CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Triathlon/Duathlon -

[Copy link]
Post time 16-2-2008 06:32 AM | Show all posts

iron man competition

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2008 02:57 PM | Show all posts
Monday February 25, 2008

Ah Thiam books ticket to world meet



LANGKAWI: Former national cyclist Wong Ah Thiam抯 (pic) good performance during last Saturday抯 Langkawi Ironman Triathlon has earned him a spot at the Ironman World Championships 2008 in Kona, Hawaii, in October.  
Although he is eligible for one of the two wild card tickets reserved for hosts Malaysia抯 best-placed men and women, Ah Thiam preferred to qualify the hard way.   The 34-year-old mechanic was placed 21st in the overall standings out of more than 600 finishers, thus earning one of the 35 world meet berths allocated to the best finishers in Langkawi.  His 10
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 10:04 PM | Show all posts
Hi peeps!!

watch out..THE 6TH PERAK IRON BOUND CHALLENGE-TAIPING RACE 2008 WE'RE BACK FOR MORE... just log on to website..seperti dibawah..

event di kategorikan sebagai adventure racing..akan dianjurkan pada bulan januari 2009...tapi kali ni mountain biking takde..sbb nak bagi peluang kepada semua atlit yang berminat
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 02:08 AM | Show all posts
The Story of  Rick & Dick Hoyt (Team Hoyt)
-Incredible video about the relationship between a father and son

Sedih tengok nih


http://www.youtube.com/watch?v=VJMbk9dtpdY

---


http://www.youtube.com/watch?v=64A_AJjj8M4
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:32 AM | Show all posts
ni thread paste berita ke apa?? aku minat giler sports nie... anyone???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 07:29 AM | Show all posts
RM20,000 bakal jadi rebutan
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

KEJOHANAN Duatlon Antarabangsa Pedu dijadualkan berlangsung di Pedu, Padang Terap, Kedah pada 30 November ini.

Menariknya, sebanyak sembilan kategori dipertandingkan pada kejohanan yang dianjurkan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Persatuan Triatlon Malaysia, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu dan Northen Corridor Promotion.


Paling mencuri perhatian sudah pasti bagi kategori terbuka yang turut menampilkan atlet duatlon terbaik Asia, Shahrom Abdullah dan peserta terbaik dari negara luar bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Pengurus kejohanan, Jasni Shafie berkata, selain kategori terbuka, lapan kategori lain yang turut dipertandingkan ialah Bawah 19 Lelaki, 20 hingga 29 tahun (lelaki) dan 40 tahun ke atas (lelaki).

Manakala bagi wanita pula ialah kategori Bawah 19, 20 hingga 34 tahun dan 35 tahun ke atas.

"Selain itu, terdapat kategori tertutup bagi pelajar sekolah di sekitar Padang Terap dan juga kategori media yang hanya akan membenarkan wakil dari media cetak atau elektronik sahaja bertanding," kata Jasni pada sidang media di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Pedu semalam.

Jelasnya, setakat ini seramai 155 peserta dari dalam dan luar negara telah mengesahkan penyertaan.

"Hanya 250 peserta sahaja akan diterima mengambil bahagian dengan wang pendaftaran sebanyak RM50," kata Jasni.

Katanya lagi, antara peserta tumpuan yang telah mengesahkan penyertaan ialah jaguh triathlon negara, Eugene Chan dan Mariana Mohamad selain tiga wakil dari Jepun, Amerika Syarikat (dua), Hong Kong (dua), Thailand (lapan), Singapura (enam), Indonesia (satu), Australia (2) dan Filipina (1).

Menurut Jasni, jarak bagi kategori terbuka ialah larian sejauh 6 kilometer (km), berbasikal sejauh 36km dan larian semula sejauh 6km.

"Bagaimanapun, jarak bagi setiap kategori adalah berlainan mengikut kemampuan peserta yang mengambil bahagian," tambah Jasni.

Pelepasan peserta akan dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid di SMK Pedu.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut untuk menyertai kejohanan ini boleh menghubungi talian 04-7725272 atau 013-3311554.

