APABILA ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian runtuhan World Trade
Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah dibayangkan al-Quran, penduduk dunia,
termasuk umat Islam sendiri berasa takjub.
Ini kerana tiada siapa pun termasuk perisik Amerika Syarikat sendiri gagal menjangka pesawat akan
digunakan sebagai 'senjata' bagi meruntuhkan bangunan lambang kemegahan negara berkenaan.
Mengikut kajian Dr Zaghlul, runtuhan WTC turut mencatatkan sejarah hitam bagi Amerika seolaholah
digambarkan menerusi ayat ke 110 Surah at-Taubah dalam al-Quran.
Ayat itu bermaksud: 揃angunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal
keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana.擺/align]
Kajian mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC mempunyai kaitan dengan ayat
berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan
kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke- 110 dari surah
kesembilan (at-Taubah).
Persamaan lain, ia berlaku pada 11 haribulan manakala ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11 dan
peristiwa berlaku pada 2001 manakala huruf terakhir ayat adalah huruf ke- 2001.