CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putubambu

Petikan dari e-mail, artikel yg dibaca ttg keluarga...

[Copy link]
Post time 9-8-2007 06:28 PM | Show all posts

Petua dan tips daripada Dr.Fatma..

(From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah)

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time:
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. for terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. for the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. for babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. for injury: ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar
   sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah
   yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.
Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x
Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2007 06:31 PM | Show all posts

Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan  seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant  luar  nikah, cepat cepat  kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu  kelak  hidup dalam zina sampai bila-bila... .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak  persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda  di  sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.


mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

[ Last edited by  mizahanan at 9-8-2007 06:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 06:37 PM | Show all posts

Arwah Ibu Ziarah Mayat Anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul. " kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 06:41 PM | Show all posts

Rezeki Jadi Luas kalau.........

Assalamualaikum Semua
Teman dapat nie dari kawan kepada kawan ..kawan..kawan. .. teman ... moga kita dapat manfaat bersama

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."
(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ' Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."
Saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa???.

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 06:47 PM | Show all posts

Khusus untuk Para Isteri-Isteri/ Bakal bakal isteri...

Assalamualaikum Ustaz,
Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private. Semasa saya
kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit
isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. So, adakah maknanya di sini
saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami?

Sebab ada rakan lelaki sya berkata duit isteri pun, perlu mintak
kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab.
terimakasih.

Wa'alaikumsalaam Wr Wb
Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami .
Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja , menjadi
kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang
boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan , jasa baik,
understanding dari isteri supaya membantu dia , dengan si isteri keluar
bekerja untuk meringankan beban kewangan . Dari itu, understanding dari
pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga. ...susah senang
sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan
suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak
suami mesti memenuhi segala kewajipan dia. Si suami pula, jika isteri
sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia
membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga
ke syurga.

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan
isteri keluar bekerja . Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri
tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang
tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya,
syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang
berkemampuan dari segi kewangan . Suami yang mampu, tidak boleh
mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring
ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau
boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati
lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka
rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri
kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.

Saya menolak pendapat "ustaz" kursus rumahtangga itu yang berkata duit
isteri...isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban
kewangan.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta
ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak ,
suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri
untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan
beban kewangan.

2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga , yakni isteri keluar
bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit
itu dibelanja dengan izin s uami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami
pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri
apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu .
Muafakatlah, kerana ia membawa berkat.

Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si
suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat
fitrah kepada suami.

Wallaahu'alam.
Syukran.
UnzhurMaa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala
AlHaqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam
AbdulManaf Bin Abdul Gani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 07:23 PM | Show all posts

40 kes Lelaki Tidak Layak Jadi Suami - renungan2 kan....

RENUNG RENUNGKANLAH.... JANGAN SAMPAI JADI HAMBA LELAKI...
itu semua takdir Allah....kalau dapat yang baik dah kira nasib... apa pun hidup ini mesti diteruskan....

40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiap kali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak'.

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja
  sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan
pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

p/s: no 8 MIA, minta maaf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2007 07:24 PM | Show all posts
salam momod..

kalo siaran ulangan/ x sesuai del. aje

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 12:56 PM | Show all posts
Ten Relationship Myths

Think your relationship is a failure because you and your partner aren't following certain "rules" or meeting certain standards? Dr. Phil blows the whistle on 10 of the most common but dangerous relationship myths.

MYTH #1: A GREAT RELATIONSHIP DEPENDS ON A GREAT MEETING OF THE MINDS
You will never see things through your partner's eyes because you are two entirely different people. You are genetically, physiologically, psychologically and historically different.

You will not solve your relationship problems by becoming more alike in your thinking. Men and women are wired differently. Attempting to blur your fundamentally different viewpoints is unnatural and even dangerous.

Recognize that a relationship is far more enjoyable when you're with someone who enriches your life, not simply reflects it. Appreciate your differences.

MYTH #2: A GREAT RELATIONSHIP REQUIRES A GREAT ROMANCE
Yes, your life with your partner should include plenty of romance. But don't kid yourself and expect an unrealistic Hollywood fairytale. The truth is that in the real world, being in love is not like falling in love.

Falling in love is only the first stage of love. It's impossible to remain in that stage. A mature relationship will shift from dizzying infatuation to a deeper, more secure love.

Don't make the common mistake of thinking that when the initial wild passion fades you aren't in love anymore. The answer is not to start a new relationship so you can recapture that emotional high with someone else. The answer is to learn how to move on to the next stages of love for a different but richer experience.

MYTH #3: A GREAT RELATIONSHIP REQUIRES GREAT PROBLEM-SOLVING
Don't fall into the trap of believing that you and your partner can't be happy if you can't resolve your serious disagreements. Ninety percent of problems in a relationship are not solvable.

There are things that you and your partner disagree about and will continue to disagree about. Why can't you once and for all resolve these issues? Because in order to do so, one of you would have to sacrifice your values and beliefs.
You can simply agree to disagree and reach "emotional closure" even though you haven't reached closure on the issue.

