CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putubambu

Petikan dari e-mail, artikel yg dibaca ttg keluarga...

[Copy link]
Post time 30-10-2007 09:09 AM | Show all posts
Jangan Jadi Anak Derhaka

Seorang musafir yang bernama Abu Qaz'ah menceritakan mengenai satu kejadian katanya, "Semasa bermusafir kami telah singgah di suatu perigi yang terdapat di tengah-tengah perjalanan ke Basrah. Kami pun berehat di situ bagi menghilangkan penat serta mengisi bekas air sebagai bekalan. Memandangkan hari semakin gelap maka kami bersetuju untuk bermalam di situ. Sewaktu kami sedang berehat tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi suara binatang. Kami tertanya sesama sendiri suara binatang apakah itu?
Rupanya diantara kami ada yang mengetahui kisahnya. Berceritalah lelaki yang mengetahuinya. "Suara itu datangnya dari kubur sipolan dan diantara kami masih ada ikatan persaudaraan. Semasa hayatnya dahulu lelaki itu suka membantah cakap ibunya. Ia berpendapat segala yang dilakukannya adalah betul manakala nasihat ibunya tak pernah diendahkan. Pada suatu hari kerana tidak tahan dengan leteran ibunya maka terkeluarlah dari mulutnya, "Mulut ibu tak pernah senyap, asyik merengek saja tak henti-henti macam suara himar." Alangkah sedih hati ibunya mendengarkan jawapan yang sedemikian keluar dari mulut anaknya.
Lupakah anak ini siapakah yang telah melahirkannya dan membesarkannya dengan penuh kesusahan dan keperitan tanpa menghiraukan diri sendiri. Perasaannya begitu kecewa dan marah dengan sikap anaknya itu, maka terkeluarlah kata-kata yang sedemikian dari mulutnya, "Semoga Allah yang akan menjadikan kamu himar." Apabila anaknya telah meninggal dunia maka terdengarlah suara seperti apa yang kita dengar sekarang ini. Suara himar ini datangnya dari kubur anak derhaka itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 09:11 AM | Show all posts
Antara Keluhan dan Kesabaran

Semasa Abu Hassan mengerjakan ibadah haji tiba-tiba ia terpandang pada seorang wanita yang berseri mukanya lalu ia berkata, "Demi Allah, aku tidak pernah melihat wanita yang berseri wajahnya sebelum ini, tentu ia tidak pernah menghadapi sebarang masalah."

Mendengarkan demikian lalu wanita itu menjawab, "Apa yang kamu katakan itu tidak betul, aku sendiri sedang menanggung penderitaan yang amat sangat dan dalam masalah ini tiada siapa yang boleh dipersalahkan."

"Bagaimana boleh terjadi demikian?" tanya Abu Hassan.

Jawab wanita ini, "Suatu hari suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan oleh keempat-empat anakku. Seorang telah berkahwin, dua masih kanak-kanak dan yang bongsunya masih menyusu. Berkatalah anakku yang tengah kepada adiknya, "Kamu ingin tahu bagaimana ayah kita menyembelih kambing?" Siadik pun mengangguk. Maka dilentangkan adiknya lalu disembelih. Melihatkan darah yang mengalir ia menjadi takut lalu lari ke dalam hutan. Akhirnya ia dimakan oleh serigala di sana. Suamiku yang pergi mencarinya di hutan turut meninggal kerana kehausan. Aku pun keluar dari rumah untuk mencari suamiku dengan meninggalkan anak kecil. Anak inipun merangkak ke dapur lalu ditariknya periuk yang sedang mendidih maka tersimbahlah air panas ke badannya dan ia mati di situ.

Berita ini sampai kepada anakku yang tua. Kerana terkejut ia jatuh pengsan lalu mati. Kini tinggallah aku sebatang kara.

Soal Hassan lagi, "Bagaimana kamu boleh bersabar dengan ujian yang maha hebat ini?"

Jawab wanita ini, "Sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza. Sabar ialah dengan memperbaiki batiniah, membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana Allah. Adapun mengeluh adalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada Allah kerana ia tidak dapat menerima sesuatu itu sebagai takdir untuknya."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 04:48 PM | Show all posts
Usah lihat rupa, harta...


