CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127816|Reply: 1082

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
Post time 8-5-2003 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Saya pernah mengikuti jemaah tabligh pada satu ketika dahulu ketika saya berusia 14 tahun....semasa saya mengikuti jemaah tersebut kami berjemaah dari satu surau ke satu surau selang berberapa hari ...kalau tak silap saya. Setiap petang atau setengah jam sebelum masuk waktu maghrib kami akan ke tempat dimana terdapat remaja atau orang yang lepak untuk dijemput menunaikan solat secara berjemaah..kami tidak memaksa mereka cuma menerangkan kebaikan sembahyang secara berjemaah dan tidak melalaikan sembahyang. Setiap perbuatan kami diikuti dengan doa...sebagi contoh ketika hendak memasuki tandas,makan, melihat sesuatu dan bermacam macam lagi...setiap habis solat maghrib dan subuh diadakan majlis membaca hadis .Soalan saya mengapakah banyak orang solah olah cuba melarikan diri ketika dihampiri jemaah ini atau adakah jemaah ini tersasar dari tujuan sebenar.Tolong jelaskan jika ada diantara anda semua yang lebih mengetahui untuk renungan dan kebaikan bersama.....wassalam

[ Last edited by  antiQue at 21-2-2007 09:17 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2003 04:55 PM | Show all posts
Tah lah tapi bagi Anis, Anis sentiasa mengagumi perjuangan mujahid seperti ahli Tabligh. Terpulanglah apa orang lain nak kata..sebagai contoh ada orang mengatakan Tabligh tak betul sebab sanggup tinggalkan Isteri sampai 40 hari...tapi apa nak di hairankan sebab ada sesetengah dari kita meninggalkan isteri/Suami sampai bertahun contohnya orang yang melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

Bagi Anis Tabligh adalah satu golongan yang penting dalam menyampaikan ingatan pada ummah...dan melaluinya sesaorang itu dapat merasai betapa payahnya Rasullulah menyampaikan seruan Islam dimasa beliau mengetuk setiap pintu dan menyuru atas nama Allah...

Kalau ada yang menghina anggaplah sebagai dugaan bukan kah tabligh itu adalah sebahagian dari kerja Rasul..........

ps: kadang-kadang terpandang golongan tabligh melalui rumah Anis walaupun Anis tahu mereka tak berdakwah pada wanita tapi melihat mereka Anis cukup gembira kerana masih ada yang sanggup mengorbankan masa dan wang untuk agama........
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2003 08:12 AM | Show all posts
Apa yang dibuat oleh jemaah Tabligh adalah untuk kebaikan dan mengingatkan orang lain sama lah dengan mengingatkan diri sendiri... itu jelas bagi mereka, kalau tak salah saya. Para maulana yang mengetuai Tabligh adalah manusia-manusia mulia... kalau kenkawan ada masa, sudi kan lah mengikut perhimpunan Tabligh di India ke, Islamabad ke... banyak perkara yang sungguh membuka minda sebagaimana saya dimaklumkan oleh seorang pakcik saya yang mengikuti jemaah Tabligh sejak hampir 25 tahun yang lalu...  Pakcik saya ni jawatan besar, Timbalan Ketua Pengarah... tapi kerja excellent... siap dapat melintang menegak lagi... cuti bahagi antara urusan keluarga dan urusan ummah... muka bersih dan bercahaya macam bulan penuh... senyum sentiasa di muka... amat mengambil berat kebajikan keluarga terutama ibu nya ( yakni nenek saya ) yang sudah tua... dia seorang yang soleh.... dan saya tak nampak apa cacat cela Tabligh... yang saya nampak adalah kebaikan yang jelas terpampar pada diri Pakcik saya. Dia juga amat mengambil berat tentang saya dan akan mendakap dengan penuh kasih sayang beserta dengan do'a-do'a dan ucapan yang baik-baik apabila bertemu... Entah lah berkenaan orang lain... saya hormati Jemaah Tabligh...

Ku Anis, saya tertarik dengan apa yang Anis  katakan... meninggalkan isteri sampai 40 hari pun ada isteri yang marah-marah..... bagaimana pula suami-suami yang 'pergi terus' apabila terkorban di medan Jihad? Ada isteri marah-marah jugak ke?  :wink:
Reply

Use magic Report

izzansdy This user has been deleted
Post time 9-5-2003 10:04 AM | Show all posts
Asalamualaikum....

