CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: daisy71

Al-Fatihah khas buat Saddam Hussein Abd al-Majid al-Tikriti

[Copy link]
Post time 5-1-2007 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by sukabest at 5-1-2007 09:38 AM


so maknanyaa Grave kau tak akan sedekahkan Al-Fatihah dan akan sentiasa menceritakan ttg keburukan arwah Saddam Hussien.. mcm tu ke?

Maafkan aku kalu ade salah silap..


Saddam Hussein adalah seorang pemimpin dan terbukti bahawa beliau telah banyak melakukan kezaliman dan penindasan hatta pada rakyatnya sendiri. Berdoa untuk beliau seolah-olah mendokan pada pemimpin yang zalim sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Tak wajib kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2007 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 5-1-2007 12:03 PM


Saddam Hussein adalah seorang pemimpin dan terbukti bahawa beliau telah banyak melakukan kezaliman dan penindasan hatta pada rakyatnya sendiri. Berdoa untuk beliau seolah-olah mendokan pada p ...


betulkan aku kalu aku silap....
so maknanyaa maksud kau disini kita xbole doakan kebaikan utk Saddam?.. mcm tu?.. walaupun doa utk keampunan dia?walaupun dia seorang Islam... mcm tu ke?.. dan kita kena sentiasa cerita kat orang ttg keburukan dia..dgn alasan utk dijadikan ikhtibar.. mcm tu ke?..

grave betulkan aku .. kalu aku silap.. >>
kita x bole doakan keampunan utk orang bukan Islam.. tetapi kita bole doakan hidayat utk mereka...


Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by sukabest at 5-1-2007 06:52 PM


betulkan aku kalu aku silap....
so maknanyaa maksud kau disini kita xbole doakan kebaikan utk Saddam?.. mcm tu?.. walaupun doa utk keampunan dia?walaupun dia seorang Islam... mcm tu ke?.. da ...


Tak salah kalau nak mendoakan kebaikan untuk Saddam tapi persoalannya di sini ialah keadilan. Saddam cuba nak digambarkan sebagai seorang yang baik serta alim kena pulak masa dalam tahanan sentiasa memegang al-quran. Apakah ini adil bagi beribu-ribu mangsa kekejaman beliau yang telah menjadi janda dan yatim piatu akibat kebuasannya memerintah semasa hayatnya dulu?

Tak salah untuk menceritakan kebaikannya tapi jangan dilupakan tentang keburukan dan kezaliman yang dilakukannya. Barulah adil supaya akal yang waras dapat mempertimbangkannya.

Semoga Saddam dapat pengadilan yang sewajarnya dari Allah dan sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Yang baik dibalas baik dan jahat dibalas dengan sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 6-1-2007 10:18 AM


Tak salah kalau nak mendoakan kebaikan untuk Saddam tapi persoalannya di sini ialah keadilan. Saddam cuba nak digambarkan sebagai seorang yang baik serta alim kena pulak masa dalam tahanan s ...


oo jadinyaa bole laa nak doakan kebaikan laa ehh.. x salah kan?  aku ingatkan ko melarang sama sekali untuk mendoakan kebaikan kat Saddam....setelah ape yg dia dah buat kat org lain..

aku cuma xberape gemar bila orang Islam suka menceritakan keburukan orang Islam yg lain.. kalu org bukan Islam cerita buruk orang Islam tu lain cerita laa kan...

ok laa... thank you..


semoga Allah ampunkan dosa saya dan dosa seluruh umat Islam.. dan beri hidayah kepada saya dan kepada seluruh umat manusia..

Wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 05:04 PM | Show all posts
Originally posted by carpet at 1-1-2007 02:14 PM
satu2 nya pemimpin Islam yg berani menentang Amerika terang2an...pemimpin Malaysia penakut..xberani tentang terang2an cm Saddam..
Mudah2an Allah merahmati rohnya...
x dinafikan membunuh tu mmg  ...


