CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aichiken3

Gangguan

[Copy link]
Post time 29-1-2007 05:50 PM | Show all posts
JAWAPAN:
Saudara sendiri pun tidak yakin dengan ilmu ini. Ia tidak jelas dan mengelirukan selain menimbulkan persoalan yang tidak dapat jawapan dengan pasti.
Saudara menyatakan ilmu ini hanya akan diketahui setelah seseorang memilikinya. Bererti bahawa dalam urusan yang berkaitan dengan ilmu ini, seseorang itu tidak perlu tahu kandungan ilmu yang hendak dipelajari, hasil, keperluan dan kesudahan. Yang paling penting ialah menuntut ilmu ini terlebih dahulu. Bererti bahawa ilmu ini mengandungi ``unsur-unsur yang tersembunyi'' yang tidak boleh dibincangkan, tidak boleh diketahui umum, biarpun oleh orang yang rapat, kecuali di kalangan mereka yang mempelajarinya. Perlu dijelaskan bahawa ``unsur-unsur tersembunyi'' itu adalah salah satu daripada unsur-unsur ilmu sihir.
Saudara tidak menjelaskan jenis amalan, juga bacaan yang mesti dilakukan kerana saudara pun tidak mengetahuinya. Yang jelas, teman saudara dimandikan tepat pukul 12 malam dalam kekerapan tertentu, dengan demikian ``nur diri'' yang terlepas ketika dilahirkan itu diperolehi semula. Begitu mudah untuk mendapatkan nur diri?
Hasil daripada memperoleh nur diri yang hilang itu pelbagai keistimewaan diraih. Keistimewaan inilah yang kelihatannya begitu menarik hati saudara, menyebabkan keinginan saudara begitu ``berkobar-kobar''.
Di antara keistimewaannya ialah berupaya melihat jin-jin, iaitu jin Islam dan kafir yang berkeliaran atau yang digunakan oleh manusia untuk melakukan sihir. Persoalan yang timbul ialah apakah keistimewaan yang diperoleh oleh seseorang apabila ia boleh melihat jin-jin.
Manusia yang boleh melihat jin-jin, seperti yang saudara jelaskan, tidak mempunyai apa-apa keistimewaan, tetapi apabila ini berlaku, seseorang itu telah terkeluar daripada tabiat semula jadinya. Manusia biasa tidak berupaya melihat jin-jin, biarpun jin-jin itu berupaya melihat manusia. Allah subhanahu wa taala menjelaskan seperti yang tersebut dalam surah al-A'raf: 27: Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak upaya melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah jadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang yang tidak beriman.
Biarpun manusia asalnya tidak berupaya melihat jin-jin, mereka boleh melihatnya apabila mempelajari ilmu sihir, iaitu ilmu yang melibatkan jin-jin, sama ada yang dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara. Apabila seseorang itu melakukan sesuatu tindakan dengan bantuan jin-jin, tidak kira sama ada ketika melakukan rawatan, memberi ilmu pengasih, memuja seseorang ataupun menyakiti orang lain, disedari atau tidak disedari, ketahuilah bahawa orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan sihir.
Tanpa mempelajari ilmu sihir, seseorang itu boleh juga melihat makhluk ini, iaitu apabila Allah mengangkat hijab yang melindungi daripada melihat makhluk-makhluk halus, terutamanya orang yang sakit, lebih-lebih lagi sakit akibat sihir ataupun gangguan, kanak-kanak dan sebagainya dengan izin Allah.
Perlu difahami bahawa orang yang mudah melihat jin-jin akan mudah melihatnya pada waktu-waktu lain. Hal demikian merupakan gangguan yang tidak menyenangkan. Adalah lebih baik seseorang itu tidak nampak jin-jin biar betapa banyak jin di sekelilingnya daripada melihat jin biarpun satu.
Makhluk ini berada di banyak tempat dan sentiasa mengganggu manusia ketika hendak tidur, ketika tidur tidak berwuduk, ketika sembahyang, ketika di tempat gelap, ketika di pasar dan sebagainya lebih-lebih lagi ketika berada dalam keadaan sakaratul maut. Makhluk ini akan menggembleng tenaga berusaha agar manusia terkeluar daripada agama Islam yang dianuti, lalu akhirnya menjadi sebahagian daripada penghuni neraka bersamanya.
Selain daripada boleh melihat, keistimewaan lain ialah boleh menangkap dan mengikat jin-jin. Menangkap atau mengikat jin-jin adalah di luar urusan manusia. Allah menjadikan jin-jin dan manusia untuk beribadah kepada-Nya (az-Zariyat: 56). Apa perlunya manusia menangkap dan mengikat jin-jin. Jin yang macam mana perlu diikat dan ditangkap dan jenis yang macam mana pula diberikan hidup bebas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2007 07:10 PM | Show all posts
Apakah kehebatan melihat jin? Ada sebabnya Allah menjadikan hijab memisahkan pandangan manusia dari alam jin.

