CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4193|Reply: 22

WAHABI = keganasan

[Copy link]
Post time 2-2-2007 12:12 PM | Show all posts |Read mode
asslamualaikum

aku harap ada perbincangan yang bagus kat sini dalam topik ni. Ni pasalnya aku perhatikan banyak kali keganasan yang muncul pastilah imej2 wahabi tu ada je kat situ. dulu aku baca pasal isu sekolah dekat Baslan tu, wahabi punya kerja jugak sampai jadikan budak2 tebusan. Pastu yang dok sembelih2 orang dalam video tu wahabi jugak. yang bom WTC tu wahabi jugak sampai hancur Afghanistan dijadikan sasaran balas. dok bunuh orang2 Syiah dan bom bunuh diri di Iraq tu wahabi jugak. Bagi aku, perbuatan wahabi ni adalah akibat sikap taksub mereka kepada kepercayaan diri mereka sendiri dan kebencian mereka kepada orang yang tak sebulu dengan diorang. Kalau setakat kafir-mengkafir, bidaah-membidaah tu memang diorang pakar.  So bila orang dah kafir dan jadi ahli bidaah, senang2 je lah diorang nak bunuh. Aku rasa memang ajaran wahabi ni sebenarnya banyak menyumbangkang kepada perilaku ganas yang disitilahkan sebagai jihad sehingga orang Islam keseluruhannya menjadi mangsa imej buruk wahabi ni.

aku memang seram tengok wahabi yang berjanggut serabai dan ganas sokmo masa aku gi umarah dulu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 12:16 PM | Show all posts
apasal ko pi mekah boleh jadi takut tengok orang.

sesuai dengan nawaitu ko agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 12:33 PM | Show all posts
wahabi lagi;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 1-2-2007 07:16 PM
apasal ko pi mekah boleh jadi takut tengok orang.

sesuai dengan nawaitu ko agaknya?


tak tahulah, nawaitu aku time tu nak mendekatkan diri kepada Tuhan je.

ko pulak Ibnur, sebagai seorang wahabi yang baru balik haji, apa kau rasa tentang imej ganas wahabi ni dan kesannya ke atas nama baik Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 01:07 PM | Show all posts
aku pu n tak tau la nak kata.

aku tengok orang semua berseri-seri je kat mekah.  mungkin sebab dia org wahabi dan aku pun mungkin (mungkin) wahabi.

yg aku tau aku nak pi sembahyang jumaat, mintak-mintak ada le imam wahabi kat mesjid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 1-2-2007 08:07 PM
aku pu n tak tau la nak kata.

aku tengok orang semua berseri-seri je kat mekah.  mungkin sebab dia org wahabi dan aku pun mungkin (mungkin) wahabi.

yg aku tau aku nak pi sembahyang jumaat,  ...

ko nampak berseri2 sebab nawaitu ko gitu, memang sekaum dengan ko kot? hindu pun tengok tok wali dia berseri2 walauapun keruh semacam. Tapi takpe, tu ko punya nawaitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2007 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 2-2-2007 01:07 PM
aku pu n tak tau la nak kata.

aku tengok orang semua berseri-seri je kat mekah.  mungkin sebab dia org wahabi dan aku pun mungkin (mungkin) wahabi.

yg aku tau aku nak pi sembahyang jumaat,  ...


lain mcm aje nada tuan ibnur ni....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 03:32 PM | Show all posts

Petikan akhbar utusan

Oleh: ZIN MAHMUD

PADA Khamis lalu, 17 November, jenazah pembuat bom buatan sendiri yang dianggap oleh polis Indonesia terhebat di dunia, Dr. Azhari Husin dikebumikan di kampung halamannya di Jasin, Melaka.

Pasti timbul perasaan sayu melihat peristiwa ini di mana seorang anak Melayu yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan dan mempunyai masa depan cerah sebagai ahli akademik musnah kerana terjebak dengan fahaman keganasan ngeri berasaskan salah faham terhadap agama.

Alangkah sayangnya seseorang yang berpeluang untuk memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan bangsa dan negaranya tetapi menghabiskan hidup dan nyawanya kepada satu perjuangan yang bukan saja sia-sia tetapi membunuh orang awam yang tidak bersalah.

