CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abu_syafiq

MUFTI WAHHABI ( MW ) (merged with topik mufti asri by abusyafiq)

[Copy link]
Post time 1-2-2007 04:11 PM | Show all posts
Sebenarnya ini semua karena kesalahpahaman saudara-saudara dalam memahami apa ASWJ itu. Andai kalian mau sedikit belajar dari Al Qur'an dan Sunnah, dan bukan hanya taashub madzhabiyah dan hizbiyah macam nii tentu semua tak ade perbedaan. Inilah yang di katakan oleh Allah azza wa jalla jike kite berbeda pendapat tentang sesuatu maka kembalikan kepada Allah (Al Qur'an) dan RasulNya (sunnah) dengan pemahaman salafus shalih dan bukan dengan pemahaman sendiri-sendiri. Tentu akan tercapai kesepakatan dalam agama ini. Tapi hidayah memang milik Allah. Nabi Muhammad sendiripun tidak punya kuasa memberi hidayah kepada orang yang dia cintai apalagi kita.
Sekarang cobalah jelaskan sikit siapa aje yang ada di room niii...apekah ASWJ tuu? Mengapa di katakan Ahlusunnah dan apakah Al Jamaah tuu? JANGAN mengambil kata si fulan si fulan tapi berdalillah dengan Al Qur'an dan sunnah. Dan siapakah yang dikatakan ahlussunnah wal jamaah itu. SILAKAN?

Lalu akan ana jelaskan juga ASWJ menurut manhaj salafy. Nanti kita persilahkan para pembaca memutuskan mana hujjah yang paling kuat dan bisa dipercaya.

[ Last edited by  ikhwanindo at 1-2-2007 03:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2007 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 1-2-2007 04:11 PM
Sebenarnya ini semua karena kesalahpahaman saudara-saudara dalam memahami apa ASWJ itu. Andai kalian mau sedikit belajar dari Al Qur'an dan Sunnah, dan bukan hanya taashub madzhabiyah dan hizbiya ...


mcm ni pak indon..tak payah lah nak berlagak kat sini, cabar itu dan ini...seolah2 kita saja yg betul dan pintar

semua forumer kat sini bukannya berforum nak cari kebenaran..tapi asal behujah aje kate nak cari kebenaran (konon)..

kita ni semua sebenarnya nak berlagak termasuk ana bukannya nak cari kesepakatan..

jadi kalau mengharapkan forumer kat sini insaf dgn tulisan ciplak pak indon jgn haraplah...sampai kucing bertanduk pun takkan jadi.

kesimpulannya...kita semua ni berforum nak tunjuk lagak sebenarnya..siapa yg yg paling byk hujah ilmiyyah maka dialah juara...itu sebenarnya kita semua nak!!

buang masa aja pak indon kat sini...baik pegi berdakwah dari rumah ke rumah..peluang utk membetulkan aqidah mereka lebih cerah dari berforum kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 09:49 PM | Show all posts

Reply #67 ikhwanindo's post

Perkataan Ahlussunnah wal Jamaah kadang-kadang disebut sebagai Ahlussunnah sahaja atau Sunni sahaja dan kadang-kadang disebut Asy'ari atau Asya'irah dikaitkan dengan ulama besarnya yang pertama iaitu Abu Hassan Ali Asy'ari.

Sejarah ringkas ulama besar ini adalah:

Nama lengkap beliau adalah Abu Hasan Ali bin Ismail bin Abi Basyar bin Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdillah bin Musa bin Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa Al Asy'ari.

Abi Musa ini adalah seorang sahabat Nabi yang terkenal dalam sejarah Islam.

Abu Hassan lahir di Basrah, Iraq pada tahun 260H yakni 55 tahun sesudah meninggalnya Imam As Syafie rhm dan meninggal di Basrah juga pada tahun 324H dalam usia 64 tahun.

Beliau pada mulanya adalah murid daripada bapa tirinya seorang ulama besar kaum Muktazilah, Syeikh Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab Al Jabai , tetapi kemudian beliau bertaubat dan keluar daripada golongan Muktazilah itu.

Pada masa itu, banyak sekali ulama Muktazilah mengajar di Basrah, Kufah dan Baghdad.

Ada 3 orang Khalifah Abbasiyah iaitu Malmun bin Harun Ar Rasyid, Al Muktasim dan Al Watsiq adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong utama daripada golongan Muktazilah.