Tanpa hijab berkenaan, nescaya manusia akan ketakutan & tak sanggup keluar rumah krn byknya pandangan yg menakutkan (jin kafir & syaitan buruk paras & rupa). Malah, kita sendiri blh nampak syaitan yg bergayut pd diri kita & org lain, jumlahnya tak terkira.

Malah, sekiranya jin / syaitan tahu akan kelebihan kita melihat mrk, nescaya kita akan jd sasaran gangguan mrk.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 30-1-2007 07:10 PM
Apakah kehebatan melihat jin? Ada sebabnya Allah menjadikan hijab memisahkan pandangan manusia dari alam jin.

Tanpa hijab berkenaan, nescaya manusia akan ketakutan & tak sanggup keluar rum ...


akupun tak mahu lihat jin...sebab takut tak larat.....terasa dia ada dekat dgn akupun aku dah tak larat...sebab kurang selesa...apatah lagi klau dia mula nak hinggap kat aku....buang karan jer.....susah nak suruh dia lari...degil makhluk nih....
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 5-2-2007 02:24 PM | Show all posts
Musuh kita siapa lagi jika bukan si iblis alias jin alias syaitan... so sesiapa yang belum dan yang dah atau sedang kena ganggu.... kena yakin bahawa Allah swt Maha Pengampun.... minta ampun pada Allah... lepas tu minta perlindungan dari Allah dari gangguan makhluk perosak ni... sesungguhnya kena yakin adanya Tuhan yang empunyai diri... yang akan menolong hambaNya yang meminta pertolongan dari Nya....  InsyaAllah akan ditolong olehNya dengan sifatNya yang berkehendak dan mengizinkan sesuatu itu berlaku dengan kehendakNya...  3 Qul jangan lupa selepas solat fardu dan sebelum nak tidur...  Kalau orang tu dah tak berdaya buat sendiri... kita yang berdaya ni doakanlah dia ... tapi kalau kita ni pun tak yakin dengan keupayaan ilmu agama yang ada... minta le pertolongan orang yang berilmu yang ikhlas menolong untuk doakan dia... umpamanya uztad Haron Din.... kita hanya berusaha sedangkan Allah yang menyembuhkan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 08:37 PM | Show all posts
sy pun ada masalah ni....dah lama dah hampir 5 thn....sekejap ok sekejap tidak paling ketara x leh nak study langsung......tahun lepas baru tahu yg prob sy berpunca dr gangguan ni....before that all my family members blame me....diaorg kata sy sengaja(x mo study coz malas)....n lepas jumpa ustaz(anak murid dato harun)baru tahu pasal prob ni....actually ramai yg kena(kbykan yg jumpa ustaz tu remaja n ada masalah dlm study).....ramai yg pegi jumpa ustaz tu dah sembuh...cuma sy jer belum... mmg bila kena rasa diri ni lain dari org....fikiran pun rasa mcm x berapa ok kekadang....selalu bila lega 1 masalah dtg masalah lain plak....cth tiap2 mlm x leh tido kena tindih(sblm tido sy dah baca ayat Qursi, 3qul, doa yg ustaz bg n etc)....bila lepas kena tindih tu sakit habis badan n letih yg amat....pernah jadi awal tahun ni, 3 malam berturut kena tindih....pastu esok pg tgk2 kat kaki lebam...sy tak tahu lebam tu dtg dari mana....n bila jumpa ustaz ustaz tu bg doa utk diamalkan n alhamdulillah tido dah ok skrg sakit dada plak...dada rasa sempit n berat....selalunya waktu petg n malam(semua ni sampingan jer yg utama pun belum sembuh lg)....susahla nak cakap...siapa x pernah kena mmg sukar nak faham.....espicially bila melibatkan hal2 mcm ni....lg la susah org nak faham...family sendiri pun kadang2 tak faham....n bila kawan2 sy tnya apa prob sy, sy rasa malas nak jelas kat diaorg....takut diaorg silap paham plak

