CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: poyo

Aurad Muhammadiah

[Copy link]
myvistream This user has been deleted
Post time 6-1-2007 04:49 PM | Show all posts

Reply #16 pipi's post

makin besar makin tamak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nurul_yusra This user has been deleted
Post time 6-1-2007 06:48 PM | Show all posts
Nak Bukti lagi, Mari tonton VCD ini:

http://rufaqa.multiply.com/
http://rufaqa.multiply.com/


Pada 5 Ogos 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa Ajaran al-Arqam atau Aurad

Muhammadiah adalah sesat lagi menyesatkan dan terkeluar dari akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Bagaimanapun,
ajaran sesat ini terus berkembang dan merosakkan akidah masyarakat Islam dan boleh menjejaskan keharmonian
hidup beragama dan keselamatan negara.

Berikut adalah salah satu sedutan daripada VCD Kuliah Minda yang bertajuk Hubungan Dengan Mursyid (Asaari) yang

disampaikan oleh Mejar (B) Abu Zar yang merupakan salah seorang pemimpin Rufaqa.

Kesalahan

1. Boleh berbincang dengan Allah untuk menentukan siapa yang boleh dikenakan penyakit dan setakat mana kesakitannya. Ini salah kerana mencampuri urusan Allah ke atas makhluk-Nya seumpama Allah tidak tahu tentang makhluk-Nya.

Petikan daripada VCD Kuliah Rufaqa:

Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 6-1-2007 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by nurul_yusra at 6-1-2007 06:48 PM
Nak Bukti lagi, Mari tonton VCD ini:

http://rufaqa.multiply.com/
http://rufaqa.multiply.com/

Pada 5 Ogos 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa Ajaran al-Arqam atau  ...


Aurad Muhammadiah sesat dan terkeluar dari aqidah ASWJ?.
Berhati-hati. Kaji dahulu sebelum bercakap menurut emosi melulu.
Sebab itu saya minta saudara yusra membuat kajian terperinci siapa pengasasnya, keturunannya dan siapa pengamalnya.

Satu artikel yg sangat mudah utk diakses dan ditulis oleh Azizi Khalid ini mungkin satu bacaan santai berinfo utk semua. Feel free to access. (beemer318ci dah letak urlnya di atas tu)

Please click the title below :
Rufaqa Sesat Satu Penilaian

[ Last edited by  hafizi at 6-1-2007 11:50 PM ]
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 7-1-2007 10:56 AM | Show all posts

Reply #23 hafizi's post

KESESATAN BUKU "ABUYA ASAARI MUHAMMAD: PEMIMPIN PALING AJAIB DI ZAMANNYA"

Buku terbaru tulisan Khatijah Amm, isteri ketiga Asaari, telah
menggemparkan Malaysia. Buku ini menjadi bukti jelas bahawa Asaari masih terus mengamalkan Aurad Muhammadiah di samping mencipta pelbagai
ajaran baru dan perkara bid'ah dalam akidah. Biarpun Asaari dan para
pengikutnya menafikan, namun buku ini menjadi bukti yang sangat jelas
KESESATAN MEREKA. Kami paparkan bukti kesesatan mereka! Ini jelas
membuktikan bahawa Asaari telah BERDUSTA di media!
Berikut adalah kesalahan yang kami kesan dan petikannya:

1. Mendakwa Asaari Muhammad adalah mujaddid dan diyakini sebagai
pembantu Imam Mahdi.

揂llah lahirkan duta-Nya bertaraf mujaddid, pembawa Imam Mahdi yang kini amat diyakini, kemuliannyalah menyebabkan Malaysia jadi mulia.
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 7-1-2007 10:57 AM | Show all posts
Sheikh Suhaimi ialah gelaran kepada Muhammad bin Abdullah pengasas kepada ajaran Aurad Muhammadiah iaitu
wirid yang diamalkan oleh ahli Jemaah Aurad Muhammadiah (Rufaqa kini) dan sekaligus menjadi dasar perjuangan
mereka. Sheikh Suhaimi dilahirkan pada tahun 1295H di Kampung Sudaran, daerah Wonosobo, Jawa dan meninggal dunia pada 1343H bersamaan dengan 1925M, di kampung Teluk Pulai, Kelang, Selangor. Ini bermakna beliau telah
meninggal dunia sekitar 70 tahun lebih yang lalu, tetapi bagi Asaari dalam buku-bukunya menyatakan yang Sheikh
Suhaimi belum mati, dia ghaib buat seketika sementara menunggu masa kemunculannya sebagai Imam al-Mahdi
yang ditunggu-tunggu. [size=78%](Lihat Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam, hlm 57, 179 dan 182 dan buku Hati-hati Membuat Tuduhan, hlm. 103.)

Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 7-1-2007 10:59 AM | Show all posts
Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain memberi ajaran dan fahaman seperti berikut:
i. Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw

di dalam Ka'abah.
ii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula

sebagai Imam Al-Mahdi.
iii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan

setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin.
iv. Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga

(yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kononnya untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang
taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
v. Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya.
vi. Ashaari Muhammad dipercayai, kononnya selain seorang yang soleh, wali yang

mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan Sayyidul-Mujaddidin.
vii. Penggunaan Gambar Ashaari secara meluas dikalangan pengikut kerana di

percayai akan membawa Barakah dan mempunyai Karamahnya.
viii. Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan

keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2007 01:38 PM | Show all posts
INDAHNYA BERKASIH SAYANG
Alangkah indahnya berkasih sayang sesama kita,
yang ada hubungan cinta dengan  Tuhan
Kasih sayang begini adalah murni
Insya-Allah kekal abadi sepanjang hayat hingga sampai mati
Kasih sayang sesama kita itu menjadi kuat, kerana diikat oleh kecintaan dengan Tuhan
Faktor Tuhanlah kasih sayang di antara dua insan atau di antara sesama manusia
kekal abadi dan murni
Kasih sayang sesama manusia kalau mahu kekal,
hubungan cinta dengan Tuhan kenalah kekal
Kasih sayang yang begini ia adalah sejati, sampai ke mati
Kasih sayang yang tidak diikat dengan kecintaan kepada Tuhan, cinta palsu
Biasanya tidak kekal, tidak sampai ke mati
Sekalipun suami isteri
Kalau kekal pun kerana keadaan memaksa, indahnya tiada
Kasih sayang adik-beradik atau sanak saudara pun pudar
jika pengikatnya tiada iaitu cintakan Tuhan
Cintakan Tuhanlah rahsia cinta sesama manusia kekal abadi dan murni
Cintakan Tuhanlah  pengikat kasih sayang hingga berpanjangan
Susah hendak diputuskan, payah sekali hendak dihilangkan
Cintailah manusia atas dasar cintakan Tuhan,
ia bersih, murni dan sejati kekal abadi

28.5.2003
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 01:44 PM | Show all posts
Terbangunnya Rufaqa apa yang ada didalam maka hasil akan nampak diluar ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 7-1-2007 09:54 PM | Show all posts

http://web.mac.com/azizikhalid

Pengharaman al-Arqam, ISAnya Abuya Ashaari dan kini pengharaman Rufaqa
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 7-1-2007 09:57 PM | Show all posts

Aurad Muhammadiah (dilampirkan utk rujukan ilmiah)

1. Syahadah - [10X]
Ashhaduallah ilaha illallah
wa ash hadu anna Muhammadar Rasulullah.
Abu Bakri nissiddiq, Umarul faruq, Usmanubarrurahim,
Aliyyu Athududdin, Muhammadul Mahdiyyu khulafa抲
Rasulullah SAW.

Antara Hikmah :
Memperbaharui Syahadah.Menguatkan tauhid kpd Allah SWT dan Rasulullah SAW Menerapkan rasa cinta kepada Nabi SAW, 4 sahabat dan Imam Mahdi Al Muntazar. Menanamkan akidah yg bukan Syiah dan bukan termasuk golongan yg menolak kedatangan Imam Mahdi
2. Surah atTaubah 128-129 - [10X]
Laqadjaakum 棗- Arsyil Aziim
[128]  Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
[129]  Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.
Antara Hikmah: Melahirkan rasa kasih kpd Rasulullah, Melahirkan tawakkal kpd Allah
3. Surah Al Anbia 87 - [50X]
Lailahaillaanta棗杬alimin
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 7-1-2007 10:04 PM | Show all posts
Terdapat perbezaan antara syahadah yang diamalkan oleh rufaqa dengan syahadah yang disyariatkan dan diamalkan oleh masyarakat Islam. Syahadah dalam Aurad Muhammadiah menambah beberapa perkataan lain selain daripada syahadah yang sedia ada dalam Islam.

Syahadah mereka menambah perkataan berikut:

匒bu Bakr al-Shiddiq, Umar al-Farouq, Uthman birru al-rahim, Ali 慳dhudu al-din, Muhammad al-Mahdi (Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi) Khulafa
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 7-1-2007 10:05 PM | Show all posts
Antara akidah yang wujud dalam Rufaqa ialah sangat mempercayai bahawa Sheikh Suhaimi (pengasas Aurad Muhammadiah) sebagai Imam Mahdi. Dan Asaari adalah pembantunya.

