu, Mohd Asri berkata, beliau akan berjumpa dengan Jakim, hari ini

[ Last edited by  kyas at 18-12-2006 02:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Druss This user has been deleted
Post time 18-12-2006 02:58 PM | Show all posts
Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin said such practices were against the Islamic principles of privacy and denoted the act of trespassing.

"It? an embarrassment to Islam to see religious officers going to hotels and demanding the guest list.

"Islam does not encourage people to look for acts of sins.

"The principle of amar makruf nahi mungkar (performing good deeds and abhorring evil) must be implemented only when sins and crimes are committed in the open.

"To invade an individual? privacy is against Islam."

Dr Mohd Asri explained that prevention against sins or evil deeds must only be confined to those that would affect society and the environment, or when it would encourage others to commit them publicly.

He said the recent case of a khalwat raid mistakenly carried out against an elderly American couple in Langkawi was an example of an operation that did not follow Islamic principles.

"There were many other similar cases where local husbands and wives were raided in their homes.

"Such activities give the impression that Islam encourages invasion of privacy."

He also questioned the practice of bringing along unauthorised people for khalwat raids such as the Press.

"What is the purpose of bringing along the media, and sometimes members of the public?

"Are we trying to shame a private individual publicly or are we really abhorring sins?"

On whether he is condoning vice activities, Dr Mohd Asri said: "There? a hadith (sayings of the Prophet) that says ?f you conceal the shame of others, Allah will conceal your shame in the hereafter?, The Prophet is not asking us to commit sins but he has made it clear for us not to find the faults of others."


Assalamu alaikum.

Kyas. About snooping and invading privacy. The matter is clear in Islam, it is not allowed. As stated in the article.

I don't know much about Islam but this I know.

Jazak Allah Khair.

And what is the thread about Wahhabi?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 05:50 PM | Show all posts
w'salam...

druss,

i did not say that i am against him. (or anybody in this thread.. yet)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2006 08:55 AM | Show all posts
and i heard from the news that JAKIM has agreed with the mufti that there must be certain procedures to be followed ... not just hantam ...

----------------------------------------------------

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersetuju sebarang serbuan di hotel berhubung kes khalwat, hanya boleh dilakukan jabatan agama Islam negeri selepas menerima aduan orang ramai.

Persetujuan itu dicapai hasil perbincangan Jakim dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) di Kuala Lumpur semalam berkaitan isu operasi mengintai pasangan Islam sebelum ditahan atas tuduhan berkhalwat.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman, berkata pegawai penguat kuasa agama bagaimanapun boleh membuat siasatan termasuk meneliti senarai nama penginap hotel disyaki berkhalwat bagi membuktikan kesahihan aduan berkenaan.

"Dalam hal ini tidak timbul isu intai atau intip, sebaliknya ia lebih kepada penelitian atau siasatan untuk memastikan kesahihan aduan", katanya ketika dihubungi selepas menghadiri Muzakarah Halal di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai hasil perbincangan Jakim berhubung isu operasi mengintai pasangan Islam dibangkitkan Mohd Asri, minggu lalu.

Mohd Asri sebelum ini dilaporkan meminta semua jabatan agama Islam negeri menghentikan perbuatan mengintai pasangan untuk ditahan kerana kesalahan berkhalwat.

Beliau berpendapat amalan berkenaan bertentangan dengan prinsip hak asasi dan menyerupai perbuatan menceroboh, malah memalukan Islam kerana pegawai penguat kuasa jabatan agama Islam pergi ke hotel dan meminta senarai nama penginap.

Mohd Asri berkata, prinsip amar makruh nahi mungkar hanya boleh dilaksanakan apabila kesalahan dan jenayah dilakukan secara terbuka, tetapi menceroboh hak individu lain, bertentangan ajaran Islam.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2007 di Dewan Negara semalam, mengakui penguatkuasaan undang-undang khalwat masih kurang mantap dan perlu diperkemaskan.

Abdullah berkata, pihaknya kini berusaha mengelakkan pertikaian membabitkan operasi dijalankan pegawai penguat kuasa agama dengan memperkenalkan garis panduan Piawaian Prosedur Operasi (SOP).

"Mengikut SOP yang baru digubal ini, sebarang operasi hanya boleh dilakukan mereka yang mempunyai surat kuasa daripada jabatan agama Islam negeri atau pemerintah negeri terbabit.

"Sekarang sesiapa saja termasuk orang awam, diberi kad kuasa untuk menjalankan operasi mencegah khalwat berikutan kekurangan pegawai penguat kuasa di jabatan agama Islam negeri.

