CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8188|Reply: 29

Al-Bukhari Mencari Ilmu, Bukan Menunggu Ladunni

[Copy link]
Post time 28-2-2007 04:50 AM | Show all posts |Read mode
Artikel:

Siapa tidak kenal al-Bukhari? Muhammad Ibn Ismail namanya, al-Bukhari gelarannya. Beliau lahir pada 194 Hijrah dan meninggal pada tahun 256 Hijrah. Beliau bukanlah ahli hadith berbangsa Arab tetapi terkenal sehingga dikagumi oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Siapa tidak kenal bukunya yang popular: al-Jami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2007 04:51 AM | Show all posts
sambungan..


Kekuatan hafazannya juga mengkagumkan para ulama yang hidup sezaman dengannya. Salah seorang rakannya (Hasyid Ibn Ismail) pernah memberitahu bahawa beliau masih ingat ketika al-Bukhari sama-sama belajar dengannya di Basrah. Al-Bukhari selalu datang ke majlis pengajian hadith tanpa menulis dan hanya mendengar sahaja. Ketika ditegur, beliau dengan mudah dapat menyebut kembali semua hadith yang beliau pelajari bersama-sama yang lain dan Hasyid menyatakan bahawa al-Bukhari merupakan tempat mereka menyemak kembali catatan mereka sama ada betul atau salah. Begitulah juga apa yang diceritakan oleh rakannya yang lain iaitu Muhammad Ibn al-Azhar al-Sijistani ketika beliau dan al-Bukhari belajar daripada seorang alim hadith, Sulaiman Ibn Harb di Basrah juga.
Al-Bukhari pernah ditanya tentang rahsia dirinya berjaya menghafaz banyak hadith dan dapat pula menguasai kajian hadith. Maka beliau menjawab: 慳ku tidak tahu ubat yang paling berkesan untuk menghafaz melebihi daripada sifat keinginan yang kuat dan juga pengulangan dalam membaca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:15 PM | Show all posts
ada beberapa perkara yg tidak logik dalam ulasan article ini
1. Imam Bukhari tidak perlu menunggu ilmu laduni untuk menghimpun hadis nabi, sebab hadis2 telahpun dituturkan, dibenarkan ataupun dilakukan oleh nabi. kenapa perlu tunggu ilmu laduni untuk mengumpul hadis?
2. ilmu ilham, kasyaf, laduni bukan hadis nabi. ia adalah dua bidang ilmu yg berlainan sama sekali. menunjukkan kurangnya ilmu org yg membuat ulasan.
3. kenapa hanya diceritakan cara2 Imam Bukhari mengumpul hadis sahaja. kenapa tidak diceritakan kitab2 lain yg ditulis oleh Imam Bukhari. tetapi terus membuat kenyataan utk menjatuhkan tarekat, kasyaf dsbnya.



extract info dari prime minister office website:

KARANGAN

Sebagaimana Imam Bukhari bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu melalui percakapan dan penulisan, beliau juga bersungguh-sungguh mengarang berbagai ilmu. Allah telah memanfaatkannya kepada orang ramai selama kehidupan beliau. Selepas kematian beliau banyak kitab-kitab telah dikarang dan kebanyakannya telah sampai kepada kita.


Karangan-Karangan Imam Bukhari yang telah sampai kepada kita.

1. Al-Jaami' As- Sahih.
Dikenali sebagai Sahih Bukhari.

2. At- Tarikh Al Kabir.
Ia merupakan karangan yang paling indah dan baik mengikut bab begitu juga topiknya. Perawi-perawai hadis semenjak dari zaman sahabat sehinggalah zaman beliau serta mengandungi perbahasan tentang kecacatan-kecacatan Hadis, Jarah, Ta'dil dan sebagainya. Ia telah dicetak di Hyderabad di India pada tahun 1691 M dengan disemak oleh Al-Allaamah Abdul Rahman Al-Mu'allimi Rahimahullah.

3. At-Tarikh Al-Ausat.
Ia disusun selama beberapa tahun dan tiba kepada kita darinya potongan kitab ilmu islam yang terdahulu.

4. At-Taarikh As-Soghir.
Ia disusun beberapa tahun dan dicetak berulang kali.

5. Kitab Al-Kuna.
Ia dicetak sebagai lampiran Kitab At-Taarikh Al-Kabir dipercetakan Hyderabad.

6. Adh-Dhu'afa'.
Terdapat dua kitab dengan nama tersebut iaitu Soghir (kecil) dan Kabir (besar). Mengandungi sejumlah perawi-perawi hadis yang lemah.

7. Al-Adab Al- Mufrad.
Merupakan kitab adab dan akhlak yang elok lagi baik mengikut bab dengan cara terkini dan telah dicetak sebanyak beberapa kali.

