CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hang

ASY'ARIYAH / ASYA'IRAH

[Copy link]
Post time 26-2-2007 10:48 PM | Show all posts
Sementara itu, Profesor Jabatan Hadis Universiti Muhammad, Maghribi, Prof Dr Farouk Hamadah, berkata Aliran Asya抜rah adalah aliran tauhid sebenar yang perlu diikuti umat Islam.

Menerusi kertas kerjanya 'Asya'irah: Kepentingan, Metodologi dan Kesinambungan', umat Islam perlu menolak aliran seperti Qadariah, Jabariah, Muktazilah, Syiah dan Khawarij kerana ia bertentangan dengan Islam.

Katanya, aliran Qadariah menetapkan kekuasaan mutlak manusia terhadap segala perbuatannya, manakala pengikut Jabariah hanya berserah kepada Tuhan tanpa berusaha.

"Menerusi Asya'irah, manusia perlu berusaha dan segala ketentuan adalah milik Allah. Ia ada di tengah-tengah antara Qadariah dan Jabariah," katanya.

Beliau turut menggariskan lima ciri aliran tauhid Asya'irah iaitu berpegang kepada al-Quran dan Hadis, mengguna pakai ijmak sebagai hukum asas kepada perundangan Islam, memahami nas al-Quran dan hadis, berdasarkan logik akal yang berasaskan al-Quran dan hadis dan membuat kajian mendalam terhadap al-Quran dan hadis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 11:33 PM | Show all posts
seri rainbows,

dalam awak memperjuangkan asyaariyah sebagai aqidah sebenar dan ASWJ, cuba jawab soalan hang.  

biaq saya ulang....

Apakah sama akidah imam yang empat dengan akidah asya'irah?


contoh yang ni...  cuba counter balik fakta-fakta berikut.

4)Pendapatku tentang sunnah,di mana aku berpegang kepadanya dan juga berpegang kepadanya oleh orang-orang yang aku lihat semisal Sufyan,Malik dan lain-lain,iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa Allah itu di atas Arasy-Nya yang ada di langit-Nya.Dia mendekat makhlukNya menurut apa yang Dia kehendaki dan turun ke ke langit terendah menurut apa yang Dia kehendaki.
[Az-Zahabidalam kitabnya,Al-'Uluw lil-'Aliy al-Ghaffar]


5)Penyebutan dalil-dalil yang menerangkan Istiwa'Nya Allah Tabaraka wa Taa'la di atas A'rasy-Nya,dan juga athar-athar yang berasal dari kalangan salaf yang memiliki pengertian seperti ini cukup banyak jumlahnya dan ini menunjukkan kepada mazhab al-Syafi'i rahimahullah.
[Imam Al-Baihaqi' dalam kitabnya Al-Asma'was Sifaat m.s 517]



takkan setakat nak bagi tau ulamak A atau ulamak B cakap ini lah yang sebenar.  bagi la sikit hujah dan point nya tentang fakta-fakta yang membenarkannya.  baru ler diskusi namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 05:07 AM | Show all posts
Hati-hati kalau kita pun tak pasti.  

Originally posted by rainbows at 25-2-2007 09:02 PM


tetapi bukankah Imam Taimiyaah (ulamak wahabi)  juga pernah dihukum oleh ulamak2 sezamannya kerana mempelopori aliran musyabihah ini...?...

cth dalam kes, beliau turun dari mimbar, dan me ...



Selalunya bila hujah menghentam ibnu taimiyyah mesti ada rujukan dari ibn Batuta berkenaan Ibnu Taimiyyah menyatakan Allah turun ke langit yang rendah.

Saya tak dapat terjemahan melayu, tetapi ada terjemahan inggeris.  Saya komen sikit dalam bahasa melayu dan campur-campurkan dengan rujukan dari bahasa inggeris.  Saya akan cuba beli buku pengembaraan Ibnu Batuta dan cuba baca jika diberikan Allah rezeki dan kelapangan.


The Claims of ibn Batuta:
"I was present in Damascus on Friday where he (ibn Taymiyyah) was admonishing and reminding the people from the minbar (pulpit) of the congregational mosque. During his speech he said: Indeed Allaah descends to the lowest heaven of the world just as I am descending now. He then descended one step of the minbar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 26-2-2007 09:25 PM
Dalam kitab "Al-lbanah" karya Imam Al-Asy'ari yaitu sebuah kitab yang membahas soal-soal aqidah lengkap berdasarkan aqidah yang menjadi pegangan salaf, baik para Sahabat maupun para Tab ...


