CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5019|Reply: 27

pertuduhan kafir atau munafik

[Copy link]
Post time 17-1-2007 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang,

  Menuduh orang Islam kafir ataupun munafiq tanpa asas, maka berdosa. Namun jika orang tersebut jelas memiliki tanda-tanda kafir atau munafiq, berusahalah untuk berdakwah kepadanya menurut kemampuan masing-masing. Tanda-tanda orang kafir iaitu, suka memecah belah antara Allah dan Rasul-Nya, kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, iman kepada sebahagian perintah Allah tetapi juga menolak sebahagian perintah Allah, suka berperang di jalan syaitan (thaghut), mengatakan nabi Isa anak Tuhan, agama dibuat gurau senda atau permainan, lebih menyukai kehidupan duniawi, mengingkari adanya hari berbangkit, menghalang manusia ke jalan Allah SWT. (Al-Quran surah Muhammad ayat 1 hingga 2 dirujuk)

  Kemudian tanda-tanda orang munafiq iaitu sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu mengingkari, apabila ia diberi amanah ia khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  Jika tanda-tanda ini terdapat pada seseorang maka mereka tergolong orang munafiq ataupun orang kafir, namun janganlah menuduh orang Islam sebagai kafir atau munafiq di hadapannya, kerana perkara ini dapat mengguris hati mereka. Namun ajaklah mereka ke jalan yang benar dan diredhai Allah. Rasulullah SAW tidak pernah menuduh seseorang itu munafiq dihadapannya walaupun baginda sendiri mengetahui bahawa orang itu tergolong orang munafiq.(kisah Abdullah Bin Ubay dirujuk)

sekadar berkongsi informasi. ;)

[ Last edited by  daisy71 at 17-1-2007 09:04 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


belatokrimba This user has been deleted
Post time 17-1-2007 11:52 PM | Show all posts
kalau seseorang itu dah tahu dengan jelas ciri-ciri seorang munafik tu tapi dia buat juga..cam mane. kemudian dah puas orang nasihatkan pun tak dengar...nak hantar kat to guru mana lagi??? ini lagi dosa besar kannnn...:hmm: :hmm: :hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 08:01 AM | Show all posts
iyelah tu saudara belatokrimba, bukan mudah kan nak menasihati yang lain. saudara-mara, adik-beradik dsbgnya.
Diri kita sendiri pun perlu mempunyai akhlak yang baik sebelum menasihati yang爈ain. Kebiasaannya爋rang爕ang爊ak燿itegur燼tau燿inasihati牋akan爉emerhati燿ulu爋rang爕ang爉enegurnya.
Reply

Use magic Report

belatokrimba This user has been deleted
Post time 19-1-2007 10:51 AM | Show all posts
masalahnya ramai sangat orang munafik karang nie.....kalau nak di lihat akhlak dia orang memang baik. ini macam mana pulak??? :hmm: :hmm: :hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 06:10 PM | Show all posts
Saudara belatokrimba,

"Di dalam Islam akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil dari berbagai ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini, tinggallah 爄badat-ibadat itu sebagai upacara dan gerak-geri yang tidak memiliki apa-apa nilai dan tidak membawa apa-apa faedah. 燘erhubung dengan sembahyang contohnya, Allah s.w.t menyebut di dalam Al-Quran:

燬esungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 45)."

[ Last edited by  daisy71 at 19-1-2007 06:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by daisy71 at 17-1-2007 08:32 AM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang,

  Menuduh orang Islam kafir ataupun munafiq tanpa asas, maka berdosa. Namun jika orang tersebut jelas memiliki tanda-tanda kafir atau m ...


yer ler sebab bahaya....lainlah kalau depan2 kita dier tk mahu mengucap dan kata dah murtad barulah kita boleh katakan dia sudah kafir...barulah tuduhan kita berasas....dan dlm konteks ini tdk berdosalah...

yg masalahnyer, golongan munafik ini, yg terang2 mengaku sebg seorg islam, tetapi menentang islam dan cuba meruntuhkan islam...ia adalah bahaya....sgt bahaya.....sebab itu golongan ini di tempatkan di neraka yg paling bawah sekali, lebih bawah dari orang kafir....

apapun, dlm hal ini, lebih baiklah kita meniru cara RSAW dan sahabat2nya menghadapi golongan ini kerana cara yg mereka guna berhikmah dan masih tetap menjaga perpaduan antara sesama umat manusia.....

jgn kita menuduh sebarangan seseorg itu takut2, pertuduhan itu jika tdk benar, membawa kpd fitnah, dan berbalik kepada diri sendiri.....doakanlah dgn penuh keikhlasan kerana kita juga tdk tahu nasib dan untung kita di sana nanti....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2007 01:55 AM | Show all posts
kafir tu bahasa Arab kan??kalo diterjemah bahasa melayu apa maksud dia??agak2 kena batang idung x??
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by speakerrosak at 28-1-2007 01:55 AM
kafir tu bahasa Arab kan??kalo diterjemah bahasa melayu apa maksud dia??agak2 kena batang idung x??


kafir tu dlm bahasa org putih,  non muslim...bila ditukar ke bahasa melayu, bukan islam...

apa dier rukun islam ?...