MYTH #4: A GREAT RELATIONSHIP REQUIRES COMMON INTERESTS THAT BOND YOU TOGETHER FOREVER
There is nothing wrong with your relationship if you don't share common interests and activities.

If you and your partner are forcing yourselves to engage in common activities but the results are stress, tension and conflict, don't do it!

MYTH #5: A GREAT RELATIONSHIP IS A PEACEFUL ONE
Don't be afraid to argue because you think it's a sign of weakness or relationship breakdown. Even the healthiest couples argue.

If approached properly, arguing can actually help the relationship by (a) releasing tension and (b) instilling the sense of peace and trust that comes from knowing you can release feelings without being abandoned or humiliated.

Instead of worrying about how many times you argue, worry about how you argue. Here are some guidelines:


Don't abandon the issue and attack the worth of your partner during an argument.
Don't seek conflict because it's stimulating.
Don't pursue a take-no-prisoners approach in your arguments.
Don't avoid achieving emotional closure at the end of an argument.

MYTH #6: A GREAT RELATIONSHIP LETS YOU VENT ALL YOUR FEELINGS
Getting things off your chest might feel good, but when you blurt something out in the heat of the moment, you risk damaging your relationship permanently. Many relationships are destroyed when one partner can't forgive something that was said during uncensored venting.
Before you say something you might regret, bite your tongue and give yourself a moment to consider how you really feel. The things we say while we're letting loose often don't represent how we really feel and shouldn't be communicated

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 01:01 PM | Show all posts
Affair-Proof Your Marriage

You can't control your partner's behavior, but you don't have to set yourself up to get hurt either. Inoculate yourself against infidelity by making sure you're attentive, involved and plugged in to your marriage.

Suspect Your Partner is Having an Affair?

Remember that people who have nothing to hide, hide nothing. Look for the common sense warning signs: A shift in patterns, accessibility, money, reliability and secrecy. A sudden great interest in grooming or dress, going to the gym, or putting on cologne. Also, remember not to accuse your partner because of unhealthy jealousy, which could hurt the trust.

If You Are Having Problems:


Turn toward your partner

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 04:12 PM | Show all posts

Reply #35 mama_dinie's post

Tapi cerita ni kan, hubby tu tak terfikir ke korban isteri tu melahirkan anak yang akan mendoakan mereka dalam kubur nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 04:01 PM | Show all posts
mungkin selalu makan hati dgn isterinya..
sikap isteri yg suka melawan dan tidak taat dan tk mengendahkan suami..
w/pun isteri melahirkan anak, suami ttp mpunyai hak ke atasnye..
itu pahala yg lain dan ketaatan isteri juga merupakan bahagian utk pahala yg lain.
bukan ke redha Allah bergantung pd redha suami pada isterinye..
begitu juga redha Allah terhadap seorang anak bergantung pd redha ibunya..

prnh dgr org kata..
syukurlh isteri klu dpt suami yg lembut hati..
mudah mberi maaf pd kesilapan isteri..
tp jgnlah isteri mengambil kesempatan pula..

tp nasib kite, dan rezeki ketentuan  Allah..
klu dpt suami yg tegas mcm tu..
itu juga nasib isteri..
Allah dh memberi hak yg besar pd suami..
klu die dh didik isteri dgn baik, tp isteri ingkar..
tu dh nama derhaka n berdosa..
susahlh nk hidu bau syurga..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 05:00 PM | Show all posts

Amalan membawa berkah dari wanita untuk wanita

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain :
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah
* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA
      AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN

* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi
   perkataan

Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 05:03 PM | Show all posts

Penawar di kala kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling

gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa

yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,

bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 05:52 AM | Show all posts
Maafle kalau petua-petua yang saya beri ni agak tidak tersusun sebab ni terus keluar dari minda saya dan lebih dalam berbentuk ˉpoint formˇ dan tidak terlalu panjang penjelasannya, kalau ada. Ini sekadar pencetus idea dan terpulang kepada anda untuk mentafsirnya dan mengambil langkah-langkah yang perlu. Idea-idea dan petua-petua ini datang dari:-

1. Pengalaman peribadi sendiri masa belajar dulu
2. Hasil kajian saya masa nak tulis buku
3. Pengalaman dari mengajar kanak-kanak
4. Pemerhatian s! aya
5. Artikel2 yang pernah saya baca

So kalau rough sikit idea-idea saya ni mintak maafle banyak2. Ni saya guna teknik brain storming dimana kita luahkan sahaja apa yang terlintas di fikiran. Kalau ada komen ke kritikan ke x ada masalah..hantar sahaja ke email saya di cikgutuition@ yahoo.com


1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Ja! di anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain?Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English- Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda berfikir dalam bahasa Inggeris.

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.

Ha.Dah 25 tips yang saya bagi.Maybe next time kalau ada mood camni saya akan beri lagi tips2 dan petua2 yang boleh anda praktikkan.

Akhir kata, Jangan terlalu fikirkan kesilapan dan kelemahan orang lain, tapi sebaiknya kita lihat dulu kelemahan diri kita dan ahli-ahli keluarga kita dan bagaimana kita boleh memperbaikinya.