Dalam sejarah dinyatakan bahawa pada zaman itu terjadilah apa yang dinamakan fitnah " Al Quran makhluk" yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefahaman dengan kaum Muktazilah.

Pada masa Abu Hassan Al Asy'ari muda remaja, ulama-ulama Muktazilah sangat banyak di Basrah, Kufah dan Baghdad. Masa itu zaman gilang gemilang bagi mereka, kerana fahamannya disokong oleh pemerintah.

Imam Abu Hassan termasuk salah seorang pemuda yang belajar kepada Syeikh dari Muktazilah iaitu Muhammad bin Abdul Wahab Al Jabai.

Muhammad bin Abdul wahab ini bukanlah pembangun mazhab Wahabi di Najd.

Imam Abu Hassan Al Asy'ari melihat bahawa dalam faham kaum Muktazilah ini banyak terdapat kesalahan besar yang bertentangan dengan iktiqad nabi Muhammad SAW dan para Sahabat beliau yang ramai dan banyak bertentangan dengan Al Quran dan Hadis.

Maka itu, beliau keluar daripada golongan Muktazilah dan bertaubat kepada Tuhan atas kesalahannya yang lalu. Bukan sahaj begitu, tetapi beliau tampil kemuka garisan depan untuk melawan dan mengalahan kaum Muktazilah yang salah itu.

Pada suatu hari beliau naik ke sebuah mimbar di maasjid Basrah yang besar itu dan mengucapkan pidato yang didengar oleh banyak kaum Muslimin yang berkumpul di situ.

Beliau berucap:

" Saudara-saudara kaum Muslimin yang dihrmati! Sesiapa yang sudah mengetahui saya, baiklah tetapi yang belum mengetahui, maka saya ini adlah Abu Hassan Ali As'ari anak dari Ismail bin Abi Basyar. Dulu saya berpendapat bahawa Quran itu makhluk, bahawa Tuhan itu tidak boleh dilihat dengan mata kepala di Akhirat, dan bahawa manusialah yang mencipta perbuatannya serupa dengan kaum Muktazilah.
Sekarang saya menyatakan terus terang bahawa saya telah bertaubat dari fahaman Muktazilah itu dan saya telah melemparkan faham Muktazilah itu seperti saya melemparkan baju saya ini dan saya setiap saat siap untuk menolak faham Muktazilah ini."
(Zhumrul Islam 4 halaman 67)

Dari saat itu, Imam Abu Hassan Al Asy'ari berjuang melawan kaum Muktazilah dengan lisan dan tulisan, berdebat dan bertanding dengan kaum Muktazilah di mana-mana, merumuskan dan menuliskan dalam kitab-kitabnya iktikad kaum Ahlussunah wal jamaah sehingga beliau masyhur sebagai seorang ulama Usuluddin/tauhid yang dapat menundukkan dan menghancurkan faham Muktazilah itu.

Beliau mengumpulkan sebaik-baiknya dari Al Quran dan Hadis faham atau iktikad nabi Muhammad SAW dan para Sahabatnya, diperincinya dengan baik-baik.

Berkata Imam Zabidi, pengarang kitab Ittihaf sadatil Muttaqin, syarah Ihya Ulumuddin: "Imam Asy'ari telah mengarang sekitar 200 kitab." (Lihat Ittihaf, jilid 2, halaman 7)

Di antara kitab-kitab karangan Imam Abu Hassan Al Asy'ari:

1. Ibanah fi Usuluddin, 3 jilid besar
2. Maqalaatul Islamiyiin.
3. Al Mujaz, 3 jilid besar
4. dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 09:56 PM | Show all posts
Aku pernah terjumpa Ada satu hadis mengatakan
lebih kurang begini
"suatu ketika Nabi SAW telah berkata kepada abi Musa
dari zuriatmu akan ada seorang yang akan menyucikan kembali islam"
Dan ijmak ulama telah bersepakat mengatakan manusia itu adalah abu hasan
AlAsyari.


