CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pipi

Alawiyyah - Perbezaan antara Bani Alawi dengan Tareqat Alawiyyah

[Copy link]
Post time 23-2-2007 06:46 PM | Show all posts
[size=100%]Yang tidak baiknya ialah kebanyakan Imam-Imam 12 itu serta keluarga mereka sebenarnya adalah ULAMA AHLI SUNNAH JUGA, seperti IMAM JAAFAR SADIQ r.a. (iaitu salah seorang guru Imam Malik) telah menjadi busuk namanya serta dituduh pula dengan berbagai tuduhan dari sekelompok Ahli Sunnah yang jahil, seperti dituduh sebagai慞ENGASAS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2007 08:35 PM | Show all posts

Reply #22 rainbows's post

lari tajuk ke?

Tujuan asal aku bukak thread ni..
adakah terdapat sebarang perbezaan antara yg robotech & gravedigger kata dengan apa yg kau bawakkan tu?

Jangan lari tajuk lagi bang oi.. nak cerita pasal syiah, cerita lar..tp Aku nak kau movekan posting2 kau ke dlm Fahaman Syiah ataupun yg seangkatan dengannya. Takpun, buka thread baru.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 01:49 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 23-2-2007 08:35 PM
lari tajuk ke?

Tujuan asal aku bukak thread ni..
adakah terdapat sebarang perbezaan antara yg robotech & gravedigger kata dengan apa yg kau bawakkan tu?

Jangan lari tajuk lagi bang oi. ...


tak lari..sebenarnya jika sdra betul2 peratikan artikel tersebut...

ia ditulis oleh keturunan bani alawi, dan antara MESEJ yg beliau ingin sampaikan ;

Sekali Imbas kalau diperhatikan dari penulisan dan ungkapan golongan Syiah ini, mungkin ramai yang akan tertarik dengan mazhab ini kerana mereka mendakwa ajaran dan pegangan agama mereka adalah bersumber dari keluarga Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, ataupun 慉hlul Bait抂/b]

Bahkan ramai sekali dari keturunan Rasulullah SAW yang hidup hingga ke saat ini, terutama golongan Habib-Habib, Syed-Syed serta kaum Asyraf dari Yaman dan lain-lain negara,
[size=100%]

[size=100%]mereka semua berpegang kuat dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan mereka mempunyai sanad riwayat hingga ke datuk-moyang mereka yang mana, rata-rata riwayat ini BERCANGGAH dengan apa yang didakwa oleh golongan Syiah Imamiah ini bahawa (kononnya) Syiah mengamalkan ajaran keluarga Rasulullah SAW.
[size=100%]
.

[size=100%]dan tuan grave, aku tdk perlu malu apa2, malah aku harap RSAW dan ahlulbait redha dgn tindakan aku ini kerana niatku hanyalah utk memuliakan RSAW dan keturunannya yg mulia itu...

[ Last edited by  rainbows at 24-2-2007 02:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 24-2-2007 01:49 AM


tak lari..sebenarnya jika sdra betul2 peratikan artikel tersebut...

ia ditulis oleh keturunan bani alawi, dan antara MESEJ yg beliau ingin sampaikan ;

.

dan tuan grave, aku tdk perlu ...


Sekadar membaca jer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by pang5Islam at 24-2-2007 08:33 AM


Sekadar membaca jer.


Saya pun.
Takda jati diri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 23-2-2007 06:46 PM
Yang tidak baiknya ialah kebanyakan Imam-Imam 12 itu serta keluarga mereka sebenarnya adalah ULAMA AHLI SUNNAH JUGA, seperti IMAM JAAFAR SADIQ r.a. (iaitu salah seorang guru Imam Malik) telah men ...