Sememangnya anak-anak kecil Melayu gemar untuk bermain bahan letupan seperti mercun dan meriam buluh menggunakan karbaid di mana setiap tahun akan terdengar betapa ada saja yang cedera dan putus jari akibatnya menjelang Hari Raya, tetapi tidak disangka bahawa muncul seorang pakar bom buatan sendiri seperti Azhar


Ingatlah betapa pakar pembuat bom dari Norway, Alfred Nobel bukan saja menjadi kaya kerana kemahirannya tetapi juga menggunakan kekayaannya untuk melahirkan Hadiah Nobel yang memberi sumbangan kepada kemajuan sains, kesusasteraan dan keamanan kepada dunia. Sayangnya perkara itu tidak berlaku kepada Azhari.

Sebaliknya perbuatannya telah mencemarkan nama baik orang Melayu, negara Malaysia dan umat Islam kerana keganasan yang dilakukannya itu mendatangkan banyak kesengsaraan bukan kepada Amerika Syarikat (AS) dan Australia yang dimusuhinya tetapi kepada rakyat miskin Indonesia yang kais pagi makan pagi untuk hidup.

Pada hari yang sama rakan seganasnya, Nordin Mat Top dengan memakai penutup kepala dikatakan bercakap melalui video memberi amaran bahawa mereka akan menyerang negara dan pemimpin-pemimpin AS, Australia, Britain dan Itali khususnya Presiden George W. Bush, Perdana Menteri Australia, John Howard dan Menteri Luarnya, Alexander Downer.

Azhari dan Nordin adalah bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang telah berjasa besar melahirkan jurutera, ahli-ahli teknologi dan teknokrat Melayu. UTM memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemajuan orang Melayu, dan Malaysia kerana menjadi institusi pelopor dalam teknologi.

Sayangnya dunia umum tidak akan mengenali pencapaian UTM tetapi kerana pembabitan bekas pensyarahnya itu, ia diulang kali disebut sebagai tempat di mana dua pembuat bom buatan sendiri paling hebat dunia pernah bekerja.

Kalau Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) terpaksa menghadapi tamparan imej kerana kejatuhan kedudukan dalam carta yang dibuat oleh institusi Barat, UTM pula terpaksa menerima pencemaran namanya melalui media antarabangsa setiap kali merujuk kepada Azhari dan Nordin.

Kedua-dua anak Malaysia itu telah menempatkan nama negara ini pada peta keganasan yang berasaskan salah faham terhadap perjuangan Islam.

Sasaran pengebomannya tidak berlaku di Malaysia. Ia berlaku di Indonesia, iaitu di Bali dan Jakarta dan menempatkan negara itu sebagai sasaran keganasan seperti AS, Britain, Itali, Sepanyol, Jordan dan Arab Saudi. Iaitu di samping Iraq, Afghanistan, Pakistan dan India yang berada dalam kancah peperangan.

Media Indonesia cenderung menyebut mengenai kewarganegaraan Azhari dan Nordin iaitu sebagai rakyat Malaysia. Hinggakan media mereka memetik kata-kata pegawai perisikan Indonesia bahawa pembiayaan gerakan Azhari datangnya dari Malaysia.

Sejak gejala keganasan Azhari dan Nordin timbul di Indonesia, media mereka sering memberi gambaran yang menekankan tentang kewarganegaraan kedua-dua pelaku ini. Memang benar terdapat warganegara Malaysia yang terlibat dengan keganasan di Indonesia.

Begitu juga pernah satu masa gerakan ini mempunyai pusat di Johor. Kumpulan yang dinamakan oleh Jemaah Islamiah (JI) ini bergerak di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Ini selaras dengan aspirasi mereka hendak menubuhkan Daulah Islamiah Nusantara yang melibatkan seluruh kawasan Melayu Islam di Asia Tenggara termasuk selatan Thailand dan selatan Filipina.

Tetapi pada awalnya, pusat gerakan mereka dikesan di Johor dan Singapura. Pun begitu, bilangan mereka daripada kalangan warganegara Malaysia dan Singapura adalah kecil berbanding dengan pembabitan warganegara Indonesia sendiri.