[ Last edited by  hafiz_alghumari at 2-2-2007 02:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 1-2-2007 09:56 PM
Ada satu hadis mengatakan
suatu ketika Nabi SAW telah berkata kepada abi Musa
dari zuriatmu akan ada seorang yang akan menyucikan kembali islam
Dan ijmak ulama telah bersepakat mengatakan manusia itu adalah abu hasan
AlAsyari.


abu hasan alshaari bukan keturunan ahlulbait. Hanya itrah rasulullah dari bani hasyim shj yg dibenarkan mengambil alih menjadi ketua islam sesudah nabi wafat. bukan keturunan org lain.

buktinya hadis tsaqolain(quran dan itrah). mcm mane pula abul hasan yg akan menyucikan kembali sedangkan dia bukan itrah. ini bermakna anta kata nabi tu pembohong sebab kejap kata itrah kejap kata abu hasan ;)
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 10:03 PM | Show all posts
malau bagaimanapun hadis tu ternyata palsu ;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2007 12:50 AM | Show all posts
  menurut ajaran ahlul bait ker?

[ Last edited by  hafiz_alghumari at 2-2-2007 12:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 01:24 AM | Show all posts
Hmm... lepas ni mohon jangan lagi bawa isu "kenegaraan" ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 2-2-2007 12:50 AM
  menurut ajaran ahlul bait ker?


apa maksud anta..cuba hujah tu jelas skit ;)
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 01:29 AM | Show all posts
jujhur Ulama ASWJ dah bersepakat mengatakan abu hasan al asyari dan abu mansur al maturidi adalah pengasas akidah ASWJ dan telah menyelamatkan umat islam dari fahaman muktazilah yang menyeleweng.TAkkan pak yahya tak tahu lagi tentang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 01:32 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 2-2-2007 01:29 AM
jujhur Ulama ASWJ dah bersepakat mengatakan abu hasan al asyari dan abu mansur al maturidi adalah pengasas akidah ASWJ dan telah menyelamatkan umat islam dari fahaman muktazilah yang menyeleweng. ...


jumhur ulama? ulama mane tu? habis tu imam mahdi nak letak kat mana.

hafiz, kalau nak bercakap soal aqidah ni panjang ceritanya. kita kena kembali pada zaman rasulullah dan selepas baginda wafat. baru jalan ceritanya tak putus.

yg hafiz cedok tu hanya separuh jln.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 01:33 AM | Show all posts
OH ya saya lupa sesuatu tentang pak yahya
tapi tak perlu saya sebutkan disini
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 01:35 AM | Show all posts
ULAMA ahli sunah waljamaah ler
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 01:35 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 2-2-2007 01:33 AM
OH ya saya lupa sesuatu tentang pak yahya
tapi tak perlu saya sebutkan disini


kalau tak nak sebut jgn bercerita..tak perlulah anta nak berpsikologi dgn saya pula.

cuba tgk jam tu pukul brapa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 01:37 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 2-2-2007 01:35 AM
ULAMA ahli sunah waljamaah ler


siapa? dlm kitab mane? boleh beri rujukan?

ulama wahabi pun mengaku sebagai ulama ahlul sunnah waljmaah.

jgn reti sebut 'jumhur ulama' shj tapi kita sendiri tak tahu siapakah mereka itu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 01:54 AM | Show all posts

SAya tak mahu berdebat dengan pak yahya tentang ini

Pada mulanya  semua orang islam berpegang pada akidah ahli sunnah  wal jamaah kerana akidah inilah yang menjadi pegangan rasulullah para sahabat dan tabi tabiin
Oleh kerana semua orang berpegang pada akidah tersebut dan itulah sahaja akidah orang islam maka tidak timbul pula soal untuk menjadikan ianya sebagai satu fahaman atau aliran dalam akidah tauhid.
Kekeliruan bermula timbul selepas krisis kepimpinan selepas kewafatan rasulullah
terutamanya selepas pembunuhan saidina osman dan pembunuhan saidina Ali.
Umat islam mula berpecah dan berpuak antara penyokong saidina Ali dan penyokong saidina osman yang dipimpin oleh muawiyah bin abi sufian.
Pertentangan politik inilah yang akhirnya melahirkan beberapa fahaman yang menyalahi akidah ahli sunnah waljamaah.
Puak syiah yang menyokong saidina ali  telah membentuk mazhab syiah
Puak yang menyalahkan Ali kw telah membentuk fahaman khawarij
dan golongan yang terpengaruh dengan fahaman rasional akibat terpengaruh dgn fahaman yunani telah membentuk fahaman Muktazilah
.Selain itu lahir fahaman qadariah,musyabahah,jabariah,najjariah
dan murjiah
FAhaman ini menyeleweng dari akidah ahli sunah wal jamaah
.Umat islam telah dilanda krisis akidah selama 300 tahun akibat kemunculan muktazilah oleh pengasasnya wasil bin atak
.Dengan pengaruh dengan fahaman tersebut maka pendukung fahaman ini dapat menentang dan menghapuskan ulama ASWJ yang menentang mereka.Ramai yang menjadi mangsa dan korban seperti imam bukhari yang menyembunyikan diri
isa bin dinar dipenjara 20tahun
imam ahmad bin hambal dipukul 38kali
dan dipenjara 30 bulan.dan juga imam syafii yang hampir dihukum pancung.
Maka ketika iselepas itu muncullah abu hasan al asyari tampil mengishtiharkan diri keluar daei fahaman muktazilah tampil mengishtiharkan diri sebagao pendukung ahli sunah waljamaah yaitu pada abad ketiga hijah.Perjuangan nya kemudian disambung oleh Abu Mansur al maturidi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 01:56 AM | Show all posts
saya petik dari kitab tauhid jabatan agama negeri johor
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 02:01 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 2-2-2007 01:54 AM
Pada mulanya  semua orang islam berpegang pada akidah ahli sunnah  wal jamaah kerana akidah inilah yang menjadi pegangan rasulullah para sahabat dan tabi tabiin
Oleh kerana semua orang berpegang ...