8. Al-Qiraat Khalfa Al-Imam (bacaan dibelakang imam).
Dikenali sebagai Juz Al-Qiraat. Mengandungi masalah bacaan makmum dibelakang imam dan menyokong hujah tentang diwajibkan membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat dalam apa jua keadaan, sekalipun orang yang mendirikan sembahyang itu sebagai imam, makmum atau bersendirian, samada di dalam sembahyang yang tidak dinyatakan bacaannya ataupun yang dinyatakan bacaannya malah tidak dikira rakaat tanpanya.

9. Mengangkat kedua-dua tangan dalam sembahyang.
Dikenali dengan Juz Raf'ul Yadain. Imam Bukhari membentangkan masalah orang sembahyang mengangkat kedua-dua tangan apabila melakukan takbiratul-ihram dan semasa berpindah rukun.

10. Kejadian Perbuatan Hamba.
Kandungannya adalah tentang permasalahan pegangan (akidah) iaitu perbuatan-perbuatan hamba adalah merupakan makhluk dan kalam Allah iaitu Al-Quran adalah bukan makhluk. Faktor yang mendorong beliau mengarang kitab tersebut adalah sebagai suatu ujian yang dihadapi tentang masalah tersebut.




Karangan-Karangan Imam Bukhari yang masih lagi tidak dijumpai.

1. Berbuat baik terhadap dua Ibubapa.
2. Al-Jami' Al-Kabir.
3. Al-Musnad Al-Kabir.
4. At-Tafsir Al-Kabir.
5. Al-Asyribah (minuman).
6. Al-Hibah (pemberian).
7. Usama As-sahabah (nama-nama sahabat).
8. Al-Mabsut.
9. Al-Wihdan.
10. Al-Ilal (kecacatan-kecacatan).
11. Al-Fawaid (faedah-faedah).
12. Masalah Sahabat dan Taabi'en.
13. Guru-guru Imam Bukhari. Di dalamnya menyebut tentang guru-gurunya yang menjadi tempat beliau berguru.

rujukan dari web site prime minister office:
http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/HadisM.nsf/ImamBukhariAll

[ Last edited by  kelat at 28-2-2007 01:16 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

zasssss This user has been deleted
Post time 28-2-2007 02:00 PM | Show all posts

mmm

ader ke islam iktiraf ilmu laduni nir? Ada dalil ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 28-2-2007 01:15 PM
ada beberapa perkara yg tidak logik dalam ulasan article ini
1. Imam Bukhari tidak perlu menunggu ilmu laduni untuk menghimpun hadis nabi, sebab hadis2 telahpun dituturkan, dibenarkan ataupun di ...


masalahnya, depa yg selalu dok kata kita tak logik, itu pasal ler....


Al-Qardawi also  said  (pg.  42):  
http://www.masud.co.uk/ISLAM/misc/alobs.htm


One  of  the causes of  such shallowness  is that extremists  :
never  listen  to  people  who hold different views (and I can personally  testify to that),
never accept any  dialogue  with them or  imagine  that  their own views  could be tested in the light of others, and may thereby be either  accepted or rejected.  

Most of them have not been taught by reliable Muslim ulama who  are  specialised  in  the  field.  

Rather,  they  have  received semi-knowledge directly  from  books  and  newspapers  without  any opportunity for revision or discussion which could test the learner's understanding  and analyze the depth of his  knowledge.  
They  simply read,  'understand',  then  deduce  what they  wish.  

However,  their reading, understanding, and deduction may well be wrong or deficient. T
There  might be someone  somewhere  who  opposes  their  opinions  on stronger and more valid bases,
but they are not aware of that because nobody has drawn their attention to such a possibility.  

[ Last edited by  rainbows at 28-2-2007 02:03 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

syamiun This user has been deleted
Post time 28-2-2007 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by <i>zasssss</i> at 28-2-2007 02:00 PM<br />
ader ke islam iktiraf ilmu laduni nir? Ada dalil ka?
<br />


hmm...satu soalan yang menarik.... insyaallah aku aku study balik apa yg aku faham ttg ilmu laduni dan hujah2nya...
sbb perkara2 nie pernah dibangkitkan dikalangan mereka yang menolak soal2 kerohanian nih...

doakan aku dpt bantu ko jelaskan hal nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2007 03:26 AM | Show all posts
Nabi belajar agama terus dgn Allah. Para sahabat belajar agama dgn Nabi. Orang2 selepas sahabat belajar agama dgn sahabat. Orang selepas selepas sahabat belajar agama dgn ulama. Tapi sheikh Arqam belajar direct dgn Allah. pehh....hebat tu. respect abis. Itulah ilmu ladunni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 01:10 PM | Show all posts

Reply #7 tobby's post

adakah anda tidak belajar direct dari Allah? siapakah yg mengajar anda menangis selepas keluar dari perut ibu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2007 01:33 PM | Show all posts

Reply #8 kelat's post

Bayi yang lahir memang perlu menangis bagi menggerakkan cecair yang berkumpul dalam kepala keluar. Kalau tidak, bayi tersebut boleh mengalami komplikasi dan kecacatan otak. Oleh sebab itulah, bagi bayi yang senyap ketika lahir, para doktor/mak bidan akan terbalikkan dan memukul punggung bayi tersebut.

