CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2726|Reply: 14

Cerita masaalah suami isteri

[Copy link]
Post time 13-3-2007 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Kita sudah sering kali dengar cerita suami bermain kayu 3.  Cerita kisah keluarga ni saya bawakan ke forum ni untuk tatapan dan renungan bersama.

Kisahnya siisteri telah kantoi suaminya mempunyai seorang kekasih.  Kedua suami isteri ni berusia awal 30an dan isterinya 2 tahun lebih tua.  Semantara kekasih suaminya masih diawal 20an.  Perkara ini berlaku sejak isteri itu hamil anak ke2 hingga la terkantoi selepas 3 bulan melahirkan anak ke2.

Pendekkan cerita....

Sejak dari disyaki berhubung dengan wanita tersebut....

Sisuami masih tidak mengabaikan nafkah zahir isteri walupun orang kata cukup-cukup makan.  Wallahualam, tak tahulah macamana boleh tetiba jadi cukup makan, tak perlu kita buat andaian, takut nanti terjadi fitnah.  Sisuami pula jarang balik terutama malam sebab kerja dia sebagai peniaga pasar malam atau jalanan.  Lagi sekali tak perlu kita buat andaian yang kita tak pasti.

Seterusnya...

Siisteri minta nak balik kampung (lepas kantoi).  Sisuami pula diam tanpa memberi atau tidak memberi kebenaran.  Kemudian siisteri pula panggil saudaranya untuk bawa dia balik kampung.


Saudara lelaki siisteri ni pun bertanya, "Sudah ke akak minta kebenaran balik ni?"
Siisteri jawab, "Sudah, tapi dia diam".
Saudara lelaki siisteri ni bertanya lagi, "Ada tak dia siksa akak seperti pukul atau dia tak bagi makan minum?"
Siisteri jawab, "Tidak tapi akak belanja makan pun cukup-cukup aje ni."

Ni timbul lagi satu masaalah. jika sisaudara tu bawa balik siisteri tu tanpa kebenaran sisuami, bukan kah boleh jadi nusyuz?  Sisuami tu tak ada pukul isteri, jadi nak lari dari kekejaman suami pun tak boleh kata juga.

Selain dari masaalah nusyuz yang timbul.  Ada bebrapa perkara lagi boleh difikirkan.

Seperti...

Perlukah isteri tersebut berfikiran terbuka dan menerima seorang madu seperti mana yang dibenarkan oleh Allah?

Tapi nanti timbul pula persoalan lain pula.  Mampu kah suami tu tanggung 2 rumah?  Wallhu'alam, mungkin nanti dia kena bekerja atau berniaga dengan lebih usaha lagi.



Apa pandangan forumer sekelian?

(Skrip cerita diubahsuai sedikit dari kisah yang benar).

[ Last edited by  ibnur at 26-3-2007 11:45 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2007 11:22 AM | Show all posts
persoalan yg perlu dipertimbangkan dalam masalah nafkah makan minum dan tempat tinggal

apakah ukuran cukup dalam islam? adakah makan nasi lauk ayam 2x sehari mencukupi atau kena makan pizza setiap hari atau makan di hotel atau restoren baru dikira mencukupi? masalah 'cukup-cukup makan' adakah melibatkan pembaziran atau tidak? adakah apabila ada pembaziran masih lagi di kira cukup-cukup makan.

adakah menjadi kewajipan kepada suami untuk menyediakan sebuah rumah kepada setiap isteri atau hanya menyediakan sebuah 'tempat tinggal' sudah mencukupi? adakah keupayaan suami utk menyediakan sebuah bilik sewa kepada setiap isteri sudah memadai untuk suami mendapat title 'layak' untuk berpoligami dalam syariat Islam?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by kelat at 13-3-2007 11:22 AM
persoalan yg perlu dipertimbangkan dalam masalah nafkah makan minum dan tempat tinggal

apakah ukuran cukup dalam islam? adakah makan nasi lauk ayam 2x sehari mencukupi atau kena makan pizza se ...