"Mesyuarat khas bagi menerangkan garis panduan baru itu kepada semua jabatan agama Islam negeri sudah diadakan pada 23 November hingga 25 November lalu," katanya.

Antara lain, garis panduan itu mengandungi peraturan yang perlu dipatuhi penguat kuasa agama termasuk menyertakan pegawai wanita ketika serbuan dan kaedah mengambil laporan hingga cara operasi dikendalikan.

Beliau juga berkata, ketika ini Jakim hanya mempunyai 150 pegawai penguat kuasa di seluruh negara untuk membendung lebih 40 kesalahan termasuk khalwat, berjudi, meminum arak dan kesalahan lain yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Isu operasi mengintai pasangan Islam sebelum ditahan atas tuduhan berkhalwat turut dipersoalkan Senator Dr Mohd Puad Zarkashi.

"Kenapa perlu intai-intai, perbuatan ini sebenarnya mengaibkan. Mereka membawa media dan televisyen untuk datang serbu. Mereka (yang diintip) belum tentu bersalah. Ini menyebabkan tindakan Jakim dipertikai dari segi prosedur dan sebagainya.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan apakah kepakaran Jakim untuk mengatasi masalah khalwat," katanya.

Senator Tajul Urus Mat Zain pula menganggap pandangan Mufti Perlis memperlihatkan satu fenomena baru ke arah menyelesaikan masalah dihadapi orang Islam dan memberi gambaran seolah-olah tindakan Jakim serta pegawai berkaitan tidak berkesan.

"Saya amat menghormati pandangan mufti itu, sungguhpun muda tetapi keberanian beliau memberi pandangan sedikit sebanyak menimbulkan polemik di kalangan mufti lama negara kita," katanya.

Abdullah bagaimanapun menganggap kenyataan Mufti Perlis itu sebagai pendapat individu kerana sebarang isu berbangkit mengenai agama perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Kita ada forum khas, iaitu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti dan lima pakar akademik dalam pelbagai bidang agama termasuk fekah dan akidah.

"Sebelum sesuatu isu dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa untuk diteliti dan diambil keputusan, panel akan bergerak terlebih dulu termasuk panel akidah dan panel syariah yang dianggotai profesor universiti.

"Mufti berkenaan baru berusia 35 tahun. Kita ambil kenyataannya sebagai pendapat individu sajalah. Kalau betul dia dapat dua pahala, itupun kalau menurut agama dan kalau tidak betul dapat satu pahala," katanya.

Berita Harian. Today.

-----------------------------------------------


Looks like JAKIM is not against the 'wahabi'
Originally posted by abu_syafiq at 17-12-2006 01:32 PM
Terbaru, MW telah mengeluarkan gesaan baru dan fatwa yang cukup menjijikkan selain akidah Wahhabi yang songsang iaitu menghina tindakan Jabatan Agama Islam dalam membenteras gejala khalwat atau permulaan zina di hotel-hotel. MW telah berfatwa bahawa :  Tindakan Jabatan Agama Islam merisik bagi membenteras  gejala khalwat di hotel-hotel adalah bertentangan dengan islam?. Subhanallah. Siapakah orang atau dalang yang dipertahankan oleh MW ini?!
Kalaulah tindakan  Jabatan Agama Islam membenteras gejala khalwat di hotel-hotel tidak dianggap sebagai nahi mungkar?
apakah yang dianggap sebagai nahi mungkar oleh MW tersebut?!.
Adakah MW tersebut menunggu sehingga zina berlaku di tepi-tepi jalan depan mata baru nak ambil tindakan?!

[ Last edited by  kyas at 19-12-2006 09:07 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

PersadaMaya This user has been deleted
Post time 19-12-2006 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 19-12-2006 08:55 AM
and i heard from the news that JAKIM has agreed with the mufti that there must be certain procedures to be followed ... not just hantam ...

----------------------------------------------------
...



sape kata JAKIM menentang WAHABI?...kebykan depa memang WAHABI...cuma WAHABI yg ikut rentak dan budaya masyarakat...hikhikhik....cuma bila ada kepentingan, baru depa guna hujah wahabi utk hentam masyarakat lak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2006 10:30 AM | Show all posts
ooo... JAKIM pulak dilabelkan dgn WAHABI...

jadi siapa yg tak wahabi skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 01:38 PM | Show all posts
Originally posted by PersadaMaya at 19-12-2006 09:41 AM



sape kata JAKIM menentang WAHABI?...kebykan depa memang WAHABI...cuma WAHABI yg ikut rentak dan budaya masyarakat...hikhikhik....cuma bila ada kepentingan, baru depa guna hujah wahabi utk hen ...