Apakah sama akidah Imam Al-Asy'ari seperti yang tertuang dalam kitab Al-Ibanah dengan golongan Asya'irah?

sebagai contoh : Cuba rainbows terang akidah Imam Al-Asy'ari tentang "ISTIWA" dalam kitab Al-Ibanah dan terangkan pula pegangan golongan Asya'irah tentang sifat ISTIWA ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by Hang at 27-2-2007 08:45 AM


Apakah sama akidah Imam Al-Asy'ari seperti yang tertuang dalam kitab Al-Ibanah dengan golongan Asya'irah?

sebagai contoh : Cuba rainbows terang akidah Imam Al-Asy'ari tentang "ISTIWA ...


hang, aku dah baca tuduhan pihak wahabi tentang terdapat perbezaan antara akidah Imam Asyari dengan golongan Asyairah kononnya....

Wahabi kata Imam Abu Hassan As Asyaari tidak salah akidah tetapi yg salah golongan Asyaairah yg tersilap faham selepas kewafatannya kerana terkeliru dgn pegangan Imam Abu Hassan As Asyaari semasa beliau menjadi Imam Muktazilah.

Aku rasa berdebat dgn kau org ini membazirkan masa....telah banyak kitab2 ulamak besar AWSJ menerangkan hal ini tetapi kau org lebih suka memilih perkara2 samar seperti merujuk kepada buku Ibnu Batutah

(buat pengetahuan Ibnur, perselisihan tarikh itu aku dah jwb secara detail, sebenarnya tdk ada KERAGUAN terhadap penulisan ibnu Batutah itu...cuma org yg KURANG AKAL LOGIKnya sahaja yg tdk dapat melihat bahwa tidak ada kekeliruan dari segi tarikh dan penceritaannya....nanti aku cari mana aku letak HUJAH aku tuh, takut sebb dah tukr PC, dah tersimpan kat PC lama yg dah kong tuh...)

Kalau kau org nak check sgt tentang akidah Imam Abu Hassan dan golongan yg berpegang kepada akidah Asyaariah sekrg nih, kau org baca dan pi berguru tentang sifat 20 yg digunapakai oleh golongan ini sekrg...tetapi kau org jgn berguru dgn guru wahabi lak....make sure guru kau org, ulamak ASWJ, kalau boleh biarlah guru tarekat...

itulah masalahnya, kau org ANTI TASAUF, sebb musuh ISLAM dah plan cantik2 utk kau org supaya tk jumpa jln lagi utk faham fahaman ASWJ...

bila lah kau org nak sedar yer?....

aku ni ckp lantang jer, sebb aku bukan cam guru2 tasauf tu yg ckp lapik2, tapi aku rasa dgn org jenis kau org nih, kdg2 kena gak sound2 sebb tak reti2 bahasa....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 08:15 PM | Show all posts
seri rainbows,

berkenaan hujah-hujah seri....

(buat pengetahuan Ibnur, perselisihan tarikh itu aku dah jwb secara detail, sebenarnya tdk ada KERAGUAN terhadap penulisan ibnu Batutah itu...cuma org yg KURANG AKAL LOGIKnya sahaja yg tdk dapat melihat bahwa tidak ada kekeliruan dari segi tarikh dan penceritaannya


telah disangkal dan dicounter oleh hujah cik adik seri sendiri.

telah banyak kitab2 ulamak besar AWSJ menerangkan hal ini tetapi kau org lebih suka memilih perkara2 samar seperti merujuk kepada buku Ibnu Batutah ...


nahhh...  siapa yang merujuk kepada buku Ibnu Batuta?  Jadi memang betul le buku ibnu batuta samar-samar.  dan tak perlu lagi kita gunakan fakta dengar-dengar ibnu batuta.  tak gitu cik adik seri?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2007 08:57 PM | Show all posts
[quote]Kemungkinan ibn Batuta menyaksikan ibn Taymiyyah menyampaikan khutbah demikian adalah mustahil sebab ibn Batuta masuk ke Damsyik pada 9 Ramadhan 728H dinyatakan di dalam buku 慠ihla
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 09:05 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 27-2-2007 08:57 PM


tuan ibnur,

kau suka panggil aku seri rainbows yer...panggillah apa kau suka...

weiiiiii...apsal salah faham dgn aku punya posting haaa?????

tapi mungkin salah aku gak tulis tak  ...



