CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nape?Tak caye?

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
izzansdy This user has been deleted
Post time 14-5-2003 08:49 AM | Show all posts
Asalamualaikum....

lax, Boleh kah saya bertanya, adakah dng bertabligh itu menandakan kita tlh menerima amanah yg lain selain dari memimpin isteri ?. Bagaimana faham anda ketika anda kaitkan hal ini dng situai nabi nuh ?

Betul kata lax, bila suami keluar out station, isteri tiada marah kerana duit masuk. tapi bila suami keluar tabligh istreri marah pulak ? Adakah sisuami tahu mengapa isteri marah ?. Suami seorang pemimpin, nak pimpin kearah mana ya ? Seorng yg tidak boleh berjalan sendiri tanpa dipimpin lalu tinggalkan oleh pemimpinnya pasti yg dipimpin tadi akan marah bukan ?. Jikalau  isteri tadi keras hati, adakah itu sbg tamatnya peranan sisuami sbg pemimpin ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


This user has been deleted
Post time 15-5-2003 10:21 PM | Show all posts
Aku tak suka orang Tabligh atau lebih dikenali sebagai orang dakwah kat tempat aku,bukan semua orang Tabligh aku tak suka,tapi kebanyakannya aku tak suka.Aku tak suka diorang sebab nasihat yg diorang bagi semacam menghina aku,macam aku ni jahil sangat.Kalau cakap baik-baik aku boleh terima,aku boleh ikut.

Aku bukannya anti Tabligh,malah tiap-tiap minggu aku mesti pergi kat Masjid Tabligh tak jauh dari tempat tinggal aku.Aku juga ada kenalan Tabligh yg menjadi pelanggan tetap kedai tempat aku bekerja.Aku suka pergerakan Tabligh sebab ia adalah gerakan dakwah seluruh dunia mereka pergi berdakwah ke seluruh negara dalam dunia ni kecuali negara komunis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2003 04:48 PM | Show all posts
Ailin ada abang yang involve tabligh ni...ok jer Ailin tengok nak kata org tabligh ni jenis tabligh rasanya tak juga...dalam usia dia 28 tahun dah ade kereta dengan 2 buah rumah...kerjaya pun bagus (bos dia chinese dan kebanyakan staff tabligh - bos dia cakap senang berurusan dengan org tabligh ni sebab kebanyakan nya amanah...) nak kata dressing tu up to date memang taklah...faham2lah org tabligh ni dressing camner....tapi ok lah what dari dressing mengalahkan nak dato tapi poket kosong....so takdelah dia nak akhirat aje...dulu pun Ailin ingat org tabligh ni lain sikit tapi bila Abang Ailin terangkan pada ailin perkara sebenarnya...terus jer bertukar persepsi Ailin...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2003 09:14 PM | Show all posts

tabligh

pasal kebaikan niat yg  diperjuangkan - aku sokong - meneruskan dakwah Islam

pasal beberapa kekurangan dlm tabligh tu, err ... pasal tinggalkan keluarga lama lama tu, eloklah dikaji semula ..

mungkin patut tambah sket tempoh kat umah ... keluarga ... mereka juga perlu kasih sayang@perhatian@meluangkan masa amik angin ...

[ni seme view aku jer ... hidup Islam ... takbir! Allah Akbar]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2003 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by Ailin at 2003-5-16 04:48 PM:
Ailin ada abang yang involve tabligh ni...ok jer Ailin tengok nak kata org tabligh ni jenis tabligh rasanya tak juga...dalam usia dia 28 tahun dah ade kereta dengan 2 buah rumah...kerjaya pun bagus ...


Ha a...betul tu ugama tak suruh kita miskin ye lak lagi banyak harta lagi banyak kita sepatutnya berkorban ke jalan Allah. Lagi pun ikut hukum metematik lah kalau seorang lelaki tu keluar Tabligh 3 hari dalam sebulan so dalam setahun baru 33 hari(Tolak the last month) .katakan dia keluar 40 hari di bulan yang ke 12.So Total baru 73 hari....kalau diikutkan dalam setahun baru 20% daripada masa yang ada...alangkah bertuah orang yang hidup dalam suasana ugama selama 20% dari masanya untuk Allah...tapi kalau kat university dulu dapat markah 20% dah kira fail tau..... itu dunia.....:bg:
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2003 09:38 AM | Show all posts
Tak kenal maka tak cinta.... dan saya sedih apabila membaca akan kutukan sesdama Islam yang dilemparkan ke atas jemaah Tabligh. Tahukah mereka itu akan apakah itu Tabligh? Bagaimana ia bermula? .... atau  main kutuk  je dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. dengan kutukan mereka. Dua malam sudah ada jemaah Tabligh datang rumah saya selepas solat Maghrib dan menyeru ke arah kebaikan... saya layan dengan baik dan mereka jemput saya untuk hadir diskusi kitab Fadhail A'amal di surau mereka... saya katakan Insha Allah dan akan cuba sedaya upaya melapangkan masa sesama Islam. Perlu diingat, saya bukan ahli jemaah berkenaan... cuma saya menyokong usaha murni mereka....

Jemaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas. Dia dilahirkan di Kandahlah, Saharnapur, India. Muhammad Ilyas adalah dari keluarga yang sangat kuat beragama dan kental dengan tradisi keilmuan. Ayahnya Muhammad Ismail adalah seorang penganut tasawwuf yang abid lagi zahid dan mengabdikan hidupnya dalam ibadah dan mengajar Al Quran.


Maulana Muhmmad Ilyas hafal Al Quran dalam usia yang sangat muda. Dia belajar kepada abang kandungnya sendiri yang bernama Maulana Muhammad Yahya. Selepas itu, dia belajar di Madrasah Madhahirul Ulum, Saharanpur dan kemudian bersekolah di Deoband. Sekolah ini merupakan sekolah terbesar untuk pengikut Imam Hanafi di India. Di sini dia belajar hadith Jamik Sahih Tirmizi dan Sahih Bukhari dari seorang alim yang bernama Mahmud Hasan. Kemudian melanjutkan belajar Kitab As-Sittah pada abangnya sendiri Muhammad Yahya.


Setelah selesai belajar di Deoband dia ditugaskan sebagai tenaga pengajar di Madrasah Madhahirul Ulum. Setelah itu, dia kembali ke tempat kelahirannya dan pergi ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah haji. Di sana, disamping menunaikan ibadah haji beliau juga bertemu dengan berbagai kalangan ulama dan membincangkan cara pengembangan terbaik dakwah Islam khususnya di India.


Sewaktu di Madinah beliau pernah tidur di mesjid Nabawi selama tiga malam. Di saat itu beliau berpuasa, bersolat dan berdoa meminta petunjuk pada Allah swt jalan terbaik untuk usaha dakwah Islam.


