CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AILIOMLELE

[Merged] Wasiat/Faraid/Hak isteri/harta sepencarian. (+ vios880, okiedokie)

  [Copy link]
Post time 17-2-2007 03:08 PM | Show all posts

HAK isteri..

kalau perempuan tu kawin dengan duda.. means isteri 1st die dah meninggal..

ape hak isteri tu if si suami meninggal dunia?? pembahagian harta sepencarian dan harta2 lain... bagaimana dengan pembahagian dengan anak2 tiri.. (lelaki dua-dua nyer)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2007 03:19 PM | Show all posts
Ni nak tanya pasal hak isteri yg dah meninggal tu ke?  Yang dah meninggal tiada bahagian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by Pusaka at 24-1-2006 20:14
Mengikut undang Faraid......hak isteri cuma 1/8
daripada harta suami saja......Kesian huh:stp:  

Itu kalau satu isteri......kalau 4 isteri2 maka 1/8 bagi 4 = 1/32  

Rasa2 cukup ke......sa ...


rujuklah kepada ahlinya, mungkin tak seperti itu. Dan bila memang seperti itu, yaa itulah yang telah di gariskan Islam, dan kita seharusnya taat. Kadang sesuatu yang terasa tak enak dan tak kita sukai, sebenarnya itu membawa kebaikan yang banyak buat kita. Allah berfirman:"Boleh jadi engkau tidak menyukai sesuatu, tapi sebenarnya padanya terdapat kebaikan yang banyak"........Allah Maha tahu sedangkan kita tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 11:44 PM | Show all posts
kalau rumah yg dibeli secara berkongsi...adakah dikira harta sepencarian? macam mana pulak pengiraan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 02:18 AM | Show all posts

PEMBAHAGIAN HARTA WASIAT

Assalammualaikum,


Saya ada sedikit kemusykilan mengenai pembahagian harta pusaka. Arwah datuk saya telah meninggal pada tahun 1997. Saya berumur 15 tahun.

Setelah beberapa lama pemergian arwah, pembahagian harta dibuat antara anak-anaknya di mana bapa saya merupakan anak lelaki sulung dan mempunyai 2 orang kakak, 3 orang adik lelaki dan seorang adik angkat perempuan di mana dipelihara sedari kecil lagi.

Setelah pembahagian harta dibuat - mengikut wasiat dimana hukum faraid diutamakan. Datuk saya memelihara cucunya merupakan sepupu saya ( 2 orang ). Mereka mendapat bahagian masing-masing. (Ibubapa mereka bersuara menuntut hak anak2nya)

Segalanya terbongkar kini, setelah saya mencapai akhil baligh dan pembahagian harta di buka semula - di mana beberapa aset arwah masih belum dibahagikan spt unit amanah saham ASB, KWSP dan juga beberapa bidang tanah. Selama ini bapa saya mendiamkan diri mengenai hak saya. Di dalam wasiat tercatat nama saya dan beberapa sepupu saya yang lain (tidak termasuk 2 orng tadi). Wasiat berbunyi, ' Tanah ini diwasiatkan kepada cucuku, (nama saya) dan hendaklah diberikan kepada dia setelah ayah tiada. Sekiranya (nama saya) masih belum berumah 18 tahun ketika ayah tiada, diamanahkan kepada anaknya (nama pakcik saya) untuk menjaga haknya. Sekiranya anaknya engkar dengan arahan ayanhnya, maka ayahnya haramkan hasilnya kepada anaknda (pakcik saya)

Di sini, bapa saudara saya iaitu merupakan anak lelaki arwah tidak mengikut wasiat di mana tanah itu mempunyai hasil pertanian - kelapa sawit semejak dari arwah datuk masih hidup. Dan sejak awrah tiada, segala hasil itu dikutip oleh bapa saudara saya tanpa memberikan kepada saya yang sepatutnya. Setelah umur saya mencapai 18 tahun, tanah tersebut masih lagi belum dipindahkan kepada saya.

