CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 17-1-2014 09:24 AM | Show all posts
12 maut tragedi lebuh raya

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info ... 1.htm#ixzz2qcAelQLt
© Utusan Melayu (M) Bhd




10.10.2010
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2014 09:30 AM | Show all posts
kemalangan 10.10.10














Lokasi : Kawasan Angin Lintang, sebelum Restoran Jejantas (jika ke Selatan).

Punca : Sebuah bas berwarna merah. (Ekspress Delima)

1. Bas tersebut ke utara, di lorong laju
2. Lorong ke utara penuh dengan kenderaan
3. Depan, belakang dan tepi bas ada kenderaan
4. Saksi kata dia nampak bas terhoyong-hayang. Saksi melajukan kenderaan kerana memang mengagak sesuatu yang buruk berlaku.
5. Kecuali Honda Accord di belakang saksi, semua kenderaan sarat dengan keluarga
6. Ketika saksi dan bas tersebut berselisih, bas tersebut sudah miring (tilted) ke kiri.
7. Bas tersebut merempuh masuk (dalam keadaan sudah miring 90 darjah) ke lorong ke selatan dan terus melintang jalan.
8. Dari cermin pandang belakang kelihatan asap memenuhi jalan. Apa-apa yang di belakang (immediately beyond) bas tersebut tidak kelihatan (not visible)
9. Saksi sempat terlihat objek berwarna hitam terpelanting akibat dirempuh muncung bas. Mungkin kereta (mungkin!). - saifulmerah



Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 09:35 AM | Show all posts
tragedi 11.11.11

trgedi 11.11.11 hampir menyamai tragedi 10.10.10

Slim River: Usaha seorang bapa, Zaidi Muhammad, 43, menjejak anaknya yang ‘ghaib’ sejurus tragedi bas sekolah dirempuh treler membawa lima tan pasir di sini, semalam, berakhir hiba apabila pelajar itu ditemui sudah meninggal dunia di bawah timbunan pasir setinggi dua meter kira-kira enam jam selepas nahas.

Maysarra Zaidi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, antara empat yang terkorban dalam kemalangan pada jam 4.45 pagi di Kilometer 382, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Behrang, di sini.

Tiga lagi mangsa ialah rakan sekolah Maysarra, Khairul Anwar Azhan, 15, guru mereka, Siti Hajar Mohamed, 33, dan Ketua Wanita Umno Cawangan Alor Teja, Alor Setar, Basarah Saad, 45, yang cuba membantu kumpulan pelajar berkenaan selepas bas mereka terbalik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Md Tahir Kasim, berkata Maysarra, Khairul Anwar dan Siti Hajar antara 60 pelajar dan tujuh guru yang menyertai rombongan ke ibu negara dengan menaiki dua bas, namun satu lagi bas tidak terbabit kemalangan itu.

“Basarah menaiki bas lain bersama rombongan Wanita Umno Kedah dalam perjalanan menghadiri satu program di Tanjung Karang, Selangor. “Bas itu berhenti di tempat kejadian atas permintaan Basarah yang mahu menghulurkan bantuan, namun dia yang juga ibu tunggal tiga anak menemui ajal apabila dirempuh treler terbabit,” katanya.






Sementara itu, kehilangan Maysarra bermula apabila ayah dan abangnya, Faiz Zaidi, 16, yang bergegas dari rumah mereka di Taman Angsana, Kulim, gagal mengesan pelajar itu di Hospital Slim River (HSR) Zaidi yang juga juruteknik di sebuah institut kemahiran di Kulim dan Faiz hampa serta kebingungan apabila mendapati nama Maysarra tiada dalam senarai mangsa cedera atau terkorban.

Berikutan itu, dua beranak berkenaan ke lokasi kejadian untuk mencari jawapan kehilangan anaknya. Hanya kira-kira setengah jam kemudian, baru mereka dimaklumkan mayat Maysarra ditemui di bawah timbunan pasir pada jam 10.45 pagi semalam.

Difahamkan, sebelum itu anggota penyelamat tidak menyedari ada mangsa tertimbus di bawah timbunan pasir di situ serta menyangka semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Ketika ditemui wartawan di HSR selepas itu, Zaidi yang ditemani isterinya, Mazylina Abdullah, 35, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya, sebaliknya hanya menitiskan air mata.

Namun, Faiz memberitahu adiknya harapan keluarga kerana memperoleh 8A dalam ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini. “Dia sangat rajin belajar, malah antara pelajar harapan di sekolahnya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR tahun ini,” katanya.

Faiz berkata, tiada perubahan ketara dilihat pada adiknya sebelum ini, malah arwah kelihatan tidak sabar untuk mengikuti rombongan berkenaan. “Ini rombongan kedua arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik HSR di sini, semalam.

Jenazah Maysarra dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Teja, Alor Setar, Kedah. -hm


'Rakan maut depan saya'



SLIM RIVER - Seorang mangsa kemalangan tidak dapat melupakan detik melihat sahabat baiknya terbunuh selepas terpelanting akibat disondol sebuah treler membawa muatan guni pasir ketika rakan itu hendak membantu menyelamatkan dirinya.

Nur Husna Ahmad, 15, berkata, dia tidak menyangka tindakan rakan sebayanya itu, Khairul Anwar Azhan rupa-rupanya pertolongan terakhir yang akan diingati sampai bila-bila.

Mengimbau semula kejadian itu, cerita Nur Husna, sebaik bas yang dinaiki terbabas dan terbalik, Khairul Anwar telah selamat dan berada agak jauh dari bas tersebut tetapi rakannya itu berpatah semula ke kawasan berhampiran bas itu demi membantu menyelamatkannya.

"Saya amat sedih apabila mengingati tindakan Khairul Anwar kerana dia sepatutnya tidak terkorban.

"Sebelum itu arwah sudah berjalan jauh ke tepi jalan, dia sudah selamat tetapi dia patah balik untuk tarik saya keluar dari bas terbalik. Dia suruh saya ke tepi tetapi apa yang berlaku, dia pula yang menjadi korban," katanya.

Nur Husna berkata, semua peserta rombongan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Merah, Kulim berjaya keluar dari bas yang terbalik melalui cermin depan yang dipecahkan.

"Seorang demi seorang merangkak keluar dan saya antara terakhir kerana mengalami kecederaan kaki," kata gadis itu yang menggambarkan suasana semasa itu kecoh dan cemas kerana mereka ketakutan. -kosmo



Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 09:40 AM | Show all posts
trageedi 11.11.11

Mangsa sedang keluar dari bas sebelum dirempuh treler: Saksi

SLIM RIVER: Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan terbalik di laluan kiri menuju arah selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi tadi.

Menurut saksi, mereka cuba keluar dari bas terbabit sebelum treler membawa guni muatan pasir merempuh sebahagian belakang bas yang berada di atas jalan laluan lebuh raya itu.

Seorang pelajar yang berada dalam bas terbabit, Farhana Adila Ramli, berkata ketika kejadian kebanyakan rakannya sedang tidur.

"Kami tidak sedar sebahagian bas telah terbalik selepas terbabas, suasana bising. Kami keluar dari bas untuk selamatkan diri masing-masing. Pada waktu itu tiba-tiba sebuah treler langgar dari belakang bas, kawan-kawan di bahagian belakang saya tidak tahu nasib. Saya sedar apabila berada di hospital," katanya ketika ditemui di bahagian kecemasan Hospital Slim River di sini.

Pelajar Tingkatan Tiga, Mohd Shah Redzuan Samsudin, yang patah di bahagian lengan, berkata sebilangan besar yang berada di dalam bas terbabit hanya cedera ringan apabila bas itu terbabas.