tul....

setiap org ada persepsi berbeza.....

tapi ari nih, kelat...penat lak aku rasa nk pk byk2.....

apa yg aku faham, cukup tak cukup keperluan seseorg itu bergantung kepada kekuatan hatinya, setakat mana dia mengamalkan sabar dab redha atas apa yg didapatinya...klau ikut nafsu, memng tk pernah cukup......
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 11:32 AM | Show all posts

Reply #3 rainbows's post

penat nak fikir sampai berpeluh2
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 13-3-2007 11:32 AM
penat nak fikir sampai berpeluh2


idak ler gitu....byk sgt decision making nk buat,....berselirat dlm otak nih.....klau peluhpun, peluh dlm otak jer....sebb nak bagi cair otak sikit....itu ler dosa bertempek2,...smpai effect akal....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 02:46 PM | Show all posts
Hai..dunia..dunia..x abih2 ttg kecurangan!!
Kalu wujud org ketiga..tentulah kerana ada masalah pd diri @pun pd suami isteri tsebut. Suami curang sbb dia x reti nk settlekn masalah dia ngan isteri dia..ambil mudah..bosan!!.. tup2 bila org lain muncul dlm hidup terus rasa bsemangat semula..he..he..memandai je..sori ek .

Wpun masih x mgabaikan nafkah zahir isteri bukan alasan utk blaku curang..kalu x jujur pd diri sendiri camana nk blaku jujur pd org lain maksudnya kt isteri sndri.

Bila hal suami kantoi..si isteri mmg la kecewa sgt, tentula dia ingat suami dia x sayang kt dia lg..hdknya dia pun baru pas bsalin..mmgla perasaan tu x stabil, silap2 leh gila. Bila isteri dh tau nape mesti diam..cemana nk settlekn prob. Skrg ni isteri ni tgh emosi silap2 leh lari tinggalkn segala..yg susah bukannya sesapa tp anak2 yg jadi mangsa..tau bkasih tp x tau bkeluarga..tah pape!!


Selain dari masaalah nusyuz yang timbul.  Ada bebrapa perkara lagi boleh difikirkan.

Haaaiii卬ape bab ni nk ditekankn ssgt utk siisteri nih..abih si suami blaku curang tu takpe ke?? Udahle curang time ni nk ingat psl nusyuz2 ni卻i suami pentingkan diri si isteri pun sama gak langsung anak2 yg jadi mangsa..sdgkan sume ni boleh dielakkn hendak tak hdk je.

Perlukah isteri tersebut berfikiran terbuka dan menerima seorang madu seperti mana yang dibenarkan oleh Allah?

Masalahnyer suami tu diam jer..ingat boleh ada kekasih ttiba isteri tau masa tu baru pk nk suruh dia time madu? Wpun dibenarkn o Allah..Allah ssekali x mbenarkan kamu bbuat sesuka hati..suami td make it madu tu susah nk diterima  silap2 boleh bcerai..abih salah sape? Adakah suami tu mampu tanggung 2 rmh?? haii..sudah terang lg bsuluh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2007 06:35 PM | Show all posts
suami tu salah sebab diam2....mana boleh...tak jujur, pastu nyusahkan org...

napa tak lepaskan???

suami tu juga berdosa...kalau isteri dia nusyuz, suami dia yg punca...

kalau nak poligami, ukur baju dulu....bukan cerita pendek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 09:28 AM | Show all posts
Dalam menyelesaikan masaalah begini, selalunya ada beberapa pendapat.

Antara yang biasa ialah kaedah secara duniawi semata-mata.  Cara ni selalu menilai moral atau emosi tanpa mengira hukum syariah.

