CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: daisy71

Al-Fatihah khas buat Saddam Hussein Abd al-Majid al-Tikriti

[Copy link]
Post time 9-1-2007 06:39 PM | Show all posts
Tak salah kalau nak mendoakan kebaikan untuk Saddam tapi persoalannya di sini ialah keadilan. Saddam cuba nak digambarkan sebagai seorang yang baik serta alim kena pulak masa dalam tahanan sentiasa memegang al-quran. Apakah ini adil bagi beribu-ribu mangsa kekejaman beliau yang telah menjadi janda dan yatim piatu akibat kebuasannya memerintah semasa hayatnya dulu?

Tak salah untuk menceritakan kebaikannya tapi jangan dilupakan tentang keburukan dan kezaliman yang dilakukannya. Barulah adil supaya akal yang waras dapat mempertimbangkannya.

Semoga Saddam dapat pengadilan yang sewajarnya dari Allah dan sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Yang baik dibalas baik dan jahat dibalas dengan sewajarnya.


Sejahat2 manusia, sekiranya beliau bertaubat nasuha, maka Allah akan mengampuninya.

Allah lbh Maha Pengampun, lbh Maha Mengasihani.

Biarlah arwah Saddam berlalu dgn segala kesilapan yg dilakukannya di dunia, tapi kita mungkin tak tahu, sepanjang beliau di bwh tahanan Amerika, adakah beliau sudah menyesali serta bertaubah kpd Allah .... Wallahualam.

Biarlah kisah beliau menjadi teladan ... seorg pemimpin Islam yg pernah menjd tali barut AS memerangi Iran & puak Kurdish, kemudian memerangi bekas tuan Imperialisnya demi kepentingan peribadi, kini menemui Allah setelah dibicarakan dlm keadaan penuh ketidakadilan.

Kisah hidup beliau adalah peringatan buat pemimpin Islam yg lainnya.

Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 06:42 PM | Show all posts
Orang2 yang telah dizalimi oleh Saddam tu daisy tak mau ingat dan doakan sama ker?  Kesian kat keluarga mereka yang dah ditinggalakan jadi yatim piatu dan janda2 oleh Saddam silako tu.


Kehilangan, kesengsaraan yg dialami adalah suratan takdir, samada ajal sudah menjemput, atau bala utk mrk yg alpa ataupun ujian bg mrk yg beriman.

Bukankah kita turut mendoakan mereka dlm doa kita? Tiada salahnya.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 06:45 PM | Show all posts
Ada di khususkan pada Saddam ker?


Saudara sendiri yg menimbulkan persoalan mengapa arwah Saddam patut disedekahkan Al-Fatihah.

Mengapa tidak? Sekiranya ahli keluarga beliau, kaum Arab Sunni Iraq serta anggota parti Baath & gerila Fedayeen yg kini memerangi tentera kuffar US mendoakan hanya beliau, apa saudara blh buat?

Hanya mengomel di forum terbuka yg hanya dibaca org Malaysia shj?

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2007 06:46 PM | Show all posts
Petikan berita dari Utusan Online :
BAGHDAD 30 Dis. – Saddam Hussein, tokoh yang mencetuskan kontroversi kerana tentangan kerasnya terhadap Washington, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani hukuman gantung sampai mati hari ini.

Hukuman ke atas Saddam, yang memerintah Iraq selama 24 tahun, dijalankan serentak dengan permulaan sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh pengikut fahaman Sunah di Iraq hari ini.

Pelaksanaan hukuman itu sekali gus menjadikan Saddam sebagai ‘korban’ pertama Aidiladha di Iraq dan mencetuskan kemarahan umat Islam di negara-negara lain.

Perjalanan terakhir bekas pemimpin berusia 69 tahun itu sekali gus memberi ‘kemenangan’ kepada Amerika Syarikat (AS) yang seakan-akan tidak sabar-sabar untuk mengakhiri nyawa musuh utamanya itu.