Bukan saja Indonesia menjadi medan sasaran utama kumpulan pengganas ini tetapi warganegara Malaysia dan Singapura yang terlibat ini hanya mengikut kepimpinan yang asasnya adalah berasal dari Singapura.

JI adalah hakikatnya sebuah kumpulan militan Indonesia yang dipimpin dan memperoleh inspirasi daripada tokoh agama republik itu. Malah menurut buku pengakuan seorang bekas pengganas JI yang diterbitkan di Indonesia, kumpulan ini adalah serpihan daripada gerakan negara Islam Indonesia (NII), kumpulan militan era Suharto. NII yang pernah terlibat dengan perampasan kapal terbang Garuda pada tahun awal 80-an itu pula mempunyai susur galur daripada gerakan Darul Islam/Tentera Islam Indonesia (DI/TII) pimpinan Kurtosuwiryo, sebuah kumpulan gerila bercita-cita menegakkan negara Islam di Indonesia.

Maka coraknya sama. Osama bin Laden dan kumpulannya yang menjadi sebahagian daripada gerakan Mujahidin pernah dibiayai oleh AS bagi menentang Kesatuan Soviet yang menduduki Afghanistan. Maka DI/TII mendapat sokongan AS bagi menentang Sukarno kerana Presiden pertama republik itu memihak kepada komunis global.

Pada hari yang sama Azhari dikebumikan dan pihak keselamatan Indonesia mengeluarkan video Nordin yang memberi amaran kepada AS, satu pertemuan antara dua pemimpin penting dunia sedang berlangsung di Busan, Korea Selatan.

Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Presiden Bush dalam rangka kedua-duanya menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Sememang menarik melihat gambar pertemuan dua pemimpin ini. Ia dilatari oleh bendera Malaysia dan AS yang reka bentuknya hampir sama.

AS adalah kuasa utama dan Malaysia hanyalah sebuah negara kecil. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan saja mewakili Malaysia tetapi juga Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kerana negara ini menjadi pengerusi kedua-dua pertubuhan dunia itu.

Semua negara Islam komited menentang keganasan yang dilancarkan atas nama orang Islam. Dalam hal ini, negara-negara Islam turut memberi kerjasama kepada AS.


Bagi pemimpin-pemimpin negara Islam, kunci kepada keganasan ini adalah ketidakadilan yang dilakukan oleh Israel dengan dukungan AS ke atas rakyat Palestin. Pencerobohan AS terhadap Iraq hanya menyemarakkan perasaan anti-AS yang kerajaan negara Islam tidak dapat bendungi.

Walaupun sasaran pengganas ini adalah Israel dan AS, tetapi orang Islam turut terkorban dalam serangan membunuh diri ini. Kejadian terbaru berlaku di Jordan, sebuah negara yang merupakan sekutu kepada AS tetapi juga sahabat Palestin dan pernah memberi sokongan kepada Saddam Hussein.

Sebuah lagi negara yang terus menjadi sasaran pengganas ini adalah Arab Saudi. Oleh kerana Osama adalah warganegara Arab Saudi dan banyak daripada pengganas dalam kumpulannya juga berasal dari negara itu. Pengeboman berlaku di Arab Saudi kerana kumpulan ini hendak menjatuhkan kerajaan Riyadh yang dianggap menyokong AS.

Kebetulan pula kedua-dua raja baru Arab Saudi dan Jordan juga bernama Abdullah.

Banyak peneliti Barat menganggap fahaman keganasan membunuh diri ini mempunyai sumber dari Arab Saudi dengan asal usul daripada pemikiran Wahabi yang menjadi amalan rakyat negara itu.

Osama dan juga Taliban dianggap datang daripada aliran Wahabi.

Tetapi gejala serangan secara membunuh diri pertama dilakukan oleh Hizbullah, sebuah gerakan Syiah di Lebanon ketika berusaha menghalau AS keluar daripada negara mereka pada tahun 80-an dahulu.

Kaedah ini kemudian dilakukan oleh Hamas dan Jihad Islami di Palestin untuk menghalau Israel. Tetapi Hamas yang merupakan kumpulan Ikhwanul Muslimin Palestin, walaupun mengambil aliran tidak bermazhab mempunyai perbezaan pemahaman daripada Wahabi.