Kebetulan saya baru saja menghadiri Seminar pemikiran Islam 1 yang dianjurkan oleh Kolej Islam Darululum. Tajuknya ialah Sunnah dan Syiah. Pembentangnya ialah..
1. Pemahaman Mazhab Syiah oleh Ustaz Abdullah Hassan (i.s.a.)
2.Syiah menurut kacamata Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Hj. Zamihan Hj.Mat Zin al-Ghari. (Pen.Pengarah JAKIM)

Syabas PAS Pokok Sena kerana menganjurkan seminar itu biarpun masa yang diperuntukkan agak sedikit untuk membahaskan persoalan yang agak besar lagi rumit. Yang penting jika ada permulaan maka harap ia akan diteruskan lagi.

Satu yang menarik ialah selitan kata-kata yang dikeluarkan dari ustaz Zamihan ketika membentangkan kertas-kerjanya....."barwa-barwa wahabi menuduh saya sebagai syiah sebab saya pernah berguru dengan pensyarah yang bermazhab syiah...."

Hehehehe...orang-orang wahabi menuduh JAKIM sebagai terpengaruh dengan syiah manakala orang-orang rupakak pula menuduh JAKIM sebagai wahabi. Apa yang saya lihat dan dengar sendiri beliau adalah seorang ASWJ sejati yang mengikuti ulama-ulama salaf (dia sebut bukan seperti ulama salaf yang difahami wahabi) so JAKIM adalah ASWJ yang sejati.
Pendekatan JAKIM terhadap syiah dan wahabi juga berbeza dengan cara pendekatan terhadap ajaran Asaari@Ashaari Muhammad yang dimasukkan dalam sesat dan menyeleweng.

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Druss This user has been deleted
Post time 19-12-2006 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 18-12-2006 05:50 PM
w'salam...

druss,

i did not say that i am against him. (or anybody in this thread.. yet)


Sorry my mistake. This is about a malay called wahhabi?

WE all should be on the Ahl al-Sunnah wal-Jama?h.

If someone is doing something wrong against Islam and so publicly like invading others people privacy and looking for each other sins, this behaviour should be corrected soon as possible in the correct manner, because it effects peolple.

Jazak Allah Khair brother's keep up the good work. May allah(s.w.t)  keep you in the straight path, away from misguidance and give you hickmah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 09:41 PM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 17-12-2006 01:32 PM
Assalamu?laikum sahabatku semua......

Pelbagai cara dan taktik kotor  digunakan oleh pendokong ajaran sesat Wahhabiyah ini, antaranya tidak mengaku diri mereka sebagai Wahhabi, bertopengkan dengan nama ?alafi? dan ?unnah?.
Inilah cara yang pernah dimainkan oleh golongan Syi?h sehingga sekarang.
Benarlah islam mengatakan bahawa golongan sesat ini mempunyai persamaan antara satu sama lain walaupun bergaduh di antara mereka.

.

salam
wahhabi kata ASWJ sesat, ASWJ kata Syiah sesat, Syiah kata Wahhabi sesat, wahhabi kata Syiah sesat, Syiah kata ASWJ, ASWJ kata wahhabi sesat.  hmmmm...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 09:44 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 19-12-2006 01:38 PM


Kebetulan saya baru saja menghadiri Seminar pemikiran Islam 1 yang dianjurkan oleh Kolej Islam Darululum. Tajuknya ialah Sunnah dan Syiah. Pembentangnya ialah..
1. Pemahaman Mazhab Syiah oleh  ...

Salam Grave
semoga sihat sokmo
Usatz Abbdullah Hassan bekas ustaz Sunni, pernah ada jawatan dalam PAS. Grave, tolong betulkan kalau salah.

fleurzsa: Sorry, edited krn tidak sesuai. Thanks

[ Last edited by  fleurzsa at 20-12-2006 07:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 11:29 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 19-12-2006 01:38 PM


Kebetulan saya baru saja menghadiri Seminar pemikiran Islam 1 yang dianjurkan oleh Kolej Islam Darululum. Tajuknya ialah Sunnah dan Syiah. Pembentangnya ialah..
1. Pemahaman Mazhab Syiah oleh  ...