[ Last edited by  pinKy180 at 6-2-2007 08:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 10:59 PM | Show all posts
Originally posted by pinKy180 at 6-2-2007 08:37 PM
sy pun ada masalah ni....dah lama dah hampir 5 thn....sekejap ok sekejap tidak paling ketara x leh nak study langsung......tahun lepas baru tahu yg prob sy berpunca dr gangguan ni....before that  ...


ermmm...gangguan jin kan??....

kena tingkatkan daya pertahanan.....ayat al quran yg ustaz tu suruh amal, jgn tak amalkan...cuba buat solat malam, klau dpt tiap2 mlm, lagi berkesan....

sebenarnya dlm amalan pengubatan islam, pesakit yg kena usahakan sendiri, jgn harapkan perawat...

jin yg dtg dari sihir, senang sikit nak dikeluarkan tapi kalau jin spesies SAKA, itu yg degil sikit tuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2007 08:50 PM | Show all posts

Reply #26 rainbows's post

a'a mmg atas usaha sendiri.....ustaz tu pun berusaha utk ubati pesakitnya .....dia baca doa kat pesakit n air utk minum pastu dia bagi doa2 utk diamalkan.....pastu pesakit la kena mainkan peranan penting
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 09:41 PM | Show all posts

Reply #12 D'Salvia's post

....betul ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2007 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 6-2-2007 10:59 PM

sebenarnya dlm amalan pengubatan islam, pesakit yg
kena usahakan sendiri, jgn harapkan perawat...



.....afdhal
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by JooJambul1 at 7-2-2007 09:42 PM


.....afdhal



sebab aper aku ckp pesakit tu yg kena rawat diri dia sendiri, adalah utk beroleh hikmah dari penyakit yg ditakdirkan Allah kepadanya...

dgn mengamalkan amalan membaca al quran, zikrullah, dan sebgnya, hati akan jadi lembut, dan insyaAllah itu adalah satu jln utk mendekatkan diri kepada Allah SWT....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 10:56 AM | Show all posts
saya menghadapi masalah ini di ofis. terkena gangguan disebabkan faktor dengki atau irihati....mereka snaggup lakukan apa saja agar keinginan,kehendak dan keperluan diri dipenuhi..

mereka dah tak ingat agama dan tuhan dah.

Saya yakin ada staff2 dalam ofis yang mengenakan saya. maksudnya..dengan melakukan perkara-perkara itu ,nama,maruah,prestasi,pencapaian dan harga diri saya akan busuk,jatuh,ditertawakan,dipinggirkan,x naik pangkat,dan sebagainya.

Bila dia 'sebarkan'  'VIRUS' tu, ada waktu waktu tertentu saya berasa amat mengantuk kat depan PC kt tempat saya bekerja. puas saya lawan.mmg kuat. saya rasa mmg ada 'virus' tu dalam diri saya sekrg. kat kepala terasa semacam...'bahang' semacam...kerap juga bingung2,fikiran jadi bercelaru, dll(waktu2 bila 'virus' tu aktif).

you all bayangkan..,disebabkan 'virus' tu...., bila sham click kat mouse PC, kebanyakan staff dlm bilik yg sama terbatuk2..apa halnya tu? klu 'virus' tu aktif......, mmg konsiisten org batuk2..batuk2 selepas /semasa saya click kat mouse PC saya..saya percaya mmg saya terkena 'virus' tu!  
yg mengukuhkan andaian saya ialah bila saya g cyber cafe kat temapt berbeza ..cthnya,ipoh atau teluk intan, mmg berlaku perkara yg sama! betul! biasanya org yg batuk2 org berdekatan dekat dengan saya.