Mengapa ini menjadi akidah? Jawapannya:

a. Mereka meyakininya secara qatie dan tidak boleh tidak mempercayainya. Sesiapa yang menolaknya akan dikeluarkan dari jemaah dan dianggap telah sesat.
b. Mereka mendakwa ia khabaran yang datang dari Rasulullah melalui yaqazah Asaari dan 慠asulullah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by nurul_yusra at 7-1-2007 10:04 PM
Terdapat perbezaan antara syahadah yang diamalkan oleh rufaqa dengan syahadah yang disyariatkan dan diamalkan oleh masyarakat Islam. Syahadah dalam Aurad Muhammadiah menambah beberapa perkataan l ...


kalau ya pun nak menyesatkan orang pasal syahadah tu, cuba bertanya dengan ustaz2 yang pandai bahasa arab dulu. dah diterangkan dengan detail pun masih tidak dapat terima. kalau orang belajar bahasa arab mesti tahu beza syahadah dan bacaan seterusnya tidak bersambung. tak pernah pulak orang kata bacaan tahiyat itu syahadah yang bersambung. sedangkan ada juga dibaca syahadah masa tahiyyat. tak pernah pulak aku dengar org baca syahadah yang ada pujian pada 4 org khalifah tersebut dan imam mahadi tu masa tahiyyat. itu hanya bacaan wirid, samalah bagi orang yang baca al-matsurat.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 8-1-2007 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 8-1-2007 08:32 PM


kalau ya pun nak menyesatkan orang pasal syahadah tu, cuba bertanya dengan ustaz2 yang pandai bahasa arab dulu. dah diterangkan dengan detail pun masih tidak dapat terima. kalau orang belajar ...



Tidak mengapalah kelat, sebenarnya persoalan syahadah dlm aurad muhammadiah ini sudah dijawab dengan detail dan semasa itu ustaz nahzaluz sebagai seorg yg boleh dirujuk sebagai tahu berbahasa Arab sudah menerima pakai bahawa syahadah di dalam AM itu tdk disambung dan tdk ada penambahan yg menyesatkan.
Bagaimanapun, saudara kita Yusra ini org baru di sini, tak tahu apa2 agaknya pasal PERBINCANGAN DETAIL mengenai Aurad Muhammadiah dlm thread yg lepas-lepas, cuma pandai bagi hujah C & P dari website tertentu itu sahaja.
Mungkin diapun tk faham sebenarnya apa yg dia C & P sebab itu dia tidak tahu dan masih tidak cukup ilmu utk faham.
Kita doakan sahaja semoga Tuhan berikan dia kefahaman walaupun sedikiit terkebelakang daripada org lain.

[ Last edited by  hafizi at 8-1-2007 10:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:47 PM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 8-1-2007 10:41 PM



Tidak mengapalah kelat, sebenarnya persoalan syahadah dlm aurad muhammadiah ini seudah dijawab dengan detail dan semasa itu ustaz nahzaluz sebagai seorg yg boleh dirujuk sebagai tahu berba ...


Serihartatie tak sambung bicara lagi di ruangan mazhab tu ka? Lama depa tunggu jawapan dari ente.
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 8-1-2007 11:40 PM | Show all posts

Reply #34 hafizi's post

1. Syahadah - [10X]
Ashhaduallah ilaha illallah
wa ash hadu anna Muhammadar Rasulullah.
Abu Bakri nissiddiq, Umarul faruq, Usmanubarrurahim,
Aliyyu Athududdin, Muhammadul Mahdiyyu khulafa抲
Rasulullah SAW.
Antara Hikmah :
Memperbaharui Syahadah.Menguatkan tauhid kpd Allah SWT dan Rasulullah SAW Menerapkan rasa cinta kepada Nabi SAW, 4 sahabat dan Imam Mahdi Al Muntazar. Menanamkan akidah yg bukan Syiah dan bukan termasuk golongan yg menolak kedatangan Imam Mahdi

tak pernah ada penambahan 4 org khalifah dlm kalimah syahadah dlm pegangan ahli sunnah wal jamaah..hanya 2 kalimah tauhid saja dlm shahadah..iaitu tauhid Tuhan dan tauhid Rasul..kenapa perlu ada tauhid kpd 4 khalifah..dlm rukun Iman pun tak ada ttg percaya kpd khalifah ni..ni mmg dh tersasar..

lg satu disebabkan sy ni org baru boleh awk trgkan ttg kedatangan Imam Mahdi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 12:42 AM | Show all posts
lg satu disebabkan sy ni org baru boleh awk trgkan ttg kedatangan Imam Mahdi...