Di sini, apakah hukumnya bapa saudara saya sebagai pemegang amanah, tidak melaksanakan dan menunaikan kewajipannyanya?

adakah haram dia mengunnakan wang dari hasil tersebut untuk kegunaan peribadinya tanpa mendapat keizinan dari saya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 03:37 AM | Show all posts
Dari soalan yang cik tulis tu, apa yang saya faham ialah cik ni adalah cucu kepada arwah.  
Mengikut pembahagian faraid, cucu tidak termasuk sebagai waris harta.
Berikut pembahagian harta mengikut faraid dari website...  http://maths.usm.my/faraid/
Bahagian cucu adalah = 0
WARISPMBHGN ASALTASH-HIEH
1 Isteri1/89/72
3 Anak Perempuan7/2421/72
3 Anak Lelaki7/1242/72
2 Anak Perempuan kepada Anak Lelaki0/10/72
2 Anak Lelaki kepada Anak Lelaki0/10/72
2 Anak Perempuan kepada Anak Lelaki kepada Anak Lelaki0/10/72
2 Anak Lelaki kepada Anak Lelaki kepada Anak Lelaki0/10/72
Jawapan dari e-syariah
PENGENALAN SISTEM PUSAKA ISLAM
12. Beberapa Masalah Semasa Berkaitan Dengan Pusaka.

i. Masalah Wasiat dan Harta pusaka.

Seseorang Islam boleh mewasiatkan hartanya kepada selain daripada ahli warisnya dengan tidak melebihi 1/3 keseluruhan hartanya, bukan harta yang diwasiat sahaja.  Jika melebihi kadar 1/3, harta yang lebih boleh dimiliki oleh penerima wasiat hanya dengan izin ahli-ahli waris. Jika tidak ada izin, penerima wasiat hanya boleh mengambil 1/3 sahaja.  Mewasiatkan harta kepada ahli waris adalah tidak sah mengikut hukum syarak walaupun tidak melebihi 1/3 atau dengan keizinan ahli waris yang terlibat.

Diriwayatkan dari Said Bin Abi Waqas r.a bahawa dia pernah bertanya dalam sakitnya "Ya Rasulallah saw, bahawa hartaku banyak dan tidak ada yang diwarisi harta itu kecuali anakku yang perempuan, bolehkah aku mewasiatkan hartaku semuanya?".  Rasulallah saw menjawab: "Jangan".  Dia bertanya lagi, " Kalau dua pertiga bagaimana?".  Baginda menjawab, "Jangan".  Aku bertanya lagi, " Bagaimana kalau 1/2?".  Beliau menjawab, "Jangan".  Aku bertanya lagi, "Sepertiga?".  Baginda
menjawab.  "Ya boleh dan sepertiga itu banyak.  Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau itu kaya, lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam kemiskinan meminta-minta kepada manusia."

Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a berkata ia. Telah bersabda Rasulallah saw di dalam pidatonya dalam haji wida'"Sesungguhnya Allah telah memberikan tiap-tiap orang empunya hak akan haknya,oleh sebab itu tidak boleh berwasiat untuk ahli waris."

Di dalam kes Sheikh Abdul Latif dan lain-lain lwn. Sheikh Elias Bux (1915) 1 (FMSLR 204) Telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Selangor bahawa sahnya wasiat dan pembahagian harta seorang Islam hendaklah mengikut undang-undang Islam
seperti yang ditadbir oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan di bawah undangundang Islam seseorang Islam tidak boleh mewasiatkan lebih dari 1/3 dari harta kepunyaannya pada masa ia meninggal dunia dan baki hartanya hendaklah dibahagikan kepada ahli warisnya mengikut bahagian yang ditetapkan oleh undang-undang Islam.

Dalam kes ini Sheikh Elias Bux telah membuat wasiat dalam tahun 1913 dan meninggal dunia tahun 1914.  Wasiatnya supaya hartanya dibahagikan sama rata antara anak angkatnya, dua balunya dan anak perempuannya.  Dia juga ada meninggalkan waris lain iaitu seorang saudara perempuan dan dua orang saudara lelaki.  Seorang saudara lelakinya telah menuntut di mahkamah mengatakan wasiat tidak sah dan ia telah diterima oleh Mahkamah dan diperintah supaya wasiat dibahagikan ikut hukum faraid Islam.  Rayuan di Mahkamah Rayuan juga telah ditolak.

Dalam kes Amanullah bin Haji Ali lawan Hajjah Jamlilah (1975) 1MLJ.70.  Telah diputuskan di Mahkamah Tinggi bahawa wasiat yang cuba memberi lebih 1/3 dari harta kepada seorang anak lelakinya adalah tidak sah dan diperintahkan diberikan kepada ahli waris yang lain mengikut hukum syarak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2007 11:30 AM | Show all posts
Sebuah keluarga ingin menguruskan pembahagian tanah pusaka, terjadi perbalahan dlm meletakkan nama dlm geran2 tersebut. Yang si waris lelaki ingin nama diletakkan berasingan dlm setiap geran manakala yg perempuan pula mahu setiap geran dikongsi semua beradik utk elakkan tanah pusaka dijual.

