CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17137|Reply: 53

Sejarah Jementah

[Copy link]
Post time 18-12-2006 03:14 PM | Show all posts |Read mode
JEMENTAH.
Sejarah silam peristiwa-peristiwa pembukaan Tanah Jajahan Jementah dan Perang Jementah ada hubungkaitnya dengan sejarah silam Segamat. Kedua-dua peristiwa tersebut khususnya peristiwa berdarah Perang Jementah dianggap sebagai peristiwa terpenting sejarah Segamat. Malah ada pendapat mengatakan Daerah Segamat dikenali kerana tragedi berdarah di bumi Jementah (Perang Jementah). Kedua-dua peristiwa bersejarah (yang disulami dengan kisah-kisah dongeng) itu masih segar dalam ingatan generasi tua di daerah Iagenda Segamat ini.
Mengikut seorang pengkaji sejarah tempatan, Haji Hassan bin Penuh, bahawa jajahan Jementah telah dibuka lebih kurang 300 tahun dahulu. Disebabkan tanah Jementah itu subur dan timbul pula cerita kononnya dibuminya mengandungi emas, ramailah orang dari negeri-negeri berdekatan berhijrah ke Jementah. Pada masa itu kawasan Jementah dipenuhi dengan pokok-pokok hutan terutamanya pokok-pokok dedap. Semasa pendatang pendatang awal membersihkan kawasan dengan menebang pokok-pokok dan menebas semak belukar, satu perisitiwa ganjil telah berlaku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2006 03:15 PM | Show all posts
Setiap kali pokok-pokok itu ditebang, pada keesokan harinya didapati batang-batang pokok yang ditebang itu telah bercantum semula. Malah kawasan yang sudah dibersihkan itu menjadi semak-samun semula. Peristiwa ganjil ini berlaku selama seminggu. Pada tiap-tiap kali orang-orang yang membersihkan kawasan baru itu ditanya sama ada tugas mereka sudah selesai, mereka lantas menjawab, 'JEMU, JEMU, ASYIK TEBANG POKOK AJA'. Dan apabila mereka ditanya lagi bilakah kerja membersihkan kawasan itu selesai, sambil menggelengkan kepala, mereka menjawab, 'ENTAH,ENTAH,ENTAH!' Kononnya daripada perkatan 'JEMU-ENTAH' itu lahirlah nama 'JEMENTAH'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:16 PM | Show all posts
Secara kebetulan seorang pawang dari Sumatera bernama PAWANG KETOT bersama isterinya telah sampai dikawasan itu. Setelah mendengar kisah ganjil itu, Pawang Ketot pun menawarkan jasanya untuk membersihkan kawasan baru itu, Beliau telah mendirikan sebuah pondok di pinggir kawasan baru itu. Selama tiga hari tiga malam beliau dan isterinya membakar kemenyan dan menuturkan mentera. Kononnya sejak dan hari itu kisah ganjil itu tidak berulang lagi dan kerja membersihkan kawasan baru dapat diteruskan. Sebuah kampung telah dibuka disitu.


Pak Utih atau Haji Yahya bin Kubu menafikan timbulnya nama Jementah itu ada kaitannya dengan peristiwa ganjil itu. Menurutnya nama Jementah itu lahir daripada nama 'LINTAH'. Katanya lagi ada cerita di sebalik timbulnya nama Jementah itu.


Kononnya di kawasan ini terdapat banyak paya yang dipenuhi dengan lintah dan pendatang-pendatang awal itu berhempas pulas membunuh lintah-lintah yang penuh didalam paya. Selama beberapa hari itulah kerja mereka membunuh lintah. Lama-lama mereka berasa jemu. Kononnya daripada perkataan 'JEMU-LINTAH' itulah lahir nama JEMENTAH.

http://mediumnetwork.tripod.com/jementah.html
http://mediumnetwork.tripod.com/jementah2.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2006 03:20 PM | Show all posts
TOK EMPANG

Menurut kajian, pembukaan Jementah bermula dari pembukaan Bukit Tunggal atau nama asalnya Bukit Cerebon. Ketika dibuka, hujan yang lebat telah turun sehingga membanjiri seluruh kawasan Bukit Tunggal kecuali satu kawasan agak tinggi dan berbukit. Itulah asal Bukit Tunggal dapat namanya.


