CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putubambu

Petikan dari e-mail, artikel yg dibaca ttg keluarga...

[Copy link]
Post time 8-9-2007 02:22 AM | Show all posts
MENCARI KAYA DARI PERSPEKTIF NQ

Mencari kaya卻uatu topik yang saya kira kira cukup menarik untuk kita renungi dan kupas bersama. Tertarik saya petikan kisah yang dipaparkan oleh Chef Li dalam bukunya Jutawan Senyap. Pesan gurunya匸/size]
揟idak salah untuk kita mencari kaya卼etapi apa yang lebih penting untuk 揹iapakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2007 02:34 AM | Show all posts
BAITI JANNATI (KOLEKSI ARTIKEL MUTIARA NQ)

Alhamdulillah petangnie rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu yang aniz perolehi dalam bilik kuliah baru-baru ini...Pensyarah mengajukan persoalan kpd kpd kami...KENAPA/PUNCA MASALAH ATAU KEMELUT RUMAHTANGGA MELANDA? Pelbagai hujah, pandangan dan pendapat dilontarkan...namun bagi saya sendiri hujah juga pandangan yang dikongsikan agak terpencil, unik dan tersendiri...berbalik pada konsep yang pernah saya lontarkan dalam write up saya beberapa bulan yang lalu...

1) Manusia dijadikan Allah dgn darjat yang istimewa diberikan nikmat fakulti akal dan iman bg yang Muslim lebih dari itu dibekalkan Al-Qur'an dan Sunnah sbg panduan..manakala syaitan pula dijadikan Allah untuk menghuru-harakan manusia carik geng utk lepak dgn diaorg kat neraka MAKA MENGAPA HARUS MANUSIA ITU SENDIRI MEMPERLEKEH JUGA MERENDAHKAN MERTABAT MENURUTI JALAN SYAITAN...just like fooling yourself macam tempah tiket plak nak lepak dgn spesisniekan.. Nauzubillahminzalik

2) Dunia hanya singgahan sementara...jangan terpedaya dengan nikmat dan pesonanya...harta, pangkat, anak, isteri merupakan ujian dr Allah...ada manusia diuji Allah dgn kesenangan juga kemewahan manakala sebahagiannya pula diuji dgn musibah, penyakit dan sebagainya...Namun yg senang, aman bahagia juga meriah dgn nikmattu saya fikir yang lebih bahaya...yang bisa menjatuhkan kita...suami lupa pada amanah difikirkan keperluan wang ringgit, makan minum dan tempat tinggal juga kemewahan memadai hakikatnya tuntutan Allah lebih hebat dari itu pengorbanan juga pengisian yang perlu diuntukkan untuk sama-sama kita mencipta bahagia di dunia dan akhirat dan dalam redha Allah...Hanya 3 perkara shj kita bawa pulangkan I) Doa dr anak yg soleh (dah jika diri sendiri tak soleh bagaimana harus anak itu mencari idole utk menjadi soleh), 2) Ilmu yang memberi manfaat ( Sibuk dan alpa dgn pesona dunia...duniawi dan ukhrawi tidak seimbang...ilmu yg diperolehi untuk kepuasan dan kepentingan diri bukan memakmurkan ummah) dan 3) Amal jariah kita...

Saya fikir jika para suami juga isteri mempunyai kefahaman dan sedar matlamat ikatan suci perkahwinan yang dibina...takkan timbul konflik kritikal dalam rumahtangga...ini kadang usia perkahwinan baru setahun jagung suami dah buat hal...zuriat terlalu rapat isteri tiada ruang untuk menjaga penampilan mahupun melayan suami si isteri sibuk melayan anak dan tugasan rumahtangga dijadikan alasan si suami mencari layanan dan perhatian di luar sedangkan alangkah bagusnya dan bertuah jika dapat diusahakan sama-sama mengembeling tenaga dan menikmati hari-hari dalam perkahwinan menolong tugasan rumahtangga mahupun melayan kerenah anak-anak...saksikan perkembangan anak-anak...hargai anugerah juga amanah yang dikirimkan Allah....infact jalan ini yang kalian pilih MAKA SEHARUSNYA KALIAN LALUI DAN PIKULNYA DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DAN BANGGA...ini jalan mengutip pahala disisi Allah...aset akhirat, betul tak?

Why must complaint????:cf: :cry: Maaf kadang saya perhatikan ada kalangan para suami pandai buat anakjer jaga anak....si ibulaa terkiak-kiak berkejaran...terkiak-kiak sana-sini...pastu expect sang isteri budiman melempar senyuman semanis dan seayu pertemuan pertama, boleh???Nampak sangatlah unrealistiknya...tu tak masuk lagilaa bab nak entertain "big baby" night dutynyerkan...tak dapeklaa akak nak jawabkan...

