CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: modem

Kenapa Rufaqa Di Haramkan ?

 Close [Copy link]
Post time 3-12-2006 10:25 PM | Show all posts
KENYATAAN AKHBAR DARIPADA WAKIL RUFAQA'

1. Saya, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Rufaqa' CorporationSdn Bhd mewakili Pengerusi Eksekutif syarikat, haji Ashaari Muhammad mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum yang dalam ucapan beliau mengatakan bahawa kegiatan Rufaqa' tidak menggugat keselamatan negara dan
ketenteraman awam. ( Rujuk Buletin Utama TV3 pada 29 Nov 2006 & Berita Harian 30 Nov 2006)

2. Kegiatan utama syarikat ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan bangsa Melayu Bumiputera dalam membangunkan ekonomi. Rufaqa' telah menceburi berbagai bidang perniagaan seperti kedai runcit, kafetaria, butik, agen pelancongan, kebudayaan, bengkel kereta, klinik dan bakeri. Bahkan ianya telah berjaya dikembangkan ke
luar negara seperti Singapura, Thailand, Australia, Indonesia dan Jordan. Sehingga hari ini, ada 700 rangkaian perniagaan Rufaqa' di seluruh dunia.

3. Demi keyakinan bahawa Tuhan dan ajaran-Nya adalah sumber kekuatan bagi perniagaan, maka sewajarnya kami menjadikan Tuhan dan agama-Nya sebagai rujukan dalam menjalankan perniagaan ini yang mampu berjalan tanpa pinjaman bank. Pemikiran sebegini tentunya asing bagi sesetengah pihak. Maka tidak hairanlah ia telah mencetuskan berbagai
salah faham dan salah tafsir. Kami mengalu-alukan sesiapa yang terkeliru untuk bersemuka dan mengadakan dialog dengan pihak kami agar kekeliruan boleh diatasi. Janganlah bersikap baling batu sembunyai tangan dalam menghadapi masalah sesama Islam ini. Bahkan perbezaan pendapat dalam hal-hal agama ini sebenarnya satu kebaikan
kalau kita pandai mengambilnya.

4. Sebenarnya hampir semua kenyataan dan tuduhan yang dibuat di akhbar tidak pernah kami dengar dari Haji Ashaari. Maksud sebenarnya bukan begitu. Kalaulah apa yang ditulis di akhbar itu benar, bukansahaja orang lain, malah kami staff Rufaqa' pun akan lari dari Haji Ashaari.



Bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2006 10:29 PM | Show all posts
5. kami mengaku terdapat kelemahan-kelamahan yang berlaku dalam syarikat, namun kami sangat berusaha untuk menyempurnakannya. 10 tahun diproses oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di dalam ISA cukup untuk kami belajar tentang undang-undang dan Pihak Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga cukup faham tentang watak
kami. Fatwa terhadap Al Arqam pun membuatkan kami sangat arif dengan kehandak-kehandak JAKIM, malah JAKIM pun cukup kenal dengan kami. Kami bersedia memberi kerjasama kepada kerajaan ini bilamana ada hal-hal yang diminta dari kami. Tidaklah kami bermaksud untuk untuk menimbulakan kacau-bilau dan pergaduhan dengan kerajaan mahupun
masyarakat.

6. Tuduhan bekas-bekas ahli Al Arqam yang mengatakan bahawa ada agenda di sebalik Rufaqa' adalah satu fitnah. Pihak yang paling faham tentang Rufaqa' adalah pihak keselamatan sendiri. Jelas, Rufaqa semata-mata berniaga dan motivasi yang dibuat adalah untuk menanam semangat dan menguatkan jiwa bagi menggiatkan perniagaan. 10 tahun
Haji Ashaari diISAkan telah membuktikan bahawa beliau tidak ada agenda yang boleh mengancam keselamatan negara. Sebab itulah beliau dibebaskan. Kalaulah ada agenda lain selain daripada perniagaan, tentulah Haji Ashaari tidak akan dibebaskan hingga sekarang.