Satu contoh emosi yang biasa kita dengar...
"Tak yah pk pasal nusyuz sebab suami dah curang".  Ini contoh sahaja.  Bukan nak apa-apa,  okay yer.  Kita tahu nusyuiz tu dosa besar.  Sementara curang tu adalah dakwaan sahaja.  Kenapa dakwaan?  Sebab kita tak tahu dan setakat yang kita tahu, suami tu tidak melakukan maksiat, tidak menyuruh kepada maksiat, atau tidak berlaku zalim.  Semua masih dalam batasan shari'i.  Dengan membolehkan melakukan nusyuz maka ia seolah-olah membuat sesuatu hukum baru pula di mana boleh melakukan yang berdosa semata-mata kerana suami dah curang.  Atau boleh melakukan nusyuz sebab puncanya ialah suami.

Yang keduanya ialah kaedah shari'i semata-mata.  Terutamanya hukum feqah.  Yang ni selalu berkisar kepada hukum beristeri 4, hukum wajib nafkah dan apa-apa hukum munakahat.  Ini lebih kepada yang mana halal dan yang mana haram tanpa memikirkan perlaksanaan atau kemampuan.  Contoh yang sangat biasa ialah...  lelaki boleh kawin 4, takat hukum boleh kawin 4 sahaja yang dia tahu.

Boleh tak kita combinekan kedua-dua kaedah iaitu shari'i dan duniawi bila ada masaalah macam ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2007 12:02 PM | Show all posts
maksud tn hj ibnur....klau tiba masalah cam nih....selalu ada 2 pendpat ler...

satu, ikut emosi ajer mempertikaikan keadilan, kemampuan....sampai terlupa ttg hukum-hakam... (ni mewakil pompuan)
satu lg, gunakan hukumhakam tanpa fikir soal2 keadilan,kemampuan dan sebgnyer....(ni mewakili lelaki)

betul ker?...

jadi nak pendapat yg tidak kekiri sgt dan tidak kekanan sgt ler skrg ni kan tn hj ibnur....

bagi aku, ajaran Islam itu dah cantik kerana ia menekankan syariat lahir (hukum fekah) dan syariat batin (tasawuf) dalam mempraktiskan segala tindakan....
masalahnyer, berlaku ketidakseimbangan dlm hal ini,
hingga menyebabkan, kdg2 hukumhakam (syariat lahir)  sendiri dipetikaikan dari segi moralnyer....sedangkan apa yg dikata MORAL itu adalah termasuk dalam syariat batin(adab/akhlak) ...

jadi, masalah yg berlaku ari ni, kerana KURANGnyer kefahaman umat islam itu sendiri ttg syariat ISLAM....itu yg perlu diperbetulkan, bukan setakat org ISLAM awam tetapi juga para2 ilmuwan islam perlu memberi kefahaman semula ttg syariat ini mengikut kaedah yg tepat .....

jgn sampai org islam atau org bukan islam melihat bahwa HUKUM HAKAM dalam islam itu tidak adil...itu akan membawa kepada BURUKSANGKA terhadap agama dan secara tdk langsung buruksngka kepada Tuhan sendiri...wal iya zubillah...

pada pendapat aku, kedua-dua suami isteri itu ada kelemahan masing2, kedua2nyer perlu bermuhasabah diri, mereka lebih kenal apa masalah masing2,...jika perlu utk didamaikan, pilih org yg benar ada ilmu agama dan jujur bertindak sebg org tengah.....untuk kita sebg org luar melihat dan memberi pendapat secara detail, aku rasa tidak adil sama sekali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 10:39 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 15-3-2007 12:02 PM
maksud tn hj ibnur....klau tiba masalah cam nih....selalu ada 2 pendpat ler...

satu, ikut emosi ajer mempertikaikan keadilan, kemampuan....sampai terlupa ttg hukum-hakam... (ni mewakil pompua ...


Hang ni macam paham-paham jer yang mana mewakili lelaki dengan perempuan.

Saya bukan mahu letak ditengah-tengah tapi mengajak kita fikir sesuatu mengikut yang tak bertentangan dengan syari'i.

