CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4987|Reply: 19

Garis Panduan Jalankan Operasi Khalwat

[Copy link]
Post time 9-2-2007 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Mufti Perlis Enam Garis Panduan Jalankan Operasi Khalwat

KANGAR, 8 Feb (Bernama) -- Mufti PerlisDr Mohamed Asri Zainul Abidin hari ini menggariskan enam panduan umumyang perlu diberi perhatian oleh penguatkuasa ketika menjalankanoperasi khalwat membabitkan umat Islam.

Pertama, katanya, sesuatu operasi itu hendaklah tidak menjadi puncakemungkaran tajassus (intipan mencari kesalahan), berkembang dalammasyarakat Islam.

Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan tidak diperolehi berdasarkanperbuatan tajassusnya, sebaliknya berasaskan zahirnya kemungkaran itu,seperti nampak dari luar rumah atau bunyi yang meyakinkan maksiatsedang berlaku.

"Jika dia melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik danpemberitahuan orang fasik adalah ditolak," katanya ketika membentangkankertas kerja pada seminar Tangkap Basah peringkat negeri Perlis.

Panduan kedua yang digariskan beliau ialah sesuatu operasi itu sendiri tidak boleh berasaskan tajassus.

Katanya kemungkaran yang dicegah ialah apabila ia nyata atau diketahuisecara yakin, seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas,aktiviti yang dimaklumi masyarakat sekeliling atau berdekatan.

"Perbuatan tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau memintadibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaituancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam," jelasbeliau.

Dr Mohamed Asri berkata perkara ketiga sebagai panduan ialah operasi tidak boleh berasaskan perkhabaran yang tidak diyakini.

"Sebarang syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikanteras operasi. Al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik. Makaindividu yang diketahui terlibat dengan kerja fasik secara jelashendaklah ditolak, termasuklah kaki tajassus," katanya.

Perkara keeempat yang ditekankan ialah pihak pencegahan tidak bolehmenggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim, secaralangsung atau tidak, tanpa kesedaran sendiri.

Dalam hal ini pemberian saguhati handaklah dihentikan kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi, katanya.

Dr Mohamed Asri meletakkan panduan kelima sebagai -- tidak bolehdidedahkan maksiat sebelum dijatuhkan hukuman, maka tindakan membawamedia untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahiprinsip keadilan dalam Islam.

Bagi panduan keenam, beliau memberi penekanan bahawa setiap pelaksanahendaklah faham bahawa jika diragui sesuatu operasi itu mungkinmelanggar larangan syarak yang lain, maka hendaklah tinggalkan.

Beliau memberi contoh sesuatu operasi itu boleh menyebabkan sangkaanburuk tanpa bukti kukuh, mencemarkan maruah jika tersilap tangkapan,mengganggu ketenteraman individu dan haknya, menimbulkan kebencianterhadap pihak penguatkuasa agama jika masyarakat diperiksa tanpa buktiyang nyata dan lain-lain.

"Maka jika ada sebarang keraguan, hendaklah tidak diteruskan sesuatu operasi pada sesuatu masa atau tempat," katanya.

Dr Mohamed Asri menjelaskan bahawa jika operasi khalwatdibuat dengan mematuhi syarat-syarat yang berlandaskan ruh syarak,kesilapan dan bantahan orang ramai terhadap cara operasi dijalankanboleh di atasi.

"Fokus masalah umat Islam juga hendaklah lebih luas. Maka persoalantajassus yang dibincangkan oleh para ulama hendaklah diberikanperhatian serius agar imej Islam dapat dipelihara," katanya.

Dr Mohamed Asri dalam kertas kerja bertajuk "Isu Tajassus (intipanmencari kesalahan) dalam Operasi Pencegahan Mungkar" itu berkataterdapat dua jenis maksiat -- pertama maksiat atau kemungkaran peribadiyang membabitkan seorang insan dengan Tuhannya sahaja tanpa mengancamkeselamatan awam dan kedua, maksiat atau kemungkaran yang mengancamkeselamatan awam.

Maksiat jenis pertama tidak boleh diintip manakala maksiat jenis keduadibolehkan intipan dilakukan kerana keadaaan akan menjadi lebihberbahaya jika dibiarkan tanpa kawalan, katanya.

Beliau berkata apa yang sebenarnya dipertikaikan dalam isu operasi khalwatbukanlah usaha mencegah kemungkaran, tetapi disiplin dan pendekatanyang digunapakai serta fokus berlebihan yang diberikan terhadap maksiattertutup sehingga melupakan tanggungjawab sebenar terhadap pencegahanmaksiat terbuka.

"Islam adalah agama yang berpegang kuat dengan disiplin dan peraturan.Bermula dari wuduk, solat, puasa, zakat sehingga ibadat haji ada syaratdan rukunnya. Bermula dari dalam masjid sehingga ke medan perang, adaperaturan dan disiplinnya.

