CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3633|Reply: 8

Pergaduhan Antara Sunni Dan Syiah Wujud Ketidakstabilan

[Copy link]
Post time 14-2-2007 10:27 PM | Show all posts |Read mode
Pergaduhan Antara Puak Sunni Dan Syiah Wujud Ketidakstabilan



Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Kesatuan Anggota Parlimen anggota negera Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-16 sedang bersidang. Foto: Mahayudin Mohamad

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pergaduhan antara puak Sunni dan Syiah memberi peluang kepada musuh untuk menimbulkan ketidakstabilan baru di kalangan dunia Islam, kata Timbalan Speaker Parlimen Iran, Dr Kazem Jalali.

Beliau berkata perbezaan dalam mazhab yang menyebabkan pergaduhan di kalangan umat Islam adalah satu pengkhianatan kepada negara Islam yang ideal.

Menurutnya pergaduahan di kalangan umat Islam di Palestin hanya menguntungkan rejim zionis di mana beberapa bulan lepas menyaksikan dua mazhab bekerjasama untuk menewaskan pencerobohan Israel terhadap Palestin.

"Sudah tentu banyak usaha dilakukan untuk memecahbelahkan uamt Islam," katanya kepada pemberita di luar Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Kesatuan Anggota Parlimen anggota negera Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-16 di sini.

Mesyuarat itu yang bermula semalam adalah sebahagian daripada sesi ke-9 persidangan itu yang diadakan di sini hari ini.

Mengenai isu Palestin dan Iraq, beliau berharap negara Islam mempunyai kepentingan bersama dan pandangan dalam mencapai keamanan kepada kedua-dua negara.

"Kita harap negara Islam boleh menyatukan perpaduan di kalangan mereka. Ini adalah kepentingan kita untuk melihat kestabilan dan keamanan di Iraq," kata beliau.

Timbalan Speaker Parlimen Pakistan, Sardar Muhammad Yaqub berkata negara Islam yang mempunyai banyak kepentingan adalah antara masalah utama yang gagal dalam mewujudkan perpaduan di kalangan mereka.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib yang mempengerusikan mesyuarat itu memberitahu pemberita bahawa isu mazhab akan dibincangkan pada mesyuarat majlis itu esok.

Beliau berkata pergaduhan antara puak Sunni dan Syiah di Palestin adalah lebih kepada isu politik.

-- BERNAMA


[ Last edited by  minahrock at 14-2-2007 10:37 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2007 10:29 PM | Show all posts
Originally posted by minahrock at 14-2-2007 10:27 PM
  
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib yang mempengerusikan mesyuarat itu memberitahu pemberita bahawa isu mazhab akan dibincangkan pada mesyuarat majlis itu esok.

Beliau berkata pergaduhan antara puak Sunni dan Syiah di Palestin adalah lebih kepada isu politik.



Bekas Menteri Ameno  tu tau ker makna Syiah dan Sunni ? Walau pun dia ada background lawyer. Takut jadik lawyer buruk jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:53 PM | Show all posts

Reply #2 minahrock's post

Tak semua orang jahil tentang sesuatu. Tambahan lagi isu sunnah-syiah ni adalah isu semasa dan glokal. Tentu ahli politik dah study...
Yang dah study pun tak faham-faham juga...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by vato at 15-2-2007 09:53 PM
Tak semua orang jahil tentang sesuatu. Tambahan lagi isu sunnah-syiah ni adalah isu semasa dan glokal. Tentu ahli politik dah study...
Yang dah study pun tak faham-faham juga...


Apa maksud awak tu ? Tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 10:22 AM | Show all posts

Politik sikit .. (maaf kalau Off-topic)

Bila ada letupan yang mebunuh ramai orang di Karbala, Syiah salahkan Sunni. Sunni salahkan Syiah.

Lepas itu Syiah dan Sunni bersatu dan salahkan Amerika.

Amerika pulak salahkan Iran. Duh!




[ Last edited by  DARSITA at 29-4-2007 06:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 30-4-2007 10:22
Bila ada letupan yang mebunuh ramai orang di Karbala, Syiah salahkan Sunni. Sunni salahkan Syiah.

Lepas itu Syiah dan Sunni bersatu dan salahkan Amerika.

Amerika pulak salahkan Iran. Duh!



ermm....

Benarkah sunni dan Syiah bersatu....?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2007 01:29 AM | Show all posts
Originally posted by whale at 4/29/07 20:38

ermm....

Benarkah sunni dan Syiah bersatu....?


Maksud saya bukan mereka join forces.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 09:52 PM | Show all posts

Reply #7 DARSITA's post

Saudari,
Orang yang mengkafirkan para sahabat Rasulullah tidak akan bersatu dengan orang yang memuliakan para sahabat Rasulullah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2007 09:22 AM | Show all posts

Reply #8 whale's post

dan Orang yang memuliakan sahabat tidak sama dengan kaum murjiah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.181717 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list