Dalam urusan harta pusaka siapakah yg lebih berhak bersuara dan membuat keputusan? adakah anak perempuan sulung atau anak lelaki yg merupakan anak kedua?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 09:01 PM | Show all posts
Apakah bapa saudara saya perlu mendapatkan keizinan saya untuk mengunakan hasil daripada harta yang telah diwasiatkan kepada saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 09:10 PM | Show all posts
Tanah itu dibeli oleh arwah ketika hayatnya masih ada dan ketika itu saya masih lagi kecil. Sebelum meninggal arwah telah berpesan secara lisan dan bertulis kepada bapa saudara saya, bahawa tanah itu milik saya dan hendaklah dipulangkan kepada saya setelah saya mencapai umur matang (18 tahun) di mana saya boleh katakan itu sebagai hibbah- (betul ker saya gunakan perkataan ini).

Dan bersaksikan adik beradik ayah saya, bapa saudara saya ini faham dan mengerti di atas perkara tersebut.

Saya sedar saya tidak boleh bersuara kerana ini melibatkan hubungan antara bapa saya dan adik beradiknya. Tapi saya perlu menuntut hak saya walaupun tidaklah sebanyak mana.Datuk saya telah menghadiahkan tanah tersebut kepada saya...disebabkan umur saya tidak cukup..maka diamanhkan kepada bapa saudara saya.

Dengan jelas tercatat bahawa tanah tersebut milik saya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by vios880 at 22-2-2007 09:10 PM
Tanah itu dibeli oleh arwah ketika hayatnya masih ada dan ketika itu saya masih lagi kecil. Sebelum meninggal arwah telah berpesan secara lisan dan bertulis kepada bapa saudara saya, bahawa tanah ...



Kalau macam yang disebut ni macam sudah hibah dan bersaksi.

Sebelum tu, saya nak tanya, pembahagian harta yang memasukkan sepupu vios 2 orang tu atas sebab wasiat atau hibah?  Kalau sebab waris, dia orang berdua sepupu vios tu tak termasuk sebagai pewaris harta.  

Sebaiknya pembahagian harta pusaka dan faraid dilakukan di Jabatan Tanah dan Galian atau Pejabat Daerah.  Di jabatan-jabatan berikut terdapat bahagian harta pusaka dan mereka akan uruskan pembahagian harta termasuk wasiat dan hibah.  Di situ juga terdapat peguam syariah yang menguruskan pembahagian harta.

Sekiranya vios rasa perlu tuntut harta berkenaan, boleh cuba gunakan khidmat peguam sharie dan kemukan surat hibah berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 09:29 PM | Show all posts
Sedikit tambahan...  

kalau vios rasa nak halalkan itu lebih bagus.  dan semoga Allah swt memberi ganjaran yang besar kepada vios.  harap ingat, faraid, wasiat dan hibah ni bukan tujuan membolot kekayaan tetapi membela yang miskin.  kalau rasa orang membolot, itu dunia sahaja, diakhirat nanti ada bahagian mereka menanti.

[ Last edited by  ibnur at 22-2-2007 09:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 11:52 PM | Show all posts
adik beradik ayah saya ada 7 orang termasuk seorang anak angkat perempuan. Harta dibahagi seadilnya mengikut hukum faraid.

setiap cucu iaitu anak sulung dari setiap anak-anak kepada arwah dihadiahkan sebidang tanah (dibeli arwah sebelum meninggal dan telah dicatatkan secara lisan dan bertulis).

kesemua sepupu saya mendapat hak masing-masing kecuali saya yang ketika itu berumur kurang dari 18 tahun. Di atas sebab tersebut, maka tanah tersebut diamanahkan kepada bapa saudara saya untuk menjaganya dan hendaklah dikembalikan kepada saya setelah mencapai umur matang seperti yg tertulis dlm wasiatnya (dimana kesemua anak2 arwah sedia maklum sebelum arwah meninggal).