MELESTARIKAN cinta antara pasangan memang mudah jika tahu caranya. Cinta antara pasangan, ada yang sehaluan bahkan tidak kurang yang mengundang banyak masalah dalam perhubungan.

Ukuran cinta seseorang wanita bukan bersandarkan pada rupa atau harta semata-mata. Ketulusan, pandai berkomunikasi, prihatin dan sikap mengambil berat lelaki mampu mencair hati golongan hawa.

Namun, adakah semua lelaki memahami naluri halus wanita? Kebanyakan lelaki sukar menelah kehendak dan keinginan yang tersirat di hati jika lelaki tidak belajar mengenal nilai, sikap, kehendak naluri dan psikologi wanita itu sendiri.

Ada kalanya wanita menangis sendirian kerana teringatkan lelaki yang disayangi, tetapi lelaki bagaikan tidak peduli bahkan jarang menghargai kasih sayang yang dicurahkan.




Fahamilah kehendak dan perasaan serta pemikiran wanita sebelum anda menilai diri wanita itu sendiri. Luhurnya sesebuah cinta bukan hanya disandarkan pada rupa namun pemahaman, penghargaan lelaki terhadap perasaan wanita, kasih sayang serta kesetiaan lebih bernilai daripada segalanya.
  

- Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya.

- Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik berikan masa untuknya menenangkan hati sebelum anda meminta maaf.

- Wanita sukar mencari benda yang dia benci mengenai orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).

- Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

- Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke matanya, dia akan cair seperti coklat!

- Wanita memang sukakan pujian tetapi lazimnya tidak tahu macam mana hendak menerima pujian.

- Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Apabila wanita sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda selepas ditolak cintanya, biarkannya untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan perasaan.

- Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tidak berguna.

- Bersikap terlalu serius boleh mematikan selera wanita.

- Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kegembiraan dan tidak sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita berkenaan.

- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

- Jika anda menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam.

- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali diajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat. Tetapi jika pada masa sama, dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha memikatnya.

- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dirinya sendiri.

- Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal.

- Kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat si gadis, rajinkan tangan menyelak buku cinta.

- Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri.

- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

- Satu ucapan 'hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak menawan kawan mereka yang paling cantik.

- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

- Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

- Senjata wanita adalah air mata!

- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan. Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati.

- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.

- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 04:56 PM | Show all posts

WASIAT LUQMAN BUAT IBUBAPA

Tanbihul Ghafilin  (Peringatan bagi yang lupa)

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah"   (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)


Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.
   Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!

Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir':

"Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan"

Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.

U/P :

Tulisan berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas.
Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.
Permasalahan Pertama:

Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!

Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian!

Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!

Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:

"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."

Permasalahan Kedua:

Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya, menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepadaNya yang Maha Esa.

Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali.".

Permasalahan Ketiga:

Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.

Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.

Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"

Permasalahan Keempat:

Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.

Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat kepada mereka.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut"

Permasalahan Kelima:

Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!

Mereka yang kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan orang mukmin.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu "

Permasalahan Keenam:

Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari Qiamat,urusan al- Qadha',pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Nanti kamu akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"

Permasalahan Ketujuh:

  Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t. mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat oleh makhluk.

Sesuatu kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat untuk dihisab / dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:

"(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 04:57 PM | Show all posts

sambungan...

Permasalahan Kelapan:

  Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).

Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "

Permasalahan Kesembilan:

Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 05:23 PM | Show all posts

Cinta Beralih Arah...Salah Siapa?

Tatkala matahari menyerlahkan sinarnya, tiba-tiba mendung berarak kelabu.  Suami yang dikasihi tiba-tiba beralih perhatian kepada si dia.  Kasih beralih arah selalunya disebabkan oleh keadaan rumah tangga yang hambar.  Hubungan yang kian longgar membuat suami beralih arah kepada orang ketiga yang dirasainya lebih menyenangkan.  Sebelum anda mencari salah siapa, renungkanlah 12 cara mengembalikan keharmonian rumah tangga di bawah.  Jika semua perkara itu sudah anda lakukan dan perkahwinan anda masih tidak bersinar, mungkin anda perlu ambil langkah drastik kerana memang sudah tidak ada jodoh!