Situasi yg berlaku kat saya sekrg menyebabkan saya alert ngan org sekeliling.takut pun ada.

Yg paling mengecewakan dan menyedihkan saya ialah bila rakan yg saya anggap baik kat opis beranggapan saya amalkan ilmu hitam disebabkan adanya 'virus' tu...saya bukan amalkan ilmu hitam ke biru...tapi saya jelaskan pada dia...disebabkan 'virus' tu seolah2 saya yg mengenakan kat org lain...sedangakn saya terkena..senang cerita PEMBAWA virus tu lah..
benda benda ni sampai menmbawa perselisihan dalam keluarga saya.

satu jer nak cerita/sampai kat sini..

saya takkan memaafkan org yang membuat benda benda laknat ini hingga ke akhirat. memang aku dah bersumpah org yg buat benda benda ni akan ditimpa bencana dan laknat dalam hidup dia..bukan kat akhirat kat dunia aku dah sumpah kelaknatan dia..setiap detik nafas,urat nadi,jantung dia aku doakan bencana.bersedialah juga menerima hukuman nanti kat lubang neraka. saya tak peduli..sembahlah kaki aku..takkan aku maafkan..nak bauat camana. benda benda ini mmg tak masuk akal bagi aku.:@

sorry semua.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by pinKy180 at 6-2-2007 08:37 PM
sy pun ada masalah ni....dah lama dah hampir 5 thn....sekejap ok sekejap tidak paling ketara x leh nak study langsung......tahun lepas baru tahu yg prob sy berpunca dr gangguan ni....before that  ...


ASM pinky...

Dulu Ryna_s pun ada masalah cam gini tp xlah smpi xleh studii...cuma dulu tu Ryna_s tu amt penakut  mmg mudh mjd mangsa gangguan halus ni..lebam, kena tindih..smpi rs penah ke lambung dr tpmt tido..tp alhamdulillah episod tu dah lama blalu...
Pinky kena berubah...egnya Ryna_s ni..dulu penakut skrg ni ok dah..cane leh ok..sbb Ryna_s tnmkan keyakinan pd Allah s.w.t ..cukuplah Allah sbg pelindung & penolongku..solat jgn ditinggalkn...sikap kite y buruk2 tu buang jauh2..Insya Allah..gud luck dear
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by sham159 at 8-2-2007 10:56 AM
saya menghadapi masalah ini di ofis. terkena gangguan disebabkan faktor dengki atau irihati....mereka snaggup lakukan apa saja agar keinginan,kehendak dan keperluan diri dipenuhi..

mereka dah ...


sham, aku faham perasaan kau tu, ..memg kdg2 kita tksangka ada org boleh berhasaddengki atas nikmat yg org lain dpt, tapi itulah realitinya dlm hidup ini...

eloklah kau pegi berubat....aku rasa dia attack kat point atas kepala kau tuh...sebelah kiri atau kanan?....

tapi, seeloknya aku rasa baiklah kau jgn sifat apa2 dendam kat org yg perkenakan kau tu....sebb itu hanya menambahkan lagi effect/kesan gannggguan tu ke atas kau....lagi teruk jadinya nanti...

tapi, klau kau cool, dan bykkan berdoa dan melakukan amalan utk memperbaiki diri insyaAllah, aku rasa sampai satu waktu, gangguan tu akan hilang juga...

aku ader post kat sini doa penghalang sihir tu...cubalah kau hafal dan baca tiap2 kali terasa ada gangguan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by Ryna_s at 8-2-2007 11:46 AM


ASM pinky...