macam mana ni seri?  sekejap kata buku tu samar-samar.  tapi bila kata ibnu batuta menyaksikan ibnu taimiyah berceramah jadi tak samar pulak.  ni nak ikut selera masing-masing ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 27-2-2007 09:05 PM



macam mana ni seri?  sekejap kata buku tu samar-samar.  tapi bila kata ibnu batuta menyaksikan ibnu taimiyah berceramah jadi tak samar pulak.  ni nak ikut selera masing-masing ke?


laaa....ngkou ni tak faham ler penerangan aku....apasal ngkou tk faham2?.....

iashkkk...usah ler panggil aku seri...aku rainbows...bkn seribulan, serimentari atau serikaya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 10:57 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 27-2-2007 10:49 PM


laaa....ngkou ni tak faham ler penerangan aku....apasal ngkou tk faham2?.....

iashkkk...usah ler panggil aku seri...aku rainbows...bkn seribulan, serimentari atau serikaya...



bukan serihartatie juga ye?

awak punya post tu yang bertukar-tukar fahaman.  sekejap kata samar, pastu kata tak samar.  saya dah bagi fakta berkenaan buku ibnu batuta, takkan awak reply gitu-gitu jer.  soalan hang pun awak jawab gitu-gitu jer.  mungkin sebab guru tareqat awak belum lagi buat cetakan berkenaan buku ni.

okay...  anggap saja ini sebagai mengasah bakat berforum awak.  sebab forum ni kita main cakap lepas-lepas nanti terlepas yang tak patut terlepas, melepas pulak.

dan saya menunggu fakta-fakta berilmiah ata fakta berkajian dari awak.  tak kira le tiru dan tampal ke, asal ada hujah berfakta.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 27-2-2007 10:57 PM



bukan serihartatie juga ye?

awak punya post tu yang bertukar-tukar fahaman.  sekejap kata samar, pastu kata tak samar.  saya dah bagi fakta berkenaan buku ibnu batuta, takkan awak repl ...




1. Aku kata buku2 ulamak muktabar dahulu dah jawab bahwa Akidah Golongan Asyaairah dan Akidah  Imam Abu Hassan As Asyyari adalah sama. Tuduhan WAHABI menyatakan terdapt perbezaan antara akidah Imam Abu Hassan As Asyaari dengan Golongan Asyaariah sekrg ini yg menggunakan sifat 20 sebg bahan kuliah mereka dan di Malaysia ini dipanggil Risalah Tauhid digunapakai di seluruh Malaysia kecuali di negeri Perlis Darul Wahabi....

Kamu wahai wahabi terlalu lancang membidaahkan org yg tdk sefahamn dengan kamu..walaupun diberi HUJAH ILMIAH seklaipun, kamu akan kata dimana???...mana?????...tak aderpun..sebb inilah bala akan menimpa org yg tdk memuliakan RSAW dan keturunan serta para sahabat2nya....kamu menggunakan FAHAMAN ORIENTALIS dlm menilai keimanan dan ketaqwaan keturunan ahlulbait dan para sahabat RSAW malah RSAW sendiripun ada antara kamu yg berfikir bahwa beliau adalah manusia biasa yg mati seperti matinya manusia yg lain dan menafikan bahwa baginda itu tetap akan hidup dihati dan di alam yg maknawi...maka terputuslah sumber kehidupan kamu dengan akhirat atas keyakinan tersebut....hilanglah ROHUL ISLAM dalam diri kamu...



2.Aku kata buat apa pilih buku sirah Ibnu Batutah untuk memberi fakta ilmiah sedangkan kitab2 ulamak muktabar sudah byk menjawab persoalan ini.
Aku cuma nasihatkan elok JIKA KAMU ORG YG MENCARI KEPASTIAN dlm ilmu WAHYU merujuk kepada kitab2 bukan sekadar BUKU SIRAH...

Persoalan tentang AKIDAH IBNU TAIMIYAAH itu sudah dikupas dengan detail oleh kitab yg ditulis oleh SAYID ZAYNY DAHLAN....mengapa tk dirujuk disana JIKA KAMU BENAR2 mahukan hujah ILMIAH?????????

MEngapa memilih hujah2 yg samar sahaja dari buku IBNU BATUTAH sedangkan ada KITAB ulamak tersohor yg ditulis mengupas dengan begitu detail isu AKIDAH IMAM TAIMIYAH DAN MUHAMMAD ABDUL WAHAB, kamu abaikan sahaja?....