1. Perkahwinan kerana Iman - Renungi kembali mengapa anda berkahwin.  Jika perkahwinan anda dahulu disebabkan oleh nafsu dan cinta, tentunya sukar mempertahankan keharmonian rumah tangga.  Hal ini kerana cinta dan nafsu boleh berkurangan & lupus.  Sekiranya perkahwinan yang anda lakukan itu di atas dasar iman, sudah pasti anda dan pasangan sedaya upaya menerangi rumah tangga dengan cahaya keimanan.  Semakin kuat iman anda semakin erat hubungan anda suami isteri.  Perkahwinan di atas dasar keimanan menjadikan anda dan pasangan bertanggungjawab sepenuhnya pada tugas-tugas yang diberikan dan disarankan oleh agama.  Bagi pasangan yang berkahwin kerana nafsu dan cinta, ubah persepsi itu sekarang.

2. Belajar Ilmu Perkahwinan - Berjaya mendapat sijil Kursus Perkahwinan bukanlah tanda yang anda kini sudah mampu menjadi suami dan isteri yang baik.  Banyak lagi perkara yang perlu anda tahu tentang ilmu perkahwinan.  Misalnya belajar dari orang yang lebih tua dan berpengalaman.  Ketahui hukum-hukum syarak perkahwinan.  Ikut petua-petua rumah tangga yang boleh diperoleh dari orang terdahulu.

3. Niat - Simpan niat berkahwin hingga ke hujung hayat.  Bukan hingga ke anak cucu shaja! Mohom pada Allah agar keharmonian rumah tangga anda kini berada dalam keadaan yang dirahmati.

4. Campur tangan orang luar - Jika anda mempunyai masalah rumah tangga, jangan biarkan orang luar campur tangan.  Tidak kira samada ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja.  Masalah keluarga biar anda dan pasangan yang selesaikan.  Hal ini kerana tidak semestinya orang luar boleh menyelamatkan keadaan.  Malah keadaan lebih merbahaya jika orang luar itu menyokong satu pihak sahaja.  Berjumpalah dengan kaunselor keluarga jika masalah yang anda berdua hadapi tidak mampu diselesaikan bersama dan memerlukan orang ketiga.  Kaunselor adalah orang yang paling sesuai kerana mereka mempunyai etika yang tidak bias kepada sesiapa.

5. Keterampilan - Jangan salah anggap selepas menjadi suami atau isteri, kebersihan dan keterampilan diri tidak perlu dijaga.  Sebaiknya apabila kita bergelar isteri atau suami, penampilan perlu lebih baik terutama apabila di hadapan pasangan.  Jangan pula bila keluar anda bergaya, di rumah pakai apa yang ada!!  Jaga keterampilan anda supaya sejuk mata pasangan memandang.

6. Belajar tolong menolong - Jika dahulu, kebanyakan isteri tidak bekerja.  Tugas sebagai surirumah memerlukan isteri membuat kerja rumah sendirian.  Namun, atas desakan ekonomi pada masa kini menyebabkan isteri terpaksa turut serta mencari nafkah.  Oleh kerana kerja isteri semakin bertambah, suami perlu menolong isteri melakukan kerja-kerja ringan di rumah.  Misalnya membasuh baju, menyidai dan melipat.  Atau tugas paling mudah suami boleh lakukan adalah menjaga anak semasa isteri sedang membuat kerja rumah.  Sekiranya suami dan isteri mampu, upahlah pembantu.  Pembantu rumah boleh menolong isteri menyelesaikan tugas-tugas di rumah tanpa rasa tertekan.  Kurang stress akan mengurangkan ketegangan hubungan suami isteri.

7. Intim - Jangan jadikan anak sebagai penghalang hubungan suami isteri.  Sebaiknya, anak adalah penyambung kepada ikatan keintiman anda berdua.  Pasangan yang kurang intim selalunya kurang memberi perhatian kepada pasangan.  Kajian mendapati 60% pasangan yang bercerai adalah disebabkan masalah keintiman atau seks.

8. Jaga Kesihatan - Kebanyakan masalah rumah tangga berpunca daripada masalah kesihatan.  Kesihatan di sini bukan tertumpu kepada kesihatan fizikal sahaja tetapi lebih daripada itu seperti kesihatan mental dan emosi.  Misalnya, masalah stress perlu ditangani segera.  Elakkan dari dijangkiti penyakit yang membahayakan kesihatan khususnya yang berkaitan dengan seks.  Banyak pasangan yang ingin bercerai disebabkan oleh masalah kesihtan, jadi jangan anggap masalah ini ringan.