"Apabila treler merempuh bas kami, saya tengok rakan sekolah yang lain tercampak keluar dari bas," katanya.

Guru mata pelajaran Biologi, Azria Hani, 31, berkata rombongannya bertolak dari Kulim pada 11.30 malam tadi untuk lawatan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

Antara tempat yang ingin dilawati adalah ASTRO dan Menara Berkembar PETRONAS.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim, berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu, Basarah Saad, adalah ahli pergerakan Wanita dan menaiki bas lain yang berhenti untuk membantu pelajar keluar dari bas yang membawa rombongan sekolah berkenaan.

"Ketika bas yang membawa rombongan Pergerakan Wanita UMNO Kedah untuk ke Tanjung Karang lalu di kawasan terbabit, pemandu ternampak dan kemudian berhenti di depan bas terbabit.

"Pemandu kami turun untuk bantu pelajar dan pesan kepada kami jangan turun tapi beberapa ahli pergerakan ingin bantu. Mereka sempat keluarkan tiga pelajar dari bas yang terbabas," katanya.

Apabila sedang membantu, sebuah treler merempuh belakang bas terbabit dan kemudian asap keluar berkepul-kepul.

"Pemandu minta semua ahli Wanita yang turun (untuk bantu) naik semula ke dalam bas kami, kerana pemandu kata keadaan bahaya dan risau jika bas terbabit meletup. Apabila bas kami bergerak, baru tersedar Basarah tiada dalam bas, dan cubaan menghubunginya gagal. Kami kemudian berhenti dan berjalan kaki ke kawasan kejadian sebelum dimaklumkan Basarah maut," katanya.

Katanya, ketika kejadian, kedengaran pelajar terbabit menangis dan meminta tolong dalam keadaan gelap di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, Basarah adalah ibu tunggal dan mempunyai tiga anak lelaki.

Abang kepada seorang pelajar yang maut, Zuhairi Azhan, 21, berkata pada mulanya beliau tidak membenarkan adiknya Khairul Anwar menyertai rombongan itu bagaimanapun selepas dirayu beberapa kali akhirnya beliau mengizinkan.

"Saya terkilan tidak dapat menghantar adik kerana bekerja. Sebenarnya ibu saya mengalami trauma kerana sebelum ini adik perempuan saya juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya," katanya.

Ibu kepada Farhana Adila, Rozita Idris berkata, pada 6.30 pagi tadi beliau cuba menghubungi anaknya bagaimanapun tidak dapat menembusi talian telefon bimbit anaknya itu.

"Saya kemudiaan cuba hubungi kawan kepada anak saya, dan dimaklumkan bas kemalangan dan mereka berada di Hospital Slim River. Saya sedih dan hiba apabila diberitahu ada rakan anak yang meninggal dunia dalam kejadian itu," katanya.

Kesemua jenazah mangsa yang maut sudah dituntut waris masing-masing petang tadi di Rumah Mayat Hospital Slim River.

Dalam kejadian itu, empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas yang berhenti akibat terbabas di sebelah kiri laluan menuju ke selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang di sini awal pagi tadi. - BERNAMA


















Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 09:50 AM | Show all posts
TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM AL-TAQWA HULU LANGAT
16 orang disahkan terkorban & 9 orang lagi berjaya diselamatkan...Ini berita terbaru mengenai kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Hulu Langat Selangor...Al-Fatihah...

Semalam, kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang yang telah menimpa separuh daripada struktur Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang. Kejadian tersebut telah menimbuskan seramai 25 orang yang terdiri daripada pelajar dan 4 orang penjaga (warden). Difahamkan semasa kejadian berlaku, anak-anak yatim tersebut sedang melakukan raptai kompang & nasyid untuk menyambut kunjungan dari pihak FINAS.

Bila sebut nama anak yatim pun hati kita dah tersentuh, inikan pula bila berlaku kejadian macam ni...apa-apa pun Allah Taala lebih sayangkan mereka









HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.

“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.

“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.

“Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat saya terhad,” katanya sebak dengan linangan air mata.

Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan turus tertimbus sehingga paras pinggang.

“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” katanya.

Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.

SUMBER : myMetro>Lenyap sekelip mata


Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor pun sempat memberi nasihat berhubung dengan kejadian tanah runtuh...lazimnya benda ni tak berlaku sekali gus tapi ada petanda-petanda awal...macam kejadian tsunami jugak...antaranya pokok yang kelihatan condong, tanah yang dikesan mengalir turun dari cerun, bangunan yang mula retak secara melampau, mendapan tanah, air keluar daripada tebing dan sebagainya. Kat bawah ni ada info secara detail...So, kalau ada tanda-tanda ni kita kenalah alert & inform kat pihak berkuasa






Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar.
Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit.
Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok.
Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget/bergerak daripada struktur utama rumah.
Kepecahan serta kebocoran pada paip air.
Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa.
Penjelmaan mata air atau tanah basah melampau yang tidak pernah terdapat atau belum pernah terjadi.
Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima.
Pemendapan ketara permukaan jalan.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 10:50 AM | Show all posts
Pembunuhan Pelajar Malaysia Di Mesir : Salah Siapa ?
Kejahatan bukan hanya kerana ada niat, tapi juga kerana ada kesempatan.
Minggu lepas pelajar Malaysia di Mesir digegarkan dengan peristiwa berdarah pelajar Malaysia di kawasan Dirasat,Mansurah [Ibu Negeri Daqahliah] kira-kira 120 km dari ibu kota Kaherah.Tempat tersebut merupakan salah satu penempatan pelajar Malaysia yang berhampiran dengan kampus Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah,telah mendapat liputan dari pelbagai media massa Mesir dan Malaysia,termasuk juga blog dan forum.

Tidak ketinggalan juga beberapa rakan penulis menghubungi melalui YM dan SMS bertanyakan hal ini untuk kepastian setelah mendapat liputan berita televisyen Malaysia keesokkan daripada tregedi ini dan penulis terus saja menghubungi beberapa rakan di Mansurah untuk mengesahkan adakah ia benar atau tidak !

Penulis tidak ketinggalan untuk merekodkan berita-berita dari dada akhbar-akhbar Malaysia dan juga di Mesir tentang kejadian tersebut di blog dan menemui beberapa orang termasuk pegawai yang diamanahkan untuk menjaga pelajar Malaysia yang dianggarkan 6000 orang berada di Mesir.

Pada awalnya penulis menyifatkan sebagai arab tempatan yang melakukan perbuatan kebinatangan ini..rupa-rupanya pelajar Malaysia sama Malaysia..ini menunjukan kejadian seperti ini adalah kali pertama dan ramai yang tidak menyangka dengan tragedi ini.

Seingat penulis di era 80-an arab yang bunuh pelajar Malaysia kemudian di awal Ramadhan tahun 2004 Empat beranak rakyat Malaysia ditemui mati dalam kebakaran di pangsapuri mereka di 10th District, Madinat Nasr, Kaherah, Mesir, dipercayai dibunuh sebelum kediaman mereka dibakar oleh seorang warga Indonesia yang dianggap rakan yang saling kenal mengenali.




Allahyarham Mohd.Zaki yang merupakan pelajar tahun akhir Universiti Al-Azhar Kaherah berasal dari Sabak Bernak,Selangor yang ditemui diruang tamu yang tidak terbakar.Tetapi Isteri dan 3 orang anaknya yang usia di bawah lingkungan 3 tahun yang ditemui rentung dibilik tidur.

Tragedi yang menyayat hati tersebut juga mendapat liputan meluas media massa Mesir dan Malaysia.