1. mengucap dua kalimah syahadah
2. sembahyang lima waktu
3. berpuasa di bukan ramadhan
4. zakat fitrah
5. mengerjakan haji jika mampu

jika dilanggar rukun2 tersebut dgn sengaja maka bolehlah dijadikan bukti utk menyatakan keislamannnya dipertikaikan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2007 08:18 PM | Show all posts
Jgn cuba menuduh org munafiq atau sebagai kuffar sebarangan, melainkan jelas terang org itu kuffar.

Sy gusar dgn tindakan segelintir cerdikpandai Islam, di IPTA yg terpengaruh dakyah Salafi / Wahabi yg begitu mudah mengkafirkan org se-Muslim, malah tak teragak2 menuduh puak Syiah sbg kafir.

Selagi seseorg itu masih berpaksikan Allah yg Esa, Nabiyullah Muhammad SAW adalah pesuruh-Nya, maka beliau adalah Islam.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 09:22 PM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 30-1-2007 08:18 PM
Jgn cuba menuduh org munafiq atau sebagai kuffar sebarangan, melainkan jelas terang org itu kuffar.

Sy gusar dgn tindakan segelintir cerdikpandai Islam, di IPTA yg terpengaruh dakyah Salafi /  ...


yer, macam seorg mufti kaum muda itu dgn mudahnya menuduh seseorg gila, dan kemudian dituduh murtad pula...

sebenarnya sape yg gila?...

sebab kalau seseorg itu sudah diikatakan gila, takkan org gila boleh disabitkan dengan murtad pula...dah gila, mestilah tak boleh masuk hukum apa2 lagi....

ishkkk..sy tak faham cam ner corak pemikiran mufti kaum muda nih....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 30-1-2007 09:22 PM


yer, macam seorg mufti kaum muda itu dgn mudahnya menuduh seseorg gila, dan kemudian dituduh murtad pula...

sebenarnya sape yg gila?...

sebab kalau seseorg itu sudah diikatakan gila, ...


Mufti kaum Muda? Umur dia masih muda lagik ker? Buat kerja kontrak Mufti selama 2 tahun jer. Lepas tu balik kampung kat penang.

Berani dia mengkafirkan atau memurtadkan orang?  Kalau orang tu tak murtad atau tak kafir,maka berpatah balik lah tuduhan pada Mufti tu? Maka jadilah dalam sejarah,  Perlis mempunyai Mufti yang Kafir atau murtad?

MasyaAllah, masyaAllah. Hebatnya Mufti Perlis tu. Dah kapir dapat jadik Mufti? Nauzubilah.:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 10:13 PM | Show all posts
Orang yg menuduh orang mazhab lain tu kafir mungkin mereka taksub mazhab.  bukan saja berlaku terhadap yg ikut wahabi.  yg mengaku shafie pun dok kafirkan wahabi.  dan lagi sunni dan syiah pun sama-sama berlawan kata sesat.

dah ni masuk mazhab pulak karang kena pindah dengan aku ke subboard pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 10:54 PM | Show all posts
Tak perlu tukar bod. Ini satu persoalan yg WAJIB diketahui umat Islam, tak kira mazhab.

Kita tahu bhw majoriti Salafi (Wahhabi gelaran Orientalis) adalah dari mazhab Maliki, byk di Arab Saudi. Gerakan Salafi dibiayai oleh keluarga Diraja Saud bagi membendung fahaman revolusioner Syiah semenjak Revolusi Iran 1979.

Masalahnya skrg, golongan Salafi konservatif ambil peluang utk mengkafirkan Syiah. malah sesama Islam Sunnah berlainan mazhab.

Siapa yg memulakan perang Padri (perang saudara) yg memusnahkan kerajaan Minangkabau Pagar Ruyung & institusi beraja Minang ... kalau bukan gerakan anakmuda lyg balik dari Makkah yg ditarbiah dgn fahaman Salafi melampau, dgn mudah mengangkat senjata membunuh Islam Minang yg lain dianggap kafir krn berpegang pd budaya & memilih jalan peperangan sebagai langkah pembersihan bukannya dakwah. Hasil kesan perang Padri yg memusnahkan Tanah Minang membolehkan Belanda yg bertapak di Jawa meluaskan pengaruh mereka & mara ke Minang & akhirnya Acheh!