Undang-undang Iraq tidak membenarkan mereka yang berusia lebih 70 tahun menjalani hukuman gantung sampai mati.

Saddam berusia 70 tahun pada 28 April depan.

Washington yang menumbangkan rejim Saddam apabila tentera AS menceroboh Iraq pada 20 Mac 2003, sehingga kini masih belum berjaya mengekang keganasan di negara Teluk itu dan gagal mengesan senjata pemusnah besar-besaran.

Saddam ditangkap pada 13 Disember 2003 manakala dua anak lelakinya, Uday dan Quassay, mati di tangan tentera penceroboh dalam serangan ketenteraan dua tahun lalu.

Sesetengah penganalisis politik berkata, keadaan tidak selamat di Iraq memang ‘dicipta’ oleh Washington untuk meneruskan hasratnya berada di negara yang kaya dengan hasil minyak itu.

Berita mengenai pelaksanaan hukuman ke atas Saddam disambut dengan ‘tenang’ oleh penduduk Baghdad dan kerajaan juga tidak mengenakan perintah berkurung seperti yang dilakukan sewaktu Saddam dijatuhi hukuman mati pada 5 November lalu.

Bagaimanapun, di Sadr City iaitu bandar yang menjadi kubu kuat pengikut Syiah, penduduk menyambut berita itu dengan penuh gembira.

Mereka bersorak dan menari dengan riang sambil melepaskan tembakan ke udara bagi meraikan kematian bekas pemimpin yang didakwa menindas penduduk Syiah sewaktu beliau berkuasa.

Seorang imam di sebuah masjid di Najaf iaitu kota suci Syiah menganggap hukuman ke atas Saddam itu sebagai “satu kurniaan Allah kepada rakyat Iraq dan kemenangan untuk pengikut Syiah.”

Stesen televisyen Iraqiya awal pagi ini melaporkan, adik tiri Saddam tetapi berlainan bapa, Barzan Ibrahim al-Tikriti serta bekas ketua Mahkamah Revolusi Iraq, Awad Hamed al-Bandar turut digantung bersama Saddam.

Bagaimanapun, berita itu dinafikan oleh Penasihat Keselamatan Negara, Mouwafak al-Rubaie, yang turut hadir sewaktu Saddam digantung di premis milik Kementerian Kehakiman di sini.

Mouwafak berkata, Saddam digantung pagi ini kerana kerajaan Iraq mahu melakukannya pada ‘hari istimewa’, merujuk kepada Aidiladha yang disambut oleh pengikut Sunah Iraq hari ini.

Berita kematian Saddam itu disambut dengan sedih oleh para pengikut Sunah khususnya anggota parti Baath, parti pimpinan Saddam dan sekali gus mencacatkan sambutan Hari Raya Korban yang sepatutnya disambut dengan meriah.

Ditanya sama ada Saddam melawan sewaktu beliau dibawa ke tali gantung, Mouwafak berkata: “Tidak, beliau menyerah sepenuhnya.”

Kata Mouwafak, seorang hakim membacakan hukuman yang akan dijalankan ke atasnya sewaktu Saddam dibawa masuk ke dalam bilik hukuman dengan tangan bergari.

“Beliau tidak meminta apa-apa. Beliau membawa al-Quran dan meminta kami memberi kitab suci itu kepada seseorang yang beliau panggil Bander,” katanya.

Mouwafak tidak kenal siapakah ‘Bander’ yang dimaksudkan oleh Saddam itu.

Mouwafak memberitahu, proses pelaksanaan hukuman itu turut dirakamkan dengan kamera video.

Saluran-saluran televisyen Iraq juga menunjukkan jenazah Saddam yang ditutup dengan kain putih.

Stesen Iraqiya telah menyiarkan lagu kebangsaan Iraq sebaik sahaja pengumuman pertama mengenai hukuman itu dibuat dan turut memancarkan tulisan berbunyi: “Hukuman ke atas Saddam merupakan penamat kepada detik hitam dalam sejarah Iraq.”