9. Kurangkan Syak - Jangan terlalu cemburu atau berprasangka pada pasangan.  Cemburu, syak dan berprasangka hanyalah mainan minda yang mungkin tidak sama dengan realiti.  Perasaan ini selalunya menjadi punca kepada pergaduhan, murung dan hilangnya kosentrasi terhadap tanggungjawab sebagai suami maupun isteri.

10. Berpandangan Jauh - Ingat, perjalanan hidup anda jauh lagi.  Pasangan bukanlah rakan anda untuk satu ketika sahaja tetapi teman yang akan duduk di sebelah anda dari hari anda bernikah sehingga ke hujung nyawa.  Jika anda berpandangan sebegini, maka anda tidak mudah melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati pasangan.

11. Cari Persamaan - Cari persamaan anda dan pasangan kerana persamaan ini dpat membantu anda dan pasangan terus mencintai antara satu sama lain.  Begitu juga persamaan tingkah laku ketika bercinta dan selepas bergelar suami isteri.  Jika sebelum berkahwin boleh bersuap-suapan ketika makan, mengapa kini tidak lagi?  Jika dahulu suami akan memimpin tangan isteri semasa melintas jalan, kenapa kini berjalan jarak sebatu antara satu sama lain?  Ingat kembali detik indah ketika bercinta dan wujudkan kembali detik itu walauun sudah menjadi pasangan yang sah dan sudah beranak-pinak.

12. Bersyukur dan terima seadanya - Tidak bersyukur dengan apa yang ada pada pasangan adalah tanda-tanda mulanya rumah tangga bermasalah.  Sana tak cukup...sini salah...situ kurang...dan sebagainya.  Bahkan, jerawat tumbuh di atas hidung pasangan pun menjadi masalah besar.  Mengapa perlu merungut?  Sebaliknya, berterima kasih kerana anda dijodohkan dengannya kerana setiap pasangan itu mempunyai keserasian.  Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari di mana keserasian itu bersembunyi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2007 02:29 AM | Show all posts

KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN)...

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 11:32 AM | Show all posts

15 Steps to Surviving an Affair: Part A

Ada 2 part ... Part A :
Six Steps for the Unfaithful Spouse1.         Promise to stop the affair -- and to stop seeing your lover -- immediately.Agree to sever all contact. This lifts secrecy and creates a sense ofsafety for the betrayed spouse. Stopping an affair goes beyond nodinner dates or sex. All phone calls, in-person conversations, andquick coffee breaks together must stop. If you work with the personwith whom you had an affair, keep your encounters strictly businesslike-- and tell your spouse everything that happens. Avoid private lunchdates and closed-door meetings. It's also important to report anychance meetings with your former lover to your spouse before he or sheasks about it. Talk about your conversation. If your former lovercontacts you, announce that too.

2.         Answer any and all questions.More and more marriage experts agree that couples heal better after an affair if the adulterous spouse supplies allof the information requested by his or her betrayed partner. In onestudy of 1,083 betrayed husbands and wives, those whose spouses werethe most honest felt better emotionally and reconciled more completely,reports affairs expert Peggy Vaughan, author of The Monogamy Myth: A Personal Handbook for Recovering from Affairs,who developed the international Beyond Affairs Network. "I've talkedwith plenty of people who say with pride that they never talked aboutthe affair," she says. "That's not healing. You need to reach the pointwhere you can talk about it without pain. If you never, ever discussit, you cannot recover. My own husband had 12 affairs over seven years.I'm convinced the main reason I recovered was his willingness to answerall of my questions." It's counterintuitive -- many spouses (andtherapists) think that going over the details will only further upsetthe aggrieved partner. Truth is, willingness to talk rebuilds trust.The key? Not holding back -- no more secrets. If you leave out detailsthat emerge later, your spouse may feel newly betrayed.

3.         Show your spouse empathy, no matter what. The single bestindicator of whether a relationship can survive infidelity is how muchempathy the unfaithful partner shows when the betrayed spouse getsemotional about the pain caused by the affair, according to infidelityexpert Shirley Glass, Ph.D.