Lax:-" Ku Anis, saya tertarik dengan apa yang Anis katakan... meninggalkan isteri sampai 40 hari pun ada isteri yang marah-marah..... bagaimana pula suami-suami yang 'pergi terus' apabila terkorban di medan Jihad? Ada isteri marah-marah jugak ke? "

Betul tu kata lax, cuma soalnya kalau nak bertablig, jalankan kewajipan yg dirumah tu dulu agar isteri tadi tak marah2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2003 12:31 PM | Show all posts
[quote:85e1bdc724="izzansdy"]Asalamualaikum....

Lax:-" Ku Anis, saya tertarik dengan apa yang Anis katakan... meninggalkan isteri sampai 40 hari pun ada isteri yang marah-marah..... bagaimana pula suami-suami yang 'pergi terus' apabila terkorban di medan Jihad? Ada isteri marah-marah jugak ke? "

Betul tu kata lax, cuma soalnya kalau nak bertablig, jalankan kewajipan yg dirumah tu dulu agar isteri tadi tak marah2.[/quote:85e1bdc724]
salam semua...


kemana selalunya jemaah tabligh ni selalu pi?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2003 04:14 PM | Show all posts
[quote:a1b35af0e3="izzansdy"]Asalamualaikum....

Lax:-" Ku Anis, saya tertarik dengan apa yang Anis katakan... meninggalkan isteri sampai 40 hari pun ada isteri yang marah-marah..... bagaimana pula suami-suami yang 'pergi terus' apabila terkorban di medan Jihad? Ada isteri marah-marah jugak ke? "

Betul tu kata lax, cuma soalnya kalau nak bertablig, jalankan kewajipan yg dirumah tu dulu agar isteri tadi tak marah2.[/quote:a1b35af0e3]

W'salam,

Isteri marah tak le boleh disamakan dengan Tuhan marah apabila umat di biar kan tanpa usaha nasihat dan mengajak ke arah kebaikan dan mungkin sesat tanpa sebarang usaha menangani nya. Kewajipan apa sebenarnya Izzansdy? Boleh terangkan sikit? Saya tak tahu apa pra-syarat isteri-isteri untuk Tabligh... mahu pun turun berjihad. Itu syarat Islam ke? Nabi dan kaum muslimin kena ikut syarat isteri-isteri ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Builder This user has been deleted
Post time 9-5-2003 10:45 PM | Show all posts
Betul ker dakwaan Polis Indonesia yg mengatakan kumpulan tabligh di Msia memungut derma dari org ramai utk pengeboman bali tempoh hari? Mereka kata utk pembangunan Islam, sebalinnya mereka gunakanya utk menghapuskan populariti pelancungan Bali/membunuh org bukan Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2003 09:01 AM | Show all posts
Kamu pun kalau berita yang memburukkan Islam gemar benar lah ye? Betul atau tidak, kena lah siasat... Tabligh bukan satu pertubuhan berdaftar... ianya adalah sesiapa saja yang mahu menyampaikan dakwah...  Memang senang nak buat tuduhan seperti duit derma buat ini, itu... tanpa asas pertuduhan dan bukti. Kamu tak nampak ke orang Kristian bom orang Islam awam sampai beribu-ribu mati, kudung kaki dan sebagai nya di Iraq, Afghanistan dan banyak lagi tempat? Itu lah kamu jadi Kristian yang tidak ikhlas.... kalau nak berdebat tentang agama masuk je  forum Religion... sini tempat orang Islam berbincang.  Orang Kristian boleh kutuk sesama sendiri kat ruangan kristian, contoh bab kezaliman Israel, penderhakaan Bush dan sebagai nya.



[quote:b447d3d191="Builder"]Betul ker dakwaan Polis Indonesia yg mengatakan kumpulan tabligh di Msia memungut derma dari org ramai utk pengeboman bali tempoh hari? Mereka kata utk pembangunan Islam, sebalinnya mereka gunakanya utk menghapuskan populariti pelancungan Bali/membunuh org bukan Islam.[/quote:b447d3d191]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


izzansdy This user has been deleted
Post time 10-5-2003 09:15 AM | Show all posts
[quote:c9cd1d2c1c="Laxamana."][quote:c9cd1d2c1c="izzansdy"]Asalamualaikum....

