CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3117|Reply: 10

Khawarij golongan Islam pertama guna agama perjuang agenda politik

[Copy link]
Post time 29-1-2007 11:53 AM | Show all posts |Read mode
(sebuah artikel lama)
KUALA LUMPUR 19 Julai - Puak Khawarij menjadi golongan Islam pertama yang dikatakan menggunakan strategi agama untuk memperjuangkan agenda politik mereka ketika era pemerintahan Saidina Ali.


Pengarah Akademik Institut Pengajian Islam Di Dunia Moden (ISIM) Belanda, Dr. Muhammad Khalid Masud berkata, tindakan Khawarij menggunakan agama ketika menyuarakan pandangan politik menjadikan mereka `kebal' daripada kritikan.


``Khawarij mungkin kumpulan pertama yang menggunakan strategi ini dengan slogan `Tiada hukuman melainkan dari Allah' ketika menentang keputusan Saidina Ali untuk menyelesaikan pertikaiannya dengan Muawiyah menerusi penghakiman.


``Mereka juga percaya dengan amar makruf dan nahi munkar serta rela menggunakan kekerasan dan keganasan untuk mencapai matlamat politik mereka itu,'' kata Dr. Muhammad Khalid.


Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Konsep Negara Islam' di Forum Antarabangsa Kuala Lumpur Mengenai Islam 2002 (Kalif 2002) di sini hari ini.


Turut sama membentangkan kertas kerja pada hari pertama forum tiga hari itu ialah Prof. Syed Hussein Alatas dari Malaysia dan Prof. Mohammad Hashim Kamali dari Afghanistan.


Beliau seterusnya berkata, objektif penubuhan sebuah negara Islam juga menjadi tidak jelas ekoran perbincangan mengenainya lebih memberi penekanan kepada unsur-unsur akidah dan kepercayaan.
Malah, tegas beliau, perbincangan mengenai penubuhan negara Islam pada era silam yang sering dikaitkan dengan permasalahan tauhid dan akidah menjadikan sebarang keputusan mengenainya dilihat sebagai sesuatu yang suci dan muktamad.


Pandangan-pandangan lampau itu, menurut beliau, kemudiannya diterima pakai oleh sesetengah golongan agama masa kini.
``Sikap dan tindakan mereka itu bukan saja mengehadkan konsep sebuah negara Islam, malah ia juga menghalang sesebuah negara Islam mencapai objektif penubuhannya,'' katanya.


Sementara itu, Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Mohammad Hashim Kamali berkata, ciri-ciri sesebuah negara Islam terletak kepada keadilan dan kebajikan yang diberi kepada rakyatnya.


``Dalam membentuk sebuah negara Islam, sesebuah kerajaan tidak perlu merujuk kepada mana-mana model tetapi haruslah mengutamakan keadilan kepada masyarakat,'' jelasnya.


Menurutnya, ciri-ciri Islam sesebuah negara tidak hanya dibuktikan dalam aspek hukuman sahaja.
``Tiga perkara yang perlu dilihat untuk menentukan sebuah negara itu adalah Islam ataupun tidak ialah soal keadilan, kebajikan rakyat dan proses syura,'' ujarnya.


Menurut beliau lagi, mana-mana negara moden yang memiliki tiga ciri-ciri di atas layak digelar negara Islam.
Bagaimanapun, menurut Mohammad Hashim, perbincangan mengenai ciri-ciri negara Islam masih perlu diteruskan kerana masih ramai yang mempertikaikan konsepnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2007 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-1-2007 10:53 AM
(sebuah artikel lama)
KUALA LUMPUR 19 Julai - Puak Khawarij menjadi golongan Islam pertama yang dikatakan menggunakan strategi agama untuk memperjuangkan agenda politik mereka ketika era pemerin ...


lepas tu... ...seronok juga baca kajian cerdik pandai ni. Tapi rasanya ada lagi manusia yang terlebih dahulu sebelum khawarij ni yang menggunakan Islam untuk agenda politik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 11:50 AM | Show all posts
betul, kena check betul2, sapa yg first buat onar guna agama untuk perjuang politik
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-1-2007 10:53
(sebuah artikel lama)
KUALA LUMPUR 19 Julai - Puak Khawarij menjadi golongan Islam pertama yang dikatakan menggunakan strategi agama untuk memperjuangkan agenda politik mereka ketika era pemerin ...