Hukuman ke atas Saddam dijalankan 56 hari selepas Tribunal Tinggi Iraq mensabitkan Saddam terlibat dalam kes pembunuhan 148 penduduk Dujail iaitu sebuah perkampungan Syiah pada 1982.

Mahkamah Rayuan Iraq pada 26 Disember telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh barisan peguam bekas Presiden itu dan mengarahkan agar beliau digantung dalam tempoh 30 hari dari tarikh tersebut.

Sementara itu, dalam satu perutusan akhir yang disiar menerusi Internet, Saddam berkata, beliau telah menyerahkan hidupnya kepada Iraq sebagai sebahagian usaha untuk menentang penjajahan AS terhadap umat Islam.

“Di sini saya menawarkan nyawa saya sebagai korban untuk Allah dan jika Dia mahu, Dia akan menghantar roh saya ke syurga sebagai seorang yang syahid,’’ kata beliau.

Peguamnya, Issam Ghazzawi berkata, surat itu ditulis oleh Saddam 5 November lalu iaitu pada hari dia dijatuhi hukuman mati.

Mesej Saddam turut menggesa rakyat Iraq memadamkan kebencian antara puak dan sebaliknya bersatu menentang penceroboh.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap pejuang Arab Sunah yang menentang pencerobohan AS.

“Selamat panjang umur untuk semua mujahidin dan mereka yang melakukan jihad,’’ tegasnya.

Menurut Saddam, mereka perlu berjuang dan seterusnya menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

“Insya-Allah, Dia akan membantu kita mengusir musuh itu,” jelasnya.

Seorang lagi peguam Saddam, Najeeb al-Nauimi berkata, jenazah Saddam dijaga oleh tentera penceroboh bagi mengelakkan mayatnya dihina oleh pengikut Syiah yang akhirnya akan menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Sunah.

“Sebenarnya ini ialah tanda berakhirnya era Iraq kerana selama 35 tahun pemerintahan parti Baath, Iraq melalui kegemilangannya.

“Saya percaya rakyat Iraq akan terus mengingati Saddam kerana seperti seorang jihad yang syahid, beliau mati demi mempertahankan negaranya daripada dihina oleh musuh,’’ kata Najeeb dari Doha, Qatar.

Saddam berjaya membangunkan Iraq sebagai sebuah negara Arab moden tetapi perang selama lapan tahun dengan Iran menyebabkan ekonomi negara itu mula jatuh.

Beliau menggunakan pemerintahan diktator bagi menyatupadukan rakyat Iraq yang mempunyai pelbagai kabilah dengan tiga kumpulan utama penduduk iaitu Arab Syiah, Arab Sunah dan Kurdis.

– AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2007 06:51 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 9-1-2007 06:35 PM


Orang2 yang telah dizalimi oleh Saddam tu daisy tak mau ingat dan doakan sama ker?牋Kesian kat keluarga mereka yang dah ditinggalakan jadi yatim piatu dan janda2 oleh Saddam silako tu.
  


dah ada post di belakang mendoakan mereka juga wahai saudara gravedigger..

jgnla hangat2 sangat..sikit2 dah lah. nanti ada jiwa2 yg tak bersalah tersentuh. ok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2007 06:54 PM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 9-1-2007 06:39 PM


Sejahat2 manusia, sekiranya beliau bertaubat nasuha, maka Allah akan mengampuninya.

Allah lbh Maha Pengampun, lbh Maha Mengasihani.

Biarlah arwah Saddam berlalu dgn segala kesilapan yg牋...


betul tu ...insyaallah. sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2007 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 9-1-2007 06:39 PM

Biarlah kisah beliau menjadi teladan ... seorg pemimpin Islam yg pernah menjd tali barut AS memerangi Iran & puak Kurdish, kemudian memerangi bekas tuan Imperialisnya demi kepentingan peribadi, kini menemui Allah setelah dibicarakan dlm keadaan penuh ketidakadilan.