Walaupun Ikhwanul Muslimin melancarkan jihad menentang Israel, mereka tidak melakukan gerakan militan menentang sesama Islam. Gerakan militan dilakukan kemudian oleh serpihannya yang dikenali sebagai Takfir wa Hijrah dan Gamaati Islamiah pada zaman Presiden Gamal Nasser.

Sementara DI/TII di Indonesia pula tidak ada kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.

Tetapi cara Osama, Al-Qaeda melakukan serangan secara pengeboman bunuh diri seperti yang berlaku dalam peristiwa 11 September dan diikuti dengan apa yang berlaku di Madrid, London, Riyadh, Amman, Jakarta dan Bali merupakan fenomena moden yang tidak ada bandingannya pada zaman dahulu.

Ia merupakan gabungan teknologi moden serta ideologi yang menyeleweng daripada tradisi Islam.

Mungkin kepercayaan bahawa penyerang bunuh diri ini akan syahid dan mendapat balasan bidadari tidak mencerminkan fahaman Islam tetapi sebaliknya lebih hampir kepada fahaman moden falsafah nihilisme dan eksistensialisme.

Nihilisme yang muncul pada awal abad ke-19 di Eropah dan Rusia melihat sistem dunia yang ada sekarang adalah palsu, jahat dan wajar dimusnahkan melalui letupan bom. Kematian tidak perlu dihiraukan dan nilai manusia adalah kosong, nil. Sebab itu ia bernama nihilisme.

Begitu juga dengan falsafah eksistensialisme yang popular selepas Perang Dunia Kedua khususnya di Perancis. Falsafah ini meyakinkan peminatnya bahawa hidup ini tidak bermakna, ia hanya wujud. Maka untuk memusnahkan sistem yang ada diwajarkan.

Justeru, untuk memahami minda pengebom bunuh diri ini, ia bukan semata-mata berasaskan pada agama, tetapi juga merupakan cerminan daripada fahaman nihilisme dan eksistensialisme yang wujud hingga ke abad ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 03:37 PM | Show all posts

Musuh Rusia bukan Islam

Musuh Rusia bukan Islam
MOSCOW 2 Okt. - Musuh Rusia di Chechnya bukannya Islam, tetapi kumpulan pelampau, kata bekas Perdana Menteri Yevgeny Primakov semalam.

''Pelampau ini yang menyerang wanita dan kanak-kanak tidak memahami ajaran Wahabi (Islam), tetapi masih menggelar diri mereka Wahabi,'' kata Primakov, calon utama bagi menggantikan Presiden, Boris Yeltsin dalam pilihan raya akan datang.

''Musuh kita bukannya Islam, tetapi pelampau antarabangsa,'' katanya dalam radio Moscow Echo.

Golongan fundamental di republik Islam di Caucasus berharap dapat menegakkan Syariah atau undang-undang Islam daripada fahaman Wahabi, yang berkembang meluas di Arab Saudi.

Primakov berkata, kaitan antara pejuang Chechen dan pengganas antarabangsa memang tidak diragui lagi dan ia berkembang dari peringkat kerajaan hingga kumpulan individu, melalui kumpulan rakyat Chechen di Turki dan Jordan.

Beratus-ratus askar Rusia dengan dibantu kereta kebal memasuki Chechnya semalam, apabila Moscow mengumumkan, ia sudah tidak lagi mengiktiraf pemerintahan Presiden Chechnya, Aslan Maskhadov di republik berautonomi itu.

Primakov, yang pakar mengenai Asia Barat, diberi nama jolokan ''Mr. Gulf'' di Kremlin ketika beliau memegang jawatan Menteri Luar.

Sementara itu, pemimpin Islam di Rusia, Sheikh Ravil Gainutdin semalam mengecam keras campur tangan tentera Rusia di Chechnya, lapor agensi berita Interfax.

Gainutdin, yang sebelum ini mengecam pejuang pemisah Islam di Dagestan, berkata, serangan tentera darat Rusia akan menyebabkan kemalangan jiwa yang besar di kalangan orang awam.

