CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6853|Reply: 21

Misteri: Kancing emas penawar sumpahan

[Copy link]
Post time 16-2-2007 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Misteri: Kancing emas penawar sumpahan
Oleh Mohd Idris Sulaiman


Keturunan Pak Kaduk jika terkena air ikan tapah akan alami gatal-gatal, sakit kulit terbakar



HASMAH menceritakan pengalaman mengalami sakit seperti kulit
terbakar kerana tersentuh ikan air tapah

SUMPAHAN ikan tapah sehingga kini terus menjadi misteri terutama membabitkan waris Pak Kaduk yang percaya keturunan lelaki itu tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkhianati secara sengaja atau tidak, ikan berkenaan.

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan Pandak Logam Pandak Demat, seorang daripada keturunan Pak Kaduk yang terbabit sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang ikan tapah.

Pandak Logam dilahirkan pada 1873 dan meninggal dunia pada 1963 pada usia 90 tahun.

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas yang ditemui dalam perut ikan tapah yang masih ada, ia berbentuk 慹mpat segi iris wajik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 04:13 PM | Show all posts
yes......mmg aku ade dengar cite nie.....mmg ade org yg tak boleh langsung makan ikan tapah nie......tapi org yg simpan penawarnye masih ade lagi ke ? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 05:34 PM | Show all posts
Pak Kaduk Lebai Malang ?????
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 09:10 PM | Show all posts

Reply #1 yipun78's post

Aku kurang faham apa yang Yipun nak cerita ni..
Walau macamana pun Yip, three keywords yang aku faham, ikan, tapah dan kaduk. Kesimpulannya ikan tapah masak tempoyak campur daun kaduk memang satu masakan unik orang Segamat. An acquired taste....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 10:47 PM | Show all posts
ikan tapah;

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2007 02:26 PM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

Aduh! Kalau besar itu Syd's ngak bisa di makan. Sebaliknya munkin orang jadi makananya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 10:43 PM | Show all posts

Reply #7 thamrong's post

ini yang keciknya;

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2007 12:13 AM | Show all posts

Reply #8 Syd's post

Thanks Syd's!
Ikan Tapah ikan ayer tawar. Kalau di Segamat di buat masak pindang atau lemak kuning bersama belimbing atau manga muda. Ayah saya pernah menceritakan yang besar boleh menyerang binatang kechil saperti kancil atau pelandok yang sedang minum ayer di tepi sungai. Kalau peria yang hendak mandi sungai misti pakai spender cap buaya baru selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 10:40 AM | Show all posts

Reply #9 thamrong's post

Pengalaman: Monyet ditelan tapah Oleh Nuri Angkasa
01 September 2006


SUNGAI Pahang yang terkenal antara terpanjang di Semenanjung adalah destinasi kaki pancing untuk memburu ikan tapah yang dianggap spesies ikan air tawar paling besar yang mendiami pelbagai lubuk di sepanjang sungai berkenaan.

Enam orang anak muda sekampung berhampiran Lubuk Paku, Maran sudah bersiap dengan menyewa dua buah sampan dengan enjin sangkut 15 kuasa kuda.
Sampan pertama diketuai Dalip berserta Hassan dan Ali, manakala Ramli mengetuai sampan kedua dengan Yusri dan Daud yang sudah lama tergila-gila untuk memancing ikan tapah.

Mereka meninggalkan jeti Lubuk Paku pada pukul 8 pagi, cerita Ramli pada satu pertemuan dengan penulis di pekan Maran baru-baru ini, sambil mengingati peristiwa yang hampir meragut nyawa tiga pemancing dalam sebuah sampan yang dipandunya sendiri ketika memancing di sungai Pahang (Lubuk Tapah).

Sebelum ke Lubuk Tapah mereka sempat memancing baung dan ikan sungai yang lain, sesekali udang galah bersepit biru turut dijinakkan tapi bagi Yusri dan Daud tetap berhajat untuk memburu ikan tapah spesies ikan paling besar menghuni sungai dan tentunya menduga cabaran hebat semasa bertarung dengannya.

Sampan pertama yang diketuai oleh Dalip pernah mendaratkan ikan tapah seberat 15 kilogram di Lubuk Tapah yang bakal kami jenguk cerita Ramli, lantas menunjukkan gambar Ramli dengan ikan tapah yang ditewaskannya. Gambar itu membakar semangat rakan pancingnya Yusri dan Daud, yang bercita-cita dapat berdepan dengan ikan tapah gergasi.

Dua buah sampan bergerak ke lubuk tapah pada jam 2 petang dan sebaik tiba di lokasi beberapa ekor monyet menjerit lantas melompat dari dahan pokok rimbun yang hampir menutup sebahagian lubuk berkenaan. Kami semua berpandangan sesama sendiri dan dalam keadaan cemas itu seekor monyet terlepas pegangan lalu jatuh tapi sepantas kilat seekor tapah gergasi sebesar sampan melompat menyambar monyet yang sekelip mata hilang dalam mulut yang terbuka luas itu.