Walaupun beberapa minggu lepas saja penjenayah tersebut dilaksanakan hukuman mati ke atasnya oleh kerajaan Mesir.[Menurut En.Amri Abdullah-Pengawai Jabatan Penuntut]

13 Jun 2007 pula menyaksikan satu lagi peristiwa berdarah yang tidak akan dilupakan buat pelajar Malaysia di Mansurah,Mesir ke atas tragedi Allahyarham Muhammad Ishak yang berasal dari Kampung Raja Wali,Chendering, Terengganu.



Allahyarham merupakan seorang pelajarbalakoni Muadalah KUSZA [Program Berkembar Dengan Universiti Al-Azhar] tahun tiga jurusan Usuluddin,yang meninggal dunia di hospital Dauli akibat dipukul dan tikam serta dikelar melebihi 10 kali tikaman [sumber dari akhbar tempatan Mesir Al-Wafdu pula mengatakan 60 kali tikaman] paling teruk adalah di bahagian di kepala,leher,mata,lengan dan paha oleh rakan dikenali dengan menggunakan kayu penyapu dan 3 bilah pisau yang pada ketika itu mereka berdua sahaja di rumah sewa itu yang dipercayai pada mulanya mereka bergelut dengan batang penyapu.[menurut pegawai rumah negeri Selangor Tuan Haji Idris Mastor yang menemui suspek semasa tahanan].




Penulis difahamkan, suspek yang dikenali sebagai Mohd.Siddiqi [Pelajar tahun 2 Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah] ditahan dalam penjara “first class” yang dibiayai oleh kerajaan Selangor yang boleh diziarahi dan diberikan makanan orang Malaysia.

balakoni1Mangsa yang ditetak bertalu-talu tersebut lari ke balakoni dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab tempatan yang berada di pasar[rumah sewa tersebut berhampiran dengan pasar harian masyarakat arab .






Kemudian arab terus naik ke tingkat 2 dengan memecahkan pintu rumah tersebut untuk masuk dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah. Kemudian arab teruspelajar mesir menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli dan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya mangsa sedarkan diri buat seketika dan ditanya kenapa suspek memukulnya; hanya menjawab: "Dia tu gila" kemudian dia dibawa ke ICU tidak lama kemudian di menghembuskan nafasnya.

Walaupun banyak qaul atau pandangan orang ramai yang membuat andaian tentang motif kejadian sebenar atau puncanya yang disebabkan ketiadaan saksi dalam kejadian ini.

Penulis secara peribadi menyifatkan berpunca dari "tekanan perasaan dan something wrong" yang tidak dicegah segera dan memandangkan aura pertumpahan darah di zaman kini sudah meluas dan tanpa disedari bila-bila masa boleh berlaku ! Carilah pendindingnya agar kita terselamat dan tidak leka dimana jua kita berada !

Semoga kita dapat menjadikan pengajaran dan memikirkan apakah hikmah disebaliknya bagi mereka-mereka masih waras.

Di pihak yang diberikan amanah untuk menjaga ribuan pelajar disini janganlah tunding menunding jari ke sana ke sini.Turunlah selalu ke "padang" untuk berjumpa pelajar untuk bertanya khabar dan apa-apa masalah pelajar agar tautan muhibbah sesama Muslim terikat kukuh.

Jangan bertahta saja di pejabat dan mengharapkan pelajar sahaja mengadukan apa-apa masalah.Bagaimana pula dengan dengan Menteri2 atau Dato`2 yang pernah ke Mesir hanya boleh berjumpa pelajar di Malaysia Hall Kaherah atau lebih popular dikenali sebagai ARMA !


Kenyataan dari Pengarah Jabatan Penuntut Kaherah Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti semasa temuramah oleh pihak Media di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut di hari pengebumian mangsa baru-baru ini yang mengatakan "agar pihak penaja mengkaji background pelajar sebelum menghantar pelajar ke sini" dan kenyataan tersebut telah disanggah oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwalabdulrahmanpalil.jpg Islam, Belia dan Mesra Rakyat Dato` Abdul Rahman Palil bahawa pelajar berkenaan yang mendapat tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui saringan yang disyaratkan termasuk melepasi pemeriksaan kesihatan.

Pengalaman penulis untuk ke Mesir sudah menjadi kewajipan pihak penaja akan menyertakan dokumen akauan kesihatan atau medical check !Persoalannya kenapa seorang yang bertitle seorang prof madya tidak tahu prosedur dan pihak Al-Azhar sendiri juga akan membuat medical check sekali lagi apabila nama pelajar tersebut telah diterima masuk kuliah.

Penulis menganggap ada "something wrong" juga bila seorang Pengarah membuat kenyataan macam ini ! Kalau dikatakan "tekanan perasaan" ia boleh berlaku bila-bila masa saja !

Berapakah rekod Pengarah tersebut membuat perjumpaan pelajar di seluruh muhafazah dan persatuan-persatuan pelajar dan Kelab di Mesir dalam masa sebulan sebelum-sebelum ini dan bertanyakan masalah pelajar hatta menyediakan perkhidmatan pelajar di luar Kaherah.

Sepatutnya perkara sebegini sudah ada pemantauan kesan daripada pembunuhan dari kes allahyarham Mohd.Zaki dulu dan pemantauan pergerakan pelajar di sini.

Kalau setakat memohon dan meluluskan permohonan di semua rumah negeri untuk menempatkan pegawai-pegawai di setiap rumah negeri sama tetapi yang pegawai hanya bertakhta saja di rumah negerinya apa gunanya !semuanya memerlukan kos yang tinggi untuk membayar elauan pegawai-pegawai di sini.

Pegawai yang berelauan situ sini tapi pelajar tidak mendapat bantuan kewangan pun tidak mengapa...meleleh air liur ! sudah menjadi lumrah orang melayu juga bila melakukan kerja yang melibatkan luar bidangnya pastinya akan menuntut "duit claim" atau elauan lebih istimewa sekali bila berada diluar negara...hal ini juga sama seperti dalam politik UMNO dan kuncu-kuncunya.

Bagaimana perjuangan orang-orang terdahulu...sedarkah kita..Bagaimana mereka bekerja untuk memaju dan memulihkan ekonomi negara..datangnya kita senang-senang saja mahu itu dan ini..Sikap kita harus diubah bahawa kita bukan peminta tetapi penyumbang !Apabila kita sudah ada sumbangan yang besar hasil dari usaha yang bersungguh2..kita akan dikenang... akan diiktiraf selama-lamanya.

Penulis juga bingung dengan kenyataan-kenyataan tersebut ...bagaimana pula dengan Dato` Duta kita di Mesir ! kalau dulu dikatakan hebat untuk melobi takhta Kedutaan Malaysia Di Kaherah dengan gagasan Islam Hadhari puluhan ribuan Ringgit Malaysia dicampakkan untuk mencari pengaruh di Mesir pada tahun 2003 ? Makin berintelekkah pelajar di sini dengan acuan Islam Hadhari tersebut ? [Pertanyaan daripada beberapa teman penulis]

Bagaimana pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Berita Harian dan juga cakap-cakap pelajar di sini menyatakan suspek sebelum ini pernah ditahan oleh polis Mesir !Siapa yang menyembunyikan data atau rekod berkenaan polis Mesir atau Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah !

Walaupun perkara yang tidak diduga terjadi tetapi orang yang menerima amanah dan tanggungjawab sewajarnya memberi kenyataan “kami sentiasa membuat penemuan pelajar dan menyelesaikan masalah-masalah pelajar itu dan ini di tempat itu dan ini..memang tidak diduga !”……….