4.         Keep talking and listening, no matter how long it takes. Youcan't speed up your spouse's healing process, and you shouldn't evernegate its significance. Be ready to answer questions at any time, evenmonths or years after the affair has ended. And listen to his or herreactions without anger or blame.

5. Take responsibility. Blaming your partner for the affairwon't heal your marriage. Showing sincere regret and remorse will.Apologize often and vow to never commit adultery again. It may seemobvious to you that you'll never stray again, but your spouse may haveworries, so renew your commitment to your spouse as your one-and-only.

6.         Don't expect quick or easy forgiveness. Your partner may be in deep pain or shock. Expect tears, rage, and anger.

From: http://www.rd.com/content/15-steps-to-surviving-an-affair/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2007 11:33 AM | Show all posts

15 Steps to Surviving an Affair: Part B

Second part:
Nine Steps for the Betrayed Spouse

1.         Ask lots of questions. At first, you may want all thefactual details: How often did you meet? When did you cross the linefrom friends to lovers? What sexual acts did you share? How many times?Where? How much money did you spend on him or her? Who else knows aboutyour affair? Later, your questions may shift as you think about yourpartner's emotions, about the reasons he or she was pushed and pulledinto the affair, about whether the affair has turned a spotlight on ahidden weakness in your own marriage.

2.         Balance your rage with your need for information. You wantto scream, cry, and lash out -- but big emotions may prevent yourspouse from making the full disclosure that leads to recovery. To getthe truth (and form a tighter connection with your spouse), becompassionate about your partner's emotions. "When you get all thefacts, you're not obsessed anymore," Vaughan says. "The only way yourspouse will be willing to answer is if you can manage not to lash outand attack every time. Spouses who've had affairs are afraid to revealeverything because they're worried it will become a marathon, with adownward spiral of out-of-control emotions." If one of you becomesupset, it's time to stop the discussion for now.

3.         Set a time limit on affair talk. Restrict yourselves to 15to 30 minutes. Don't let the affair take over your lives. Do askquestions as they arise instead of building up resentment and longlists of questions. "Don't let your worries go underground. Keeptalking," Vaughan says.

4.         Expect curveballs. The spouse who had the affair may become angry or even accuse you of betraying him or her. Keep the focus on the affair itself.

5.         Talk about how the affair has affected you. Discuss yourdoubts, disappointments, feelings of betrayal and abandonment, anger,and sadness. As your partner builds a wall between him- or herself andthe former lover, help open a window of intimacy between the two ofyou. Don't hold back.

6.         Don't forgive quickly or easily.You must grapple with your pain and anger first and rebuild trust.

7.         Find support. Reconnecting with family and friends, and even finding a support group to join, can help you feel less isolated.

8.         Spend time together without talking about the affair. Connect as friends and romantic partners by doing the things you've always enjoyed.

9.  Forgive only when you're ready. You'll never forget anaffair, but the painful memories will fade with time. Forgivenessallows you to move past the pain and rage and to reconcile with yourpartner. Take this important step only when you feel ready to let go ofyour negative feelings, when your partner has been completely honestand has taken steps to rebuild your trust.

From: Nine Steps for the Betrayed Spouse
http://www.rd.com/content/15-steps-to-surviving-an-affair/1/

[ Last edited by  angeljolie at 21-11-2007 11:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 05:01 PM | Show all posts
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.


Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak


"Kamu tidak cintakan saya lagi!!!"


LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak


"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.


Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.


"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing. "


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?


LELAKI: Belum.


WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.


WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.


Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan

*************************************************************************************

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...


Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 02:25 PM | Show all posts

Reply #1 putubambu's post

sy betul2 insaf lepas baca cerita ni...

mama.. along syg mama..........
Reply

Use magic Report

HAIREL This user has been deleted
Post time 28-12-2007 09:14 PM | Show all posts
...........

[ Last edited by  hemorion at 13-1-2008 10:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 03:10 PM | Show all posts
sori klau dah ada artikel nihh..

25 sebab suami 'mental'!!