Lax:-" Ku Anis, saya tertarik dengan apa yang Anis katakan... meninggalkan isteri sampai 40 hari pun ada isteri yang marah-marah..... bagaimana pula suami-suami yang 'pergi terus' apabila terkorban di medan Jihad? Ada isteri marah-marah jugak ke? "

Betul tu kata lax, cuma soalnya kalau nak bertablig, jalankan kewajipan yg dirumah tu dulu agar isteri tadi tak marah2.[/quote:c9cd1d2c1c]

W'salam,

Isteri marah tak le boleh disamakan dengan Tuhan marah apabila umat di biar kan tanpa usaha nasihat dan mengajak ke arah kebaikan dan mungkin sesat tanpa sebarang usaha menangani nya. Kewajipan apa sebenarnya Izzansdy? Boleh terangkan sikit? Saya tak tahu apa pra-syarat isteri-isteri untuk Tabligh... mahu pun turun berjihad. Itu syarat Islam ke? Nabi dan kaum muslimin kena ikut syarat isteri-isteri ke?[/quote:c9cd1d2c1c]

Asalamualaikum....

Lax, saya pun bukannya pandai , saya rasa anda lebih berilmu. tapi inilah pendapat saya.

Kita selesaikan urusan kita dng tuhan dahulu, seterusnya isteri , kerana ia adalah amanah yg kita pikul, seterusnya keluarga, kerana mereka ini orang yg terdekat, lalu jiran.....kampung.....bandar.....negeri......dunia.

Spt yg diatas, jika anda melengahkan amanah yg anda terima (isteri) pasti dia akan marah2 bila anda tinggalkan dia. kerana dia pasti belum faham mengapa anda meniggalkan ia utk bertablig. ringkasnya sudah kah sisuami tadi memimpin isterinya (menjalankan amanah tuhan )?.

Sekian saja lax,
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2003 10:01 AM | Show all posts
Jangan silap bab mengenai memimpin isteri ni...  kesalahan isteri yang tidak solehah bukan kesalahan suami 100% dan suami boleh mengajar, mengajak dan menyeru ke arah kebaikan. Kalau isteri tak ikut juga... ia bukan salah suami. Suami  tetap boleh bertabligh mahu pun berjihad. Kalau nak ikut pra syarat para isteri seperti yang kamu canang kan maka tak boleh lah Nabi Nuh keluar menyampaikan dakwah kepada umat nya kerana isteri nya tak beriman dengan Allah s.w.t., tak gitu?

Saya nampak kamu pro- isteri/perempuan secara agak emosional dan secara tak langsung dah jadi bias terhadap golongan suami /lelaki dan terlupa bahawa usaha Tabligh itu lebih besar dan lebih penting kerana ianya untuk agama Allah. Kalau nak diikutkan cara kamu, maka tak keluarlah Nabi Nuh menyeru kepada umat nya...  itu belum cakap bab jihad dan kamu pun tak mengulas mengenai nya.
Reply

Use magic Report

Emkay This user has been deleted
Post time 10-5-2003 10:35 AM | Show all posts
assalamu'alaikum

satu ciri yg bolrh dibanggakan dengan tabligh ini ialah mereka berani,, ye lah.... berani nak pegi rumah ke rumah,, tegur anak
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2003 04:03 PM | Show all posts
tabligh tuuuu pesta makan freee...ko cuma kene gi sana sini pot pet suruh oang buat baik kemudian balik mesjid ke surau ke kumpul ramai2 cam boria makan cara sunnah..pakai sunnah serba serbi sunnah..hok wajib bile masuk waktu solat yang jelasnya

wah ada sedare kite canang suh berjihad....hang tak pi tolong iraq ari tuh ka sabun lux? nun aa palestine bile hang nak daftar kat hamas ka hizbullah ka..mana tau de pangkat panglima kut.. leh mati syahid trus leh sembang2 ngan arwah berahim libya..kabornya di istihar mati syahid dek depa2 nun.