Di Mesir kita ada Presiden/Pengerusi/Yang Di Pertua atau kepala-kepala induk… Berpuluhan persatuan di Mesir ini ada persatuan bebas ada pro pembangkang ada pro kerajaan [nama saja pro kerajaan tapi tak de makna] semua ada ! Jika dilihat http://www.msdcairo.com
tiada kemaskini dari masa ke semasa…apa yang JPMK buat ![menurut beberapa orang pelajar ketika penulis temui]

Penulis difahamkan melalui beberapa “mata-mata” yang sentiasa memantau JPMK di zaman Pengarah ini tidak ada mengeluarkan apa-apa berita atau buletin tentang apa kerja JPMK di Mesir ! atau hanya bodek dan melayan Dato` bila tiba di Mesir saja ? Sudah menjadi sikap orang kita rasanya kerja kita tidak dilakukan sebaiknya dan menyalahkan orang lain.

Di Mesir pelajar sentiasa menghadapi masalah tekanan ! ada kena bunuh ada terjun bangunan ada jadi pembunuh ! Nama negara Malaysia yang gah di bumi Mesir sebelum ini….adakah kini sudah dicemari ? terutamanya status Al-Azhari !

Tidakkah bilangan pelajar asing yang paling ramai di Mesir adalah pelajar yang berasal daripada Malaysia atau pelajar yang paling ramai di luar negara !

Siapakah yang bersalah…semua pihak harus dibincang dan mencari penyelesaian secara berhemah dan berhikmah.Menyokong tidak semestinya “pak turut”..Mengkritik tidak semestinya membangkang…

Walau bagaimanapun, bila kisah yang menyayat hati seperti ini penulis teringat pula pada satu dokumentari,yang mana mereka membuat kajian terhadap pembunuh-pembunuh kejam dan pembunuh-pembunuh bersiri.

Maka mereka tersebut di interview perkara tersebut dan cuba mendalami apa yang sebenarnya berlaku di dalam diri/jiwa pembunuh-pembunuh tersebut ketika mereka menyiksa dan bertindak membunuh orang.

Menurut kajiannya,sebahagian besar daripada pembunuh-pembunuh tersebut mengatakan bahawa mereka seolah-olah “bukan diri mereka sendiri” ketika melakukan pembunuhan itu.Ini adalah tindakan luar kawalan yang dihasuti oleh “kuasa lain” kerana melihat darah yang bercampur dengan kepanasan kita ketika itu dan membuak-buak untuk memuaskannya sehingga mereka benar-benar mati.

Sebelum kejadian ini,penulis ada menulis tentang “Hebatkah Manusia “

Manusia akan ditawan nafsu ammarah bi-suu` sepenuhnya sekiranya kita tidak berusaha atau mencari jalan bagaimana untuk membuang atau menyucikannya melalui “pemakanan rohani”.

Hati manusia yang bersifat Neutral ini ia boleh terkeatas sekali [mulia] ia boleh termulia berbanding segala makhluk lain dan ia boleh terkebawah [Keji] sekali berbanding segala makhluk !Kerana dalam diri manusia kita mempunyai Roh Takrim [Kemulian] dan Ruh Bahimah [Kebinatangan].
Kenapa manusia sebenarnya mulia ! Firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menjadikan kita sebaik-baiknya.”

Kenapa penulis ingin mengupas soal hati ? Kerana sudah memadai kita memahami sepotong hadis s.a.w yang mempunyai perbahasan yang begitu luas sekali sekiranya kita dibukakan Allah akan ilmu-Nya.
Mafhumnya : Sekiranya baik maka baik seluruh jasadnya.Ketahuilah dalam tubuh manusia ada sebuku daging iaitu qalb [hati]

Umum mengetahui bahawa pada jasad kita mempunyai anggota atau pancaindera seperti tangan,kaki,lidah sebagainya.Anggota ini diibaratkan sebagai RAKYAT JELATA yang akan diperintahkan oleh MENTERI dan RAJA.

Justeru itu,penulis merumuskan kepada JASAD,AKAL,HATI,RUH,NAFSU dan Jawarih [Anggota].

Jasad seperti Jihaz atau Perkakasan
Akal seperti Wazir atau Perdana Menteri / Menteri2
Hati seperti Malik atau Raja.
Ruh seperti Elektrik
Nafsu seperti Perosak yang menimpa ke atas perkakasan2.Firman Allah : Kalla Bal RAN `Ala Qulubihim.

Kita masih ingat hati manusia pada asalnya dalam keadaan fitrah suci,tulus dan murni semasa lahirnya seorang insan ke muka bumi.

Kenapa tercemar ? Adalah disebabkan oleh perbuatan kita sendiri dan kita tidak cuba untuk menyucikannya melalui jalan-jalan yang telah diinstanba`kan oleh Ulama-Ulama atau Waliyyan Mursyida yang menunjukkan jalan bagaimana untuk menyucikannya dan kita sendiri tidak berusaha untuk mencari bagaimana kaedahnya ! Kalau badan dikotori masihkan ada sabun sebagai alat menyucikannya..Kalau hati dikotori tetap ada alat untuk menyucinya !Kenapa tidak mahu berjumpa ahli atau pakar dalam bidang ini ?

Bila hati dicemari oleh selaput-selaput kemaksiatan satu satu titik ke satu titik lama kelama ia akan di kenali sebagai RAN sehingga seseorang itu terkunci untuk menerima petunjuk.

Maka lahirlah beberapa sifat mazmumah yang dizahirkan kepada sebagaimana yang telah ditegaskan dalam Al-Quran 7 nafsu seperti Ammarah Bi Suu`,Lawwahmah,Mulhamah,Muthma`innah,Ridiah,Mardiah sehinggalah ia akan kembali kepada asal iaitu Kamilah dan mata hatinya adalah terang benderang yang dapat menembusi hijab atau dinding dengan pancaran Nur Allah.

Oleh itu,penyuciannya adalah dengan menyebut nama tuhanmu lafzu-Jalalah [Isim Allah] dengan kaedah-kaedah tertentu dan sukatan pengajiannya yang tertentu !Tanpa penyucian seseorang itu tetap hatinya dikontrol oleh Iblis yang menjadi teman hidup kita.Manakah kita memilih Waliyyu Syaitan atau Waliyyu Allah.

Hati ibarat RAJA yang pada asalnya mempunyai istana yang begitu indah dan bersih..tetapi dikotori dengan selaput RAN.Jikalau tiada penyucian maka IBLIS tersebut akan menawan Istana tersebut dengan segala bentuk kejahatan yang akan dikeluarkan dengan perbuatan seseorang itu nanti.

Setelah iblis berumah di Istana yang indah dan bersih itu..RAJA sudah di tawan oleh makhluk yang bernama IBLIS..Maka Raja tersebut akan mendengar kata IBLIS..tiada peluang lagi atau loss contact untuk RAJA menyuruh kebaikkan kepada Perdana Menterinya iaitu AKAL.Dari sini kita kenali sebagai pesakit HATI..Fi Qulubihim Maradh..Maksudnya Dalam Hati2 Mereka Sakit..!

Inilah yang dikatakan hati sakit dari segi batin atau ma`ani bukan dari segi zahir ! semua hati manusia samada Kafir atau Muslim adalah sama yang membezakan adalah dari segi Batin.Sekiranya kita mengaku hati kita sakit..bukankah ada perawatnya !Kemanakah harus dicari ! Ayuh keluar mencari perawatnya atau Mohon pada Allah s.w.t !

Setelah Raja [hati] tersebut sudah gagal menghubungi Perdana Menterinya [Akal] dan Rakyat Jelata [Anggota Badan] untuk perkara2 baik…disini berlakulah NAFSU.yang mengeluarkan segala perbuatan-perbuatan jahat seperti mengadu domba,fitnah,membunuh,dan sebagainya kerana semuanya telah di remote controlkan oleh IBLIS.