Satu lagi kes benar.

Seorang suami kaki hisap ganja, tak ada kerja tetap.  Dalam setahun boleh kata 5 atau 6 kali tukar kerja.  Macam banyak masaalah kat tempat kerja.  Yang isteri terpaksa kerja untuk menampung keperluan termasuk menanggung keperluan ganja suami bila suami tak ada duit.  Satu kebaikan suami ialah dia tak menzalimi isteri macam pukul atau suruh buat maksiat.  Orang kampung biasanya cakap, "suami tak tanggungjawab", "suami tak guna", "kesian isteri", "bila suami nak taubat".  

Approchnya lain pulak.  Dalam cerita post #1, dengan segera ramai orang terutama perempuan suruh tinggalkan suami.  Tapi dalam cerita yang ni, tak da pun orang suruh dia minta cerai.  Dalam kes yang ni, jelas suami lalai, penjenayah dan penagih dadah.  Satu saja yang tiada, iaitu curang.

Meh cuba kita pikir-pikir macamana boleh jadi 2 perbezaan cara pikir ramai orang ni.
Reply

Use magic Report

husnul82 This user has been deleted
Post time 16-3-2007 11:41 PM | Show all posts
mcm2 kisah realiti masyarakat hari ini...

puncanya...
kurangnya pendidikan agama
tgjwb mendidik anak2 diserah bulat2 pd skolah
anak2 jd mangsa keadaan

jika si suami memikirkan tgjwb pd keluarga...xperlu ade kekasih dh
yg isteri plak.....xkn cuba tinggalkn rumah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 05:39 AM | Show all posts
Dalam hal ini tak bolehlah salah sesiapa kenapa situasi ini berlaku sebab cuma empunya diri masing2 yang lebih tahu.

Ikut hukum
- si isteri bersalah sebab keluar dari rumah tanpa izin suami (berdiam diri tidak semestinya membenarkan), lagipun bukannya isteri dibiarkan sehingga kelaparan dan diseksa seperti dipukul sbgnya

Ini seharusnya diambil sebagai satu dugaan oleh Allah swt terhadap si isteri dan selagi masih lagi sah sebagai seorang isteri, segala hukum yang telah diletakkan sebagai seorang isteri harus dijaga bukan mengikut kehendak hati dan perasaan sebab hukum sudah jelas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 12:00 PM | Show all posts
Annisaa ayat 3 ..... maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat.  Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, .....


Selalunya orang nampak yang "..2, 3 atau 4.."  
Yang "Kemudian jika kamu takut ...." orang kurang nampak.  Yang ni pun hukum juga.

Maksud saya, pernah tak kita pikir untuk lelaki yang nak poligami.  Berapa banyak hutang-hutang yang dia tanggung?  Hutang rumah, sewa rumah, hutang kereta, motor dan lain-lain.  Boleh ke dia tambah satu lagi rumah dengan hutang-hutang tersedia ada?

Sepatutnya, masaalah ni, perempuan yang nak kawin dengan suami orang tu pun fikir sama.  Adakah kekasihnya tu mampu?


Tambah lagi kes cerita benar.  Si isteri tak rela bermadu.  Si suami pula memang tiada masaalah nak tambah 2 atau 3 rumah lagi.  Si suami terus juga berkahwin.  Lalu yang isteri pertama pasang lawyer dan tuntut cerai sampai akhirnya berjaya.  Alasannya ialah sudah tak ada perasaan kepada suami.  (Sebab laki nak kawin lain).  Cerita macam ni banyak kita dengar, tapi boleh ke isteri tuntut cerai walaupun dalam keadaan laki tu mampu?