Bukan apa bila saya lihat persekitaran yang berlaku dan juga kata-kata Allah rasanya mudahjer hidupnie...simple konsep Allah kata jaga diri sendiri juga keluarga daripada api dunia dan akhirat...dalam maksudnya...rasanya jika betul-betul pegangnya takut dan khuatir pastinya kita akan cuba terbaik untuk memelihara mereka daripada pesona dunia dan siksa di akhiratukan....yelaakan tak pasal-pasal elok-elok ayah/suami nak masuk syurga tersangkut bila amanah kita anak-anak mahupun isteri komplen mana aci apa ceeta dulu kat dunia siayah atau suami takde pun tunjuk ajar ilmu Allah...solat, mengaji dsbgnya...tak pasal menderita kita kat sanakan...so nak ikutkan takde masa suami nak buat endah tak endah berfoya-foya....mengisi masa...riadah kononnya...suka-sukakan...tambahan maut bukannya kita tahu datang menjemput kalau dah buat pedajal menganiayai hidup anak isteri...menzalimi hak orang lain sama jugalaa menganiaya hak diri sendiri...cari murka Allah ikut telunjuk syaitan...tempah pasport lagik lepak kat n....sape yang rugi?????Sendiri kasi jawablaakan...

Seperkara lagi yang aniz ingin kongsikan, jadi isteri kita kena tahu, faham dan jelas tentang hak kita...sememangnya suami harus dimuliakan dalam kamus seorang isteri namun harus diingat jangan sesekali membiarkan kebaikan diri dipergunakan oleh suami...ada sebahagian isu atau keputusan perlukan ketegasan diri isteri nyatakan dengan terus-terang dan jujur, InsyaAllah suami akan faham...niat kita kerana Allah...kita tidak mahu kebaikan yang dihulurkan akan mengundang dosa pula bg suami akhirnya...leka, alpa akan tanggungjawab sebab isteri boleh ambil-alih, isteri mampu buat itu ini...memang oklaakan tapi akhirnya boleh membuka ruang dosa buat suami yg dikasihi, apa ceritakan...kesian suami kita berdosa...terleka lepak dgn syaitan pulak kat akhirat nantikan...

"Kasih dan sayang tak semestinya dalam bentuk yang memberi kegembiraan dan kelapangan...Lihat sahaja pentadbiran Allah untuk mencipta kematangan, kekuatan dan kebijaksanaan juga kejayaan dalam hidup manusia...kita diduga dahulu...itu pengisian yang lebih tepat dan berkesan begitu jugalah dalam rumahtangga jadi isteri jangan terlalu baik hati demi menjaga kepentingan diri sendiri dan juga suami yang dicintai (ini pelan jangka panjang sampai akhiratnya projection)...sebab kita khuatir isu-isu beginilah bila isteri baik hati sangat, sedia ambil-alih sebahagian role dlm rumahtangga at the end of the day isteri kembali yang memendam perasaan, pilu hati, makan hati...suami aman bahagia...bersuka ria...LUPA DIRI & AMANAH YANG DIJANJI DI AWAL PERKAHWINAN DULU...kan ke tak eloktu untuk iklim rumahtangga...

"Jadi isteri kita perlu bijak menjaga kebajikan diri remember bukan atas nama kepentingan diri sendiri semata, tamak mahupun sebagainya tetapi sebab kita sayang semua...kita cari redha Allah kita ingin sama-sama bahagia di dunia dan akhirat...bersama suami juga anak-anak yang dikasihi...InsyaAllah"

Dan InsyaAllah dengan kehidupan contoh yang kita bawakan ini, anak-anak akan mencontohinya dan begitulah seterusnya mereka akan bawa dalam rumahtangga yang mereka bina dan masyarakat yang mereka wakili...macam "proses duplicate" so just imagine kalau keluarga porak-peranda haa macamtulaa juga mereka akan bawa kepada kehidupan mereka generasi ke generasi sehinggala INTERVENSI/ RAWATAN atau kesedaran diberikandan bayangkan keadaan ini juga yang akan dibawa ke dalam masyarakat...Itu pasallaa masalah sosial dsbgnya makin menjadi-jadi inilah realiti yang dibawa dalam kuliah yang saya hadiri...kekawan kaunselor rata-ratanya memberi komen kebanyakan masalah displin yang dihadapi di sekolah bermula dari keluarga yang bermasalah....Nah!! dapat lihat tak impaknya? nampak shj kecil tapi....