Persoalan "belajar direct dari Allah" pula, boleh diklasifikasikan kepada FITRAH. Setiap manusia mempunya FITRAH. Lapar -> makan, dan lelain. Mengenai FITRAH ni, Allah ada sebut dalam Al-Quran yg Agung; yakni menyentuh mengenai Fitrah Ketuhanan.

Firman ALLAH SWT dalam surah Al-A'raaf ayat 172  "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"

dan dalam surah Ar-Ruum ayat 30. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui


wallahualam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 01:58 PM | Show all posts

Reply #9 pipi's post

jadi, adakah fitrah bukan ilmu dari Allah atau ilham dari tuhan?

cuma kita tak biasa sebut itu ilmu atau ilham. kita sebut fitrah. pada hakikatnya yg mengajar dan memberi ilmu itu  adalah Allah.
dan lagi sebab ilmu itu diberi kepada semua org tidak kira muslim atau kafir.

Adakah tidak boleh Allah berikan ilmu yg lebih hebat lagi dari fitrah itu dan dengan cara yg lebih istemewa lagi daripada itu kepada org Islam?

[ Last edited by  kelat at 1-3-2007 02:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 1-3-2007 01:58 PM
jadi, adakah fitrah bukan ilmu dari Allah atau ilham dari tuhan?

cuma kita tak biasa sebut itu ilmu atau ilham. kita sebut fitrah. pada hakikatnya yg mengajar dan memberi ilmu itu  adalah Alla ...


yup.....kat dalam alam rahim, bayi belajar dengn saper?...daripada ibu dier ker?....klau dari ibu, mesti lain2 ibu, lain ler cara mereka bertindakbalas masa lahir...mungkin ada yg menangis, ada yg ketawa, ada yg senyum sajer, dan bermacam2 lagi FITRAH yg akan berlaku....

itu maksudnya di alam lahir, Allah SWT sudah beri ILMU kepada bayi tersebut....ilmu tersebut direct dari Allah SWT....buknkah si pipi tuh dah C & P firman ALLAH SWT yg bertanya kepada ROH di alam rahim itu, penyaksian mereka terhadap ALLAH...habis itu tk boleh jadi dalil ker bahwa ada ilmu yg Allah boleh sampaikan direct pada makhluknya...

Firman ALLAH SWT dalam surah Al-A'raaf ayat 172  "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"



dan biarlah aku nasihatkan kepada tobby, jika dia MENAFIKAN KEMAMPUAN Allah SWT utk memberi ilmu secara DIRECT kepada makhluknya maka dia kena check balik IKTIKAD yg dia guna pakai dalam mengenal zat dan sifat Allah SWT....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 06:32 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 28-2-2007 07:01 AM


masalahnya, depa yg selalu dok kata kita tak logik, itu pasal ler....


Al-Qardawi also  said  (pg.  42):  
http://www.masud.co.uk/ISLAM/misc/alobs.htm


One  of  the causes of  such s ...

hehe, pandai pulak ambil pendapat Qaradhawi

tp jgn ambil sekerat2 jer, baca gak apa yg Qaradhawi kata ttg ilham, kasyaf, mimpi, ilmu ladunni, Khidir etc..

meh kita tgk apa yg Qaradhawi kata:

Anggapan kebanyakan ahli sufi terhadap sesuatu berdasarkan zawq, lintasan
hati, ilham, kasaf dan ladunni disamping dakwaan-dakwaan maksum oleh
sesetengah mereka kerana memperolehi ilham dan lintasan hati ini, menjadikan
satu kelompok dari kalangan mereka berakhir dengan berbagai kesesatan.

Antaranya pemisahan antara syariat yang dibawa oleh nas dengan haqiqat yang
diperolehi melalui kasaf. Yang pertama adalah untuk orang awam manakala yang
ke-2 adalah untuk orang yang khusus yang istimewa. Di antara ucapan mereka
adalah:

"Barangsiapa melihat kepada makhluk menurut kacamata syariat, akan memurkai
mereka, sebaliknya barangsiapa melihat kepada mereka menurut kacamata
haqiqat, sudah pasti akan menguzurkan mereka".

Kadang-kadang satu amalan itu dikira maksiat bahkan berdosa besar pada
pandangan ahli syariat, tetapi dianggap harus atau boleh menghampirkan diri
kepada Allah s.w.t menurut pandangan ahli haqiqat. Aneh bukan ??.