******************************************************************************

kenal both eugene and mariana... good athletes tu... hopefully malaysian will do
great in this event -- ingatkan guainus masuk juga... -- or razani - semua tu memang
athletes malaysia yang handal2 belaka -
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-12-2008 06:24 AM | Show all posts
JUARA...


Shahrom Abdullah (kanan) dan Monica Torres gembira dengan
kejayaan di Duathlon Antarabangsa Pedu 2008 di Padang Terap,
Kedah, semalam.


Peserta berpengalaman negara, Shahrom Abdullah muncul juara Duathlon Antarabangsa Pedu 2008 manakala Mocina Torres dari Filipina mengungguli kategori wanita dalam kejohanan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedu, di sini, semalam.

Shahrom mencatat masa 1:39.05s bagi kategori lelaki umur 20 hingga 39 tahun untuk mengatasi Chadarak Chaikamjon dari Thailand (1:43.26s) yang sekadar menjadi naib juara.

Bagi kategori wanita 20 hingga 34 tahun, Monica mencatat masa 1:48.23s untuk mengatasi atlet Malaysia, Teoh Sue Lin dan Elaine Wong Kar Yan dari Hong Kong.


*****************************************************************************

tahniah shahrom -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2009 08:08 AM | Show all posts
17 atlit profesional sahut cabaran Ironman Langkawi
Oleh Hamzah Osman


SERAMAI 17 atlit profesional, termasuk juara wanita tahun lalu, Belinda Granger dari Australia sah akan beraksi dalam Kejohanan Ironman Langkawi Malaysia Triatlon (Ironman Langkawi) 2009 bernilai RM190,000 di Langkawi bermula 28 Februari ini.


Atlit lain, termasuk naib juara lelaki tahun lalu, Petr Vabrousek dari Republik Czech, bekas juara wanita 2007, Nicole Leder (Denmark) dan bekas naib juara wanita 2006, Zsuzsanna Harsanyi (Hungary).

Sukan yang bakal memerah kudrat peserta apabila terpaksa berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal (180 km) dan berlari (42.2 km) itu turut menguji kekuatan fizikal kerana diadakan dalam cuaca panas terik.

Pengarah kejohanan, A Chandrakumanan, berkata sehingga kini seramai 600 peserta dari 30 negara termasuk Argentina, Jerman, Denmark, New Zealand, Jepun, Australia dan Malaysia mengesahkan menyertai kejohanan edisi ke-10 ini.

揔ami menjangkakan lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara akan menyertai kejohanan kali ini, berbanding 700 tahun lalu.

揚enyertaan daripada peserta tempatan juga dijangka meningkat berbanding ketika Ironman Langkawi mula diperkenalkan pada 2000,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 05:35 PM | Show all posts
adakan yg swim n berlari aje. xperlu naik2 basikal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 4-1-2009 05:35 PM
adakan yg swim n berlari aje. xperlu naik2 basikal



kalau yang tu bukan triathlon la... dah kira duathlon
yang macam malakoff sokmo buat annually tu --

karam boleh la masuk traithlon half ironman kat desaru nanti -
kita masuk mixed event - 2 guys 1 girl -
ha -- karam swim, saya cycle, neo lari... sebab running mesti
kena lelaki.. part yang last tu....   amacam  nak tak?
nanti saya akan contact neo - kita boleh buat this year -
desaru half ironman usually in september/october -

half ironman distance tu - karam kena swim 2km - kat laut tu
saya kena cycle 90km, dan runner kena lari 21km -
not bad too... fun sangat - kita discuss lagi nanti -
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 04:44 PM | Show all posts

Balas #130 dexa\ catat

owh just 2km je ker? simple2 .. erk....   
la ni swim 20meter dah pancit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 01:25 AM | Show all posts
Langkawi Ironman Attracts 718 Participation To Date

KUALA LUMPUR, Jan 28 (Bernama) -- Organisers of the Ironman Malaysia Triathlon in Langkawi, Kedah on Feb 28 feel that despite limited participation from European triathletes due to the winter season, the event that has attracted 718 participants to date, can achieve the targeted 1,000 mark.