Secara tidak sedar,dalam Islam ada macam-macampenjenayah,pemfitnah,pencuri tetapi BUKAN DARI ISLAM.

Oleh itu,penyucian hati adalah perlu kepada semua orang Islam..orang awam,agamawan sendiri..dengan pimpinan masuulnya atau Waliyyan Mursyida…Wallahu A`lam.

Sumber gambar sebahagaian daripada : http://bloodyrains.blogspot.com/

Gambar di bawah adalah tempat kejadian rumah mangsa.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2014 10:56 AM | Show all posts
Eksklusif: Gambar rumah pelajar jadi mangsa amuk di Mesir
su kematian pelajar Mesir yang ditikam

SAYA ADALAH antara ribuan mahasiswa al-Azhar yang masih lagi menuntut di bumi Mesir dan sebagaimana yang kita maklum, baru-baru ini telah berlaku satu peristiwa yang menyayat hati mengenai pembunuhan seorang mahasiswa dari Terengganu. Jika kita melihat kepada berita yang dikeluarkan oleh media di Malaysia seperti Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro, bermacam-macam versi mengenai kesahihan berita tersebut.



Semalam (17 Jun 2007), saya telah mengikuti mengenai berita mengenai pengebumian jenazah Allahyarham Mohamad bin Ishaq melalui Buletin Utama TV3 yang didownload dari internet. Apa yang saya terkilan adalah mengenai berita yang telah disunting dan disampaikan secara tidak mengikut fakta mengenai apa yang berlaku.



Sebagaimana maklumat yang jelas diperolehi, mangsa adalah pelajar jurusan Usuluddin tahun 3, Mansurah. Mangsa juga adalah mahasiswa yang belum genap setahun berada di bumi Mesir kerana beliau adalah mahasiswa yang mengikuti sistem berkembar melalui Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Jika menurut apa yang disiarkan di dalam berita tersebut, dinyatakan bahawa mangsa adalah pelajar tahun 1 Usuluddin.


Dalam pada itu, diulas juga mengenai peristiwa yang berlaku 3 tahun yang lalu mengenai pembunuhan Allahyarham Mohd Zaki sekeluarga oleh seorang warga Indonesia. Allahyarham Mohd Zaki adalah berasal dari Selangor. Akan tetapi, suntingan berita telah diputar belitkan kepada pembunuhan warga Indonesia oleh mahasiswa Malaysia yang berasal dari Selangor dan dinisbahkan kepada apa yang berlaku sekarang iaitu pembunuh Allahyarham Mohamad juga berasal dari Selangor.


Di manakah kreadibilti media di Malaysia yang seringkali memutarbelitkan fakta? Sungguh teruk etika kewartawanan yang memberikan fakta yang salah kerana ingin mengejar isu sensasi dan segera tetapi kualitinya tiada. Semoga roh Allahyarham Mohamad ditempatkan bersama para syuhada'nota pengarang klpos.com: Seluruh warga kerja klpos.com, muslimin, muslimat diminta menghadiahkan AL FATIHAH kepada si mati. Dan semoga Allah SWT meringankan beban yang ditanggung keluarga si mati dan suspek. AL FATIHAH
BACAAN LANJUT


Siswa al-Azhar bunuh rakan seorang pelajar cemerlang
SHAH ALAM: Pelajar Malaysia yang dipercayai membunuh seorang pelajar senegaranya di Mesir dalam satu kejadian Khamis lepas, telah melalui dan melepasi saringan yang dilakukan oleh penaja pengajiannya sebelum melanjutkan pelajaran kira-kira tiga tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Datuk Abdul Rahman Palil berkata pelajar berkenaan yang mendapat tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui saringan yang disyaratkan termasuk melepasi pemeriksaan kesihatan.
"Kita memang melakukan proses saringan dan tapisan termasuk kepada pelajar terbabit. Dia didapati sihat dan merupakan seorang pelajar yang bijak dan berdisiplin ketika melalui proses berkenaan.


"Malah dia merupakan pelajar pintar dan dikategorikan sebagai Jayyid Jiddan (cemerlang)," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Dialog Harta Pusaka Daerah Klang di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Pelajar Malaysia di Mesir yang meminta semua penaja menyelidik latar belakang pelajar yang bakal dihantar ke negara itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Dalam kejadian Rabu lepas, seorang penuntut Malaysia di Universiti al-Azhar dari kampus Mansurah, Mesir mati ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegaranya dari Selangor yang turut belajar di kampus berkenaan, di rumah sewa mangsa.


Dalam kejadian pukul 12.30 malam (waktu tempatan), Mohammad Ishak, 22, yang berasal dari Kampung Rajawali, Chendering, Kuala Terengganu, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Antarabangsa as-Salam akibat kecederaan parah di kepala dan lehernya.
Selain melakukan saringan dan menyelidik latar belakang pelajar, Abdul Rahman berkata LZS turut menghantar setiap pelajar tajaannya mengikuti kursus persediaan selama tiga bulan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS).


Katanya kursus itu termasuklah memberikan penerangan, persiapan diri, ketatanegaraan, sejarah, pantang larang di tempat orang dan memantapkan disiplin termasuk persediaan fizikal dan mental sebelum pelajar melanjutkan pelajaran.


Katanya proses yang sama turut dilalui oleh pelajar yang terbabit dalam kes bunuh itu."Sebelum dia pergi melanjutkan pelajaran dia telah lalui semua saringan yang kita lakukan. Perkara ini terlalu subjektif dan kita serahkan kepada pihak berkuasa. Apa yang pasti tiada siapa yang mahu kes ini berlaku," katanya.
Abdul Rahman berkata ibu bapa pelajar yang menjadi suspek kes bunuh itu ada menemuinya semalam dan memberitahu akan melawat anak mereka dalam masa terdekat.

Kerajaan Selangor dan LZS sedia membantu ibu bapa suspek dalam urusan pasport untuk ke Mesir bagi menziarahi anak mereka, katanya.


Sementara itu, Abdul Rahman meminta pejabat Unit Pembahagian Pusaka (UPP) Selangor dibuka di daerah Klang bagi memudahkan urusan tuntutan kerana pada ketika ini, penuntut atau waris dari daerah Klang perlu ke daerah Kuala Langat bagi menyelesaikan urusan masing-masing.


"Sebagai wakil rakyat, saya banyak terima aduan daripada masyarakat di Klang, terpaksa berulang-alik ke UPP di Kuala Langat untuk tuntut harta. Urusan tuntuan harta itu sedikit membebankan dan ada yang mengadu harta yang dimiliki habis untuk menyelesaikan urusan tuntutan," katanya. BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 11:06 AM | Show all posts
Suspek kes bunuh pelajar pernah ditahan polis Mesir

KUALA TERENGGANU: Pelajar Malaysia di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir, yang disyaki membunuh rakan senegaranya, Mohammad Ishak, 22, Rabu lalu, pernah terbabit beberapa kes jenayah di Mesir.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) di Mesir, Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, berkata suspek yang berusia 22 tahun, sebelum ini beberapa kali ditahan pihak keselamatan Mesir kerana terbabit pergaduhan dengan rakyat negara itu dan kes kecurian.“Saya hanya mengetahui perkara itu selepas kes pembunuhan Mohammad kerana polis Mesir tidak melaporkannya kepada JPM.

“Kalau pelajar terbabit hendak dihantar balik, baru mereka serah kepada kita,” katanya di Kampung Raja Wali, Chendering di sini, semalam selepas mengiringi jenazah Allahyarham Mohammad dari Mesir.