~Courtesy of http://www.blalang.com~ oleh Yusoff

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 12:11 PM | Show all posts

THE RISE OF THE CYBER STALKER

The rise of the cyber-stalker


These days men don't need to hang around their exes' homes to torment them - all they need to do is log on. Julie Bindel on an old crime in new clothing

Wednesday January 10, 2007
The Guardian


When Karen Allison ended her marriage she knew her husband wouldn't let her go quietly. "He had been abusive," she says, "so I expected him to punish me for leaving."

She was right. Last November, Darlington magistrates court heard evidence of a two-year campaign of harassment Thomas Welsh had directed at Allison since their split. Immediately after ending their relationship, she had been bombarded with sexually explicit text messages and photographs on her mobile phone. Worse was to come. She soon discovered that her details had been posted on a website aimed at cross-dressers and sado-masochists, where she had been advertised as being "available for sexual services". "It was horrific," she says. "I was getting all these disgusting emails and phone calls."

The court fined Welsh, imposed an indefinite restraining order banning him from going within 100 yards of Allison and also banned him from putting her details on the internet.

In the most recent British Crime Survey, published last summer, 8% of women and 6% of men said they had been stalked within the previous year. And 20% of all women are stalked at some stage of their lives. In the case of men stalking women, the harassment usually starts when a woman ends an abusive relationship or rejects the sexual advances of a man prone to violence and jealousy. According to research carried out at Leicester University, more than 200 women leave the UK each year because a stalker has made their lives unbearable; the average length of time that a woman is stalked is seven and a half years.

Cyber-stalking - the use of technology such as the internet and mobile phone - to track victims has increased sharply in the past few years. Many of the offenders are men who are disgruntled and angry at being rejected by their partners. Rather than creeping around outside the victim's home, or following her to work, though, some of these men, as Allison found, post details of their victim on websites containing sexually explicit material.

Others email pornographic photographs and videos of the victim (often taken without her knowledge or consent) to family members and work colleagues.

Welsh, who runs a transvestite mail-order and cross-dressing service for men, used his personal website to post Allison's details. Other cyber-stalkers sign their victims up directly to public sites where people advertise for casual sex, often writing their victim's profile as if she is available for all manner of sexual activity with strangers.

Such men, according to Hamish Brown, a former police officer and an expert on stalking and harassment, fit the profile of the "obsessional stalker" - an ex-partner who refuses to believe that a relationship is over. "These men refuse to give up, however clearly the victim tells him she doesn't want to know. He has this attitude of, 'If I can't have her, no one will'," says Brown.

When Sophie Green started getting emails from her ex-partner, Simon Ward, saying things such as, "Oh, you saw so-and-so and went to that bar at that time, did you?", she realised he was tracking her movements through information she had written on her personal blog. "There was always an implicit threat that he would track me down so I stopped blogging, which I really resented." Green began to receive sexually explicit emails from Ward, often containing pornographic photographs. "I found them really disturbing and felt sexually violated, which is presumably what he wanted, because I would not have sex with him any more," she says.

"Simon knew I had been raped when I was 13, although he insisted on calling it 'surprise sex'. He discovered my email address and password and then would subscribe me to really violent rape sites."

Green changed her personal email address, but Ward soon discovered her work one, and began sending her pornography and threats on a regular basis.

When sexually explicit emails are sent to a victim's workplace, they risk humiliation and even losing their jobs. Jane Thompson split from her boyfriend of only three weeks, "because I felt smothered by him". One morning soon after, when she arrived at work, a colleague asked her if she had emailed her from home over the weekend. It turned out that her ex-boyfriend had sent Thompson's colleague "a folder with about 10 photos of us both having sex", she says, "and at that moment I wanted to die."

Thompson's ex had used a method common to cyber-stalkers - tracing their victim's email address and sending messages from that address containing offensive, pornographic and even libellous material.

According to research by an expert on stalking, Dr Lorraine Sheridan of Leicester University, half of all victims are now harassed via the internet. And despite the image of the stalker as a creepy loner, there is a growing online community to help and support the cyber-stalker's efforts. So-called "revenge" websites, such as Avengers Den and Get Revenge on Your Ex, are becoming more popular, says Sheridan.

I spent an hour surfing such sites and what I found was profoundly disturbing. One site advertised itself as being able to assist those wishing to experience "the pure, unadulterated satisfaction you get from totally crushing your ex's self-esteem and annihilating their reputation". Another offered a service called "fake SMS", where a message can be sent "to your ex" which appears to come from someone else. One satisfied customer wrote that, "I sent the bitch a message saying she is a dirty slut (etc etc) and made it come from her mum's boyfriend!!!"

One man had sent his ex a text message saying, "I know I said you were the best sex ever, but I lied - it was the drugs talking and I needed them to ***** you", and programmed it to repeat on the hour, as well as play down her phone answering service on her landline.

These sites are not specifically targeted at men wanting to exact revenge on women (there are women who post on such sites, often describing how they sent advertisements for Viagra, or penile enlargement operations) and there are no figures to give a breakdown on the gender of users. But trawling through them, the majority of those leaving posts seem to be men.

"Whether the stalker harasses his victim by letter, in person or by email is irrelevant," says Brown. "But victims of cyber-stalking have often told me they get terrified of the 'invisible' stalker who is hiding in cyberspace, because he could be anyone and everywhere."