[size=100%]Sebagai seorang muslim, tentunya apa sahaja perbalahan yang berlaku di kalangan umat Islam hendaklah kita kembalikan kepada Al-Quran untuk mencari penyelesaiannya dan kemudiannya adalah hadis Rasulullah yang sahih lagi betul, bukannya riwayat-riwayat yang palsu dan tidak benar.
[size=100%]
[size=100%]
[size=100%]Tentunya kita sebagai Ahli Sunnah dan seluruh umat Islam masih mengharapkan perpaduan antara dua golongan ini dan berbaik sangka serta mengharapkan cahaya kebaikan dari hubungan kedua puak ini.
[size=100%]
[size=100%]
[size=100%]Apa yang PENTING ialah golongan Syiah ini perlulah ikhlas dan jujur dalam menapis keseluruhan hadis-hadis mereka dan bukanlah dengan cara 慴ertaqiyah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2007 02:51 PM | Show all posts
Too bad kumpulan ini mengaku juga sebagai ahli sunnah sedangkan mereka juga sama sesatnya seperti golongan Syiah. Nabi tak pernah nak mengagung-agungkan ahli keluarganya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 24-2-2007 02:51 PM
Too bad kumpulan ini mengaku juga sebagai ahli sunnah sedangkan mereka juga sama sesatnya seperti golongan Syiah. Nabi tak pernah nak mengagung-agungkan ahli keluarganya sendiri.


Part ni aku setuju!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2007 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 25-2-2007 03:40 PM

Originally posted by BikerLady at 24-2-2007 02:51 PM
Too bad kumpulan ini mengaku juga sebagai ahli sunnah sedangkan mereka juga sama sesatnya seperti golongan Syiah. Nabi tak pernah nak mengagung-agungkan ahli keluarganya sendiri.
Part ni aku setuju!


bawa mengucap...adakah anda faham maksud bikerlady itu?...

anda fahamkah apa maksud KUMPULAN yg dimaksudkan biker lady itu?....maksud beliau adalah keturunan ba alawi...adakah anda bersetuju bahwa mereka SESAT??????

anda tahu tesis siapa itu?....anda setuju utk menyesatkan penulis tesis tersebut yg merupakan ulamak ASWJ, dan cicit kepada Syeikh Muhammad bin Abdullah As SUhaimi?

adakah anda juga setuju bahwa memuliakan keturunan RSAW itu suatu keaiban?....aku ckp cam tu sebb kau bersetuju dgn hujah bahwa RSAW sendiri tdk mengagungkan keluarganya?...memang RSAW yg mulia tdk mengagungkan keluarganya tetapi apakah kita sebagai umatnya yg mengaku Nabi Muhammad itu RSAW tdk boleh memuliakan keturunannya, anda bersetuju dgn bikerlady bahwa adab terhadap keturunan ahlulbait  itu satu kesesatan????

tuan guru manakah yg telah mengajar anda wahai batu api....

semuga Tuhan menyelamatkan anda....

[ Last edited by  rainbows at 25-2-2007 03:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 10:33 PM | Show all posts
Back to topic please.

TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 06:09 PM | Show all posts

Keturunan ahlulbait di Nusantara

Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti, paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.

Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.

Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan Allah swt khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat.

Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembang luaskan 慡yahadat Tukku
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 06:11 PM | Show all posts
Keturunan Rasulullah s.a.w

Dilahirkan pada tahun 1817 [1236 Hijrah] di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu,
Tukku Paloh adalah nasab yang ke-32 daripada Rasulullah s.a.w. di kalangan keluarga Al Idrus.

Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az Zahrah r.ha. bt. Rasulullah.Ibunya, Hajah Aminah ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tukku Tuan Besar.

Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tukku Tuan besar menjadi Syeikhul Ulama iaitu ketua seluruh ulama Terengganu dan dianugerahkan gelaran Paduka Raja Indra oleh baginda Sultan. Kedua2 kedudukan itu menjadikan Tukku Tuan Besar sangat dihormati dan berpengaruh di kalangan istana dan rakyat keseluruhannya.Menurut cucunya Sayid Abdul Aziz, sejak kecilnya lagi sudah ada tanda2 pelik yang mengisyaratkan Tukku Paloh akan muncul menjadi orang penting masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 06:12 PM | Show all posts
Tukku Paloh mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa orang ulama tempatan. Kemudian beliau mengikut jejak ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pengalaman di Makkah Al Mukarramah.