Bila berlangsungnya seminar ni? Kenapa PAS tak mau buat publisiti program yang cantik begini? Kalau tahu ramai agaknya yang nak pergi.
Reply

Use magic Report

mulanku This user has been deleted
Post time 20-12-2006 11:35 AM | Show all posts
siapa yg benar2 tahu apakah itu wahabi?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 19-12-2006 09:44 PM

Salam Grave
semoga sihat sokmo
Usatz Abbdullah Hassan bekas ustaz Sunni, pernah ada jawatan dalam PAS. Grave, tolong betulkan kalau salah.

fleurzsa: Sorry, edited krn tidak sesuai. Thanks


Salam Bill...
Masih sibuk lagi ka? Rajin-rajinlah jenguk kembali ke sini kerana ramai musafir yang merindukan ilmu-ilmu ahlul-bait dari pencinta-pencinta ahlul-bait sendiri.

Ustaz Abdullah Hassan memang bekas seorang aktivis PAS yang berjawatan. Beliau seorang yang berilmu dan berpengalaman luas serta pengucapan awamnya pun begitu mengkagumkan. Hingga kini pun PAS kawasan masih memujuk beliau untuk aktif namun setelah di ISA kan, beliau telah menumpukan sepenuh tenaganya untuk menyampaikan kebenaran ilmu-ilmu ahlul-bait dari memberikan ceramah-ceramah di luar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2006 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by Oranggunung at 19-12-2006 11:29 PM


Bila berlangsungnya seminar ni? Kenapa PAS tak mau buat publisiti program yang cantik begini? Kalau tahu ramai agaknya yang nak pergi.


Seminar tersebut baru saja berlangsung pada 17hb di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. PAS memang tak buat publisiti kerana ia lebih berbentuk ilmiah dan lagi pun ia dianjurkan dibawah pengelolaan Kolej Islam Darul Ulum dan bukannya PAS kawasan. Sasarannya adalah untuk pelajar-pelajar mereka yang perlu mengenali berbagai-bagai aliran pemikiran dalam Islam.

Mereka akan menganjurkan lagi siri-siri seminar seperti ini dan dalam masa yang terdekat ini, mereka berkata akan mengadakan  seminar wahabi-sunni pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 11:18 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau tidak membantah operasi khalwat, tetapi mengingatkan pegawai penguat kuasa agama mengamalkan kaedah dianjurkan Islam dan bukan untuk tujuan mengaibkan pasangan ditahan.

Pendapat beliau disokong Timbalan Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, yang berpendapat konsep ?mal makruf nahi mungkar?, termasuk operasi mesti diteruskan tetapi ia tidak harus berdasarkan syak, sebaliknya berasaskan keyakinan.

Mohd Asri, 35, berkata sejajar konsep menutup keaiban seseorang dianjurkan Islam, operasi itu tidak boleh dilakukan untuk memalukan seseorang, sebaliknya dengan niat mencegah kemungkaran tetapi berasaskan laporan yang bersifat diyakini oleh pihak yang membuat laporan.

Islam menyatakan jangan kamu syak. Jauhilah daripada sangkaan. Jangan kamu intip-mengintip. Kalau pegawai penguat kuasa dapat laporan, dia kena siasat sama ada laporan itu betul atau tak betul. Kalau tak pasti, biarkan. Perkara yang tak pasti, jangan masuk campur.

Mungkar yang terbuka, kita tak kacau pun. Orang berpeluk atas pentas, disiarkan dalam televisyen, kita tak kacau pun. Yang dalam bilik kita pergi cari. Adakah ia terbit daripada kesungguhan atau sentimen? Dia tak kisah apa yang berlaku depan matanya. Dia tunggu orang masuk bilik, baru tangkap,?
katanya kepada ditemui di sini, semalam.

Mohd Asri dan Juanda menghadiri mesyuarat berkaitan kaedah pengeluaran logo halal anjuran Jabatan Peguam Negara di sebuah hotel di sini.

Kelmarin, akhbar ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria; Ahli Kehormat Utama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ahmad Awang dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar yang menolak pendapat Mohd Asri sebelum ini yang menyifatkan perbuatan mengintip dan menahan pasangan disyaki berkhalwat sebagai melanggar hak individu dan harus dihentikan.

Mohd Asri menjelaskan, khalwat adalah dosa antara seseorang dengan Allah dan umat Islam yang lain seboleh-bolehnya harus menutup keaiban itu untuk memelihara maruahnya, sejajar konsep memelihara maruah umat yang dianjurkan Islam untuk membimbingnya ke jalan benar.

Saya bercakap memberi imej kepada Islam supaya agama kita jangan dipersendakan. Kalau dosa antara manusia dengan Tuhan hendak diintai dan diperiksa, kita juga kena periksa pasangan yang naik kereta berdua-duaan. Kalau ada aduan yang jelas, baru kita bertindak. Hari ini, ada tangkapan tidak jelas. Kenapa media dibawa. Apa tujuannya,? tanyanya.