Beliau menawarkan sokongan penuh kepada langkah-langkah antikeganasan Rusia dan berkata, ulama Islam turut bertanggungjawab terhadap keadaan di Caucasus, di mana pemimpin agama sejak dulu lagi telah menyuarakan tentangan mereka terhadap pelampau. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 2-2-2007 15:37
Musuh Rusia bukan Islam
''Pelampau ini yang menyerang wanita dan kanak-kanak tidak memahami ajaran Wahabi (Islam), tetapi masih menggelar diri mereka Wahabi,''kata Primakov, calon utama bagi menggantikan Presiden, Boris Yeltsindalam pilihan raya akan datang. ...


ni apa nyer statement ni...hehehe Primakov tu yg badigol ? atau  yang si ubah (edit) ayat tu yang bengong bahasa melayu.

[ Last edited by  jingaros at 2-2-2007 05:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 02:20 AM | Show all posts

Reply #10 jingaros's post

yang cakap tu pun kita tak tahu siapa
Islam ke bukan primakov tu aku enggak tau
kalau Qardawi kata mengebom berani mati tu harus
macam mana eh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by jingaros at 2-2-2007 05:10 PM


ni apa nyer statement ni...hehehe Primakov tu yg badigol ? atau  yang si ubah (edit) ayat tu yang bengong bahasa melayu.


Rasanya Primakov tu seorang wahabi sebabnyer dia lebih memahami ajaran wahabi daripada wahabi badigol yang sebenarnyer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 4-2-2007 02:20 AM

kalau Qardawi kata mengebom berani mati tu harus
macam mana eh


Qardawi pernah mengatakan bahawa mengebom berani mati itu harus tapi kenalah lihat sasarannya bukan orang awam,orang tua, wanita dan kanak2 seperti yang dilakukan oleh pejuang wahabi sekarang ini.

Err..Qardawi pun sekarang sudah tidak diikuti oleh puak2 wahabi dan dalam satu laman web mereka mengatakan bahawa dia adalah salah seorang ulama yang perlu dijauhkan sebab sudah mula berbaik-baik dengan orang syiah. Qardawi pun mereka tuduh sebagai ulama kerajaan dan tidak menyokong pembunuhdiri2 wahabi yang hebat2 tu.

Orang syiah pun ada juga menggunakan pengebom berani mati tapi sekali saja mereka gunakan terhadap askar2 Amerika dan Perancis di Lebanon dulu, beratus-ratus askar mereka mampus dan terus berundur dari bumi Lebanon.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 06:35 PM | Show all posts
tu yang jadi macam nordin mat top tu
pakar meriam buluh dari malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 4-2-2007 06:35 PM
tu yang jadi macam nordin mat top tu
pakar meriam buluh dari malaysia


Bangga gak.. ada wahabi Malaysia yang di import oleh wahabi di Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 02:17 PM | Show all posts
Tapi kalau bab sepak tendang (bola) Malaysia banyak import dari indonesia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2007 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 10-2-2007 02:17 PM
Tapi kalau bab sepak tendang (bola) Malaysia banyak import dari indonesia


La ni pemain import dari Indon pun dah tak laku lagi dah. Sama gak dengan ustaz2 import wahabi yang dah pun tak laku di negara tercinta kita Malaysia ini. Pernah terdapat di Sarawak seorang ustaz impor wahabi yang tak tahan berhadapan dengan ustaz2 tempatan yang mengamalkan Tareqat dan cabut lari bukan hanya sebab tidak diterima oleh masyarakat tapi juga akibat penyelewengan2nya terdedah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 4-2-2007 18:35
tu yang jadi macam nordin mat top tu
pakar meriam buluh dari malaysia

Heh..heh...

Semua yang buruk2 itu dikaitkan dengan wahabi......

Sungguh mengharukan...............
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 12:32 AM | Show all posts
osama=taliban=nordin mattop=imam samudra=alqaeda
apa persamaan pada diorang semua tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 11-2-2007 12:32 AM
osama=taliban=nordin mattop=imam samudra=alqaeda
apa persamaan pada diorang semua tu?


Naper asyik dengan agenda Wahabi jer? Fahaman Syiah tak sesat ker? Pada aku fahaman Syiah lagik sesat dari wahabi.


Ahlul sunnah wal jamaah juga di pehak yang benar.:love: :tq:

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.110784 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list