"Bahkan dalam keadaan yang sukar ketika bertempur dengan musuh pun,para pejuang Islam masih dituntut untuk berpegang dengan peraturantertentu seperti tidak dicincang mayat, tidak dibunuh kanak-kanak dansesiapa yang tidak terlibat, tidak dibunuh para perwakilan dan berbagailagi," katanya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2007 10:19 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

siot je aku tgk video jais serbu remaja2 yg berkhalwat ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2007 10:29 AM | Show all posts
慔enti beri sagu hati maksiat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 11:18 AM | Show all posts
Tak tahu pulak ada saguhati tangkap basah.
Kat negeri mana ni?
Atau saguhati tu dibolot oleh orang-orang tertentu sahaja?

Pada pendapat saya, operasi tangkap basah oleh majlis ugama
itu adalah bertujuan untuk menakutkan orang Islam dari melakukan
perbuatan keji zina dengan cara menimbulkan aib di khalayak ramai.
Sebab itulah ada yang dibuat untuk memberi impak "malu" yang
maksimum, di samping melibatkan public agar masyarakat tahu
operasi ini selalu diadakan.

Cara ini mungkin berkesan satu masa dahulu tetapi kesannya sudah
kurang sekarang kerana kes sudah terlampau banyak dan biasa sekarang
ni. Dah tak berapa malu kena tangkap basah sekarang ni sebab ramai
yang kena termasuk orang famous..

Inilah masalahnya kalau hukum islam digunapakai secara separuh-
separuh.

Cara yang dicadangkan oleh Mufti ini amat sesuai kalau cara Islam dipakai
secara holistic, bukan separuh-paruh. Jadi kalau nak ikut cara islam betul,
janganlah tuan mufti lupa akan hukum hudud yang wajib digunakan untuk
pasangan yang terbukti berzina. Itu barulah tidak bercanggah dengan prinsip
Islam namanya..jangan address soal pengadu dan penguatkuasaan saja..kenalah
address pasal hukuman sama.

Jika tidak, majlis ugama sampai kiamat pun tak boleh nak atasi masalah
perzinaan di kalangan umat Islam, malah akan terbelenggu dalam kerja-
kerja "fire-fighting" yang tak berkesudahan memakan banyak 'resource'
dan kos di samping menjatuhkan morale staffnya..


always_typo

[quote]Originally posted by Syd at 9-2-2007 10:29 AM
慔enti beri sagu hati maksiat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 9-2-2007 11:18 AM
Tak tahu pulak ada saguhati tangkap basah.
Kat negeri mana ni?
Atau saguhati tu dibolot oleh orang-orang tertentu sahaja?

Pada pendapat saya, operasi tangkap basah oleh majlis ugama
itu ada ...



Saguhati untuk tangkap khalwat pernah ada di salah satu Negeri di Malaysia lebih kurang 20 tahun dahulu.  Satu kes saguhati RM50.  Diberikan kepada pemberi maklumat.  Masaalahnya nanti pemberi maklumat pun sama nak jadi tukang tangkap.  

Antara yang tertangkap ialah seorang artis terkenal tapi bila bicara dibuktikan tidak bersalah sebab ada anak orang perempuan tu dlm rumah.  (Walaupun artis tu punya rekod jenayah memang tak berapa bagus).  Bukan sorang anak tapi semua anak yang dah sekolah dah.  

Terdapat juga kes orang kampung panjat loteng sebab punya semangat nak tangkap orang.  Tak lama lepas tu saguhati ni dimansuhkan sebab banyak sangat kes penangkapan tak beretika macam panjat pagar, panjat bumbung, bawak geng ajak bergaduh, ada fitnah, ada laki bini pun kena tangkap tapi org tak percaya laki bini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 11:41 AM | Show all posts
Tks for the info ibnur. 20 tahun satu masa yang lama, sepatutnya ianya bukan lagi isu sekarang. Tuan mufti cakap (mengikut laporan akhbar tersebut) seolah-seolah perkara itu baru dipraktis. Takkan Dr. Maza sengaja nak create 'strawman' dari isu yang 'ancient' untuk menguatkan hujahnya?  Kesilapan wartawan meng'quote' mufti agaknya? Atau ada sesuatu yang kita tak tahu berlaku di belakang tabir?

Originally posted by ibnur at 10-2-2007 06:34 PM



Saguhati untuk tangkap khalwat pernah ada di salah satu Negeri di Malaysia lebih kurang 20 tahun dahulu.  Satu kes saguhati RM50.  Diberikan kepada pemberi maklumat.  Masaalahnya nanti pem ...