Dia kemudian kembali ke India dan mencari punca sebenar yang membuat umat Islam kehilangan roh Islam. Setelah bermuhasabah dan merenung, beliau berpendapat bahawa sebab utama hinanya kaum muslimin ketika itu adalah karena mereka telah lalai akan makna sebenar beriman kepada Allah swt dan menghayati apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Sehingga manusia tidak lagi mengerti apa sebenarnya yang ada dalam Islam itu.


Maulana Ilyas melihat, keberkesanan dakwah dan penyebarannya tidak akan wujud kecuali dakwah itu berada di dalam tangan orang yang benar-benar rela dan ikhlas berkorban demi kepentingan dakwah dan hanya mengharapkan sepenuhnya keredaan Allah swt tanpa menggantungkan diri pada bantuan dari manapun. Oleh itu beliau menekankan pentingnya pengorbanan terutama waktu oleh kaum muslimin dengan melakukan khuruj (keluar di jalan Allah untuk berdakwah) daripada meminta daripada mereka bantuan wang atau material. Pengorbanan masa dan tenaga menjadi salah satu tiang utama dalam berdakwah dan di dalam setiap perjalanan dakwah itu, semua keperluan ditanggung sendiri oleh da'i atau karkun Jemaah tabligh.


Sepeninggalan Maulana Muhammad Ilyas kepemimpinan Jemaah Tabligh diteruskan oleh anaknya, Maulana Muhammad. Ia dilahirkan di Delhi. Sebagaimana ayahnya, dalam mencari ilmu ia sering berpindah-pindah tempat dan guru disamping berdakwah. Ia meninggal di Lahore dan jenazahnya dimakamkan disamping kubur orang tuanya di Nizamuddin, Delhi. Di antara kitabnya yang terkenal adalah Amani Akhbar, berupa komentar kitab Ma'ani al Atsar karya Syeikh Thahawi dan Hayat al Sahabah. Kemudian penyebaran Jemaah Tabligh ini dilanjutkan oleh amir yang ketiga.


Jemaah ini kemudian tersebar ke Pakistan dan Bangladesh, negara-negara Arab dan ke seluruh dunia. Di antara negara yang banyak pengikutnya yaitu, Mesir, Sudan, Irak, Bangladesh, Pakistan, Siria, Jordan, Palestin, Lebanon dan Malaysia. Pusat kepimpinan internasional Jemaah Tabligh adalah di Nizamuddin, Delhi.


Disamping amalan Islam yang lain, Jemaah Tabligh didokong oleh enam prinsip asas;


1. Kalimah Syahadat
2. Mendirikan Solat
3. Ilmu dan Zikir
4. Memuliakan setiap Muslim
5. Ikhlas
6. Berjuang Fisabilillah [keluar/khuruj]


Tatacara dakwah jemaah ini berdasarkan kepada tabligh dalam bentuk targhib (memberi khabar gembira) dan tarhib (mengancam). Mereka telah berhasil menarik banyak orang ke pangkuan Iman. Orang-orang tersebut diubah ke jalan kehidupan penuh ibadah, zikir dan membaca Al Quran.


Sasaran sebenar Jemaah Tabligh adalah memindahkan suasana agama dari mesjid ke lingkungan luar mesjid terutama ke rumah. Setiap orang disyorkan meluangkan waktu setidak-tidaknyanya 2 jam sehari untuk berta'lim, membaca hadis, mengaji Al Quran dan berfikir mengenai syiar Islam. Karkun-karkun akan mengunjungi rumah-rumah umat Islam di sekitar mesjid marhalah mereka setidak-tidaknyanya seminggu sekali. Selanjutnya mereka mengajak umat Islam keluar di jalan Allah setidaknya 3 hari dalam sebulan, 40 hari dalam setahun dan 4 bulan dalam seumur hidup. Karkun Jemaah Tabligh bersifat rendah hati (ikram) dan menjauhkan diri dari soal-soal politik. Penampilan Karkun JemaahTabligh adalah sederhana dengan memakai gamis atau jubah, serban dan menyimpan janggut. Aktiviti khusus termasuk juga bayan, ta'alim ta'lum dan diperingkat markas/internasional seperti Mesyuarat, Jor, Karguzari dan lain-lain.


Kalau ada di antara pembaca terutama Karkun yang ingin memberi komen atau info tambahan amat dialu-alukan
Reply

Use magic Report

Follow Us
positiveenergy This user has been deleted
Post time 23-5-2003 10:15 AM | Show all posts

Soal-Jawab ttg Jemaah Tabligh

Saya pernah mengikuti jemaah tabligh dulu semasa belajar..saya memang aktif. Kemudian saya berhenti, setelah belajar kepentingan berpegang kpd al-Quran dan sunnnah

************************************************************Al-Ahkam.net
http://al-ahkam.com.my/home/index.php

Masalah dari Jepun 3:
Mengapa ustaz tidak mahu mengikut jamaah tabligh


"Server.com Webserver" wrote:
>
> Please do not reply to this email.
>
> Nama penuh:     Md Tasyrif B. Abdul Rahman
> E-email:        Mdtasyrif@hotmail.com
> Daerah: Maebashi
> Negeri: Gunma  (Japan)
> Pekerjaan&jawatan/penuntut:     Penuntut
> Majikan/jabatan/univ/sekolah:   Gunma University , Japan
>
>Saya sering mengikut seorang yang agak kuat tablighnya disini. Jika di Malaysia orang akan sebut orang tabligh.Dan juga jika >di Malaysia,saya lihat orang agak kurang senang dengan orang2 tabligh ini. Padahal mereka buat kerja2 yang baik. Saya juga >bukanlah orang yang kuat tabligh,tapi hanya ingin tahu kenapa orang tak suka tabligh lah saya sering keluar denga tabligh >disini.Di Jepun pun kerana asebab mereka2 inilah banyak terdirinya masjid disini. Cuma saya ingin tahu kenapakah saya lihat
>ustaz2 di malaysia tak ramai yang sertai tabligh padahal ianya baik.Dan apa yang ingin saya tahu lagi,Jika tabligh ada >kekurangan yang harus kita jauhi.Apakah sebabnya. Tolonglah jawab soalan ini dengan terperinci kerana sudah hampir 3 >tahun persoalan ini bersarang dihati saya hingga ada satu ketika itu rambut saya banyak yang gugur.