Kesimpulannya kebahagiaan juga kesejahteraan dalam kehidupan itu boleh kita cari....paling penting ianya dalam redha Allah, beri keutamaan pada yang sepatutnya....cari ilmu....perkemaskan hubungan dengan Allah so that jalan masuk syaitan mampu kita tutup...InsyaAllah akan mudah usaha kita...imbang-imbangi tuntutan duniawi dan ukhrawi agar kita beroleh keberuntungan di kedua-duanya. Tidak mustahil dengan ilmu juga redha Allah yang kita buru...aura keluarga yang harmoni, sejahtera, ceria dan bahagia mampu kita kecapi.

Ilmu Allah sangat luas...sama-sama kita integrasikan bagi kelangsungan kehidupan yang bahgia di dunia dan akhirat...Amin...InsyaAllah...

Salam Ukhwah ~ 012-3915362/ YM ~nizwar75
Pn Aniz Hj Anwar
Master Science In Counselling
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:04 PM | Show all posts
Suami isteri suka tuding jari lemahkan sistem kekeluargaan


ISU rumah tangga yang semakin kritikal, antara lain berpunca daripada rapuhnya institusi keluarga yang berkemungkinan kerana usia pasangan masih muda, tidak mahu bertolak ansur, tiada persefahaman dan ego yang meletakkan pasangan suami isteri di tembok kekeliruan sukar dibendung.

Rasulullah SAW bersabda: 揚erempuan itu dikahwini kerana empat, kecantikan, keturunan, harta dan agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya selamatlah kamu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:09 PM | Show all posts
Teknik Memelihara Perhubungan Dengan Insan Tersayang

1. Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau
didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak pasti perbuatan anada buat itu melukakan hati si dia, seperti menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun.

4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.

5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

7. Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:12 PM | Show all posts
dari DR Fadzilah Kamsah,kenapa lelaki hilang minat pada seseorang wanita..

1. Comot-terdapat wanita yg cantik ttp comot. Comot ni bermaksud ini boleh melibatkan wajah seseorg wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindaka tanduknya.

2. Cerewet- kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu
cemburu perlu dlm sesuatu hubungan. ttp wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai
kebiasaan lelaki tidak suka juka pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila sumai menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sebok besiap, ini akan membuatkan mereka benci kerana situsi itu.

5. Celupar- menurut dr. fadzilah, wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul- cabul ni brmaksud keji dari segi perangai sehingga seseorg wanita itu langsung tidk malu. misalnya bergaul bebas dgn lelaki ygbkn muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.

7.Cabar- lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadimereka tidak suka dicabar terutma sekali oleh wanita. wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.

[ Last edited by  sha_n at 14-9-2007 02:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:15 PM | Show all posts
Ni pun dari Dr. Fadzilah ..

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita


1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb)

2.Ganas (kaki pukul, ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannyer)

3.Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)

4.Gabrah - tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan aje, dsb)

5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)

6.Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu)

7.Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)

8.Gatal (miang keladi ngan pompuan lain selain dengan bini)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2007 02:16 PM | Show all posts
BAGUS UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI-

Definisi Cinta Sejati
(berdasarkan kajian dan pemerhatian)


Cinta sejati ialah perasaan mendalam terhadap orang lain. Ia:

1. Tidak bertambah kerana kebaikan seseorang

2. Tidak juga berkurang kerana keburukan atau kekurangan org yg dicintai

3. Cinta sejati tidak pernah terancam. Dengan kata lain, org lain tak dpt menggugat cinta tersebut

4. Bersangka baik terhadap pasangan (Jangan curiga, waspada takpe)

5. Sentiasa bermaaf-maafan

6. Makin lama semakin kukuh dan teguh (kalau org kawin, makin tua, makin intim)

7. Cinta sejati tidak bersyarat

8. Seharusnya cinta sejati membawa keberkatan

Bagaimana nak mengukuhkan cinta sejati?

1) Sentiasalah berdu'a kepada Allah agar kita dikurniakan cinta sejati

2) Tuntuti perintah Allah. Amal ma'ruf nahyu mungkar. Jangan ingkar dgn perintah Allah

3) Murah dengan puji-pujian. Sebaiknya pujian yg khusus... dan ikhlas...