Bermula di Bukit Tunggal, pembukaan Jementah diteruskan lagi. Mengikut kajian, satu peristiwa ganjil telah berlaku ketika usaha-usaha membuka tanah dijalankan. Pokok kayu dan hutan belukar yang ditebang dan ditebas akan kembali seperti sediakala. Menebang sebelah pagi, sebelah petang tumbuh semula. Begitu juga sebaliknya. 6 orang bomoh telah dipanggil dan berusaha untuk membuka Jementah tetapi kesemuanya tidak berjaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:22 PM | Show all posts
Akhirnya pawang yang ketujuh, dikenali sebagai Tok Empang atau nama sebenarnya Tok Kedot yang berasal dari Negeri Sembilan datang mencuba nasib. Tok Kedot seorang yang boleh dikatakan hebat. Pernah suatu ketika beliau berbaring merintangi sebatang sungai dan diwaktu yang sama orang-orang kampung membuat empangan di bahagian hilir. Setelah kerja-kerja dibahagian hilir siap, barulah Tok Empang bangun. Sebab itulah beliau digelar Tok Empang.
Tok Empang Memulakan kerja-kerja membuka Jementah dengan bermula dari Sungai Muar. Tok Empang gembira kerana pokok yang ditebang itu tidak tumbuh semula seperti yang pernah terjadi pada pawang-pawang terdahulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2006 03:23 PM | Show all posts
Sekembali dari menebas, pada malamnya Tok Empang telah bermimpi didatangi oleh seorang tua yang mengatakan dia akan berjaya membuka Jementah tetapi dengan syarat anaknya yang ditinggalkan bersama isterinya iaitu Tok Andak akan dijadi ganti. (Tok Andak terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana kepandaianya memulihkan orang tercekik tulang dengan hanya menggunakan daun pokok mengkudu.)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:24 PM | Show all posts
Keesokan harinya, apabila tersedar dari tidurnya, Tok Empang berasa takut akan kehilangan anaknya. Lantas, dia terus pulang ke kampung dimana anak dan isterinya tinggal untuk sementara waktu. Setibanya disana, dia mendapati isterinya sedang menangis dan apabila ditanya isterinya memberitahu anaknya (seorang bayi lelaki) telah hilang secara tiba-tiba ketika sedang tidur di buaian.


Walaupun berasa sedih dengan kehilangan anaknya itu, Tok Empang tetap meneruskan usahanya untuk membuka Jementah. Akhirnya sebuah penempatan baru berjaya dibuka di situ dan dinamakan Jementah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:24 PM | Show all posts
Daripada kajian yang dibuat, diceritakan Tok Empang ada memelihara seekor harimau. Ia merupakan seekor Harimau Jadian dan lebih dikenali sebagai Harimau Tok Empang. Dipercayai sebelum Jementah ditimpa sebarang bencana, suara mengaum harimau ini akan kedengaran. Tapak kaki harimau Tok Empang ini boleh dikenalpasti sekiranya terdapat sepasang tapak kaki kanak-kanak (dipercayai milik anak Tok Empang yang hilang itu) di sebelahnya.
Sehingga kini, dipercayai harimau tersebut masih lagi hidup walaupun Tok Empang sudah meninggal dunia. Sebuah makam berukuran 3X5 meter di tanah perkuburan Kampung Bukit Tunggal dipercayai milik Tok Empang.

http://mediumnetwork.tripod.com/empang.html
http://mediumnetwork.tripod.com/empang2.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:28 PM | Show all posts
Perang Saudara Jementah atau lebih dikenali sebagai Perang Jementah adalah perang saudara yang pertama di negeri Johor. Perang ini tercetus pada tahun 1879 di Jementah, Johr akibat rasa tidak puas hati Tengku Alam, putera gahara kepada Sultan Ali atas penyerahan daerah Muar ke bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Tragedi berdarah tersebut menjadi yang begitu penting kerana:

- Perang adalah perang saudara pertama berlaku di negeri Johor.