Event race director, A. Chandrakumanan said more than 718 triathletes from 36 countries, mostly Asian, have so far confirmed their participation.

"Until today, most of the participants are from Singapore, Japan, Thailand, Australia and Malaysia. The winter season in Europe may have prevented their athletes from training, thus limiting the numbers coming to Malaysia," he told Bernama, here today.

Chandrakumanan said the ninth edition last year saw 700 triathletes from 35 countries taking part and this year, the event has been targeted to attract 1,000 competitors.

He added that though most of the confirmed participants currently are foreigners, the number of local participation would increase significantly by the closing date on Feb 15.

"We have faced similar situations since the Langkawi Ironman's inception in 1999. Locals are known for their last minute entries," he said.

Chandrakumanan said among the top 30 professional triathletes who had registered are defending women's champion, Belinda Granger from Australia and 2007 men's champion, Luc Van Lierde from Holland while defending men's champion, Faris Al-Sultan from Germany may skip the event due to injury.

The Langkawi Ironman features a gruelling multi-disciplined race that comprises a 3.8km swim, 180.2 bicycle ride and 42km run.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2009 06:22 AM | Show all posts
Lebih 700 sertai Ironman Langkawi



SRI Ram Sarma (empat dari kiri) bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan
Nestle Power Bar, Mohamad Rahimi Abdullah (tiga dari kanan) serta para atlet
Ironman Langkawi 2009 bergambar selepas penyampaian penajaan
di Nestle House, Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED


KUALA LUMPUR - Bayangkan anda dipaksa berenang bagi jarak 3.8 kilometer sebelum mengayuh basikal sejauh 180.2 kilometer. Pastinya ramai yang akan menggeleng kepala.

Namun bagi para peserta Ironman Langkawi 2009, tidak timbul langsung isu untuk menyerah sebelum mencuba sekalipun cabaran sejauh 184 kilometer itu tadi ditambah dengan larian sejauh 42.19 kilometer.

Ketua Pegawai Eksekutif, Langkawi Ironman Endurance Marathon Sdn. Bhd. (LIEM), Datuk Sri Ram Sarma berkata, cabaran yang akan dilalui para peserta itu bukanlah sesuatu yang mudah dan bakal menjanjikan sesuatu yang menarik untuk dilihat.

"Cabaran dilalui bukan sahaja membabitkan jarak yang jauh, malah ia juga mungkin akan hadir dari cuaca panas yang diramal mencecah sehingga 43 darjah celsius.

"Jumlah peserta tahun ini juga mencatat peningkatan memberansangkan apabila lebih daripada 700 penyertaan diterima setakat ini. Namun kami menjangkakan jumlah itu akan terus bertambah di saat-saat akhir.

"Semua itu bakal menjadi daya penarik Ironman Langkawi tahun ini dan ia pastinya menjanjikan persaingan yang hebat di kalangan peserta," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Penajaan Nestle PowerBar kepada LIEM selaku penganjur Ironman Langkawi 2009 di sini semalam.

Sementara itu, rata-rata peserta tempatan yang bakal membawa cabaran pasukan elit PowerBar telah menyatakan kesediaan mereka untuk beraksi sebaik mungkin pada perlumbaan yang bakal berlangsung 28 Februari depan.

Salah seorang peserta, Mohd. Hafiz Wong yang telah lapan kali menyertai perlumbaan ini menyifatkan ia sebagai ruang terbaik baginya untuk menebus kekecewaan tahun lalu.

"Tahun lepas, saya berjaya menempatkan diri sebagai peserta tempatan terbaik dan terpilih ke Kejohanan Dunia di Kona, Hawaii. Namun saya terpaksa melupakannya akibat ketiadaan penaja.

"Kali ini saya menyasarkan untuk mengekalkan pencapaian tahun lepas dan sesudah itu saya akan terus mencari penaja bagi membawa cabaran negara ke Kejohanan Dunia," katanya.