Sebab itu aku kata golongan wahabi  LEBIH SUKA MEMILIH YG SAMAR2 kerana dikejar bayang2 sendiri yg sudah tertutup hati dek kerana selalu sgt menyesatkan  dan membidaahkan sesama sdra islam...

kamu lihat yg samar itu nyata dan yg nyata itu samar.....

akal logik kamu sudah TUMPUL utk melihat secara LOGIK..

Aku minta maaf jika terkasar aku berkata, tetapi aku sudah nampak kata2 RSAW yg sodiqul masduq itu merujuk kepada golongan2 wahabi ini....(ingat yer, aku rujuk golongan wahabi yg merujuk kepada ajaran Muhammad bin Abd Wahab, jika kamu tdk ikut ajran dier maka kamu bkn wahabi)


menang atau kalah berdebat dgn kamu tdk jadi masalah dgn aku, sebab MUTIARA ILMU yg sebenar sudah hilang dlm diri kamu semua....sukar utk kamu berpatahbalik dan sukar bg kamu menemui jln yg satu itu....

[ Last edited by  rainbows at 28-2-2007 12:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 12:12 PM | Show all posts
Buku2 utk TUAN IBNUR baca, aku suggest....

(1) The foremost  Hanafi  scholar of his time, Imam Muhammad Amin ibn Abidin  (d.  1252/1836  Rahimahullah)  said  in his  celebrated  work Hashiyya radd al-Mukhtar (vol.  3, pg.  309):  "In our time Ibn Abdal Wahhab  (Najdi)  appeared,  and  attacked  the two noble  sanctuaries (Makkah and  Madinah).  He claimed to be a Hanbali, but his  thinking was such  that only he alone was a Muslim,  and  everyone  else was a polytheist!  Under this guise, he said that killing the Ahl as-Sunnah was  permissible,  until Allah destroyed them (Wahhabi's) in the year 1233 AH by way of the Muslim army."  

(2) Shaykh Zayni Dahlan  (Rahimahullah)  said in his book Futuhat al-Islamiyya  (vol.  2, pg.  268):  "The sign of the Khawarij (the first deviant sect that appeared in the time of the Companions)  concerning the  shaving of the head, was not found in the  Khawarij of the past, but only in the Najdi's of our time!"   (3) Shaykh al-Islam  Hussain Ahmad al-Madani  (Rahimahullah)  said in his book  ash-Shihab  as-saqib (pg.  42):  "Ibn Abdal Wahhab arose in the  beginning of the  thirteenth  Islamic  century in the Najd.  His thinking  was  false, and his  beliefs  were  corruptional;  on these grounds he opened the way for killing the Ahl as-Sunnah."   (4) A more contemporary view on the Wahhabite sect has been expressed by  Abdal-Hakim  Murad in the journal  Islamica (pg.  9):  "Ibn Abdal Wahhab, however, went far beyond this (i.e; of Ibn Taymiyya).  Raised in the wastelands of Najd in Central  Arabia, he had little access to mainstream  Muslim  scholarship  (I say:  This may be disputed by his supporters).  In fact, when his da'wah appeared and became notorious, the scholars and muftis of the day applied to it the famous hadith of Najd:  Ibn Umar  (Allah be pleased  with him)  reported  the  Prophet (Peace  be upon him) as  saying:  "Oh God,  bless us in our  Syria; O God, bless us in our Yemen."  Those  present said:  "And in our Najd, O  Messenger  of God!"  But he said, "O God, bless us in our Syria; O God, bless us in our Yemen."  Those present said, "And in our Najd, O Messenger of God!"  Ibn Umar said that he thought that he said on the third occasion:  "Earthquakes and dissensions (fitnah) are there, and there  shall arise the horn of the devil."  (Sahih  al-Bukhari).  And it is significant that almost uniquely among the lands of Islam, Najd has never produced scholars of any repute.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 03:25 PM | Show all posts
1. ....

Kamu wahai wahabi terlalu lancang membidaahkan org yg tdk sefahamn dengan kamu..walaupun diberi HUJAH ILMIAH seklaipun, kamu akan kata dimana???...mana?????...


maksud "kamu" tu siapa?  Jom kita pakat-pakat check balik siapa kot ada membida'ahkan siapa dalam forum ni.  Lebih bagus juga, kita pakat-pakat check siapa yg kata orang sesat dan terkeluar dari islam (kafir agaknya).


2.Aku kata buat apa pilih buku sirah Ibnu Batutah untuk memberi fakta ilmiah sedangkan kitab2 ulamak muktabar sudah byk menjawab persoalan ini.