7. kalaulah kita faham tentang Hadis akhir zaman, ada isyarat dari Tuhan bahawa daulah Islamiah akan berlaku di sebeah Timur. Sesetengah orang menganggap Timur itu adalah Indonesia tetapi haji Ashaari menganggap Timur itu adalah Malaysia. Ini adalah khabar gembira dari Tuhan. Daulah Islamiah adalah perkara yang baik untuksemua bangsa terutama umat Islam. Kalaulah umat Islam faham, masing-masing akan menunggu janji Tuhan itu dan akan mengisinya mengikut keyakinan masing-masing. Orang politik dengan cara berpolitik. Orang ekonomi cara berekonomi, pendidik cara pendidikan dan orang dakwah melalui cara dakwah. Masing 杕asing isi-mengisi di atas keyakinan masing-masing dan ini bukanlah satu kesalahan. Rufaqa' pula mengisinya melalui ekonomi dan dakwah kerana daulah Islamiah itu bukasn sahaja negaranya yang Islam tetapi masyarakatnya juga Islam. Oleh itu masing-masing isi-mengisilah mengikut bidang masing-masing dalam menunggu janji Tuhan ini.

8. perlulah dinyatakan di sini bahawa dalam mengharungi idup dan perjuangan di dunia ini, Tuhan mendatangkan ujian-ujian yang berbentuk kejian dan pujian. Seramai mana orang yang memuji, seramai tu pula yang mengeji dan membenci. Kedua-dua hal ini bukanlah mudah untuk ditangani. Kami berserah kepada Tuhan meminta penyelesaian
seadil-adilnya.

9. terhadap beberapa individu yang mencetuskan ketegangan terhadap Rufaqa' dengan cara yang tidak bertanggungjawab, kami menyerahkan hal tersebut kepada peguam kami untuk memikirkan tindakan undang-undang yang sepatutnya. Dengan cara itu, mudah-mudahan masalah dapat diatasi dan salah faham dapat diperbetulkan.


Sekian, terima kasih.

Setiausaha Syarikat
Rufaqa' Corporation Sdn Bhd.
1 Disember 2006
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 11:43 PM | Show all posts
Jika benar seperti yang dinyatakan maka Ashaari perlu keluar dari persembunyiannya dan berdepan dengan masyarakat untuk memberikan kenyataan. Jika Khatijah Aam sudah mengiktiraf suaminya sebagai pemimpin paling ajaib maka beliau tak sepatutnya takut kerana ia pasti akan dilindungi oleh keajaiban suaminya itu. Keluar lah !!!
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 4-12-2006 08:04 AM | Show all posts
Originally posted by Oranggunung at 3-12-2006 11:43 PM
Jika benar seperti yang dinyatakan maka Ashaari perlu keluar dari persembunyiannya dan berdepan dengan masyarakat untuk memberikan kenyataan. Jika Khatijah Aam sudah mengiktiraf suaminya sebagai pe ...


nak kata orggunung ni tk tahu menahu hal semasa, tkkan ada kat forum nih...tp punyalah tk pakai LOGIK tuleh cam kat atas tuh...

kau igt polis dan KDN tu tk tau ker Ustaz Ashaari kat mane??...kau pun cam JAIS yg perlekehkan KDN lak...nampak sgt desperate...silap2 hbulan org JAIS yg kena masuk ISA nanti...jaga2 sikit ...
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 4-12-2006 08:06 AM | Show all posts
Originally posted by fiktee at 3-12-2006 03:06 PM
kesian ye Islam akhir zaman ni, yang menghancurkan tetap orang Islam gak. betul ke jabatan agama Islam negeri ni mengikut landasan islam yg sebenarnya? Kalau akidah yang silap kenapa kaitkan dengan ...


itu memang berlaku dlm SEJARAH berulang kembali...ttp org islam yg tk pernah mahu ambil iktibar....masyarakat dah pandai menilai sekrg..tp ada lagi yg masing ketinggalan dan berkepntingan yg rasa depa boleh buat sesuka hati, cam stail AH LONG/gang ster  tp dlm bab agama lak...bezanya ah long yg pure  tk dikatakan (dlm siasatan) rakam dan edar cd lucah jer...hikhikhik...