takyah pi jauh2 laaa...hadi awe pun kabor kalo berjuang atas tiket die kire jihad. tiket dia je laa..tiket lain jahat bukan jihad.
Reply

Use magic Report

Builder This user has been deleted
Post time 10-5-2003 11:36 PM | Show all posts
[quote:67a41219d9="Laxamana."]Kamu pun kalau berita yang memburukkan Islam gemar benar lah ye? Betul atau tidak, kena lah siasat... Tabligh bukan satu pertubuhan berdaftar... ianya adalah sesiapa saja yang mahu menyampaikan dakwah...  Memang senang nak buat tuduhan seperti duit derma buat ini, itu... tanpa asas pertuduhan dan bukti. Kamu tak nampak ke orang Kristian bom orang Islam awam sampai beribu-ribu mati, kudung kaki dan sebagai nya di Iraq, Afghanistan dan banyak lagi tempat? Itu lah kamu jadi Kristian yang tidak ikhlas.... kalau nak berdebat tentang agama masuk je  forum Religion... sini tempat orang Islam berbincang.  Orang Kristian boleh kutuk sesama sendiri kat ruangan kristian, contoh bab kezaliman Israel, penderhakaan Bush dan sebagai nya.



[quote:67a41219d9="Builder"]Betul ker dakwaan Polis Indonesia yg mengatakan kumpulan tabligh di Msia memungut derma dari org ramai utk pengeboman bali tempoh hari? Mereka kata utk pembangunan Islam, sebalinnya mereka gunakanya utk menghapuskan populariti pelancungan Bali/membunuh org bukan Islam.[/quote:67a41219d9][/quote:67a41219d9]
saya tak nampak org Christian mengebom org Islam. Saya hanya nampak kes kapong medan tempoh hari yg mengorbankan 6 org kaum india. Say juga nampak kes sauk, al maunnah; yg membunuh 2 org anggota keselamatan bukan Islam.

Kalau awak rujuk pada serangan amerika ke atas iraq, tentera ameriak bukan gerakan Christian dan bukan semua tentera itu adalah Christianpun. Mereka adalah manusia yg menurut perintah peraturan duniawi. Apapun saya simpati pada budak yg kudung dan mereka yg hilang keluarga akibat peperangan itu. Tapi yg berlalu tak boleh nak tarik balik, kerajaan amerika dah memberi amaran yg cukup tegas sebelum dia bertindak. Kerajaan Saddamlah yg perlu dirujuk dlm perkara ini.

Sebenarnya saya bukan gemar melihat keburukan Islam sebaliknya sedih! Kenapa masih ada org yg berfikiran sebegini sekiranya menganggap Tuhan itu mahakuasa. Sedih juga kerana manusia sanggup mengenepikan rasional kerana agenda Islam (fahaman mereka). Bagi saya yg wajar bagi masyarakat Islam yg rasional adalah membasmikan golongan yg menjejaskan imej Islam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2003 05:58 AM | Show all posts
[quote:cc1ec96702="Builder"][quote:cc1ec96702="Laxamana."]Kamu pun kalau berita yang memburukkan Islam gemar benar lah ye? Betul atau tidak, kena lah siasat... Tabligh bukan satu pertubuhan berdaftar... ianya adalah sesiapa saja yang mahu menyampaikan dakwah...  Memang senang nak buat tuduhan seperti duit derma buat ini, itu... tanpa asas pertuduhan dan bukti. Kamu tak nampak ke orang Kristian bom orang Islam awam sampai beribu-ribu mati, kudung kaki dan sebagai nya di Iraq, Afghanistan dan banyak lagi tempat? Itu lah kamu jadi Kristian yang tidak ikhlas.... kalau nak berdebat tentang agama masuk je  forum Religion... sini tempat orang Islam berbincang.  Orang Kristian boleh kutuk sesama sendiri kat ruangan kristian, contoh bab kezaliman Israel, penderhakaan Bush dan sebagai nya.