Impian Hafiz untuk mengekalkan pencapaiannya musim lepas bagaimanapun bakal melalui ranjau yang berduri.

Salah seorang peserta tempatan yang dijangka menyinar, Heidilee Mohammad, turut menyimpan impian untuk melayakkan diri ke Kona selaku pelumba tempatan terawal yang menamatkan perlumbaan.

"Saya sudah melakukan persiapan sejak enam bulan lalu. Sememangnya saya menjadikan Ironman 2009 sebagai sasaran untuk menempah tempat ke kejohanan dunia.

Namun, saya pasti ia tidak mudah kerana kesemua peserta mempunyai kemampuan yang lebih kurang sama. Hanya pengalaman membezakan," katanya yang pernah beraksi untuk negara bagi acara triathlon pada Sukan Asia di Doha, Qatar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 06:34 AM | Show all posts

gaban

Hafiz tidak mahu terus kecewa

Oleh RADIAH SAORI


HAFIZ bakal beraksi buat kali kesembilan pada Ironman Malaysia tahun ini.

JAGUH negara, Mohd. Hafiz Wong Abdullah menaruh harapan yang tinggi agar ada pihak yang tampil membantu- nya sekiranya layak beraksi pada Kejo- hanan Ironman Dunia, Oktober depan.

Menurut Hafiz, dia akan cuba melakukan yang terbaik pada Kejohanan Triatlon Ironman Malaysia 2009 di Langkawi esok, sekali gus melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Kona, Hawaii.

Begitu pun menurut Hafiz, dia tidak mahu insiden tahun lepas berulang kembali.

Sekali pun berjaya melayakkan diri pada Kejohanan Dunia, Hafiz terpaksa melupakan hasratnya itu ekoran kekura- ngan dana dan tajaan.

"Saya hanya berikhtiar untuk melayakkan diri tetapi saya memang berharap agar ada pihak yang sanggup menghulurkan bantuan sekiranya saya berjaya menempah slot ke Hawaii," kata Hafiz.

"Saya ingin buktikan bahawa saya mempunyai keupayaan dan berhak untuk diberi peluang beraksi pada Kejo- hanan Ironman Dunia.

"Saya akui, saya memang kecewa pada tahun lepas kerana saya terpaksa melupakan aksi di Hawaii berikutan keku- rangan bantuan."

Hafiz yang juga atlet terbaik negara pada Ironman Malaysia tahun lepas, meletakkan sasaran untuk mencatat masa kurang 10 jam pada kejohanan kali ini.

"Tahun lepas saya mencatat masa 10 jam, empat minit dan tahun ini saya ber- harap untuk mencatat masa kurang dari- pada 10 jam," tambah Hafiz.

"Saya sudah mempersiapkan diri selama dua bulan bagi menghadapi kejoha- nan ini dan saya yakin, saya mampu untuk melakukannya.

"Saya meletakkan sasaran yang tinggi dalam disiplin terakhir iaitu larian dan saya juga sukakan laluan baru bagi acara berbasikal tahun ini kerana kami akan menempuh laluan berbukit."

Sementara itu, Hafiz yang bakal beraksi buat kali kesembilan pada Ironman Malaysia tahun ini, turut mengharapkan untuk meraih hadiah wang tunai RM1,500 sekali gus menjadi atlet negra pertama yang melepasi garisan penamat esok.

Melalui Cabaran Ironman Terbaik Malaysia PowerBar yang baru diperkenalkan tahun ini, peserta pertama negara yang melepasi garisan penamat akan menerima hadiah wang tunai RM1,500.

Peserta kedua pula akan menerima RM1,000 dan RM750 buat peserta ketiga negara yang berjaya menamatkan saingan.

"Sememangnya ini merupakan satu motivasi untuk saya mencatat keputusan terbaik kerana ini merupakan kali pertama atlet tempatan pertama yang menamatkan perlumbaan diberi hadiah wang tunai," tambah Hafiz.

"Namun seperti yang saya katakan, apa yang lebih penting saya ingin melayakkan diri ke Kejohanan Dunia."