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Semoga Allah merahmati dan memberi kemudahan kepada saudara-saudara kita dari jamaah Tabligh luar dan dalam negeri yang sedang menyebarkan dakwah.
Di tempat kami ini, di Pondok Penanti merupakan salah satu dari markaz Tabligh yang terdapat di Malaysia. Namun ia tidak ada kena mengena dengan pentadbiran pondok.Ada juga sebahagian dari para pelajarnya  yang keluar mengikut jamaah tabligh pada waktu cuti. Dan seorang dua dari tenaga pengajarnya juga terbabit dengan gerakan dakwah tabligh. Dan Tuan Guru Hj Saleh bin Syeikh Osman Jalaludin merupakan salah seorang dari mereka yang terbabit dengan dakwah ini.
-----------
Soal: Saya juga bukanlah orang yang kuat tabligh,tapi hanya ingin tahu kenapa orang tak suka tabligh lah saya sering keluar denga tabligh disini.
Jawab: Begitu juga dengan orang tabligh ada yang tidak suka dengan cara jamaah/kumpulan dakwah lain. Ini perkara lumrah. Cuma amat dikesalkan sekali kerana terdapat juga segelintir dari masyarakat kita membenci usaha jamaah tabligh atas dasar dirinya yang memang tidak suka kepada kebaikan. Mereka mempamerkan sikap anti kepada Islam.
Jika sekadar tidak setuju dengan pendekatan dakwah yang digunakan oleh Tabligh, itu perkara lumrah. Sebagaimana sebahagian orang tabligh yang tidak bersetuju dengan pendekatan jamaah lain.
------------------
Terdapat nash-nash di dalam al-Quran dan al-Sunnah mengenai pensyariatan amar makruf nahi munkar atau tugas dakwah. Ulamak Ahlus Sunnah berpendapat bahawa Amar makruf Nahi munkar adalah fardu kifayah. Manakala golongan muktazilah mengatakannya sebagai fardu ain. (lihat: http://ahkam.hypermart.net/firqah/muktazilah.html)
Perkara pokok ialah, tugas dakwah amar makruf nahi munkar adalah disyariatkan. Bagaimana caranya? Itu terpulang kepada keadaan dan zaman. Ada yang melakukannya secara bersendirian. Ada yang secara berkumpulan. Ada yang menggunakan lidah. Pena. Kuasa... dsbnya.
Jamaah Tabligh menggunakan pendekatan yang begitu. Jamaah lain, lain lagi caranya, seperti jamaah bla... bla... bla... dll.
Ini bermakna yang menjadi masalah yang sering ditimbulkan antara jamaah-jamaah ialah mengenai cara dan pendekatan yang digunakan.
Bermakna lagi, ia adalah masalah cabang bukan masalah pokok. Masalah pokoknya ialah, apakah amar makruf nahi munkar ini disyariatkan ataupun tidak? Bila sepakat kata menerima bahawa ia disyariatkan, maka timbul persoalan... Bagaimana caranya? Itulah dia masalah cabang.
----------------
Namun begitu, di sana terdapat suatu masalah yang perlu disepakati bersama terutama sekali yang membabitkan masalah umat Islam. Adakalanya ia membabitkan masalah aulawiyaat dsbnya.. Apabila berhadapan dengan masalah seperti ini, sepatutnya para jamaah Islam berdiri di satu titik yang sama.
Antara contohnya, ketika umat berhadapan dengan cengkaman dan tekanan dari puak sekular atau kezaliman ke atas umat, maka tidak ada jalan lain dan tiada pilihan lain melainkan dengan cara membulatkan tenaga dan bersatu.
----------------
Soal: Di Jepun pun kerana asebab mereka2 inilah banyak terdirinya masjid disini..
Jawab: Itulah kelebihan jamaah tabligh. Semoga ALlah melimpahkan rahmatNya.
-------------
Soal:Cuma saya ingin tahu kenapakah saya lihat ustaz2 di malaysia tak ramai yang sertai tabligh padahal ianya baik.Dan apa yang ingin saya tahu lagi, Jika tabligh ada kekurangan yang harus kita jauhi. Apakah sebabnya?
Jawab:
Sebagaimana yang kami jelaskan di atas... Tidak perlu risau, kerana ia bukan membabitkan soal asas ajaran Islam, tetapi soal cabang.
Melibatkan masalah pemilihan antara yang baik dan yang terbaik. Bukan masalah yang halal dan yang haram.
Baiklah, jika saudara mengatakan bahawa cara tabligh adalah satu-satunya cara yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, ia adalah cara yang kita mesti ikut...
Jawab: Tidak semestinya apa yang Rasulullah s.a.w. lakukan dalam soal hukum, kita wajib ikut. Ada juga yang kita tidak wajib ikut. Contoh, sembahyang sunat dsbnya. Ada juga yang kita haram ikut. Contoh kahwin sembilan. Ada juga yang Rasulullah serahkan kepada kita, mahu yang bagaimana.. Contoh: Strategi perang, dakwah dsbnya.
Apatah lagi dalam soal-soal yang berkaitan dengan keduniaan, strategi dan pendekatan. Sudah tentu Rasulullah s.a.w. tidak samasekali menyempitkan persekitarannya sehingga kita jadi hilang daya kreativiti untuk melakukan sesuatu yang terbaik berdasarkan keadaan dan zaman.
----------------------
Baiklah, jika kita andaikan bahawa cara tabligh itu benar-benar dari Rasulullah s.a.w. dan wajib diikuti, bermakna setiap kali perang kita juga wajib menggali parit. Guna pedang. Naik kuda dsbnya.
Kerana kesnya sama. Yang pertama dakwah. Yang kedua perang fi sabilillah.
Apakah saudara setuju bahawa dalam peperangan kita tidak semestinya menggunakan sebiji-sebiji apa yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w.?
Jika setuju, bermakna secara automatik saudara juga mengakui bahawa dalam berdakwah juga begitu. Saudara secara tidak langsung mengakui bahawa dalam pendekatan amar makruf nahi munkar tidak semestinya mengikut sebagaimana Rasulullah.
Jika saudara jawab tidak setuju.. Bermakna saudara secara automatik mengakui, bahawa dalam peperangan kita mesti pakai pedang, kuda dsbnya.....
-------------
Soal: Mengapa ustaz-ustaz tidak ramai sertai tabligh?
Jawab: Berkemungkinan mereka berpendapat bahawa cara dan pendekatan dari jamaah lain itu lebih baik dsbnya...
Itu pendapat mereka. Pendapat saudara bagaimana? Lebih suka pendekatan tabligh.. Itu hanya pendapat saudara, tetapi tidak pada orang lain. Lain orang lain caranya.
----------
Masalah:
Ada yang mengatakan bahawa di dalam satu negara ini mesti ada satu jamaah sahaja? Bagaimana?
Jawab:
Itu pendapat mereka. Bukan pendapat orang lain. Dan ia bukan satu hukum yang tetap. Bergantung kepada keadaan. Jika keadaan dan maslahat memaksa untuk wujud satu jamaah sahaja, maka itulah yang perlu diputuskan. Kerana jamaah diwujudkan antaranya adalah agar kerja-kerja dakwah dan kebajikan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun lagi. Ia juga dapat meletuskan satu ledakan kekuatan untuk merobohkan jahiliyah dan kemungkaran. Ia bukan satu agama baru, atau mazhab baru.
Jamaah-jamaah Islam yang ada hendaklah bertabiat lengkap melengkapi antara satu dengan lain.
* Sekiranya kurang jelas, boleh teruskan dialog ini dengan kami.
Reply