[quote:cc1ec96702="Builder"]Betul ker dakwaan Polis Indonesia yg mengatakan kumpulan tabligh di Msia memungut derma dari org ramai utk pengeboman bali tempoh hari? Mereka kata utk pembangunan Islam, sebalinnya mereka gunakanya utk menghapuskan populariti pelancungan Bali/membunuh org bukan Islam.[/quote:cc1ec96702][/quote:cc1ec96702]
saya tak nampak org Christian mengebom org Islam. Saya hanya nampak kes kapong medan tempoh hari yg mengorbankan 6 org kaum india. Say juga nampak kes sauk, al maunnah; yg membunuh 2 org anggota keselamatan bukan Islam.

Kalau awak rujuk pada serangan amerika ke atas iraq, tentera ameriak bukan gerakan Christian dan bukan semua tentera itu adalah Christianpun. Mereka adalah manusia yg menurut perintah peraturan duniawi. Apapun saya simpati pada budak yg kudung dan mereka yg hilang keluarga akibat peperangan itu. Tapi yg berlalu tak boleh nak tarik balik, kerajaan amerika dah memberi amaran yg cukup tegas sebelum dia bertindak. Kerajaan Saddamlah yg perlu dirujuk dlm perkara ini.

Sebenarnya saya bukan gemar melihat keburukan Islam sebaliknya sedih! Kenapa masih ada org yg berfikiran sebegini sekiranya menganggap Tuhan itu mahakuasa. Sedih juga kerana manusia sanggup mengenepikan rasional kerana agenda Islam (fahaman mereka). Bagi saya yg wajar bagi masyarakat Islam yg rasional adalah membasmikan golongan yg menjejaskan imej Islam ini.[/quote:cc1ec96702]

Saudara…Anis sebenarnya tertarik dengan kenyataan saudara yang Anis rasa ianya memerlukan penjelasan…

1.Pergaduhan yang berlaku di Kampung Medan itu sepatutnya dilihat sebagai pergaduhan biasa, namun justeru ia melihatkan dua etnik yang berbeza, maka akhirnya terjelmalah pelbagai khabar angin yang menjuruskan kepada konflik perkauman.Ianya tidak ada kaitan dengan pergaduhan ugama. fenomena ini sebenarnya telah diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Walaupun mereka tidak bermusuhan, tetapi mereka juga bukanlah sahabat.

2. Al maunnah bukannya gerakan Islam tapi merupakan gerakan persilatan. Tidak adil kita kaitkan satu pertubuhan bebas dengan gerakan Islam. Peristiwa ini juga merupakan peluang untuk parti politik untuk tuduh menuduh.Anis malas nak comment secara panjang..gunakan akal dan fikirkan rational disebalik peristiwa ini.

3.Amereka adalah penjenayah antarabangsa.Itu hakikat mereka menyerang Iraq tanpa mandat PBB . Soal mereka itu Kristian atau sebaliknya adalah soal kedua, tapi kita kena ingat US adalah Negara yang di pengaruhi YAHUDI secara total.
Dalam laporan di CNN:

“At the Cornerstone Church in Texas 5,000 Christian worshippers cheer in support of Israel. "Jerusalem is the eternal capital of the Jewish state. Not since Camp David but since King David," says their leader, Pastor John Hagee."Aipac has a lot of influence on foreign policy," says JJ Goldberg, editor of the Jewish newspaper The Forward

Sebenarnya itulah agenda US menyerang IRAQ adalah kerana IRAQ adalah ancaman kepada negara YAHUDI. Tanyalah pada diri perlukan kita memuji tidakan US ini??

…………………………………………………………………………………………………..

Ok itu yang saudara nampak ini peristiwa ini mungkin saudara tak nampak…tapi Anis jelaskan

1. Umat Islam Ambon telah disiksa dan dizalimi dengan sebegitu teruk dan ramai yang telah disembelih. Apabila dikaji secara terperinci, jelas sekali bahawa tidak ada jalan lain bagi Ummah Islam, melainkan dengan melaksanakan tuntutan JIHAD. Walaupun kita tidak berjihad bersama mereka cukuplah kalau kita mampu berdoa..atau sekurang-kurangnya bersimpati.

2. Jangan saudara lupa beribu-ribu umat Islam dibunuh di India hanya kerana mitos yang menyatakan Masjid terbina diatas tempat kelahiran Dewa Hindu. Apakah ini satu tindakan yang rational?? Jika umat Islam mempertahankan diri apakah itu sesuatu yang salah?