Ironman Malaysia 2009 yang akan bermula di Jeti Kuah dan tamat di Data- ran Lang melibatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasi- kal (180km) dan berlari (42.2km).


*******************************************************************************

akhir mac rasanya ada satu kat kenyir..   
now nak masuk full ironman memang tak akan punya
kalau standard/olympic  masih okay lagi -
half ironman pun... kena fikir juga tu - sebab swimming tu 2km
bukan sikit2 - jauh juga sebab kat tengah laut -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2009 08:52 AM | Show all posts
McKenzie lebur impian Rhodes

Oleh RADIAH SAORI



DARI kiri, Rhodes, McKenzie dan Fuller bergambar bersama
selepas menamatkan saingan semalam.


ATLET Australia, Luke McKenzie meranapkan impian peserta New Zealand, Bryan Rhodes apabila menjuarai Kejohanan Triatlon Ironman Malaysia 2009 di Langkawi semalam.


McKenzie berjaya menamatkan saingan dengan catatan masa lapan jam, 26 minit dan 48 saat, sekali gus menewaskan Rhodes yang mencatat masa 8'32:52s.

Rhodes bermula garang apabila berjaya mendahului McKenzie dalam disiplin berenang sejauh 3.8 kilometer dan berbasikal (180km).

Bagaimanapun, juara edisi 2001 dan 2002 itu dipintas McKenzie pada jarak 10 kilometer terakhir dalam disiplin larian.

"Bryan merupakan pesaing yang cukup hebat dan memang sukar untuk menewaskannya hari ini (semalam)," kata McKenzie.

"Dia sentiasa menduduki kelompok tiga terbaik dalam kebanyakan kejohanan yang disertainya. Saya memang gembira berjaya menewaskannya dan menjuarai kejohanan ini."

Sementara itu, Rhodes mengakui, dia agak tertekan untuk mencatat kejayaan hatrik dan masalah kesihatan sewaktu perlumbaan semalam menjadi penghalang baginya meraih kemenangan.

"Saya mengalami sakit perut ketika berbasikal dan berlari.

"Namun, ia bukanlah alasan dan saya gembira dengan kedudukan tempat kedua ini."

Tempat ketiga pula dimenangi atlet Australia, Bryan Fuller yang mencatat masa 8:38:06s diikuti atlet Jepun, Hiroyuki Nishiuchi (8:48: 23s).

Sementara itu, kategori wanita menyaksikan Belinda Granger berjaya mempertahankan kejuaraannya selain mencatat masa terbaik peribadinya di Langkawi.

Granger mencatat masa 9:21:10s, hampir lapan minit lebih pantas berbanding catatan yang dilakukannya tahun lepas.

Menurut Granger, acara renang dan berbasikal merupakan kekuatan utamanya sehingga dia menjadikan kedua-dua disiplin tersebut untuk mencipta jurang besar terhadap pesaing utamanya, Nicol Leder dari Belanda.

"Seperti yang saya kata- kan, saya agak lemah dalam acara larian dan disebabkan itu, saya meletakkan sasaran yang tinggi dalam acara renang dan berbasikal," kata Granger.

Leder mencatat masa 9:36:40s untuk menduduki tempat kedua diikuti atlet Jepun, Maki Nishiuchi (9:57:13s) di tempat ketiga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2009 08:58 AM | Show all posts
Ironman galak pelancongan





DR. FIONA LIM TZE LING antara
jaguh triatlon negara ketika ini.


KOSMO! AHAD: Tahniah kerana sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohanan Triatlon Ironman Malaysia di Langkawi. Bagaimana sambutan yang diterima pada tahun ini?


CHANDRAKUMANAN: Seperti yang kita lihat, sememangnya sambutan yang diterima amat menggalakkan. Tahun ini, kami mencipta sejarah berdasarkan penyertaan tertinggi berbanding sembilan edisi terdahulu.