Use magic Report

positiveenergy This user has been deleted
Post time 23-5-2003 10:16 AM | Show all posts

Soal_jawab ttg jemaah Tabligh (sambungan)

Kes#5: Tablighi Jama'ate
Nama: Ahmad Fakri
univ.:Universiti Teknologi MARA
Daerah: Shah Alam (SEL)
Soalan: Pada tahun 1992, Mufti Kerajaan Melaka dan Johor telah mengharamkan kegiatan Jamaah Tabligh di negeri-negeri tersebut. Mufti di negeri-negeri lain pula mengambil sikap tunggu dan lihat. Pertanyaan saya: Apakah masalah yang sebenarnya telah
berlaku khususnya dari segi Tauhid, syariah dan akhlak sehingga dua kumpulan mufti tersebut mengambil keputusan yang berbeda? Rektor Universiti Al Azhar dalam mengulas isu yang sama beranggapan Jamaah Tabligh patut disekat kerana merugikan umat Islam. Mufti Mekah pula berpendapat Jamaah Tabligh harus dibantu yang mana orang Islam di luar
Jamaah sepatutnya mengisi kekosongan atau kekurangan yang ada pada Jamaah Tabligh. Saya secara peribadi bersetuju dengan pendapat mufti Mekah. Apa ulasan tuan berhubung perkara ini?
--------------------
Jawab:
Kita di AHKAM tidak memperolehi teks resmi fatwa rektor al_Azhar atau Mufti Mekah. Kita juga sangsi jika Mufti Mekah bersetuju dengan Jama'ah Tabligh kerana banyak hadis-hadis yg disibarkan oleh Tabligh adalah lemah dan palsu, sedangkan Mufti Mekah yg bermadzhab asSalafiah amat keras terhadap hadis-hadis yg lemah atau palsu. Mengenai isu Tabligh, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya memutuskan perkara ini untuk menutup sebarang kegelisahan dan tandatanya umat Islam. Kita secara umumnya berpegang dengan prinsip umum: berlapang dada dalam apa yg diperselisihkan selagi mana ia tidak menyentuh usyuliah agama. thtl
Sj 633 Kes#1: Wanita yg haram di nikahi dan Sunnah Makan
Nama: yisz
Pekerjaan/sekolah/univ.: rumah
Daerah: Sg Buloh (SEL)
Soalan: 1. Apakah hukumnya jika saya berkahwin dengan seorang wanita yang bersaudara sebelah ibu saya? 2. Adakah perlu saya mengikut sunnah Rasul yang mana baginda makan hanya menggunakan 3 jari. Sedang kita berada di Malaysia, kita makan nasi. Jadi kalau kita makan gunakan 3 jari mungkin nasi itu akan tumpah atau sebaliknya.
-------------------
Jawab:
1. Wanita yg haram dinikahi dijelaskan dalam ayat 23: S anNisaa': (terjemah) "diharamkan makcikmu (saudara perempuan dari ibu)"
2. Sunnah makan dengan tiga jari itu tidak wajib diikuti kerana ia bukan sunnah yg disyari'atkan, tetapi sunnah ghairi tasyri' (sunnah yg bersifat personal kepada Nabi saw disebabkan Nabi saw berbangsa Arab, hidup di sesuatu period tertentu dan sesuatu yg disebabkan oleh sifat kemanusiaannya) dan tidak diwajibkan kepada umatnya. (Syaikh Mahmud Syaltut, Fatawa Islamiah)
======
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2003 11:15 AM | Show all posts
Salam,

Takut juga rasanya nak perkatakan sesuatu maklumlah kalau kalau orang salah tafsir. Percayalah.

Kebaikan itu memang dituntut. Dlm melihat cara atau uslub da'wah manusia tidak mengikut tertib. Contohnya: Salah satu rukun solat ialah Tertib. Disebabkan tidak mengikut tertiblah maka umat menjadi haru-biru. Pandangan manusia selalunya mencari cari apakah yang dibuat orang sesaorang/kumpulan itu jalan yang sebenar yang dikehendaki oleh ajaran agama Islam.

Amir berikan urutannya:

Berdirinya kamu didunia ini sebagai manusia dimuka bumi. Anak Adam semuanya khalifah secara umumnya. Dia mestilah mempelajari perkara perkara yang wajib bagi dia mengetahui untuk dirinya. Kemudian dia mestilah mengambil Ilmu Ilmu yang membolehkan dia menjadi manusia yang berfaedah kepada manusia yang lain. "Sebaik baik diantara kamu,orang yang memberi menafa'at pada yang lain" "Semulia mulia hambaKu,mereka yang bertaqwa kepada Ku"

"Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari Api Neraka" Urutan yang seterusnya ialah menjaga keluarga.Kalau setiap umat daripada kita menjaga keluarga,rasanya apakah impaknya? Anak anak ku dan orang dibawah jagaan kamu akan bertanggung jawab terhadap Agama,Bangsa dan Negara.

Urutan seterusnya ialah,tanya kepada diri kamu dimana sebenarnya kedudukan kamu? Apakah kamu mengerti akan tanggungjawab menjadi pemimpin/khalifah itu tadi? Semua orang mesti mengambil sifat menyampaikan atau tabliq.Tidak boleh tidak. Kalau tidak bagaimana sesaorang itu nak menyampaikan/tabliq kepada orang yang terdekat dengannya. Saperti anak anak dan isterinya,jirannya,kawannya,kariahnya,orang dlm jagaannya saperti menjadi Imam,bilal,AJK surau atau masjid,ditempat kerja,jadi Boss,jadi majikan semuanya mesti menjalankan kerja tabliq ini. Oleh itu kerja tabliq ini tidak dilihat pada kumpulan bernama Tabliq.

Apakah kamu ingat dengan menganggotai jemaah tabliq itu kamu telah tergolong dari orang yang diredhai oleh Allah SWT. Jangan tertipu!!!