3.Sejak bumi Palestin dibelah dua pada tahun 1948, dengan pengiktirafan Amerika melalui Presiden Truman, 5 minit setelah negara haram Israel diisytiharkan, bumi Palestin tidak pernah kering dengan darah hingga  ke hari  ini.   Salah  satu puncak peristiwa  ngeri adalah pembunuhan kejam beramai-ramai umat Islam di kem-kem pelarian Shabra dan Shatila dinaungi AS.  

Cukup sampai kat sini sebab this is not the main topic  Anis Cuma  terharu bila ada orang Islam yang tak nampak betapa ramai saudara kita yang kebulur, dibunuh dan diperkosa. Allah tak mengajar kita menjadi pembunuh tapi kita juga tak perlu belajar menjadi pengecut… :?:

Allah Swt. berfirman:
Mereka tidak henti-hentinya memerangi kalian sampai mereka (dapat) mengembalikan kalian dari agama kalian (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. (QS al-Baqarah [2]: 217).
Reply

Use magic Report

izzansdy This user has been deleted
Post time 11-5-2003 08:31 AM | Show all posts
lax, bukan saya pro isteri / sesiapa. Tugas memimpin isteri tadi amanah tuhankan lax. Jikalau ia masih tetap tidak mahu , adakah sampai disini sahaja usaha suami tadi ?. Bagaimana pula nak mengaitkan jihad dlm soal ini. satu pengorbanan kerana hendak menjalankan amanah tuhan ( isteri ).

Tidakkah kata " bukan 100 % silap suami " itu bermakna masih ada silap pd suami. Hak memimpin pd suami bukan isterikan ? Ini bermakna sisuami tadi akan tetap dipertanggung jawabkan? . Mengapa jikalau sudah tahu begini kesimpulannya tapi sisuami masih mahu keluar juga ?.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2003 02:58 AM | Show all posts
Tengku Anis,

Saya minta jangan lagi melayan orang Kristian yang nyata tidak sedikit pun berniat baik, sebaliknya mencari jalan untuk memburuk-burukkan Islam. Board M&M ini bukan tempat untuk berdebat [i:f5cba6f262]antara[/i:f5cba6f262] agama.

Saya telah padamkan post akhirnya (orang Kristian merendah diri konon!) dan juga respond dari Tengku Anis sendiri. Kalau ingin berbincang atau berdebat dengannya tentang Islam berbanding Kristian, sila lakukan dalam board Religion.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2003 12:04 PM | Show all posts
[quote:96f66d4b0a="izzansdy"]lax, bukan saya pro isteri / sesiapa. Tugas memimpin isteri tadi amanah tuhankan lax. Jikalau ia masih tetap tidak mahu , adakah sampai disini sahaja usaha suami tadi ?. Bagaimana pula nak mengaitkan jihad dlm soal ini. satu pengorbanan kerana hendak menjalankan amanah tuhan ( isteri ).

Tidakkah kata " bukan 100 % silap suami " itu bermakna masih ada silap pd suami. Hak memimpin pd suami bukan isterikan ? Ini bermakna sisuami tadi akan tetap dipertanggung jawabkan? . Mengapa jikalau sudah tahu begini kesimpulannya tapi sisuami masih mahu keluar juga ?.[/quote:96f66d4b0a]

Jawapan nya kamu sendiri sudah tahu, sebab itu kamu tidak menjawab apabila saya berkata " Nabi Nuh keluar menyeru umat nya, menyampaikan ( tabligh ) akan agama Allah, walau pun isteri nya bukan sekadar buat silap, malah tidak beriman..."  Kenapa kamu tak kata, " Kenapa Nabi Nuh keluar jugak? " Sebab nya, kamu tahu kamu terputus hujah  di situ. Ikhlaskan pandangan anda Izzansdy, jangan kerana tak nak kalah hujah anda mengelak mengakui kebenaran.