Memang ler...  siapa suruh pilih buku Rihla.  Sekarang ni yg mempertahankan fakta dalam Rihla tu ialah Cik Seri rainbows, bukan saya.


Ibnu Wahhab...  yang saya tak kenal.  tak pernah study pun pasal dia.  awak cerita le apa yg awak tahu, jom kita pakat check kot ada kat mana-mana yang counter balik hujah awak pasal ibnu wahab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 03:27 PM | Show all posts
Persoalan tentang AKIDAH IBNU TAIMIYAAH itu sudah dikupas dengan detail oleh kitab yg ditulis oleh SAYID ZAYNY DAHLAN....mengapa tk dirujuk disana JIKA KAMU BENAR2 mahukan hujah ILMIAH?????????


Kamu pun dah rujuk juga ke?  Macamana pula rujukan yang counter balik hujah-hujah ilmiah yang kamu bagi tu.  Ada baca jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 03:36 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 28-2-2007 03:27 PM


Kamu pun dah rujuk juga ke?  Macamana pula rujukan yang counter balik hujah-hujah ilmiah yang kamu bagi tu.  Ada baca jugak ke?


so kes selesai lah..

tuan hj ibnur kata tak kenal IBnu Wahab aka Muhammad bin Abdul Wahab, padan ler tk tau akidah org wahabi...

sebab tu igt apa ajer yg digunapakai oleh artikel yg ditulis oleh pengikut2nya Muhammad Abd Wahab tu betul dari sudut ASWJ...

patut ler....kesian.....hermmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 27-2-2007 10:47 AM
buat pengetahuan Ibnur, perselisihan tarikh itu aku dah jwb secara detail, sebenarnya tdk ada KERAGUAN terhadap penulisan ibnu Batutah itu...cuma org yg KURANG AKAL LOGIKnya sahaja yg tdk dapat melihat bahwa tidak ada kekeliruan dari segi tarikh dan penceritaannya....nanti aku cari mana aku letak HUJAH aku tuh, takut sebb dah tukr PC, dah tersimpan kat PC lama yg dah kong tuh.

aku teringin sgt nak tau hujah tu... kalu buleh cari aa kat memana... takkan rainbow sorang je tahu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2007 04:43 PM | Show all posts
Di atas adalah antara syair Imam al-Haddad dalam himpunannya berjodol "ad-Durrul Mandzum" kira-kira membawa erti:-
  • Jika kau ingin hidup bahagia sepanjang umurmu dan setelah mati, kuburmu dijadikan taman syurga;
  • Dan engkau dibangkitkan tatkala tiupan sangkakala dalam keadaan aman dari rasa takut, terancam, terusir dan dari kerugian;
  • Dan dihadapkan (kepada Allah) dalam kemuliaan dan keagungan, diberi khabar gembira oleh para malaikat dengan kejayaan dan ganjaran pahala;
  • Dan diberatkan timbangan amalanmu dengan amalan-amalan yang menggembirakan engkau di Padang Mahsyar;
  • Dan engkau melintasi sepantas kilat titian ash-Shirath, serta meneguk minuman dari telaga Nabi al-Mustofa yang suci;
  • Dan hidup kekal dalam syurga-syurga yang tinggi penuh keni'matan, mendapat bahagian untuk dekat dengan Tuhan yang Satu, Maha Esa dan Tunggal;
  • Dan engkau melihatNya dengan matamu dalam keadaan Dia Maha Suci dari bertempat, dari kaifiyyat, dari had dan batasan;
  • Maka perelokkan keyakinanmu, kerana sesungguhnya apabila keyakinan telah sempurna, yang ghaib akan nampak nyata tanpa diengkari;
  • Dan jadikanlah Asy'ariyyah sebagai pegangan i'tiqadmu, kerana sesungguhnya ia adalah sumber minuman yang suci bersih dari penyimpangan dan kekufuran;
  • Dan telah menyusun Quthubul Imam sandaran kita, 'aqidahnya yang merupakan penawar bagi segala marabahaya;
  • Dan orang yang kumaksudkan dengannya itu ialah satu-satunya yang disifatkan dengan gelaran Hujjatul Islam (yakni Imam al-Ghazali rhm.), maka sudah sepatutnya engkau berasa bangga.
Berpegang teguhlah kita dengan pegangan al-Asy`ariyyah ini kerana inilah pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah, pegangan para ulama kita dan pegangan Imam al-Haddad.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 28-2-2007 03:36 PM
tuan hj ibnur kata tak kenal IBnu Wahab aka Muhammad bin Abdul Wahab, padan ler tk tau akidah org wahabi...

dari itu jgn cepat2 buat kesimpulan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 04:49 PM | Show all posts
Ikhwah,

puak Wahhabi dan kaum muda membid`ahkan orang yang belajar sifat 20, orang yang belajar ilmu tauhid menurut Imam Abul Hasan 'Ali al-Asy`ari.