[ Last edited by  always_typo at 11-2-2007 11:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2007 01:58 AM | Show all posts
Penjelasan tentang mengintai2 maksiat di bilik2 & dirumah2 orang:

http://www.youtube.com/watch?v=L ... related&search=
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 20-2-2007 01:58 AM
Penjelasan tentang mengintai2 maksiat di bilik2 & dirumah2 orang:

http://www.youtube.com/watch?v=L ... related&search=


Bagi saya, approach Dr. MAZA yang suka 'slam' orang masjid, surau,
institusi ugama, dan pekerja majlis ugama secara public
amat menyedihkan dan lebih kepada suka 'score goal' sendiri.  

Itu pendapat saya yang dhaif ini.

always_typo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2007 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 20-2-2007 03:55 PM


Bagi saya, approach Dr. MAZA yang suka 'slam' orang masjid, surau,
institusi ugama, dan pekerja majlis ugama secara public
amat menyedihkan dan lebih kepada suka 'score goal' sendiri.  
...


so mrk tak boleh ditegur?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 08:40 PM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 20-2-2007 07:52 PM


so mrk tak boleh ditegur?

boleh,jangan amrah kalau asri anda ditegur sama
baru adil
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 09:32 PM | Show all posts
Saya rasa Dr Mohd Asri ini harus disanjung kerana keberaniannya. Memang apa yang Dr asri sentiasa berkata adalah yang bernas dan juga banyak lojiknya.

Umat Islam diMalaysia ni kebanyakannya pak turut sahaja. Apa yang Tok imam masjid berkata itu adalah bagai permata, walaupun sebenarnya dia hanyalah belajar islam di pondok sahaja. Tetapi kerana takut untuk bertanya rasional dan lojik, maka, tok imam mula berkata kata yang terlebih daripada yang patut dan banyak pula yang lebih banyak menyimpang.

Kita lihat lah sebagai analogi, guru bahasa inggeris disekolah sekolah sekarang, yang ballik daripada universiti, kononya MAsters and Phd in English, tapi speaking terkantoi, mengajar bahasa Inggeris tetapi tunggang terbalik, ajar pulak kat sekolah kampung. "I speaking you" Murid murid ikut saja, macam parrot. Cikgu salah, anak murid pun salah lah..

Macam ugama ni begitu juga, kebanyakan kita terlalu taksub kepada tok imam ni, walhal, kebanyakan tok imam ni, dosa sama banyak, tetapi kerana, ianya ada membawa faedah dan respect, sentiasa mencari jalan supaya, dia ada power... jadi, kalau ada orang berani nak soal, dia kata, "BERDOSA KAMU MENYOAL HUKUM TUHAN" walhal, hukum tuhan tak de macam tu.

Misalnyalah, semasa saya mengerjakan haji saya, semasa di Mina, tukang ceramah itu memberi ceramah pasal "aurat". Dia beritahu kita semua bahawa bila kita sembahyang, kalau telekung nampak dagu, maka, segala solat kita terbatal...dan wajib kita qada semua solat kita...

saya bangun dan menyoal dia balik, "Takkan pulak, bila telekung nampak dagu itu maka habislah segala solat? Saya kata kita sembahyang kepada Tuhan, takkan dengan Tuhan pun aurat kena jaga? Yang penting, kita solat dan sujud dan bertakwa kepadanya, pasal pakaian itu adalah secondary...

Tukang penceramah itu terus berang kat saya yang berani mencabar kredibilitinya dikhalayak ramai... terus dia kata saya berdosa menyoal hukum yang telah ditetapkan oleh tuhan....

Saya pun berkata, saya bukan menyoal hukum tuhan tetapi hukum manusia mengunakan nama tuhan....

Saya kata adalah silap apa yg diajarkannya. Dia jawab saya balik, " Oh kalau tiada aurat diantara awak dengan TUhan, bila awak sembahyang kat rumah sorang sorang, awak sembahyang telanjang ajelah!!!"

Ini yang membuat saya terus mahu menyelidik sejauh mana kebenaran  dalam Islam. Islam itu indah, tetapi, terlalu banyak perosaknya, iaitu manusia...

Ada sepotong ayat, ," Jangan lah kamu mengikut mereka, nescaya mereka akan membawa kesesatan" mungkin terpakai

OLeh itu, sekarang saya banyak mendalami al Quran supaya saya tidak terpedaya oleh tipu helah manusia....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by mamuslim at 20-2-2007 09:32 PM
Umat Islam diMalaysia ni kebanyakannya pak turut sahaja


saya katakan kamu sebenarnya pak turut kepada mufti kamu itu
bukan kami.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 20-2-2007 09:35 PM


saya katakan kamu sebenarnya pak turut kepada mufti kamu itu
bukan kami.


Assalamualaikum hafiz
Tak usahlah kita nak bergaduh..
Saya tidak mengenali dr asri ni... saya bukan pak turut dia, tetapi sekiranya dia boleh diterima akal, kita turut la...