Di Pakistan, puak Sunnah yg dipengaruhi Salafi melampau melancarkan kempen berani mati tak kira di masjid & sebagainya. Kita tau puak Syiah ni pendendam, bunuh org diaorg, diaorg balas balik. Geng Sunnah melampau dibawah Zarqawi (terpengaruh ngan dakyah Salafi melampau) yg mula2 lancar perang atas Syiah Arab di Iraq. Syiah, balas balik lah!

Ironisnya, doktrin berani mati Syiah Hezbollah menentang Israel dimanipulasi oleh ulama Salafi melampau utk menjustifikasi penggunaanya dlm jihad, malah menghalalkannya!

Org berfahaman Salafi melampaulah yg menyebabkan dendam Syiah membara, yg menyebabkan org Sunnah berpecah belah!

Sy tak benci Salafi, krn sy anggap mrk sebagai reformis Islam. Tapi gerakan pelampau mrk tak dpt dimaafkan!

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 11:07 PM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 30-1-2007 10:54 PM
Tak perlu tukar bod. Ini satu persoalan yg WAJIB diketahui umat Islam, tak kira mazhab.

Kita tahu bhw majoriti Salafi (Wahhabi gelaran Orientalis) adalah dari mazhab Maliki, byk di Arab Saudi. ...



Fakta-fakta yang ko bagi ni sahih ke?  

Kalau nak bincang pasal mazhab kena pi subboard.  Kat subboard org boleh baca juga.   Sebab kat mainboard ni sebahagian besar tak minat pasal gadoh gadoh mazhab.  kalau dah terpaksa aku splitkan dan pindahkan yg post pasal mazhab ke bod mazhab.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 11:48 PM | Show all posts
Sy galakkan saudara mengkaji asal-usul gerakan Salafi / Wahabi.

Mengapa gerakan Salafi melampau menyebabkan golongan Sunnah menjadi anti-salafi, sila rujuk senario Yaman.

Spt sy katakan, prinsip Salafi sbgmana yg ditunjukkan oleh ulama berfahaman salafi sederhana di Mesir, ataupun spt Yusuf Al-Qadharawi adalah kebaikan buat semua, krn mrk ini adalah reformis, bukan ekstremis.

Tak rasa hairan ker, rejim beraja Saud yg merupakan sekutu kuat US (anjing Amerika) dipertahankan oleh Bush yg beria-ia nak perkenal demokrasi kat Timur Tengah. Rejim Saud menjadikan Salafi sbg polisi kerajaan Saud. Siapa yg iktiraf Taliban dulu?

Sumber perisikan juga menyebut, memandangkan sekiranya US tarik tenteranya keluar dari Iraq & gerakan Syiah Iraq dpt sokongan Syiah Iran, kerajaan Saud tak teragak2 membiayai kumpulan bersenjata Sunnah.

Beberapa ulama Salafi dari Arab Saudi secara terang2an kini mula mengkafirkan Syiah terang2an & blh diperangi?

Perlu lagikah kita umat Islam menyaksikan tragedi umat Syiah & Sunnah berbunuhan sbgmana perang Iraq-Iran yg menyaksikan jutaan manusia terbunuh?

Cukuplah tragedi puak di Pakistan, perang Iraq-Iran atau konflik puak di Iraq skrg.

Cukuplah tragedi tragis Perang Padri yg menggoncang Sumatra.

Cukuplah.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 11:53 PM | Show all posts
Salafi bukan mazhab.

Salafio adalah gerakan reformis (pembaharuan) yg murni tujuan asalnya, menghapuskan amalan bidaah yg tiada kena mengena dgn Sunnah & AlQuran.

Golongan ini patut dipuji, tapi, gerakan puak pelampau Salafi yg secara langsung mmecahkan mazhab Sunnah, mengapi2kan dendam Syiah & Sunnah harus diperangi.

Nak memerangi kejahilan tak memerlukan umat Sunnah & Syiah berbunuh, tapi menyatukan mrk dgn dakwah. Itu yg dipinta.

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 07:20 AM | Show all posts
Kenali sifat kafir

Walaupun punca dan faktor penyebab kekufuran adalah berbeza, tetapi ada sifat yang dimiliki oleh hampir semua orang kafir, antara yang terpenting ialah:

Pendengaran, penglihatan dan akal mereka sudah tidak berfungsi untuk mengenali Allah;

lMenyimpan dendam dan perasaan kepada rasul dan pengikut mereka yang beriman;

lMengelakkan diri daripada mendengar seruan mengajak kepada agama Allah; dan

lMereka membantah menggunakan kebatilan dan berperang pada jalan syaitan
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 30-1-2007 11:53 PM
Salafi bukan mazhab.