Golongan ini berdalilkan kisah Musa a.s dengan Khidir a.s dalam memisahkan
antara syariat dan haqiqat yang disebut dalam Al-Kahfi. Musa a.s dikatakan
melihat dengan pandangan syariat, kerana itu beliau mengingkari pembocoran
perahu, pembunuhan kanak-kanak tanpa sebarang jenayah yang dilakukannya dan
mendirikan semula dinding rumah kepunyaan seorang yang tidak berhak
dimuliakan dan diberi pertolongan, yang dilakukan oleh khidir a.s. Khidir
a.s pula melihat dengan pandangan haqiqat, kerana itu Musa a.s terpaksa
menyerah kalah kepadanya, kerana baginda dikatakan tidak mempunyai ilmu
kecuali ilmu syariat sedangkan Khidir a.s mempunyai ilmu batin iaitu ilmu
haqiqat.

Ilmu yang ada pada Khidir tidak diperolehi dari proses pembelajaran dan
usaha, sebaliknya ia merupakan ilmu wahbi iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh
Allah s.w.t secara langsung tanpa perantaraan. Mereka menamakanya sebagai
ilmu ladunni, diambil sempena firman Allah s.w.t yang bermaksud "Kami
ajarkan kepadanya ilmu dari sisi kami -ilmu ladunni", AlKahfi:65.

Dari sini timbulnya sifat memandang rendah oleh sesetengah ahli sufi
terhadap ilmu syarak yang diperolehi dari nas, dituntut dari ulamak dan
diriwayatkan secara bersanad. Ilmu ini mereka namakan sebagai ilmu kertas.

Golongan ini memaksudkan dengan ilmu batin atau haqiqat atau ilmu ladunni
sebagai ilmu Khidir, bukannya ilmu Musa. Ilmu ahli-ahli zawq, bukannya ilmu
ahli-ahli kertas. Ilmu ahli-ahli sufi bukannya ilmu hadis dan fikah. Malah
sesetengah dikalangan mereka sanggup mengatakan ilmu itu sendiri, adalah
halangan antara tuannya dengan Allah. Tidak syak lagi, anggapan ini
merupakan satu kejahilan yang nyata, tipu daya yang buruk dan penyelewengan
dari jalan yang lurus yang pernah dilalui oleh baginda Al_Rasul Muhammad
s.a.w, para sahabat dan orang-orang yang menjejaki jejak langkah mereka
dengan baik, malah turut menyeleweng dari jalan yang pernah dilalui oleh
pimpinan generasi awal ahli sufi itu sendiri. (*-bab lain)  

AlImam asy-Syatibi menjelaskan di dalam kitabnya "Al-MawFaqatu", syariat
adalah umum untuk semua mukallaf. Tidak seorang pun boleh keluar darinya
baik wali mahupun lainnya atas dakwaan memperolehi kasaf dan sebagainya.
Adat-adat yang berjalan adalah penting untuk diambil kira menurut pandangan
syarak. Pengetahuan terhadap perkara ghaib dan kasaf yang benar, tidaklah
menghalang perjalanannya, menurut hukum-hukum  adat. Ikutan paling baik
dalam masalah ini ialah A-Rasul s.a.w dan amalan para Salafusoleh.

Seterusnya Syatibi membentangkan kisah Khidir yang dijadikan hujah oleh
sekelompok masyarakat untuk keluar dari syariat yang zahir khasnya golongan
yang menamakan diri mereka wali-wali Allah atau ahli kasaf. Kami kemukakan
pendapat As_Syatibi sebagai menolak pendapat yang mengatakan ilham boleh
dijadikan hujjah kepada hukum syarak.

Golongan ini menamakan ahli ilmu syarak sebagai "Alim dan ahli kasaf sebagai
'Arif. Ilmu disisi mereka ialah yang diperolehi melalui usaha  dan juga
mencari dalil, sedangkan ma'rifat ialah satu anugerah Daruri (tanpa belajar)
..iaitu ladunni. Ilmu berasaskan kepada berita manakala ma'rifat berasas
kepada penyaksian.

Diantara contoh yang diberikan ialah jika anda melihat satu lubang dikawasan
salji, anda boleh menjadikanya bukti wujudnya binatang di bawahnya . Tahap
ini dinamakan ilmu. Bila menggali dan melihat sendiri haiwan berkenaan,
tahap ini barulah dinamakan ma'rifat.

Contoh ucapan sesetengah golongan yang menyeleweng :

"Orang 'alim ialah orang yang mencurahkan kepada anda cuka dan biji sawi,
tetapi orang 'arif ialah orang yang memercikkan kepada anda bauan katuri dan
anbar.."

Golongan ini seterusnya menjelaskan: Jika anda bersama dengan orang 'alim,
anda berada dalam kepenatan, sebaliknya jika berada bersama yang 'arif, anda
berada dalam kerihatan.

Orang yang 'arif akan membentang keuzuran seluruh alam dan makhluk,
sebaliknya orang 'alim mencelanya. Dikatakan juga: Orang yang melihat
makhluk dengan pandangan ilmu akan memurkai mereka, sebaliknya orang yang
melihat makhluk dengan pandangan ma'rifat akan menguzurkan mereka
.."(Alisyarat Wa At-Tanbihat oleh Ibn Sina).