Hassan Din kata pakai cawat besi untuk mengelak kena rogol, ada logik ke?
Harussani kat Perak tu kata sambut Valentine tu membuat kita jadi murtad, lojik ke?
Ada pula orang kata makan "hot cross buns" dan ice cream Moo, tu yang mempunyai tanda X yang berupa salib harus diharamkan kerana akan membuat kita hilang pedoman dan memeluk kristian.. ada lojik ke? takkan iman kita sungguh mudah nutk digugat?

Dulu, tengok cerita "Babes" iaitu cerita pasal anak babi pun di censor sebab ada babi... alamak.. takkan tengok babi pun haram... hukum kat mana tu? Kalau tak nak tengok babi, tutup ajelah mata, tak usah pergi wayang, tapi jgnlah "ban"...
Ini semua akibat kita terlalu terpesung sampai yang lebih utama kita ketepikan, kita ambil yg kecil dan remeh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 09:53 PM | Show all posts
Tahun ini tahun babi bagi orang China, tak kira ugama mereka, adakah kita harus "ban" tahun ini kerana khinzir ni haram?
Bacalah surah al maidah yang hanya mengharamkan kita memakannya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 10:00 PM | Show all posts
saya heran kenapa ramai sangat orang bencikan dr Asri ini? Hanya kerana "he makes sense? " Dr asri khabarnya adalah ahli hadis dan phdnya adalah hadis.. jadi dia tahu apa yang boleh dan apa yg tidak...apa yang harus dan apa yg bukan..

Ada hadis bahawa rasullullah saw pernah di intai, dan apabila baginda mengetahuinya, beliau bersabda, kalau aku tahu ada orang mengintai aku sewaktu itui, nerscaya aku mencucuk kedua matanya....

Maka adalah dilarang mengintai dan mencari cari keaiban orang... Allah akan menutup keaiban kita kelak...
Dosa dengan tuhan ada bezanya dengan dosa sesama manusia... kalau seseorang itu mencuri, maka seharusnya kita menjadi saksi kerana ada kerugian manusia lain, tetapi, kalau menjadi saksi bila orang tengah berkhalwat, maka sepatutnya kita menegur orang itu supaya hentikannya,.. bukan tengok apa diorang buat kemudian cekup...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 10:16 PM | Show all posts
kalau anda nak membincangkan tentang tindakan mufti asri itu
teruskan untuk pergi ke sini sahaja.
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1

tak payah  taip banyak2 kali,

[ Last edited by  hafiz_alghumari at 20-2-2007 10:22 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2007 11:31 PM | Show all posts

Reply #16 hafiz_alghumari's post

hmmm... hafiz ni...
terima kasih la... saya ni newbie.. tak larat nak kesana kemari.  terima kasih link itu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by mamuslim at 20-2-2007 10:00 PM
saya heran kenapa ramai sangat orang bencikan dr Asri ini? Hanya kerana "he makes sense? " Dr asri khabarnya adalah ahli hadis dan phdnya adalah hadis.. jadi dia tahu apa yang boleh dan ...


Bukan Dr Asri saja, panel2 akidah JAKIM pun ada yg membenci jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 09:52 PM | Show all posts
Minta maaf krn mencelah ...

Sy nampak Dr. Asri ada kelebihannya. Tp tak bermakna sy menyokong pendapat beliau.

Beliau nak jd reformis, dgn melawan arus. Sesuatu yg harus dipuji, tp pendekatan yg diambil agak kurang sesuai.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 08:28 PM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 21-2-2007 09:52 PM
Minta maaf krn mencelah ...

Sy nampak Dr. Asri ada kelebihannya. Tp tak bermakna sy menyokong pendapat beliau.

Beliau nak jd reformis, dgn melawan arus. Sesuatu yg harus dipuji, tp pendekat ...


pendapat aku pulak Dr Asri ni terlampau keras dlm pendekatan beliau utk membendung hadith2 palsu yg kita amalkan selama ini. Memanglah kepakaran & doctorate beliau dlm ilmu hadith tapi at least kena respect jugak tok guru & tok lebai veteran yg mungkin tak sedar kesilapan mrk selama ini. Bila ditegur keras mcm tu orang yg asalnya ada niat nak berubah mungkin tak jadi nak berubah malah memberontak sebab terasa hati & tersinggung. Contohnya dari dulu para Ustaz mengajar & memberi motivasi kpd anak murid menggunakan hadith palsu "Menuntutlah ilmu sehingga ke negeri China". tiba2 baru tau selama ni kita & tok nenek kita guna hadith palsu. memang tak ada masalah nak berubah, tapi kalau ditegur secara kasar orang tu mungkin tak jadi nak berubah malah melawan balik.

[ Last edited by  shahgti at 22-2-2007 08:30 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.460443 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list