kalaupun ada pemimpin kita yg gitu, adakah kita semua mau mengikut dia? Dapatkah kita semua org Islam Malaysia terima pemimpin gitu? Aku berani bet, kalau kita ada pemimpin camtu, dalam masa beberapa hari jer org dah suruh dia turun. Lagipun org Melayu mmg naturenya lemah lembut dan tak jenis suka lepas cakap, apa lagi berani menentang... kecuali terdesak seperti waktu perang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 6-1-2007 05:04 PM


kalaupun ada pemimpin kita yg gitu, adakah kita semua mau mengikut dia? Dapatkah kita semua org Islam Malaysia terima pemimpin gitu? Aku berani bet, kalau kita ada pemimpin camtu, dalam masa  ...


tu masalahnya dgn pikiran org Malaysia ni...
kalau kuat skit agama..dah x nak terima pemimpin tersebut...
pasal apa??? takut berperang???
Islam membenarkan peperangan sekiranya maruah agama tercalar...
bukan soal lemah lembut ke budi bahasa ke...
tp kalau setakat nk menentang mcm ckp2 belakang je...bukan jd apa pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2007 12:11 AM | Show all posts
dahla..xpayahla pertikaikan apa2..org tu dah xda...x elok crite zaman lampau dia yg buruk2..better sedekahkan Al-Fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by sinbad05 at 7-1-2007 12:11 AM
dahla..xpayahla pertikaikan apa2..org tu dah xda...x elok crite zaman lampau dia yg buruk2..better sedekahkan Al-Fatihah..



:setuju: :setuju: :setuju:

Memang kita tidak suka pada pemimpin yg kejam dan menindas rakyat, tapi kita juga dilarang menghina danmencaci si mati. tambahan dia seorang islam. bukannya apa, kita kekadang tak sedar apa yg kita buat adalah berdosa. syaitan itu pandai memanipulasikan dosa. dosa yg di tutup dengan nama kebaikan. Lainlah firaun, qarun, dan namrud..... mereka memang dah di cop laknatullah....... bagitu juga kamal atartuk................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2007 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 7-1-2007 12:26 AM

Lainlah firaun, qarun, dan namrud..... mereka memang dah di cop laknatullah....... bagitu juga kamal atartuk................


Firaun, qarun dan namrud memang disebutkan dalam quran.....Kamal Ataturk tu lebihkurang Saddam Hussein gak lah..Assobiyah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 7-1-2007 12:26 AM

Lainlah firaun, qarun, dan namrud..... mereka memang dah di cop laknatullah....... bagitu juga kamal atartuk...............


betul juga pemikiran orggunung....

mcm mana winamp05 bley kata kamal attaturk sbagai laknatullah. :hmm: (btul ke winamp05 yg kata?)

:ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 12:44 PM | Show all posts
orang cam kamal atartuk tu dah terang terang murtadnya. dia mengubah setiap inci pemikiran dan cara islam ikut cara yahudi, bahkan dia sendiri adalah susur gaur dari keturunan yahudi itu sendiri. lihat bagaimana dia mengubah turki ke arah cara "moden". wal hal pada zaman pemerintahan nya turki tidak lah semoden yg di sangka. hanya ideologi saja yg di modenkan, konon-konon nya islam itu jumud di bawah khalifah. hingga azan di tukar ke dama bahasa turki. hanya pemikiran saja yg di modenkan mengikut acuan barat. dia nih termask dalam kumpulan Yahudi Dunnama - Yahudi Yg Berpur Pura Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 01:04 PM | Show all posts
Al-fatihah.....semoga rohnye dicucuri rahmat...........dia berjaya menghadapi saat2 akhir hidupnye dgn berani....dan sempat mengucap kalimah agung.....kekejaman yg dilakukan didunia, itu urusan dia dgn Allah swt.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 08:01 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 7-1-2007 12:44 PM
orang cam kamal atartuk tu dah terang terang murtadnya. dia mengubah setiap inci pemikiran dan cara islam ikut cara yahudi, bahkan dia sendiri adalah susur gaur dari keturunan yahudi itu sendiri. ...


Betul ker Kamal ataturk ini sudah murtad? Apa kurang Saddam yang cuba mengubah pemikiran dan cara Islam kepada semangat Arabism yang pekat dan totok. Saddam ni adalah pengikut Michael Aflaq (seorang keristian) yang mengasaskan parti Baath.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:53 PM | Show all posts
Hehehe..Badigol tu dah mati tapi thread ni masih wujud lagi rupanya.
Nah...follow up news untuk Pencinta Saddam yang menganggapnya hero yang mati syahid.