One woman who responded to a request I posted on an anti-stalking website told me that her ex-husband posted her name and address on a website used to meet sexual partners, posing as her, and offering "group sex with her". "It was really scary," she tells me in an email, "because when I read the posting it said I like to act out rape fantasies, so men in twos and threes should break into the house, have sex with me and ignore my screams of terror, as that is all part of the game."

The good news is that cyber-stalkers are more likely to be caught than others, because there is usually a trail of evidence from computers and mobile phones. However, stalkers are usually determined, and often put time and effort into becoming technical experts.

"I had no idea that what he was doing was illegal," says Green. "The police need to make it clear, and get the message out to women that sending malicious communications - whether by hand, post or computer - is a crime."

The effects on victims of stalking do not go away when the stalker finally does. "It will take me years to get over what he did and to feel safe again," says Allison. "I just wish something had been done to stop him before he almost ruined my life"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

danishusna This user has been deleted
Post time 23-8-2007 05:17 PM | Show all posts

nak share gak ...

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
              
             1. Ayahnya
              
             Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
             anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
             segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
             dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
             menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
             kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
             neraka oleh anaknya.
              
             (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
             keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
             mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
             pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
             maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
             jahannam.)
              
             2. Suaminya
              
              Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
             isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
             diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
             bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
             seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
             bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
             akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
             neraka.
              
              (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
             keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
             Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
             mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
              kau akan
             sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
              
             3. Abang-abangnya
              
             Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
             maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
             lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
             keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
             ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
             kelak.
              
              (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
             hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
             kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat
             kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
             maksiat... dan tidak menutup aurat.)
              
             4. Anak2 lelakinya
              
              Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
             perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
             membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
             dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan
             dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan
             tarikan ibunya ke neraka.
              
              (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
             nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
             juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
             selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
             tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
             ............ ......... ......... ......... .........
             Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan
             sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
             hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
             atau anak harus memainkan peranan mereka.
              
             Firman Allah S.W.T;
              
             "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
             dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
             jin dan batu-batu... ."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


danishusna This user has been deleted
Post time 23-8-2007 05:28 PM | Show all posts
Sumbang Mahram

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.

Penulisan ini akan memfokuskan persoalan berikut sahaja:

1. Seorang lelaki/wanita berzina dengan mertuanya, apakah terbatal perkahwinan?

2. Seorang lelaki/wanita berzina dengan anaknya @ merogol anaknya. Apakah terbatal perkahwinan?.

3. Seorang lelaki/wanita berzina dengan adik /bagi/kakak (seibu sebapa), apakah hukumnya?

4. Hukuman bunuh bagi pelaku sumbang mahram ?

Secara umum, gejala sumbang mahram adalah suatu penyakit yang amat buruk malah lebih buruk drpada gejala zina biasa. Hukumannya adalah sama seperti peruntukan hukuman zina, malah boleh ke atas pemerintahan Islam untuk menjatuhkan tambahan hukuman takzir ke atas si pelaku demi maslahat 慳mmah dan maksud menghalang gejala ini dari terus menular tanpa kawalan.

Dalam menjawab soalan pertama dan kedua, ulama sebenarnya berbeza pandangan dalam menentukan hukum yang terkesan dari tindakan sumbang mahram dengan ibu mertua dan anak kandung.  
  
--------------------------------------------------------------------------------

Harus diketahui sebagai pendahuluan bagi menjawab persoalan yang dikemukakan bahawa di dalam Islam, antara sebab wanita dan lelaki dilarang untuk dikahwini oleh pasangannya adalah kerana 慚usaharah' iaitu pengharaman yang wujud hasil daripada perkahwinan.

Secara ringkasnya, apabila berlakunya pernikahan, secara automatik beberapa kumpulan berikut menjadi haram (untuk dinikahi kerana telah menjadi seperti ahli keluarganya) ke atas pasangan tersebut, mereka terbahagi kpada 4 kumpulan iaitu:

1) Isteri bapa & suami ibu dan ke atas. Pengharaman akan jatuh sejurus setelah 慳qad pernikahan disahkan.

2) Isteri & suami anak (samada dr lelaki atau wanita) dan ke bawah spt isteri cucu lelaki dan perempuan. Pengharaman akan jatuh sejurus setelah 慳qad pernikahan disahkan.

3) Usul Isteri dan suami spt ibu, bapa dan neneknya ke atas (samada lelaki atau wanita). Terlaksana sejurus selepas aqad nikah.

4) Furu' isteri & suami spt anak isteri (yang bukan anak suami cthnya), cucunya samada lelaki atau perempaun dan ke bawah. Ini hanya akan terhasil dengan :  
  
# Apabila suami telah bersetubuh dengan ibu kepada anak-anak tadi dengan aqad nikah yang sohih. Maka terus thabit pengharaman akibat persetubuhan tadi. Ia adalah syarat menurut jumhur.

Pengharaman nikah diatas terhasil dengan nikah yang shohih, bagimn pula kira nya hanya dengan penzinaan (sumbang mahram) ?. Adakah sama dengan pengharaman yang terbentuk hasil aqad nikah yang shohih seperti di atas?  
  