- Perang ini telah melibatkan puluhan pahlawan dan pendekar yang handal.

- Tamatnya perang ini merupakan satu daripada faktor pembukaan Muar (Bandar Maharani).

- Perang ini membawa beberapa kesan penting dalam sejarah Johor khususnya mulai tahun 1880 iaitu setahun selepas tamatnya perang, 'Kesang' menjadi jajahan Johor hingga ke hari ini.

Melalui perang ini, Mohammed Salleh bin Perang yang memegang jawatan Dato' Bentara Luar, salah seorang daripada elit lohor moden telah memperlihatkan kecekapannya dalam mengepalai angkatan perang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:28 PM | Show all posts
Meletus perang Jementah pada 25 Oktober 1879 adalah disebabkan oleh 'Sekeping Kertas' yang merupakan wasiat Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ali, Yang Dipertuan Negeri Kesang. Beberapa jam sebelum mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan penggantinya iaitu Yang Maha Mulia Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan isteri ketiganya iaitu orang kebanyakan.


Perlantikan melalui wasiat ini telah ditentang oleh Tengku Alam, putera sulong baginda dari isteri tuanya. Tengu Alam yang tidak berpengaruh itu telah membantah tindakan Kolonel Archibald A Anson, Pemangku Gabenor yang meletakkan jajahan Kesang di bawah pentadbiran Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar buat sementara waktu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:29 PM | Show all posts
Tindakan awal yang dilakukan oleh Tengku Alam ialah menyuruh dua orang saudara sepupunya Tengku Nong dan Tengku Mat menghasut penduduk-penduduk sekitar kawasan Kesang supaya menyebelahi pihaknya. Tengku Mat dan Tengku Nong termakan dengan janji-janji manis Tengku Alam telah berjaya mempengaruhi segelintir orang-orang tempatan dan beberapa orang Panglima Melayu yang handal. Diantara Panglima-panglima yang handal itu ialah:

Panglima Besar Layot.

Panglima Besar Salim.

Panglima Besar Kadir.

Panglima Besar Tok Siban.

Panglima Besar Sancu.

Raja Berambut Panjang.

Wan Daud.

Wan Abas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:30 PM | Show all posts
Atas persetujuan Tengku Alam Panglima Besar Sancu dilantik menjadi 'Kepala Perang'. Kononnya kesemua pahlawan Melayu tersebut mempunyai ilmu Kebal.


Perang Jementah bermula apabila angkatan Tengku Nong menyerang Kesang, Pertempuran awal dipercayai berlaku di Relau dan Air Kertau. Di kedua-dua tempat itu angkatan Tengku Nong tidak mendapat tentangan hebat justeru itu timbullah rasa bongkak dan angkuh di kalangan pengikut-pengikut Tengku Nong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:31 PM | Show all posts
Pada 25 Oktober 1879 angkatan Tengku Nong disertai oleh Panglima Besar Sancu telah menyerang Jementah dalam jajahan Muar Kiri. Pada masa itu Jementah merupakan sebuah kampung yang penuh dengan dusun buah-buahan dan sawah padi. Dalam pertempuran di Jementah inilah Panglima Besar Sancu telah bertindak liar. Selain merampas harta benda penduduk-penduduk di situ, mereka juga membakar beberapa buah rumah. Mujurlah Penghulu Jementah sempat melarikan diri dan terus membuat aduan kepada pihak pemerintah di Johor.
Kemenangan dalam pertempuran di Jementah itu telah mendorong Tengku Nong mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Muda sementara Wan Daud diisytiharkan sebagai Temnggong Paduka Tuan. Kesannya, pemerintah Johor lantas mengirimkan sebuah angkatan perang diketuai oleh Ungku Ahmad iaitu saudara sepupu kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor ke Jementah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2006 03:32 PM | Show all posts
Kepintaran Ungku Ahmad dalam tipu muslihat perang telah menyebabkan beberapa buah kubu musuh dalam kawasan Lubuk Bandan ditawan. Tengku Nong dan Panglima Sancu beserta pengikut-pengikut mereka berundur ke hulu sungai Jementah berhampiran dengan kaki Gunung Ledang. Di satu tempat bernama Kampung Lela mereka telah mendirikan sebuah kubu berbentengkan tanah. Sementara itu, pada 2 Disember 1879 Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah dihantar oleh kerajaan Johor untuk membantu Ungku Ahmad dan Encik Esa yang sedang bertahan di sebuah kubu dalam jajahan Jementah.
Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah membawa sebanyak 400 laras senapang jenis Senader dan meriam bersama. Memandangkan pertahanan musuh masih kuat, Tengku Ahmad dan Dato' Bentara Luar telah membuat satu strategi untuk menyerang kubu-kubu musuh. Empat buah pasukan telah dibentuk dan setiap pasukan mengandungi 100 orang.