Salafio adalah gerakan reformis (pembaharuan) yg murni tujuan asalnya, menghapuskan amalan bidaah yg tiada kena mengena dgn Sunnah & AlQuran.

Golongan ini patut dip ...



jadi, yg sibuk bidaahkan org Sunnah dan selamba ajer sesatkan org sunnah kerana depa kata dah buat bidaah, dan setiap bidaah itu adalah sesat, itu bukan salafi ker?.....

yg aku faham, kalau cam ni caranyer depa bukan murnikan islam, tetapi murnikan fahaman bidaah yg mereka gunapakai ajer...fahaman org ASWJ terhadap bidaah yg ada dua itu (hasanah dan dholalah) mereka tidak mahu gunapakai lak.....jadi tang mana habaq mai kat aku nih,.....murni nyer?????
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 01:30 PM | Show all posts
jadi, yg sibuk bidaahkan org Sunnah dan selamba ajer sesatkan org sunnah kerana depa kata dah buat bidaah, dan setiap bidaah itu adalah sesat, itu bukan salafi ker?.....

yg aku faham, kalau cam ni caranyer depa bukan murnikan islam, tetapi murnikan fahaman bidaah yg mereka gunapakai ajer...fahaman org ASWJ terhadap bidaah yg ada dua itu (hasanah dan dholalah) mereka tidak mahu gunapakai lak.....jadi tang mana habaq mai kat aku nih,.....murni nyer?????


Itulah gerakan salafi pelampau.

Gerakan reformis Salafiyyah bertujuan membersihkan unsur2 bidaah yg mencemari amalan penganut Islam spt khurafat, penyembahan maqam & tokok-tambah adat tradisi budaya yg melanggar syariat Islam.

Jgn dinafikan sumbangan golongan gerakan pembaharuan ini. Gerakan ini melahirkan mujahid kemerdekaan anti-kolonial & pemikir Islam spt Sayyid Jamāl al-Dīn al-Afghānī, Muhammad Abduh, Rashid Rida, Ali Abd Al-Raziq .... malah As-syahid Imam Hassan Al Banna.

Falsafah Salafi blh dirujuk sbg Islam modernisme, bg memastikan Islam terus relevan di kalangan umatnya yg diserang bertubi2 oleh penjajahan minda sekular yg mula menjengah akhir kurun ke 19.

Gerakan Salafi sederhana menguasai ruang intelek Al-Azhar hingga kini, melahirkan ramai ulamak muktabar. Ulama modernis berfahaman Salafi sederhana spt Yusuf Al-Qadharawi yg kini bertapak di Qatar mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat di benua Arab.

Gerakan salafi sederhana adalah golongan pemikir & intelek Islam, yg jua merangkumi golongan profesional. Gerakan Salafi sederhana juga mempengaruhi masyarakat Islam baru di dunia Barat.

Salafi sederhana tak menidakkan amalan mazhab AWSJ & Syiah (12 mazhab), asalkan amalan yg dilaksana tak melanggar syariat & bukan diada2kn.

Salafi sederhana merangkumi semua mazhab AWSJ, namun, di Barat, penganut Islam yg baru menjdkan Salafi sbg fahaman mrk krn tak mahu dipisahkn menerusi sempadan mazhab Sunnah.

Gerakan Salafi melampau bermula di Arab Saudi dimana pengikut Muhammad ibn Abd al Wahhab (dari sini terbit terma 'Wahhabi') sanggup menggunakan kekerasan dlm usaha membersihkan unsur bidaah dlm amalan tradisi umat Islam. Golongan ini mengaku Sunnah, tapi tak mengakui mana2 mazhab AWSJ sbg fahaman. Mrk inilah yg mengkafirkan Syiah (12 mazhab) & mana2 pengikut Sunnah AWSJ yg mrk fikirkn sesat. Pengaruh Salafi melampau mempengaruhi org Arab dari mazhab Hanbali & Maliki, namun begitu ulama dari mazhab Maliki & Hanbali juga menolak keras pegangan iedologi kekerasan oleh Salafi pelampau.

Kini gerakan Salafi melampau bertapak kuat di Arab Saudi, dipayungi keluarga diraja Saud yg mendapat mandat politik drp golongan ini.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 1-2-2007 01:30 PM


Itulah gerakan salafi pelampau.

Gerakan reformis Salafiyyah bertujuan membersihkan unsur2 bidaah yg mencemari amalan penganut Islam spt khurafat, penyembahan maqam & tokok-tambah adat  ...


salafi sederhana yg kau maksudkan adalah ASWJ.....wahabi tu salafi moden....panggilan aku ler...

memetik nama2 yg kau sebut ; pd pendapat aku;

salafi moden = muhd abduh, al afghani, rasyid ridha, syed qutb, albani, dll...

salafi/ ASWJ = hassan al banna...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.084247 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list