Ketika membuat komentar tentang ini, alImam Ibn Al-Qayyim menjelaskan:

"Lihatlah intipati ucapan ini. Sentuhannya cukup lembut tetapi racunnya
cukup berbisa dan membunuh (seperti terungkainya ikatan agama, dakwaan rihat
dari bebanan ubudiyyah, memberi keuzuran kepada golongan Yahudi, Kristian
dan penyembah berhala, orang zalim dan juga fasik dan juga melibatkan
pelanggaran kepada hukum-hukum perintah dan larangan yang diperolehi dari
para rasul) kepada hati sama seperti mencurahkan cuka dan biji sawi,
manakala menyaksikan haqiqat kawniyyah yang merangkumi seluruh makhluk dan
memberi perhatian kepadanya dan tunduk kepada hukumnya sama seperti
memuliakan bauan kasturi dan anbar".

Percikan bauan kasturi dan anbar ini membuatkan mereka memandang ringan
kepada orang yang kafir, zalim dan juga fasik, setelah mereka menyaksikan
haqiqat tersebut serta tunduk kepadanya.

Alangkah besarnya rahmat bagi orang-orang yang baik, yang berhukum dengan
apa yang dibawa oleh Ar_Rasul s.a.w, kerana begitu banyak mencurahkan cuka
dan biji sawi kepada orang ramai.

Ucapan Rasullullah sa.w terhadap sesuatu: Ini harus...Ini tidak harus..Ini
Halal..Ini Haram..Ini diredai..dan ini dimurkai adalah dianggap cuka dan
biji sawi sahaja pada pandangan golongan mulhid berkenaan. Jika tidak,
hakikat akan menyaksikan kepada anda perkara itu berlaku sebaliknya.

Dari itu jika anda lihat disisi mereka kepada makhluk dengan pandangan
haqiqat, anda pasti menguzurkan mereka. Anda akan menguzurkan orang yang
telah diberikan teguran keras oleh Allah dan Rasulnya dan mengancam dengan
sebesar-besar ancaman.

Alangkah peliknya, jika mereka adalah golongan yang diberi keuzuran menurut
pandangan haqiqat, bagaimana mungkin Allah mengazabkan orang yang diberikan
keuzuran ini dengan azab yang pedih. Bukankah Tuhan Yang Maha Kaya lagi Maha
Penyayang lebih awla menguzurkan mereka? (Madarij as-Salikin: 3/167).

- Petikan buku "emisahan Antara Hakikat dan Syariat"

ohh, jgn lupa juga buku Qaradhawi bertajuk "Ilham, Kasyaf dan Mimpi"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 2-3-2007 06:32 AM

Dari sini timbulnya sifat memandang rendah oleh sesetengah ahli sufi
terhadap ilmu syarak yang diperolehi dari nas, dituntut dari ulamak dan
diriwayatkan secara bersanad. Ilmu ini mereka namakan sebagai ilmu kertas.

...


kau faham tak apa yg kau baca?.....


selepas daripada perenggan ini, adalah penerangan ttg ILMU KERTAS....terhadap golongan sesetengah ahli sufi yg memandang rendah terhadap ilmu syarak dan menganggap ilmu syariat tidak perlu lagi dlm mencapai tahap ilmu hakikat....

kau faham ker maksud sesetengah tu?...sesetengah maksudnya BUKAN SEMUA.....

dan ciri2nya :
memandang rendah terhadap ilmu syariat sehingga ada yg menafikan tuntutan solat, puasa dsbnya....

kau igt sebelum fahaman membidaahkan sufi ini, ulamak2 muktabar sebelum itu bukan sufi kah?.....kau tahu tak kebanyakan keturunan ahlulbait semua brtarekat, mereka semua sufi...

jadi aku nasihatkan kau, jgn memperbodohkan diri melakukan PUKULRATA semua sufi itu sesat...S.Yuqof Qardhawipun tak kata begitu tetapi dia hanya ingin memberitahu masyarakt jgn tertipu dengan ahli sufi sesat yg menipu masyarakat bahwa utk jadi org sufi, ilmu syariat itu tdk penting lagik, boleh main langgar jer...itu yg beliau mahu TEKANKAN.....

tetapi kau lak, lain faham, main PUKUL RATA anggap semua ahli sufi itu sesat....

baca betul2 yer......bezakan antara defini si SESETENGAH =SEMUA tu betul ker?...
lepas tuh, bila dah faham, baru sambung penerangan dibawah itu ditujukan kepada golngan yg mana,
supaya tk ler nanti salah faham dan buat fitnah lak kepada S. Yusof Qardhawi...kata beliau menolak ahli sufi....

atau kau memang ada maksud lain kaaa?....klau ada maksud lain, memang kau tk kan faham ler....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 2-3-2007 03:27 AM


kau faham tak apa yg kau baca?.....


selepas daripada perenggan ini, adalah penerangan ttg ILMU KERTAS....terhadap golongan sesetengah ahli sufi yg memandang rendah terhadap ilmu syara ...

hohoho, ada yg termakan cili yek.. nak air ker bang, kasi hilang pedas??

first & foremost, bawa mai bukti yg haku ada kata SEMUA sufi sesat (jgn tuduh2, berdosa fitnah org tawww)..