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun
ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla
bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu
dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak
cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak
"

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa
barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat
dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa
mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat
bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa
bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan
sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma
tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis
sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam
telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli
garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh
singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh
dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya
kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula
getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosiol tanpa mendapat persetujuan suami
terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware
kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC
tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin
dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas
10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet pot pet
pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia
orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan
rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat
dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh
baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah
pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak
keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.
" sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih
betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk
dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen
lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi
ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila
nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi
jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau
beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda
benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi
nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau
kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam
nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami
untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre
client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan
I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak
tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil
dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi
budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla
bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak
nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO
universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan
suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu
makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak
pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah
rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama
susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak
masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 03:33 PM | Show all posts
Kurma/ Kismis / Madu

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma
semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi
dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat
tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan
nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia
merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut
diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan
jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya
mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang
berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang
baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun,
sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah
kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya,
akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang
hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan
anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".


2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah
sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali kematian".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah,
maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung,
menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis
dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena
kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan
lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan
menghilangkan letih".
3) MADU
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat
menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah
dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan
dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan
menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang
kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena
dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di
dalam dada".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,
tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan
hati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di
dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah
didoakan oleh 70 Nabi".
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 03:46 PM | Show all posts
50 AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP
1.
Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat
pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2.
Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3.
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4.
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5.
ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6.
Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8.
Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9.
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10.
Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11.
Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12.
Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13.
Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15.
Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH  catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16.
Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17.
Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18.   Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19.
Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20.
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21.
Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22.
Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23.
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24.
Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 03:47 PM | Show all posts
sambungan.......

25.
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26.   Ketiika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27.
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28.
Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29.
Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30.
Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31.
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32.
Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33.
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34.
Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35.
Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36.
Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37.
Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38.
Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39.
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40.
Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41.
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42.
Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43.
Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44.
Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45.
Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46.
Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47.
Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48.
Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49.
Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50.
Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 04:50 PM | Show all posts

Reply #96 aku_aku's post

good info....thanx
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 01:24 PM | Show all posts

Reply #4 dealova77's post

very good indeed...

but somehow malay man/hubby lack of interest and passion to fulfill
all these "elements"
they are not trained to respect the ladies and they are nor a natural lover....

all these criterias work well with western cultures and we cant argue more....

malay women nowdays highly smart and educated and demand more "respect"
from their companion and they wont hete to go for "forbidden"relationships
if they wanted to....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 10:43 AM | Show all posts
The Top Three Problems that Cause Divorce


Divorce happens and there can be many irreconcilable differences. Many divorces fall into three main categories for reasons for the breakdown. If we can understand these problems while we are still married than maybe we can somehow save the relationship or find adequate professional help. In this article I will attempt to discuss these main reasons for divorce.

Sex

Sex has always been the number one reason for the marriages to breakdown. Its either no sex, to little sex, too much sex, lack of knowledge concerning sex, or sex with the wrong person. It still amazes me how many people get married and have very little comprehension concerning sex. This doesn't mean people need to experiment before marriage to be able to please their partner. It means they need to read and discuss it with each other find out what pleases the wife and she find out what pleases her husband.

Fear and not knowing can cause problems in the marriage. Also, forcing the one partner to perform in a way which they dislike or are just not into it. The one thing that will help in this area is to communicate with each other. I suggest that each partner read the book "The Act of Marriage" by Tim Lahaye. The book has a Christian theme but he does not pull any punches when talking about sex. If more couples would educate themselves we would have less problems in this area.


Finance

One of things that can kill a marriage is arguments about money. When couples have debt or argue about how much money is spent or saved you can have major problems. Let me offer some suggestions in the area of finance. Don't get into too much debt. If your into debt now its time to take strides to get out of it. Budgets really don't work but what you can do is to make agreements on what is spent when it comes to large purchases. I suggest any purchases over $100 should be agreed upon.

Each partner should have a little mad money that they can spend from each paycheck. Even if its only a few dollars a week. If you have to talk to a professional about your finances do so. Cut any unnecessary expenditures you can do without. Any little things you can cut that you don't need is more money you can put towards your debt. Finally, make sure you save some money even if its only a few dollars every week. It adds up in the long run.