Bukan 100% silap suami tidak pula bermakna nak kena tunggu tak ada silap langsung baru boleh bertabligh. Nabi s.a.w. maksum, tapi sahabat-sahabat nabi tak maksum tapi mereka keluar menyampaikan dakwah ke segenap pelusuk  tanah Arab malah ada yang sampai hingga ke negeri China dll. Suami memimpin isteri bukan dengan cara terperuk di rumah menunggu isteri beriman 100%... ini keluar kerja outstation berhari-hari tak marah pun isteri sebab bawak masuk duit... pergi tabligh dua tiga malam dah marah marah kan suami sebab pergi berusaha untuk agama Allah dan bukan kerana cari duit. Memang jelas kamu pro-isteri yang tak boleh dibuat contoh isteri  solehah. Entah-entah kat Padang Mahsyar bila ditimbang dosa banyak siap beri alasan salah suami sebab tak boleh ubah perangai nya yang degil dan enggan membanyakkan amal soleh kerana sibuk melawan, mengumpat dsb nya. Sila baca sebab utama wanita masuk neraka... boleh kamu terangkan sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2003 12:21 PM | Show all posts
Mana ada makan free... lain lah kalau tanam sendiri padi, bela sendiri ayam, buat sendiri minyak masak kelapa sawit, dsb nya. Itu pun kena keluar modal... mana free. Apa yang wajib bila masuk waktu solat? Waktu solat 24 jam... banyak benda lain yang wajib... bukan solat je.

Hang tak teringin nak berjihad ke... atau takut mati kena tembak dek Amerika? Kalau setakat masih dok makan ayam Kentaki tu tak yah nak cakap bab jihad... dok cerita bab berahim libya buat apa... lebih baik cerita macam mana nak berhenti buat maksiat dan dosa setiap hari...

Hadi Awe ke mende ke... dia dah jadi orang besar... hang apa dapat... dapat kutuk je lah... Madey pun dah sonang... kutuk pun tak kisah... jadik tak yah le kutuk tak tentu pasal.... perbetul diri sendiri dulu... orang lain dah maju... kita dok syok pelece sana pelece sini... apa yang dapat? Habuk pun tarakkk... dosa kering juga dapat... siapa pun tak peduli... hampeh... kong kali kong....


[quote:e30307b2e1="8tuk"]tabligh tuuuu pesta makan freee...ko cuma kene gi sana sini pot pet suruh oang buat baik kemudian balik mesjid ke surau ke kumpul ramai2 cam boria makan cara sunnah..pakai sunnah serba serbi sunnah..hok wajib bile masuk waktu solat yang jelasnya

wah ada sedare kite canang suh berjihad....hang tak pi tolong iraq ari tuh ka sabun lux? nun aa palestine bile hang nak daftar kat hamas ka hizbullah ka..mana tau de pangkat panglima kut.. leh mati syahid trus leh sembang2 ngan arwah berahim libya..kabornya di istihar mati syahid dek depa2 nun.

takyah pi jauh2 laaa...hadi awe pun kabor kalo berjuang atas tiket die kire jihad. tiket dia je laa..tiket lain jahat bukan jihad.[/quote:e30307b2e1]
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2003 03:37 PM | Show all posts
[quote:def13b465a="amorist"]Tengku Anis,

Saya minta jangan lagi melayan orang Kristian yang nyata tidak sedikit pun berniat baik, sebaliknya mencari jalan untuk memburuk-burukkan Islam. Board M&M ini bukan tempat untuk berdebat [i:def13b465a]antara[/i:def13b465a] agama.

Saya telah padamkan post akhirnya (orang Kristian merendah diri konon!) dan juga respond dari Tengku Anis sendiri. Kalau ingin berbincang atau berdebat dengannya tentang Islam berbanding Kristian, sila lakukan dalam board Religion.

Terima kasih.[/quote:def13b465a]
Sorry la...ingatkan dia tu orang Islam apasal tak kasi tau awal-awal .. Anis pun malas nak bincang dalam ruang religion tu sebab diaorang suka maki hamun..
Reply

Use magic Report

Builder This user has been deleted
Post time 12-5-2003 10:56 PM | Show all posts
ko delete yerrrrr!!!!
Hihihihihihihi.... Ingatkan ko dah boleh menerika hakikat hak kebebasan manusia!!? Tak perrrrr.... terimakasih kerana ada anjakan dlm rasional hak kebenasan individu walaupun ia sedikit!
tahniah Amorist!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 1.052594 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list