Dulu Ryna_s pun ada masalah cam gini tp xlah smpi xleh studii...cuma dulu tu Ryna_s tu amt penakut  mmg mudh mjd mangsa gangguan halus ni..lebam, kena tindih..smpi rs pen ...


aku pernah masa zaman sekolah dulu, dok kat asrama...tapi tlg ader junior aku kena histeria....aku dok baca ayat2 kursi dan urut2 jari dier....

pastu, tak pasal2 lepas sejam dua, aku rasa serba tak kena....aku gi bilik air sorang2, tk der org sebb masa tu masa PREP,  masa nak masuk biliik air, aku dah rasa hati aku kata jgn masuk....tapi aku degil, aku masuk juga, sebb aku ni berani gak ler orgnyer....pernah aku tinggal sorang2 dlm satu asrama yg besar  sebb member2 lain dah balik, tapi tk der lak aku rasa seram sejuk cam tuh...

rupa2nyer, sipenganggu tu ada nyorok kat situ kot....dia ikut aku balik masuk bilik prep..dah bila sampai bilik prep, aku rasa lagik serba tk kena...mata aku dah merah, suara akupun dah macam tersekat2, mengigil dah bdn aku,....aku rasa ni tk leh jadik...aku minta kwn aku bawa aku kat bilik rehat asrama, dan bagi aku yasin....

mula2 baca yasin, suara aku dah tk keluar, airmata aku keluar tanpa sebab, tapi aku terus baca, lama kelamaan, dan bila sampai dihujung bacaan yasin, aku dah ok semula...lepas tu aku rasa lega sangat dan letih pun ader juga, sampaikan aku tk study dah walaupun hari esoknya ada biology trial exam...huhuhu...nasib baik biologi subjek favorite aku...tk der ler teruk2 nk buat preparation...long term memory jer ler aku guna...

sebenarnya masa tu, akal aku dah hampir nak kena kontrol dek jin tapi mujurlah tuhan selamatkan aku...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 12:51 PM | Show all posts
aku terbaca dlm MM hari nih, seelok2nya, org yg terkena gangguan tu merawat sendiri penyakit dier dgn melakukan amalan2 yg mendekatkan diri kepada Tuhan...

aku rasa akupun ada bg tahu dulu, supaya jgn percaya dgn perawat2 yg menyatakan mereka menggunakan JIN utk merawat sakit2 gangguan nih...kalau kau org nak tahu, JIN2 ni makhluk yg paling PINTAR menipu, sebb dia boleh simply masuk dan keluar dari badan manusia yg tdk cukup pertahanan rohani...

kalau perawat tu kater, JIN islam belaan dier akan tlg rawat, baiklah tk sah caya ler....carilah perawat lain...hari ni memang dia pakat2 keluar, tapi lepas tu dia akan masuk balik...sebb dah tahu JALAN masuk...bukan susah sgt kat spesies nih...antara nak dan tak nak jer...cuma bila kita lakukan amalan2 soleh, ia jadi antivirus yg semulajadi dlm badan utk menahan diri dari gangguan jin2 ini....

so, antivirus tu kena make sure  ada sellalu ler....tapi niat kena jaga ler..jgn pula sebb beramal soleh sebb tk mahu kena ganggu JIN, tapi amal soleh kerana nak dptkan rasa kehambaan dan menyubrkan rasa bertuhan...

wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 08:50 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Tanpa disengajakan saya dapat video ini kat internet..

saya rasa video ini real dan benar benar berlaku : dialog antara ustaz dengan jin yang bernama idrus. Idrus ni telah measuk kedalam badan seorang wanita....cara suara "benda" itu amat menakutkan!!..ini lah kali pertama saya melihat kes macam ini..walupun pernah dengar isteri kepada bapa saudara mengalami masalah ini...

cuba tengok dan dapatkan pengajarannya...

http://www.grouper.com/video/MediaDetails.aspx?id=725637&ml=o%3d7%26fk%3dminah%2520minah%26fx%3d&
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2007 08:51 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Tanpa disengajakan saya dapat video ini kat internet..

saya rasa video ini real dan benar benar berlaku : dialog antara ustaz dengan jin yang bernama idrus. Idrus ni telah measuk kedalam badan seorang wanita....cara suara "benda" itu amat menakutkan!!..ini lah kali pertama saya melihat kes macam ini..walupun pernah dengar isteri kepada bapa saudara mengalami masalah ini...

cuba tengok dan dapatkan pengajarannya...