MANY KURDS GASSED
Prosecutors said 180,000 people were killed, many of them gassed. Many Kurds regret the chief suspect can no longer face justice for his role in the campaign against them, but they hope others share his fate on the gallows.
Saddam was hanged on December 30 after being convicted in an earlier trial for his role in killing 148 Shi'ites in the 1980s.
Majeed, who faces charges of genocide, is considered the main enforcer of the Anfal campaign.
Defendants have said Anfal was a legitimate military operation targeting Kurdish guerrillas who had sided with Shi'ite
Iraq-Iran war.
Chief Prosecutor Munqith al-Faroon also played on Monday video showing women and children lying dead on village streets and mountain slopes after what he said was a chemical attack ordered by Saddam.
"These are the honorable battles they claimed to have launched against the enemy," he told the court.
Judge Mohammed al-Ureybi, in his first order of business, formally dropped charges of genocide and crimes against humanity against Saddam. He cut off the microphones when Majeed stood up and started to read the Koran in tribute to his former chief.
"In virtue of the confirmation of the death of defendant Saddam Hussein, the court decided to finally stop legal procedures against defendant Saddam Hussein according to the Iraqi Penal Procedures Law," Ureybi told the court.
Looking tired and sporting an uncharacteristic white stubble, Majeed refused to take his chair and insisted on reciting a prayer as he stood behind Saddam's empty chair.
"Make him sit down, make him sit down," Ureybi ordered the bailiffs. Saddam's hanging has turned him into a martyr in much of the Arab world, overshadowing memories of his often brutal rule. Two of Saddam's aides, his half-brother Barzan al-Tikriti and former judge Awad al-Bander, are likely to be hanged any day now after being convicted along with Saddam for killing Shi'ites.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2007 10:23 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR, 1 Jan牋-- Kejam, sadis dan satu pembunuhan di khalayak ramai -- demikianlah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hukuman gantung yang dilaksanakan pada hari Sabtu terhadap bekas presiden Iraq yang telah digulingkan Saddam Hussein.

Dalam satu kenyataan keras di sini Isnin, Dr Mahathir berkata hukuman gantung itu mendapat persetujuan presiden Amerika Syarikat George W. Bush dan perdana menteri Britain Tony Blair, yang beliau cap sebagai penjenayah perang.

Beliau berkata tindakan sadis menayangkan pelaksanaan hukuman gantung itu ke seluruh dunia adalah satu perbuatan mempersendakan keadilan dan bermaksud untuk menunjukkan kuasa imperial Amerika Syarikat dan sebagai amaran kepada rakyat yang cintakan keamanan sama ada mereka tunduk kepada kemahuan pentadbiran Bush atau menerima hukuman digantung di khalayak ramai.

Dr Mahathir, yang juga anggota Jawatankuasa Antarabangsa bagi Pembelaan Saddam, berkata penggantungan bekas presiden itu di khalayak ramai juga adalah satu penghinaan kepada seluruh umat Islam kerana ia dilakukan pada Hari Raya Aidiladha yang mulia, ketika umat Islam mengabdikan diri melakukan ibadat sembahyang dan memohon keampunan.

"Adalah jelas si penjenayah perang Bush tidak ada sedikit pun perasaan sensitif terhadap umat Islam yang sedang menunaikan haji di Mekah. Tindakan kejam ini adalah sesuatu yang tidak wajar," katanya.

Beliau berkata keseluruhan proses perbicaraan Saddam memperolok-olokkan keadilan dan dijalankan dalam sebuah mahkamah tidak sah.

"Peguam bela dibunuh dengan kejam, saksi-saksi diancam dan hakim-hakim dipecat kerana bersikap adil dan digantikan dengan hakim-hakim boneka. Namun, kita diberitahu kononnya Iraq ditakluk untuk menegakkan demokrasi, kebebasan dan keadilan," katanya.

Dr Mahathir, seorang pengkritik keras penaklukan Iraq oleh pasukan tentera yang diketuai Amerika Syarikat pada 2003 ketika beliau masih lagi perdana menteri, berkata apa yang berlaku kini ialah sebuah negara yang aman telah ditukarkan menjadi sebuah zon perang.