Di sana beliau belajar dengan ulama2 Ahli Sunnah Wal Jamaah dan khatam banyak kitab muktabar dalam berbagai bidang ilmu tauhid, feqah, tasawuf, tafsir, nahu, saraf dan lain2.Bagaimana pun yang jelasnya, Tukku Paloh sangat arif tentang ilmu tasawwuf dan ilmu tareqat. Malah beliau ada mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian.

Setelah lebih 10 tahun di Makkah, Tukku Paloh pulang sebagai seorang ulama besar. Beliau seorang yang warak dan terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan Tareqat Naqsyabandiah. Sepulangnya dari Makkah, Tukku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau berkhidmat kepada orang ramai sebelum melangkah kepada kegiatan yang lebih mencabar, bukan saja dalam bidang pengajaran ilmu tetapi juga dalam bidang pentadbiran, pemerintahan dan jihadnya menentang mungkar dan penjajah British.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 06:14 PM | Show all posts
sekian serba sedikit mengenai ulamak berketurunan ahlulbait di Malaysia....

aku harap ada yg dapat bekongsi di sini info2 yg lain lagi...mengenai keluarga alawiyyin ini....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:12 PM | Show all posts
AQIDAH DAN THARIQAH SALAF AL-ALAWIYIN

Habib Alqutbh Abdullah bin Alwi Al-Haddad, berkata:

"Hendaknyalah anda membentengi aqidahmu (imanmu), memperbaiki dan meluruskannya sesuai dengan jalan yang ditempuh oleh golongan yang selamat di Akhirat (Al-Firqah An-Najiah). Golongan ini terkenal di kalangan kaum muslimin dengan sebutan golongan "Ahlus Sunah Wal-Jamaah". Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan cara-cara yang dilakukan oleh Rasul Allah dan Sahabat-sahabatnya. Apabila anda perhatikan dengan fikiran yang sehat dan hati yang bersih nash-nash (teks-teks) Al-Qur'an dan Sunnah yang berhubungan dengan keimanan, kemudian anda pelajari perilaku para Salaf baik Sahabat maupun Tabi'in maka anda akan tahu dan yakin bahwa kebenaran akan berada di fihak mereka yang terkenal dengan sebutan Al-Asy'ariyah, yaitu pengikut Abul Hasan Al-Asy'ari, yang telah menyusun kaidah-kaidah (keyakinan) golongan yang berada di pihak yang benar serta telah meneliti dalil-dalilnya. Itu pulalah aqidah yang telah disepakati oleh para Sahabat Nabi serta generasi-generasi berikutnya dari para Tabi'in yang saleh dan itu pulalah aqidah orang-orang yang mengikuti kebenaran di mana saja dan kapan saja. Aqidah dan keyakinan itu juga dianut oleh semua ulama Tasawuf, seperti diriwayatkan oleh Abul Qasim Al-Qusyairi dalam risalahnya.

Al-Hamdu Lillah (segala puji bagi Allah) yang telah memberi kita taufiq dan menjadikan aqidah ini sebagai aqidah kita dan saudara-saudara kita semua Al-Alawiyin, para Sadah Al-Husainiyin (keturunan Al-Husain bin Ali bin Abi Thalib R.A.) serta aqidah datuk-datuk kita sejak Rasul Allah hingga kini.

Imam Ahmad Al-Muhajir kakek para Sadah Alawiyin, yaitu Imam Ahmad Al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali bin Imam Ja'far As-shadiq setelah memperhatikan munculnya berbagai macam bid'ah dan berkecamuknya berbagai macam fitnah serta perselisihan faham di negeri Iraq, beliau lalu berhijrah meninggalkan negeri ini berpindah-pindah dari satu negeri ke negeri yang lain hingga sampai ke Hadramaut di Yaman, kemudian beliau tinggal di negeri ini sampai wafat.

Maka Allah telah memberkahi keturunannya sehingga terkenallah banyak tokoh dari keluarga ini dalam ilmu, ibadah mari'fah dan kewalian.