4) Murah dengan khidmat (eg. suami tolong isteri di dapur)

5) Banyakkan belaian (romance)

6) Sentiasa mencari kebaikan-kebaikan pasangan. Orang yg ada cinta sejati, di dalam fikirannya penuh dgn kenangan manis

7) Cari masa untuk berkomunikasi/berbincang/ bergurau, at least 1/2 jam sehari. Bergurau tu pulak biarlah yang diredhai Allah dan pasangan tu. Jangan gurau yg menyakitkan hati (cth: ramai isteri tak suka gurau ttg poligami. AWAS)

Sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri sendiri. Kalau boleh tanya pasangan ttg kebaikan/keburukan kita. Nilai diri melalui kaca mata pasangan

9) Betulkan/ingatkan diri kita ttg priority dalam hidup ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:27 PM | Show all posts
7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah)

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk
suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami
balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...
anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...
Renungkanlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2007 02:28 PM | Show all posts
This is a lecture that was given by Shaykh 'Abd Allah A'zami

Advice to Husbands (and Wives)


By getting married you are not just getting a wife, you are
getting your whole world. From now until the rest of your days
your wife will be your partner, your companion, and your best
friend.

She will share your moments, your days, and your years. She
will share your joys and sorrows, your successes and failures,
your dreams and your fears. When you are ill, she will take
the best care of you; when you need help, she will do all she
can for you; when you have a secret, she will keep it; when
you need advice, she will give you the best advice. She will
always be with you: when you wake up in the morning the first
thing your eyes will see will be her; during the day, she will
be with you, if for a moment she is not with you by her
physical body, she will be thinking of you, praying for you
with all her heart, mind, and soul; when you go to sleep at
night, the last thing your eyes will see will be her; and when
you are asleep you will still see her in your dreams. In
short, she will be your whole world and you will be her whole
world.

The best description that I personally have ever read
describing the closeness of the spouses to each other is the
Quranic verse which says: "they are your garments and you are
their garments" Indeed, spouses are like garments to each
other because they provide one another with the protection,
the comfort, the cover, the support, and the adornment that
garments provide to humans. Just imagine a journey in the
winter of Alaska without garments! Our spouses provide us with
the same level of comfort, protection, cover, and support in
the journey of our lives on this earth as garments would do in
the Alaska journey.

The relationship between the spouses is the most amazing of
all human relations: the amount of love and affection,
intimacy and closeness, mercy and compassion, peace and
tranquility that fills the hearts of the spouses is simply
inexplicable. The only rational explanation for these most
amazing of all human feelings is that: it is an act of God.
Only God Almighty in His infinite power, boundless mercy, and
great wisdom can create and ingrain these amazing feelings in
the hearts of the spouses. In fact God is reminding those who
search for His signs in the universe that these feelings in
the hearts of the spouses are among the signs that should
guide humans to His existence as He says in the Quran," And
among His signs is this, that He created for you mates from
among yourselves that you may dwell in tranquility with them
and He has put love and mercy between your hearts: verily in
that are signs for those who reflect"

But the human heart is not a static entity, it is very
dynamic. Feelings can and do change with time. Love may wither
and fade away. The marital bond might weaken if not properly
cared for. Happiness in marriage cannot be taken for granted;
continuous happiness requires constant giving from both sides.
For the tree of marital love to remain alive and keep
growing, the soil has to be sustained, maintained, and
nurtured.
Remember that our Prophet Muhammad [peace be upon him] had
found the time to go out to the desert and race with his wife
Aisha. She outstripped him but later after she had gained some
weight, he outstripped her. Remember that the Prophet [peace
be upon him] took his wife to watch the young Ethiopians
playing and dancing their folk dances.

The show of emotions is necessary to keep the marital bond
away from rusting and disintegrating. Remember that you will
be rewarded by God for any emotions you show to your wife as
the Prophet [peace be upon him]said "one would be rewarded for
anything that he does seeking the pleasure of God even the
food that he puts in the mouth of his wife" Never
underestimate the importance of seemingly little things as
putting food in your wife's mouth, opening the car's door for
her, etc.

Remember that the Prophet [peace be upon him] used to extend
his knee to his wife to help her ride her camel. Try to
always find some time for both of you to pray together.
Strengthening the bond between you and God is the best
guarantee that your own marital bond would always remain
strong. Having peace with God will always result in having
more peace at home. Remember that the Prophet[peace be upon
him] gave glad tidings for those couples who wake up at night
to pray together.

The Prophet even urged the spouse who rises up first to wake the
other spouse up even by throwing cold water on his/her face.

Always try your best to be good to your wife by words and by
deeds. Talk to her, smile to her, seek her advice, ask for her
opinion, spend quality time with her and always remember that
the Prophet [peace be upon him] said "the best of you are
those who are best to their wives" Finally, it is common that
spouses vow to love and honor their spouses until death do
them part. I do believe that this vow is good or even great,
but not enough! It is not enough that you love your wife. You
have to love what she loves as well. Her family, her loved
ones must also become your loved ones.

Don't be like my colleague who was unhappy about his wife's
parents coming to visit for few weeks. He candidly said to
her "I don't like your parents" Naturally she angrily looked
at him straight in the eye and said " I don't like yours
either"...

