CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2573|Reply: 16

6 perkara Allah sembunyikan

[Copy link]
Post time 21-2-2007 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Maaf sekiranya dah ada; anggaplah sebagai ulangkaji. Bagi yang belum membacanya, ini adalah ilmu untuk disampaikan.


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan  Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan  124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik  daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada  Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka All ah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,  namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan  mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan ata s perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan set engahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iai tu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* A llah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


fleurzsa: Thread ini dibuka utk perbincangan bg menentukan kesahihan informasi di atas.  Semoga kita dpt ilmu yg berguna. InsyaAllah.

[ Last edited by  fleurzsa at 22-2-2007 01:48 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 03:22 PM | Show all posts
tq 4 sharing...nice stuff....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 03:37 PM | Show all posts
tq.......moga-moga kita insaf dan kembali ke jalannya.....
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
Post time 21-2-2007 06:48 PM | Show all posts
boleh tahu 'dialog' Allah-Jibril tu dari sumber mana? takkan boleh main percaya saja macam tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 05:34 AM | Show all posts
ASM.
Aku rasa mana yang baik, kita ambillah jadi kenang-kenangan, untuk jadi baik dan berhati mulia. Tak payah lah rasanya kita nak soal dari mana datangnya kisah ni, siapa yang buat, kitab mana yang tulis kot...

aku sendiri pun pernah kena begini, niat aku nak kongsi pengetahuan serba sikit, tapi orang lebih gemar bertanya dari kitab mana, rujukan mana aku ambil tulisan aku tu daripada mengambil nilai dan maksud apa yang hendak disampaikan. Kalau kita tak suka, kalau kira ragu, tak usah pakai...Kebaikan itu datang dalam banyak wajah. terpulang pada kita untuk melihat, atau meninggalkannya...

Kisah Jibrail ni tuan-tuan, kalau aku tak silap, adalah isyarat kepada kejadian Hamba dan yang menjadikan Hamba. JIbrail dijadikan sempurna pada kadarnya dan kerana itu, dia bersyukur. Dia sembahyang tak payah disuruh kerana dia bersyukur. Allah Taala memberitahunya bahawa ibadah umat Muhammad lebih bernilai dari ibadahnya tetapi dia tak rasa dengki, jauh sekali nak soal Allah mengapa begitu. Sifat inilah yang disembunyikan dalam kisah tu, agar kita manusia mencerapnya...Tapi kerana sifat Jibrail ni jugaklah, Allah taala mengangkat sifat syukur ni lebih tinggi martabatnya dari sifat sabar...

Jibrail terbang mencari syurga yang dijanjikan Allah kepada umat Muhammad bukan sebab dia mahukan syurga itu, tetapi kerana dia ingin tahu. Sifat ini isyaratnya, untuk manusia mengambil pengajaran dari pengalamannya dan Ilmu itu adalah suatu yang dituntut, walaupun perjalanannya amat jauh dan sukar. Berhenti sejenak dalam perjalanan Jibril itu memberi isyarat dalam perjalanan yang panjang, manusia mesti berhenti sejenak merenung untung rugi nya dalam kehidupan. Sebab tu dalam satu hadith Rasulullah SAW ada kata yang maksudnya "3 perkara yang kalau seorang tu buat, dia tak akan rugi; Berjimat ketika susah, berbincang (musyawarah) sebelum buat keputusan dan Istiharah".

Balasan amal yang besar walaupun amalannya sedikit kepada umat Muhammad membayangkan isyarat kiamat sudah hampir dan kerana itu timbangan amal umat terkemudian diberatkan...

Balasan besar buat mereka yang "beribadah kerana perintah Ku" adalah isyarat kepada golongan yang memahami tujuan mereka dijadikan didunia ini...Untuk beribadah kepada Allah SWT" dan buat mereka, mereka beribadah "Seolah-olah mereka melihat Allah dan mereka yakin Allah juga melihat mereka" inilah makam terakhir untuk setiap manusia, makam ihsan...

serba sikit itulah pelajaran yang boleh diambil dari kisah ini...