Bahkan ada ulama Wahhabi yang sanggup keluar fatwa kata pengikut Imam Asy`ari terkeluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Berkurun lamanya datuk nenek kita kenal Allah, tahukan sifat-sifatNya menerusi kaedah pembelajaran sifat 20.

Ulama-ulama kita karang kitab-kitab tauhid semua ikut kaedah tersebut. Perpustakaan ilmu tauhid Nusantara kaya dengan karya-karya sebegitu, ada 'Aqidatun-Najin, ada Sirajul-Huda, ada Wardatuz Zawahir, ada Faridah Faraidh dan banyak lagi. Semuanya Kitab Tauhid berteraskan sifat 20.

Imam al-Haddad dalam "Risalatul Mu`awwanah" berpesan:-
  • Hendaklah engkau membentengi pegangan kepercayaanmu (yakni i'tiqadmu), memperbaikinya dan memperkukuhkannya atas jalan kumpulan yang mendapat kejayaan, iaitu kumpulan yang terkenal antara berbagai kumpulan sebagai 'Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah orang yang berpegang teguh dengan jalan Junjungan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.anhum. Jika engkau teliti nas-nas al-Qur`an dan as-Sunnah - yang berhubung dengan keimanan - dengan pemahaman yang benar, fikiran sihat yang terbit dari hati yang bersih, serta engkau pelajari perjalanan hidup para salafus sholeh daripada kalangan sahabat dan tabi`in, nescaya engkau akan mengetahui dengan yakin bahawa kebenaran itu berada bersama kumpulan yang dikenali sebagai al-Asy`ariyyah yang dinisbahkan kepada asy-Syaikh Abul Hasan al-Asy'ari rhm. yang telah menyusun segala kaedah pegangan 'aqidah ahlul haq serta menyaring segala dalilnya. Inilah 'aqidah yang dipegangi oleh para sahabat r.anhum dan orang-orang selepas mereka daripada kalangan para tabi`in yang terpilih."
Jadi, sia-sialah golongan yang ingin menyesatkan golongan al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah kerana dua inilah Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sejati, bukan sempelan.

Imam al-Haddad telah menyatakan bahawa kedua-dua golongan ini, adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah, yang selainnya Allahu a'laam. Mudah-mudahan kita selamat dari kesesatan yang bertopengkan tauhid dan sunnah.

-------------------------

Sekian, inilah pesanan dan wasiat Imam2 kami, jika kamu wahai wahabi sibuk membidaahkan Asyaariah lagi, marilah kita bersaksikan dengan Allah SWT di akhirat nanti, biarlah Allah jua yg menjadi PEMUTUS MUTLAK atas setiap aqidah yg kita yakini.

Tuan Hj Ibnur, aku tidak perlu apa2 hujah lagi utk meyakini bahwa akidah aku adalah akidah ASWJ yg sejati dan murni.
Maka jika kamu menuduh aku jumud, sesat dan kafir sekalipun, aku tetap TEGUH dengan keyakinanku dan keyakinan para2 imam kami, para salafussoleh, para ahlulbait, sahabat2 RSAW dan sumbernya adalah asli dari RSAW sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 05:56 PM | Show all posts
Tulisan Az-zabidi dalam Ittihafu Sadatil Muttaqin bi Syarhi Asrari Ihya Ullumudiddin:
" Ibnu Katsir berkata: Para ulama menyebut bahawa syaikh Abul Hasan al-asy'ari memiliki tiga fase pemikiran: pertama mengikuti pemikiran muktazilah yang kemudian keluar darinya. Kedua menetapkan tujuh  sifat aqliyah, iaitu: Hayat, Ilmu, Qudrah, Iradah, Sama', Bashar, dan Kalam; dan beliau menakwil sifat-sifat khabariyyah seperti wajah, dua tangan, telapak kaki, betis dan yang semisalnya. Ketiga adalah menetapkan semua sifat Allah tanpa takyif dan tasybih sesuai manhaj salaf yang merupakan metode beliau dalam kitabnya al-Ibanah yang beliau tulis kemudian."

SOAL:  Golongan Asya'irah mengikuti fase pemikiran Imam Asya'ari yang mana satu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.159926 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list