CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11504|Reply: 21

Ice Hockey -

[Copy link]
Post time 18-1-2007 10:03 PM | Show all posts |Read mode
satu sukan yang kalau nak dikirakan  - baru juga la
pada peminat di malaysia  walaupun sebenarnya dah aeons
di north america --

malaysia ada melahirkan bakat2 / athlete dalam sukan ice hockey ni --
dan ini ada satu article saya jumpa  yang boleh kita share sama -

kalau kawan2 forumers ada cerita tentang ice hockey ni --
lets talk about it --


[ Last edited by  dexa at 8-3-2009 07:39 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2007 10:05 PM | Show all posts
Pasukan hoki ais negara cipta sejarah

PASUKAN hoki ais negara mencipta sejarah apabila menyertai Sukan Musim Sejuk Asia Keenam yang akan berlangsung di Changchun, China mulai 28 Januari sehingga 4 Februari ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai berkata pasukan hoki ais negara diketuai Datuk Lee Hwa Beng akan berlepas ke China, Sabtu ini untuk menyesuaikan diri.

揔ementerian Belia dan Sukan merasa cukup bangga dan bersemangat apabila melihat pemain pasukan ini beraksi dalam temasya sukan tersebut selepas sekian lama menjalani latihan intensif.

揑ni membuktikan kesungguhan dan juga kebolehan mereka dalam sukan hoki ais dan pihak kementerian sentiasa akan memberi sokongan terhadap usaha-usaha seperti ini,
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 01:20 AM | Show all posts
minat sgt ice hockey sbb dulu mmg addict main rollerblade, lantas selalu ke sunway main ice skating sambil tergolek2 jatuh n tangan ku juga berdarah2. kwang3x.
tapi modal nak start main selalunyer mahal kan?
got sum frens playing n they say kalo 1 set equipment dlm RM1K kan?
correct me if i'm wrong but i like this sport
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 05:55 AM | Show all posts
aku suke gak tgk ice hockey... pernah main suke2 ngan member2.. susah gak nak skate sambil bwk hockey puck.. asyik tertinggal je hockey puck tu..  kalo nak main ice hockey seriously tu cam tak berani sbb lasak sgt & kene ligat & pantas.. ticket ice hockey pun mahal gile.. satu game, paling murah around 30 dollar..

[ Last edited by  chuckiey at 19-1-2007 05:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 06:02 AM | Show all posts
me dah mula main ice hockey, with my hubby,
selalu kami main atas tasik belakang rumah sepupu, ice rink dekat taman belakang rumah kami atau kat jalan raya (tak ice hockeylah, tapi kira street hockey)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2007 06:06 AM | Show all posts
Malaysia menang hoki ais Sukan Asia

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2007 10:29 AM | Show all posts
Malaysia cipta lembaran baru


Kontinjen Malaysia yang membuat penampilan pertama pada Sukan Asia musim sejuk mengejutkan banyak pihak pada acara pembukaan yang berlangsung di Changchun, China, kelmarin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2007 09:40 PM | Show all posts
Penyertaan 慼aram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2008 04:08 AM | Show all posts
Malaysia mampu jadi juara Asia
- UTUSAN MALAYSIA

SUBANG JAYA - Skuad hoki ais negara dijangka memiliki peluang cerah untuk menjuarai Piala Cabaran Asia Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) di Hong Kong yang bermula, esok selepas mendapat pelbagai khabar gembira sejak beberapa minggu lalu.

Pengesahan pendaftaran Pesuruhjaya Sukan, latihan kemantapan mental oleh Institut Sukan Negara (ISN) dan penampilan jurulatih baru dari Kanada serta bantuan berterusan penaja tetap, seakan-akan memberikan kekuatan tambahan kepada pasukan yang baru berusia setahun jagung ini.

Tiada siapa lagi mampu mempertikaikan isu kesahihan penyertaan mereka di bawah nama Malaysia ketika mencapai tempat kelapan dalam Sukan Asia Musim Sejuk di Changchun, China, tahun lalu selepas Pesuruhjaya menerima pendaftaran Persekutuan Hoki Ais Malaysia (MIHF) pertengahan bulan ini.

Dalam Piala Cabaran Asia IIHF di Hong Kong, Malaysia bakal berentap dengan tuan rumah, Taiwan, Singapura, Macau dan Thailand.

Inilah penampilan kedua antarabangsa Malaysia yang kini dibimbing oleh Patrick Michael MacDonald dari Kanada yang menggantikan Alexander Kam yang membawa skuad negara mengejutkan Hong Kong 7-3 di Changchun, Januari tahun lalu.

MacDonald dikatakan berpengalaman beraksi dalam Liga Hoki Ais Senior Nova Scotia manakala ahli fisioterapi ISN, Ronald Fauvel mempunyai pertalian saudara dengan pemain legenda kelab Minnesota Wild Liga Hoki Ais Kebangsaan (NHL) Pascal Dupuis.