Mereka tidak mengalami apa yang dialami oleh golongan-golongan Ahlul Bait yang lain dengan mengikuti berbagai bid'ah dan faham yang sesat. Semua itu adalah berkat niat yang suci Imam Ahmad Al-Muhajir yang telah melarikan diri dari fitnah, demi menyelamatkan agama dan aqidahnya dari pusat-pusat fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:16 PM | Show all posts
Di dalam kitab "Al-Masyra 'Arrawiy" dinyatakan:

Dahulu matahari ilmu dan kewalian, Habib Abdullah Al-Aydrus apabila hendak mengikat janji murid yang hendak mengikuti thariqatnya, beliau menyuruh murid itu supaya terlebih dahulu bertaubat dan beristighfar (mohon ampun) kemudian murid itu disuruh mengatakan:

Aku bersaksi bahwasanya tiada Tuhan selain Allah saja satu tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Aku beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab suci, para Rasul utusan Allah, hari akhirat dan taqdir yang baik dan yang buruk dari Allah. Aku beriman dengan adzab kubur dan kenikmatan di dalamnya, pertanyaan kedua malaikat (Munkar dan Nakir), hari kebangkitan, timbangan, shirat, surga dan neraka. Aku telah ridha (mengakui) Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi dan Rusul utusan Allah. Aku telah ridha (senang dan puas) engkau sebagai guru dan perantara penunjuk jalan kepada Allah SWT.

Kemudian beliau berkata:

"Dalam soal furu' (cabang agama yang berhubung dengan fiqh) kita menganut Madzhab Imam Syafi'i dan dalam bidang ushul (ilmu yang berhubungan dengan Tauhid dan ketuhanan/aqidah) kita menganut Madzhab Imam Abul Hasan Al-Asy'ari, sedang thariqat kita adalah tharigat ahli-ahli Tasawuf. Demikian pula dinyatakan oleh Al-Quthb Al-Aydrus dalam kitabnya "Al-Juz Al-Latif".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 09:19 PM | Show all posts

Komen Keturunan Alawiyin terhadap SYIAH

Dalam sepucuk surat yang ditulis oleh Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad kepada saudaranya Al-Habib Hamid yang tinggal di India, beliau menulis:

"Sesungguhnya telah sampai berita kepada kami betapa hebat fitnah yang menyesatkan yang telah terjadi di sana (India), malapetaka dan bencana yang menimpa negeri itu secara terus menerus, serta perselisihan dan perpecahan yang terjadi di antara penduduknya di mana tidak pernah ada kerukunan.

Adapun yang lebih buruk dan lebih keji dari semua itu adalah apa yang telah sampai kepada kami yaitu yang timbulnya kebencian terhadap kedua sesepuh Islam (Asy-Syaikhain) Abu Bakar Ashshiddiq dan Umar AlFaruq Radhia Allahu A'nhuma sebagai dianut oleh golongan "Rafidhah" yang tercela, baik ditinjau dari segi syari'ah, maupun menurut akal sehat. '

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi raji'un.
Hal ini merupakan musibah yang besar dan malapetaka yang sulit dihilangkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 26-2-2007 09:19 PM
Dalam sepucuk surat yang ditulis oleh Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad kepada saudaranya Al-Habib Hamid yang tinggal di India, beliau menulis:

"Sesungguhnya telah sampai berita kepada ka ...


Diriwayatkan pula dengan sanadnya dari Jabir, katanya:

Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin berkata kepadaku:

"Hai Jabir, aku mendengar ada segolongan orang Iraq beranggapan bahwa mereka cinta kepada kami (Ahlul Bait) dan mencela Abu Bakar dan Umar, Raddhi Allahu Anhuma. Mereka juga beranggapan akulah yang menyuruh mereka berbuat demikian. Maka sampaikanlah kepada mereka bahwa aku berlepas diri (bari') terhadap apa yang mereka lakukan. Demi Allah yang jiwa Muhammad (Al Bagir) ada di tangannya kalau sekiranva aku berkuasa niscaya aku akan mendekatkan diri kepada Allah dengan menumpahkan darah mereka. Dan semoga aku tidak mendapat syafa'at Muhammad SAW. jika aku tidak memohonkan ampunan dan rahmat bagi mereka, akan tetapi musuh-musuh Allah senantiasa lalai terhadap keduanya".