In-laws, outlaws, and third parties

Outsiders can kill a relationship. Outsiders are anyone outside your immediate family that includes mothers, fathers, sisters, brothers, etc. They do not belong in your marriage. Family is one thing but when they interfere your heading for trouble. This includes friends as well. Do not allow anyone outside your marriage to remark negatively about your spouse. You need to stick up for your husband or wife even if the person is right. If you allow others into your marriage I can guarantee you your heading for trouble. Well meaning friends can come between a husband or wife even to the point an affair could come out of it. I have seen this happen to marriages and watched them be totally destroyed.

If you find your marriage having one of these problems than do what you can to talk it out or seek some professional assistance in dealing with these problems before it destroys your marriage.



By Timothy Scheiman, published Jul 06, 2007

SOURCE: associatedcontent
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 02:47 PM | Show all posts
Kepada yang ada bibik kat rumah, ambillah ikhtibar...


Mandikan Aku Bonda...


Di bawah ini adalah salah satu contoh tragis.
Sering kali orang tidak mensyukuri apa yang diMILIKInya sampai akhirnya....
..
Rani, sebut saja begitu namanya. Kawan kuliah ini berotak cemerlang dan memiliki idealisme tinggi. Sejak masuk kampus, sikap dan konsep dirinya sudah jelas: meraih yang terbaik, di bidang akademik maupun profesion yang akan diceburinya. ''Why not the best,'' katanya selalu, mengutip ucapan seorang mantan presiden Amerika.

Ketika Universiti menghantar mahasiswa untuk studi International Law di Universiteit Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah satunya. Saya lebih memilih menyelesaikan pendidikan kedoktoran. Berikutnya, Rani mendapat pendamping yang ''selevel''; sama-sama berprestasi, meski berbeda profesion.

Alifya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai staf diplomat, bertepatan dengan selesainya suami dia meraih PhD. Lengkaplah kebahagiaan mereka. Konon, nama putera mereka itu diambil dari huruf pertama hijaiyah ''alif'' dan huruf terakhir ''ya'', jadilah nama yang enak
didengar: Alifya. Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir.

Ketika Alif, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani semakin menggila. Bak garuda, hampir setiap hari ia terbang dari satu kota ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain.

Sebenarnya saya pernah bertanya, ''Tidakkah si Alif terlalu kecil untuk ditinggal-tinggal? '' Dengan pantas Rani menjawab, ''Oh, saya sudah mengandaikan segala sesuatunya. Everything is OK!'' Ucapannya itu betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani secara profesional oleh baby sitter "mahal". Rani cuma mengawal jadual Alif melalui telefon. Alif membesar menjadi anak yang kelihatan lincah, cerdas dan mudah mengerti.

Nenek-neneknya selalu menonjolkan kebanggaan mereka kepada cucu yang amat dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan  wan g yang banyak.
''Contohlah ayah-bonda Alif, kalau Alif besar nanti.'' Begitu selalu nenek Alif, ibu Rani, berpesan di akhir cerita sebelum tidurnya.

Ketika Alif berusia 3 tahun, Rani bercerita kalau dia minta adik.
Terkejut
dengan permintaan tak terduga itu, Rani dan suaminya kembali menagih pengertian anaknya. Kesibukan mereka belum memungkinkan untuk menghadirkan seorang adik buat Alif. Sungguh anak kecil ini "memahami" orang tuanya.
Buktinya, kata Rani, ia tak lagi merengek minta adik. Alif, tampaknya mewarisi karaktor ibunya yang bukan perengek.

Meski kedua orangtuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali merungut.Bahkan, kata Rani, Alif selalu menyambut kedatangannya dengan penuh ceria. Maka, Rani menyapanya ''malaikat kecilku''.

Sungguh keluarga yang bahagia, fikir saya. Meskipun kedua orangtuanya super sibuk, Alif tetap membesar penuh cinta. Diam-diam, saya irihati pada keluarga ini. Suatu hari, sebelum Rani berangkat ke pejabat, entah mengapa Alif menolak dimandikan baby sitter. "Alif ingin Bonda mandikan", ujarnya penuh harapan. Serba salah saja Rani, yang setiap detik waktunya sangat berharga, gusar. Ia menolek permintaan Alif sambil terus berdandan dan mempersiapkan keperluan pejabatnya. Suaminya pun turut membujuk Alif agar mau mandi dengan Tante Mien, baby sitter-nya. Sesungguhnya, Alif mengerti dan menurut, meskipun wajahnya berkerut.