Sementara itu, Juanda, 34, berkata falsafah Islam adalah memberi rahmat kepada umatnya, bukan untuk menjatuhkan maruah mereka dengan menghebahkan kepada umum.

Kalau jenayah membabitkan dia dengan Allah, seboleh-bolehnya kita tutup. Kalau jenayah membabitkan dia dengan manusia, kena ada perundingan sama ada orang itu reda atau tidak.

Amal makruf nahi mungkar kena ada adab. Kita kena mendidik, bukan menghukum. Bukan sifat Islam hendak mengesyaki orang. Islam tak suruh kita memalukan orang. Manusia berdosa, tetapi berilah peluang dia bertaubat tetapi kalau dia sudah dimalukan, nanti dia kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,? katanya.

Berita Harian, 2 hari lepas (kalau tak silap)
------------------------------------------------

Originally posted by abu_syafiq at 17-12-2006 01:32 PM
Terbaru, MW telah mengeluarkan gesaan baru dan fatwa yang cukup menjijikkan selain akidah Wahhabi yang songsang iaitu menghina tindakan Jabatan Agama Islam dalam membenteras gejala khalwat atau permulaan zina di hotel-hotel.
MW telah berfatwa bahawa :  Tindakan Jabatan Agama Islam merisik bagi membenteras  gejala khalwat di hotel-hotel adalah bertentangan dengan islam?. Subhanallah.
Siapakah orang atau dalang yang dipertahankan oleh MW ini?!
Kalaulah tindakan  Jabatan Agama Islam membenteras gejala khalwat di hotel-hotel tidak dianggap sebagai nahi mungkar,
apakah yang dianggap sebagai nahi mungkar oleh MW tersebut?!.
Adakah MW tersebut menunggu sehingga zina berlaku di tepi-tepi jalan depan mata baru nak ambil tindakan?!


Lihat quote di atas bagaimana abu_syafiq - seorang alim yang sangat saya hormati, boleh cepat2 jump into such conclusion...

[ Last edited by  kyas at 21-12-2006 12:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 01:00 PM | Show all posts
KOTA BHARU, 20 Dis (Hrkh): Kaedah mendapat kesahihan sebelum membuat serbuan terhadap sesuatu kes khalwat di hotel atau rumah tumpangan sebenarnya sudah lama dipraktikkan di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan Mohamood berkata, kaedah mendapatkan bukti yang kukuh sebelum mengeledah rumah tumpangan atau hotel yang mencurigakan sudah lama dilakukan bagi mengelakkan sesuatu masalah.

"Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) telah lama mengamalkan kaedah mendapatkan kepastian terlebih dahulu sebelum tindakan serbuan dibuat", katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dilapor meminta semua jabatan agama Islam menghentikan perbuatan mengintai pasangan yang ditahan kerana khalwat.

Dakwanya amalan berkenaan dianggap bertentangan dengan prinsip hak asasi dan menyerupai perbuatan menceroboh dan memalukan Islam kerana penguat kuasa jabatan agama pergi ke hotel meminta senarai nama penginap.

Hassan berkata, Islam sendiri melarang perbuatan "tajahsus" (mengintai, mengintip dan mencari rahsia) seseorang.

"Apa yang kita buat di sini mengamalkan tindakan mendapatkan kepastian terlebih dahulu sebelum serbuan dibuat. Selain itu rondaan seringkali dilaksanakan bagi mencegah kemungkaran biar pun tidak mendapat maklumat orang ramai", ujarnya.

Menurutnya, tindakan berkenaan dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika serbuan dibuat, khususnya pasangan yang dituduh berkhalwat.

Beliau juga berkata, sebelum tangkapan dibuat penguatkuasa Jaheaik terlebih dahulu mendapat persetujuan hakim bagi memastikan prosedur yang ditetapkan dipatuhi.

Menurutnya juga, pihak Jaheaik turut mendapat kerjasama orang ramai bagi mencegah kemungkaran, memandangkan bilangan pegawai penguatkuasa belum mencukupi.

[ Last edited by  kyas at 21-12-2006 01:06 PM ]
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 3-1-2007 11:31 AM | Show all posts

WAHHABI TETAP DAN PASTI AKAN MEMPERTAHANKAN FATWA ULAMA WAHHABI MEREKA

Sekiranya kita melihat tindak balas dari golongan wahhabi terutama al-ahkam website .
kita akan dapati mereka akan mempertahankan mati matian fatwa ulama wahhabi mereka walaupun telah jelas sesat dan kufur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.400707 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list