CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6746|Reply: 45

Gangguan

[Copy link]
Post time 28-12-2006 10:04 AM | Show all posts |Read mode
As"kom..Ader tak saper2 yang pernah kena gangguan sihir/jin/ nie..
Macam mana yang tahu orang tu kena gangguan..
Ada apa2  respon??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2006 12:35 PM | Show all posts
selalunye kalo gangguan org yg terkena tu suka duduk sorg2..
then bile dengar azan die akn tutup telinga sbb 'panas'..
lg satu kdg ade lebam kt badn die..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 12:55 PM | Show all posts
yeke ada lebam2? yg kaler ijau itam + merah tu ke?? eee aku dulu selalu gak ader kt badan
kt lengan.. kat peha.. takot arr..skang ni kdg2 jer ada
camne nk elakkan dr dpt gigitan tu?

[ Last edited by  audioslavefan at 28-12-2006 12:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 01:01 PM | Show all posts
fiza pon ade masa study kt uitm..
lebam tu mcm ade bntuk taring...
so elakkan dr berjalan kt tpt2 sunyi..atau tpt yg xde org lalu..semak2 ke..
tu bkn gangguan le tp maybe tpt tinggal die..kot2 mende tu tgh tido ke main ke..
kite 'kaco'..ala tu jgn risau..
yg kene gangguan trok tu lain skit le lebam..
slalu lebam tu lebih beso..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 01:08 PM | Show all posts
ader jugak yang teruk....sampai terjerit2, meracau2.....ader jugak kes yang bole bawa maut....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 01:17 PM | Show all posts
pegi darul syifa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-12-2006 04:03 PM | Show all posts
Kalau ada orang dengki-mendengki,pastu guna ilmu sihir ker..camner nak tau terkena gangguan nie..??
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 05:09 PM | Show all posts
mcm2 tanda... in general, perilaku atau kejadian yg luar dari biasa... tanda2 tu takkan confirm selagi tak check betul2... so ckp pun tak guna

dan jgn percaya kalau disebut nama org yg buat sihir ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2006 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 28-12-2006 05:09 PM
mcm2 tanda... in general, perilaku atau kejadian yg luar dari biasa... tanda2 tu takkan confirm selagi tak check betul2... so ckp pun tak guna

dan jgn percaya kalau disebut nama org yg buat sihi ...


:setuju:  Yer betul, tak pasal kita berburuk sangka dan putus hubungan silaturahim.  Benda yang bukan manusia nikan suka kita manusia ni bergaduh sama2 kita.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 11:39 AM | Show all posts
Dulu ada salah sorang saudara aku kena gangguan orang halus ni...terpekik, terlolong macam orang gila. Katanya nak pergi satu tempat nak ikut mak dia. Kami semua pegang pun dia boleh lepas. Padahal dia ni pompuan, kurus pulak tu. Betul kata orang yg orang halus tu dah ada dalam badan dia. Bila bomoh datang..pegang ibu jari kaki dia..baru dia lemah. Dia pun cakap asal usul dia (orang halus tu) dari kampung mana, sapa yg bawak. Bila sedar...dia terpinga2 kenapa ramai orang kat rumah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 12:15 PM | Show all posts
rasa gelisah...muka pon mcm tak berseri je...mandom jerk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 12:24 PM | Show all posts
baca doa pendinding diri sblom tidooo ...
basmalah 21x

ayat kursyi 3x
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 28-12-2006 05:09 PM
mcm2 tanda... in general, perilaku atau kejadian yg luar dari biasa... tanda2 tu takkan confirm selagi tak check betul2... so ckp pun tak guna

dan jgn percaya kalau disebut nama org yg buat sihi ...



x juga,sbb kazen sy kene dulu dgn ex-mak mertua die...
masa kene ustaz yg bg rawatan tu (dr darul syifa) anak buah haron din..
die ty la mende tu sape...mende tu ckp le sape nama..
n mende tu mmg ngaku x suka dgn menantu die..
siap nk bunuh sbb x sepadan dgn anak lelaki die konon..
skrg diorg dh cerai..
sian kazen sy x leh lgsong jmpe anak or bg hadiah ke ape..
sbb bile bg smthg or jmpe...sure mlm die akn kene..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 03:49 PM | Show all posts
apa kata makhluk tu tipu sbb sengaja nak putuskan silaturrahim? boleh ke kita tahu? how can we verify that they are telling the truth? sangat susah ...

lagipun kalau lah makhluk tu boleh dipercaya, takkan lah dia mengganggu ...

kena jaga2 dgn tipu daya syaitan

[ Last edited by  kyas at 29-12-2006 03:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by audioslavefan at 28-12-2006 12:55 PM
yeke ada lebam2? yg kaler ijau itam + merah tu ke?? eee aku dulu selalu gak ader kt badan
kt lengan.. kat peha.. takot arr..skang ni kdg2 jer ada
camne nk elakkan dr dpt gigitan tu?