Keluar 40 hari,4 bulan  tapi hidup tak saperti yang dituntut oleh Ilmu syariat Agama Islam itu sendiri. Hidup bermewah mewahan. Kalau orang tegur, dia akan kata " mampu" Keluar keluar jugak,riba mentedarah jugak. Keluar,keluar jugak...kereta lama masih boleh pakai dia tukar kereta baru. Rumah untuk tempat tinggal sudah ada.....belilagi satu. Kalau tanya,dia jawab untuk anak atau untuk sewakan buat hari tua.. Inilah kita katakan fikrah dia tak betul. Dan tidak tergolong daripada orang yang mendapat pertunjuk dan tahu akan erti kehidupan didunia yang sebenar.

Sekian dahulu.

Amir pernah keluar ikut tabliq untuk 3 hari menimba pengalaman.
Reply

Use magic Report

Sassaparella This user has been deleted
Post time 23-5-2003 06:01 PM | Show all posts

Hmm

Saudara Amir,
setahu saya tiada istilah menganggotai Jemaah tabligh, sebab tidak ada pertubuhan yg bernama "jemaah Tabligh'. Nama tu adalah nama yg dipanggil terhadap mereka.
Tak perlu isi borang ker apa ker. Cuma yg perlu ialah niat yg ikhklas utk memperbaiki diri, iman dan amal. Memanglah takder jaminana syurga, siapa kita manusia nak jamin2 syurga? Tapi Allah lebih mengetahui keikhlasan mereka.
Personally, saya nampak banyak perubahan samada ditahap iondividu atau masyarakat yg berlaku berkat susah payah usaha mereka2 ni yg sanggup berkorban kesenangan mereka.
Kalau Amir rasa mereka ni tak betul, cuba pergi sendiri jumpa orang2 yg alim ulamak yg buat tabligh ni di masjid sri petaling. Jangan lupa listkan persoalan, sebarang kemusykilan anda kalau anda betul2 nak tahu ler..
Kalau saya begitulah yg saya akan buat, supaya kita tak judge ssst berdasarkan khabar angin dan pendapat org lain..
Wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2003 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by Sassaparella at 2003-5-23 06:01 PM:
Saudara Amir,
setahu saya tiada istilah menganggotai Jemaah tabligh, sebab tidak ada pertubuhan yg bernama "jemaah Tabligh'. Nama tu adalah nama yg dipanggil terhadap mereka.
Tak perlu isi ...


Assalamu'alaikum Sassaparella,

Saya setuju dengan apa yang dikatakan dan itu lah juga apa yang saya faham... sememang nya tak ada pertubuhan apa-apa siapa pun boleh buat kerja jemaah bila-bila masa atas nama seorang yang beragama Islam. Hampir semua dari kita ada bahagian di dalam bertabligh sebenar nya. Semoga Allah s.w.t. merahmati orang yang selalu menuju ke arah kebenaran.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2003 12:45 PM | Show all posts
Salam.

Itu memang betul,menganggotai Jemaah Tabliq tak perlu mengisi borang. Tak cantiklah nampaknya kalau kena isi borang. Begitu dengan  Jemaah Tarikat juga tak perlu isi borang.

Jemaah Syiah,Jemaah Sunni,Jemaah khadiani  pun tak perlu isi borang. Apakah itu yang dituntut oleh Agama Islam? Sebenarnya manusia itu setiap saat dalam kerugian. Kenapa? Manusia itu semestinya  mensucikan diri mereka bersamaan dengan peredaran waktu sahinggalah ke-liang kubur,baru tammat. Manusia itu  merasakan yang diri mereka tidak berapa suci maka dia carilah jalan jalan yang membolehkan dia itu mendekati pada Allah atau untuk mencari keridhaan Allah. Maka mencarilah mereka sahingga sekarang. Itu pun masih lagi tak tahu sama ada jalan yang dipilih itu berupakan jalan yang benar.

Salah satu akibat dari mencari cari jalan ini maka berlakulah perpecahan umat atau umat Islam itu terlihat berpecah,berkelompok-kelompok begitu.

Mereka mereka yang berada dalam kelompok kelompok ini berasa semacam selamat disebabkan penceburan mereka kepada kelompok masing masing. Berasa puaslah mereka sahinggalah masanya bertemu dengan Allah. Itu sebabnya penyucian diri itu tidak diambil kira sebagai jalan untuk mendekati pada Allah SWT.

Contohnya:

Saorang insan yang bertaraf khalifah didalam suatu Kumpulan Tarikat yang berjawatan didalam Institusi RIBA dikatakan telah tertipu dengan amalan tarikatnya atau tertipu dengan jalannya yang disangka jalan yang sebenar atau jalan dalam mencari keridhaan Allah apabila ianya terus terusan bekerja atau masih memiliki jawatan diInstitusi RIBA itu. Apa sebabnya? Dia tidak dapat melihat bahawa usaha untuk keluar dari keadaan dia berada dalam Institusi RIBA itu sebagai satu jalan yang benar (Jihad)  untuk mendapatkan keridhaan Allah SWT. Inilah yang dikatakan sebagai orang yang tertipu dengan kehidupan hidup didunia ini.

Itu satu contoh. Cuba qiaskan dengan yang lain saperti duduk diInstitusi RIBA buat kerja Tabliq,keluar 4 bulan,40 hari dan tiga hari sebagainya. Dah pulak itu...pandai pulak mengata orang lain yang bekerja dengan tempat tempat haram yang lain saperti Arak dan Judi sebagainya.

Sampai sini dulu,assebab Amir boleh sambung,InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Sassaparella This user has been deleted
Post time 26-5-2003 02:44 PM | Show all posts