Also, it is not enough that you love her until death do you
part. Love should never end and we do believe there is life
after death where those who did righteousness in this world
will be joined by their spouses and offspring.

The best example in this regard is the Prophet[peace be upon
him] whose love to Khadija his wife of 25 years extended to
include all those she loved and continued even after her
death. It was many years after her death and he never forgot
her and whenever a goat was slaughtered in his house he
would send parts of it to Khadija's friends and whenever he
felt that the visitor on the door might be Khadija's sister
Hala, he would pray saying "O Allah let it be Hala"

WAllahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:28 PM | Show all posts
Membina Keluarga Bahagia yang penting mestilah hadir dari kedua pihak. Yakni suami isteri harus memainkan peranan bersama.

Perasaan membelai cinta TIDAK semestinya ketika bercinta sahaja, bahkan selepas berkahwin juga harus dipupuk perasaan itu.

Senantiasa manjakan pasangan anda, barulah mekar kasih sayang dalam alam rumahtangga. Hormat antara satu sama lain dan komunikasi keluarga harus efektif
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:29 PM | Show all posts
nukilan M. Fauzil Adzim

Bila malam sudah beranjak mendapati Subuh, bangunlah sejenak. Lihatlah isteri Anda yang sedang terbaring letih menemani bayi Anda.Tataplah wajahnya yang masih dipenuhi oleh gurat-gurat kepenatan karena seharian ini badannya tak menemukan kesempatan untuk istirehat barang sekejap, Jikalaulah tidak ada air wudhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:34 PM | Show all posts
Ingin Disayangi???


1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Berlatih untuk mendengar dengan baik.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.

8. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali-sekala.

9. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.)

10. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

13. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

14. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak boleh dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Juga maklumkan anda perlu bersendirian untuk berfikir.

16. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.

18. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan

19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.

20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

21. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "aku cinta padamu"  

22. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.

23. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

24. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.

25. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

26. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

27. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

28. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

29. Bawa pulang ole-ole, kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

30. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

31. Jika keluar daerah, telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

32. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

33. Sokong pendapat isteri kalau dia bertentangan pendapat dengan orang ain.

34. Urut-mengurut isteri dari semasa ke semasa.

35. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

36. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

37. Jangan tukar-tukar saluran televisyen apabila menonton bersama isteri.

38. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

39. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

40. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.

41. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

42. Sabar jika isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

43. Beri perhatian lebih pada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.

44. Lebihkan isteri daripada anak-anak.

45. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

46. Beri tindak balas positif apabila mendengar isteri bercerita.

47. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.

48. Masuk tidur serentak. Jangan tunggu program televisyen habis baru masuk tidur.

49. Belai isteri sebelum pergi kerja.

50. Cuba ketawa apabila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

51. Ucapkan terima kasih terhadap setiap khidmat yang isteri berikan.

52. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

53. Lakukan riadah bersama isteri.

54. Pergi berkelah sekali-sekala.

55. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.
Reply

Use magic Report

siti_free This user has been deleted
Post time 18-9-2007 01:05 AM | Show all posts

SIASAT SAMADA PASANGAN ANDA MENIPU ATAU MENGGATAL KAT LUAR

Reply

Use magic Report

siti_free This user has been deleted
Post time 18-9-2007 01:08 AM | Show all posts

SIASAT SAMADA PASANGAN ANDA MENIPU ATAU MENGGATAL KAT LUAR

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 05:00 PM | Show all posts
Salam buat semua...

INGIN MENGETAHUI TENTANG RAHSIA DAN KEHEBATAN KUASA DOA, MEDITASI ISLAM DAN SAINS MINDA SERTA TIPS-TIPS MENANGANI STRESS???(BERSAMAPENGASAS NQ)

DAPATKAN MAJALAH MIDI KELUARAN 15hb SEPT DGN COVER USTAZAH NOR BAHYAH..

SELAMAT MEMBACA...SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMEBI MANFAAT UNTUK ANDA SEMUA...

"We at NQ would to grow in wisdom with those who wants to grow with us'...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 10:37 AM | Show all posts
Wife Abuse in the Muslim Community
by  Kamran Memon  


Wife abuse has hurt many Muslim women, destroyed many Muslim families, and weakened the entire Muslim community. How much longer can Muslims afford to look the other way?


"And among His signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that you may dwell in tranquility with them, and he has put love and mercy between your (hearts)..." Qu'ran 30:21


"I recommend that you treat women with goodness. The best of you are those who treat their wives the best." Prophet Muhammed (peace be upon him)



Wife-abuse, which stretches across all ethnic, racial, educational, and socio-economic lines in the Muslim community, results in severe emotional and physical pain for many Muslim women, a stacking up of sins for many Muslim men, and many weak, unhappy Muslim families that fail to contribute adequately to the development of the Muslim community and the rest of society.