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 08:36 AM | Show all posts
Bertanya sumber adalah untuk verify kesahihan. Benar, kita boleh mengambil iktibar mana-mana yang baik dari setiap cerita, tetapi pada masa yang sama, kita juga tak mahu memfitnah bahawa Tuhan atau Nabi berkata begini begini jika mereka tidak mengatakannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2007 12:16 PM | Show all posts
Alhamdulillah... dengan kisah yang dipaparkan walaupun tiada sumber namun ada hikmahnya... mungkin pada orang seperti saya yang serba kekurang kisah ini membawa erti... dari kisah.. terasa la pulak kerinduan nak jumpa malaikat ni selepas kerinduan yang hakiki....
Reply

Use magic Report

syamiun This user has been deleted
Post time 23-2-2007 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by gabanzack at 21-2-2007 06:48 PM
boleh tahu 'dialog' Allah-Jibril tu dari sumber mana? takkan boleh main percaya saja macam tu?




hmm.... bagusla ko nak tahu asal2 usul menda ni sahih ke tak... tapi kita kena ingat...nak menilai sesuatu menda tu biarlah secara global...jangan nampak sdut negatif je....  kita positifkanlah menda2 yg boleh menambahkan kita cinta dan takutkan Tuhan... takkanlah membuat sesuatu yang mahu menambahkan lagi cinta dan Takutkan Tuhan itu sesuatu yg berdosa???

Cuma nilaikan selagi x terkeluar dari nilaian agama mengikit nilaian ulama2 yg mujtahid dan muktabar...

betulkan klu silap..

wasalam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 02:27 PM | Show all posts
kalo sembunyi, patutnya kita tak tau. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 06:08 PM | Show all posts
solat dua rakaat tu solat aper yer? solat sunat sblm dan selepas solat lima waktu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 06:16 PM | Show all posts

Reply #9 bzzts's post

mungkin atas tu cuma clue jer..

[ Last edited by  pipi at 23-2-2007 06:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 06:34 AM | Show all posts
Ada rujukan sahih x citer2 ni:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 06:39 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 24-2-2007 06:34 AM
Ada rujukan sahih x citer2 ni:hmm:


Inilah soalan yg patut ditanya oleh umat islam sekarang. tak kiralah sewaraq mana pun tok guru kita, kalau kita sangsi kita patut bertanyakan sumber2 cerita/hadith/sunnah dan sebagainya. mungkin ada jenis tok guru yg pantang kalau anak muridnya bertanya soklan2 spt ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 11:18 AM | Show all posts

6 perkara Allah sembunyikan..

6  perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan
124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah
menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang
pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman
nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya

mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu

itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau

sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam
bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling
utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah
menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

p/s: sori kalau dah ader
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 01:28 PM | Show all posts

Reply #12 Bateesta's post

sahih ke tak rujukan ini.. kitalah kena cari sendiri..

janganlah sampai nak harapkan org lain nak carikan maklumat utk kita... orang yang mencari ilmu tu dapat 10 pahala kita masih lagi tak bergerak2... tahap ituuu je...

:pray: maap ye kalau terasa...  :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by gabanzack at 21-2-2007 06:48 PM
boleh tahu 'dialog' Allah-Jibril tu dari sumber mana? takkan boleh main percaya saja macam tu?


`dialog' Allah-Jibrail  tu ada lam buku diari Islam 2006 under tajuk Kemuliaan Umat Muhammad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 2-4-2007 05:16 PM | Show all posts
kalau dah rahsia,kenapa diberitahu?
siapa yang bagitau?bagitau pada siapa?

lagi satu nak tanya....
apa hukumnya mereka2 cerita tauladan berbentuk ketuhanan untuk mmberikan pengajaran kepada umat islam khususnya?adakah dibenarkan dalam islam..

dalam cerita di atas saya assume cerita ni adalah dari Allah sendiri dan disampaikan kepada nabi atau rasulnya.

pasal cerita tu tapaham pasal..
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.


apa maksud redhaNya dalam taat / murkaNya dalam maksiat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.817154 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list