Setiausaha MIHF yang juga pengurus pasukan negara, Susan Loh berkata, saingan di Hong Kong lebih setara jika dibandingkan di Changchun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 04:13 AM | Show all posts

23rd APRIL 2008 - HONG KONG



:pompom: :pompom: GUD LUCK MALAYSIA :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 04:21 AM | Show all posts

team malaysia...


Chef de Mission: Datuk Lee Hwa Beng

Team manager: Susan Loh

Coach: Patrick Michael MacDonald

Sport Therapist: Ronald Fauvel

Players: Ahmad Bazli Abu Safian, Chew Jeen Sern, Gary Tan Khia Peng, Haniff Mahmood, Imran Mohamad Noor, Jamil David Ahmad Mokhtar, Jeremy Chee Tack Hoong, Khoo Seng Chee, Loke Ban Kin, Mau Yik Woon, Moi Jia Yung, Reezman Isa, Teh Ton Tee, Yap Eu Jin, Yeoh Keong Yau, Adrian Chow Meng Yenn, Abdul Hakim Ismail, Khairil Azril, Zekri Mohamad Noor

info - www.malaysiaicehockey.com 牋:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 04:57 AM | Show all posts
hockey skool?? sesapa berminat leh gi usha



more info & stuff --- http://www.klcobras.com/hockeyschool.asp?Menu=21
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 08:57 AM | Show all posts


SCORES :

Malaysia 4-2 Hong Kong

Malaysia 2-1 Singapore

Malaysia 2-2 Thailand

Malaysia 2-5 Chinese Taipei

Malaysia 4-0 Macau


The Malaysian ice hockey team clinched second place in the 2008 IIHF Challenge Cup of Asia in Hong Kong. The team achieved this by beating Hong Kong, Singapore and Macau, and earning a tie with Thailand. :pompom:

The inaugural tournament, which took place April 24 to 26, is sanctioned by the International Ice Hockey Federation. Six non-winter countries took part, and Taipei emerged as the winner. Host country Hong Kong settled for third place after battling with Singapore for the last spot on the podium.

THE FINAL STANDINGS :

1. Taipei

2. Malaysia :pompom:

3. Hong Kong

4. Thailand

5. Singapore

6. Macau

For many players, their second international appearance garnered more favorable results than their first. All the players are partially sponsored, yet they continue to stay committed to the team, sport and country. With a comprehensive on-and off-ice training, the players were able to better prepare themselves for this tournament.

:pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 09:00 AM | Show all posts

Congratulations to the Malaysian National Men's Ice Hockey Team for winning the Silver Medal in the 2008 Challenge Cup of Asia!


Congratulations to Loke Ban Kim on winning the MVP for the Tournament!



Chef de Mission: Datuk Lee Hwa Beng

Team manager: Susan Loh

Coach: Patrick Michael MacDonald

Sport Therapist: Ronald Fauvel

Players: Ahmad Bazli Abu Safian, Chew Jeen Sern, Gary Tan Khia Peng, Haniff Mahmood, Imran Mohamad Noor, Jamil David Ahmad Mokhtar, Jeremy Chee Tack Hoong, Khoo Seng Chee, Loke Ban Kin, Mau Yik Woon, Moi Jia Yung, Reezman Isa, Teh Ton Tee, Yap Eu Jin, Yeoh Keong Yau, Tengku Muhd Azlly Tg Abdillah, Abdul Hakim Ismail, Khairil Azrul Azizan, Zekri Mohamad Noor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2009 07:38 AM | Show all posts
Hoki ais belanja sendiri ke UAE

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD


PETALING JAYA - Jika kebanyakan atlet elit menikmati pelbagai elaun dan sokongan khasnya kewangan, skuad hoki ais negara sekadar bersandarkan semangat sukarela demi Malaysia malah mengeluarkan wang saku sendiri untuk merebut Piala Cabaran Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) Asia mulai Jumaat ini.

Di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hingga 22 Mac, 18 pemainnya, malah jurulatih dari Kanada, Patrick MacDonald rela mengorbankan masa, tenaga dan wang serta meninggalkan kerjaya dan keluarga untuk memburu cita-cita dan sejarah besar sukan Malaysia - sebuah negara beriklim Khatulistiwa yang tidak bermusim sejuk.

Dua tahun lalu, mereka sudah pun memahat sejarah kemunculan sulung skuad hoki ais Malaysia pada Sukan Musim Sejuk Asia di Changchun, China malah Piala Cabaran 2008 menyaksikan kejayaan yang menakjubkan dan lebih besar dengan bergelar naib juara di Hong Kong.

"Kami membentuk skuad hoki ais Malaysia atas dasar bekerjasama dan semangat sukarela walaupun kadangkala terpaksa mengeluarkan wang perbelanjaan sendiri. Minat terhadap sukan yang cukup asing di Malaysia ini turut mengukuhkannya.

"Mungkin sukan lain yang menyediakan macam-macam elaun tertentu kepada atletnya tetapi kami sebaliknya. Tentulah pelik mengapa masih ada pemain yang setelah mengerah tenaga dengan teruk, sanggup pula menyumbangkan wang untuk membiayai persediaan pasukan ini, bukan?