Assalamualaikum warahmatullah,
Tentang khawarij inilah Rasulullah bersabda: "Salah seorang dari kamu sekalian akan menganggap remeh sholatnya dibanding dengan sholat mereka, puasanya dibanding puasa mereka, dan bacaan qur'annya di banding dengan bacaan qur'an mereka. Mereka membaca Al Qur'an tidak melebihi kerongkongan mereka dan mereka keluar dari agama ini seperti keluarnya anak panah dari busur." (di riwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib).
Dan dalam riwayat lain Rasulullah bersabda: "mereka membunuh orang-orang Islam danmembiarkan para penyembah berhala".
Dan dalam riwayat lain di sebutkan bahwa golongan khawarij inilah yang di sebut Nabi dengan sebutan "khilabun Nar", anjing-anjing neraka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 1-2-2007 12:32 PM

Tentang khawarij inilah Rasulullah bersabda: "Salah seorang dari kamu sekalian akan menganggap remeh sholatnya dibanding dengan sholat mereka, puasanya dibanding puasa mereka, dan bacaan qur'annya di banding dengan bacaan qur'an mereka. Mereka membaca Al Qur'an tidak melebihi kerongkongan mereka dan mereka keluar dari agama ini seperti keluarnya anak panah dari busur." (di riwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib).
Dan dalam riwayat lain Rasulullah bersabda: "mereka membunuh orang-orang Islam danmembiarkan para penyembah berhala".



Waduh..waduh terima kasih Pak kerna mengeluarkan hadis-hadis ini. Memang amat menepati jika ditujukan pada  kaum wahabi yang membunuh orang-orang Islam dan membiarkan penyembah berhala sekarang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by vato at 29-1-2007 10:25 PM


lepas tu... ...seronok juga baca kajian cerdik pandai ni. Tapi rasanya ada lagi manusia yang terlebih dahulu sebelum khawarij ni yang menggunakan Islam untuk agenda politik.


Sape golongan tuh yer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2007 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 1-2-2007 14:22


Waduh..waduh terima kasih Pak kerna mengeluarkan hadis-hadis ini. Memang amat menepati jika ditujukan pada  kaum wahabi yang membunuh orang-orang Islam dan membiarkan penyembah berhala sekar ...


Ana mengerti, mungkin kata-kata ana masih terlalu sulit untuk antum fahami, ana turut bersedih . Belajar yang rajin yaa Kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 5-2-2007 08:52 AM

Sape golongan tuh yer?


Bak kata ikhwan indo tu belajar dengan rajin-rajin pasti ketemu kebenarannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2007 11:19 PM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 14-2-2007 10:06 AM


Ana mengerti, mungkin kata-kata ana masih terlalu sulit untuk antum fahami, ana turut bersedih . Belajar yang rajin yaa Kesian.


Bapak juga belajar rajin-rajin ya dan nanti datang ke Malaysia ini boleh juga jadi Pak Supir sambil berdakwah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by vato at 15-2-2007 09:59 PM


Bak kata ikhwan indo tu belajar dengan rajin-rajin pasti ketemu kebenarannya...


Tapi kalau belajar tanpa petunjuk tentu akan sesat...at least bagi la clue atau hint...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 16-2-2007 05:44 PM


Tapi kalau belajar tanpa petunjuk tentu akan sesat...at least bagi la clue atau hint...


Carilah guru yang mursyid yang boleh membimbing awak dunia dan akhirat. Jangan cari guru syiah ataupun guru wahabi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.207167 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list