Hmmm

Saudara Amir,
Terlebih dahulu dimaklumkan bahwa saya menulis ni berdasarkan kefahaman saya yg mungkin tak sempurna. Bagi saya jemaah yg berbeza2 itu ibarat jalan-jalan yg berbeza tapi menuju ke destinasi yang sama. Kecualilah yg nyata2 menyimpang macam qadiani tu.. Selagi mereka menuruti al-quran dan sunnah maka kita tak der hak utk menggangap mereka ni berada di jalan yg tak betul. Pada kefahaman saya, orang pas ker, orang amno ker, orang tabligh ker selagi dia terima quran dan hadis, allah yg Maha Pengasih bebas utk memasukkan mereka ke dalam syuirga. Hatta, seorang perempuan zina pun yg mempunyai belas kasihan terhadap anjing pun lagi boleh diampunkan oleh Allah.
Setahu saya, org yg buat dakwah(tabligh) ni tak ader pun claim yg HANYA mereka saja yg bakal jadi ahli syurga. Tapi yg nyata, bila kita mahukan sesuatu dgn sungguh2 sanggup korbankan kesenangan hidup maka insyaallah Allah akan tunjukkan jalan. Yg penting KEIKHLASAN, bukannya utk mencari kesalahan org lain.
Org2 yg terlibat dalam usaha dakwah ni terdiri dari pelbagai jenis org dan manusia. Dari yg bekas penjenayah sampai ke ulama dari kerabat diraja sampai ke buruh kasar dari yg tak penah skolah sampai ke professor semuanya ada. Oleh itu adalah tidak wajar utk saudara Amir utk judge usaha dakwah ni berdasarkan individu tertentu. Mungkin dia(individu tersebut) sedang dalam arah utk memperbaiki diri tapi masih belum mampu utk terus berhenti. Mungkin dia siang malam berdoa supaya Allah memudahkan/menunujkkan jalan keluar dari keadaan tersebut...mungkin? Saya rasa lebih baik kita berbaik sangka sesama Islam, kerana itu dituntut sebagai org beriman..
Oklah, saya bukannya nak defend mana2 pihak, cuma bagi saya kalau ada pihak2 yg berniat baik utk memperbaiki keadaan ummat, kita sebagi org Islam perlu lah menyokong. Kalau ada salahsilap kita sama baiki dengan baik. Tak gitu?
Wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2003 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by Sassaparella at 2003-5-26 02:44 PM:
Saudara Amir,
Terlebih dahulu dimaklumkan bahwa saya menulis ni berdasarkan kefahaman saya yg mungkin tak sempurna. Bagi saya jemaah yg berbeza2 itu ibarat jalan-jalan yg berbeza tapi menuju ke de ...



Salam.

Berbaik sangka itu adalah syariat Islam. Sekiranya kita tahu orang itu dalam kemungkaran,apa ke bendanya yang kita harus berbaik sangka. Mereka mereka ini adalah ladang bagi orang yang berdahwah. Dahwah itu bukan saja mengajak orang buat baik tapi ia juga melarang dengan tangan,mulut dan hati bagi orang yang membuat kemungkaran. Berdahwah mestilah berhikmah.

Berdahwah mestilah mengikut kapasiti kita selaku pemimpin. Dimana kamu berada disitu kamu berdahwah. Bukanlah berdahwah itu berada dalam kumpulan kumpulan tertentu baru dikatakan berdahwah. Disaat kamu berkata yang tidak betul dan disangkal dengan kebenaran,itu juga dikatakan berdahwah. Dalam situasi ini pun akan berlaku pertelingkahan dan pada masa itu kedua duanya akan akur kepada kebenaran. Allah itu mencintai kebenaran. Katakanlah kebenaran walaupun ianya pahit.

Allah cinta kepada penyatuan. Kalau sesaorang itu berada pada sesuatu kumpulan dan mengambil fahaman fahaman yang boleh menjurus kepada perpecahan maka orang itu telah berbuat mungkar. Walaupun mereka mengaku bahawa berada pada kumpulan itu tidak bererti melakukan perpecahan tapi mereka telah memberi satu gambaran pada yang melihatnya semada orang Islam atau orang bukan Islam bahawa Islam itu semacam berkompok-komplok atau berjemaaah-jemaah.

Amir tidak sebut tentang ketentuan masuk syurga,mungkin Sassaparella telah tersalah anggap pada saya.

Janganlah keliru dan tertipu dengan kehidupan dunia ini wahai Sassaparella. Berdahwah ini untuk semua orang pada apa keadaan dan masa, diperuntukan pada sesaorang oleh Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Sassaparella This user has been deleted
Post time 27-5-2003 10:27 AM | Show all posts
Hmm

Amir said:"Janganlah keliru dan tertipu dengan kehidupan dunia ini wahai Sassaparella. Berdahwah ini untuk semua orang pada apa keadaan dan masa, diperuntukan pada sesaorang oleh Allah SWT."

Setujuu...

Aku ni sangat2 menyokong apa2 saja yg ke arah menyatukan ummah. Sebab itu aku suka usaha dakwah tabligh (ya..spt yg dikatakan oleh lax, dakwah ni kerja semua manusia..). Aku lihat dalam usaha dakwah tabligh ni, orang amno boleh berkasih sayang dgn orang pas, mat2 rock boleh tukar jadi orang yg tawaduk, org2 kaya boleh jadi zuhud...banyak sangatlah kebaikannya.
Adakah kerana seorang individu tertentu maka kita nak cop "tak betul" terhadap usaha ni?
Katakan ada seorang hamballah ni sembahyang tapi suka mencuri. Takkan kita kata >enko ni mencuri, tak payah sembahyanglah! Yang tak baiknya ialah perbuatan mencuri, sembahyang dah baik. So, kita kena usahakan nak buang yg tak baik tu, bukan nak suruh dia tinggalkan perbuatan yg baik juga.
Itu contohlah...
Individu tu mungkin belum sempurna lagi, tapi benda yg dia buat tu dah baik, yg kita kena usahakan ialah bagaimana dia boleh dapat tinggalkan perkara yg tak baik tu. Ini memerlukan kasih sayang. Ingat tak Sabda Rasulullah mengenai tak sempurna iman seseorg tu selagi dia tak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.(lebih kurang maksudnya).
Kesimpulannya, aku personally nampak yg usaha dakwah atau "tabligh" seperti yg dipanggil orang, adalah satu usaha yg baik. Orang2 yg terlibat pun tidak mahukan sst macam pujian atau duit atau lain-lain, malah mereka terpaksa berkorban harta dan masa mereka. Jadi perlukah kita nak menghapuskan usaha sebegini semata2 kerana beberapa individu yg kita nampak 'tak betul'? Jangan kerana seekor nyamuk, kelambu kita bakar..

Dan last sekali saya nak tanya Amir, pada pendapat Amir macam mana yg sepatutnya dilakukan utk menyatukan ummah dalam keadaan sekarang yg realitinya terdapat bermacam bagai jemaah?
Bagaimana pulak dengan realiti uumat islam sekarng yg terbahagi kepada pelbagai mazhab? adakah kempat2 imam besar tu bersalah kerana memperkenalkan mazhab2 yg berbeza?
Sekian, maaf kalau terkasar bahasa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2003 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by Sassaparella at 2003-5-27 10:27 AM:
Hmm

Amir said:"Janganlah keliru dan tertipu dengan kehidupan dunia ini wahai Sassaparella. Berdahwah ini untuk semua orang pada apa keadaan dan masa, diperuntukan pada sesaorang oleh Allah  ...


Salam.