Panglima Besar Esa memimpin pasukan pertama.

Panglima Kiri Awang memimpin pasukan kedua.

Panglima Besar Yusuf memimpin pasukan ketiga.

Panglima Dalam Lamit memimpin pasukan keempat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:32 PM | Show all posts
Kira-kira dua belas hari selepas pembentukan pasukan perang itu, angkatan perang Dato' Bentara Luar pun sampai di satu tempat bernama Dusun Dedap. Di Dusun Dedap dan di kawasan sekitarnya beberapa kubu dan benteng telah dibina. Yang anehnya kubu-kubu dari kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan itu terletak berhampiran antara satu sama lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:33 PM | Show all posts
Menurut Haji Hassan bin Putih, sekurang-kurangnya lima buah kubu telah dibina oleh pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar dan pihak Tengku Nong di kawasan sekitar Dusun Dedap. Tiap-tiap kubu itu mempunyai namanya sendiri. Di antara kubu-kubu yang penting ialah Kubu Dedap, Kubu Lubuk Bandan, Kubu Sungai Siput, Kubu Macang Padang dan Kubu Raja Lela. Kononnya di salah sebuah kubu kepunyaan Tengku Nong sebuah meriam bernama 'Gegak Gempita' telah diletakkan di atas sebatang dahan pokok dedap.


Haji Hassan bercerita lagi, bahawa satu peristiwa ganjil telah berlaku sebelum Kubu Dedap yang termasyhur itu dibina. Manaf Khatib, orang yang ditugaskan membersihkan kawasan sekeliling dusun dedap itu telah jatuh pengsan sebaik saja beliau memulakan kerja menebang anak-anak pokok hutan. Pada waktu itu hujan panas turun berderai. Hanya setelah campur tangan seorang Pawang barulah kerja membersihkan kawasan disitu dapat diteruskan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 03:39 PM | Show all posts
Haji Yahya bin Kubu pula mengaku bahawa datuknya Pawang Abib turut terlibat dalam pembinaan Kubu Dedap itu. Kononnya semasa Kubu itu dibina beberapa peristiwa ganjil telah berlaku antaranya dengan semena-mena hujan panas turun berderai diikuti dengan tiupan angin kencang. Pada sebelah malamnya pula bunyi burung-burung hutan dan binatang-binatang liar bertalu-talu hingga ke waktu subuh. Kubu Dedap tempat pertahanan orang-orang Dato' Bentara luasnya 40 kaki dan bentengnya dibuat daripada tanah setinggi dua belas kaki.
Semasa membina Kubu Dedap itulah, orang-orang Tengku Nong dan Panglima Sancu telah membuat serangan secara mengejut ke atas pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar. Tektik pukul curi itu telah menyebabkan tiga orang pengikut Dato' Bentara Luar terkorban sementara enam orang mendapat cedera.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.072304 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list