Allahyarham Mohammad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Mohammad, pelajar tahun pertama jurusan Usuluddin, dikatakan ditikam di leher di rumah sewanya, jam 8.30 malam waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia), Rabu lalu.

Motif kejadian belum diketahui, tetapi suspek yang menuntut di tahun tiga jurusan Pengajian Islam dan berasal dari Dengkil, Selangor, dipercayai mengalami tekanan mental.

Dr Mohd Fakhrudin ketika dihubungi pula berkata, suspek dikatakan lebih banyak berdiam diri apabila disoal siasat.

“Beberapa pelajar juga dikatakan pernah melihat suspek ketawa sendirian, selain tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang bergaul dan lebih suka menyendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penaja membuat tapisan teliti sebelum menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi mengelak kejadian itu berulang.

“Tapisan itu penting bagi mengelak penuntut yang tinggal jauh dari keluarga tidak terbabit kejadian tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, berkata suspek dimasukkan di sebuah hospital di Mansurah, Jumaat lalu, bagi menjalani pemeriksaan mental.

Beliau yang dihubungi semalam, berkata setakat ini polis Mesir belum mengemukakan laporan berhubung keputusan pemeriksaan berkenaan.

“Saya difahamkan suspek masih disoal siasat dan motif pembunuhan itu belum diketahui. Siasatan kes itu dijangka mengambil masa seminggu atau lebih,” katanya.Sumber Bharian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2014 11:08 AM | Show all posts
Khamis Jun 14, 2007

Pelajar kita di al-Azhar mati ditikam rakan sendiri

KUALA LUMPUR:  Seorang penuntut Malaysia di Universiti al-Azhar dari kampus Mansurah, Mesir mati ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegara yang turut belajar di kampus berkenaan, di sebuah rumah di sana semalam.

Dalam kejadian 12.30 malam (waktu tempatan), Mohammad Ishak, 22, yang berasal dari Kampung Rajawali, Chendering, Kuala Terengganu, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Antarabangsa as-Salam akibat kecederaan parah di kepala dan lehernya.

Jurucakap Bahagian Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Kaherah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian pembunuhan itu dan memaklumkan suspek sudah ditahan polis Mesir dan siasatan sedang dijalankan.

"Laporan hospital mendapati Mohammad kehilangan banyak darah akibat dipukul teruk di kepala, selain ditikam bertubi-tubi di bahagian leher menyebabkannya gagal diselamatkan," katanya.

Lelaki yang menyerang Mohammad, berasal dari Dengkil, Selangor, tidak sempat melarikan diri dan ditahan di tempat kejadian oleh jiran mangsa sebelum diserahkan kepada polis, katanya.

Lelaki itu, pelajar Tahun Dua Pengajian Islam, Universiti al-Azhar (Kampus Mansurah), ditahan bersama tiga pisau berlumuran darah, dipercayai senjata yang digunakan dalam pembunuhan berkenaan, kata jurucakap itu.

"Ibu bapa mangsa dan suspek sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Kita juga sedang menunggu perkembangan siasatan kes bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya.

Di KUALA TERENGGANU, abang Mohammad, Hussein Ishak, 28, berkata beliau mendapat berita tentang kejadian yang menimpa adiknya itu kira-kira 9.15 pagi tadi daripada salah seorang abangnya yang berada di Kuala Lumpur.

"Saya terus menghubungi Kedutaan Malaysia di Mesir untuk bertanyakan kesahihan cerita tersebut dan pegawai berkenaan memberitahu adik saya meninggal dunia akibat ditikam oleh seorang pelajar Malaysia yang berasal dari Selangor di rumah sewanya," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya.

Hussein berkata beliau dimaklumkan bahawa ketika kejadian, adiknya bersendirian di rumah sewanya itu apabila didatangi oleh pelajar terbabit yang datang mencari salah seorang daripada temah serumah adiknya.

Bagaimanapun, katanya teman serumah adiknya itu telah keluar dari rumah menyebabkan pelajar terbabit menjadi berang.

"Ketika itu adik saya keseorangan dan mungkin kerana ingin melepaskan geram, dia pergi ke dapur dan mengambil pisau lalu menetak adik saya. Adik saya cuba melawan tetapi dia terus mengejar dan menetak adik saya sehingga mengalami luka parah," katanya.

Beliau berkata ketika adiknya melarikan diri ke bilik air dan cuba mendapatkan pertolongan, pelajar terbabit terus menetak adiknya sehingga pengsan.

Beliau berkata adiknya akan dikebumikan di Mesir oleh pihak kedutaan Malaysia di sana kerana keluarganya tidak mampu menyediakan kos sebanyak RM10,000 bagi urusan membawa pulang jenazah.  BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 11:21 AM | Show all posts
Thursday, October 21, 2004

Kisah Sebenar Pembunuhan Kejam Pelajar Malaysia Sekeluarga di Mesir

Terpampang di dada2 akhbar baru2 ini berkenaan kes pembunuhan pelajar Malaysia di Mesir di pagi awal Ramadhan; Zaki B Ayub, isterinya Norhayati Bohari serta anak-anaknya, Siti Maryam Hafizah (3 tahun) dan Muhammad Muaz Hafiz (11 bulan). Ia berlaku sekitar jam 9 pagi (3 ptg waktu Malaysia) pada 15 Oktober bersamaan 1 Ramadhan.

Semalam, saya bertanya kepada kakak saya yg berada di Mesir berkenaan kes tu. Jadi, kakak saya beritahu sedikit sbyk apa yg berlaku sebenarnya. Semoga menjadi iktibar kpd kita semua...

Al-Marhum dan isterinya adalah junior 3 thn kpd kakak saya di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dulu.
Semua cerita ni diceritakan balik oleh pembunuh tu slps ditangkap pihak berkuasa. Pembunuh tu org Indonesia... kawan baik kpd Zaki. Sehari sebelum kejadian, Indon tu dtg ke rumah Zaki utk pinjam duit krn perniagaannya berdepan dgn hutang yg banyak... sekitar 16 ribu dolar (bersamaan lbh kurang RM64 ribu ringgit!!). Indon tu tahu Zaki banyak duit sbb Zaki berniaga tukar duit (pengurup wang). Zaki tak bagi... dan jirannya ada dgr mereka berkelahi sehari sblm hari kejadian.

Keesokkannya, dlm jam sekitar 9 pagi.. berlaku pembunuhan. Pada mulanya Indon tu tikam Zaki. Isterinya cuba menghalang, tetapi ditikam juga. Indon tu mula panik dan takut. Dia kumpul semua anak2 Zaki dekat dgn mak mereka... terus dibakarnya bilik tu tanpa sebarang belas kasihan kpd anak2 kecil tu. Yg lebih menyedihkan, anak2 tu mati dalam keadaan memeluk mak mereka.... Apalah daya mereka, sekitar 3 thn - 11 bln.... manalah tahu utk melarikan diri.

Apa yg menyedihkan adalah apa yg berlaku kpd anak2 tu... dibakar hidup2. Saya dpt bayangkan... mereka ketakutan sgt2 bila tgk api memarak, lg2 pulak bila tgk ibu mereka terlantar mcm tu... tak tahu apa nak dibuat.. lari? minta tlg? Apa yg mereka mampu lakukan hanyalah menangis... menangis... dan menangis... sambil memeluk ibu mereka yg terlantar kaku.