Permukaan air di lubuk menjadi gelombang sebaik saja ikan gergasi itu jatuh semula ke dalam air air dan tenggelam dengan membawa seekor monyet sebagai habuan. Yusri dan Daud tergamam beberapa ketika tapi Daud serius lalu pengsan tidak sedarkan diri kerana peristiwa menakutkan itu berlaku kira-kira lima meter di hadapan matanya.

Ramli tanpa berlengah lagi terus memecut pulang sambil diikuti sebuah sampan lagi yang dipandu oleh Daip. Yusri masih dalam keadaan lemah, hilang semangat dan hasrat untuk memancing ikan gergasi itu hilang sama sekali malah rasa takut menghantui ingatannya. Daud masih belum sedarkan diri.

Jeti Lubuk Paku menjadi gempar dan Daud terus diberi rawatan tradisional oleh seorang pawang tradisional Pak Jalal (bukan nama sebenar) sebelum di hantar ke Hospital.

Mengambil masa cuma satu jam sahaja Daud mula sedar dan memandang keliling tapi bola matanya tajam merenung Pak Jalal.

揔amu dah keluar dari lubuk tapah tu, kamu selamat, ini rumah Atuk,
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 11:29 AM | Show all posts
Hantu tak bisa  melakukan satu perkara fisikal saperti melunjak dan menagkap berok dari dasar sungai, tetapi para saintist sudah membuktikan ada ikan air tawar yang boleh melakukannya. Dalam sejarah belum terbukti ada ikan air tawar yang melakukannya pada manusia. Piranha cuma menyerang manusia beramai-ramai sewaktu di dalam air.
ff:  Munkin monyet itu tak pakai spender cap buaya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 03:34 PM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

ikan ke gergasi??
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 03:37 PM | Show all posts

Reply #11 thamrong's post

tapi kalau monyet pakai spender boya sure jadik supernyet punye...   
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 19-2-2007 10:40 AM
Pengalaman: Monyet ditelan tapah Oleh Nuri Angkasa
01 September 2006


SUNGAI Pahang yang terkenal antara terpanjang di Semenanjung adalah destinasi kaki pancing untuk memburu ikan tapah yan ...



Waw.... mana dapat gambor?

Kalu ikan tapah udah telan orang, telan monyet...

masihkah kita halal memakan ikan tapah?

Takut....

macam tsunami dulu, tiga bulan tak lalu makan ikan cap laut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 17/2/07 09:10 PM
Aku kurang faham apa yang Yipun nak cerita ni..
Walau macamana pun Yip, three keywords yang aku faham, ikan, tapah dan kaduk. Kesimpulannya ikan tapah masak tempoyak campur daun kaduk memang sat ...



Bila lak Yip bercerita mah, kan artikel sokhabar pe

ikan tapah ni kira menu mahal kan kalo gi restoren kat Pahang especially :stp: tp urggghhhh tgk ikan tu pon dah potong nafsu wa nak merasa lak.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 19/2/07 12:13 AM
Thanks Syd's!
Ikan Tapah ikan ayer tawar. Kalau di Segamat di buat masak pindang atau lemak kuning bersama belimbing atau manga muda. Ayah saya pernah menceritakan yang besar boleh menyerang bin ...



Bro kalo ada amik pic tu, share ler pic makanan tu kek sini, leh gak kitorang tgk camne presentation lauk tu ek....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


BeruangKutub This user has been deleted
Post time 21-2-2007 10:10 PM | Show all posts
mak aih...bior betul smpai telan monyet...ngeri tul. ni kirenyer org pun die mampu telan. gulp...jadi x berapa selara nk makan ikan tapah ni! tp, kalau dh depan mater tu jalan je la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 11:49 PM | Show all posts

Reply #16 yipun78's post

leh gak kitorang tgk camne presentation lauk tu ek....


Kalau orang Melayu Pahang, Johor, Negeri dan Melaka( Alor Gajah dan Mesjid Tanah) ikan sungai ni masak lemak kuning aje. Skop too limited. Hari-hari masak kuning hingga naik kemata......jaundice:cak:
Kalau nak ambil gambar sila ke R&R Termeloh- KL-Kuantan Highway. Lunch hour mak cik tu boleh hidagkan 1/2 year supply of masakan lemak kuning, Istimewa orang Pahang ni depa pakai cili merah.

[ Last edited by  thamrong at 21-2-2007 11:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 10:06 AM | Show all posts

Reply #10 Syd's post

Maaf ye kalau off topic.



揑tu bukan ikan tapah.....itu hantu"

Ini tak mustahil jika hantu atau jin tu masuk ke alam fizikal, meyerupai binatang. Kebolehan dan kekuatannya mungkin meningkat dari tahap keupayaan maksima ikan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 07:38 AM | Show all posts
aku 2 jenis ikan tak bole makan,
1. ikan tapah (sbb dari keturunan pak kaduk)
2. ikan talang (sejenis ikan air masin) ni kisah pelayar bugis

bunga gandasuli pom aku tak eh tanam kat halaman rumah satu cerita dengan pelayar bugis.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.977352 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list