Peristiwa ini berulang sampai hampir seminggu. ''Bonda, mandikan aku!''
kian lama suara Alif penuh tekanan. Lalu, Rani dan suaminya berfikir, mungkin itu kerana Alif sedang dalam masa pra-sekolah, jadinya agak lebih minta perhatian. Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Alif dapat ditinggal juga.

Pada satu petang, saya dikejutkan oleh telefon Mien, si baby sitter.
'Puan
doktor, Alif demam dan kejang-kejang. Sekarang di Emergency." Dengan pantas, saya terus ke ICU. But it was too late. Allah swt sudah punya rencana lain. Alif, si malaikat kecil, telah dipanggil pulang oleh-Nya.

Rani, ketika diberi tahu tentang Alif, sedang meresmikan pejabat barunya.
Ia sangat terperanjat. Setibanya di rumah, satu-satunya keinginan dia adalah memandikan putranya. Setelah seminggu Alif mula menuntut dimandikan, Rani memang menyimpan komitmen untuk suatu masa memandikan anaknya sendiri.

Dan siang itu, janji Rani terkabul, meskipun setelah tubuh si kecil terbaring kaku. ''Ini Bonda Lif, Bonda mandikan Alif,'' ucapnya lemah, di tengah-tangah jamaah yang sunyi. Satu persatu rakan Rani menjauhi dari sisinya, berusaha menyembunyikan tangisan.

Ketika tanah merah telah menutup jasad si kecil, kami masih berdiri di sisi pusara. Berkali-kali Rani, sahabatku yang tegar itu, berkata, ''Ini sudah takdir, ya kan . Sama saja, aku di sebelahnya ataupun di seberang lautan, kalau sudah masanya, ia dia pergi juga kan?" Saya diam saja.

Rasanya Rani memang tak memerlukan hiburan dari orang lain. Suaminya tegak seperti tak bernyawa. Wajahnya pucat, pandangannya kosong. "Ini konsekuensi dari sebuah pilihan," ujar Rani, tetap mencuba tegar dan kuat. Hening seketika. Angin senja meniupkan aroma bunga kamboja.

Tiba-tiba Rani berlutut. "Aku ibunyaaa!" teriaknya seperti histeria, lalu meraung hebat. Rasanya baru kali ini saya menyaksikan Rani menangis, lebih-lebih lagi tangisan yang meledak. "Bangunlah Lif, Bonda mau mandikan Alif. Beri kesempatan Bonda sekali saja Lif. Sekali saja, Aliiif.." Rani merintih merayu-hiba. Seketika kemudian, ia mencampakkan dirinya ke pusara dan tertelungkup di atasnya. Air matanya membanjiri tanah merah yang menaungi jasad Alif. Senja pun makin tua.

-- Nasi sudah menjadi bubur, sesal tidak lagi dapat menolongnya.
-- Hal yang nampaknya mudah sering kali menimbulkan sesal dan kehilangan yang amat sangat.
-- Sering kali orang yang sibuk 'di luar', asik dengan dunianya dan ambition sendiri hingga mengabaikan orang-orang disampingnya yang disayanginya. Akan masih ada waktu 'nanti' buat mereka jadi abaikan saja dulu.
-- Sering kali orang takabur dan merasa yakin bahawa pengertian dan kasih sayang yang diterimanya tidak akan hilang. Merasa mereka akan mengerti kerana mereka menyayanginya dan tetap akan ada.
-- Pelajaran yang sangat menyedihkan.

Semoga yang membacanya dapat mengambil iktibar yang terkandung dalam kisah tersebut. Mungkin kita kerja luar untuk sehari dua dan permintaan si kecil yang selalu tinggal dengan bibik kita ambil mudah, minta air kita suruh bibik ambik, sikat rambut, bibik sikat, mandi dan berpakaian seperti di atas, pastinya bibik juga....kadang kala tidur si kecil pun dengan bibik...untunglah mereka yang dapat bersama anak selalu. Mungkin juga bukan sahaja anak-anak kita, bagaimana pula suami/isteri/ayah dan ibu di kampung.....

So, doa-doalah agar kurang out station kita, kalau perlu juga, doa-doalah kita sempat lihat wajah mereka apabila pulang nanti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.748253 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list