Despite the severity of the problem, the Muslim community has largely closed its eyes and devoted very few resources to helping the victims and stopping the abusers.



FORMS OF ABUSE OF MUSLIM WOMEN


"Domestic violence is an ongoing, debilitating experience of physical, psychological, and/or sexual abuse in the home," says the American Medical Association.


Although Islam promises women protection from such problems, the reality in many Muslim homes is different.


The most common form of abuse is emotional and mental abuse.

In Muslim homes, this includes verbal threats to divorce the wife, to remarry, or to take the kids away if she does not do exactly as she is told; intimidation and threats of harm; degradation, humiliation, insults, ridicule, name-calling, and criticism; false accusations and blaming her for everything; ignoring, dismissing, or ridiculing her needs; neglect and the silent treatment; spying on her; telling her she is a failure and will go to hell; twisting Islamic teachings to make her feel worthless because she is a woman; restricting her access to transportation, health care, food, clothing, money, friends, or social services; physical and social isolation; extreme jealousy and possessiveness; lying, breaking promises, destroying trust; etc.

Emotional abuse can take place in public or at home.


Although it's completely contrary to the example of Prophet Muhammad, peace be upon him, the Muslim community nonetheless tends to dismiss the seriousness of mental abuse, rationalizing it as a petty argument between husband and wife, and saying it's not serious unless he hits her. In reality, mental abuse does severe psychological harm to many Muslim women. It destroys their self-esteem and makes them question their self-worth; some have mental breakdowns and go insane.


Furthermore, psychological abuse can lead to physical abuse.


Physical abuse includes pushing, shoving, choking, slapping, punching, kicking, and beating; assault with a weapon; tying up; refusing to help her when she is sick or injured; physically throwing her out of the house; etc. Physical abuse escalates in frequency and severity.


The third form of abuse is sexual abuse, involving forced, violent sex. For example, a wife may not want to have sex for health reasons, but the husband may force her anyway.


These three forms of abuse are usually related and occur of a long period of time. Muslim men, just like non-Muslims, often start with mental abuse and work their way up. Muslim women need to recognize the signs of escalating abuse.


WHY DO SOME MUSLIM MEN ABUSE THEIR WIVES?


There are a number of factors that make many Muslim men abusive.


Abusers are often part of a cycle, picking up the habit after watching their own fathers abuse their mothers. And their own children learn this abusive behavior and abuse their wives. (This is an important point because the longer the Muslim community tolerates abuse, the longer it will be passed on from father to son, from generation to generation.)


For cultural reasons, some Muslim men accept the idea that it's normal for a man to hit his wife and that she is no more than a piece of his property.


Some Muslim husbands abuse their wives as a result of frustration resulting from economic hardship, political oppression experienced, problems with the children, or an inferiority complex.


Some abuse their wives because they want them to be more "modern" and less Islamic by removing their hijab (Islamic dress), while others are abusive because they want the opposite.


Some Muslims with superficial ties to Islam don't know that abuse is unacceptable due to their weak faith, poor Islamic knowledge, and lack of interaction with the Muslim community.


Tragically, some Muslim men actually use Islam to "justify" their abusive behavior. Focusing on rituals, considering themselves to be Islamically knowledgeable, and disregarding the spirit of Islam, they wrongly use the Qur'anic verse that says men are the protectors and maintainers of women to go on power trips, demand total obedience, and order their wives around. They disregard the Islamic requirement for the head of the household to consult with other members of the family when making decisions.


Then, if their wives dare to speak up or question their orders, these men misinterpret a Qur'anic verse that talks about how to treat a disobedient wife and use it as a license for abuse.


In reality, the Qur'an and Sunnah provide clear instructions on what procedures a husband must use in conflict situations where the husband is innocent and the wife is rebellious and at fault.

The first step is a peaceful discussion between the two of them about the problem and solutions. This is intended to soften hearts and eliminate misunderstandings.

If this doesn't work, the next step is for the husband to tell his wife his expectations in a firm, decisive manner.

If the rebelliousness and disobedience continues, the husband is supposed to leave the bed, which is really a punishment for both of them for not being able to resolve their differences.

If that fails to solve the problem, representatives of both sides meet to try and arbitrate.

As a last resort, if he thinks it will prevent divorce by letting the wife know how serious he is, the husband can use a light slap on the hand or shoulder but not on any other part of the body, and it shouldn't leave a mark or scar. Anything beyond this is Islamically prohibited.