Sebenarnya Sassaparella apa yang Amir nak sampaikan dengan keterangan keterangan yang dipostkan supaya manusia itu mendapat gambaran yang jelas bahawa tabliq ini (menyampaikan) bukanlah tergambar saperti mana yang dibuat oleh kumpulan Tabliq. Bukan! Malahan,manusia merasakan saperti terhina dan dihina (tidak secara langsung) assebab kedatangan mereka. Kamu pergilah mana mana Masjid dan Surau dan tanya pada pihak tersebut bahawa kedatangan mereka tidak mendapat sambutan dari jemaah atau kariah tersebut. Sambutan disini bermaksud mereka alu alukan kedatangan dan join sekali. Apa pasal? Sebabnya (rasa rasa Amirlah) kedatangan mereka (orang orang/kariah datang untuk memakmurkan Masjid) ke Masjid bagi mengimarakkan peranan Masjid atau Surau tidak dianggap atau dipandang suatu usaha dahwah bagi menyampai Risalah Agama  iaitu menegakkan dan menyebarkan Agama itu sendiri. Apa tahnya? Jemaah Tabliq datang untuk berdahwah termasuk orang orang dalam Masjid dan juga kariah Masjid itu sekali. Dan mereka ini tak terlihat oleh mereka sebagai orang yang juga menyampaikan dahwah Agama. Ini seolah olah orang lain tak mainkan peranan dahwah selain dari kumpulan Tabliq.

Oleh yang demikian kewujudan kumpulan ini (agaknya) tidak mendapat sambutan dari orang yang mempunyai fikrah yang lain daripada  kumpulan Tabliq.

Tidak ada orang yang nak menghalang orang orang kumpulan Tabliq ini daripada terus menyampaikan risalah kepada manusia, ya tak? Tak ada, sebabnya budaya dan budipekerti orang orang melayu yang penuh dengan adab sopan nya. Tapi mereka mengata dibelakang atau disebaliknya.

Sekarang ini kumpulan Tabliq ini sudah banyak berubah. Apa dia?

Dulu dia bawa bersama mereka periuk,pinggan dan lain lain barang keperluan makanan tapi sekarang dah lagi.

Dulu mereka makan dalam dulang ramai ramai tapi sekarang ready-made food,makan dalam bungkusan.

Dulu kehulu dan kehilir dengan pakaian sunnah India dan ikat serban pun sunnah India, ada 2 ekor tapi la ni sudah jarang kita lihat. Tak tahulah Amir,diMasjid Sri Petaling tu? Sekarang ini mereka kerap pakai kupiah.

Dulu punya takasubnya mereka sahingga menyebut nama Allah pun slang India. Minta maaf....minta maaf...minta maaf.....

Dulu kalau ada majlis Ilmu dimasjid mereka buat hal mereka sahaja tetapi sudah berubah ia itu apabila ada majlis Ilmu,mereka pun turut serta,syabas!

Nampak nampaknya  kumpulan Tabliq ini semacam telah dapat menyesuaikan dengan keadaan di Malaysia dan tidak lagi di India.

Amirrulmukminin (Umar) menjadi Pemimpin Ummah (diibarat oleh nabi bahawa sahabat sahabat ku saperti bintang dilangit,saperti AlQuran berjalan) kehulu dan kehilir menyampaikan (Tabliq)  risalah sedang berehat dibawah pokok.

Ada lagi satu orang.....namanya Amir jugak...berdahwah jugak...tapi....tapi.....dan ...tapi...........bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2003 05:48 PM | Show all posts
SAMBUNG LER...AKU NAK LEBIH TAHU...LEBIH ILMU..WALAU PUN SIKIT
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 27-5-2003 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 9-5-2003 08:12 AM:
Ku Anis, saya tertarik dengan apa yang Anis  katakan... meninggalkan isteri sampai 40 hari pun ada isteri yang marah-marah..... bagaimana pula suami-suami yang 'pergi terus' apabila terkorban di medan Jihad? Ada isteri marah-marah jugak ke?  :wink:...


Kalau ditinggalkan 40 hari munkin isteri tak marah.. TETAPI kalau ditinggalkan suami bertahun-tahun kerana belajar isteri akan marah sebab sisuami 'no problemo' sebab dia bolih kahwin Muta'ah tatapi siisteri yang ditinggalkan tak bolih ke?

Jika suami-suami yang 'pergi terus' apabila terkorban di medan Jihad - sisteri kan bersyukur alhamdulillah dan bersyukur kerana suaminya syahid dan bagi siisteri tak ada ikatan lagi dan bolih kahwin lain.. Lax nampak tak akan perbezaannya?
Reply

Use magic Report

Sassaparella This user has been deleted
Post time 28-5-2003 12:14 PM | Show all posts
Setahu saya, di malaysia ni, bila seseorg tu nak keluar bersama jemaah untuk 40hari atau 2bulan atau 4bulan, dia akan dikehendaki supaya menyediakan keperluan makan minum anak isteri yg ditinggalkan tu. Disamping tu, isteri2 mereka yg lain yg tidak keluar akan menjenguk isteri yg ditinggalkan tu dari masa ke semasa. Mengenai kawin mutaah saya tak pernah dengar lagi org yg keluar utk dakwah buat kawin mutaah ni..
Dan setiap kali ssorg tu nak keluar, dia akan ditapis dan ditanya samada dia dah sediakan perbelanjaan utk anak isteri, smada dia dah mintak cuti (kalau keja sendiri tak kisah la..) supaya tak timbul fitnah.
Dan si isteri yg faham sepatutnya gembira kerana selama mana suaminya keluar dijalan Allah, maka dia pun memperolehi pahala yg sama. Malah isteri akan jadi lebih dekat kepada Allah dari segi pergantungan kepada Allah.
Para sahabiah dulu siap suruh suami mereka keluar ke jalan allah , samada utk jihad(perang) atau utk dakwah.

Mlangnya, Hari ini keutamaan kita telah berubah. Bila seseorg tu tinggalkan anak isteri utuk maksud kerja dll, kita tak kisah sebab kita nampak keuntungannya (at least keuntungan dunia) tapi bila suami pergi utk maksud agama, kita akan merungut. Tidakkah kita sedar bahawa dunia ini sementara aje, di akhirat apa yg ditanya ialah iman kita, solat kita, ibadat kita. Pangkat kita, duit kita tak akan ada nilai disisi Allah melainkan kalau kita guna untuk agamaAllah.
Jadi mereka yg keluar ni sebenarnya utk belajar2 guna harta dan masa mereka utk maksud agama Allah untuk cari keredhaan Allah.

Saya tak nampak kenapa perlu rasa terhina bila diajak kemasjid. Lagipun tujuan mereka ajak tu untuk kita duduk dalam majlis mereka. Saya sebaliknya suka kalau ada org ingati saya. bukankah peringatan itu bermanfaat untuk org2 yg beriman?