Diriwayatkan pula dengan sanadnya dari Syu'bah Al-Khayyath, bekas sahaya (maula) Jabir Al-Ju'fi, katanya:

"Abu Ja'far Muhammad bin Ali Zainal Abidin berkata kepada saya ketika kami sedang berpamit kepada beliau. Sampaikan kepada penduduk negeri Kuffah (salah satu kota di Iraq): "Sesungguhnya aku berlepas diri terhadap mereka yang tidak mengakui kebenaran Abu Bakar Ash-Shiddiq dan Umar Radhi Allahu A 'nhuma".


Diriwayatkan pula dengan sanadnya dari Abu Ishaq dari Abu Ja'far Muhammad bin Ali Zainal Abidin, katanya:
"Orang yang tidak mengakui jasa Abu Bakar dan Umar sesungguhnya orang ini tidak mengakui sunnah".

Ibnu Fudhail meriwayatkan dari Salim bin Abi Hafshah, katanya: "Saya bertanya kepada Abu Ja'far Muhammad Al-Bagir dan putranya (Ja'far Asshadiq) tentang Abu Bakar dan Umar. Mereka menjawab:

"Akuilah dan cintailah keduanya serta berlepas dirilah dari musuh-musuh mereka, sesungguhnya keduanya adalah Imam-imam yang mengikuti kebenaran".

Al Hafidh Ad-Dzahabi menyatakan bahwa sanad riwayat ini shahih.
Ibnu Fudhail dan Salim adalah tokoh-tokoh Syi'ah yang benar.

Abbas Al-Hamdzani meriwayatkan katanya:

"Ketika kami akan pergi meninggalkan kota Madinah, Imam Ja'far Asshadiq bin Muhammad Al-Bagir datang kepada kami dan berkata "Kalian Insya Allah tergolong orang-orang terbaik di negeri kalian, maka hendaklah kalian sampaikan kepada penduduk negerimu dari aku (Ja'far Asshadiq) hal-hal sebagai berikut:
Barang siapa beranggapan aku ini sebagai Imam yang wajib ditaati, maka aku berlepas diri dari orang itu
dan barang siapa beranggapan aku berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar dan tidak mengakui rnereka sehagai khalifah yang sah, maka aku berlepas diri dari padanya".

[ Last edited by  rainbows at 26-2-2007 09:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 26-2-2007 09:29 PM


Diriwayatkan pula dengan sanadnya dari Jabir, katanya:

Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin berkata kepadaku:

"Hai Jabir, aku mendengar ada segolongan orang Iraq beranggapan ...


Begitulah wahai sdra2 syiah tentang pendapat IMAM2 kamu terhadap S.Abu Bakar dan S. Umar.
Dimanakah pegangan dan pendapat kamu dalam hal ini?
masih terus mengkafir dan memurtadkan kedua2 sahabat RSAW ini?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 12:50 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 26-2-2007 09:33 PM


Begitulah wahai sdra2 syiah tentang pendapat IMAM2 kamu terhadap S.Abu Bakar dan S. Umar.
Dimanakah pegangan dan pendapat kamu dalam hal ini?
masih terus mengkafir dan memurtadkan kedua2  ...


Tak mengapa seri....yg penting kamu sudah mula cuba mencari dalil-dalil dari imam2 ahlul-Bait sebagaimana yang Pakcik cadangkan dulu lagi. Teruskan mencari dan insyaAllah akan pasti terjumpa juga kebenarannya nanti. Yang lebih mustahak lagi ialah cuba mengenali siapa dia ahlul-bait tersebut.
Tentang hadis-hadis yang di atas tu tak jumpa lagikah hadis-hadis lain yang kontra pula? Nah cuba baca artikel ni yang ada kaitannya dengan hadis diatas nu.


Dia ingin berargumentasi dengan hadis ini bahwa pandangan Ahlul Bait terhadap sahabat adalah pandangan yang mengakui keadilan para sahabat seluruhnya, sehingga dengan demikian Syi'ah tidak berhak mencela atau mengkritik seorang pun dari mereka, karena yang demikian itu berarti bertentangan dengan para Imam mereka.
Renungkanlah kebohongan yang jelas ini manakala saya nukilkan kepada Anda seluruh teks hadis di atas.

http://www.al-shia.com/html/id/books/Kebenaran-Hilang/015.htm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 1.857431 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list