Kisah hidup beliau adalah peringatan buat pemimpin Islam yg lainnya.



:setuju:
Ini aku setuju banget...cam kata orang indon.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 07:17 PM | Show all posts
Originally posted by daisy71 at 9-1-2007 06:54 PM


betul tu ...insyaallah. sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.


Ya...termasuklah Kamal Ataturk yang juga pernah mengucap syahadah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 09:05 PM | Show all posts
Ini aku setuju banget...cam kata orang indon.


Sekurang2nya kita punya persamaan dlm perbezaan pendapat. Alhamdulillah.

Ya...termasuklah Kamal Ataturk yang juga pernah mengucap syahadah.


Arwah Kamal Ataturk ada baik & buruk beliau. Beliaulah manusia yg menikam Empayar Turki Uthmaniyyah dari blkg, bersekongkol dgn imperialis Barat dlm membahagi dunia Islam dlm bentuk puak, mewujudkan pemikiran & amalan dlm memisahkan Islam drp aspek kehidupan sepenuhnya sehingga Islam hanya milik peribadi individu, mengagungkan politik asabiyyah (yg mana Baath & Saddam turut amalkan) yg memecahkan umat Islam dlm sempadan bangsa & kaum.

Tapi, gerakan nasionalis Young Turks beliau telah menghasilkan ramai pemikir Melayu Muda yg mula memperjuang idea nasionalis & progresif serta hak Melayu di zmn 1920an & 1930an.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 9-1-2007 09:05 PM

Arwah Kamal Ataturk ada baik & buruk beliau. Beliaulah manusia yg menikam Empayar Turki Uthmaniyyah dari blkg, bersekongkol dgn imperialis Barat dlm membahagi dunia Islam dlm bentuk puak, mewujudkan pemikiran & amalan dlm memisahkan Islam drp aspek kehidupan sepenuhnya sehingga Islam hanya milik peribadi individu, mengagungkan politik asabiyyah (yg mana Baath & Saddam turut amalkan) yg memecahkan umat Islam dlm sempadan bangsa & kaum.


:setuju:

Sekali lagi aku setuju dengan statement ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 01:34 PM | Show all posts
bila Rasulullah saaw datang dan menghapuskan Assabiyyah, Saddam pula membangunkan Asabiyyah dengan semangat Pan Arabnya, menindas rakyat dan selepas kematiannya dia dianugerahkan pula dengan kesyahidan hasil kesan clip video kematiannya.


p/s: dalam sahih muslim tulis pemimpin yang mati dalam keadaan menipu rakyatnya bau syurga pun diharamkan darinya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 11:52 PM | Show all posts
kamal attarturk mati mengejut, dia tak sempat baca kalimah shahdah..korang memandia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 12:02 AM | Show all posts

Reply #92 sLapshock's post

nasib baik tak ada rakaman oleh manusia. :ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 01:53 PM | Show all posts
Tak seharusnya kita menyebar keburukan org Islam yg telah tiada utk tujuan suka2, sakit hati, dendam dsb.

Ini termasuklah arwah Kamal Ataturk & arwah Saddam Hussein.

Kisah mrk blh diungkap hanya sbg peringatan & teladan. Tp dlm keburukan mrk, ada kebaikan yg mrk curahkan utk umat Islam.

Arwah Kamal Ataturk memperkenalkan semangat nasionalis anti-penjajah yg merubah pemikiran pejuang kemerdekaan di Indonesia, Malaysia, negara2 Arab yg lain. Malah, arwah juga menjadikan pendidikan sebgai asas & teras pemodenan bangsa Turki setelah dimalukan dlm perang Dunia Pertama.