Ulama berbeza pandangan seperti berikut :

1. MAZHAB SYAFI'E DAN JUMHUR MALIKIAH : Tidak tersabit dengan zina pengharaman 憁usoharah'. (Lihat Rawdah at-Tolibin 7/113 ; Bidayatul Mujtahid 2/21 )

2. MAZHAB HANAFI, HANBALI, Imam Sufyan At-Thawry, Imam al-慉wza'ie, Ibn al-Qasim al-Maliki : Jatuh atau sabit pengharaman dengan zina. Malah sekiranya ciuman dan lain2 muqaddimah zina juga, sudah cukup untuk jatuh pengharaman. (Rujuk Al-Ikhtiyar at-Ta'lil 3/88 ; Kassyaf al-Qina' 5/72 dan Bidayah al-Mujtahid. Bagimanapun Ad-Dardir mengatakan yang lebih kuat dalam mazhab Maliki adalah pandangan kedua ini - rujuk As-Syarh al-Shoghir 2/405)  
  
Dalil Mazhab Syafie dan Maliki :

a) Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW di tanya oleh seorang lelaki yang telah berzina dengan seorang wanita, kemudiannya ingin berkahwin dengan ibunya atau anaknya, lalu berkata Nabi :  
  
لايحرمالحلالالحرام, إنماكانيحرمماكانمننكاح  
  
Ertinya : "perkara yang haram(zina) tidak akan mengharamkan perkara halal (nikah usul dan furu') sesungguhnya ia menjadi haram hanya dg nikah (shohih)" (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi, as-Suyuti mengatakan hadith ini lemah)
  
  
b) Hadith :

الزانيالمجلودلاينكحإلامثله  
  
Ertinya : "penzina lelaki yang direjam tidak bernikah kecuali wanita sepertinya" ( Riwayat Ahmad & Abu Daud, berkata Ibn Hajar, perawinya dipercayai)  
  
Nabi telah membacakan kpada seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan zina dengan mengatakan firman Allah :  
  
الزانيةلاينكحهاإلازان   
  
Ertinya: "penzina wanita tidak harus berkahwin dengannya kecuali penzina lelaki atau kafir musyrik  
  
Melalui dalil ini, tidak diiktiraf nikah penzina dan seluruh hukum yang terhasil drpada persetubuhan haram(zina). Lalu tiada terhasil pengharaman musoharah dengan sebabnya.  
  
  
c) Dalil 'aqli , iaitu pengharaman secara 憁usoharah' adalah suatu ni'mat, kerana ia menjadikan org yang dahulunya asing sbagi keluarga. Manakala zina adalah haram dan buruk, maka tidak sah menjadikan perkara haram untuk mencapai kebaikan. Sabda Nabi SAW :  
  
المصاهرةلحمةكلحمةالنسب  
  
Ertinya : "Musoharah satu hubungan darah sbagimn hubungan darah dengan keturunan" ( riwayat Ahmad, at-Tobrani, berkata al-Hafiz Nuruddin al-Haithami, perawi dari Ahmad dipercayai)  
  
  
Lalu mana mungkin untuk mengiktiraf hasil zina dengan mengiktiraf kewujudan hubungan keluarga melalui musoharah. (Lihat Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Muhd Uqlah, cet Maktabah ar-Risalah al-Hadithah, 1/282)

Justeru dari hujjah ini mazhab pertama ini, beerti, lelaki yang berzina (sumbang mahram) dengan ibu mertuanya, maka TIDAKLAH jatuh hukum haram NIKAH DENGAN ISTERINYA,

Menurut Mazhab Syafie dan Maliki, sumbang mahram dengan ibu mertua dan anak kandung tidak memberi apa-apa kesan terhadap hubungan pernikahan suami isteri serta tidaklah terfasakh perkahwinan mereka.
Reply

Use magic Report

danishusna This user has been deleted
Post time 23-8-2007 05:37 PM | Show all posts
sambung ....

Dalil Mazhab Hanafi dan Hanbali

a) Di riwayatkan bhw seorg lelaki berkata : Wahai Rasulullah : sesungguhnya aku telah berzina dengan seorg wanita di zaman Jahiliyahku, apakah aku boleh bernikah dengan anak perempuannya? Maka berkata Nabi :  
  
لاأرىذلك, ولايصحأنتنكحامرأةتتطلعمنابنتهاعلىماتطلععليهمنها
  
Ertinya "Aku tidak melihat demikian boleh, tidak sah untuk engkau berkahwin dengan wanita yang telah engkau setubuhi anaknya .."(Disebut oleh Kamal Ibn Hummam al-Hanafi dalam kitabnya Fath al-Qadir, bagimnpun hadith ini mursal dan munqati' katanya - Naqal drpada Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbah , ms 6631)  
  
Memang hadith ini tidak menyebut perkataan terputus hubungan secara 憄erkataan' (zahir Nas) tapi dalam kaedah memahami hukum dalam Ilmu Usul Fiqh, kefahaman ini disebut (Isyarat an-Nas) iaitu ia termasuk dalam pengertian zahir nas. (Rujuk kitab Usul Fiqh Islami, Dr Wahabh Zuhayli, jld 1, ms 350, cet Dar al-Fikr ; juga lihat Al-Manahij al-Usuliyyah fi al-ijtihad bi al-Rakyi, Dr Fathi Ad-Durayni, ms 229 cet muassash ar-Risalah)