http://www.grouper.com/video/MediaDetails.aspx?id=725637&ml=o%3d7%26fk%3dminah%2520minah%26fx%3d&
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 09:47 PM | Show all posts
Originally posted by sham159 at 17-3-2007 08:51 PM
Assalamualaikum,

Tanpa disengajakan saya dapat video ini kat internet..

saya rasa video ini real dan benar benar berlaku : dialog antara ustaz dengan jin yang bernama idrus. Idrus ni tela ...


dah try tgk..tp slow sgt ler....

aku pk dialog2 dengan jin ni tidak perlu sebb jin ni memang kuat penipu...tk yah nak dialog2, heret jer makhluk Allah ni keluar dari badan seseorang tu...klau ada 30 jin dlm bdn dier, tak penat ker nak dialog dengn setiap satu jin tu....tk effisien ler style dialog2 nih...

eloklah kau cari ustaz lain, yg tk der dialog2 tapi kasi buang habis dari jin yg menganggu nih....
serius aku cakap nih, bukan buat lawak2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 01:51 PM | Show all posts
aku ader post kat sini doa penghalang sihir tu...cubalah kau hafal dan baca tiap2 kali terasa ada gangguan...


rainbows,
boleh tolong post sekali lagi ayat tu? terima kasih.

apa yg patut kita lakukan tentang sikap & perangai jiran sebelah rumah( keluarga bukan Islam) yg sering melakukan upacara2 penyembahan serta menyiram air itu memasuki kaki lima hadapan rumah?

jiran ini akan berjaga malam mulai pukul 12.00tgh mlm sehinggalah sebelum masuk waktu Subuh.Bau2an drp colok yg digunakan sudah menjadi hiduan kami sekeluarga.Namun kami tidak pula mempedulikannya.Namun seorang ustaz pernah menasihatkan kami agar berpindah ke tempat lain.

Semenjak jiran ini berpindah bersebelahan kami, kehidupan kami rasa tidak selesa kerana sikap dan perbuatan mereka yg pelik serta tidak menghormati jiran sebelah menyebelah.Malah kami rasa seperti mereka sentiasa memasang telinga dan memerhati gerak geri kami.

kemungkinan amalan mereka menyebabkan kami sekeluarga mengalami sakit-sakit sehingga seorang uztaz pernah menasihatkan kami agar berpindah.

pohon nasihat serta bimbingan yg boleh membantu kami sekeluarga.
Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by yangkhadijah at 23-3-2007 01:51 PM
aku ader post kat sini doa penghalang sihir tu...cubalah kau hafal dan baca tiap2 kali terasa ada gangguan...


rainbows,
boleh tolong post sekali lagi ayat tu? terima kasih.

apa yg patut  ...


yangkhadijah,

daripada pemahaman aku le, mereka ini bermain-main/berkawan dengan jin dengan melakukan pemujaan ke atas jin kafir tersebut. Mungkin juga ada kaitan dengan amalan meningkatkan SIHIR...

of coz, ia akan menganggu jiran2 berdekatan kerana tempat mereka sudah menjadi tempat jin2 kafir ini berpesta dan beristirihat....seperti umpama jiran kita memasak kari ayam, akan tercium juga bau atau terlekat juga baunya kepada kita...maka begitulah jin2 yg mereka jamu dan raikan itu kemungkinan besar keberadaaan jin tersebut,  tempiasnya juga kepada jiran2 berdekatan...sebb itu yangkhadijah kata, ada rasa sakit2 badan dan terasa diperhatikan...memang itu kdg2  merupakan tempias perbuatan  jin2 kafir....



aku nasihatkan kau sekeluarga berpindah dan cari tempat yg lebih selesa...aku teringt kisah saidina Umar yg tidak masuk ke sebuah daerah kerana diketahui daerah tersebut terlibat dengan penyakit taun....beliau menyatakan, aku lari dari takdir Allah kepada takdir Allah jua....maksudnya adalah harus ke atas kita mengelakkan diri dari sebrg perkara2 yg memberi kemudaratan kepada kita...dan ini adalah satu perbuatan yg akan diberi pahala oleh Allah jua....

[ Last edited by  rainbows at 23-3-2007 03:39 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.077429 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list