Arwah Saddam pula, walaupun dlm kezaliman & ketidakadilan, berjaya menyatupadukan rakyat Iraq yg bersengketa akibat perbedaan mazhab atau etnik. Walau negaranya menerima sekatan ekonomi pasca perang Teluk Pertama, tapi negara Iraq masih stabil tanpa perpecahan kaum (melainkan pemberontakan puak Syiah di Basra, yg didalangi agensi MI6 milik Britain yg berjaya dipatahkan), dimana rakyat masih boleh hidup dlm aman damai. Malah, ketika perang Teluk Pertama, Saddam membuktikan pada dunia Islam (terutamanya pemimpin Arab yg pengecut) bahwa Israel bukanlah sekebal yg disangkakan.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 04:38 PM | Show all posts
al- fatihah untuk Saddam semuga rohnya di cucuri rahmat.
Antara dia dengan tuhan...dah terputus hubungan dia dengan manusia dah..

al- fatihah untuk semua umat muslimin/muslimat di dunia ini, samada yg hidup atau yg mati..

marilah kita sama sama memanjat doa kepada Allah, semuga roh mereka di cucri rahmat, insyallah.

kematian ni amatlah menakut kan...tak tahu pulak bila/d mana giliran kita pulak..

[ Last edited by  mrs_halia at 11-1-2007 04:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 05:03 PM | Show all posts

Reply #95 mrs_halia's post

salam
sebenarnya takde masalah nak doakan minta rahmat, berjuta kali sehari pun takpe. Kita percaya keadilan Tuhan akan menentukan nasib saddam, di hadapan arwah anak2 kecil yang dibunuh dan rakyat yang mati dizalimi. Tuhan Maha Adil, dan keadilan tuhan itulah menyebabkan mangsa2 kejahatan dan kezaliman Saddam bersyukur!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 05:14 PM | Show all posts

Reply #94 Robotech's post

bila membincangkan perihal seperti ini, komen pro dan kon memang tak boleh dielakkan. Kalau kita tidak membenarkan perbincangan seperti ini, maka bagi yang pro akan sentiasa benar dan menang kerana mereka hanya ceritakan yang baik2 sahajar, sementara bagi para penentang akan sentiasa dihalang dari menyatakan apa yang mereka tahu. Apabila berada di kedudukan paling tinggi dalam hirerki kenegaraan, setiap tindak tanduk akan diperhatikan, dan kesalahan akan diingati. inilah harga yang perlu dibayar pemerintah, dan pilihan samada mahu berlaku adil ataupun autokratik, zalim. Sejarah tak pernah melupakan yang adil dan zalim.

dan pemerintah mana yang tak bawa walaupun sekelumit kebaikan kepada rakyatnya? Firaun pun bawa kebaikan pada rakyat/sekelompok mesir dari satu segi tetapi kezaliman pada segi yang lain. tetapi jangan tergamak berfikiran dengan pluralisme: menjustifikasikan kezaliman dengan kebaikan.
Reply

Use magic Report

zezima This user has been deleted
Post time 11-1-2007 05:55 PM | Show all posts
definisi hero- someone who is admired for their bravery,goodness or great ability.....makna dr Longman Dictionary

ramai forumer kat sini menggunakan kata ganti nama 'beliau' kepada Saddam... sdgkan 'beliau' hanya sesuai digunakan untuk org yg wajar dihormati...

istilah hero dr kaca mata org islam masa kini ialah
-Seseorang yg sanggup membunuh ahli keluarga nya..
-seseorang yg mampu membunuh org seagamanya...
-seseorang yg menjadi hamba kpd imperialis US
-seseorang yg menyorok di lubang tikus sewaktu anak buahnya 'mati syahid' di medan perang
-seseorang yg sanggup menyeksa banduan..
Reply

Use magic Report

madutiga This user has been deleted
Post time 12-1-2007 12:51 AM | Show all posts
Al Fatihah untuk mangsa banjir di Johor?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 04:36 PM | Show all posts
Alfatihah utk Saddam.....

Alfatihah jugak untuk mangsa2 perang di Iraq......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.067832 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list