Pembunuh tu memang kejam... umpama binatang... tak berperikemanusiaan.
Sebabnya hanyalah kerana hutang... kerana hutang dan wang manusia sanggup bunuh kawan baik sendiri. Sebab tu lah kesan hutang ni amat bahaya... pengajaran yg amat besar kpd kita semua. Rasulullah SAW pon ada ajar kita doa minta Allah SWT jauhkan diri dari hutang:

Ya Allah.. aku berlindung kpd-Mu dr sedih dan duka
Aku berlindung kpd-Mu dari sifat lemah dan malas
Aku berlindung kpd-Mu dari sifat bacul dan kikir
Aku berlindung kpd-Mu dari beban hutang dan penindasan orang
Kita doakan agar mereka tergolong dlm golongan syuhada' dan ahli syurga... ameen..
Al-Fatihah...

http://kanot.blogspot.com/2004/1 ... -kejam-pelajar.html


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 11:24 AM | Show all posts
ARKIB : 18/10/2004

4 beranak dibunuh --Isteri, dua anak pelajar kita di Kaherah rentung



ALLAHYARHAM Muhammad Zaki Ayub dan isterinya, Nurul Hayati Bohari yang mati dibunuh bersama dua anaknya di Kaherah, Mesir.


KUALA LUMPUR 17 Okt. - Seorang pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar ditikam bertubi-tubi sehingga mati manakala isterinya dicederakan sebelum dibakar hidup-hidup bersama dua anak mereka di sebuah rumah di Bandar Haiyu-Syair, Kaherah, Jumaat lalu.

Identiti keluarga malang itu disahkan sebagai Muhammad Zaki Ayub, 27; isterinya, Nurul Hayati Bohari, 27 dan anak-anak mereka Siti Maryam Hafizah, tiga tahun tiga bulan, dan Muhammad Muazz Hafiz, 11 bulan.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah, Wan Bakar Wan Dagang ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut.

Mayat Mohd. Zaki ditemui di ruang tamu rumahnya dengan tiga kesan tikaman di belakang badan, dua di dada, satu di dahi dan beberapa kesan dikelar di leher.

Mayat isterinya yang turut dicederakan dijumpai rentung bersama dua orang anak mereka di salah sebuah bilik rumah kediaman tiga bilik pasangan tersebut.

Mohd. Zaki merupakan pelajar tahun akhir jurusan syariah Islamiah dan isterinya pula bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kedua-dua mereka berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Mohd. Zaki juga difahamkan seorang peniaga dan mempunyai dua restoran dan sebuah kafe siber di sana.

Berdasarkan siasatan awal polis mendapati, Mohd. Zaki yang menjadi sasaran utama penceroboh berdasarkan kesan tikaman pada anggota badannya.

Mohd. Zaki yang dipercayai bergelut dengan penceroboh kemungkinan cuba diselamatkan oleh isterinya.

Bagaimanapun, penceroboh yang dipercayai lebih daripada seorang, mencederakan isteri mangsa dan mengheretnya ke sebuah bilik bersama anak-anak mereka dan dibakar.

Pembunuhan kejam dan ngeri itu hanya disedari oleh jiran selepas bilik rumah tersebut terbakar.

Pihak bomba yang menyangka ia adalah kebakaran biasa kemudian mendapati terdapat satu mayat lelaki di ruang tamu dan tiga lagi rentung di dalam bilik.

Wan Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan oleh polis.

``Kita masih menunggu laporan polis tetapi berdasarkan siasatan awal polis tidak menolak ia adalah kes jenayah yang diandaikan bermotifkan dendam dan rompakan.

``Malah, polis yakin kejadian tersebut dilakukan lebih daripada seorang,'' katanya.

Ini kerana, menurut beliau, hasil siasatan mendapati wang mangsa sebanyak RM30,000 di dalam rumah tersebut hilang.

Katanya, mayat sekeluarga itu dihantar ke Hospital Saida Zainab untuk bedah siasat.Utusan Malaysia difahamkan, polis mengandaikan kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika orang ramai sedang sibuk untuk bersembahyang Jumaat pada pukul 11.40 pagi waktu tempatan.

Disebabkan itu, kejadian tersebut tidak disedari oleh jiran sehingga ternampak kebakaran di bilik rumah mangsa.

Bagaimanapun, Wan Bakar memberitahu, polis berjaya menahan seorang pemuda warga Indonesia yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Pemuda itu juga dikatakan seorang peniaga dan pernah terlibat dalam beberapa kes jenayah di sana.

Tambahnya, jenazah keluarga tersebut akan dikebumikan di kawasan tanah perkuburan Malaysia di sana pada selepas Asar kira-kira pukul 10 malam ini waktu Malaysia.

``Pengkebumian jenazah-jenazah itu sudah pun mendapat persetujuan oleh keluarga mereka,'' ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 1.htm#ixzz2qcf9AdAH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 11:27 AM | Show all posts
Pelajar kita di Mesir terlepas hukuman gantung





Petikan Akhbar Utusan Online hari ini
(18 Januari 2008)

Oleh Suhana Abdul Mutalib
SHAH ALAM 17 Jan. – Pelajar Malaysia di Mesir, yang dituduh membunuh rakan senegaranya Jun tahun lalu terlepas daripada hukuman gantung sampai mati dalam perbicaraan di Mahkamah Mesir 14 Januari lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang merupakan pelajar tahun dua, Jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar cawangan Mansourah itu dikenakan hukuman penjara 25 tahun atas kesalahan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, beliau mengetahui berita itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pegawai Malaysia di sana.

‘‘Saya dimaklumkan, pelajar terbabit juga dibenarkan membuat rayuan bagi mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahman enggan mendedahkan identiti pelajar yang berasal dari Dengkil, Selangor dan ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu.

Jun tahun lalu, pelajar terbabit ditahan di Penjara Mesir selepas membunuh rakannya, Mohamad Ishak, 22, yang sedang mengulang kaji pelajaran di rumah sewanya.

Mangsa yang berasal dari Chendering, Kuala Terengganu itu ditemui mati setelah dipukul dengan kayu dan ditikam bertalu-talu di seluruh tubuhnya.

Ketika hari kejadian, tertuduh dipercayai pergi ke rumah mangsa bagi mencari kawan-kawan mangsa yang dikatakan berselisih faham dengannya.

Bagaimanapun, mangsa yang ketika itu sedang melayari Internet sambil membaca buku kemudiannya, dipukul oleh tertuduh dengan sebatang kayu sebelum ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau.

Abdul Rahman berkata, keluarga pelajar terbabit belum dimaklumkan berhubung keputusan mahkamah Mesir itu dan beliau akan mengarahkan pegawainya untuk memaklumkan keputusan itu secepat mungkin.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 11:34 AM | Show all posts
respon dr family arwah