Apabila zahir dari nas menyebut " TIDAK SAH UNTUK ENGKAU KAHWINI" maka ia mengharamkan mana2 lelaki yang telah bersetubuh dengan wanita A untuk mengahwini ibu kpada wanita tersebut. Secara isyarat an-Nas 2 hukum dapat dikeluarkan dari Nas dalil ini iaitu :

1. Sebarang persetubuhan samada daripada aqad yang halal (nikah shohih) atau yang haram (zina) menyebabkan jatuhnya hukum haram secara 憁usoharah' atau haram kahwin seluruh usul dan furu' wanita A tadi.  
  
2. Sebarang pernikahan yang ada sebelum persetubuhan akan terputus ( tertalak atau terfasakh atau terputus ) secara automatik. Kerana bila Nabi mengharamkan nikah, sudahtentulah semua nikah yang ada sebelum itu (kiranya ada) juga akan rosak, lalu kerana itulah ia terfasakh atau tertalak dalam ertilkata terputus hubungan perkahwinannya.

Bagaimana kaitan hadith tadi dengan fasakh nikah?

Demikianlah satu bantahan dari seorang pembaca kepada saya, lalu jawapannya :-

Kaitannya terletak pada 憄ersetubuhan' haram itu. Bila setubuh, maka seluruh furu' dan usul kpada bapa mertua tadi haram berkahwin dengan wanita A (salah seorg furu' bapa mertuanya adalah suaminya). Bila haram kahwin, maka hubungan kahwin yang telah sedia ada, adalah tidak sah dari hukum syara' (persetubuhan slps itu dikira zina!), lalu kerana itu ianya ter'fasakh' atau ter'talaq' (bermakna terpisah).

Bagi memahami perkara ini dengan berkesan, anda perlu mempelajari salah satu tajuk dalam ilmu usul Fiqh iaitu (Dalalah an-Nas fil ahkam) iaitu kaedah memahami maksud daripada dalil-dalil Quran dan Hadith. Iaitu bab Dalil yang terang (Soreh) dan dalil yang tidak kelihatan dengan jelas.

Bagaimanapun, perkara ini tidak mudah difahami oleh orang awam, sebagaimana hal teknikal kejuruteraan, kedoktoran, ekonomi dan lain-lain yang hanya mampu difahami orang khusus dalam bidang itu dan sukar ke atas yang lainnya. Demikian juga halnya ilmu Islam. Tidak semua mampu memberi fatwa. Tidak semua kaedah juga boleh penulis terangkan dengan mudah kepada awam, kerana itulah kursus Bachelor mengambil 3-5 tahun, Sarjana 2,3,4 tahun, Phd 2 -3 tahun. Kerana semua ilmu perlu mempunyai asas, jadi penulis tidak hairan kiranya masih terdapat individu yang gagal memahaminya kerana ia memerlukan asas Fiqh dan Usul Fiqh.  
  
b) Firman Allah :  
لاتنكحوامانكحأبائكممنالنساء  
  
Mafhum : "Jangan kamu bernikah dengan sesiapa yang telah dinikahi oleh bapa-bapa kamu dari kalangan wanita.."  
  
  
Lafaz nikah dipakai untuk aqad nikah dan juga persetubuhan (termasuk zina). Iaitu mana-mana perempuan yang telah disetubuhi samada dengan jln halal atau haram, tidak boleh kamu kahwini anak-anaknya dan ibu-ibunya.

Justeru, zahir dari mazhab kedua ini adalah, apabila berlaku sumbang mahram oleh lelaki dengan ibu mertuanya atau anaknya (begitu juga perempuan, dengan bapa mertua dan anak lelakinya) jatuhlah hukum haram nikah akibat 憁usoharah' dengan zina, LALU DENGAN SEBAB ITU TERFASAKHLAH NIKAH ANTARANYA DENGAN ISTERI ATAU SUAMINYA SECARA SYAR'IE.  
Menurut As-Syeikh Prof. Dr Muhd 慤qlah Al-Ibrahim, pandangan kedua adalah lebih kuat dan sesuai dengan masalahat ummat skrg. Walaupun demikian, Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli mentarjihkan pandangan Mazhab Syafie.

Manakala, diteliti dari sudut kekuatan dalil, kelihatan dalil mazhab pertama adalah lebih kukuh, bagaimanapun jika dilihat kepada maslahat dan keperluan masyarakat di Malaysia hari ini, dengan perkembangan pesat gejala amat mungkar sumbang mahram, maka tersangat eloklah kiranya pandangan mazhab kedua di sebarkan dan dahulukan, agar ia mampu menjadi penghalang gejala ini dari terus subur. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran ramai.

Bagaimanapun ia masalah yang diikhtilafkan di kalangan fuqaha' dan bukannya masalah qat'ieyyah. Justeru, hukuman yang terpakai adalah hukuman yang diwartakan oleh kerajaan. Tetapi dalam hal kerajaan tidak mengamalkan hukuman Islam, hal ini menjadi sukar.  
  