Lebih 500,000 kanak-kanak mati akibat sekatan ekonomi, dan penemuan terbaru oleh sebuah jurnal perubatan, Lancet mendedahkan bahawa lebih 650,000 rakyat Iraq telah mati sejak penaklukan haram itu.

Beliau juga menuduh Bush telah melakukan pembunuhan terhadap lebih ramai rakyat Iraq daripada pembunuhan yang pernah dilakukan oleh Presiden Saddam.

"Jika Presiden Saddam Hussein didapati bersalah kerana jenayah perang, maka dunia juga harus mendapati Bush, Blair dan John Howard (perdana menteri Australia) sama-sama bersalah dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa tiada pilihan kecuali mendakwa para penjenayah perang ini," katanya.

Beliau berkata sikap berdiam diri Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap Bush, Blair dan Howard mendedahkan sikap berat sebelah mahkamah itu apabila ia tidak teragak-agak untuk mendakwa jenayah perang yang dilakukan di Darfur, Rwanda dan Kosovo.

"Jika kita menyokong hak asasi manusia dan keadilan, kita mesti mengecam tindakan kejam menggantung Saddam Hussein di khalayak ramai ini.

"Tiada alasan untuk membenarkan ketidakadilan ini berlaku dalam apa jua keadaan. Bush dan rejim bonekanya di Iraq telah memperolok-olokkan undang-undang dan keadilan," katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2007 10:38 AM | Show all posts
sekadar untuk renungan bersama di thread ini.

  Dari pemerhatian saya tiada sesiapa pun yang melaungkan pendapat mereka bahawa Saddam Hussein ini 'hero' didalam thread ini tetapi malangnya ada yang beranggapan mendoakan Saddam sebagai seorang hamba Allah seolah2 telah mengangkatkan Saddam sebagai 'Hero'.

Rata2 hanyalah menyatakan perasaan sedih dan itu pada perkiraan saya tidak menjadi salah atau berdosa.

[ Last edited by  daisy71 at 9-1-2007 07:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 06:27 PM | Show all posts
Betul....adakala cerita2 kejahatan dan kezaliman Firaun dan Abu Jahal perlu juga dihebahkan agar menjadi iktibar kepada yang masih hidup.


Tapi Firaun Ramses II & Abu Jahal adalah kafir bejat, seorg mengaku Tuhan, seorg lagi mahu menghapuskan Islam.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 06:32 PM | Show all posts
Saddam Hussein adalah seorang pemimpin dan terbukti bahawa beliau telah banyak melakukan kezaliman dan penindasan hatta pada rakyatnya sendiri. Berdoa untuk beliau seolah-olah mendokan pada pemimpin yang zalim sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Tak wajib kan?


Bukankah setiap kali setelah solah (5 kali sehari), kita mendoakan SETIAP / SEMUA UMAT ISLAM, SAMADA YG MASIH HIDUP ATAUPUN YG TELAH MATI - AL-FATIHAH.

Dgn demikian, arwah Saddah Hussein adalah tergolong dlm umat Islam yg telah meninggal dunia.

Yg mengadili beliau di alam barzakh seterusnya di padang Mahsyar kini adalah Allah, bukan saudara atau saya.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 06:35 PM | Show all posts
Originally posted by daisy71 at 9-1-2007 10:38 AM
sekadar untuk renungan bersama di thread ini.

Dari pemerhatian saya tiada sesiapa pun yang melaungkan pendapat mereka bahawa Saddam Hussein ini 'hero' didalam thread ini tetapi malangnya ada  ...


Orang2 yang telah dizalimi oleh Saddam tu daisy tak mau ingat dan doakan sama ker?  Kesian kat keluarga mereka yang dah ditinggalakan jadi yatim piatu dan janda2 oleh Saddam silako tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 9-1-2007 06:32 PM


Bukankah setiap kali setelah solah (5 kali sehari), kita mendoakan SETIAP / SEMUA UMAT ISLAM, SAMADA YG MASIH HIDUP ATAUPUN YG TELAH MATI - AL-FATIHAH.

Dgn demikian, arwah Saddah Hussein a ...


Ada di khususkan pada Saddam ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.078742 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list