Kini umur saya melebii 18 tahun, dan saya perlu menuntut hak2 saya. Mengapa saya perlu halalkan sedangkan itu hibbah dari arwah datuk saya..dan kini 11 tahun arwah telah 'pergi' bapa saudara saya tidak pernah memberikan hak saya (hasil pendapatan) kepada saya sehingga kini. Di mana dia telah menggunakan duit saya untuk kegunaannya tanpa keizinan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 12:39 AM | Show all posts
baru ler paham ceritanya.

awat tak cerita slow-slow bagi kita paham.  memula ingatkan wasiat.

jadi pak sedara vios tu pemegang amanah.  

pernah satu ketika 2 orang berjumpa nabi berkenaan tanah.  seorang kaya dan seorang miskin.  resolusi terakhir nabi bagitau kat yg miskin, suruh bagi harta tu pada yg kaya.  nanti diakhirat kelak yg miskin akan dapat ganjaran lebih besar lagi (tanah yang sangat luas).  bila yang kaya dengar gitu, terus dia tak jadi ambik tanah tu.  dan dia nak bagi pada yg miskin.  saya tak berapa ingat hadith ni kesudahannya tanah tu dapat pada siapa.

maksud saya, cubalah cari orang tengah (yang boleh jadi hakim) antara awak dengan pak sedara awak.  yang lepas-lepas tu harap redha kan.  semoga dapat ganjaran besar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 01:37 AM | Show all posts
Bukan apa..saya rasa saya berhak mendapatkan semula hak saya..apatah lagi pakcik saya mendiamkan diri tentang hak saya. hasilnya diambil tanpa keizinan saya.

datuk saya sebelum meninggal, telah memberikan unit saham amanah kepada ayah saya..kwsp di namakan atas nama ayah saya. Dengan amanah yang dipikul, ayah saya telah membahagikan nya secara adil..dan mengikut hukum faraid. Malangnya..adik2 beradik ayah saya tidak bersetuju. membantah keras.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 07:24 AM | Show all posts
Bila saya baca lagi sekali maka terungkai lagi satu persoalan.

Mana satu betul ni?  Wasiat ke hibah?  

Cuba cerita betul-betul sikit.

Wasiat berbunyi, ' Tanah ini diwasiatkan kepada cucuku, (nama saya) dan hendaklah diberikan kepada dia setelah ayah tiada. Sekiranya (nama saya) masih belum berumah 18 tahun ketika ayah tiada, diamanahkan kepada anaknya (nama pakcik saya) untuk menjaga haknya. Sekiranya anaknya engkar dengan arahan ayanhnya, maka ayahnya haramkan hasilnya kepada anaknda (pakcik saya)


Sebelum meninggal arwah telah berpesan secara lisan dan bertulis kepada bapa saudara saya, bahawa tanah itu milik saya dan hendaklah dipulangkan kepada saya setelah saya mencapai umur matang (18 tahun) di mana saya boleh katakan itu sebagai hibbah-
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 08:14 AM | Show all posts

Perbezaan antara wasiat dan hibah

Perancangan Harta Pusaka menurut Islam

Dari perspektif Islam, harta pusaka dirancang dengan cara membuat wasiat, hibah, waqaf dan nazar

Wasiat ialah pemberian selepas kematian setakat 1/3 harta kepada bukan waris yang juga dikenali sebagai satu amal jariah yang amat digalakkan.

Hibah ialah pembahagian sewaktu hidup yang tidak mengikut faraid, pembahagian lebih dari satu pertiga harta dan kepada waris sendiri dibenarkan. Penghibah boleh menentukan sendiri siapakah yang layak menerima harta hibah tersebut. Apa yang perlu ditentukan ialah ada unsur keadilan semasa membuat pengagihan harta.

Al-Wisoyah - iaitu suatu konsep pengamanahan dalam Islam adalah lebih tepat dan relevan dengan konsep (will) atau wasiat dalam undang-undang Sivil. Oleh yang demikian, konsep ini adalah paling sesuai untuk umat Islam merancang pusaka kerana pemegang amanah (wasi) boleh dilantik sebagai pelaksana segala arahan berkenaan pembahagian dan pentadbiran pusaka selepas kematian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 08:25 AM | Show all posts

Untuk pengetahuan bersama.....

Soalan : Apakah maksud Hibah ?


Jawapan : Hibah bererti pemberian sesuatu harta kepada penama / waris di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan.




Soalan : Bagaimanakah mekanisme Hibah itu berjalan ?