Kali ini, kami menerima penyertaan lebih 730 peserta dan apa yang lebih menarik, tahun ini juga menyaksikan 47 atlet profesional turut mengambil bahagian. Pertambahan ini sememangnya sesuatu yang menggembirakan memandangkan kejohanan triatlon dunia sekalipun terdapat lebih kurang 50 hingga 56 peserta profesional sahaja. Dalam erti kata lain, Ironman Malaysia tahun ini hampir setaraf dengan penganjuran Ironman Dunia.

TAHUN ini Ironman Malaysia sudah memasuki edisi yang ke-10. Sejak kali pertama diadakan, apa kesan penganjuran Ironman Malaysia terhadap pembangunan sukan ini di negara ini?


SUDAH tentu penganjuran ini memberi peluang kepada atlet-atlet tempatan untuk bersaing dengan atlet-atlet antarabangsa dan juga atlet terbaik dunia. Dengan persaingan yang sengit, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu prestasi masing-masing, sekali gus menjadikan atlet-atlet negara lebih cemerlang.

Jika dilihat pada kali pertama kejohanan ini diadakan, hanya terdapat 16 atlet tempatan yang mengambil bahagian. Bagaimanapun, kini terdapat lebih 200 hingga 250 atlet Malaysia yang turut serta. Ini membuktikan acara triatlon di Malaysia sudah jauh berkembang dan semakin digemari.

Selain itu, Ironman Malaysia juga menjadi medan terbaik untuk atlet tempatan melayakkan diri beraksi pada Kejohanan Ironman Dunia di Hawaii, Oktober depan. Ironman Malaysia merupakan salah satu daripada 23 kejohanan yang merupakan gelanggang melayakkan diri ke Hawaii.

Penganjuran ini juga sebenarnya dapat membantu industri perlancongan negara terutama di Langkawi sendiri. Jika dilihat, setiap kali penganjuran Ironman Malaysia, Pulau Langkawi seperti mengadakan satu karnival dengan kemeriahan yang cukup luar biasa.

Ini membantu pendapatan rakyat Langkawi sendiri terutama dari segi perhotelan, pengangkutan, pemakanan dan lain-lain.

MENGAPA Langkawi dipilih sebagai gelanggang Ironman Malaysia dan adakah terfikir untuk menganjurkannya di tempat lain selepas ini?

TIDAK. Kami tidak pernah terfikir untuk menganjurkan Ironman Malaysia di tempat lain kerana Pulau Langkawi merupakan tempat yang paling sesuai.

Seperti yang kita semua ketahui, Kejohanan Ironman Dunia diadakan di Hawaii dan keadaan di sana hampir sama dengan keadaan di Langkawi termasuk cuaca. Pendek kata, Ironman Malaysia di Langkawi boleh dijadikan sebagai medan latihan terbaik buat atlet-atlet yang layak beraksi di Hawaii kelak.



IMBAS KEMBALI... Faris Al-Sultan disambut peminat tempatan sejurus
tiba di Dataran Lang, Kuah pada Triatlon Ironman Malaysia 2008.


KEJAYAAN penganjuran Ironman Malaysia di Langkawi memang tidak perlu dipertikaikan. Apakah yang saudara harapkan daripada kejayaan penganjuran ini?

PERTAMA sekali, kami memang mengharapkan ramai atlet tempatan dapat melayakkan diri ke Hawaii melalui kejohanan ini.

Namun, apa yang lebih penting, saya harap penganjuran ini dapat membuka mata pelbagai pihak terutama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pelancongan Malaysia, ataupun mana- mana pihak agar dapat menghulurkan bantuan kepada atlet-atlet negara yang layak beraksi di Hawaii nanti.

Seperti yang kita ketahui, tahun lepas terdapat atlet negara yang layak beraksi pada Kejohanan Ironman Dunia tetapi tidak berpeluang untuk mencuba nasib disebabkan tiada pihak yang sudi memberikan bantuan ataupun tajaan untuk ke sana.