[ Last edited by  dealovaku at 4-12-2006 08:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 09:05 AM | Show all posts
yang peliknya, kalau benar kenapa LARIK??[/B]
Reply

Use magic Report

Follow Us
dealovaku This user has been deleted
Post time 4-12-2006 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 4-12-2006 09:05 AM
yang peliknya, kalau benar kenapa LARIK??


bagi definisi LARI ???....

abuya tk laripun, tp pegi melawat2 projek rufaqa yg bernilai 9.8 juta tuh (dlm newspaper ari ni),

nape kau org susah2 nak carik, tanyer jer polis dan SB tuh, tk payah bawa fitnah abuya lari lak...dah tk der MODAL ker ???


satu lagik aku nak gak suruh kau org pi periksa, apa harta yg abuya ada atas nama dier dan family, sebenarnya satupun tk der, semua atas nama jemaah rufaqa.....abuya tu satu harta duniapun tk der, tp yg herannnya org nampak dia kayakan?....itulah dia satu KEAJAIBAN...

hikhikhik...lepas nih mesti menyinga si sniper nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2006 09:31 AM | Show all posts
Btol ke harta dunia takde ? ................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by dealovaku at 3-12-2006 08:42 AM

7. Perhatian kepada media supaya lebih berhati-hati menerima maklumat dari bekas ahli
Arqam yang sangat memusuhi Ustaz Ashaari dan Rufaqa.
Masakan musuh tidak
mengambil peluang ini untuk menjatuhkan lawannya jika ini dilihat sebagai masa yang paling
sesuai disebabkan ada pihak yang menempel kepada kerajaan seperti JAIS yang cuba
menjayakan agenda meraka.


aku ada sikit heran dgn statement yg aku boldkan di atas...

asaari & rufakak menganggap bekas2 al-Arqam ni memusuhi beliau.. atau nk jatuhkan beliau & rufakak...

yg aku tahu (sbg bekas Arqam) , kami nak asaari & pengikut2nya skrang insaf..
yg lepas tu lepaslah, takyah lagi agenda2 daulah, PBT, karamah (skrang ni ajaib la pulak), dn segala mcm tok nenek tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 4-12-2006 10:03 AM


yg lepas tu lepaslah, takyah lagi agenda2 daulah, PBT, karamah (skrang ni ajaib la pulak), dn segala mcm tok nenek tu..

...


Kira Tok Nenek ko macam tu ker? Sebelum merdeka? Sekarang anak cucu dia penyambung pula suara2 pemjajah secara tidak sedari.


:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2006 10:19 AM | Show all posts
Ape yang ajaib dan karamah nya asaari tu ? orang yg ade karamah ni tak ujub, pengikutnya juga tak ujub ..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by modem at 4-12-2006 10:19 AM
Ape yang ajaib dan karamah nya asaari tu ? orang yg ade karamah ni tak ujub, pengikutnya juga tak ujub ..........



:setuju::setuju::setuju:

Orang Alqarm Xplain Skit bab ni.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 10:57 AM | Show all posts

ujub????

tak elok tu.....betoi tak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 11:22 AM | Show all posts
aku nak tanya diorang ni satu jerk.. yang depa dok agung2kan si saari tu kenapa? pelik laa.. dia bukannya sahabat nabi yang dijamin masuk syurga... nak kata nabi atau rasul.. lagi laa jauh menyimpang.. nak kata ulamak.. ok gak.. tapi kenapa nak sanjung sangat dia.. dia tu manusia biasa jer.. kalau betul pun dia tu ada kuasa2 ajaib ( kononya... ) apa nak bangga sangat.. semua tu kan kuasa ALLAH.. ALLAH berkehendak.. maka jadi laa dia.. kalau ALLAH taknak kasik.. zero jugak...  so apa yang dibanggakan sangat? Hatta rasulullah kekasih ALLAH pun jenis yang merendah diri.. dan tak pernah nak bangga2kan ilmu dia... malahan sesiapa yang nak jumpa Rasulullah pun.. boleh.. takder laa amcam saari ni.. macam bagus jer ada bodyguard laa orang bawahan laa.. padahal.. orang biasa jerk.....

