CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7228|Reply: 26

Apakah kelebihan tumbuhan yg disebut dlm Al-Quran (merge: abdullah074u)

[Copy link]
Post time 14-2-2007 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu
pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu
dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran
ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi
tandatanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun
demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta
memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa
itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan
tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk
manusia.

Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1.Madu
2.Tin dan Zaitun
3.Kurma
4.Habbah as-sauda

[ Last edited by  ibnur at 12-4-2007 11:25 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2007 08:44 AM | Show all posts

Madu

Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
* Madu dapat menyegarkan tubuh
* Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatannya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya
* Madu boleh mengeluarkan racun
* Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.
* Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk
* Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit.
* Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati
* senang dihadamkan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN

* Penyakit kulit
* Terbakar
* Jerawat
* Gatal-gatal
* Luka
* Kanak-kanak lumpuh
* Kurap
* Sakit gigi
* Sakit mata
* Sakit jantung
* Selesema
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 08:53 AM | Show all posts

Buah Tin

Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini.

Antaranya:
i)Riwayat dari Abu Zar r.a.
Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :擪alau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan
penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.擺/i]

ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalm Syurga.

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:
* Penyakit Buasir
* Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
* Batuk yang berpanjangan
* Melawas kencing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 08:56 AM | Show all posts

Buah Zaitun

Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbunyi: 搒ebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 08:57 AM | Show all posts

Kurma / Tamar

Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam
tenaga untuk melahirkan anak.

Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar, insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa. Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 08:59 AM | Show all posts

Habbah as-sauda

Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya; Rasulullah SAW bersabda ; `Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala penyakit, kecuali maut.抂/i] Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu抋im dalam kitad 揳l-tibb

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2007 09:02 AM | Show all posts
Habatus sauda dan kurma ajwa dalam hadith, dlm quran tiada rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 09:08 AM | Show all posts
Sekadar tambahan...

http://tayibah.com/eIslam/kesihatan.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2007 10:22 AM | Show all posts
ari tuh sy gi klcc kinokuniya terjumpa buku translation drpd asal bhs arab mengenai "metaphysic of Healing" yg dikarya oleh saintis islam dulu. sy rasa dlm kandungan buku tuh ade byk petua2 terhadap tumbuhan yg disebut dlm Quran kot.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 06:20 PM | Show all posts
kalau habbatussauda yg original form (bijik2 kecik), berapa kena makan sehari? mmg cepat rasa panas badan if makan tu...

lagi satu, kalu mkn habbatussauda tu boleh susah pregnant ke sbb sifat dia panas?

hopefully ada yg tau & inform aku
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 11:19 PM | Show all posts
camana bentuk buah 'tin' ni  sebenarnye ye?...jangan ada yang nak buat-buat gurau plak ye?boleh dapat yg fresh ke?
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 16-2-2007 08:21 AM | Show all posts

Reply #11 gigi.tembaga's post

buah tin berbentuk bulat, leper bila dh ranum, ada biji2 kecil di dlmnya... boleh dpt kt pasaraya maupun kedai2 yg jual kurma, kismis dll buah2an dr tanah arab...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 16-2-2007 08:22 AM | Show all posts
saya seronok membaca thread nii... thanks kpd tuan rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 08:23 PM | Show all posts

Rahsia disebalik Surah At-Tiin

Antara yang menarik yang ingin saya kongsikan disini ialah tentang khasiat buah tiin itu sendiri bersesuaian dengan alquran pada surah At-tiin. Seorang kenalan saya telah mengalami serangan gout selama 15 tahun dan alhamdulillah sekarang kembali sihat dan berjaya menghidari dari serangan gout. Sekarang ini setelah mengamalkan Jus Tiin Barakah, beliau dapat mengecapi kembali bagaimana enaknya makanan laut dan tiada masalah bengkak sendi kaki. Dan saya dimaklumkan juga oleh banyak kes yang lain juga, dimana pati buah tiin ini mampu memberi penawar kepada pesakit gout kerana dari kajian yang saya baca bahawa buah tiin itu sendiri amat tinggi tahap alkalinya berbanding buah2an yang lain yang mampu meneutralkan asid uric yang terdapat dalam badan pesakit gout.  

Satu lagi kes yang membuatkan saya amat teruja dengan khasiat buah tiin ini apabila ia berlaku ke atas kawan saya yang mana ia menghidapi penyakit jantung iaitu Unstable Angina dan pada masa yang sama mengalami tekanan darah tinggi. Pati buah tiin ini dengan beberapa campuran lain spt madu, kurma dlm Jus Tiin Barakah ini mampu mencairkan darah beliau dan sekaligus mampu menurunkan tekanan darah beliau di samping mampu mengurangkan berat badan. Alhamdulillah, keajaiban khasiat buah tiin ini sepertimana sumpah Allah dalam alquran terbukti dengan nyatanya di sini.

Kalau dilihat banyak kajian oleh pakar pemakanan di peringkat antarabangsa yang telah membuat penemuan ke atas khasiat, kandungan nutrien buah tiin ini. Oleh itu, kepada sesiapa yang mempunyai masalah yang berkaitan atau saudara-mara sendiri, bolehlah cuba makan Jus Tiin ini. Maklumat lanjut berkaitan Jus Tiin Barakah boleh diperolehi di http://www.rnh.com.my/keluaran/article1fig.htm

Sahabat2 saya sekalian, kedua2 kes di atas telah melipat-gandakan lagi keyakinan saya ke atas isi al-quran. Sesungguhnya janji Allah adalah benar dan Dia Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita, hambaNya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 08:34 PM | Show all posts
Originally posted by abdullah074u at 5-4-2007 08:23 PM
Antara yang menarik yang ingin saya kongsikan disini ialah tentang khasiat buah tiin itu sendiri bersesuaian dengan alquran pada surah At-tiin. Seorang kenalan saya telah mengalami serangan gout  ...


Ada banyak tips pemakanan dalam Quran. Buah labu juga bagus. Nabi Ayob, setelah dimuntahkan daripada perut ikan nun, maka telah diperintah oleh Allah untuk makan buah labu.
Jika anda penat, lesu, perut kosong, jangan makan nasi lemak dan mee goreng mamak. Carilah pengat labu dan makan. dapat tenaga ekstra dan mudah dihadam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 09:46 AM | Show all posts
terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2007 03:22 PM | Show all posts
buah tin ... aku dgr kat mane pokok buah tin tumbuh ...kat situ laa ade undergroundwater .... org dulu bese cr pokok buah tin ni .... pastu kt pokok tu laa ...diorang wat telaga ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 03:45 PM | Show all posts
saya suka makan buah tin...!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 03:50 PM | Show all posts
camne rupa buah tin? x pnh dengo plak
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 08:42 PM | Show all posts

Reply #7 audioslavefan's post

Tiin - (Ficus sycomorus)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.070252 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list