Orang dh bincang dah, berpages
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 9-1-2007 09:06 AM | Show all posts

Reply #37 paranormal_85's post

oh,begitu rupanya..maafkan sy..bkn terniat di hati utk berbalah...cuma inginkan kebenaran..sy baru lg sbb tu sy xtau sdh ade perbincangan psl ni..jd apalah slhnya anda membantu sy dgn memberi tajuk atau dimana tajuk perbincangn tu..jk tdk keberatan lah..
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 9-1-2007 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by nurul_yusra at 9-1-2007 09:06 AM
oh,begitu rupanya..maafkan sy..bkn terniat di hati utk berbalah...cuma inginkan kebenaran..sy baru lg sbb tu sy xtau sdh ade perbincangan psl ni..jd apalah slhnya anda membantu sy dgn memberi taj ...



Saya cuba SEARCH guna kemudahan yg ada di CARI tetapi tidak cukup efisien utk mengakses terus kepada kandungan thread, ia hanya dapat mencapai TITLE sahaja apabila dimasukkan keywords. Harap pihak ADMIN CARI mengambil inisiatif atasi masalah ini.

Oleh itu, saya hanya dapat secara ringkas memberikan maklumat mengenai isu dakwaan penambahan syahadah itu.

------------------
Ustaz Ashaari Muhammad menjawab dlm buku BERHATI-HATI MEMBUAT TUDUHAN

Isu mengatakan kami menokok-tambah syahadah. Walhal kalau orang yang fahami dan hati-hati, menyebut nama empat sahabat (khulafa ur Rasyidin) sesudah dua kalimah syahadah bukannya menokok-tambah syahadah. Perbuatan itu samalah dengan keadaan bila kita baca syahadah dalam tahiyyat.

Saya rasa, bagi ulama yang ikhlas dan faham kaedah nahu dan bahasa Arab dan tidak mengambil kesempatan mengelirukan orang ramai dengan tidak ada niat menjatuhkan sesuatu golongan, tidak akan keliru dengan syahadah di dalam Aurad Muhammadiah kerana ada ayat-ayat selepas syahadah seperti berikut:

(Abu Bakar As Siddiq Umarul Farouk Usmanu Barrur Rahim 'Aliyun 'adududdin Muhammadunil Mahdiyu khulafau Rasulullah SAW) ini bukan sambungan syahadah, ia merupakan ayat atau jumlah yang tersendiri.
Syahadah ini merupakan jumlah fi'iliah.
Abu Bakar As Siddiq hingga khulafaau Rasulullah SAW adalah merupakan jumlah ismiah atau jumlah mubtada' khabar.

Kemudian sebelum perkataan Abu Bakar tidak ada huruf wau iaitu 'athaf.
Kalau ada huruf wau sebelum perkataan Abu Bakar As Siddiq bolehlah dikatakan syahadah itu bersambung dengan ayat Abu Bakar As Siddiq hingga akhir.

Sekiranya ada huruf wau sekalipun sebelum perkataan Abu Bakar, belum boleh dikatakan ayat di muka ayat syahadah itu merupakan sambungan atau tambahan syahadah kerana wau di situ adalah wawul ibtidak iaitu wau permulaan ayat.

Oleh itu di mana logiknya syahadah itu bertambah? Hal tersebut tidak boleh dikatakan menokok-tambah. Demikian juga bila dalam tahayyat awal dan tahayyat akhir semasa sembahyang, kita mengucap dua kalimah syahadah, kemudian terus baca selawat.


--------------------------------------------------------------
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by nurul_yusra at 9-1-2007 09:06 AM
oh,begitu rupanya..maafkan sy..bkn terniat di hati utk berbalah...cuma inginkan kebenaran..sy baru lg sbb tu sy xtau sdh ade perbincangan psl ni..jd apalah slhnya anda membantu sy dgn memberi taj ...


Oh, ye ke baru ... maafkan saya, selalu org cakap org baru kena blajar, kat M&M ni ada Index dia, mod antique buat, kreatif dia, tadek la susah nk cari, awak boleh rujuk kat situ ... tak pun buat seperti mana saudara hafizi lakukan, dia dengan mudah, dn bijaksana sekali telah lakukan satu pendekatan dan kemudahan yg ada iaitu ... search ... maafkan saya yee saya tk tahu ... wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.084993 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list