betul..tak salah nak pegang aqidah mereka, tapi hafiz jgn lupa pula hadis ni:

إِنِّى تَارِكٌ فِيْكُمُ الثَّقَلَيْنِ، مَاإِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدِيْ، أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنَ اْلأَخِرِ: كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ حَبْلٌ مَمْدُوْدٌ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى اْلأَرْدِ وَعِتْرَتِى أَهْلُ بَيْتِى، وَلَنْ يَتَفَرَّ قَا حَتَّى يَرْدَا عَلَى الْحَوْض، فَانْظُرُوْا كَيْفَ تَخْلِفُوْنِى فِيْهِمَا

"Sesungguhnya aku meninggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat, selagi kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat sepeninggalan aku, yang satu lebih besar dair yang lain; Kitab Allah yang merupakan tali yang terhulur menjunam dari langit ke bumi dan itrahku (keturunan) dari Ahli Baitku, keduanya tidak akan berpisah sehingga datang padaku di Telaga Haudh, maka perhatikanlah bagaimana sikap kamu terhdap keduanya itu", [diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Ahmad.]

jadi hafiz nak pegang hak mane. hadis diatas jelas Rasulullah kata 'Kamu tak akan sesat'. jadi kalau kita berpegang dgn aqidah Ahlulbait maka takkan sesat. Itu jaminan Rasulullah saw.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 02:04 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 1-2-2007 09:56 PM
Ada satu hadis mengatakan
suatu ketika Nabi SAW telah berkata kepada abi Musa
dari zuriatmu akan ada seorang yang akan menyucikan kembali islam
Dan ijmak ulama telah bersepakat mengatakan ma ...


yg ni pula saya nak tambah sikit:

اَلنُّجُوْمُ أَمَانٌ ِلأَهْلِ ا ْلأَرْضِ مِنَ الْغَرَقْ، وَأَهْلُ بَيْتِيْ أَمَانٌ ِلأُمَّتِيْ مِنَ ا ْلإِخْتِلاَفِ، فَإِذَا خَالَفَتْهَا قَبِيْلَةٌ مِنَ الْعَرَبِ إِخْتَلَفُوْا فَصَارُوْا حِزْبَ إِبْلِيْسٍ

"Bintang-bintang itu menjadi penyelamat kepada penghuni bumi dari tenggelam/karam sedangkan Ahli Baitku menjadi penyelamat kepada umatku dari perselisihan (dalam agama) apabila satu kabilah dari orang Arab menentangnya (hukum-hukum Allah A.W.J.) mereka berselisih dan menjadi golongan syaitan". [Diriwayatkan oleh Al-Hakim dari Ibnu Abbas dan disahihkan oleh Tirmizi.]

jadi yg menjadi penyelamat ummat muhammad saw adalah ahlulbait beliau. bukannya abu hasan Al-Asyari ;)
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 02:06 AM | Show all posts
saya masih hormat pak yahya
dan saya masih belum  lagi bersedia hendak berbahas tentang syiah
saya stop disini
sebelum keluar benda yang tak sepatutnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.178903 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list