KUALA TERENGGANU: Keluarga Mohamad Ishak, 22, pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansourah, Mesir, yang mati ditikam rakan senegara, Jun tahun lalu, tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah menjatuhi hukuman penjara 25 tahun ke atas pembunuh anaknya. Menurut mereka, hukuman itu tidak setimpal dengan perbuatan tertuduh apabila mangsa dibunuh secara kejam selepas ditikam lebih 10 kali dan ditetak di muka, kepala, mata dan badan. “Mak cik memang tidak puas hati dan tidak sangka mahkamah Mesir hanya menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadapnya (tertuduh). “Mak cik bukan nak dia dihukum mati sebagai balasan perbuatan dilakukannya terhadap arwah Mohamad tetapi hairan dengan keputusan itu kerana difahamkan, dia mengaku membunuh Mohamad ketika perbicaraan,” kata Zaharah Mohamad, 59, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Rajawali, Chendering di sini, semalam. Keluarganya juga terkilan apabila pihak berkaitan langsung tidak memaklumkan keputusan mahkamah itu kepada mereka. Sejak kejadian pada 14 Jun tahun lalu itu, kata Zaharah, segala perkembangan berkaitan kes itu, hanya diberitahu rakan arwah dan abangnya, Hussin, 28, yang berada di negara itu.“Malah, mereka juga yang bersusah payah menghantar semua barangan peribadi arwah seperti pakaiannya yang kami terima akhir Disember lalu dengan perbelanjaan sendiri.“Mak cik dan keluarga begitu terhutang budi dan berterima kasih kepada mereka (rakan arwah).“Kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana segala keputusan sudah dibuat dan sebagai hamba, kami hanya mampu berserah kepada Allah dan menerima dengan reda kejadian berlaku,” katanya.Dalam kejadian itu, Mohamad mati selepas parah ditikam dan ditetak di kepala, muka, mata dan badan oleh pelajar senegara berusia 24 tahun berasal dari Selangor. Arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Mansourah, Mesir, kira-kira tiga kilometer dari rumah sewa mangsa di Mantiqah Dirasat, jam 8.30 malam waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia). Jenazah arwah yang mulanya mahu disemadikan di Mesir dibawa pulang ke negara ini dengan kos dibiayai kerajaan negeri dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Laut, di sini.p/s : Al-Fatihah kepada keduanya (yang hidup dan yang Mati), Allah jua yang maha penghukum, Dia yang mengetahui setiap sesuatu.
Yang pergi tetap pergi, yang tinggal hidup ada yang menanti... Laluilah kehidupan ini dengan sentiasa menghampirkan diri kepada Rabbul Jalil... Mudah-mudahan diredhoiNya... Amin...
Fakta :
Yang Terbunuh : Al-Marhum Saudara Muhammad Bin Ishak
Yang Membunuh : Saudara Sidqi
Tempat Kejadian : Rumah Mangsa, Kawasan Pasar berhampiran Kuliah Banat, Dirasah. Mansurah Mesir.
Tarikh Kejadian : 13 Jun 2007 (Rabu / jam 7.00 pm)
Semoga Allah memelihara keduanya, dan mengampunkan mereka dan meletakkan mereka bersama hambaNya solihin...


http://assirkami.blogspot.com/20 ... s-hukuman-mati.html
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 02:26 PM | Show all posts
pelatih PLKN mati di bunuh





Seorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu.

Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.

Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh objek keras.

Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian otak.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa menyebabkan kemarahan beberapa pelatih PLKN lain apabila memotong barisan pada Ahad.

Ini menyebabkan pergaduhan pertama antara mangsa dan tiga yang lain beberapa jam kemudian.

Mohd Haris berkata, pergaduhan kedua berlaku pada 11.30 malam dan 30 minit selepas itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi.

Terdapat 22 kematian semenjak PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 termasuk mati lemas, jangkitan kuman dan masalah kesihatan lain.

Ini merupakan kes pertama mangsa dibunuh di kem latihan PLKN. Pada 2004, gadis berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatih PLKN yang kemudiannya dipenjarakan selama 12 tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 02:54 PM | Show all posts
miawpink posted on 17-1-2014 11:34 AM
respon dr family arwah

KUALA TERENGGANU: Keluarga Mohamad Ishak, 22, pelajar Universiti Al-Azhar  ...

best best miaw.... leka aku membaca nya... ada kes yg aku tak tahu pun kewujudannya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 02:56 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 17-1-2014 02:54 PM
best best miaw.... leka aku membaca nya... ada kes yg aku tak tahu pun kewujudannya...

ni ngah pikir nk share kes apa lg ye..
kalo bunuh takut...
nk tepek gambo pun takut
mcm yg pelajar kat mesir tu
byk darah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2014 03:02 PM | Show all posts
miawpink posted on 17-1-2014 02:56 PM
ni ngah pikir nk share kes apa lg ye..
kalo bunuh takut...
nk tepek gambo pun takut

baca-baca kes gini buat aku pikir...

tipisnya garis iman... gara-gara hutang, berbunuh
cemburu, bunuh
sakit hati, bunuh



Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 03:03 PM | Show all posts
Kes Bunuh Di Sadong Jaya, Sarawak!


(KETUA Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad (kanan) melihat lubang di mana mayat seorang pelajar Tingkatan Tiga, Taufik Abdul Rahim,15, (gambar kecil) yang menjadi mangsa bunuh ditanam di belakang rumah seorang suspek di Kampung Pendam, Sadong Jaya)



(MAYAT Taufik Abdul Rahim, 15, lengkap berpakaian dan berlumuran darah ditemui tertanam dalam tanah sedalam 0.5 meter)





KOTA SAMARAHAN: Hanya disebabkan mengetahui banyak maklumat mengenai kegiatan sindiket curi motosikal, seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera di sini, dibunuh kejam sebelum mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Taufik Abdul Rahim, 15, berasal dari Kampung Iboi Ulu, dipercayai dipukul enam anggota geng curi motosikal sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis mengesan seorang daripada suspek berusia 19 tahun menggunakan motosikal mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam di pekan berdekatan, dan hasil soal siasat dia membawa polis ke tempat mangsa ditanam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad, berkata laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya di Balai Polis Asajaya pada jam 1.30 petang kelmarin, sebelum usaha mencari dilakukan.

“Siasatan awal mengesahkan suspek bersama lima rakannya bertindak memukul mangsa dengan menggunakan kayu selepas bimbang mangsa membocorkan rahsia kegiatan mencuri motosikal di kawasan ini.

“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian yang terletak di belakang rumahnya sebelum mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui ditanam dalam lubang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, sindiket curi motosikal itu turut terbabit dalam kegiatan pecah rumah sekitar Samarahan dengan suspek ditahan pagi semalam dikatakan bertindak sebagai orang tengah.

Abdul Rahman berkata, ketika ini polis masih memburu lima lagi suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an termasuk ketua kumpulannya untuk membantu siasatan kes pembunuhan Taufik.

“Kita percaya mayat mangsa ditanam secara terburu-buru berikutan lubang digali tidak terlalu dalam. Mangsa dipercayai mati akibat dipukul di kepala dengan senjata tumpul.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3 petang (semalam) sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, mayat Taufik ditemui dalam keadaan terduduk dengan kepala berdarah. Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Rahim Hassan, 42, berkata kali terakhir beliau melihat anak ketiganya adalah ketika mangsa keluar rumah ke kedai bagi membeli barang keperluan dapur seperti diminta ibunya, Hajijah Kalim, 35.

“Saya tidak sangka tingkah lakunya yang tiba-tiba duduk sambil merenung lama ke bawah selimut sebelum tidur malam Jumaat lalu, petanda dia akan pergi selama-lamanya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 03:05 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 17-1-2014 03:02 PM
baca-baca kes gini buat aku pikir...

tipisnya garis iman... gara-gara hutang, berbunuh

kan...
otak ngah serabut ngan masalah....
tak dapat pikir ngan waras terus bunuh
tp sungguh ke si pembunuh tu kena penjara 25 thn je?
mcm x setimpal je
yg kes curi tabung masjid pun kna penjara....
erm
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 03:15 PM | Show all posts
miawpink posted on 17-1-2014 03:05 PM
kan...
otak ngah serabut ngan masalah....
tak dapat pikir ngan waras terus bunuh

pendapat aku... kita tak perlu judge/komen pasal hukuman tu.
mmg nampak tak setimpal tapi
kita pun tahu hidup kat dunia ni tak kekal, ada mahkamah agung nanti.

ada sebab Allah izinkan dia cuma dihukum 25tahun penjara di dunia ni..
Dia maha mengetahui!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.552479 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list