Mengenai bawak periuk , saya tak nampak sebab utuk mengkritik perkara ni. Tak dapatkah kita hargai sedikit pengorbanan dan susah payah mereka...
Kita hari ni suka mengkritik benda2 yg remeh sebegini tapi membutakan mata terhadap masalah ummat yg teruk sekarang. anak2 muda islam masa maghrib masih sibuk bermain bola. berapa ramai yg sembahyang 5 waktu? lelaki perempuan selamba je berpelukan atas moto? Adakah Rasulullah saw suka perkara2 ni...? Dan aku nampak orang2 Tabligh ni antara yg sanggup turun padang jumpa anak2 muda kita dengan lemah lembut pujuk mereka. Saya percaya Allah suka perbuatn mereka ni. Bagi orang yg hanya pandai mengkritik tu, hanya di akhirat kelak mereka akan tahu siapa yg untung sapa yg rugi..

Sesungguhnya Allah swt itu sebaik2 hakim.

[ Last edited by Sassaparella on 28-5-2003 at 12:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2003 02:47 PM | Show all posts
Salam.

Orang orang Tabliq ini terlihat pada mereka  bahawa berdahwah ini dipertontonkan dengan berjalan keluar beberapa orang pergi berjumpa dengan orang dan sampaikan risalah. Kalau kamu bertanya pada mereka apa itu kerja dahwah mereka nanti akan kata,'Keluar dijalan Allah' Itulah selalunya dibuat selepas majlis ta'alim. "Haa....siapa lagi....4 bulan.....ada!...40 hari....ada ke sesiapa........mari tuan tuan jihad...jihad......." kata salah saorang drpdnya.

Disini konsep jihad ini telah diperkecilkan dan konsep keluar kejalan Allah (Dahwah) juga telah diperkecilkan. "Jumud juga mereka ni" kata Amir.

Mereka berkata,"Mari keluar kejalan Allah dan tinggalkan sementera dunia kita, berkorban...berkorban....taat perintah Allah,ikut cara Rasul." kata kata mereka itu memang benar tapi kefahaman mereka itu tertumpu kepada keluar dijalan Allah barulah dikatakan kita ini mengikut sunnah Rasulullah.

Jadi Amir berpesan bahawa dahwah itu mestilah dilakukan oleh orang yang mengaku beriman kepada Allah dan ianya dilakukan setiap masa tidak kira dimana kamu berada. Itu konsep dahwah.

Amir berpesan juga bahawa orang orang yang hidup beragama itu bermaksud tidak ada permisahan diantara Dunia dan Akhirat. Dunia mereka diletakkan dibawah pengaruh agamanya. Contohnya: TV itu tidak akan menjadi salah satu dunianya apabila TV itu menjadi perantaraan perhubungan atau hiburan yang tak melalaikan.

Acap kali juga Amir ada menerangkan tentang 'Jangan terkeliru......hendaklah fahamkan Agama ini.......hayatilah dengan mengikut tertib.......jangan rasakan bahawa faham kamu (Kumpulan Tabliq) yang betul.......maksud dan kerja dahwah itu.'

Amir ingin mengingatkan bahawa tertib yang pertama ialah Iqra' dan setelah kamu tahu dan kenal dik kerana Iqra' itu maka masuklah Agama Allah itu keseluruhannya. Ajakan ini adalah Wahyu Allah. Bila kita kata,"masuk keseluruhannya" bermaksud Taqwa. Menjadikan kita ini orang yang berTaqwa kepada Allah. Apa erti Taqwa? Taat Perintah Allah Ikut Sunnah Rasul dan Jauhi Larangan Allah dan Rasul.  Apa yang Amir katakan ini memberi erti bahawa manusia ini mesti menjalankan hidup ini dengan berteraskan AlQuran dan Sunnah. Termasuklah dahwah didalam kehidupannya. Menjalankan kehidupan diDunialah banyak manusia yang terkeliru dengannya. Menjalankan kehidupan tidak mengikut Tertib.

Contohnya orang yang keliru:

Berbelas belas tahun keluar dijalan Allah masih lagi tidak dapat hidayahNya. Apa sebab? Kerja dahwah yang dimengertikan tidak dapat mengeluarkan mereka  dari Institusi RIBA.Mereka beranggapan bhawa Allah akan  mengcualikanmereka ini dik kerana "keluar dijalan Allah" "korban....korban.." dan akan mendapat keampunan Allah. Semua orang Islam mahukan keampunan Allah dan tidak terkecuali orang orang Tabliq. Ini PASTI  diinginkan oleh SEMUA ORANG ISLAM.

Amir kata dia ini telah keliru dengan kehidupan berAgama sebegitu. Sebabnya dia tidak terlihat bahawa mengeluarkan dia dari Kemungkaran itu sebagai satu dahwah dan jihad yang teramat besar bagi dirinya.

Mari kita baca ini cerita: Berlaku dizaman Nabi Musa. Semasa perbualan Nabi Musa bersama Allah,disuruhNya Musa melihat kepada saorang yang sedang berdo'a dalam keadaan menangis agar Allah SWT menerima do'anya. Apa kata Allah,"Wahai Musa lihatlah kamu pada sipulan itu,memohon supaya Aku mengabulkan do'anya. Aku(Allah) tidak akan mengabulkan do'anya kerana makanannya haram,pakaiannya haram walaupun air mata darahpun tidak akan Aku kabulkan."

Apakah pengajaran yang boleh diambil dan  dikaitkan dengan hubungan kehidupan berAgama di Dunia ini? Jawabnya: Tentu sekali Konsep dahwah dan jihad adalah mengutamakan pembersihan dan penyucian diri mesti diambil kira sebagai dahwah dan jihad yang terbesar sekali terhadap diri dan keluarga. Kalau tidak.....mereka ...mereka ini terkeliru.........kasiaaannnn.

Mari kita baca Ayat AlQuran dan Maknanya sekali dan tak puas hati lihat tafsirannya:

Asy Syams Ayat 8,9 dan 10 : " Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan." " Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu." " Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya."

Al A'alaa  Ayat 14 dan 15 : " Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman)." " Dan dia ingat nama Tuhannya,lalu dia sembahyang."

Akhir sekali kisah Nabi Musa diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan dahwah yang telah diWahyukan kepada Nabi Muhammad: " Pergilah kamu kepada Fir'aun sesungguhnya dia telah melampaui batas." " Dan katakanlah (kepada Fir'aun): ' Adakah keinginnan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)' " " Dan kamu akan kepimpin kejalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepadaNya."

Disini dulu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.133665 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list