"Di Changchun, kami bukan sahaja mencatat sejarah kali pertama bermain perlawanan sebenar antarabangsa bahkan menang sulung ke atas Hong Kong 7-3 dan kali ini kami berazam ke Abu Dhabi dengan kejayaan yang lebih baik," kata pengurus pasukan, Susan Loh di Sunway Pyramid Ice Rink, Subang Jaya.

Dalam Piala Cabaran di Abu Dhabi, Malaysia menganggotai Kumpulan A dengan Thailand, Mongolia, India manakala tuan rumah membentuk Kumpulan B dengan Hong Kong, Macau dan Singapura. Dua pasukan teratas kumpulan bakal ke separuh akhir.

Malaysia menduduki tempat kelapan Sukan Musim Sejuk Asia di Changchun setelah dikalahkan Korea Selatan 14-1 dalam perlawanan Kumpulan D dan Korea Utara 15-0 dan Kuwait 10-2 (penentuan tempat keseluruhan).

Ketika itu mereka dibimbing Alexander Kam sebelum muncul naib juara Hong Kong di bawah MacDonald, tahun lalu dengan menewaskan tuan rumah 4-2, Singapura 2-1, seri Thailand 2-2, mengalahkan Macau 4-0 dan ditewaskan Chinese Taipei 5-2.

Skuad kali ini mengekalkan kesemua pemain tahun lalu kecuali Tan Kay Seng dengan antara tonggak mereka ialah Chew Jeen Sern, Jamil David Ahmad Mokhtar dan Loke Ban Kin yang menuntut dan berpengalaman bermain hoki ais di peringkat kelab Australia, Switzerland dan Sweden.

Kata MacDonald: "Jika dulu tiada siapa yang memberikan perhatian kepada pasukan ini tetapi setelah mencipta kejutan memenangi perak dan Ban Kin dipilih Pemain Terbaik tahun lalu, mungkin ramai yang melihat kamilah pasukan yang perlu ditewaskan."


*******************************************************************************************

beginilah sokmonya nasib sukan2 kat malaysia -
kerajaan bukan nak support sangat.. pastu harapkan athletes buat
bagus...  bagi sponsor sikit pun susah...  mana lah sukan2 nak maju kat
malaysia -

all the best to team malaysia - buktikan something - mungkin boleh buka
sikit mata depa -
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 07:47 AM | Show all posts
Malaysia terkandas

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD


KUALA LUMPUR - Kemaraan Malaysia dalam Piala Cabaran Asia Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) Kedua terkandas pada saingan separuh akhir apabila kecundang 3-1 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Zayed's Sport City, Abu Dhabi, kelmarin.

Kekalahan dalam perlawanan yang berlangsung sengit dan seimbang ini turut meleburkan impian skuad negara bimbingan Patrick MacDonald untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian bergelar naib juara seperti di Hong Kong, tahun lalu.

Tuan rumah yang juga pasukan keenam terbaik Asia, menjaringkan gol menerusi Mubarak al Mazrouie, Ahmed al Mazrouie dan Juma al Dhaheri manakala Khoo Seng Chee menyumbat gol sagu hati skuad negara.

Peluang Malaysia ke perlawanan akhir Piala Cabaran Asia IIHF, sudah dikesan agak tipis apabila dibenam Thailand 8-2 namun bangkit membelasah India 10-1 selepas bermula dengan menewaskan Mongolia 4-2 biarpun muncul naib juara Kumpulan A.

UAE akan menghadapi Thailand bagi menentukan juara edisi kedua setelah juara Kumpulan A itu menewaskan Hong Kong 6-4 dalam satu lagi separuh akhir terdahulu.

Kejohanan anjuran IIHF ini khusus untuk negara Asia yang kurang handal dalam hoki ais - dan berada di bawah Jepun, China, Kazakhstan, Korea Selatan dan Korea Utara - selain tidak pernah bermain dalam Kejohanan Dunia bahkan tidak mengalami musim sejuk.

Malaysia turut menjadikan kejohanan ini sebagai sebahagian persediaan awal menghadapi Sukan Musim Sejuk Asia 2011 di Almaty, Kazakhstan setelah mula menyertai dan meraih tempat kelapan daripada 11 pasukan dalam temasya di Changchun, dua tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2009 06:03 PM | Show all posts
ari tu tgk diaorg main kat sunway pyramid tu.... tp kan... byk lak artis yang main... teror2 ler.. siap ada team...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 01:41 AM | Show all posts
aku minat tengok cite the mighty ducks pasal ice hockey
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 12:05 PM | Show all posts
Malaysia Men's Ice Hockey Team (2017)









Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 12:07 PM | Show all posts
Malaysia Women's Ice Hockey Team (2017)


The Malaysia Women's National Ice Hockey Team will participate in 2017 IIHF Ice Hockey Women's Challenge Cup of Asia in Bangkok, Thailand from 7 to 15 March 2017








Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.076570 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list