This procedure is to be followed _only_ when the wife is the cause of a serious problem and the husband is innocent, compassionate, and well-behaved. If the husband is the cause of the problem, he has _no right_ to do any of this.

Unfortunately, Muslim wives often accept un-Islamic treatment from their husbands because they don't know their Islamic rights, and they don't realize their husbands are crossing the Islamic line.

Abusive men are completely disregarding the Islamic teachings of kindness, mercy, gentleness, and forgiveness, just as they are disregarding the example of Prophet Muhammad, peace be upon him, who never hit a woman and was extremely gentle and compassionate with his family.

-----------------------------

extracted & edited from http://www.jannah.org/sisters/wifeabuse.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2007 05:04 PM | Show all posts
Petua Keluarga Bahagia


1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar ! dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terlibatt dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan berteng! kar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari mak! anan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 05:06 PM | Show all posts
Isteri Solehah
SENTIASA BERSYUKUR, TIDAK CEREWET atau MERUNGUT



Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, 揂in, apa tandanya isteri solehah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2007 02:33 PM | Show all posts

Kasihnya Anak...

"Jgn kau sakit hati IBU AYAH, Jgn kecewakan mrka.. Kerdhaan ALLAH x
kan hdr tanpa keredhaan Kedua Ibubapa... Ya-ALLAh ampunilah dosaku,
Ibubapaku, adik beradik, kaum muslimin & uslimat & org2 yang aku
kasihi.. AMIIN YA Rab..."

Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan
bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya
dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang
suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam
(ala anak mamak gitu). Kebetulan adikku juga perempuan yang mempunyai
kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah
dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah
kebencian ibu.

Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang
lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang
akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas
torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu
aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri
aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci
oleh ibu. Sedih rasanya.

Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi
terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika
menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak.Hanya
hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan
berkuahkan air mata. Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku
sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan.

Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan
dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun
begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium
tangannya sebelum menduduki peperiksaan. Aku berjaya menjadi antara 10
terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi
disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu.

Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3
aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan
satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan
aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah
memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku diberikan
standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama
sekolah. Ayahku terpanar sehingga menitiskan air mata semasa
menungguku pulang dari sekolah.

Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku
tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama
penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila. Alhamdulillah
aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa
aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang
peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku
walaupun jauuuh di sudut hatinya.

Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu. Sekembaliku dari luar negeri
aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata
katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini.

Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku
ceritakan disini.

Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh menghantar
ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di
dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau
dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana
ayahku telah tiada).

Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu
ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah-tengah
orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redha ibuku
disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari
pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang"

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa didalam
jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada
cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . .panjang lagi doaku.
Kalau tidak kerana anak-anakku menangis mau rasanya aku solat sunat di
lapangan terbang itu bermunajat. Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari
Mekah, aku yang ditujunya.

Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan dicium.

Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci. ALHAMDULILLAH.
Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala
itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati.

Ku jaga dengan penuh hati-hati. Ditambah lagi aku sudah punya anak, ku
jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada berbelah
bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku
nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang
mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu
penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau
didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat
membalas jasa ibu . . .

Bertaubatlah. Sedarlah syurgamu di telapak kaki ibu . ... . Apa yang
ingin di kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar kita
dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap
dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 09:08 AM | Show all posts

Kisah Teladan: Ditimpa Musibah Kerana Belakangkan Suami

MAZNAH (bukan nama sebenar), ibu lima anak dan isteri Bahari (bukan nama sebenar), seorang pesara. Hidup mereka tidak mewah, tetapi cukup segala-galanya.
Bahari pula sering berulang- alik ke hospital untuk menerima rawatan kerana menghidap penyakit kronik.
Suatu hari, dua adik lelaki Maznah datang ke rumahnya dan membawa berita gembira iaitu ingin mengajaknya menunaikan haji.
Mereka berpendapat kakak mereka yang berpengalaman menunaikan haji, tentu tahu selok-belok dan cara membuat haji dengan betul. Maznah bangga mendengar pujian adiknya, namun kerana terpaksa menjaga suami, dia serba salah dan agak keberatan.

"Kakak pernah pergi dulu, nanti apa pula kata abang Bahari. Memanglah, kalau diikutkan hati, siapa yang tidak mahu pergi ke Tanah Suci. Seribu kali pergi tidak puas lagi",  katanya dengan suara sugul.