Tambah lagi pelik cara kita menangani masaalah.  Cerita VIP atau orang kaya-raya kaki dangdut dan kaki joli.  Isteri dok kawal suami jangan bagi kawin lain.  Tapi tak kawal laki buat maksiat.  Takut terlepas harta suami.  Tapi kita tahu laki tak solat, minum, kaki dangdut, atau senang cerita kaki maksiat.  Tak pulak orang suruh pi mengadu ke pejabat kadi laki kaki maksiat!!!

Ada sape nak komen?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 02:31 PM | Show all posts
Sepatutnya, masaalah ni, perempuan yang nak kawin dengan suami orang tu pun fikir sama.  Adakah kekasihnya tu mampu?

Mana la dia(perempuan tu) pkkan tu semua..perempuan yg nk kahwin ngan suami org mbe dia tgk org tu stabil ke ...yelaa masa bcinta semuanya diberi perhatian..seronok la....suami org ni plak tentula dia nk sumenya bagus2..takkan dia nk gf dia tau hal sbenarnya..ye tak! Jgn pecah belang skrg..

Cerita macam ni banyak kita dengar, tapi boleh ke isteri tuntut cerai walaupun dalam keadaan laki tu mampu?

Entah la..bab isteri boleh tuntut cerai ke x tp dlm cite ni dia bjaya jugak bcerai. Salah satu alasan sbb dh xde perasaan kt suami dia..hai susah nk komen tp x boleh gak nk ignore..yelaa wpun suami dia mampu tp still tak mampu gak nk mhalang niat isteri dia utk bcerai ngan dia..soal perasaan soal hati boleh ke dipaksa..kalu dia mampu bkahwin lain belum tentu si isteri rela/mampu bmadu wpun suami dia mampu..Setiap manusia pun rambut je sama hitam..hati & pandangan mmg x sama..kte pun x suka dipaksa2kan.. sumenya tletak pd minda xkirala laki ke pompuan ke..

Tak pulak orang suruh pi mengadu ke pejabat kadi laki kaki maksiat!!!

Mcm tulah yg tjadi xkirala laki & pompuan, ape2 yg dibuat ada udang di sebalik maggi..dia x bagi laki dia kahwin lain sbb takut tlepas harta..yg sisuami bengong plak sbb bni xkisah dia buat maksiat jd ikut je kehendak bni dia ..semua ni kerana lupa kpd Allah.. lupa pd agama..lupa bhw setiap perlakuan pasti ditanya pasti dibalas..lupa pkahwinanan tu juga ibadah..

Apapun ni komen aku jer..belum tentu surah annisa tu dpt difahami oleh manusia spt kte ni..Maha suci Allah dr nk mganiayai wanita..sumenya ada hikmahnya. Semua dr Allah adalah baik & positif cuma kte ni manusia belum tentu dpt mnerima dgn positif @ negatif..sang suami jgn ambil mudah je bab poligami..pk ler masak2..jgn asyik kata mampu x kirala dr segi kekayaan @ fizikal..tujuan tu penting..keizinan isteri juga penting..supaya isteri tu tau dia dihormati & kasih suami x pudar lps bkahwin lain..dia tau hb dia not simply as that nk kahwin lain[/color]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 02:30 PM | Show all posts
isk ini lah dia dunia skg....
ingat dok baca dlm surat khabar & dlm forum ja upa2nya depan mata pun ada.
aku sini kat opis pun ada pompuan jenis mcm nih. laki dia punya la baik, sabar, lembut (bkan mat lembut laaaa...)
tp pompuan nih ada ada boyfren lain. laki org lak tu. than mlm jumaat lepas patut blk peluk laki tp die ni siap g peluk and kene peluk siap ngan "projek lebuhraya" lagik ngan boypren laki org tu.... dia sedar terkantoi ngan aku. yg sedihnya pompuan tu pakai tudung muka manis, solat tak tinggal dlm opis... laki tu tatau la aku tak kenal.
hmmm aku pun tatau nak buat apa. laki dia kawan aku jugak.......
(sori ye luahan citer tak bermaksud nak nganggu tajuk asal.)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.204338 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list