bila badan lebam, jgn cepat buat conclusion kena gigit hantu..3-4 bulan lepas mentua aku pon lebam2..  tak lalu makan.. badan lemah.. kebetulan ada jiran kena mcm tu gak n meninggal kat hospital... heboh la satu kampung cerita dia kena gigit hantu.. pastu mula la org syak org2 tertentu bela hantu.. org yg mati pon kena tuduh kononnya jin belaan dia masih bebas.. ada plak yg menghasut tak payah bawak ke hospital sebab takut mati mcm jiran tadi.. bomoh plak mengesahkan kena buatan orang.. kitorang nak balik pulak tak bagi sebab takut wife aku pon kena gigit..
tapi akhirnya berjaya jugak suruh bapak mentua bawak dia ke hospital.. cek darah, rupa2nya kencing manis.. sekarang dah baik.. so, kesimpulannya, cepat2 la ko pegi cek darah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 04:29 PM | Show all posts
malam aku pun kena ganguan gak ... gan makluk halus ... iaitu nyamuk ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2006 05:47 PM | Show all posts
Soal gangguan makhluk halus dtg dlm pelbagi simptom, terutamanya dari segi tujuan menakut2kan atau rasukan.

Gangguan makhluk halus atas tujuan menakut2kan kdgkala lbh kpd memperlihatkan susuk tubuh yg menakutkan, ataupun bunyi yg menyeramkan atau mengalih barangan serta mengganggu alatan lektrik, terutama bila waktu Maghrib menjelang. Ini biasanya menakutkan si mangsa & ahli keluarganya, sehingga memberikan perasaan ketakutan amat sgt sehingga bbrp kes melibatkan seisi rumah terpaksa meninggalkan rumah mrk krn tak tahan gangguan makhluk halus ini. Biasanya spesis Hantu Raya atau toyol sering digunakan.

Gangguan berbentuk rasukan adalah secara direct. Mangsa rasuk mempunyai kekuatan luarbiasa, bersuara dgn vokal menyeramkan & berbeza dari keadaan lahiriah jantina si mangsa. Malahan raut wajah juga mampu berubah. Mangsa juga kelihatan agak tidak normal dari segi mentalnya.

Serangan sihir spt santau sukar dikesan. Sebaiknya, sekiranya terkena simptom kesihatan yg agak ganjil, sila bertemu dgn pakar kesihatan. Sekiranya setalah menjalani pemeriksaan kesihatan yg rapi tp doktor masih gagal mengesan punca komplikasi kesihatan anda ... maka sudah tiba masa menghubungi pakar perubatan Islam yg mampu menangani masalah sihir.

Jgn mudah mempercayai bomoh / pawang / dukun. Sila cari ustaz / ustazah yang mahir dlm ilmu ttg alam ghaib .... antaranya seperti Ustaz Datuk Dr Harun Din.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 29-12-2006 04:29 PM
malam aku pun kena ganguan gak ... gan makluk halus ... iaitu nyamuk ....



haha....gelak aku baca....tgh2 khusyuk2 baca posting, tergangguan aku sebb ketawa baca posting kau nih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 03:42 PM | Show all posts
Gangguan Jin dan Sihir  
www.syifa-alhidayah.com


Pengenalan  Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki kedalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila jin-jin ini memasuki ke dalam badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu, dan kadang-kala "anxiety level" mereka sangat tinggi. Bila fikiran mereka terganggu ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau "depression". Selain dari itu gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot-otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.

Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit. Penulis pernah berjumpa dengan pesakit yang mempunyai lebih dari 80 jin dalam badan pesakit. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu. Kebanyakkan pesakit yang sakit gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka. Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.


[ Last edited by  rainbows at 24-1-2007 09:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 05:43 PM | Show all posts
Celaru mengenai sihir, jin dan amalan syaitan

SOALAN:
Teman saya seorang peniaga restoran telah mengalami masalah sihir menyebabkan akhirnya dia terpaksa gulung tikar. Makanan menjadi basi di pagi hari. Pelanggan mengadu sakit perut. Hari demi hari pelanggan berkurangan. Tidak cukup dengan itu, rumah tangganya porak-peranda.
Masalah teman ini berakhir dengan pertolongan seorang kawan yang mempelawanya mengambil ilmu yang dinamakan ``nur diri''. Dia telah dimandikan pada pukul 12 tengah malam. Dia diberitahu, setiap orang mempunyai nur diri yang terlepas daripada diri sebaik sahaja ia dilahirkan. Kita mesti mengambil nur diri tersebut. Menurut teman saya ini, hasil daripadanya dia mempunyai kebolehan, di antaranya mampu melihat, menangkap, mengikat dan membuang makhluk-makhluk halus ke tempat lain. Mengurung dalam botol, menangkap makhluk yang mengganggu dan mengarahkannya menggigit tuan yang membela makhluk tersebut.
Mendengarkan keistimewaan dari mulut teman ini, saya begitu berkeinginan menuntutnya, menyebabkan ingatan itu terbawa-bawa dalam mimpi. Walaupun demikian, saya inginkan kepastian daripada ustaz tentang salah atau benarnya ilmu ini. Terima kasih. - Mohd. Asba, Kota Bharu, Kelantan.

[ Last edited by  rainbows at 29-1-2007 05:48 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.063511 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list