Jawapan : Apabila seseorang ingin mewariskan sesuatu hartanya kepada waris-waris tertentu, dia perlu untuk menyediakan Dokumen Pengisytiharan Hibah dan Surat Ikatan Amanah. Walaupun perisytiharan hibah ini dibuat pada masa hidupnya, tetapi pertukaran hak milik tanah tersebut hanya akan berlaku selepas kematian penghibah.




Soalan : Jika saya sudah menghibahkan sesuatu harta kepada waris saya, bolehkan hibah itu ditarik balik ?


Jawapan : Hibah yang boleh ditarikbalik hanya melibatkan hibah yang diberi oleh seorang ayah / ibu kepada anaknya atau datuk / nenek kepada cucunya. Selain daripada hubungan itu, hubungan di dalam bentuk yang lain tidak boleh ditarikbalik. Contohnya jika seorang suami menghibahkan rumah kepada isterinya, hibah itu tidak boleh ditarikbalik. Begitu juga dengan hibah yang diberikan oleh seorang ayah angkat kepada anak angkatnya, juga tidak boleh ditarikbalik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 08:30 AM | Show all posts
Soalan : Cara pembahagian harta pusaka juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat ?


Jawapan : Ya. Pewasiat boleh menyatakan di dalam dokumen wasiatnya bagaimana hartanya boleh dibahagikan selepas kematiannya. Contohnya, pewasiat boleh menyatakan supaya harta pusakanya dibahagikan sama rata di antara anak perempuan dan lelakinya. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sama ada arahan pembahagian harta ini boleh dilakukan ataupun tidak bergantung kepada persetujuan waris-waris. Sekiranya waris-waris tidak bersetuju dengan arahan itu, Hukum Faraid tetap akan digunapakai.




Soalan : Jadi, waris-waris boleh untuk tidak bersetuju dengan arahan cara pembahagian harta di dalam dokumen wasiat ?


Jawapan : Ya. Sekiranya mereka tidak bersetuju, Hukum Faraid akan tergunapakai tetapi sekiranya mereka bersetuju dengan arahan tersebut, formula pembahagian harta seperti yang dinyatakan di dalam dokumen wasiat itu akan digunapakai.




Soalan : Kalau arahan pembahagian itu boleh dicabar, apa gunanya saya membuat dokumen wasiat ?


Jawapan : Seperti yang dinyatakan pada awalnya, dokumen wasiat itu disediakan dengan tujuan utama untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan ia boleh dilaksanakan dengan hanya menyatakan perlantikan wasi di dalamnya. Jika dokumen wasiat itu tidak menyatakan tentang bagaimana harta pusaka itu hendak dibahagikan, maka secara otomatik , Hukum Faraid akan digunapakai. Jadi, klausa cara pembahagian harta ini boleh ada atau tidak di dalam dokumen wasiat. Kesimpulannya, tujuan utama dokumen wasiat ialah untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan bukannya untuk pembahagian harta.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 12:12 PM | Show all posts
macam mana kalau org tu sendiri pernah berpesan pada isterinya, andaikata dia mati nnt, dia cuma mahukan isterinya sahaja yg mewarisi harta peninggalan dia (epf, insuran, savings, rumah - dan dia mmg menamakan si isteri sbg penama)..dan pasangan ni takde anak.. dia ada mention la jugak, some amount to be given to his mother. but thats it, dia kata kat sedara2 yg lain dia tak nak bagi (atas alasan isteri tak kerja, so harta yg sikit tu je lah yg nak menyara kehidupan isteri lepas dia meninggal)... camne ye? boleh ke buat macam tu?

[ Last edited by  lady_cactuss at 23-2-2007 12:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 09:09 PM | Show all posts
saya pun kurang arif..sbb itulah saya perlukan pendapat.

Mmg semua anak2 arwah sedia maklum yang tanah itu diberikan kepada saya sewaktu hayat arwah masih ada. Dan arwah telah berpesan secara lisan dan bertulis (dimana dokumen itu masih lagi dalam simpanan ayah saya). Dan selepas dia meninggal..ada satu dokumen bertulis yang menyebut nama saya salah seorang pewaris (ditekan sekali lagi agar semua anak2 arwah faham) supaya hak saya dikembalikan bila sampai masanya.

maknanya..anak2 arwah telah diberitahu sebelum meninggal tentang hak saya dan selepas meniggal..masih ada surat (pesanan) yang dibuat sekali lagi untuk peringatan kepada pemengang amanah saya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.249347 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list