  
HUKUMAN BUNUH BAGI PELAKU SUMBANG MAHRAM DIIKTIRAF ISLAM?

Berikut perbincangan fuqaha' tentang zina atau nikah sesama mahram (Lihat Ma'alim As-Sunan, Imam Al-Khattabi, Dar kutub ilmiah , 1996 , juz 3 , ms 284 ):

1. Maliki, Syafie dan Imam Hasan Al-Basri

Sekiranya pelaku tahu pengharamnya, wajib dilaksanakan hudud ke atasnya

2. Hanafi

Tidak dikenakan Hudud, tetapi dikenakan hukuman terkeras dalam peruntukan Takzir, dan boleh mencapai tahap bunuh menurut mazhab Hanafi..

3. Imam Ahmad, mazhab Hanbali dan Imam Ishak Rahawaih rh

Pelaku mesti dibunuh dan dirampas hartanya  
  
  
Pendapat yang lebih kuat adalah pendapat pertama dari majority mazhab iaitu yang pertama .

Dalil terhadap hukum ini adalah :-

Dinaqalkan bahawa Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam Ishak Rahawaih rh mengatakan wajib dibunuh si pelaku samada Muhson (telah berkahwin) ataupun tidak. Iaitu apabila si pelaku melakukan zina dengan ibunya. Ini berdasarkan hadith :

a) Dari Yazid Bin al-Barra' dari bapanya berkata : "Rasulullah telah mengutuskan aku kepada seorang lelaki yang berzina dengan ibunya, lalu (Nabi ) mengarahku agar memancung kepalanya dan merampas hartanya " ( Riwayat Abu Daud dan At-Tirmdizi , ia berkata Hadith ini Hasan Gharib, Albani mengatakan ianya shohih)

b) Dari Ibnu 慉bbas ra "Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang berzina dengan mahramnya, bunuhlah ia" ( Ibnu Majah) Berkata Syeikh Abd Rahman Al-Jazairi (meninggal 1941) dalam kitabnya Al-Fiqh 慳la al-Mazahib al-慉rba'ah : arahan bunuh kerana ia seolah menghalalkan perkara yang diharamkan Allah SWT , maka si pelaku jatuh Murtad dan halal membunuhnya, hartanya pula dibagikan ke Bait al-Mal

c) Dari Mu'awiyyah bin Qurrah dari bapanya bahawa Nabi SAW mengutuskan datuk Mu'awiyah kepada seorang lelaki yang berzina dengan isteri anaknya (menantunya) agar dipenggal lehernya dan dibahagikan hartanya.

d) Dari al-Barra Bin 慳zib "......... dikeluarkan seorang lelaki dari rumahnya maka dipenggal lehernya , maka aku bertanya sebabnya , mereka berkata , dia telah berzina dengan ibunya" (Abu Daud, Al-Albani menyatakan ianya shohih)  
  
Dalil ini bukti bahawa si pelaku menghalalkan yang haram lalu ia murtad dengan sebabnya dan apabila ia tahu hukum haramnya ini wajib dilaksanakan hukuman hudud kepadanya. Bgmnpun Imam Al-Khattabi (w 388 H) menyatakan takwilan murtad ini adalah tidak tepat, dan sebenarnya Nabi SAW mengarahkan bunuh bagi penzina kerana ia telah melanggari pengharaman pada ibunya. ( Lihat Ma'alim as-Sunan, Juz 3, ms 284 )

Menurut kitab Al-Fiqh Ala mazahib al-Arba'ah, telah Ijma' para ulama' bahawa sesiapa yang berzina dengan mana-mana mahramnya yang diharamkan Allah secara 憁uabbad' (kekal selama-lamanya). Mereka dibunuh kerana telah melakukan perkara yang bersalahan dengan fitrah manusia dan menjatuhkannya ke martabat binatang, maka bunuh satu-satunya jalan menghentikannya.
Reply

Use magic Report

danishusna This user has been deleted
Post time 24-8-2007 02:24 PM | Show all posts
lagi ...


BEBERAPA PERSOALAN DARI PEMBACA

Persoalan : Talaq yang dimaksudkan termasuk dalam kelas talaq apa??

Ini sebenarnya adalah 慺asakh'. Justeru, ia bukankan talaq tetapi 憈erbatal' atau 憈erfasakh' aqad nikah di antara keduanya.

Fasakh dalam hubungan nikah kahwin bermaksud: Terputus aqad perkahwinan di antara pasangan samada dengan redha mahupun tanpa redha dari kedua pasangan. Ia datang dengan sebab-sebab yang mendesak. Ia bukan datang dari lafaz suami (talaq biasa) dan bukan juga dari permintaan isteri (spt tebus talaq). Tetapi ia datang secara wajib dari syara', atau dengan perintah qadhi.  
  
Fasakh mempunyai banyak cabangan dan jenisnya. Antara bentuknya ( rujuk al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, jld 9 hlm 6872, Cet ke 4, Dar al-Fikr ):

1. Fasakh yang datangnya dari penilaian Qadhi.

a. Akibat tiada keserasian antara pasangan. Lalu Qadhi menjatuhkan fasakh (memisahkan pasangan).

b. Akibat mahar yang diberikan kurang drpada 憁ahar misl'.