&#1602;&#1615;&#1604;&#1618; &#1607;&#1614;&#1575;&#1578;&#1615;&#1608;&#1575; &#1576;&#1615;&#1585;&#1618;&#1607;&#1614;&#1575;&#1606;&#1614;&#1603;&#1615;&#1605;&#1618; &#1573;&#1616;&#1606;&#1618; &#1603;&#1615;&#1606;&#1618;&#1578;&#1615;&#1605;&#1618; &#1589;&#1614;&#1575;&#1583;&#1616;&#1602;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614;

"Katakanlah: Datangkanlah bukti-bukti kamu sekalian, jika kamu sekalian orang-orang yang benar!"  (Al-Baqarah: 111)


[ Last edited by  naj13 at 2-3-2007 04:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 11:19 AM | Show all posts
sambungan tulisan Dr. al-Qaradhawi (yg turut menukilkan pendapat imam2 lain) dlm isu ni.. saper makan cili, dia la yg rasa pedas kan.. yg tak makan tak yah sibuk2 nak terasa


SYUBHAT BAHWA ILHAM DAPATDIJADIKAN HUJAH MENURUT SEBAGIAN KAUM SUFI, BERIKUT BANTAHANNYA MENURUT PARAULAMA AHLUS-SUNNAH
Hujah Para Ulama Ahlus-Sunnah

Telah disebutkan bahwapendapat Jumhur ulama Ahlus-sunnah bahwa: ILHAM TIDAK DAPAT DIAMALKAN KECUALITIDAK TERDAPAT HUJAH SAMA SEKALI DAN HANYA MENYANGKUT HAL-HAL YANG MUBAH SAJA.

Al Imam Ad Dabusi -rahimahuLLAAH - berkata (2): 揌ujah Ahli Sunnah tentang tidak bolehnya berdalildengan ilham dalam menentukan hukum adalah ayat dan nash-nash yang menuntut hujah,seperti Firman ALLAH SWT:

&#1602;&#1615;&#1604;&#1618; &#1607;&#1614;&#1575;&#1578;&#1615;&#1608;&#1575; &#1576;&#1615;&#1585;&#1618;&#1607;&#1614;&#1575;&#1606;&#1614;&#1603;&#1615;&#1605;&#1618; &#1573;&#1616;&#1606;&#1618; &#1603;&#1615;&#1606;&#1618;&#1578;&#1615;&#1605;&#1618; &#1589;&#1614;&#1575;&#1583;&#1616;&#1602;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614;

揔atakanlah: Datangkanlahbukti-bukti kamu sekalian, jika kamu sekalian orang-orang yang benar!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 11:21 AM | Show all posts
sambungan artikel:

Beberapa Dalil YangDikemukakan Oleh Orang-Orang Yang Berhujah Dengan Ilham Berikut Alasannya

Hadits Nabi SAW kepadaWabishah bin Ma抌ad ra:

&#1610;&#1575; &#1608;&#1575;&#1576;&#1589;&#1577; &#1575;&#1587;&#1578;&#1601;&#1578; &#1602;&#1604;&#1576;&#1603; &#1608;&#1575;&#1604;&#1576;&#1585; &#1605;&#1575; &#1575;&#1591;&#1605;&#1571;&#1606;&#1578; &#1573;&#1604;&#1610;&#1607; &#1575;&#1604;&#1606;&#1601;&#1587; &#1608;&#1575;&#1591;&#1605;&#1571;&#1606; &#1573;&#1604;&#1610;&#1607; &#1575;&#1604;&#1602;&#1604;&#1576; &#1608;&#1575;&#1604;&#1573;&#1579;&#1605;&#1605;&#1575; &#1581;&#1575;&#1603; &#1601;&#1610; &#1575;&#1604;&#1602;&#1604;&#1576; &#1608;&#1578;&#1585;&#1583;&#1583; &#1601;&#1610; &#1575;&#1604;&#1589;&#1583;&#1585; &#1608;&#1573;&#1606; &#1571;&#1601;&#1578;&#1575;&#1603; &#1575;&#1604;&#1606;&#1575;&#1587; &#1608;&#1571;&#1601;&#1578;&#1608;&#1603;

揥ahai Wabishah, mintafatwalah pada hatimu, kebaikan itu menentramkan hatimu sedangkan dosa itumembuatmu tidak tenang, meskipun para pemberi fatwa memberikan fatwa kepadamu (11).擺/font]

Dan juga hadits-hadits yangsemakna (12), berdalil dengan hadits ini dengan menafsirkannya boleh berdalildengan ilham adalah bathil, karena ia sangat jauh dari asbabul-wurud hadits inidan makna yang dikandungnya, sbb:

1. Al-Munawi menukil bahwahadits itu turun berkenaan dengan kejadian yang dialami Wabishah ra yangterjadi pada dirinya, sehingga hadits tersebut tidak menggunakan lafazh yangbersifat umum, maka tidak bisa diambil kaidah yang umum pula sebagaimana diakuipara ahli ushul-fiqh (13).