Ini merupakan satu kerugian kerana bukan mudah untuk melayakkan diri tetapi selepas layak, atlet ini terpaksa berputih mata disebabkan kos yang tinggi dan tiada siapa yang sanggup menjadi penaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2009 07:16 AM | Show all posts
Triathlon Xterra dapat sambutan hangat

KUALA LUMPUR - Seramai 27 peserta profesional menyatakan persetujuan menyertai Triathlon Xterra Malaysia 2009 yang dijadualkan berlangsung 7 Jun ini di Kuantan, Pahang.


Pengerusi Xterra Malaysia, Tengku Zafrul Aziz berkata, kejohanan antarabangsa tersebut telah menerima sambutan penyertaan menggalakkan dari dalam dan luar negara, yang mana seramai 500 peserta menyatakan persetujuan menyertai kejohanan sulung di rantau Asia Tenggara tersebut.

Katanya, sebanyak 20 buah negara akan terlibat dalam kejohanan julung kali diadakan di rantau ini dan antara negara yang akan menyertai kejohanan triathlon tersebut ialah Brunei, Singapura, Korea, Australia, Brazil, Switzerland dan Finland.

"Malaysia merupakan negara pertama Asia Tenggara diberi penghormatan untuk menganjurkan kejohanan triathlon Xterra di rantau ini.

"Ia merupakan negara Asia kedua selepas Jepun yang mendapat kelulusan menjalankan kejohanan ini dan sebagai penghormatan tinggi buat negara untuk melaksanakannya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan tajaan daripada Universal Fitness & Leisure (UFL) di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan UFL, Datuk Radha Krishnan dan Pengarah Teknikal Xterra Malaysia, Shazly Khan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 07:26 AM | Show all posts
01 Oktober, 2009

Putrajaya Bersedia Anjur Kejohanan Ironman 70.3

PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya kini bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah dan menganjurkan kejohanan sulung acara sukan lasak Ironman 70.3, Ahad ini.

"Perbadanan Putrajaya sebagai badan yang menguruskan pusat pentadbiran kerajaan ini, mengalu-alukan kehadiran 300 peserta dari 20 negara termasuk peserta tempatan.

"Kami berbangga kerana dipilih sebagai tuan rumah kepada kejohanan bertaraf dunia ini. Setakat ini segala persiapan sedang giat dijalankan supaya kejohanan berjalan lancar," kata Ketua Penolong Pengarah (Sukan dan Rekreasi), Jabatan Perkhidmatan Bandar Ahmad Azuddin Arshad kepada Bernama.

Beliau terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal Ironman 70.3 Putrajaya di Bilik Mesyuarat Perbadanan Putrajaya di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Azuddin, pada kejohanan Ironman 70.3 Putrajaya itu, pelumba akan melalui jalan raya termasuk Persiaran Perdana yang menempatkan beberapa mercu tanda di Putrajaya seperti Istana Kehakiman dan Kompleks Perbadanan Putrajaya.

"Perlumbaan ini secara tidak langsung memainkan peranan dalam mempromosikan pelancongan sukan di Putrajaya. Putrajaya mempunyai kemudahan sukan air yang baik seperti di Kompleks Sukan Air di Percint 6," katanya.

Perlumbaan itu memerlukan peserta berenang sejauh 1.9km di Tasik Putrajaya berhampiran Hotel Pullman dan diikuti dengan acara berbasikal sejauh 90.1km, sebelum melengkapkan saingan dengan disiplin maraton 21km.

-- BERNAMA




karam bley ler masuk nih.... aku sah2 serrender....  swim 10 meter terus lemas!!!!!  tee hee
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 08:10 AM | Show all posts
01 Oktober, 2009

Putrajaya Bersedia Anjur Kejohanan Ironman 70.3

Perlumbaan itu memerlukan peserta berenang sejauh 1.9km di TasikPutrajaya berhampiran Hotel Pullman dan diikuti dengan acara berbasikalsejauh 90.1km, sebelum melengkapkan saingan dengan disiplin maraton21km.