Adabeberapa yang lain, tetapi cukuplah dua ini bagi memberikan gambaran kpada tuan-tuan.

2. Fasakh ( Faraq) yang dtg tidak di atas penilaian qadhi bahkan secara syara' terputus dengan sendiri.

a. Kerana aqad yang rosak, seperti berkahwin tanpa saksi atau berkahwin dengan adik kandung.

b. Kerana salah seorg pasangan disedari berkahwin dengan furu' atau usul pasangannya. ( Inilah kes sumbang mahram dan bapa rogol anak dan yang seumapamanya, yang menjadi isu kita)

c. Kerana salah seorg pasangan murtad (keluar dari Islam).  
  
  
Persoalan: Seorg lelaki berzina dengan adik atau kakaknya (seibu sebapa) atau kakak dengan adik dsbagi, @ iparnya apakah hukumnya?

Majoriti Ulama kecuali Hanafi menyatakan bahwa si pelaku wajib dilaksanakan hukuman Hudud dan semua mazhab empat termasuk Hanafi telah ijma' menyatakan pelaku zina dengan mahram dalam semua peringkat wajib DIBUNUH kiranya ia melakukannya dengan mengetahui perihal haramnya. Ia berdasarkan hadith2 shohih.  
  
  
KESIMPULAN JAWAPAN TERHADAP SOALAN DAN HUKUMAN BERKAITAN :

1. Seorg berzina dengan mertuanya samada lelaki atau wanita, apakah terbatal perkahwinan dengan isterinya/ suaminya?

= Ya , terbatal (terfasakh) perkahwinan secara automatik. Iaitu dengan sebab musoharah dengan zina.

2. Seorg lelaki berzina dengan anaknya (demikian juga halnya rogol). Apakah terbatal perkahwinan dengan isterinya.

= Ya, sebagaimana di atas

3. Adakah hukum 慽ddah, dalam hal ini dan adakah pasangan boleh mewarisi harta antara satu sama lain sekiranya berlaku kematian.

= Tiada 慽ddah, dan tidak ada sebrg perwarisan, kerana secara automatik wanita tersebut menjadi wanita ajnabi (asing) dalam hukum syara'.

4. Adakah boleh dijatuhkan talaq sesudah berlaku penzinaan itu?

= Tidak boleh, kerana tiada sebarang ikatan hubungan suami isteri lagi. Serta mereka telah tertalaq@terfasakh secara automatik.

5. Perlu diketahui pemutusan hubungan ini adalah untuk selama-lamanya.?

= Pengharaman kahwin yang terbentuk drpada zina ini adalah pengharaman selama-lamanya tanpa boleh dihilangkan. Justeru, dengan zina atau nikah shohih terhdp mana-mana wanita atau lelaki, menyebabkan haramnya hubungan nikah dengan usul dan furu' wanita dan lelaki tersebut selama-lamanya.

6. Apakah lagi yang akan terjadi dengan perzinaan ini selain tertalaq secara automatik?

= Individu yang telah berkahwin (lelaki atau perempuan) yang berzina akan dijatuhkan hukuman rejam sampai mati dengan ijma' ulama' dan para sahabat berdasarkan dalil yang sabit dari Hadith. Manakala , bagi yang belum berkahwin, sebatan 100 kali. Dengan hukuman ini, maka terlepaslah mereka yang terlibat dr azab Allah di akhirat kelak, insyaAllah, tanpanya eloklah pelaku bertawbat sehabis-habis tawbat, dan berserah kepada Allah. Sebrg hukuman ciptaan kerajaan Malaysiatidak akan melepaskan pelaku dari hukuman Allah.

Hukuman di atas adalah bagi lelaki atau wanita yang berzina dengan anak kandungnya, serta wanita atau lelaki berzina dengan mertua mereka sahaja. Manakala hukuman umum bagi semua jenis sumbang mahram adalah di nombor 7 .

7. Adakah sipelaku dihukum bunuh ?

Majoriti Ulama kecuali Hanafi menyatakan bahwa si pelaku wajib dilaksanakan hukuman Hudud dan semua mazhab empat termasuk Hanafi telah ijma' menyatakan pelaku zina dengan mahram dalam semua peringkat wajib DIBUNUH kiranya ia melakukannya dengan mengetahui perihal haramnya. Ia berdasarkan hadith-hadith shohih.

Demikianlah beberapa untaian jawapan bagi persoalan yang ditujukan, artikel ini terbuka kepada sebarang pembetulan, kritikan dan pertanyaan kiranya diperlukan.

Apa yang benar datangnya dari Allah SWT dan apa yang tersilap dari kelemahan diri dan gangguan syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 04:54 PM | Show all posts
Cinta Dahulu Sebelum Kahwin?

Oleh: Ustaz Ismail Kamus

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing.

Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar! Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira.

Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

WANITA - Tulang rusuk yang bengkok?

Oleh: Ustaz Ismail Kamus

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih ramai wanita yang sensitif dlm mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.081819 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list