so apa yang korang nampak keistimewaan dengan asaari ni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by tasbih_online at 1-12-2006 11:02 PM


Aza tak ikut sniper ker pi ke rumah dia?



ini aku sedikit kompius.. yang dia sebut nama aku dalam post hujan kenapa????????.. kau ingat aku macam kau ker ada banyak nick.. keh keh keh.. tak main laa beb.. pengecut macam korang... :pmuka:

( hanya orang yang pernah banyak nick jerk yang akan pk semua orang ada banyak nick... keh keh khe:pmuka:_
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:14 PM | Show all posts
Rufaqa walaupun hanya 'business entity' tetap letak gambar Ashaari, besar pulak tu - ni mmg satu ciri cult nih.

Satu lagi aku tergaru2 kepala...Ashari nih macam dah obses dengan konsep 'Pemuda Bani Tamim' sampai aku ytengok plaq kat rumah Nilai tu nama dia ada 'At-Tamimi'...siapa yang letak dia sebagai pemuda Bani tamim? Sendiri masuk bakul, kasi angkat ka? Dan satu lagi...dea ni perasan yang Melayu aje dari Timur dan boleh jadi 'Bani Tamim'...habis tu Paki, Parsi, Cina, Indon yang muslim camne?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by dealovaku at 4-12-2006 09:25 AM


bagi definisi LARI ???....

menghilakan diri, menyorok, absent, dissapear, walking very fast (which i highly doubt he can :lol )


abuya tk laripun, tp pegi melawat2 projek rufaqa yg bernilai 9.8 juta tuh (dlm newspaper ari ni),

:lol mana keratan akhbar yg kata dia MELAWAT tuh. mana?mana  KERATAN AKHBAR TUH? MANA? TIPU LAGIK KAU NIH :lol

nape kau org susah2 nak carik, tanyer jer polis dan SB tuh, tk payah bawa fitnah abuya lari lak...dah tk der MODAL ker ???

hai, kalo dia benar, dia akan buat at least press conference. bukan nyuruk. cam pegawai Jakim cakap semalam dlm tv, kalo dia betul kenapa larik? ;)


satu lagik aku nak gak suruh kau org pi periksa, apa harta yg abuya ada atas nama dier dan family, sebenarnya satupun tk der, semua atas nama jemaah rufaqa.....abuya tu satu harta duniapun tk der, tp yg herannnya org nampak dia kayakan?....itulah dia satu KEAJAIBAN...

tipu dan tipu dan tipu.

Berdasarkan rekod itu, Ashaari adalah pemegang saham terbesar dalam Rufaqa Corporation dengan sejumlah 332,500 saham berbanding Mohamad Abu Bakar (40,000 saham) dan Fakhrur Razi Shahri (52,500).

source:
http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 1203234035/Article/




hikhikhik...lepas nih mesti menyinga si sniper nih...  

dak aihh, seronok dapat buktikan kau punya taqiyyah..cam kat sini:
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=2
tgk post last, aku siap bagik lay out rumah asaari al kazab. terdiam kau lepas tuh ;)

[ Last edited by  snipersnake at 4-12-2006 01:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 05:19 PM | Show all posts
Yang hebat tuh kat pintu rumah dia kat Nilai siap bole scan dosa tuh :: hebat betul mamat nie? Perasan Nabi ke? Kethuilah olehmu yang Abuya itu hanya manusia biasa tak lebih dari itu..Sembahlah dan agungkanlah Allah, bukan makhluknya.
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 4-12-2006 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 4-12-2006 05:19 PM
Yang hebat tuh kat pintu rumah dia kat Nilai siap bole scan dosa tuh :: hebat betul mamat nie? Perasan Nabi ke? Kethuilah olehmu yang Abuya itu hanya manusia biasa tak lebih dari itu..Sembahlah ...


aku rasa org bodoh ajer yg percaya fitnah nih...ataupun pekak..itu dimaafkan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by dealovaku at 4-12-2006 06:08 PM


aku rasa org bodoh ajer yg percaya fitnah nih...ataupun pekak..itu dimaafkan...


majoriti rakyat Malaysia bodoh ker? Terkejut aku?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.075585 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list