-- BERNAMA




karam bley ler masuk nih.... aku sah2 serrender....  swim 10 meter terus lemas!!!!!  tee hee
amazed Post at 2-10-2009 07:26 AM


mak ai... skrg ni... karam pun sama gak.. berenang xsampai 50meter terus macam nak lemas dah.. kekekke... lagi2 berbasikal 90.1km? mak ai... pastu nk kena berlari pulak tu 21km.... terus tinggal tulang aje nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 12:20 AM | Show all posts
08 November, 2009

Sutz Dan Vodickova Ungguli Kejohanan Malakoff Powerman 2009

LUMUT, 8 Nov (Bernama) -- Atlet duathlon, Andy Sutz dari Switzerland dan atlet Republik Czech, Radka Vodickova masing-masing menjuarai kategori elit lelaki dan wanita pada Kejohanan Malakoff Powerman 2009 di Seri Manjung, di sini, Ahad.

Sutz, 28, menamatkan perlumbaan dalam jangka masa dua jam, 45 minit 47 saat untuk meraih wang tunai US$5,000 (RM17,036).

"Saya dicabar untuk menyertai kejohanan ini oleh juara musim lepas Bryce Viegas yang turut beraksi kali ini dan terpaksa bertarung dalam keadaan cuaca yang amat panas," katanya.

Juara bertahan Viegas, dari Afrika Selatan, menduduki tempat kedua dengan catatan masa 2:51.0s dan membawa pulang hadiah wang tunai US$3,000 (RM10,221).

Tempat ketiga dimenangi oleh Jason Spong, juga dari Afrika Selatan, dengan catatan masa 2:54.36s dan membawa pulang hadiah wang tunai US$1,200 (RM4,088).

Atlet duathlon terbaik negara, Shahrom Abdullah, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat keenam, setelah menamatkan saingan dalam masa 3:04.22s.

Dalam kategori elit wanita, Vodickova, 24, berjaya mengatasi lawannya dengan catatan masa 3:08.55s diikuti tempat kedua oleh atlet Sweden, Camilla Lindholm (3:11.11s) dan tempat ketiga oleh Caroline Koll dari Afrika Selatan dengan masa 3:16.12s.

Kejohanan itu meliputi acara larian dan berbasikal dala, tiga kategori iaitu individu, lumba berganti-ganti dan pecut.

Kategori elit dan lumba berganti-ganti (bagi dua atau tiga peserta) meliputi larian sejauh 11km, berbasikal sejauh 64km dan 10km sementara kategori pecut ialah larian 5.5km diikuti berbasikal 32km dan larian 5km.

Kejohanan ini juga merupakan satu-satunya acara penentu kelayakan di Asia untuk menyertai kejohanan dunia di Zofingen, Switzerland, tahun depan.

Sementara itu, Pengerusi Malakof Corporation Berhad, Tan Sri Abdul Halim Ali, berkata pihaknya akan terus menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan di sini.

KEPUTUSAN:

Lelaki: Elit

1. Andy Sutz (Switzerland) 2:45.47s

2. Bryce Viegas (Afrika Selatan) 2:51.08s

3. Jason Spong (AfriKa Selatan) 02:54.36s

Pecut:

1. Michael Dohse (Jerman) 1:42.46s

2. Jeroni Perello Bisanez (Sepanyol) 1:43.12s

3. Muhammad Mukhlis Alias (Malaysia) 1:44.24s

Lumba berganti-ganti (Berkumpulan):

1. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 3:26.26s

2. MKH Cycling (Malaysia) 3:29.38s

3. Rodjana (Malaysia) 3:31.46s

Wanita: Elit

1. Radka Vodickova (Republik Czech) 3:08.55s

2. Camilla Lindholm (Sweden) 3:11.11s

3. Caroline Koll (Afrika Selatan) 3:16.12s

Pecut:

1. Christina Liew (Australia) 1:53.29s

2. Ng Sun Nee (Malaysia) 1:58.28s

3. Christina Ledig (Singapura) 1:59.28s

Campuran:

Lumba berganti-ganti (Berkumpulan)

1. Lompat Katak (Malaysia) 3:42.42s

2. Airborne (Malaysia) 3:44.33s

3. Rainbow Runner (Malaysia) 3:45.02s

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.094479 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list