2. Jika pun ada yangmengatakan bahwa ia bisa diberlakukan umum, maka ia hanya berlaku untukhal-hakl yang tidak ada nash syar抜nya (perkara mubah), karena ia tidak bolehbertentangan dengan dalil-dalil lain yang lebih kuat dan shahih, seperti:
&#1601;&#1614;&#1575;&#1587;&#1618;&#1571;&#1614;&#1604;&#1615;&#1608;&#1575; &#1571;&#1614;&#1607;&#1618;&#1604;&#1614; &#1575;&#1604;&#1584;&#1617;&#1616;&#1603;&#1618;&#1585;&#1616; &#1573;&#1616;&#1606;&#1618; &#1603;&#1615;&#1606;&#1618;&#1578;&#1615;&#1605;&#1618; &#1604;&#1614;&#1575; &#1578;&#1614;&#1593;&#1618;&#1604;&#1614;&#1605;&#1615;&#1608;&#1606;&#1614;

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2007 11:23 AM | Show all posts
sambung lagi (final):

4. Maka sekali lagi bahwasesuatu yang ada nash-nya maka tidak ada jalan lain bagi seorang mu抦in kecualiharus kembali kepada nash Al-Kitab dan As-Sunnah dan tidak boleh berpegangkepada selainnya, sebagaimana firman-NYA:

&#1608;&#1614;&#1605;&#1614;&#1575; &#1603;&#1614;&#1575;&#1606;&#1614; &#1604;&#1616;&#1605;&#1615;&#1572;&#1618;&#1605;&#1616;&#1606;&#1613; &#1608;&#1614;&#1604;&#1614;&#1575; &#1605;&#1615;&#1572;&#1618;&#1605;&#1616;&#1606;&#1614;&#1577;&#1613; &#1573;&#1616;&#1584;&#1614;&#1575; &#1602;&#1614;&#1590;&#1614;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1617;&#1614;&#1607;&#1615; &#1608;&#1614;&#1585;&#1614;&#1587;&#1615;&#1608;&#1604;&#1615;&#1607;&#1615; &#1571;&#1614;&#1605;&#1618;&#1585;&#1611;&#1575; &#1571;&#1614;&#1606;&#1618; &#1610;&#1614;&#1603;&#1615;&#1608;&#1606;&#1614; &#1604;&#1614;&#1607;&#1615;&#1605;&#1615; &#1575;&#1604;&#1618;&#1582;&#1616;&#1610;&#1614;&#1585;&#1614;&#1577;&#1615;&#1605;&#1616;&#1606;&#1618; &#1571;&#1614;&#1605;&#1618;&#1585;&#1616;&#1607;&#1616;&#1605;&#1618;&#1608;&#1614;&#1605;&#1614;&#1606;&#1618; &#1610;&#1614;&#1593;&#1618;&#1589;&#1616; &#1575;&#1604;&#1604;&#1617;&#1614;&#1607;&#1614;&#1608;&#1614;&#1585;&#1614;&#1587;&#1615;&#1608;&#1604;&#1614;&#1607;&#1615; &#1601;&#1614;&#1602;&#1614;&#1583;&#1618; &#1590;&#1614;&#1604;&#1617;&#1614; &#1590;&#1614;&#1604;&#1614;&#1575;&#1604;&#1611;&#1575; &#1605;&#1615;&#1576;&#1616;&#1610;&#1606;&#1611;&#1575;
揇an tidaklah patut bagilaki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabilaALLAH dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi merekapilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barangsiapa mendurhakai ALLAHdan Rasul-Nya maka sungguh dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata (17).擺/font]

Hendaklah hal tersebutditerimanya dengan lapang dada (ridha) dan sukacita, tanpa rasa berat dan tanparasa tidak puas dan yang semisalnya, karena sifat tersebut (menerima denganberat, dongkol, tidak puas) sangat tercela dalam Al-Quran, firman-NYA:

&#1601;&#1614;&#1604;&#1614;&#1575; &#1608;&#1614;&#1585;&#1614;&#1576;&#1617;&#1616;&#1603;&#1614; &#1604;&#1614;&#1575; &#1610;&#1615;&#1572;&#1618;&#1605;&#1616;&#1606;&#1615;&#1608;&#1606;&#1614; &#1581;&#1614;&#1578;&#1617;&#1614;&#1609; &#1610;&#1615;&#1581;&#1614;&#1603;&#1617;&#1616;&#1605;&#1615;&#1608;&#1603;&#1614; &#1601;&#1616;&#1610;&#1605;&#1614;&#1575; &#1588;&#1614;&#1580;&#1614;&#1585;&#1614; &#1576;&#1614;&#1610;&#1618;&#1606;&#1614;&#1607;&#1615;&#1605;&#1618; &#1579;&#1615;&#1605;&#1617;&#1614; &#1604;&#1614;&#1575; &#1610;&#1614;&#1580;&#1616;&#1583;&#1615;&#1608;&#1575; &#1601;&#1616;&#1610; &#1571;&#1614;&#1606;&#1618;&#1601;&#1615;&#1587;&#1616;&#1607;&#1616;&#1605;&#1618; &#1581;&#1614;&#1585;&#1614;&#1580;&#1611;&#1575;&#1605;&#1616;&#1605;&#1617;&#1614;&#1575; &#1602;&#1614;&#1590;&#1614;&#1610;&#1618;&#1578;&#1614;&#1608;&#1614;&#1610;&#1615;&#1587;&#1614;&#1604;&#1617;&#1616;&#1605;&#1615;&#1608;&#1575; &#1578;&#1614;&#1587;&#1618;&#1604;&#1616;&#1610;&#1605;&#1611;&#1575;

揗aka demi RABB-mu, merekatidak beriman hingga mereka menjadikanmu (wahai Muhammad) sebagai Hakim atasapa yang mereka perselisihkan, lalu mereka tidak merasa keberatan dalam hatimereka tentang apa yang kau putuskan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya (18).擺/font]

5. Adapun jika sesuatutersebut tidak ada nash-nya dalam Al-Quran maupun As-Sunnah, atau dari parasahabat dan ulama salaf yang dapat dijadikan hujah, maka jika kaum mu抦inintidak menemukan orang yang memberi fatwa, atau ada yang memberi fatwa tetapiilmu dan agamanya tidak dipercayanya, maka dalam hal ini bolehlah ia kembalipada apa yang membuat dadanya tenteram, hal ini juga pendapat Imam Ahmad (19).

6. Al-Allamah Asy-Syaukanimenambahkan arti lain dari hadits tersebut, bahwa hal itu berlaku jikadidapatkan dalil-dalil yang bertentangan (20). Maksudnya adalah jika adadalil-dalil yang saling bertentangan dan tidak ada murajjih (dalil yang lbhkuat), maka hati seorang mu抦in dan fatwa hatinya adalah suatu yang menguatkan.Imam Al-Ghazali menambahkan bahwa tidak semua hati dapat dijadikan sandaran,sebab ada hati yang senantiasa waswas hingga menafikan apapun, ada pula hatiyang selalu menerima dan menganggap enteng apa saja yang dikehendakinya, makahati yang dapat dijadikan sandaran tersebut adalah hati yang bersih dan tenang(muthma抜nnah) yang dengannya diuji segala perkara, namun betapa jarangnya hatiyang seperti ini (21).

WaLLAAHu a抣amu bishShawaab匸/font]

Catatan Kaki:

(1) Disarikan dari kitabSyaikh Al-Qaradhawi berjudul Mauqif al-Islam minal Ilham wal Kasyf war Ru抋 waminat Tama抜mi wal Kahanah war Ruqa
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 11:26 AM | Show all posts
Ada aku kata ilmu ILHAM boleh dijadikan hujah utk hukum hakam dan melebihi taraf Al Quran dan Sunnah ?..
tak der kan...????

dan aku juga kata dalam sufi yg murni :

ilmu syariat adalah ASAS atau tapak kepada ilmu2 yg lain...
selepas syariat dipatuhi, barulah boleh kenal ilmu tarekat.
selepas kenal ilmu tarekat, barulah kenal ilmu hakikat,
selepas kenal ilmu hakikat, barulah kenal ilmu makrifat...

itu aku kira selesai...

persoalannya lagi, adakah kamu menerima bahawa ilmu ILHAM atau ilmu Laduni itu juga adalah sejenis ilmu yang boleh diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa yg dikehendakinya...

Kamu nafi atau tidak nafi?...

Jika kamu tdk nafikan, selesailah...

[ Last edited by  rainbows at 2-3-2007 11:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 11:35 AM | Show all posts
kan dah cakap td, tak makan cili tak yah la rasa pedas

yg melenting pelbagai sampai fitnah haku dgn apa yg haku tak kata tu aper hal... nsb baik dah sedar silap sendiri

saper murid2 ashaari elok la baca apa yg Qaradhawi tulis tu

[ Last edited by  naj13 at 2-3-2007 04:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 11:51 AM | Show all posts

Reply #19 naj13's post

jangan rujuk hanya kata Qaradhawi saje. ulama lain pun berkaliber jugak. bukan dia sorang aje ada ilmu.

yg aku nampak, kau ada niat lain. nak pelekeh kan org yg ikut Ust Ashaari.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.098931 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list