Selepas dipujuk, Maznah lembut hati dan mahu mengikut mereka menunaikan haji untuk kali kedua.
Maznah menghantar namanya ke Tabung Haji tanpa pengetahuan suami dan anak. Beliau menjalani rutin harian tanpa meminta izin suami. Apabila tiba masa yang sesuai, dia akan memberi tahu suaminya.
Apabila tiba waktu panggilan dari Tabung Haji, Maznah mendapat surat mengarahkan dia mendaftar dan mengikuti kursus haji.
Gembira bukan kepalang, beliau lantas memberitahu adik-adiknya.
Maznah langsung tidak terfikir untuk meminta kebenaran suaminya. Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila duit simpanannya hanya cukup untuk pakej mengerjakan haji, sedangkan wang poket tidak ada.
Namun akalnya panjang, dia teringatkan anak-anaknya lalu mengumpulkan mereka di rumah. Anak-anak yang tidak tahu hujung pangkal pulang dalam keadaan tertanya-tanya.

"Sebenarnya, mak minta kamu berkumpul sebab nak minta tolong. Permohonan untuk pergi haji sudah diluluskan, jadi mak nak minta bantuan kewangan untuk duit poket dan kecemasan. Tambang pakej sudah sedia. Kalau hendak mengharapkan ayah kamu, dia sakit", katanya.

Semua yang mendengar terkejut, terutama suaminya.

"Bila masa pula kamu tanya saya hendak pergi haji ??" tanya Bahari dengan sedikit berang.

"Saya tanya atau tidak, sama juga. Lagipun awak sakit, nanti menjejaskan kesihatan awak pula", jawab Maznah kepada suaminya.

"Bukankah mak sudah pergi dulu?? Buat apa nak pergi banyak kali sebab yang wajibnya sekali saja. Ayah sudah beri keizinan ke belum????" tanya anak sulungnya.

"Ala, kalau tanya ayah kamu bukannya dia hendak bagi. Baik mak tak payah tanya", balasnya.

"Tak boleh macam itu. Mak kena dapatkan keizinan ayah dulu. Lagipun buat apa nak pergi, sedangkan ayah lebih memerlukan mak di sini. Bukankah ayah sakit???" katanya.

"Alah, kakak dengan abang ini, itupun nak berkira. Kan mak hendak pergi beribadat, hulur sajalah sikit duit poket"?? kata anak bongsunya.

Bahari sebagai ayah tidak dapat bersuara kerana tidak mahu membebankan fikirannya. Hatinya kecewa dengan sikap Maznah yang membelakangkan dirinya sebagai suami. Beliau hanya mampu mendiamkan diri dan cuba menahan rasa marah dan hati terluka.
Beliau tidak menyangka Maznah sanggup bertindak di luar pengetahuannya, malah langsung tidak mempelawa untuk bersama menunaikan haji.
Anak-anaknya pula bertengkar sesama sendiri untuk menguatkan hujah masing-masing. Sebagai ibu, Maznah tidak meleraikan mereka, sebaliknya turut sama bertegang leher untuk meminta duit daripada mereka.

"Mak bukannya pergi suka-suka" tegas Maznah. B

Bahari menggeleng-gelengkan kepala kerana tahu anak-anaknya bukannya mewah sangat dan gaji pula hanya cukup untuk menyara keluarga saja. Mereka ada masalah tersendiri.

"Mak, tolonglah faham masalah kami. Saya bukannya bergaji besar dan ada empat anak untuk ditanggung. Saya bukan tak mahu beri, tapi mak pergi tak kena masa", kata anaknya.

Akhirnya tiada kata putus dicapai, sebaliknya anak-anaknya pula bermasam muka. Bagi Bahari, tiada apa yang perlu diceritakan. Dia seperti tidak wujud bagi isterinya kerana Maznah sanggup memperlakukan dia begitu.
Beliau berserah kepada Allah dan memohon diberi petunjuk kepada isterinya. Dia sudah tidak ada upaya untuk menasihati isterinya yang keras kepala.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan doa orang yang teraniaya pasti ditunaikan. Belum sempat Maznah pergi, beliau ditimpa sakit yang tidak diketahui puncanya iaitu terlantar tidak berdaya, mulutnya senget sebelah dan tidak dapat bercakap dengan jelas serta badannya tidak bergerak bagaikan orang lumpuh.

Bahari pula yang terpaksa menjaga Maznah dengan setia. Beliau walaupun terguris dengan perbuatan isterinya, tidak mahu mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga. Bahari sedia mengampunkan dosa isterinya jika perkara buruk terjadi.

Melihatkan Bahari ikhlas menjaganya, Maznah terharu dan menyesal di atas perlakuannya. Itulah balasan yang akan diterima oleh seorang isteri yang tidak menghormati suami.
Niatnya untuk beribadat kepada Allah, tetapi jika tidak diiringi dengan keizinan suami, dosa balasannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.089779 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list